Tampilkan postingan dengan label isma. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isma. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Oktober 2011

Panduan Untuk Mengalahkan Team Ole ....

...aku tulis cincai2. Harap paham.


....and 2011.

Ade orang kata kitaorang "training". Aku dah seminggu lebih tak main. Bebeh dah sebulan kot sebab hamstring. Yus injured. Naim entah? So sehari sebelum tournament aku gi court SQ utk practice sorang2 sejam..haha. Kebetulan Mat Yus dok jogging!(pic) Ajaib! Kita org main passing sikit2. Discus taktik sikit2, pastu Mat Yus main tennis. Yes, tennis! So training? Training kentut ada la.


Habit aku, untuk psyche diri sendiri before main, aku dengar lagu2 tertentu. Kasi ada mood untuk main. Last tournament aku dengar lagu Devine Masters "Di sampingku" sebab lagu tu lah yang aku dengar masa Melben Cup aritu. Kali ni aku dengar lagu Dear God. Tapi next time aku dah jumpa lagu lain....Chop Suey -System of a Down!

Aku bangun awal nak masak utk kedai before gi main. So aku lapar ,awal2 dah bantai dulu makanan yg diaorg supply ni. Tapi simpan sikit. Kang kalau makan banyak kang, jadi semput!

Nostalgia silam. Lokasi berdarah.

Abis je game final, trus muntakedarah. Wow! Ramai sungguh orang tengok majlis penyampaian pingat!

Member baru team ni ialah Jimmy. Sop keluar (Sorry Bro!). Harap2 Jimmy ada chemistry main ngan kitaorang, so bila ada "orang tu" gi main ragbi tahun depan, takde lah kami terkalut2 mencari penganti.

Terkejut aku bila aku dapat medal "player of the tournament". Aku tak skor langsung, sepak "belekar" (tak on target), tak de impak kpd gameplay, in short main cam haram. Ada flaw dalam sistem penganugerahan markah utk that award. Malas citer panjang. But for me, player of the tournament adalah Mat Yus. Dia top scorer kot, plus dia organizer dan dia berjaya menenangkan darah2 orang muda yang panas pada hari itu dengan coolnya. So syabas bro. Mu hebak!

Salam,

1. Rabu lepas Team Ole menang lagi. Ni adalah kali ke empat berturut2 kami menang kot. ISMA Cup in 2010 pastu tahun ni UMNO, MASCA dan ISMA semua kami sapu. Nasib baik last year hanya ada satu tournament kot iaitu ISMA. Kalau tak, silap2, kami dah menang 6 tournament kot berturut2 dlm masa 2 tahun!

2. Okay! Melampau sangat ni! Bukan setakat menang the cup. Kalau kau tengok score game2 final tu, semuanya kami menang dengn sangat selesa. Itu pon kitaorang dah masukkan sub masa second half.

3. Jadi apecer? Kenapa jadi gini? Tak best lah kalau kami je asyik menang. Korang bosan, kami pon bosan. Kami nak celebret menang pon jadi macam segan2 tahi kucing.

4. Seriously, apa yang aku concerned hanyalah the standard of bolasepak (padang dan futsal) untuk kita semua budak Adelaide. Aku nak kita mempertahankan Melbourne Cup, pastu sapu NCG bola dan futsal next year. Jadi kita nak tanak, kenalah up-kan level kita supaya kita ready next year.

5. Untuk bola padang at least kita dah ada plan, ada comittee untuk memastikan kita semua maintain focus to our targets. Tetapi, untuk futsal, kita agak celaru carca-merba sikit. Semua pakai kepala hotak sendiri. Ini tak boleh jadi. Kita kene ingat, team Melben, Sydney dan ACT semuanya tinggalkan kita jaauuhhhhhhhhh dalam standard futsal diaorang! So kalau nak menang, kita taleh main2.

6. Mungkin kita kene meeting dan committee Kelab Bolasepak Adeled akan keluarkan "fatwa" macam FIFA untuk form satu team lagi yg boleh rival team Ole.

7. Anyway, mari sini aku tolong skit, point to faktor2 kekuatan team aku dan kaedah2 untuk mengalah kan team aku.
________________
Faktor Kekuatan Team Ole.

1. Chemistry.
-Ini tayah cakap pon korang tau. The key player is Yuh, Bebeh dan Naim. KMS teamates. Naim dan Bebeh pulak dah main sekali daripada sekolah rendah! Mampos! Keeper aku pulak Mock, juga KMS.
-Aku hanyalah sekadar tukang pass bola kepada salah seorang drpd diaorang, pastu aku let diaorang "do the magic"! Haha.

2. Defensive.
-Semua orang boleh defend. Memang majoriti drpd kami defender pon. So bila kene attack, semua orang tau positioning dan boleh tackle.
-Yus yg main striker pon adalh salah sorang "pencuri bola" yang paling terer aku pernah nampak.
-So senang2 je korang hilang bola dan kitaorang counter balik.

3. Pschological.
-Few days before tournament, aku dan Mat Yus dah mula dah bising2 saiko engkorang! Haha.
-Pastu korang perasan tak everytime before game, lagi 7-8 minit, aku dah suruh semua orang warm-up, stretch dan switch-on mentally! Korang just tak boleh bangun dari duduk bersila dan trus main! U r not ready to play!
-Satu lagi, semua orang dalam team ni dah banyak pengalaman main game high pressure. Jadi kami tak panik dan always try to maintain game kitaorang (kecuali aku ...haha).
-Satu lagi yang aku respect kat teamates aku adalah diorang ni memang tough mentally. Walaupun dah menang banyak, tapi the hunger is always there to win some more. Or walaupun dah leading, kami still maintain focus. Walaupun aku dan Mat Yus always cakap besar (haha..sorry), tapi aku tau, Mat Yus dan aku always berpijak di bumi nyata masa game.

4. Kami "Main" Futsal
- Iaitu bermaksud, gelecek bila perlu dan dengan tujuan. Find space. Passing.
- Bukan asyik gelecek jer sampai tak boleh gelecek dan under pressure baru passing. High pressure passing leads to error.
- Kami jarang main "high percentage of error" passing ( passing merepek2 fancy terlajak) So bola lekat kat kaki. Maintain possession. Aku sorang je kot yg asyik hantar speculative ball! haha.
________________
Kaedah Untuk Mengalahkan Team Ole

1. Jangan Respect Kami Terlebih2
- Banyak kali dalm game, aku tengok team2 main hati2 gile babi bila lawan kitaorang. Terlalu takut untuk challange Naim, Bebeh or Yus. Takut kene makan! Sedaplah korang kene ayam.
- Korang dah terlalu saiko takut kat kitaorang. Camne nak main? Main je je game natural engkorang. Jgn ada mental block.

2. Semua Player Kene Mantap
- Semua player engkorang kenelah boleh main futsal. Jangan lah ada lubuk. Member or not! Kalau kau nak menang, kau kene buang lubuk tu!
- Player kenalah balance skill diaorang. Janganlah semuanya striker or semuanya defender. Tak jalan.

4. Defend!!!
- Aku believe semua orang dalam futsal kene boleh defend. Tekel, positioning dan man-marking!
- Bila kau perlukan sampai 3 player untuk tekel Bebeh, itu sudah masalah besar! Player kau dah out of position, so line-clear utk player2 aku yg lain untuk score. Setel.

5. Study
- So, korang kene study camner kitaorang main. Korang kene study camner Bebeh/Naim/Yus gelecek. Pastu experiment petang2 camner nak tekel diaorang.
- Kalau kau tak boleh tekel, kau kenalah at least hold dia supaya dia taleh gi mana2 so kene pass the ball. Rilek je bro. Take your time.

6. Jangan Respek Aku Terlebih
- Aku adalh always the last man. Aku memang tak kasi chan nyer lah kat sesapa. By hook or by crook, aku akan stop engkau!
-Jadi engkorang janganlah baik hati sangat ngan aku! Jangan cuak. Makan je aku. Langgar, sepak, tarik baju, ramas telur, offer adik perempuan. Buat je apa saja utk beat aku!
- Ni banyak kali sangat aku tengok korang main cuak2 je bile ngan aku. Jangan risau. Ni bola, aku paham. Aku tak marahnya................insyaAllah...ehem..ehem!
______________
Kami bukannya Unbeatable

1. Bola ini adlah nasib hokay. Semuanya takdir illahi. Tak kira camner terrer pon engkau, kalau Allah kata tidak, takkan menangnya.

2. Oleh itu marilah kita semuanya join ISMA. Enam drp lapan player kat sini ada usrah. Kami tutup aurat. Siap jadi organizer lagi for ISMA Cup ni! Korang2 kenelah mencontohi kami. Kamon la. Baru berkat! Haha.

3. Tapi seriously, kalau korang perati betul2, dah berapa kali team kita orang dah nyaris2 nak kene eliminate dah. ISMA cup 2010 kitaorang kene menang last game of the group untuk masuk semi. Kalau seri, kami out. Pastu, kat semi jumpa team PokChek, end-up ngan penalti shoot-out. Nasib menang. Dan ISMA Cup tahun ni, last game of the group juga, kiatorang kene at least seri ngan Kikers. Kalau kalah, kami out.

4. Belum kira lagi game yang kami seri, yang kami come from behind, dll.

5. Kami mungkin manusia yang sedikit terrer daripada engkorang. Sedikit hensem daripada engkorang. Sedikit alim daripada engkorang. Sedikit "ada luck" daripada engkorang. Tapi kami still manusia.

Dan manusia boleh di kalahkan....

Sekian. mekasey, wassalam.

Sabtu, 04 Desember 2010

Kita Semua Adalah Orang-Orang Yang Berniat Baik.

Salam,
...sebahagian daripada Siri Usrah/Agama...

1. Sebagaimana aku benar2 yakin bahawa aku ni kacak, begitulah juga aku benar2 yakin bahawa kebanyakan manusia di atas muka bumi ini adalh orang yang baik-baik. Buktinya yg paling simple, lebih ramai org dok luar jel drp yg dok kat dalam kan?

2. Begitulah kita di Adelaide ini. Aku benar2 yakin bahwa Dr Zaki Ibrahim dan ISMA(Australia) adalh benar2 berniat baik dan ikhlas di dalm usaha dakwah mereka. Mereka cintakan Islam. Mereka cintakan Malaysia. Dan mereka nampak masalah ummah di dunia umumnya dan di Malaysia spesifiknya, dan mereka enggan berpeluk tubuh.

3. Apakah yang Dr Zaki boleh dapat drpd pergerakan ISMA (Australia)? Glamer? Duit? Kereta? Kolam renang? Bini muda? Rambut? Undi politik? Dia boleh sahaja untuk dok diam2 macam doktor2 lain yang bermastautin di sini. Tetapi dia telah sengaja memilih jalan yang beronak duri kerana dia merasakan itu adalah benar.

4. On the other hand, geng2 Dr Kamarul Ariffin dan MyPSA (SA) juga bagi aku benar2 berniat baik dan ikhlas dalam menjalankan aktiviti pertubuhan mereka. Segala aktiviti2 mereka, pertolongan yg di berikan kepada student post-grad baru, nasihat2 yang seringkali di berikan kepada student bodies di sini dan lain2 amal jariah mereka, semuanya itu di buat tanpa mengharapkan sebarang balasan pon.

5. Perselisihan dengan ISMA pon bagi aku berlaku dengan niat yang baik daripada pihak MyPSA. Geng2 Dr Kamarul benar2 yakin bahawa Dr Zaki dan lain2 individu di dalm ISMA (Australia), tidak layak untuk menyampaikan message Islam kerana mereka tiada sebarang tauliah agama. The fact yang message yg di bawakan oleh Dr Zaki dan ISMApula adalh agak panas untuk di dengari oleh penyokong2 kerajaan, menghangatkan lagi perhubungan mereka.

6. Let me set the record straight here. Dr Zaki bukan ahli PAS. Bukan penyokong PAS. Maybe ada sikit2 dia setuju ngan PAS. Tapi lebih banyak yang dia bangkang PAS daripada sokong, seperti dari aspect polisi, political strategy, pentarbiyahan etc. Jadi jangan salah anggap Dr Zaki ataupun ISMA sebagai proxy-PAS di sini. TIDAK! Jauh sama sekali, ibarat kehenseman aku dari A.R Tompel.

7. Begitulah juga dengan geng2 Bukhari Ramli, "Godfather" MASCA dan UMNO South Australia. Golongan ini benar2 berniat baik dan ikhlas di dalam mempersoalkan tindak-tanduk ISMA seperti aktiviti2 ISMA yang di jalankan yg tidak mesra student (for selected few je), clash dengan aktiviti2 MASCA/UMNO, duit MISSA yg di passing ke ISMA dan yang paling kontroversi iaitu penyingkiran ramai individu2 daripada ISMA tanpa sebarang sebab di berikan secara jelas.

8. Kebanyakan daripada individu2 yg di sisihkan oleh ISMA (SA) itu masih sayangkan dakwah. Masih dahagakan tarbiyyah. Mereka tidak quit. Mereka di pencenkan. Dan tiada sebarang dakwah alternatif di berikan ataupun jalan taubat utk kembali ke pangkuan ISMA di tunjukan kepada mereka. Mana mereka tak bengang? So, kritikan2 mereka terhadap ISMA selepas itu, adalh wajar dan aku percaya di lakukan dengan niat yg ikhlas dan baik.

9. Kelompok yang ke-empat pula di Adelaide ini adalah Aliph Al-Turkistani. Beliau ada ilmu, suka berhujjah dan orang lama di dlam dakwah JI/JIM/Al Qaeda kot. Jadi aku benar2 yakin beliau berniat baik dan ikhlas bila seringkali menegur pihak ISMA secara berdepan mahupun di alam internet. Teguran beliau admittedly agak panas kerana beliau sindir straight to the point dan sarat dengan hujjah2 agama. Beliau mungkin adakalanya nampak agak kasar, tapi nak wat camner. Dia bukan melayu lembik. Dia kan org Turkistan ....... celup!

10. Golongan yang kelima dan juga golongan yang majoriti pula ialah geng2 neutral. Mereka ni pon berniat baik gak. Mereka benar2 jujur dan ikhlas apabila dont give a shit about all this mess. Sapa jemput makan, diorang pergi. Kau nak cakap ke berceramah ke, lantakla.

11. Begitulah juga dengan aku. Aku tulis siri Usrah ni pon dengan niat yg baik dan ikhlas. Aku mahukan peace antara pihak2 yg bertelagah ini. Awek usrah ke tak usrah ke, dua2 aku bedal.
_________________________
Kisah Barsisa

1. Pada zaman Bani Israel, ada seorang yang bernama Barsisa. Dia adalh seorang yg menumpukan sepenuh masanya beribadat. Dia adalh Mat-Church (Mat Surau-dia beragama Nabi Isa a.s). Suatu hari datang 3 orang brothers kpd Barsisa minta tolong kepadanya utk jaga adik perempuan mereka kerana diaorang nak pergi bermusafir. Mereka percayakan Barsisa kerana dia terkenal sebagai seorang yang sangat alim.

2. Mula2 Barsisa menolak mentah2 kerana dia tahu bahaya wanita ni. Lagipon dia pon belum kawin lagi. Lantas syaitan membisikkan kepadanya, kalau awek tu di amanahkan kepada orang lain yg tidak bertanggungjawap dan berlaku sesuatu, kamulah yg bertanggungjawap nanti. Kau letak je dia kat rumah, pastu kau lepak kat church pon kan, so kau tak payah jumpa/bersemuka dgn awek tu pon. Pehh!

3. Jadi Barsisa pon termakan dengan bisikan syaitan tersebut lalu bersetuju utk menjaga cikaro tersebut dengan niat yg baik dan tulus ikhlas.

4. So tiap ari Barsisa letak makanan kat depan church, so awek tu boleh datang ambik sendiri. Pastu datang syaitan lagi dan berbisik kepadanya tentang bahayanya awek tu kene jalan dari rumah ke church ari2. Kalau jadi apa2 on the way camner? So Barsia pon termakan. Dia letak makanan depan pintu rumah pulak.

5. Syaitan dtg lagi dan berkata, bahaya tiap2 hari awek tu kene bukak pintu rumah, kalau org jahat nampak dia camner? So Barsisa letak dalm rumah pulak. Pastu syaitan pujuk Barsisa untuk bercakap ngan awek tu pulak. Tanya kabar, tanya ada apa2 masalah ke, siling bocor ke, jamban block ke, Stayfree cukup ke gitu.

6. Dari mula2 bercakap di balik tabir je, kepada berbual bersemuka, kepada masuk ke bilik dan last2 mereka beromen. Sekali awek tu pregnant. Lantas syaitan berbisik kpd Barsisa supaya bunuh perempuan itu dan baby dia sebab kalau orang tahu, abislah status Barsisa. So dia pon bunuh awek tu dan baby dia dan tanam dalam rumah dia sebab takut orang luar nampak.

7. One day, abang2 awek tu datang nak collect adik diaorang. Barsisa cakap kat diorang bahawa awek tu jatuh sakit dan sudah mati. Dia pon tunjuk kubur olok2 awek tu yang dia dah buat siap2 kat diaorang. Abang2 budak prempuan tu pon redhalah dgn pemergian adik mereka.

8. Sekali malam tu, syaitan muncul dalam mimpi2 diaorang dan citer kisah sebenar dan tunjukkan kubur sebenar adik mereka. Besoknya diaorang pegi gali kubur olok2 tu dan off-course tak jumpa apa2. Pastu diaorg pegi rumah Barsisa dan korek exactly kat spot syaitan tunjuk kat diaorg, so jumpalah mayat adik mereka dan babynya.

9. Maka Barsisa pon di tangkap dan di jatuhkan hukuman bunuh oleh pihak berkuasa. Sewaktu Barsisa hendak di hukum, munculah Syaitan dan ngaku kat Barsisa bahawa dialah yang berbisik kepadanya selama ini. Lantas syaitan pon offer untuk menyelamatkan Barsisa dengan syarat Barsisa harus sujud kepadanya. Barsisa yang desperate trus sujud kepada syaitan. Lantas syaitan berkata
"Sesungguhnya aku berlepas dari kamu, Sesungguhnya aku takutkan Allah, Tuhan sekelian Allah"
(Al-Hashr 59:16)
dan di kala itu Barsisa di bunuh.
________________________
Pengajaran

1. Barsisa, yang pada mulanya seorang yang baik dan beramal soleh, akhirnya mati dalam keadan kafir. Segalanya bermula dari niat dia yang baik dan ikhlas.

2. Dr Zaki/ISMA, Dr Kamarul/MyPSA/postgrad students, Bukhari Ramli/MASCA/UMNO/Usrah-rejects, Aliph al-Turkistani, geng2 neutral dan Aku, Azam Mangkuk wal-Hensemi, semuanya berniat baik dan ikhlas di dalam hal ini.

3. Akan tetapi, siapakah yang pada kesudahanya akan berada di jalan yang benar dan siapakah, nauzubillah, akan mendapati diri mereka di landasan yang salah kelak?

Sekian, mekasey, Wassalam

References
1. Kisah Barsisa, satu, dua
2. Surah Al-Hashr 59:16
3. Bro Hani, khutbah jumaat Uni Adelaide 3 Dec 2010

Jumat, 03 Desember 2010

Aku Takkan Britau Anak Aku Makan Babi Itu Haram

Salam,
.... sebahagian drp Siri Usrah. di bawah Siri Agama.

1. Bagi geng2 oldschool, kalau kau takde gelaran "Ustad", kau tak boleh cakap pasal agama. Hanya org2 agama shj yg boleh cakap pasal agama. Orang2 lain yg tak de kelayakan/pentauliyahan agama secara formal/tradisional, adalah di anggp sebagai bukan "ahli" dlm bab agama. So shut the fuck-up!

2. Bagi mereka, kalau dengar2 ceramah je gitu, dengar2 kat usrah, baca buku, dengar2 kat radio, tengok dalm TV, jumpa kat internet, usha kat utube, dll, semua tu kira belajar tanpa guru. Semua orang tau,
"Sesiapa yang belajar tanpa guru, maka
syaitanlah gurunya".

3. Semua orang tau ungkapan di atas sebab ustad2 dan alim2 ulamak selalu ulang2 ayat tu. Mesti kata2 itu datangnya dari Al-Quran or Hadith kan? Takkan keluar dari lubang jubur mereka kot? Walaupun takde sapa pernah jumpa ungkapan tu dlm mana2 kitab sahih. Hmm...orang2 yang mengikut ajaran sesat tu, semuanya "berguru" kan? Tapi aku ni sapa. Ehh...ni semua syaitan nak bagik idea2 songsang kat aku nih. Syuhh syaitan..syuhhhhh!

4. Sesiapa yang tengah belajar agama pon, bagi geng2 oldskool ni, mereka belum layak berceramah tentang Islam. Belum abis berguru lagi kata mereka. Ilmu tak lengkap. Ada 13 ilmu mereka kene jadi pakar sebelum boleh bercakap sepatah dalam agama katanya.

5. Al Quran dan Hadith pula bagi mereka adalh sangat2 kompleks, asbtract dan sedalam lurah Rozita....eh silap... Maraina, dari segi maksudnya, yang takkan tergapai message sebenarnya oleh manusia2 yg tak belajar agama di universiti2 or di pondok2. Tak kiralah brader tu doktor pakar ke, rocket scientist ke, Nobel Prize winner ke etc. Tok guru mereka lagi gempak.

6. Barangkali Al-Quran dan Hadith di turunkan Allah untuk dewa2 kot. Bukan utk manusia2 biasa yg lemah cam kita ni. Wow! Aku takkan baca langsung dah maksud terjemahan Al-Quran pasnih. Takut nanti aku jadi kapir dan sembah jubor Angelina Jolie tujuhbelas waktu sehari.

7. Oleh sebab itu juga, pasnih aku tak nak suruh anak aku solat sebab aku bukan Ustad. Aku tak nak halang dia makan babi sebab aku tak tau dalil yang mengharamkan makan babi etc. Aku nak antar dia belajar, tapi kat Ozzy ni takde "Ustad tulen". So nasib dia lah! Bad Luck anak2 ku. Masuk neraka lah kau.
"Papa tak leh tolong sayang. Sebab kalau Papa ajar, papa pulak yang masuk neraka! Papa bukan Ustad agama. Papa Ustad seks je."


8. So kalau korang nak datang kat aku dan bising2 kata pendapat aku ni salah, korang jgn lupa bagi dalil Al-Quran dan Hadith yg sahih skali yer. Pastu, jgn lupa tunjuk kat aku ijazah Ustad kau or sijil pondok kau skali.

9. Kalau takde bro, mintak maap la bebanyak yer.
Shut The Fuck-Up je la bro!

Sekian, mekasey, wassalam.

Sumber rujukan:
1. Syaitan
2. Iblis

Sabtu, 27 November 2010

Siri USRAH : My Disclaimer

Salam,
Ini adalh permulaan kepada Siri USRAH yang berada di dalam Siri AGAMA aku. InsyaAllah, aku cuba finishkan kalau di berikan kesempatan olehNya.

So belum apa2 hal, these are my disclaimers

1. Aku adalah fasik
Kau tengoklah bahasa2 aku yang "indah" di dalm blog aku ini dan dalam last entry aku cakap pasal nak sodom orang. Tengok pulak keujuban dan riak aku di dalm blogpost2 aku. Ini semua tentunya datang daripada seorang individu yg hensem akan tetapi flawed.

Oleh itu, ingatlah ayat 6, surah Al-Hujurat
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidiki dahulu (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesal apa yang kamu telah lakukan."

Oleh itu berhati2lah bila baca apa yang aku tulis.
(source satu, dua, tiga)

2. Aku adalah jahil
Aku tidak mempunyai sebarang ilmu di dada aku. Kerana semua ilmu2 aku berada di kepala. Kepala aku kecik, so ilmu tak banyak.
Jadi ada banyak bende2 yang aku tak tahu or salah faham. So kalau gitu, tolong perbetulkan yer.

Antara bende paling tak best dok obersea ni ialah aku missing a lot of pengajian agama. Aku tak leh mengaji kitab, pergi masjid dengar orang mengajar dan lain2.
Ceramah2 kat masjid sini, lebih kepada nasihat2 umum gitu je, bukan like proper "mengajar".
Nak baca buku, aku ni liat. Aku nak dengar dan melopong jer sambil meng-osmosis ilmu.

My only source of ceramah datangnya dari utube (banyak pahala pencipta utube ni kalau dia Islam). Akan tetapi video2 utube ni ada dua problem.

a) Pertama. Peng-upload2 video utube ni adalh mostly, young progressive Islamist. Jadi video2 ceramah yang diaorang upload, mostly di sampaikan oleh ulamak2 muda yg dinamik. Ceramah2 oleh ulamak2 tua tok guru pondok adalah membosankan dan di hadiri oleh warga2 emas yg dah pencen dengan sebelah kaki di dalam kubur dah. So sapalah di antara mereka yg nak upload? Nak rekod camner pon diaorng tak tau. Pegang kamera pon ketar2.

Tak caya pergi search kat utube "Harussani" pastu search "Asri". Jauh langit dan bumi search result dia kan. Video2 Asri banyak pasal dia mengajar. Video2 Harussani, dah lah sikit, pastu mostly dari ceramah2 sahaja. Dan semua org tau, ceramah2 ni hanyalah sampah2 if compare to mengajar proper kitab.

Tapi bosan tidak bermakna salah. So, sesapa yg follow ceramah2 di utube, akan eventually menjadi biased kepada idea2 ulamak muda.
Aku antaranya. Well....ulamak muda tak semestinya salah/jahil kan?

b) Kedua. Di dalm utube ada banyak distraction. Jadi biasalh, aku ni kan orang "muda" yang berdarah muda yang ingin meratah bini-bini muda, empat tiga ataupun dua. Jadi biasanya kalau aku masuk utube, aku lebih banyak usha video2 lain daripada video2 agama.
Aku congak2, aku rasa less than 1% je kot aku spend tengok ceramah. Lagi 99% tu, aku dok layan rock kapak, gitar lessons, video2 lawak, konsert2, movie dan video2 exercise goyang gerudi, goyang gergaji dan kegemaran Saudara Huhu, goyang Allen key.

3. Aku adalh hipokrit yang mempunyai ciri2 munafik.
Aku ni cakap tak serupa bikin. Aku paham, tapi aku ni tak mau beramal.
Dan bila aku tengok ciri2 orang2 munafik, terasa sungguh.

4. Aku adalh pencinta akal.
Aku suka berfikir. Aku suka mengkritik. Aku suka protest.

Bagi aku, orang yang banyak ilmu/alim, tak semestinya dia "bijak". Berapa banyak Professor2 dalam Pengajian Islam di serata dunia ini yang kapir or secular. Diorang tahu lagi banyak Al-Quran dan Hadith daripada aku, tapi bagi aku. diorang ni tetap "bodoh" sebab diaorang tak "paham". Diorang tak de akal.

Jadi berdasarkan akal aku, Ulamak2 Anti-Usrah (dan juga Ulamak2 UMNO, ulamak2 pro-kerajaan) semuanya nampak bangang. Argument mereka tak masuk akal. Nampak berat sebelah. Nampak dangkal. Nampak lemah mati pucuk.

Masalahnya ialah, bila banyak sangat mengunakan akal tanpa ilmu yang cukup di bawah buah dada, maka kemungkinan besar conclusion yang aku capai itu di pengaruhi oleh interpretasi oleh hawa nafsu aku or bisikan2 syaitan. Oleh itu be careful bila baca apa yg aku tulis.

5. Aku kawan semua orang
Aku boleh "masuk" dengan semua orang. Aku kawan dengan geng2 usrah, dengan geng2 neutral, geng2 "lalok belum sedar diri" dan geng2 "anti Usrah" "anti Dr Zaki Ibrahim".
Aku bukannya kawan main2. Aku kawan betul2 la nih.
Aku berkawan dengan "junior" aku, Zaki sudah berbelas tahun kot. Aku kenal sangat dia dan dia kenal sangat perangai aku ni.
Aku pon berkawan dengan geng2 lalok. Tengoklah sapa yang kerja di kedai aku. Tengoklah sapa yang selalu datang ke kedai aku. Tengoklah sapa yang mainbola ngan aku.
Geng2 "anti-Usrah" pulak, aku selalu makan bersama, betepuk tampar dan bergurau senda. Tapi ramai giler sampai aku tak leh rapat ngan semua orang.

Jadi masalahnya ialah bila aku nak menulis nih, maka akan ramailah yang akan terasa. So, aku mungkin apply brek sikit2 di dua tiga tempat, sedangkan sepatutnya aku jalan terus je langgar mereka2 ni biar mampos semuanya.

6. I dont give a shit
Jadi janganlah korang tanya aku, KENAPA aku nak tulis pasal Usrah/ISMA kalau aku ni fasik, jahil, hipokrit, munafik dan ahli aqli(akal).

Seirously, kalau korang nak baca, berhati2lah.
Kalau korang tak suka, FUCK OFF lah!

Sekian, mekasey, wassalam.

SIRI AGAMA

Salam,

Walaupun aku ni nampak hensem, tapi aku bukan Ustad. Jadi berhati2lah bila baca ke-merapu-an aku.
Inilah post2 aku yg berbaur keagamaan sikit.
Lagi kebawah, lagi recent.

1: Penyelesaian mutlak isu Palestine vs Israel
2: Nak berzina takpe. Asalkan Jangan kawin dua sudeh
3: KaraOkay ke KaraTakOkay
4: Fadhilat berkaraoke untuk anak2 kita
5: Bila Ustad2 BerkungFu
6: Whatdeheck JAIS, WhatheFak PGSA
7: Tarikh Posa part 1
8: Tarikh Posa part 2
9: Wanita2 yang Sempoi di untuk di jadikan Bini
10: Tenkiu Harussani
11: Fitnah wanita dari perspective seorang Mangkuk
12: SIRI USRAH: My Disclaimer
13: Siri USRAH: Aku Takkan Britau Anak Aku Makan Babi Itu Haram
14: Siri USRAH: Kita Semua Adalah Orang2 Yang Berniat Baik

Sekian, mekasey, wassalam

Kamis, 14 Oktober 2010

Preview Topik2 Akan Datang...

Salam,

Berikut adalah my plan utk topik2 blog akan datang.
Ini adalh the preview.
The titles are not finalized yet. These are the working titles sahaja.
I may add or omit any of the topics mengikut nafsu serakah aku.
The order is necessary.
There is method to my madness (Hamlet, William Shakespeare ) (poyo gile)
__________________________________________
Izinkan aku poyo sebentar

1. Organize sikit. Aku kumpul2 entries buat siries. "Launching Siri-Swinging Bowl". The first siri is "Siri-Aku Hensem"
2. "I am an Alpha Male"
3. "Knape ada hari awek macam nak terkam aku dan ada hari awek macam nak sepak aku?"
____________________________
Aku Pengadis Tegar

1. Re-Launching "Siri-Menyelak Rahsia Wanita".
2. "Wanita itu lurus bendul"
3. "Cinta Itu Tidak Pernah Buta. Orang Pompuan lah Yang Buta Sebenarnya"
______________________________
Siri- ISMA

1. Disclaimer: "Sisters Membawa Fitnah Kepada Gerakan Dakwah (Pergh! Cuak Hang!)"
2. Disclaimer: "Peranan Aku Di Dalam Sejarah Pergerakan Dakwah dan ISMA Di Adelaide" (short answer =nothing)
3. Disclaimer: "Mohd Sarifudin Hamzah"
4. Disclaimer: "Kelucahanku, Bias Aku Terhadap Geng Usrah vs Non-Usrah, Kefasikan Aku"
5. "Apa itu Usrah. Apa itu ISMA"
6. "Salah faham terhadap Dr Zaki Ibrahim"
7. "What happen di Malam Iftar ISMA 2010"
8. "MyPSA dan MSD" ( Cuak...jgn tak cuak!)
__________________________________
Pilihanraya

In between , aku akan ulas pasal PRK Galas.
__________________________________
Knaper Sampai 4 Disclaimers

1. Tiadalah yg mematikan pucuk aku selain drp lepas berhujah penat2, tetiba ada pukimak lancau bagik komen babi macam ni.
"Dulu, sisters ni buat kat saya gini..gini..gini...uwaaa..uwaaaa....bla bla bla"
or
"Kau takde kat Malaysia, mana kau paham bro"


2. Segala hujah2 aku akan di lihat sebagai lekeh dan dilupakan. Hancus.

3. Fuck that !

4. So instead of aku tulis dulu pastu korang bagik komen, aku akan JAWAP KOMEN KORANG DULU SEBELUM AKU TULIS DAN KORANG KOMEN!
Itu yg ada sampai 4 disclaimers tuh.

5. Alhamdullilah. Begitulah hebatnya aku ini, sampai boleh anticipate apakah komen2 macam buntut engkorang.
________________________________________
Sabar la Beruk!

1. Aku tau ramai yg telah tegang zakar selepas baca tajuk2 Siri ISMA tu.

2. Sabar la bengong! Aku kene chill sikit dlm bab ni sebab ni isu sensitif.

3. Alhamdullilah, aku sengaja tak tulis trus pasal isu kontroversi ni arituh sebab aku tau aku tak boleh berlaku adil tanpa info yg tepat.

4. Kini setelah sebulan lebih insiden kontroversi itu berlalu, aku telah interview hampir kesemua individu2 terbabit drpd pimpinan ISMA (Dr Zaki, Nizam, Omar Faruk), MASCA (tak penting), UMNO (Villagers) dan hinggalah kpd pimpinan MyPSA (Dr Kamarul dan Saudara Sayuti)

5. Tapi oleh kerana aku tak dapat jumpa Haji Ariff lagi, maka terpaksalah aku delay tulis pasal ISMA ini buat sementara waktu. Kalu tak dapat jumpa, aku blasah je lah.
____________________________________

So, itulah plan nya.

Sekian, mekasey, wassalam.

Minggu, 03 Oktober 2010

Ramalan Ku Benar Belaka .........

Salam,

1. Tatkala burung berkicauan girang di pagi hari Ahad, 3 october 2010, hanya satu ayat berulang2 di benak ku.

"Romen seperti biasa...Romen seperti biasa...Romen seperti biasa"


2. Aku gemuruh umpama di malam pertama. Kerana tournament futsal ISMA 2010 akan di adakan di hari itu, dan aku tetiba terasa cuak ....skit2. Padahal aku ni dah season. Lama sangat tak de tournament agaknya.

3. Aku trasa extra pressure sebab teammate aku giler babi terer dan muda. Takut aku yg slack nanti. Diaorg majority first year 20 yo. Aku..ehemss..tambah lagi 16. Sudah mencecah usia kritikal utk kawin dua.

4. Ahh! Lantakla! Macam la ni first time beromen.
Lets peler...eh silap...play!
___________________________________
Musuh2 tekun mendengar taklimat oleh organizer..."...no sliding tekel yer..!"

Org lain warm-up kaki, PokChek "Raja Ole", warmup biceps. Patutla tak perform. Ada sesetengah pihak mengatakan PokChek "berat batu" di hari itu, sebab tu hampeh. Aku setuju. Tengok la besar mana batu dia!!

Pihak ISMA tidak melakukan ujian air kencing. So aku pon bantaila pkai steroid. Menyebabkan muscle aku bertambah besar dan telur aku bertambah kecil. So menjadikan aku lebih tangkas dan ringan bebanan. Bukan nya mcam PokChek!

Kedekut punya ISMA. Ref cabuk mane lah kau amik ni! Slipar jepun tu yg mahal tu. Encik Ise The Legeng!

Semua org ada rutin sendiri before game. Rutin aku ialah seluar aku lipat kat pinggang sampai tak leh naik langsung. Mencengkam zakar dan buntut. Pastu baju tuck-in DEPAN je, blakang tak. Walaupun rupa aku macam apek nak gi pasar, lantakla. Asalkan aku selesa bila main sudeh!
Ohh.....pastu aku akan stretch ankle aku banyak2. My weakest joint. Dah byk kali injured.

Satu lagi prasan dak muka aku dah start puffy! It will get worse. Aku tak tau knaper, tapi bila taim bola jer, muka aku akan jadi sembab! Gagal control hensem. Dah lah rambut serabai! Ada kene menena ngan adrenaline gak kot. But I don't give a shit. Ni kontest bolasepak, bukannya "Pencarian Lelaki Terkacak Pancaindera/Pantene 2010".

Rutin org lain mungkin berbeza. Ada yg bukak pastu ikat balik tali kasut 2-3 kali.
"Oii. Yus. Cepat laa..."


Dan paling biasa. Lipat track-bottom sebelah je. Kaki yg power! Ramai gila yg buat cenggini. Model=Fiker. Fiker left-footed ke?

Team -talk by manager team postgrad, SunnyGopal.
" Kita ada 244 taktik pada hari ini. Taktik pertama yg bergelar Halilintar Membelah Kebaya, ialah, kau pasing kau, pastu kat kau pastu bagi Amri, pastu Am shot dan Gol. Taktik kedua dan seterusnya pula, gini dan gini dan gini dan passing kat Amri dan Am shot dan Gol..Sesiapa selain drpd Amri yg score, aku akan remove from frens aku kat Fesbuk! Ada Paham!"
Team Postgrade ni menang Fair Play award sebab berpakaian paling sopan. Whatdeheck!

Penjaga top scorer. Nama aku mesti ada dalam tuh. Silap aku tak rasuah brader ni. Tapi org ISMA makan nasi je. Diaorg tak makan rasuah kot.

Pastu, tengah aku dok godek2 meja urusetia tuh, tetiba aku ternampak kertas ni. Aikk...kertas apa ni? Kertas voting drpd pihak2 kapten utk "best player" doh. Award yg aku sponsor hadiah dia tuh arituh...Mari kita zoom....

Fulamek! Nama aku tu bro! Ni mesti masa sekend game lawan team Cho/Sotong ni. TQ bro! Aku trus carik pen itam nak tambah nama aku banyak2. Tapi ntah mana ISMA sorok. Sial laaa!

The Drama. Nama team aku ialah OLE. Setelah main 2 game, kami dapat 2 seri je. Alamak Alabapak! So kitaorg kene menang the last game dlm group untuk masuk semi. Kalau tak menang, bungkussss..So....

Alhamdulillah takde hal. Masuk Semi. Yeaaa...Jom makan mee utk energy. Sapa masak mee ni hah? Sodap!

Di semifinal, kitaorg seri 2-2 ngan team PokChek/"4th year and Counting". So, Penalti shot-out. Best of three. Aku amik first one. Siol..tengah giler, nasib baik gol gak. Pastu Naim dan Lut pon gol gak. Team PokChek miss satu. Cayalah Mok! So...masuk Final! Yeaaa..

Fokus sebelum start final match. Switch On! Switch On! Re-match ngan team Sotong yg kami seri 1-1 di peringkat grouping.
"....jaga ikhwan...jaga ikhwan...jaga ikhwan...".
Macam lah yg lain tu ayam. Tidak! Kami tak fikir begitu. Fid lebih sesuai di gelar zirapah dan Cho wajar di gelar badak sebenarnya!

Gol demi gol di score. Ni celebrate gol Lut kot.

Final score...
Naim. Top Scorer Futsal ISMA 2010. Dan best player "unoffically" bagi aku.

Best player dapat kepada player Team Zippy, Yusuf a.k.a Harith Iskandar! Please come to SBowl to claim your $30 voucher dude.

Naib Johan, Team Sotong. Dari kiri, Isa, Cho, Imran, Fid, Anip, Ikwan, Irwan, Caer. Well-done boys. Next time buat lagi.......jadi naib johan lagi... muahahhahha.

Satu je aku nak cakap. Baju itam payah nak nampak bila main indoor. Gelap. Carilah baju terang sikit. Pink ke contohnya. Dahlah Ikhwan tu besar sikit je dari tiang gol. Pastu kau suruh dia pkai baju itam plak. Kalau Ikhwan tu putih melepak, aku paham la jugak kan. Tapi, ini ....... putih sikit je dari Rajnikanth! muahahhahaha.

Jeng..jeng jeng. Dan akhirnya! Sepatutnya aku yg tua ni yg menyampaikan hadiah. Bukannya menerima hadiah.

Apakah perasaan aku?
Pertama-tamanya...lega. Fuhh..sebab menang dan aku tak stuff-up (melainkan di ole PokChek! Bangsat! Menate Hobbit nih!).
Keduanya, aku tetiba trasa malu siol. Seriously. Aku trasa macam tak patut menang. Aku lepak je parking depan gol, engkorang yg lain2 lah yg buat kerje banyak. Lagipon aku dah tua, takan la aku ni lagi hebat dari engkorang budak2 dari team lain.

Tapi perasaan merendah diri ini datang sekejap je. Pastu the reality sets in. Aku memang hebat aku rasa! Tak boleh di sangsikan lagi. You cannot argue against the fact.

So, The Winner of Futsal ISMA 2010 is, team OLE.
From left, Sop, Lut, Bandu, Anas, Uncle, Naim, Yus.
Aik...baru perasan. Mana keeper? Mok! Memang takde dlm gambar versi ngan medal lah. Sila rujuk gambar di atas untuk menatap wajah hensem nya.
_______________________________________

Bola itu bulat. Apa2 pon boleh terjadi. Drpd nyaris nak out, tetiba jadi champ.
Ini hari kami. Besok mungkin hari kami gak. Lusa pon sama.
Ketidakhadiran defending champion, team Kickers, menyebabkan aku terasa macam ada taik sembelit membloking duburku. Nak keluar tidak, nak masuk balik pon tidak.
Kemenangan kami tidak sempurna. Aku belum puas....

Sekian. mekasey, wassalam.
_________________________________

CREDIT: "Ramalanku Benar Belaka" ialah nama team Lipas, Jetmir, Miu, Hasnol, Pan, Lokom dan awang2 import mereka.
Wa cilok nama sempoi lu okay!
Nama yg tercetus ketika jejaka2 jiwang itu melayan rock kapak dari kumpulan Umbrella...
Jom layan sepam.


..pergh......meleleh beb!

Senin, 13 September 2010

Kita rilek jap ye..

Salam,

1. Aku sedar, ramai yg tergedik2 dok tunggu aku tulis pasal ISMA. Adakah aku akan sokong ISMA or hentam ISMA?

2. Tapi jom kita rilek jap la. Skang ni kan mood raya. Jom kita bermaaf-maafan sesama kita.

3. Lepas tu kita gaduh lah balik kan.

4. Lagipon kalau aku silap tulis, aku mungkin tak dapat jemputan open house raya drpd pihak ISMA or pihak anti-ISMA. Melopeh den...

5. Bersabarlah. Aku tak lupa.
_____________________________

Prof A Wahab Ali

1. Beliau adalah bapak kpd salah sorang PRR kat sini. Dia skang ada di sini.

2. Apparently, dia ni orang hebat dalam sastera Melayu. Aku tak kenal pon, tapi kalau kau google nama dia, mmg bercambah pasal dia. Mmg dia hebat gaban.

3. So, "Mat Jiwang bajet Sasterawan Negara No 1 Adelaide", Saudara Muda FakirFikir, telah mencadangkan utk kita (aku, kau, blogger, would be blogger, pembaca,sesape) buat satu diskusi/perjumpaan dgn Prof Wahab, utk kita menimpa sedikit ilmu drpdnya.

4. Kalau kau datang nak usha awek je pon wa tak kisah.

5.. Lokasi, mungkin di kedai aku. Bila tu entah? Tapi sesapa yg berminat tolong bagi feedback.

Sekian, mekasey, slamat raya, wassalam.

Sabtu, 04 September 2010

Kurap Adelaide....




Salam,

1. Aku malas nak tulis post pendek2. Tak sempurna argument rasanya.

2. Aku suka menulis blog, sebagaimana aku suka caraku beromen. Panjang2 dan selama-lama-lamanya. Hot, rough and sweaty (sembang kencang bajet power...Ikut aku lah ni blog aku! muahahaha)

3. Tapi bila aku baca orang2 melenting ttg organisasi K yang di ketuai oleh DrE yang membuat forum N tentang isu T yang mengkritik negara U di bandar yg bernama T, maka aku terfikir. Diaorang ni nak datang bulan ke?


4. Aku mmg nak menulis tentang K,E,N,T,U dan T dah lama dah. Mungkin inilah impetus yg aku tunggu-tunggukan. (utk yg lemah ingelisnyer..boleh check maksud impetus di cini).

5. K,E,N,T,U,T adalah isu yg sudah lama berkurap di bumi Adel...opss tersasul.....jap yer nak check...di bumi T. Jadi aku malas nak garuk kurap tersebut sebab selaku bekas pesakit kurap, aku tahu sifat dan karekter penyakit kurap ini.

6. Semakin di garu kurap tersebut, semakin syok, semakin best! Semakin keras di garuk sopt tuh, semakin lega rasanya. Akan tetapi hakikatnya, bila kurap itu di garu, ia sebenarnya akan jadi bertambah teruk dan bertambah besar.

7. Lagi celakanya, bila kurap ini di garu, fungus2 kurap ini akan melekat di celah2 kuku kita. Jadi bila kita garu di tempat lain yg tidak berpenyakit, tempat itu pulak yg akan di jangkiti. Asalnya satu, kini jadi dua, tiga dan seterusnya.

8. Lebih membabikan, kurap ini senang menjangkit kpd org lain. Asalnya sorang, kini dah bertambah menjadi dua, kemudian satu kelas, satu sekolah, satu bandar, satu negeri, satu negara dan akhirnya satu dunia.

9. Jadi sebelum aku menulis tentang K.E.N.T.U.T, aku nak pesan kat semua orang. Aku akan garu perlahan2. Sebab aku tahu,

A
- sekukuh mana pon hujah aku menyokong DrE dan organisasi K, TIDAK AKAN ADA SORANG pon di kalangan orang2 yg anti E & K akan merubah pemikirannya.

B
-
selemah2 hujah aku menentang E & K pula, akan cepat sepantas kilat menyebabkan orang menjauhkan diri drpd E & K, termasuklah org yg berada di dalm K sekarang ni.

10. Kenapa bila orang nak buat baik ramai yang menentang membantah. Tapi bila orang membuat kemungkaran, bukannya orang yg "menentang membantah" itu turut sama "menentang membantah" kemungkaran tersebut. Sebaliknya diaorang pandang kat orang yg cuba buat baik tadi dan kata " Ehh! Apsal lu tak pergi tegur?". Pulak!

11. What a joke!

12. Ataupun mungkinkah pihak yg "menentang membantah" itu hanyalah menyuarakan cadangan ataupun positive feedback. Akan tetapi mereka telah di perceived sebagai pihak2 yg menentang usrah ataupun liat utk di usrah, kerana cadangan/feedback pihak tersebut bercanggah ataupun menokok tambah kpd silibus usrah yg telah di selaraskankan oleh pimpinan atasan organisasi. Agak rigid mereka ini. Agak constipated.

13. Sila makan pelawas yer abang2 usrah. Anda boleh beli di sini.


14. On the other hand, isu KENTUT ini ialah isu yg selamat utk aku discuss secara bebas semberono. Sebab aku tahu penulisan aku TIDAK AKAN MEMECAHKAN komuniti Melayu di sini. Kerana komuniti ini mmg sudah berpecah di kalangan undergrad mahupun postgrad. Malangnya.....

15. Di harapkan, di akhir penjelasan drpd aku, semua orang akan sedar. Bahawa kedua2 pihak , KENTUT dan anti-KENTUT bersalah didalam kemelut ini. Yang betul dan benar hanyalah Aku sorang.

16. Tapi sekarang bukan masanya lagi. Aku perlu menulis utk menolong kawan yg sedang terluka....

Sekian. mekasih, wassalam.

Kamis, 04 Maret 2010

TOLONGLAH JGN JATUH CINTA PADA KU !!!

Salam,

- Sabtu nih ada program "Seminar Langkah Bermula"(SLB) utk budak2 junior yg baru turun kapal!
- So aku di offer utk letak phamplet sorang satu dalm folder budak2 junior tuh utk promote kedai aku konon!
- Tapi phamplet bosan siyal !!! So, mulalah aku merapu......

SPOILER ALERT!!!
- Kepada sesapa yg nak pergi SLB utk mengusha junior, Stop! Jgn teruskan bacaan. Kang spoil the surprise.
-Kepada budak2 junior yg tersasau masuk blog nih, tak saspen dah lah.

-Tapi semuanya ini bergantung kpd budibicara pihak penganjur. Kalau diaorg decide utk sensor "warkah" aku ni, aku nak wat canner kan?

So here it is, my uncensored draft.............

TOLONGLAH JGN JATUH CINTA PADA KU !!!

Assalamualaikum dan Salam SHAPOW !!!

1.Selamat dtg ke Adeled dan selamat tidur sewaktu mengikuti seminar langkah bermula ni. Jgn lupa baca doa tido!

2. Sebagaimana langkah2 korang bermula sebagai seorang pelajar obersea yg bakal mengharumkan nama Negara, begitulah juga langkah2 aku bermula dlm usaha aku utk mencari bini no4, no3 dan no2 dari kalangan awek2 junior.

3. Jadi, maafkan daku kerana terpaksa menaikkan harga aritu bila korang baru2 sampai. Tindakan tersebut terpaksa aku laksanakan apabila aku mendengar perkhabaran buruk dari Malaysia bahawasanya P.A.M.P (Persatuan Aktivis MakAndam Pondan) , telah menaikkan harga Beb ! Inflation la, Global economic breakdown lah konon! Blah la lu!

4. Maka, memandangkan aku dah bajet nak kawin lagi 3 by the end of this year, maka terpaksalah aku mencekik dari engkorang semua. TAHNIAH!

5. Akan tetapi, memandangkan aku ni seorang yg hensem, macho, kacak, bajet muda dan ...ermm hensem, maka aku dgn hati yg suci murni sudi memberikan diskaun.

6. Golongan2 yg berhak menerima diskaun di SB ialah awek cun, awek hawt, awek cun dan hawt, bapak awek cun/hawt (Hai Daddy!), mak awek cun/hawt (Hi Mommy!), nenek awek cun/hawt ( ...ni dah melampau nih!), dan ........student.

7. Harga yg telah di umumkan arituh oleh Penyimpan Motor Besar King of HandsomeMan of Adeled, mmg la skali pandang cam murah. Utk student, Nasi $2, telur $2, sayur $2, ayam $2.50, lamb $3, daging $3.50, sotong $3 bla bla bla. Tapi bila kau nak bayar, ..kira2...

MAHAL BAPAK HENGKAU!


8. So berhati2lah masa pilih lauk. Kalau trasa lauk sikit or kecik, sound je lah. Kalau kau bajet2 macam aku tgh “good mood”, kau sound je straight kat aku. HINT: aku mood terbaek ialah masa aku tgh pegang pisau besar Gaban dok potong ayam. Hatiku juga sentiasa girang sewaktu aku mengasah pisau. Kecengg...keceng...zraawpppp!!

9. Satu lagik, aku dengan penuh tangisan teresak2 nih uwaaaaaaaaaa...isyk..isyk.., ingin mengumumkan effektif next week, dari pukul 630pm ke 7pm (=setengah jam seblum taim tutup), aku bagik offer exclusive kat engkorang budak2 Malaysia. Kau bayar AUD30, Kau bole belasah ape2 kau nak dari lauk2 dan nasi “lebih” kat kedai aku. Drp aku baling masuk tong sampah, baik korang jadi tong sampah aku. Tapi kalau sold out, tu kira takde rezeki korang la kan.

Eh! Aku tulis 30 Dollar ke....Halamek! Tersyasul!

I mean AUD3.00 !!! TIGA DOLLAH!!!

10. Jadi, jgn segan2 la plak nanti. Bukanya aku nak amik gambar engkorang pastuh masukkan dlm fesbuk bagitau semuaorg......” Hah! Ni lah kaki makan diskaun!” . Muahahhahah!!! Hmm...good idea gak tuh! .......Lawak je bro! Tau Cuakk!

11. Tapi, frankly speaking, bagik aku kalau kau datang gak makan kat kedai aku, kau telah buat DUA kesalahan bangang !

12. Kesalahan bangang yg PERTAMA ialah, naper la kau nak makan kat kedai aku? Kau dok obersea bro/sis !!! Takkan la kau nak makan sambal belacan, gulai masak lemak or ayam masak merah gak? Pegi lah blasah pizza ke, kebab ke, sushi ke, berger ke, Nandos ke gitu. Baru jadi mcam Mat Salleh. Baru boleh carik Minah Salleh ozzy, cun, blonde, hawt...........yg boleh di dakwahkan utk masuk Islam!......sebelum di paskan kpd aku utk menjadi bini no 2, 3 or 4.

Wooo!!!..Aku tau ramai yg akan kata, Ehh naper pas kat lu plak? Wei, Ingat! Korang budak2 scholarship/sponsorship mane bole kawin! Kang marah brader MSD yg dok kat depan tuh!

13. Kesalahan bangang yg KEDUA plak ialah kesalahan kau yg memilih utk datang ke Adeled.....Opps!! Terlepas cakap! Muahahhaha!

14. Jadi engkorang budak2 yg baru sampai,

Tolonglah JANGAN DATANG MAKAN kat kedai aku! Syuhhh!

Tolonglah JANGAN BAGIK SHAPOW KAYA SANGAT!! Sebab aku jeles! Kang kalau Ringgo dan Nazerul (0423355596) kaya nanti, dia dah tak nak jadi macha aku dah! Dapatkan barangan terpakai yg berkualiti......erm “boleh pakai” dari SHAPOW ......kalau kau saje nak bagik aku sakit ati!

Tolonglah JANGAN BACA BLOG AKU, http://swingingbowlsatay.blogspot.com/ kerana idea2 songsang aku boleh merosakkan minda2 assertif di kalangan generasi yg progresif yg aku pon tak tau aku cakap ni apa motif. Ulang Tayang! JANGAN BACA!

Tolonglah JANGAN REPEAT YEAR di Adeled ni hanya semata2 kerana ingin menatap wajah hensem ku setahun extra lagi. Blajar sungguh2, dapatkan markah yg cun melecun dan carik kerje yg mantap. Baru best aku nak buat bini nanti sebab aku boleh cilok duit gaji kau skali!......and lastly.....

Tolonglah JANGAN JATUH CINTA PADA KU kerana di sebalik wajahku yg hensem, macho, kacak dan hensem ini, aku sebenarnya.... terer main bola, memandu kereta, memaku papan, melintas jalanraya dan mandi. Eh! Semua positif ni! Silap-silap! JATUHLAH CINTA PADAKU!!! Aku tak kisah sikit habuk pon. Tapi bini aku “mungkin” emo .......rasa-rasanya.........kot!

Entahlah! Tak paham aku org pompuan nih! Sebab tu agama menyarankan kawin empat. Supaya org lelaki lebih byk practice menyelami minda dan psaikologi org pompuan nih! Four is better than one!

15. Sekian kemerepekan aku di sini. Have fun di Seminar Langkah Bermula ni !!! Aku tau mmg seminar ni sungguh bermanafaat dan menyeronokkan sebab tulah waktu kau dok baca bende nih, aku dok syok tidur atas katil. Engkorang plak dok bantai tidur atas kusi je. Lozersss!!

Sekian, Mekacih, Wassalam.

Encik/Tuan/Brader/Bro/PakCik/Uncle/Sayang...........MangkukHayun.

--------------------------------------------

TheEnd

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger