Selasa, 14 Juli 2009

Terburai di Manek Urai

Salam,
Politik sket!!
1. PAS baru menang few hours ago, mengekalkan kerusi DUN Manek Urai, kat manahala entah di Klate. BN LOSER lagi!! Macam tak biase. Aku dah lost kaunt brapa banyak PRK (p/raya Kecik) dah sejak PRU 2008 (p/raya Umum), tapi hanya sekali je BN menang di Batang Ai, serawak. Kesian dia!

2. TAPI!! Jgn terkejut! Najib dan Muhyiddin tangan masih perit lagi dok hi-FIVE each other, Sharizat dan KJ tengah berjoget sakan sampai berlaga2 buntut, Nuar Muso dan Setopa Mamat bukok doh kesek dikir. Diaorang happy gila babi cakap kau. MISSION ACCOMPLISHED!

3. Aik?? Kalah pon boleh happy ker? Mane tak nyer. Ni kubu kuat PAS. Sejak zaman ND lala dan noor kumalasari lagi kawasan ni kawasan hijau. Sekali jer BN menang, in PRU2004, itupun kau tau brape majotiti BN taim tu? 53 undi jer!

4. This taim, peratusan pengundi meningkat (87.33%), tapi majoriti kemenangan PAS drop from 1352 undi in PRU 2008, to 65 undi saje today. Aduih sakit! Nasib baik PAS still menang. Silap haribulan, contohnya sekiranya semalam adalh 14 july 1995 ke, ke mana2 tahun di zaman mahathir, masuk 2-3 bas pengundi hantu dah settle dah!! (aku tulis tanpa bukti atau logik yg kukuh!!...muahhaha. Che det jgn majuk tau!).

5. Di samping berjaya membuatkan majoriti PAS merosot, pemimpin2 BN tertawa besar sebab segala JANJI2 pilihanraya mereka aritu, tak perlu di kotakan lagi. Apa depa dah janji?
a. Manek Urai (MU) menjadi kawasan angkat/anak emas BN
b. Menghapuskan kemiskinan tegar 100% di MU by 2010
c. Menjadikan MU bandar afropolitan...eh silap..agropolitan (pusat pertanian gitu kot)
d. Membina jambatan baru bernilai 7 juta
e. Bla bla bla
Tapi bersyarat off course. Sekiranya "BN di beri mandat", "Pengundi memilih kami", BN menang la senang crite.

6. Jgn lupa! PPSMI dinyahkan pon maser org dok sibuk2 kempen kat MU ni gak. Dan weekend aritu, baru je abang jib declare 11 brita gumbira pada" tepat 11.11 pagi pada 11 July sempena 100 hari jadi PM, teks ucapan di bawa oleh 11 kanak2 yang menyebabkan aku termuntah 3 kali,terkencing 2 kali, terberak 4 kali, terkincit 1/2 kali, dan terkentut 1 setengah kali (3+2+4+0.5+1.5=11)" atau namer glamernyer, "hadiah rakyat", pasal tol diskaun 20% untuk workers, dan bla bla bla sampai 10 kali.

7. Jadi tengok pada gayanya di PRK MU ni, memang ade pengundi2 "atas pagar" yang termakan gak trik lamer ni. Ini punya trik, zaman pak pandir dulu bole la. Ni satu zaman dengan trik, "ehh! tolong tarik jari aku ni skit!". Trik bodoh dan tak lawak pon. Muahhahaa.Ia hanya lawak kalau kau yg buat kat orang lain.

8. Aku boleh bayangkan, ader pokcik, pok we, pok nik, mek su, mok long, tok ayoh, ayoh ngoh, wok long dan yg lain2 yg bakal jadi gemuloh (allahyarham), yg dok terkedek2 gi ngundi "for the first taim" ore kelate kato, kerana ingin menyaksikan jambatan baru di MU. Naya mereka. Sedih aku.

9. Hmmm.. Bile orang2 BN dan PAS dok janji itu ini, bulan bintang, syurga neraka ni, aku dok terpikir bole ke atau ethical ke kalau mereka dok janji2 palsu mase pilihanraya ni?

10. From wikipedia, Bribery, a form of pecuniary corruption, is an act implying money or gift given that alters the behaviour of the recipient. Bribery is defined......as the offering, giving, receiving or soliciting of any item of value to influence the actions..... The bribe is the gift bestowed to influence the recipient's conduct. It may be any money, ...preferement, privilege... object of value, advantage, or merely a promise or undertaking to induce or influence the action, vote, or influence of a person in an official or public capacity.

11. Hamik hengkau!! BN dan Pembangkang selama ni dok merasuah kita sebenarnyer. Bedebah! Selambe jer org2 politik ni kan? Cepat SPRM, tangkap depa! Start dengan Pakcik Montok (PM) yang bagi 11 hadiah tu sebab hadiah yg kelima adalah
"5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah"
Muahah. Cakap banyak takde montok ye. Kau dah janji!!

12. Balik ke result MU tadi, jadi

Pertamanya, majoriti PAS drop sebab ramai pengundi "atas pagar" (maksudnya bukan hardcore BN atau PAS) swing to BN atau mungkin simply ramai yang turun ngundi kali ni. Dengar khabarnya, faktor "jambatan baru" tu ramai yg termakan.

Keduanya, SPR buat pilihanraya hari selasa cakap lu!! Check this out. Peratusan voters turnout adalah tinggi 87.33% , so jumlah yg TAK MENGUNDI bila aku kira sendiri adalah 1557 orang! Agak2 brapa banyak pengundi MU yg dok luar kawasan cam Lembah Kelang gitu? Kalau tak silap aku lam 1500 org la. Jadi sape ke jadah org KL yg sanggup amik cuti slasa, so malam senin kene balik manek urai, selasa ngundi dan malam tu balik terus ke KL untuk kerje rabu? Bapak haram kau SPR. Last time tak silap aku (according to pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor ), PRK di buat hari selasa ialah mase PRK Penanti ari tu untuk mengurang kan "jumlah undi yg di terima PKR", tapi fail. Kali ni menjadi plak. Taktik setan betul.

13. Walaupun semua org tau menang di pilihanraya ni by satu undi ke atau sejuta undi majoriti sekalipon, menang tetap menang. Tapi org politik ni kan muka tebal. Especially parti loser, yg dok dahagakan kemenangan. Jadi besok korang siap sedia lah baldi sebelah masa baca paper malaysia. Komfrim termuntah2 bila baca headline macam...

"Pengundi Manek Urai/Kelantan/Melayu/Malaysia/Satu Dunia/Kini/Sekarang menolak pembangkang/PAS/Hamba DAP/Budu/Nik Aziz/Nasharuddin Mat Isa/Pakatan Rakyat dan menyokong sepenuh jiwa/raga/roh/jasad/kalbu/tak berbelah bagi kepimpinan PM/Ajib/Montok/1-malaysia/rozita chek 1/formula 1/muhyiddin/setopa mamat/obama, walaupun... ehem ehem BN kalah TAPI majoriti kemenangan PAS menjunam/merundum/sekelumit/cinonet/ secotet/sepolot/sekutis, jadi kesimpulannya, sebenarnya BN MENANG!!

Pulak!!

Sekian, mekasih, wassalam

Comments :

0 komentar to “Terburai di Manek Urai”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger