Tampilkan postingan dengan label bursitis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bursitis. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Mei 2010

Ngapa Aku Pakai Bra Kat Tangan Skang Ni.....

Salam
.......berikut adalah kisah2 yg benar...

________________________________
HENSEM

1. Aku memang hensem

________________________________

AKU MEMANGLAH SUPERMAN

1. Ari2 kerje dari pagi sampai malam, mane boleh dahan dowh! 2 tahun beb!

2. Err..tipu la ni. Mane la keje ari2. Aku maner bukak Sabtu & Ahad.....dan Public Holidays...dan hari aku pegi Melben Cup, balik Mesia.... But still beb! Sakit I ni tau dak. Uwaaaa..

3. Walaupun gua tak fragile, tapi gua bukan Ultraman. Ultraman gaduh2 maner penah luka ke patah bahu ke gitu. Ultraman pon gay takder UltraBabe. Maner sama ngan wa.

4. Gua ni kira cam satu batch ngan Superman je gituh. Superman pon boleh sakit kalau kene kryptonite. Superman pon minat cikaroz. SuperWoman dia ada, kalau nak yg muda SuperGirl pon ada. Awek cun blonde tu biasak la bro. Sama la kita bro!

5. Tapi gua takde ler sampai pergi terbang malam2 skodeng rumah awekz dan gunakan pandangan X-Ray nak usha bende2 yg tak patut di usha. Belum sampai level tu lagi ler. Kalau boleh buat, dah lama dah buat kot. Wa stakat stalking fesbuk tu ler kira paling ganas.

6. So 2 tahun lepas sebelum aku bukak kedai ni, aku risau old injury aku yg kasi spoil. Disc Slip/Spinal aku dan kedua2 L &R ankle aku. Ni semua bola nyer pasal. Tapi setakat ni, Alhamdullilah, orait jer lagik. Infact ankle aku jadi kuat balik sebab berdiri ari2 kot.

7. Tapi after 2 years skang ni aku ader 3 injuries yg degil2 nak nak pergi2 macam awek yg tak paham bahasa. Wa cakap wa tanak kat lu. Belah ler!
_______________________________________
BAHU ROBOH BANYAK SANGGAT AWEK BERGAYUT

8. Injury yg pertama ialah right shoulder aku. Bursitis. Aku dah merepek psl tu dlm blog ni dah seblum nih (part one, part two). Its still there. But not as bad. Don't worry. It will be back, worse. Aku cuba man-man la buat kerje bila pkai tgn kanan skang nih. Kalau aku rasa macam nak tercabut bahu, aku trus tukar tgn.
_______________________________________
JARI YG BANYAK DOSA

9. Injury kedua aku ni plak tak lah teruk sangat. Tapi tak semboh2 dekat 2 bulan dah, naik serabut aku. Asalnya aku main rugby dan maser aku slide, ntah camner jari "Fak-U" kiri aku boleh terpeleot. Mula aku ingat biasa la. Skali sampai la ni sakit lagik kalau aku silap gerak. Aku tau PIP (proximal interphalangeal joint ...cewaah!) aku yg injured, tapi how bad entahlah.

10. Nak kene jumpa doktor ni. Nak mintak aweks urutkan tak bleh! Haram. Kalu bini urutkan, konpim lagi tambah penyakit. Sakit telinga kene leter....
" Tu la sapa suruh main ragby! Kau tu dah tua. Ni mesti jatuh sebab usha awek2 frisbee. Ni bila sakit bini maner gak yg urutkan? Bini tua kan...pot pet.pot pet. noritake..pot pet correll. pot pet garage sales.pot pet... warghhhhhhhh!!!".

Potong jari trus lagi best!
______________________________________
PADAH BILA LENGAN TAFF SANGAT.

11. Injury ketiga aku, the latest one, ialah right wrist aku. Aku banyak sangat pakai wrist movement sampai dia jadik loose. Dah lama dah aku perasan. Dah berbulan kot. Tapi aku buat donno jer. Aku kan macho. Kenalah kontrol. Tapi lepas Tasting Oz events arituh, sakit dia dah over-over plak.

12. Tu aku pakai wrist braces ke pekejadah dia panggil tuh. Aku pakai taim kerje pagi2 dan petang2 jer. Bende tu kira cam kasi sapport la kat wrist joint aku. Jadi kurang sikit strain pada joint tuh. Kira function brace tu sebjik mcam bra ler. Bra kan mengurangkan strain berat beban tetek tu kat dada. So in long term, tua2 nanti, tetek tak labuh, tak lanjut.

13. So aku harap2 tangan aku tu tua2 nanti tak labuh. Kalau labuh pon, harap2 tangan aku berlabuh atas tetek bini-bini muda aku jer dan selanjutnya pas tuh kira bonus lah! Amin.

Sekian, mekasey, wassalam.

Sabtu, 18 Juli 2009

Bahu aku kopak sudah!!

Salam,

1. Lebih kurang 2 minggu lepas, masa aku dok keje kat kedai tu, tetiba bahu aku rasa mcam tak best. Tapi aku buat donno je dan truskan keje. Tapi makin lama makin teruk sampai aku terpaksa stop, take 5, sak kok dulu. After rilek lam 5 minit sambil layan lagu jiwang dari blackberry hensem sapantah bawah kaunter tu, dia ok balik. Tapi bila buat keja dia datang la balik.

2. Nyakit bahu aku ni pelik sikit. Biler aku buat keja, mula2 ok. Pastuh muscle perkasa di bahu aku akan mula trasa sengal2 skit. Pastu dier jadi lenguh2 dan last sekali terus jammed. Trasa macam krem gitu. Sakit dia pon macam krem selepas pamping 100 kali gitu. Trasa lenguh satu lengan, nak angkat lengan tu pon tak larat.

3. Kalau korang yg kene kan, kompirm nangis la senang cerita. Tapi di sebabkan aku ni ensem, macho dan ensem, jadi kalau kau tengok aku, nampak cam hensem seperti biasa jer.
Lakonan semula oleh brader The Rock. Bahu kanan gua sakit nak mampus sampai tersenget2 kening aku dok tahan sakit.

4. Yang peliknya, masa aku dok angkat bende2 berat mcam guni beras, anak aku dan duit kutipan harian, tak trasa sakit pon. Tapi bile aku dok buat bende2 lekeh, mcam hiris bawang, siang sotong, tumis bawang dan paling tak boleh belah, dok kira duit kertas malam2, masa tu la bahu kanan aku mcam nak tercabut. Elleh, brape berat la duit kertas tu kan. Tapi bila aku dok kira 10100,ayoyo, 10200, omak kau, , 10300, wargh, 10400, ades, 10500, uwaaaaaa..ni tak boleh jadi ni.

5. Jadi besoknya aku pon menapak jumpe Dr Bad.
"Bang! Naper bahu kanan saya ni biler saya buat kerje2 cikai, macam numis, sain autograph dan angkat tangan ginni.......

trasa sakitnya macam kene "double leg takedown spinebuster" lah bro...."

6. Dr Bad senyum saja..." Ni kau dah kene bursitis la bro". Bursitis? Pekebende tu, korang musti tanyer? Pitis korang tau la! Nasib baik di sebalik kehenseman aku dan muscle lengan yg perkasa ni, ader otak yg emsem dan gagah jua hendaknya. Jadi meh sini aku nok royak gapo dio bursitis nih.

7. Bursitis is an inflammation of the bursa. Bursa? Bursa Saham Kuala Lumpur ke? Bursa ni lebih kurang macam belon berisi cecair lah. Keja dia absorb impact dan kurangkan friction bila otot2/muscle kita bergerak di atas tulang2 di sendi kita Dalm bodi kita ader banayk bursa pada sendi2 kita, tapi bursa yang buat dajal kat aku adalh subacromial bursa on my right shoulder.

8. So, Dr Bad pon suruh aku gi buat ultrasound nak kompirmkan betul ke tidak bursa aku inflammed/bengkak. 2-3 hari pastu aku pon pegi la. Setelah di arahkan untuk mengsepara bogelkan diri aku oleh awek vietnam radiologist tuh (bukak baju la) dan duduk atas kerusi, dier pon scan la aku dari belakang.
B tu bursa lah tu, bukan Bulu ketiak. Sepatutnyer struktur dia kembung la sikit mcam belon kot. Tapi akunyer kempes sudah. Itu jer yg aku reti.

9. Tapi awek vietnam tu scan aku punye la lama. Dah la suruh gerak tangan aku atas, bawah, ketepi dan paling tak best bile tangan aku kene pusing keblakang. Dah lah sambil tu dier dok tonyoh-tonyoh probe u/scan tu kat bahu aku sekuat-kuat hati dia ngam2 kat tempat aku sakit tu. Nak terberak aku rasa. Ni sudah guantanamo bay nyer level ni.

10.Nasib baik masa tu dier dok 5-6 kali gesel2 dier nyer spotlight kat blakang aku yg telanjang tu. Trus lupa pasal sakit tu. Hmm..perlu ke dok rapat2 sampai camtu cik vietnam oiiii. Tapi aku nak buat camner. Pasrah je la (ehems...). Tak terbatal air semayang aku pon sebab masih berlapik.

11. Tapi minah tu aku rasa tak sedar pon apa yg telah berlaku sebab dier asyik dok mengeluh jer taim tu. Ape kes la minah ni? Pastu dier pon pegi panggil doktor. Doktor cina lelaki tu plak tengok scan aku dan dia pulak yg mengeluh. Pulak! Pastu doktor tu kata...................

TBContinued

Sekian trima kasih wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger