Kamis, 04 Maret 2010

TOLONGLAH JGN JATUH CINTA PADA KU !!!

Salam,

- Sabtu nih ada program "Seminar Langkah Bermula"(SLB) utk budak2 junior yg baru turun kapal!
- So aku di offer utk letak phamplet sorang satu dalm folder budak2 junior tuh utk promote kedai aku konon!
- Tapi phamplet bosan siyal !!! So, mulalah aku merapu......

SPOILER ALERT!!!
- Kepada sesapa yg nak pergi SLB utk mengusha junior, Stop! Jgn teruskan bacaan. Kang spoil the surprise.
-Kepada budak2 junior yg tersasau masuk blog nih, tak saspen dah lah.

-Tapi semuanya ini bergantung kpd budibicara pihak penganjur. Kalau diaorg decide utk sensor "warkah" aku ni, aku nak wat canner kan?

So here it is, my uncensored draft.............

TOLONGLAH JGN JATUH CINTA PADA KU !!!

Assalamualaikum dan Salam SHAPOW !!!

1.Selamat dtg ke Adeled dan selamat tidur sewaktu mengikuti seminar langkah bermula ni. Jgn lupa baca doa tido!

2. Sebagaimana langkah2 korang bermula sebagai seorang pelajar obersea yg bakal mengharumkan nama Negara, begitulah juga langkah2 aku bermula dlm usaha aku utk mencari bini no4, no3 dan no2 dari kalangan awek2 junior.

3. Jadi, maafkan daku kerana terpaksa menaikkan harga aritu bila korang baru2 sampai. Tindakan tersebut terpaksa aku laksanakan apabila aku mendengar perkhabaran buruk dari Malaysia bahawasanya P.A.M.P (Persatuan Aktivis MakAndam Pondan) , telah menaikkan harga Beb ! Inflation la, Global economic breakdown lah konon! Blah la lu!

4. Maka, memandangkan aku dah bajet nak kawin lagi 3 by the end of this year, maka terpaksalah aku mencekik dari engkorang semua. TAHNIAH!

5. Akan tetapi, memandangkan aku ni seorang yg hensem, macho, kacak, bajet muda dan ...ermm hensem, maka aku dgn hati yg suci murni sudi memberikan diskaun.

6. Golongan2 yg berhak menerima diskaun di SB ialah awek cun, awek hawt, awek cun dan hawt, bapak awek cun/hawt (Hai Daddy!), mak awek cun/hawt (Hi Mommy!), nenek awek cun/hawt ( ...ni dah melampau nih!), dan ........student.

7. Harga yg telah di umumkan arituh oleh Penyimpan Motor Besar King of HandsomeMan of Adeled, mmg la skali pandang cam murah. Utk student, Nasi $2, telur $2, sayur $2, ayam $2.50, lamb $3, daging $3.50, sotong $3 bla bla bla. Tapi bila kau nak bayar, ..kira2...

MAHAL BAPAK HENGKAU!


8. So berhati2lah masa pilih lauk. Kalau trasa lauk sikit or kecik, sound je lah. Kalau kau bajet2 macam aku tgh “good mood”, kau sound je straight kat aku. HINT: aku mood terbaek ialah masa aku tgh pegang pisau besar Gaban dok potong ayam. Hatiku juga sentiasa girang sewaktu aku mengasah pisau. Kecengg...keceng...zraawpppp!!

9. Satu lagik, aku dengan penuh tangisan teresak2 nih uwaaaaaaaaaa...isyk..isyk.., ingin mengumumkan effektif next week, dari pukul 630pm ke 7pm (=setengah jam seblum taim tutup), aku bagik offer exclusive kat engkorang budak2 Malaysia. Kau bayar AUD30, Kau bole belasah ape2 kau nak dari lauk2 dan nasi “lebih” kat kedai aku. Drp aku baling masuk tong sampah, baik korang jadi tong sampah aku. Tapi kalau sold out, tu kira takde rezeki korang la kan.

Eh! Aku tulis 30 Dollar ke....Halamek! Tersyasul!

I mean AUD3.00 !!! TIGA DOLLAH!!!

10. Jadi, jgn segan2 la plak nanti. Bukanya aku nak amik gambar engkorang pastuh masukkan dlm fesbuk bagitau semuaorg......” Hah! Ni lah kaki makan diskaun!” . Muahahhahah!!! Hmm...good idea gak tuh! .......Lawak je bro! Tau Cuakk!

11. Tapi, frankly speaking, bagik aku kalau kau datang gak makan kat kedai aku, kau telah buat DUA kesalahan bangang !

12. Kesalahan bangang yg PERTAMA ialah, naper la kau nak makan kat kedai aku? Kau dok obersea bro/sis !!! Takkan la kau nak makan sambal belacan, gulai masak lemak or ayam masak merah gak? Pegi lah blasah pizza ke, kebab ke, sushi ke, berger ke, Nandos ke gitu. Baru jadi mcam Mat Salleh. Baru boleh carik Minah Salleh ozzy, cun, blonde, hawt...........yg boleh di dakwahkan utk masuk Islam!......sebelum di paskan kpd aku utk menjadi bini no 2, 3 or 4.

Wooo!!!..Aku tau ramai yg akan kata, Ehh naper pas kat lu plak? Wei, Ingat! Korang budak2 scholarship/sponsorship mane bole kawin! Kang marah brader MSD yg dok kat depan tuh!

13. Kesalahan bangang yg KEDUA plak ialah kesalahan kau yg memilih utk datang ke Adeled.....Opps!! Terlepas cakap! Muahahhaha!

14. Jadi engkorang budak2 yg baru sampai,

Tolonglah JANGAN DATANG MAKAN kat kedai aku! Syuhhh!

Tolonglah JANGAN BAGIK SHAPOW KAYA SANGAT!! Sebab aku jeles! Kang kalau Ringgo dan Nazerul (0423355596) kaya nanti, dia dah tak nak jadi macha aku dah! Dapatkan barangan terpakai yg berkualiti......erm “boleh pakai” dari SHAPOW ......kalau kau saje nak bagik aku sakit ati!

Tolonglah JANGAN BACA BLOG AKU, http://swingingbowlsatay.blogspot.com/ kerana idea2 songsang aku boleh merosakkan minda2 assertif di kalangan generasi yg progresif yg aku pon tak tau aku cakap ni apa motif. Ulang Tayang! JANGAN BACA!

Tolonglah JANGAN REPEAT YEAR di Adeled ni hanya semata2 kerana ingin menatap wajah hensem ku setahun extra lagi. Blajar sungguh2, dapatkan markah yg cun melecun dan carik kerje yg mantap. Baru best aku nak buat bini nanti sebab aku boleh cilok duit gaji kau skali!......and lastly.....

Tolonglah JANGAN JATUH CINTA PADA KU kerana di sebalik wajahku yg hensem, macho, kacak dan hensem ini, aku sebenarnya.... terer main bola, memandu kereta, memaku papan, melintas jalanraya dan mandi. Eh! Semua positif ni! Silap-silap! JATUHLAH CINTA PADAKU!!! Aku tak kisah sikit habuk pon. Tapi bini aku “mungkin” emo .......rasa-rasanya.........kot!

Entahlah! Tak paham aku org pompuan nih! Sebab tu agama menyarankan kawin empat. Supaya org lelaki lebih byk practice menyelami minda dan psaikologi org pompuan nih! Four is better than one!

15. Sekian kemerepekan aku di sini. Have fun di Seminar Langkah Bermula ni !!! Aku tau mmg seminar ni sungguh bermanafaat dan menyeronokkan sebab tulah waktu kau dok baca bende nih, aku dok syok tidur atas katil. Engkorang plak dok bantai tidur atas kusi je. Lozersss!!

Sekian, Mekacih, Wassalam.

Encik/Tuan/Brader/Bro/PakCik/Uncle/Sayang...........MangkukHayun.

--------------------------------------------

TheEnd

Comments :

0 komentar to “TOLONGLAH JGN JATUH CINTA PADA KU !!!”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger