Tampilkan postingan dengan label artis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label artis. Tampilkan semua postingan

Rabu, 20 Januari 2010

Mengapakah aku tak nak jadi Artis?

Salam,

1. Mungkin TIADA orang pernah bertanya kepada aku,

"Barder! Lu ni ensem lah. Naper lu tak nak jadi artis, ke, model ke, gigolo ke?"

2. Mungkin besok kot korang tanya aku soalan tu. Tapi lu org tak payah tanya pon, gua dah tau lu memang nak tanya soalan tu kan?

3. Jadi belum ape-apehal, meh sini aku jawap.

"Tak Nak Aku !!
"

4. Alasan aku senang je. Susah nak semayang la!

5. Artis, model dan sekutu dengannya mmg la nampak glamer. Tapi itu semua mekap tu bai! Memang jarang org yg ensem tanpa mekap mcam aku nih. Org2 kebanyakkan, semua boh mekap. Kalau artis/model tu ialah awek2 , jgn citer lah kan. Boleh abis stock bedak J&J kat Maiden kalau drama swasta ada shooting kat bandar kau!

6. Jadi bila dah mekap cun2 tuh kan, kau inggat senang2 diaorang boleh bagik kau amik wuduk bila taim solat? Nak tayammum pon aku rasa kantoi sebab tanah tak kene muka. Jadi camner nak solat gitu bai?

7. Lebih baik artis selekeh mat rock seluar rabak2. Sebab bila taim solat, hanya tukar pakai kain elikat je, sudah ON untuk solat. Rockers mane pkai mekap....kecuali ermm ..KISS, AMUK....erm banyak lagi kot? Kene tanya Ben.

8. Mungkin ada budak2 yg perasan pandai kata amiklah air semayang awal2 gituh. Pastu tukang mekap tuh pkaila Nyah. Jadi tak batal wuduk. Macam orait je pandangan tersebut. Tapi brapa lama la daya penahanan kentut aku selama berejam-rejam2 shooting tuh.
Nyah tu bro.....kalau dia nak mekap kau pakai spender je dan dok atas riba kau pon takkan batal wuduk engkau.

9. Aku bukannya Ultraman. Ultraman mana kentut, sebab kalau dia kentut, angin kus-kus tuh, tak kan kelaur dari baju plastik dia tuh. Aku tak nampal lubang pon kat bontot dia. Jadi angin kentut tuh akan berkisar di dalam baju dia tuh dan lambat laun akan kepam dan pastinya akan masuk kidung dia gak. Boleh ganggu konsentrasi dia nak berjudo ngan dino tu.

10. Hmmm...mungkin sebab tu lah kot lampu Ultraman berkelip2 selepas beberapa lama berkungfu. Mamat suara latar citer Ultraman kata itu sebab power dah nak out. Tapi secara logiknya, Ultraman bukannya pakai bateri. Dia kan gergasi? So mesti lampu tu berkelip sebab bende lain. Mesti bende2 yg tak macho, tapi cuber kaber line ngan kater power nak kene re-charge ke ape gaban. Ni mungkin sebab Iltraman dah nak terkentut. Tak pon lampu tu berkelip sebab bini dia pangil balik rumah angkat baju dha kering. Tak pon awek dia baru antar SMS kot.

11. Wei..giler aku merapu. Anyway, kalau kau tenggok citer Hollywoood, mekap dia lagi lah bapak gempaq. Lagi lah tak boleh semayang. Susah sungguh nak mencari rezeki halal dgn muka yg hensem ini rupanya.

12. Jadi kepada majalah Wanita, Dewa Remaja, URTV, Mangga, Bollywood Insider, Rolling Stone, National Geographic, Harakah dan lain2 yang MUNGKIN sedang menimbangkan untuk mengambil aku jadi front caber, lupakanlah sahaja niat anda.

Kecualilah kalau korang shooting kat Alaska taim 6 bulan siang dan partner shooting aku ialah Rozita Chek Wan. Kalau itu macam, gua On je anytaim......after 7 pm everyday, masa kedai tutup.

Sekian, mekasey, wassalam

Sabtu, 07 Maret 2009

Aksi terlampau artis malaysia di australia !!!

Salam,
1. Hari ini adalah hari bersejarah di adelaide. Pertamanya, aku score gol maser frenly tadi lepas masuk 5 minit pada separuh masa kedua. Malangnya aku injured 10 saat kemudian. Kalau tidak, 1 gol 5 minit, jadi 45 minit main aku akan score 9 gol. Naya pihak lawan tu! Aku sakit lagi ni. Kesian kat aku takde bini muda nak urut aku malam ni.

2. Keduanya, hari ni adalh hari di mana 2 artis malaysia telah mencemar duli, untuk membuat persembahan di adelaide ni. Org2 lama adelaide telah menganjurkan program untuk menyambut pelajar baru di hostel makyah adelaide yg bertempat di suburb "taman abang roslan" atau "you panggil tempat I ni rosepark je lah".

3. Kedua2 artis tersebut bukan calang2 artis. Mereka adalah succesful artists drpd 2 genre yg totally opposite. Artis pertama adalah artis genre mainstream drpd kumpulan nasyid yg di kenali ramai terutamanya oleh awek2 usrah yg pakai tudung labuh dan abg2 usrah yg berjanggut hensem. Artis kedua pula drpd genre sidestream, adalah pendokong group deathmetal yg TIDAK dikenali oleh maner2 awek pon samada yg pakai tudung atupun tidak (kecuali bininya), tetapi di tabik spring oleh mat-mat metal tegar seantaro malaya.

4. Aku layan dua2. Ketika aku dok merakam album nasyid dalam shower rumah aku dan membuat konsert deathmetal maser aku teran taik nak berak, kedua2 artis ini telah merakamkan album di studio dan membuat konsert di bersepah2 tempat. Jadi bukan calang2 artis lah ni.

5. Biasenyer klau ade event camni, kita amik budak maner2 ntah pastu suruh buat show nasyid la, nanyi2 lagu indon la, tah ape2 lagi. Ni real artis beb! Show free plak tu. Malangnya aku tak leh gi sebab kene bukak kedai. Big mistake. Ade la sekor dua dtg tadi. Syukur. mekacih ye.

6. Sebenornya, aku nak tengok camne aksi mereka kerana sorang nasyid dan sorang metal. Gilo ko. Ni sudah aksi terlampau taraf aksi terlampau seorang pramugara, aksi terlampau seorang ahli politik muar dan bukit lanjan ni. Ini sungguh terlampau macam kari perasa kurma, macam korek idung pakai gigi, macam kentut dijadikan perfume, mcam paris hilton pakai purdah, macam KJ masuk PAS, macam bini hanya sorang dan macam main bola 5 minit dah score 1 gol....gilo terlampau hebat!

7. Diperkenalkan artis pertama, bro Alim Masnan drp group Brothers

Aper terlopong tu. Tutup mulut masing2. Gilo power. Alim yg kedua dari kiri yg dok korek taik telinga tu la. Woi bro lain kali korek kat rumah la!

8. Dan artis kedua pemain gitar kencang drpd group Langsuyr, Abg Ben.

Woi tutup mulut tu! Gua tau lu org terpegun. Bro Ben gitaris paling kanan yg paling dekat ngan kamera tu la.

9. Kedua2 abang hensem ini status mereka adalh seperti aku, BELUM BERKAHWIN dua, tiga atau empat lagi. Jadi kalau berkenan bolehlah hallo-hallo aku yer.

10.Dan Terimalah, eksclusive di SB, hasil colloboration mereka ini.

Lol. Apekejadah bro. Gua inggat abg ben yg dah pakai kopiah dan hensem berbaju melayu tu nak bernasyid tadi! Ni sudah silap klip la.

11. Yang ni la sebenarnya

Alamak ni drpd folder favorite aku. Camner terpost ni? Kantoi. Pergh ..memori 1989 maser aku stay-up stadi mase SRP dulu.

12. Berita palsu rupanyer. Video hangit tersebut belum release lagi la. Dierorg tengah edit ngan digitally mastered kot. Nanti aku post lain kot.

13. Di dalam kolobrasi mereka pada hari ini, basically mereke mempersembahkan nasyid. Alim nanyi lagu brothers dan abg ben main gitar. Jadi, langkah seterusnya yg aku nanti-nantikan adalah abg ben still main gitar tapi alim kena nyanyi lagu langsuyr pulak. Huyooo...tu baru terlampau.

VENUE: manalaga. Di kedai yg tokeynyer "Suka Berbini-bini","U panggil kedai I SB dah lah"
TIME: lupa bawak jam
DATE: TBA.

12. Amacam ben ngan alim? Bisa?

Sekian, mekasih, wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger