Senin, 20 Oktober 2008

AArrgghhhhh huk huk warghhhhh ptuih ptuihh

muzik gempaq sambungan part 2

Korang semua dah semayang dah ke. Ada air semayang lagi ke? WOkeh boleh tengok entry ni.

1. Aku nak ajak grp ni buat live utk mewakili kategori bahasa yg gagal di kategorikan oleh pakar bahasa UNIMAP, UNISEL,UNIMAS dan UNICORN, grp ni memang gempaq gila. Dah ready ker...wa bagi warning kay. Cekal kan hati dan kasi klik sikit http://au.youtube.com/watch?v=SZu5QuIbzgE&feature=related. Rilek2, penyanyi dier tuh ada lipan msuk seluar, tu dier dok jerit2 sakit mintak tolong sampai ilang2 suara. Tengok mamat tu bila dier tak menjerit, dier tergeliat2 mengelupur kesakitan...kesian.Tapi memember dier sesekor buat donno, "lantak hang, aku dok syok main" especially yang main gitar hitam putih cam kungfu panda tuh. Cam pernah usha la lu.

2. Check yg ni plak tenggok sikit http://au.youtube.com/watch?v=HoLZcg_hMyU&feature=related . Alamak cop...chop..yg ni dier sakit tekak ari tuh..Dier sebenornye nak teran kahak dier bagik keluar. Takde sekor pon memember brader nih tolong ketuk2 sikit ke kat blakang ker, sapukan vicks kat celah2 buludada brader tu ker, hulur klorox bagik brader tu minum bagik clear sikit tekak die ker.. Tenggok tuh brader gitar kungfu panda tuh dok "angguk2 ensem" (istilah di cilok baeknyer drp satu blog krg glamer) atas pentas tuh jer..isyh ..isyh..isyh. Cam kenal yer..

3.Tak pe lah, aku tau suara penyanyi tu sebenornya lunak merdu. Ni tenggok videoclip ni lak.http://au.youtube.com/watch?v=ffxkCZS79I4 Alamak kesian gilo suara dier dah lekat jadi camtuh.Tu la member tak leh harap. Brader gitar panda tu hasyik dok posing maut jer tiap kali gig member sakit pon tak kesah. Lu sekolah maner dulu, cam biase nampak la.

4.Sebenarnya lagu pesen nih tak kesah la kalau tulis lirik dlm bahase batak utara ker, negrito ke, eskimo ker, masai ker, venezuella tellenovella ker, bunyi dier samer jer. Semuer bunyi cam beruang sembelit kaki tersepit. Mulla2 aaarghh..pastu huarghh...pastuu arghh balik. dan seterusnyer. Kalau lupa lirik..hentam aarrghhh jer. Tapi korang ingat senang ker nyanyi camtuh. Meh sini acu cuba try buat. Aku cabar nyanyi satu lagu jer. So brader ni nyanyi satu konsert kira gila lah skill dier.

5.OOO baru wa ingat , itu brader budak mrsm muar lor. Konfirm melayu. Lirik dier kalau camtuh, dah sah pasal cinta...Patut la dok terjerit2 tuh...putus cinta la tuh agaknyer. Tajuk lagu tu pon mata ayer lak tuh.

6.Tahniah MRSM muar kerana berjawa..ops berjaya menghasilkan insan2 second hand nih. Tengok sheikh muzaffar yg hanya mampu menjadi angkasawan kedua malaysia selepas ayah pin. Brader gitar panda ni lak hanya mampu menjadi kumpulan death metal kedua hebat selepas "Sil Kannaz". muahahha. Alamak, pekerja aku N pon budak MRSM muar(bukan namer sebenar sebab namer dier start ngan s dan kalau pakai namer N pon dier guna small letter). Tengoklah nanti deir akan jadi angkasawati kedua terpendek dlm sejarah angkasa lepas, takk pon jadi isteri ke dua sesapa (tak pe jgn di duakan sudah).

7.Kehadiran MRSM muar juga telah mengjejaskan fengshui bandar muar, menyebabkan depa pon ter-effect. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yg ader skandal seks kene rakam lam VCD tuh org mana? Namawee budak yg buat lagu negarakuku tu org mana ? Mak Suffiah Yusof budak genius yg jadi escort kat UK tu org mana? Muhyiddin org manaer? Arsyad org maner? Sepatutnya kita buat system bater ngan singapore. "Lu kasi sini balik itu pulau batu putih, wa give U muar ..Bole ka?". Bukan aper, takut muar menganggu fengshui negara malaysia plak..Sudah.

Dah lah , aku dah letih melalut. Ada last part pasal muzik in the next post.

Makasih. Wassalam.

Comments :

0 komentar to “AArrgghhhhh huk huk warghhhhh ptuih ptuihh”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger