Minggu, 07 Desember 2008

Kerja kosong. Khatib di perlukan.

1. Happy rayer qorban everybodi. Yes the shop will be closed. Aku pon nak beraye.

2. Sori lah aku lame tak update sebab aku malas dan ader byk kerje lain. Comp aku pon dok crash memenjang, sampai tertido2 aku dok meng-reinstalled aper2 yg patut. Satu je nak cakap. VISTA is SHitA.

3. Kepada sesiaper yg dah grad taun ni, tahniah dan boleh blah. Kepada sesiaper yg kene extend lagi I said thank you and I welcome U.

4. Pegumuman pertama. Maner2 mak, pak, tuk, nek, opah, tok wan, abg, kakak yg cun, pak sedara, mak sedara yg cun yg belum kawin, janda, cucu-cicit, sepupu-sepapat, tunang, girlfren, uncle, auntie, tok penghulu kampung, jaga sekolah yg datang untuk celebrate graduation atau sajer jer buang tebiat datang melawat Adelaide ni, aku bagi diskaun 20 percent cam student gak la. Jadi jgn takut2 dtg kedai ye.

3. Pegumuman kedua. Kiteorang dok carik volunteer utk jadi khatib semayang jumaat kat Uni sepanjang cuti ni. Jadi sesiape yg sudi silelah bitau pihak yg berkuasa (ehh sape ye? aku pon tak tau nak bagitau saper). Syarat2 utk jadi khatib Uni adelaide ni memanglah mudah. Pemohon/pengvolunteer mestilah:
a. tau camne nak semayang
b. datang semayang jumaat
c. tau prayer room Uni adeladie kat maner
d. lelaki sejati. Pengkid akan di sula.
e. mempunyai kaki yg perkasa utk menapak naik tangga. Saper naik lift akan di persoalkan kelakiannya. Lift hanya untuk awek atau org2 yg nak usha awek. Mane leh khatib mengusha anak dara org. Tu petander lomah iman tu.
f. Iman yg tidak lemah.
g. tidak bengap kerana kena follow sedikit rukun yg simple.
h. tidak bisu. Kerana kalau pakai sign language tak cukup 40 org leh faham aper kau dok communicate. Lagi satu boleh ke guner sign language seblah tangan je sebab tangn yg lagi satu kene pegang script khutbah kan?
i. tidak buta. Kerane kene bacer script khutbah sikit. Klau anda seorang yg cacat penglihatan, anda masih boleh menjadi khatib tapi hapal je lah rukun2 lam bahaser arab tuh. Khutbah sendiri goreng lah kan. Tapikan sedikit kemusykilan. Kalau anda seorang yg cacat penglihatan. camner anda boleh bacer blog ni?
i. boleh mambace script bahase arab yg disediakan. Tak paham pon tak pe.
j. boleh mambace bahaser inggeris. Org lain kenalah paham ape kau doh berkhutbah. Tak perlu lah perfect pronunciation macam Harjit Sigh Hullon. Cukuplah kalau boleh kurangkan sedikit slang kemalaysia-an, kekelantan-nan, keutara-an dan keultra-man-an.
k. Sebaik-baiknyer seseorang yg biler bercakap air liur tak bersembur sampai 10 saf.

4. Kan senang tu. Tak perlu kene pergi sekolah arab ker, lulusan al- azhar ke, sehensem aku ker untuk layak jadi khatib. Almost every bodi can do it. Except me, sebab aku ni kurang konfiden, kurang iman, dan kurang siuman.

TQ, Slamat rayer, Maap zahir batin, Wassalam.

Comments :

0 komentar to “Kerja kosong. Khatib di perlukan.”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger