Tampilkan postingan dengan label postgrad. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label postgrad. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 04 Desember 2010

Kita Semua Adalah Orang-Orang Yang Berniat Baik.

Salam,
...sebahagian daripada Siri Usrah/Agama...

1. Sebagaimana aku benar2 yakin bahawa aku ni kacak, begitulah juga aku benar2 yakin bahawa kebanyakan manusia di atas muka bumi ini adalh orang yang baik-baik. Buktinya yg paling simple, lebih ramai org dok luar jel drp yg dok kat dalam kan?

2. Begitulah kita di Adelaide ini. Aku benar2 yakin bahwa Dr Zaki Ibrahim dan ISMA(Australia) adalh benar2 berniat baik dan ikhlas di dalm usaha dakwah mereka. Mereka cintakan Islam. Mereka cintakan Malaysia. Dan mereka nampak masalah ummah di dunia umumnya dan di Malaysia spesifiknya, dan mereka enggan berpeluk tubuh.

3. Apakah yang Dr Zaki boleh dapat drpd pergerakan ISMA (Australia)? Glamer? Duit? Kereta? Kolam renang? Bini muda? Rambut? Undi politik? Dia boleh sahaja untuk dok diam2 macam doktor2 lain yang bermastautin di sini. Tetapi dia telah sengaja memilih jalan yang beronak duri kerana dia merasakan itu adalah benar.

4. On the other hand, geng2 Dr Kamarul Ariffin dan MyPSA (SA) juga bagi aku benar2 berniat baik dan ikhlas dalam menjalankan aktiviti pertubuhan mereka. Segala aktiviti2 mereka, pertolongan yg di berikan kepada student post-grad baru, nasihat2 yang seringkali di berikan kepada student bodies di sini dan lain2 amal jariah mereka, semuanya itu di buat tanpa mengharapkan sebarang balasan pon.

5. Perselisihan dengan ISMA pon bagi aku berlaku dengan niat yang baik daripada pihak MyPSA. Geng2 Dr Kamarul benar2 yakin bahawa Dr Zaki dan lain2 individu di dalm ISMA (Australia), tidak layak untuk menyampaikan message Islam kerana mereka tiada sebarang tauliah agama. The fact yang message yg di bawakan oleh Dr Zaki dan ISMApula adalh agak panas untuk di dengari oleh penyokong2 kerajaan, menghangatkan lagi perhubungan mereka.

6. Let me set the record straight here. Dr Zaki bukan ahli PAS. Bukan penyokong PAS. Maybe ada sikit2 dia setuju ngan PAS. Tapi lebih banyak yang dia bangkang PAS daripada sokong, seperti dari aspect polisi, political strategy, pentarbiyahan etc. Jadi jangan salah anggap Dr Zaki ataupun ISMA sebagai proxy-PAS di sini. TIDAK! Jauh sama sekali, ibarat kehenseman aku dari A.R Tompel.

7. Begitulah juga dengan geng2 Bukhari Ramli, "Godfather" MASCA dan UMNO South Australia. Golongan ini benar2 berniat baik dan ikhlas di dalam mempersoalkan tindak-tanduk ISMA seperti aktiviti2 ISMA yang di jalankan yg tidak mesra student (for selected few je), clash dengan aktiviti2 MASCA/UMNO, duit MISSA yg di passing ke ISMA dan yang paling kontroversi iaitu penyingkiran ramai individu2 daripada ISMA tanpa sebarang sebab di berikan secara jelas.

8. Kebanyakan daripada individu2 yg di sisihkan oleh ISMA (SA) itu masih sayangkan dakwah. Masih dahagakan tarbiyyah. Mereka tidak quit. Mereka di pencenkan. Dan tiada sebarang dakwah alternatif di berikan ataupun jalan taubat utk kembali ke pangkuan ISMA di tunjukan kepada mereka. Mana mereka tak bengang? So, kritikan2 mereka terhadap ISMA selepas itu, adalh wajar dan aku percaya di lakukan dengan niat yg ikhlas dan baik.

9. Kelompok yang ke-empat pula di Adelaide ini adalah Aliph Al-Turkistani. Beliau ada ilmu, suka berhujjah dan orang lama di dlam dakwah JI/JIM/Al Qaeda kot. Jadi aku benar2 yakin beliau berniat baik dan ikhlas bila seringkali menegur pihak ISMA secara berdepan mahupun di alam internet. Teguran beliau admittedly agak panas kerana beliau sindir straight to the point dan sarat dengan hujjah2 agama. Beliau mungkin adakalanya nampak agak kasar, tapi nak wat camner. Dia bukan melayu lembik. Dia kan org Turkistan ....... celup!

10. Golongan yang kelima dan juga golongan yang majoriti pula ialah geng2 neutral. Mereka ni pon berniat baik gak. Mereka benar2 jujur dan ikhlas apabila dont give a shit about all this mess. Sapa jemput makan, diorang pergi. Kau nak cakap ke berceramah ke, lantakla.

11. Begitulah juga dengan aku. Aku tulis siri Usrah ni pon dengan niat yg baik dan ikhlas. Aku mahukan peace antara pihak2 yg bertelagah ini. Awek usrah ke tak usrah ke, dua2 aku bedal.
_________________________
Kisah Barsisa

1. Pada zaman Bani Israel, ada seorang yang bernama Barsisa. Dia adalh seorang yg menumpukan sepenuh masanya beribadat. Dia adalh Mat-Church (Mat Surau-dia beragama Nabi Isa a.s). Suatu hari datang 3 orang brothers kpd Barsisa minta tolong kepadanya utk jaga adik perempuan mereka kerana diaorang nak pergi bermusafir. Mereka percayakan Barsisa kerana dia terkenal sebagai seorang yang sangat alim.

2. Mula2 Barsisa menolak mentah2 kerana dia tahu bahaya wanita ni. Lagipon dia pon belum kawin lagi. Lantas syaitan membisikkan kepadanya, kalau awek tu di amanahkan kepada orang lain yg tidak bertanggungjawap dan berlaku sesuatu, kamulah yg bertanggungjawap nanti. Kau letak je dia kat rumah, pastu kau lepak kat church pon kan, so kau tak payah jumpa/bersemuka dgn awek tu pon. Pehh!

3. Jadi Barsisa pon termakan dengan bisikan syaitan tersebut lalu bersetuju utk menjaga cikaro tersebut dengan niat yg baik dan tulus ikhlas.

4. So tiap ari Barsisa letak makanan kat depan church, so awek tu boleh datang ambik sendiri. Pastu datang syaitan lagi dan berbisik kepadanya tentang bahayanya awek tu kene jalan dari rumah ke church ari2. Kalau jadi apa2 on the way camner? So Barsia pon termakan. Dia letak makanan depan pintu rumah pulak.

5. Syaitan dtg lagi dan berkata, bahaya tiap2 hari awek tu kene bukak pintu rumah, kalau org jahat nampak dia camner? So Barsisa letak dalm rumah pulak. Pastu syaitan pujuk Barsisa untuk bercakap ngan awek tu pulak. Tanya kabar, tanya ada apa2 masalah ke, siling bocor ke, jamban block ke, Stayfree cukup ke gitu.

6. Dari mula2 bercakap di balik tabir je, kepada berbual bersemuka, kepada masuk ke bilik dan last2 mereka beromen. Sekali awek tu pregnant. Lantas syaitan berbisik kpd Barsisa supaya bunuh perempuan itu dan baby dia sebab kalau orang tahu, abislah status Barsisa. So dia pon bunuh awek tu dan baby dia dan tanam dalam rumah dia sebab takut orang luar nampak.

7. One day, abang2 awek tu datang nak collect adik diaorang. Barsisa cakap kat diorang bahawa awek tu jatuh sakit dan sudah mati. Dia pon tunjuk kubur olok2 awek tu yang dia dah buat siap2 kat diaorang. Abang2 budak prempuan tu pon redhalah dgn pemergian adik mereka.

8. Sekali malam tu, syaitan muncul dalam mimpi2 diaorang dan citer kisah sebenar dan tunjukkan kubur sebenar adik mereka. Besoknya diaorang pegi gali kubur olok2 tu dan off-course tak jumpa apa2. Pastu diaorg pegi rumah Barsisa dan korek exactly kat spot syaitan tunjuk kat diaorg, so jumpalah mayat adik mereka dan babynya.

9. Maka Barsisa pon di tangkap dan di jatuhkan hukuman bunuh oleh pihak berkuasa. Sewaktu Barsisa hendak di hukum, munculah Syaitan dan ngaku kat Barsisa bahawa dialah yang berbisik kepadanya selama ini. Lantas syaitan pon offer untuk menyelamatkan Barsisa dengan syarat Barsisa harus sujud kepadanya. Barsisa yang desperate trus sujud kepada syaitan. Lantas syaitan berkata
"Sesungguhnya aku berlepas dari kamu, Sesungguhnya aku takutkan Allah, Tuhan sekelian Allah"
(Al-Hashr 59:16)
dan di kala itu Barsisa di bunuh.
________________________
Pengajaran

1. Barsisa, yang pada mulanya seorang yang baik dan beramal soleh, akhirnya mati dalam keadan kafir. Segalanya bermula dari niat dia yang baik dan ikhlas.

2. Dr Zaki/ISMA, Dr Kamarul/MyPSA/postgrad students, Bukhari Ramli/MASCA/UMNO/Usrah-rejects, Aliph al-Turkistani, geng2 neutral dan Aku, Azam Mangkuk wal-Hensemi, semuanya berniat baik dan ikhlas di dalam hal ini.

3. Akan tetapi, siapakah yang pada kesudahanya akan berada di jalan yang benar dan siapakah, nauzubillah, akan mendapati diri mereka di landasan yang salah kelak?

Sekian, mekasey, Wassalam

References
1. Kisah Barsisa, satu, dua
2. Surah Al-Hashr 59:16
3. Bro Hani, khutbah jumaat Uni Adelaide 3 Dec 2010

Sabtu, 04 September 2010

Kurap Adelaide....




Salam,

1. Aku malas nak tulis post pendek2. Tak sempurna argument rasanya.

2. Aku suka menulis blog, sebagaimana aku suka caraku beromen. Panjang2 dan selama-lama-lamanya. Hot, rough and sweaty (sembang kencang bajet power...Ikut aku lah ni blog aku! muahahaha)

3. Tapi bila aku baca orang2 melenting ttg organisasi K yang di ketuai oleh DrE yang membuat forum N tentang isu T yang mengkritik negara U di bandar yg bernama T, maka aku terfikir. Diaorang ni nak datang bulan ke?


4. Aku mmg nak menulis tentang K,E,N,T,U dan T dah lama dah. Mungkin inilah impetus yg aku tunggu-tunggukan. (utk yg lemah ingelisnyer..boleh check maksud impetus di cini).

5. K,E,N,T,U,T adalah isu yg sudah lama berkurap di bumi Adel...opss tersasul.....jap yer nak check...di bumi T. Jadi aku malas nak garuk kurap tersebut sebab selaku bekas pesakit kurap, aku tahu sifat dan karekter penyakit kurap ini.

6. Semakin di garu kurap tersebut, semakin syok, semakin best! Semakin keras di garuk sopt tuh, semakin lega rasanya. Akan tetapi hakikatnya, bila kurap itu di garu, ia sebenarnya akan jadi bertambah teruk dan bertambah besar.

7. Lagi celakanya, bila kurap ini di garu, fungus2 kurap ini akan melekat di celah2 kuku kita. Jadi bila kita garu di tempat lain yg tidak berpenyakit, tempat itu pulak yg akan di jangkiti. Asalnya satu, kini jadi dua, tiga dan seterusnya.

8. Lebih membabikan, kurap ini senang menjangkit kpd org lain. Asalnya sorang, kini dah bertambah menjadi dua, kemudian satu kelas, satu sekolah, satu bandar, satu negeri, satu negara dan akhirnya satu dunia.

9. Jadi sebelum aku menulis tentang K.E.N.T.U.T, aku nak pesan kat semua orang. Aku akan garu perlahan2. Sebab aku tahu,

A
- sekukuh mana pon hujah aku menyokong DrE dan organisasi K, TIDAK AKAN ADA SORANG pon di kalangan orang2 yg anti E & K akan merubah pemikirannya.

B
-
selemah2 hujah aku menentang E & K pula, akan cepat sepantas kilat menyebabkan orang menjauhkan diri drpd E & K, termasuklah org yg berada di dalm K sekarang ni.

10. Kenapa bila orang nak buat baik ramai yang menentang membantah. Tapi bila orang membuat kemungkaran, bukannya orang yg "menentang membantah" itu turut sama "menentang membantah" kemungkaran tersebut. Sebaliknya diaorang pandang kat orang yg cuba buat baik tadi dan kata " Ehh! Apsal lu tak pergi tegur?". Pulak!

11. What a joke!

12. Ataupun mungkinkah pihak yg "menentang membantah" itu hanyalah menyuarakan cadangan ataupun positive feedback. Akan tetapi mereka telah di perceived sebagai pihak2 yg menentang usrah ataupun liat utk di usrah, kerana cadangan/feedback pihak tersebut bercanggah ataupun menokok tambah kpd silibus usrah yg telah di selaraskankan oleh pimpinan atasan organisasi. Agak rigid mereka ini. Agak constipated.

13. Sila makan pelawas yer abang2 usrah. Anda boleh beli di sini.


14. On the other hand, isu KENTUT ini ialah isu yg selamat utk aku discuss secara bebas semberono. Sebab aku tahu penulisan aku TIDAK AKAN MEMECAHKAN komuniti Melayu di sini. Kerana komuniti ini mmg sudah berpecah di kalangan undergrad mahupun postgrad. Malangnya.....

15. Di harapkan, di akhir penjelasan drpd aku, semua orang akan sedar. Bahawa kedua2 pihak , KENTUT dan anti-KENTUT bersalah didalam kemelut ini. Yang betul dan benar hanyalah Aku sorang.

16. Tapi sekarang bukan masanya lagi. Aku perlu menulis utk menolong kawan yg sedang terluka....

Sekian. mekasih, wassalam.

Minggu, 14 Maret 2010

Kalau Ekin Pkai Spender Masam Aku Atas Kepala Dia Pon, Still Nampak Ayu .

Salam,
.......siri makcik2 1: di-ngorati

1. Mungkin di sebabkan terlalu banyak kali kene ngorat dgn warga emas (kelik), aku perasan aku sekarang tetiba menjadi phobia bila jumpa makcik2.

2. Aku bukan setakat kekadang tu trasa mcam nak sidekick tetek2 makcik2 yg dah beranak bercucu. Ngan Makcik2 "muda" pon aku kekadang tu trasa gatal kaki je semacam. Sape kah makcik2 muda? Org2 muda yg peel mcm makcik2 ler.

3. Di sebabkan oleh phobia aku terhadap makcik2 ni, aku tak peduli namer ataupun muka bini2 kawan aku, bini2 sepupu or sedara mara aku, bini2 postgrad, kawan2 bini aku dan wanita2 yg seumpama dgnnya. Aku biasanya kalau cakap ngan bini aku, aku referkan diaorg through laki diaorg.
Eg: "Ehh arituh aku nampak bini Agus ngan bini Suparman dok sidai perut kat rundel....."

4. Tu yg kekedang jadi klaka. Berapa kali ntah tetiba ada "makcik2/akak2/adik2 bini org" , yg dtg kedai tetiba selambe je tegur aku mcam dah kenal lama. Padahal aku haram tak ingat muka diaorang. Lagi2la ni bini sapajadah ntah? Terpaksalah aku caber line ngan tanya soalan bodoh2 mcm.......

"Ehh! nak gi maner nih?",
"Ari ni ikan bawal berapa ringgit sekilo kak?",

"Hujan tak kat luar tadi turun dari awan Cumulus Mediocris ke Nimbostratus?"


takpon...

" Cantik lah tudung U nih? Fesyen Spendek Manik Permaisuri kan? Lawa lah.
Kalau awak pakai Tudng Rabbani Indonesia ke, takpon Tudung Dubai Selapis,mesti nampak lagi mangancam!
Tudung Bawal is soo old-skool kan?

Tapi U jgn la pakai Selendang Ekin Batu ke, Tudung Ekin Bercorak ke, Tudung Ekin 2 Lapis ke gitu. Tak kene ngan muka U tau?
"

5. WTF! Masa last time bini aku nak dtg sini dari Msia, bini aku tanya aku
"Ada apa2 nak pesan dari Msia dak?"
Of course aku cakap ADA. Tapi aku TAK pesan suruh bawak budu ke, tempoyak ke, jersey Deportivo La Caruna ke, kas-kas ke, ataupun Tongkat Ali sebab aku dah mmg terover power syahwat kejantanan dah.
Aku pesan........

" Tolong jangan bawak sehelai pon tudung Indon yg mcam Ekin tuh! Pegi bukak beg dan check. Kalau ada, pegi buang tong sampah."


6. Tudung gitu sangat2 lah potong stim bagik aku. Aku tau la dia senang nak pakai. Tapi terlalu ke-indonan utk taste aku. Hanya siiiiiiiiiiiiiiiiikkit je awek yg boleh pakai tudung gitu tapi nampak cun. Antaranya Ekin.

7. Tapi sedarlah engkorang orang2 pompuan. Ekin kalau pakai atas kepala dia guni bawang ke, surat khabar bungkus nasi lemak ke ke ataupun spender koyak aku yg dah masam ke, dia akan still nampak ayu HOKAY!
The rest of U, ........well..... U look like shit! mauahhahhahaha. (abisla aku kene hentam nih!)

Pakai tudung zaman sekarang nih belit2 kompleks gila sampai "specialist" buatkan. Ni adik dia kot!
Ermm......org laki yg expert pakaikan tudung? Agak2 dia pernah try pkai kat diri sendiri dak? Auww Bro......Sungguh Auww!

Wow, Cun nyer!!

Wow! Yg ni pon cun giler.
Tapi korang sedar diri lah sikit. Pegi tgk cermin. Britau aku. Shape muka kau same dak ngan shape muka patung2 nih?

Tau pon tidak! Tudung2 Indon ni kalau kat patung tuh,mmg la nampak cun. Tapi patung tu shape muka dia agak tidak realistik la kan. Mana ada org muka camtuh!


8. Tapi ni taste aku lah kan. Taste org lain aku no komen la. Jadi kalau kau adalah salah seoarang drp 10 org di muka bumi ini yg tidak teringin di ngorat oleh aku (malang sungguh!), silalah pkai tudung Indon. Selamat tak jadi bini no 4, 3 ataupun paling koman no 2 aku.

9. I am a Bawal-Man!! Bawal No 1/Jepun/Asli/Kelantan ke, Bawal No 2/Korea ke, Bawal Kilang Baru/China Gred A ke, semua orait. Jgn kau pkai anak tudung yg keras cam Cap tu pulak kat bawah sudah. Jadi nampak cam Indon balik. Hampeh!

10. Kau nak putar-putar ke, pusing-pusing ke, belit-belit ke, ikut suka ati kau dah. Asalkan
a) tak mati tercekik terbelit atau otak anda bocor sebab terlalu byk pin!
b) tidak terlalu menarik perhatian (boh lampu kelip2ke, ada LCD pasang citer Adnan Sempit kat belakang kepala ke),
c) kalau suami nak mintak buat seks, tak perlu tunggu lama sanggat untuk cabut sehingga kekerasan suami sudah tiada lagi (nak projek pakai tudung pon tak de hal :)) ) dan .........
d) masih menutup apa yg patut di tutup (rambut, tengkuk dan tetek anda yg mekar ranum. Ada ayat Al Quran An -Nur:31)!

11. Aku tak suka gak kaler banyak2. Serabut sial. Kaler banyak2 dan corak mcm2 seolah2 kau nak suruh semua balak2 tengok dan terpegun ngan kaler2/corak tersebut so balak2 tuh tak perasan muka anda seposen je rupanya (plis kill me).

12. Kalaulah aku ni bertetek dan bervagina, aku hanya akan pakai tudung satu kaler je sudah. Simpel ! Kalau kau tgk muka aku, kau berkenan, orait jom kawin. Tapi kalau kau tak berkenan, fak U. Aku akan stadi, keje kumpul duit, pegi Haji , tolong mak pak adik bradik, tolong org susah etc.
Satu kaler. Simpel

13. Kekadang tuh ada makcik2 yg pakai tudung yg sengaja ada tulisan besar2 "MADE IN ITALY" ke manajadah negara mat salleh. Mmg nak kene penyepak nih. Kerek sungguh.
As a guide lah kan. Kalau betul tdg tuh dtg dari Italy ke, New York ke gitu, mat salleh tu akan tulis keeciiiiiiiik je kat atas bende putih info tag tuh.
Tapi kalau dah tulis besar Gaban, tu dah sah2 dtg dari Gollok! Tok sah dok poyo la! Sedih aku tgk.

14. Ehhh.....SHIT la...WTF!! Maderpuaker btol!
Aku dah jadi mcam makcik2 dok merepek2 pasal tudung la plak!
Apekah yg terjadi pada dirikuh??
Ni pasal lama sangat spend masa kat kitchen lah nih.
Ni la yg terjadi bila kita benci sangat seseorang, tetibe kita plak yg jadi cam org tuh!
Baru aku paham, naper dada aku makin macho sekarang nih.
Bukan sebab muscle Pectoralis Major aku yg makin taff.
Tapi sebab tetek aku dah nak tumbuh labuh mcam makcik2 yg ingin di sidekick olehku!

Sekian, mekasey, wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger