Tampilkan postingan dengan label husna. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label husna. Tampilkan semua postingan

Minggu, 25 September 2011

Bapa Tunggal Di Aidilfitri.....

Salam,

1. Jadi bapa tunggal sebentar aku tadi. Bini aku tanak gi open house Raya UMNO/MASCA. Dia letih, nak rest dok rumah je Ahad tu. Al-maklumlah, dia sudah berumur. Tapi aku dan Muhammad lapar gila dah kot sebab kitaorang swim dari pagi tadi. So aku nak tanak pergi lah jugak ngan Muhammad dan Husna jer.

2. Takkan aku nak gi sengsorang kan. Aku ni hensem giler kot. Nanti tak pepasal aku kene tekel rebah ngan aweks2 seantaro Adelaide, susahlah aku nak makan nasi nanti kat situ. Jadi anak2 aku ni kira macam body guard aku lah.

3. Tapi selaku seorang yang hensem juga, fitnah itu menjadi lumrah alam. Adela org2 yg pandang pelik dan mengata aku sengaja tanak bawak bini lah, mengadislah etc. Lantak kau lah. Aku datang, aku makan dan aku belah kan? Pasrah je lah!

4. Mana ade aku gi dok sebelah awek ataupun awek2 dok atas riba aku kan?

Errr.. sebelah ade awek, atas riba pon ade awek...Ehh!..Ni photoshop nih! Macam video Anwar Ibrahim tu. Chopp! Tengok tu, aku pandang tempat lain!(credit gambar: Mad Ridhwan)
_________
Museum

1. Sebab petang masih panjang, aku bawak lah bebudak ni gi SA Museum. Aku mmg Mat Museum. Kecik2 dulu aku selalu naik beskal hujung minggu pergi ke semua museum di bandar KB dgn geng2 nerd aku.

2. Besar2 ni pula, aku memang rajin pergi ke Museum....untuk dating.....dulu-dulu....kot! Ehm...ehem. Sejuk dan gelap...opss! Hahahaha.

3. Mula2 aku gi Modern Arts Museum (kot), ade Saatchi Gallery exhibition, kene bayar $20, tapi aku redah je. Tak sampai 10 minit kene halau! Kah kah kah! Mampos kau lah. Tah natang ape contemporary arty smarty bull-shit entah.

4. Pastu apalaga, aku gi tempat favourite Muhammad. Stuffed animal section kat Adelaide Museum. Mula2 aku ingat nak lepak jap, pastu belah sebab Husna tengah tidor. Sekali dia terjaga. Maka tour pon bermula........

Letih beraya. Bila dia terjaga, dia macam terkejut. Ni kat mana nih. Dia tanya "How do we get here papa?". Aku cakap " We took a ride on a magic carpet and jump with a parachute onto a black ass rhino that carry us here.". Husna, "Okay!"

Pastu Muhamamd terjerit2 kat aku " Papa, I found an animal that look just like you". Aku ingatkan ni konfem mesti lion sebab hensem cam aku. Sekali ..... "Indian Porcupine". Ciss kek!

I named this species, Spectacularis Testicularis!


Pastu kita orang lepak lama kat "Biodiversity" section. Ni section baru renovate nih. Last taim aku gi takde lagi.

Banyak bende2 fun untuk budak2 explore....tapi pehhh ....kalau bakar ikan tu pastu cicah budu best tuh.

Nerd heaven. Dan Muhammad adalah nerd. Anak sapa ntah!

Ade banyak "laci2" yang kau boleh tarik keluar untuk tengok specimen2 macam2. Kalaulah kau boleh simpan awek2 gini kan best. Bila nak usha, bawak keluar. Bila dia memekak nak gi shopping, simpan balik dlm laci.

Fluorescence scorpion under UV light. Tak pe Muhammad. Lama2 biceps jadi besar mcam Papa!

The extinct Tasmanian Tiger. Tiger hotak kau! Nampak cam anjing jer.

"Why its not moving? Why? Why Papa!!"

Husna jerit..." Papa! I cannot reach it! Its blocked by the glass!" Haii...gadis dan batu2 permata. Deadly combo.

Okay Abis. Jom balik! Papa nak usha gambar aweks2 beraya tadi kat fesbuk nih!


On the way balik, Muhammad plak yang pengsan!

Aku, " Do you have fun? How much do you love Papa?". Husna, "This much!". Pehh...cair aku.

Sekian, Mekasey, Wassalam.

Jumat, 11 Februari 2011

Kenapa Fairy Tales Mat Salleh Ni Bangang-Bangang!


Salam,
...salah satu drpd siri Kenapa

1. Aku tengok citer "Tangled" arituh ( citer Rapunzel sebenarnya. Cehh!). Tensen gaban. Kejap2 nyanyi. Sebijik macam Hindustan. Cuma lagi bosan sebab

a. pelakon dia tak salin2 baju bila lalu belakang pokok,
b. tiada pendedahan cleavage yang secukupnya
c. awek dia tak mandi basah kuyup di bawah hujan dengan baju melekat2 di tempat2 yg strategik dan kritikal.

2. Second most expensive film ever made! Lagi mahal dari Avatar wa cakap lu. Yes. I know. Aku psychic. Hanya 3 patah perkataan yg bermain di otak blue korang. Iaitu "What the fuck!"

3. Tapi anak pompuan aku, Husna 3 y.o suka gila, sebab ada princess la katakan. Aku tak sampai hati nak cakap takde princess yg rongak, itam, kening lebat dan buntut hijau kat dia. Jadi selaku bapa mithali, hati lembut suci murni ku terlintas untuk bacakan fairy tales yg lain2 kat dia. Bed time story la konon.

Feminin habes

3. So aku pon belikanlah 2 buku fairy tales kat dia.

4. Tapi bila aku baca cerita2 fairy tales ni, baru aku prasan, betapa bangangnya citer2 dongeng mat salleh ni. Tema dia balik2

a. Semua org bermasalah dalam dunia ni adalh perempuan (Snow White, Little Red Riding Hood, Cinderella, Rumpelstiltskin etc)
b. Wanita itu kaum yg lemah dan tidak boleh menolong diri sendiri. a.k.a "Damsel in distress"(Rapunzel Bodoh! Kerat rambut lu, pastu panjat la turun sendiri. Kalau tak cukup panjang, pubic hair pon boleh pakai. Konfirm lebat gila gak kan?Kata lock-up in the tower for ages. Mana nak cekau Gillete)
c. Hero dia konfirm Putera Raja yg hanya perlu cemolot skit je, trus setel segala masalah.
(bacaan tambahan)

5. Jap2....Aku sokong je bab "wanita kaum yg lemah". Itu bukan dongeng, itu fakta. Tapi bab Prince Charming monopoli ringan2 awek2 blonde, cun, tetek besar, itu aku tak leh terima. Aper air liur basi Putera Raja tu sakti sangat ke. Kalau aku cemolot awek2 yg bermasalah pon, boleh terubat duka lara mereka hapa! Kalau tak terubat, nak wat camner. Aku hanya mencuba........cium tu kira free je la.

6. Anak aku pon pandai. Pantang je aku sebut perkataan Princes ke Prince ke dia akan cepat2 potong ,
"...AND THEY KISS!". Pastu buat2 muka teruja, blushing2 gitu. Lempang kang!

7. Jadi untuk memulihkan kembali moral anak aku yg tercemar, mulalah aku mereka cipta ending aku sendiri. Ending yang di luluskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Alas, when the Prince read Surah Yassin next to Snow White, suddenly the apple come out from her throat. Snow White can breathe again.

Prince Charming said "Alhamdulillah".

Snow White was so happy and want to hug and kiss Prince Charming.

But Prince Charming said, "NO!. Allah can see us. Plus I have wuduk. I want to pray Asar first. And sorry Snow White. You pengsan berapa tahun, bila last ltime you brush your teeth? Pengsan gua kalau lu cium gua! U go kumur2 first with clorox and sabun FAB!
"

Snow White was so taken by Prince Charming takwa and his hensemness like Boss of Swinging Bowl. So she converted to Muslim at Adelaide Mosque and they married and live happiliy ever after even though later Prince Charming married Cinderella, Rapunzel and Little Red Riding Hood (when her assets were not little anymore) as well.


THE END....
Pergh! Pantang aku selitkan unsur Islamik skit, trus pengsan!

Wassalam.

Sabtu, 08 Januari 2011

Kenapa Aku Tak Nak Anak Perempuan

Salam,
....sebahagian drpd siri Kenapa?


Pagi tadi masa aku tengah mamai di tepi katil baru bangun tidur, anak perempuan aku yg kini berumur 3 tahun datang kat aku.

Tetiba dia tanya,
"What's that papa?" sambil tunjuk kat bonjolan raksaksa pada seluar pendek aku. Biasala tu. Pepagi.

Aku yg tengah lalok lagi tu, terus terkedu.
Tengah aku terkulat2 nak mereka-reka alasan, tetiba dia cakap
"Is that your wee?

Pastu celepek... dia mencekik raksaksa aku.
"WOIIIIIII!!!!" terjerit aku di pagi hari.

Itulah sebabnya aku tak nak anak perempuan.

Sekian, mekasey, wassalam

Minggu, 10 Oktober 2010

Happy Birthday Princess of Swinging Bowl........

Salam.

1. I am a male supremacist, chauvinistic, sexist fella, coming from all boys family.

2. Then on 11 October 2007, Allah gave a baby.......... GIRL!

3. WHATTT!!!
___________________________
Abang dan Adik

Happy days....before the wars

Who's the boss?

Aisey!

KRU rulez

first step (lakonan semula)

yeaaa..

butterworth bus stand 3am...

KB Mall...

muntah di lebuhraya timur-barat...

Pan-Pac KLIA golfchart..

A boy an a Lesbian in Vic Market Melbourne 1010.

anak2 terbiar layan Dora di belakang kedai...

Raya 2010. Ooo....I can see trouble ahead! Better get a gun license

_____________________________________________
Dejavu'

1. Aku tau ramai yg tertanya2.."Ehh! Bukan baru 2-3 hari lepas birthday Muhammad kan?"

2. Yes. Muhd on 8 Oct dan Husna on 11 October.

3. TIDAK! Aku dan bini aku tidak beromen hanya di bulan Januari dan di sebelas bulan2 yg lain kami tidak hanya berpegang tangan dan mengdeklamasi sajak sambil menonton Titanic tiap2 malam.

4. Tetapi entah mengapa, aku lebih efficient di bulan January. Panas kot!

5. Lagi 3 bulan lagi January. Aku berharap boleh dapat sorang lagi anak yg kuar 9 october, pastuh next one 10 october plak insyaAllah. Pastu bini aku tutup kedai.

6. Maka terpaksalah aku bukak franchise yg lain taim tuh. October ada 31 hari bro. Anak baru 4 kan...
______________________________________________
Moral of The Story

1. The way I see it, this is not a punishment for all the sexist remarks that I have and will say.

2. I think this is Allah's way to increase my knowledge about woman. Because now, I have a living breathing little girl that I can observe from kecik to besar. She is my experiment!

3. Tq Husna for making me a better sexist person in the future.

Sekian mekasey, wassalam.

Sabtu, 18 September 2010

Liat Jugak Nyawa Bini Aku Ni!

Salam,

1. Rabu lepas bini aku dah komplen dah dia trasa macam nak amik sick leave sebab dia trasa macam nak demam. Tapi orait je dia pagi Rabu tu aku tengok. So dia pegi kerja gak la. So aku assume biasalah ni. Syndrome org tua2 yg dah tak de kudrat.

2. Malam tu tu je, terus bini aku KO. Punya lah tak larat gamaknya sampai KO kat lantai ruang tamu, depan heater. Terpaksalah aku heret tilam pegi ke dapan gak. Takkan la aku tido sengsorang dlm bilik kan. Aku ni kan manja. Tiap malam sebelum tidur kene cium bini. Tapi dia letih arini. Tak nak kacau la.

3. Kamis pagi tu aku punyalah kalut, aku tak sempat nak antar anak aku yg kecik, Usna pegi childcare. So dia dok rumah lah ngan bini aku. Aku tau dia akan kacau bini aku nyer. Maklumlah budak2 pompuan. Mulut pot pet pot pet, ngan dinding pon diaorg boleh ajak bersembang dua tiga jam.

4. So aku kerja air Kamis tu penuh dgn kekalutan. Sebab aku bajet nak balik awal, pkul 2pm utk pikap Husna, bawak keluar, so bini aku boleh rest sikit sengsorang. Alih2 pukul 3 baru aku sempat balik.

5. Aku tengok rumah dah macam tongkang pecah di kerjakan Usna! Bini aku, masih tergolek beriktiqaf dlm selimut kat ruang tamu. Nak bercakap pon mcam orang kene stroke. So aku bawak Usna dan Muhammad pegi main2 kat playground. Sejam gitu aku hantar diorg balik dan pegi balik kerja.

6. Dalam maghrib gitu, aku dapat call. Muhammad call aku. Dia kata
"Papa! Mama sakit perut"
.
Alamak. Aku tau. Bini aku mesti tak makan apa2 sebab tak lalu, so dia dah kene gastrik. Aku pon cakap,
"Okay2! Papa balik sekarang."


7. "Sekarang" utk aku maskudnya paling koman sejam. Sebab aku bukan kerja pkai punch-card. Boleh masukkan card tu pastu chow. Aku kene kemas kedai dulu, sapu sampah, mop etc.

8. Lagipon ni "bini" je pon. Bukannya "aweks". Kalau aweks, dia call je, aku dah terus pegang kunci kereta. Dia cakap baru cakap "Hai", aku dah masuk gear tiga.

9. So lepas tutup kedai aku trus pegi farmacy dan beli ubat2 standard. Cordral Day and Night Formula (utk demam selsema) dan Buscopan (utk gastric). Tengah aku merempit balik, tetiba dapat SMS bini aku mintak aku belikan antibiotik plak!

..power..

10. Damn. Kat sini antibiotik adalah barang terkawal. Kene prescription drp doktor. Kalau kat Malaysia kau sempoi je boleh beli kat farmasi mcam kau beli pil tongkat ali dan kondom kan?

11. So nasib baiklah aku kenal adalah dalam lima enam doktor Melayu yg kerje GP kat sinih. Pilihlah yg mana satu idaman kalbu. So lepas aku amik prescription "for free" (TQ Zaki), pergilah balik aku ke farmasy utk beli ubat tu.

12. Last2 sampai gak aku kat rumah, pukul 9pm, kira2 2 jam selepas mendapat pangilan kecemasan tadi. Pergh! Kalau bini aku kene heart attack ke apa2 yg serius tadi ni, dah lama dah gol ni. Mayat dah sejuk dah! Dah keras! Kecewalah aku kerana terpaksa mencari duit utk kawin ngan bini baru. Alangkah tidak seronoknya!

13. Aku pon pot pet la kat bini aku, apsal tak makan, kan dah sakit perut, bla. bla bla. Bini aku cakap tak boleh makan sebab tekak dia sakit, bila nak telan terasa perit, makanan jam. Dia nak bercakap pon mcm susah. Sempot2 gituh. Macam bateri weak. Alangkah nikmatnya klau ari2 begini. Aman gegendang telinga aku.

14. Dia kata ni demam pelik. Satu badan abis bateri. Sendi lenguh2. Dia tau dia panas, tapi dia mengigil bwah selimut. Kepala macam nak pecah. Selsema, pastu bla bla bla bal bla...aku dah tak nak dengar! Sebab aku dah lari jauh2! Ni ntah2 SELSEMA BABI! Pelik smacam je. Tak nak aku dok dekat2.

15. Lagi 3-4 hari ni aku ada event besar. Moon Lantern Festival. Aku tak de masa utk sakit2 ni! Aku nak kene pulun buat satay, kuah kcang, rendang etc. Kalau aku sakit, sapa nak buat kerja? No work no money. No money no berbini lagi. No berbini lagi, no happy. No happy because I got lots of mani.

16. So, malam tu masa tidur, aku make sure ada "tembok besar negeri cina" antara aku dan bini aku. Tembok itu bernama Husna. Aku sanggup mengorbankan anak aku untuk kepentingan diri sendiri. Aku tak kisah. So bini aku tido bucu sana, dan aku tico bucu sini. Selimut pon lain2. Cium? Boleh belah!

17. Again, besoknya Jumaat tu, aku kerja kalut2 pastu balik amik Husna bawak jalan2 sejam gituh. Tapi aku dah pesan kat bini aku malam tu aku tak boleh balik awal. Aku kene start masak/preps untuk rumah terbuka "The Legends of Taiko Karats" besok.

Cepat2! Kita nak main bola.

18. Sekali, budak2 ni kata ada futsal pukul 1000 malam tu. Alamaks!
Moto hidupku: "Tiada yg lebih penting di dalm dunia ini, selain drpd sembahyang, melainkan berbola-sepakan."
Pukul 945 malam aku sampai rumah malam tu, aku tgk semuanya dah tergolek. Chanteek! Aku pelan2 amik kasut bola, pastu....Yaaaaahhhhuuuuuuuuuuuuu!

....Tolonglah rembat bijik mata kanan Sirul (keper hampeh)...Tolonglah!

19. Pukul 1130 baru balik rumah. Belajar bertwitter skit, bukak account fesbuk baru 2-3 account2, baca news,...pkul 2 pagi baru aku tidur. Cium? Hishh! Tanak aku! Aku tengok dia dok pakai baju yg sama sejak rabu arituh lagi! Dah sah tak mandi! Uweekssz!

20. Pukul 6 pagi aku dah kat kedai sambung projek open house Legends. Pukul 10am baru aku balik rumah balik. Nasib baik Sabtu aku tak kerja! Boleh beraya sakan!

21. Tapi, Ya Allah! Bila aku balik rumah pagi tu bini aku masih dok beriktiqaf kat spot yg sama sejak 3 hari yg lalu. Rambut dia dah terpacak2 macam kene elektrik shock. Olololololololo...kesiannya. Tapi tak mati2 pulak bini aku ni. Liat jugak nyawa dia ni! Hish! Kalau mati kan senang. Tak payah aku madukan dia. Boleh aku berbini baru tanpa sedikit rasa bersalah pon.

22. So pagi Sabtu tu aku pergi beraya kat rumah "the Legends" seperti Duda Berhias. Bini-less. Nasib baik aku bawak anak2 aku. Klau tidak, dah selamat dah aku di baham gadis2 Adeled pada hari itu.

"The Lejeng". AK, AfiqAsjay, Naim, Ise', dan Lejeng Import Que. Awek lejeng yg kanan tu Patin.

23. Balik je ke rumah tengah hari tuh, aku ajak bini aku pergi beraya kat rumah org lain plak. Jalanlah sikit kan.
Demam ni sebenarnya macam org perempuan.

Lagi di layan, lagi naik lemak. Di beri betis nak peha. Di beri peha, nak zakar. Susah lah nanti kene mandi wajib. Kang bil air naik!

24. So akhirnya bini aku keluar lah jugak beraya petang tu ke Mount Barker. Skang, arini ni, Ahad, dia dah nampak okay dah. Tapi anak aku pulak yg demam! Siapa? Husna, my "tembok besar negeri cina"! Yes! Taktik aku menjadi. Aku selamat!

25. Pergh! Mungkin aku kene pergi beraya di Open Day MASCA/UMNO ari ni bini-less dan anak-less.
Alamak!
Ya Allah! Selamatkanlah aku drpd godaan2 rakus gadis2 Adeled nanti.
Sesungguhnya insanMu ini ada many-many mani but no money untuk berbini.
... lagi !

Sekain. mekasey, wassalam.

p/s: - Skang ni mcm ada wave. Lepas sorang2 demam. Ada virus yg agak brutal kot nih. So kalau trasa kau demam "lain macam" je, jgn segan2 jumpa doktor cepat2.
- Swinging Bowl boleh cater untuk kenduri arwah.
Untuk kawan2, harga $5.oo sekepala. Kepala mayat tidak di ambil kira.

Rabu, 28 Juli 2010

Boleh Dak Aku Sepak Anak Aku Bila Dia Sebok Tanya Pasal Tetek!

Warning: Adult contents.

Salam,
______________________________________
Memori Indah............

1. Kali pertama aku sedar zakar aku keras kerana wanita ialah masa aku tadika. Jadi umur aku adalah 5-6 tahun gitu.

2. Masa tu aku kene hospitalised sebab kene operate tangan. Ada sorang nurse muda ni selalu pergi ke katil sebelah aku dan sikit-sikit adjust/check pekejadah kat patient tuh. Entah kenape, tiap kali dia check patient tuh, dia membelakangi aku.

3. Sekali masa dia dok terbongkok2 kat seblah aku tu aku terperasan bra dia terbayang2/see- through the uniform from the back. Uniform putih, bra itam, maner tak nampak bai!

4. Tetiba, "Baris! Baris Sediaaaa!", "Marilah kita bersama2 berdiri menyanyikan lagu kebangsaan kita", "Negarakuuuuuu!".

5. Siol! Aku trus blushing dan pandang tempat lain kerana iman aku kukuh di waktu itu. Tapi serious, masa tu aku pelik giler. Kan aku budak2 lagi. Apsal nampak "bayang bra" je pon aku boleh keras? Pastu tiap kali nurse tu datang je, aku keras lagi skali!

6. Jadi selepas berulang2 kali episode keras-lembik-keras-lembik ni, akhirnya akal saintifik aku telah berhipothesis. "Perempuan bercapasiti untuk mengeraskan zakar lelaki". Trus aku tertanya. Kenapa zakar perlu keras? Itu adalh misteri yg terungkai 7 tahun slepas itu, masa aku form 1.
_________________________________
My Son......................

7. So, bila anak lelaki aku Muhammad yg skang ni 8 tahun dah start menunjukkan ke-pervert-tan...eh silap .... "keperihatinan" terhadap bende2 pasal "love" dan "sex" nih, aku LANGSUNG TAK HERAN. Dah sampai seru!

8. Sebenarnya, Muhammad sejak dari umur 5 tahun lagi dia dah macam "aware" ngan bende2 pasal "love" nih. Biler aku dok dekat2 ngan bini aku dia dah mcam malu2, blushing macam anak dara gituh.

9. Mungkin sebab dia bersunat awal (hari kedua after born kot) so dia matang awal kot. Or mungkin sebab nama dia Muhammad, sedikit sebanyak salah satu sifat Nabi Muhammad s.a.w iaitu "pemalu" dapat kat anak aku kot. Amin.

10. Kalau tengok org kissing ke ataupun tengok orang pakai seksi pon dia akan "pejam mata". Aku plak selaku bapak mithali, "terpaksa" menten bukak mata sebab nak pastikan anak aku pejam mata dan utk britau dia bila boleh bukak mata balik!

11. Itu pasal aku "paksa" dia semayang sejak dari dulu sebab dia dah "aware"/"berakal" so baik aku suruh dia start solat sebelum masuk anasir2 Iblis yg suka mengambil kesempatan mencilok masuk.

___________________________________
Killer Questions.................

12. The good thing about the relationship between Aku, Bini aku dan Muhammad ialah kitaorang open for discussion. Apa2 yg Muhammad nak tanya, kitaorang akan jawab dengan BENAR!

13. Aku dah set the rule kat bini aku yg kitaorang "seboleh2nya" tidak akan MENIPU anak2. Aku benci giler parents yg menipu budak2 dgn cerita hantu lah, bengali lah dan macam2 lagi. Sebab aku believe, bila kita start menipu, budak2 tu takkan percaya kat kita dah.

14. Satu lagi, aku benci giler kalau org bagik jawapan kat budak2
"Besar2 nanti kau tau lah nanti!".
Too dismissive. Too authoritarian. Too easy. Budak2 akan bosan dan ilang interest utk tanya soalan lagi kat kau sebab dia tau dah jawapan dia sama je. So aku guna jawapan ni bila terdesak giler je.

15. So Muhammad, macam budak2 lain, dia curious lah ttg hal2 ginih. Banyak lah soalan2 dia yg HOT! Kalau bukan calang2, boleh pengsan mak bapak nak menjawapnyer.

Tentang Growing Up
"Papa! I am scared to grow up. I don't know how to become an adult like you. What should I do with my kids? I don't know how to be a parent. What should I do with my wife? I don't want to grow up Papa!"
Jawapan aku " Don't worry Muhammad. Everybody will grow up. InsyaAllah I will be there when you grow up and I will teach you." ataupun dalam bahasa Melayu, "Besar2 nanti kau taulah!"

Tentang Hubungan Laki-Pompuan
"Papa. All these people in your shop, the boys and the girls when they sit together, they are already married kan?"
Jawapan aku, " I don't know Muhammad. Why don't you ask each and everyone of them!"

Bila Aku Separate Tempat Tidur Dia Dari Kitaorang.
"THIS IS NOT FAIR!! How come I have to sleep by myself! I am STILL SMALL! How come you and mama that's grown-up already, ADULTS, but you two can sleep together! You and Mama must be like me. Papa and Mama must sleep in separate rooms too!"
Jawapan aku sambil hantuk2 kepala kat dinding, " Errr ... sometimes at night time, Mama got scared. That is why I need to teman her! Tak caya tanya her!".
Muhammad," But I got scared at night time too.....!"
Aku: "Alah! Muhammad kan Boy. Boy kenelah tough!"

Tentang Tetek
Muhammad ada adik, Husna, 2 tahun 10 bulan.
"Papa! I think Husna's tetek is growing!"
Aku: "HOI! ..Muahahahhahahahahha...."
I don't wanna know. I don't wanna know! Too much info! This is why I don't wanna have baby girl! TIDAKKKKKK!

Kata mak dia, Muhammad tanya..
"Mama! How come I can see Husna's tetek already. Does it means that shes gonna have a big tetek when shes older?"
Mungkin aku kene suruh budak ni baca Surah Al-Kafirun Satu Billion kali sambil berlari setempat ni!

Tentang Bra
"Mama! What do you called that thing that covered your tetek? Yang macam ..err.. baju for tetek tu?"
Mama dia jawap, "Its called Baju Tetek!"

16. Pergh! Hancus! Hancus! Soalan dia makin lama makin susah sial! Macam mana lah kitaorang nak menten jawap tanpa menipu gini. Ni baru 8 tahun. Cuba imagine bila dia dah 15 tahun dan start tanya soalan2 pasal Seks! Aku kenalah jawap dgn BENAR. Takkan la aku nak cakap,
"Hish sebok lah kau ni! Kau pegi tengok Porn tu. Nanti kau paham la!"

Hadoi La! Krem Otak Aku Gini!

Sekian. mekasih, wassalam.

p/s: Ayat no 1 tu adalh "ayat pertama terbaek" dalam sejarah blog seantaro Malaysia.

Rabu, 26 Mei 2010

Apsal Semua Orang Lari Bila Aku Nak Cium Pipi Diorang Niiiii..

.....ni adalh sambungan kepada Siri Kuk Janggut: part One:The Janggut Experimen

Salam,

1. Aku adalah penyondol pipi tegar!

2. Yes aku cakap pipi, bukan tetek.
Yes aku cakap sondol bukan cium.

3. Apa beza sondol ngan cium?
Bagik aku, cium ni kau pakai bibir je.
Tapi sondol ni bukan setakat bibir je. Hidung, dagu, kening, mata, dagu, gusi, anak tekak... kira mana2 komponen kat muka, semua kita sembam kat target macam pipi atau tetek sebagai contohnya.

4. Sondol ni best giler. Bagik aku cium tu kira mcam superficial je. Tapi menyondol ni, lagi feeling. Maner ader orang menyondol cukup syarat jer. Setiap org yg menyondol, mesti akan menyondol dgn sepenuh perasaan.
Sebab penyondolan berlaku bukan sebab sayang semata2, mcam cium-cium tuh (bosan~)
Penyodolan di lakukan atas sebab GERAMMM!

5. Macam biler kau tengok baby cute chubby giler, adakah kau rasa nak cium2 pipi dier saje? Bullshit!
TIDAK! Kau akan rasa GERAM giler nak menyondol-yondol pipi dia selama-lamanya betul dak?

6. Sejak kecik lagi aku dah mula rakus menyondol. Mangsa aku taim tuh ialah adik bongsu aku. Mak aku sampai sound aku sebab dia kata adik aku (baby lagik) sampai macam tak boleh bernafas bila pipi dia kene sondolan aku. Sungguh sadis.

7. Bile dah kawin, apalaga, wife abuse lah kan. Bini aku pon komplen pipi dia mcam nak roboh taim tuh. Nasib baik belum sempat runtuh, kuar anak first aku, Muhammad The SteamCutter. Pergh! Baru syok aku bermaharajalela. Anak aku baby lagik, so dia tak leh komplen. Pasrah je pipi dia kene sondol ngan aku.

8. Penyondolisasian mutlak ke atas Muhammd berlaku selama 5 tahun. Pastuh kuar Husna The LesboHair. Dialah mangsa terbaru keserakahan aku skang nih. Tapi wa cakap lu, Muhammad dah besar gajah 8 yo skng ni pon , masih mintak aku cium dia taim tuck-in tido malam2! Dia rindu aku sondol mcam dulu2 kot. Wheiuuwww! Gay lah lu bro!

9. Tapi skang, sejak aku dah jadi taliban, sekor pon tak merelakan pipi mereka di sondol oleh ku. Aku tau misai dan jangut ni agak tajam 2-3 hari lepas shave, tapi skang ni dah lebih seminggu dah woi! Kamon la people! Sapot la sikit papa nak jadi wakil rakyat PAS nih!

Oooo..Adik Una blocking yer! Adik jual mahal cam Mama yer. Takpe la. Terpaksa Papa cium Abg Muhammad gituh!

Come here. Gimme some love boy!

10. Uwaaaa...sedih aku di pinggirkan sebegini. Bini aku pon boikot aku.
"Hishh tajam la....Pi main jauh2!".

Aku cakap kat bini aku,
"Hek Eleh! Aku tengok Siti selambe je kene cium ngan Datuk K. Takdehal pon. Ni, misai aku baru 0.5 cm kau dah jual mahal."

My Hewooo...I wannabe U Datuk K!

Tetiba aku terfikir....


11. Siti mungkin tak kisah kene sondol ngan Datuk K sebab Datuk K mmg bermisai hero tamil sejak azali lagi. So dia tak tau yg cium/sondol pipi ni sebenarnya boleh je tak sakit/geli pon klau hasben dia shave!

12. Tapi bini aku dah biasa aku shave, so dia rasa macam Osama yg dok menyondol pipi dier, bukan laki dier yg hensem ,kacak, macho, taff dan hensem tuh.

13. Jadi, kesimpulan yg telah aku capai, yg terbit dari hati yg tulus ikhlas, untuk aku menten istiqamah dalam menjaga sunnah janggut ini, aku rasa aku perlu mencari bini muda yg dara. Janda tak jalan. Sebab anak2 dara ni, pipi mereka (harap2nya) belum di sondol oleh sesape lagik mcam Siti la

14. Jadi bile aku sondol pipi diaorang nanti, komfirm diaorang tak kan protes nyer! Kalau bini-bini muda aku tanya kenape geli sanggat biler kene cium. Pepandailah aku kelengtong,
"Eh! Memang gitu ler rasa kene cium. Percayalah cakapku. Aku kan dah berbini!"

15. Pergh! Alangkah syok nyer kalau boleh kawin ngan anak dara ni! Bukan setakat cium/sondol jer aku boleh kelengtong, pasal bende2 lain pon aku boleh masuk selori.

"Hah! Lepas makan ni, orang2 yg dah kawin semua urut belakang laki dier selama sejam setengah! Kau jgn lupa belikan minyak mastika tu yer".

"Orang2 laki yg dah kawin tak leh basuh jamban ataupun bilik air. Nanti mati pucuk. Kau pernah tengok bapak kau basuh jamban/bilik air? Kan aku dah kata..."

"Ye Sayang, sebelum buat seks memang kene striptease dulu selama 3 jam. Baru ada mood. Eh! Kau boleh buat goyang gerudi Inul tak? Tak tau? Kau pegi tgk kat utube duluh! Hishh! Mak kau tak ajar ke bende2 ginih.."


16. Percayalah cakap aku. Aku kan dah berbiniiii....

Sekian, mekasey, Wassalam.

Minggu, 09 Mei 2010

Hello people.......

Salam,
...sorri people...

CUTI

1. Dekat seminggu aku jam. Tak boleh tulis.

2. Puncanya, anak dara aku yg berambut lesbos, sibuk nak main ngan aku tiap kali aku balik keje. Lepas gomol2 dan gusti2, konfim dia mintak bacakan buku citer sampai dia tetido.

Main gunting2 rambut. Anak aku buar re-enactment camner amoi saloon kat KB belasah rambut dia yg panjang sampai jadi rambut pesen Lesbo skang nih.

3. Masalahnya, kekadang tuh dah abis baca 3-4 buku, di tak tido2 lagik. Dia plak yg bacakan buku tu kat aku ikut version dia dalam bahasa german plak. Aku plak yg hanyut.

4. Kalau aku berjaya tidorkan dia, kekadang tuh dah lewat, dekat pkul doblas gituh. Aku on comp, bukak news skit, fesbuk skit(tipu la ni!) dan bukak blog jer aku dah pancit. Otak krem. Tak bley tulis.

5. Kalu gituh, aku trus masuk bilik tidor. Usha anak2 aku yg tengah tido. How peaceful they look to me you cannot imagine.
Tidurlah wahai lesbo ku.......

6. Pastu aku mandi dlm pkul 12-1 pagi gituh. Smayang. Tido. Blog boleh belah!

____________________________________
MATCH PALING GILA


1. Weeken arituh ada collegiate league match between team aku, Uni black C ngan Team Rostrevor C. Sepanjang idup aku, tak pernah lagi aku kalahkan team tu. Siol terrer.

2. First time aku lwn team Rostrevor, mungkin tahun 97/98 gituh. Kene belasah 6-0 kot. Tapi game tuh la first time aku dapat man-of-the-match. Dapat hadiah beer. Chanteek!

3. Puncanya, team tu ader sekor mat salleh italian pendek tapi taff yg pecut cam pondan kene rush ngan JAIS kat Bukit Bintang. Bapak laju. Jadi kerje aku ialah mark man-2-man ngan iblis pendek nih. Asyik lawan sprinting jer the whole 90 min of the game. Entah berapa belas kali dah aku dah "makan" dia, tapi biler aku miss tuh.....itu yg jadi 6 tuh. So kalau aku takde, kene rogol bergilir2 lah team aku arituh.

4. Sekend taim aku lawan rostrevor, aku dapat lagi skali m.o.t.match. Kalah lagik. 2-0. Iblis Pendek score sebijik. Haram!!

5. So petang Sabtu arituh, sewaktu aku melangkah masuk padang as kapten (Dah turn aku. Kitaorg take turn), sekali, tuu diaa. Iblis menjelma kembali, setelah doblas taun tak jumpa. Kecut telur aku by 1 mm perimeter-nya. Diameter tak sempat ukur plak.

6. First half, team aku kontrol the game. 1-0. Start je sekend half, baru main 3 minit kot, diaorg dah score 2 bijik, jadi 1-2. Damn. Agak2 sapa punca dua2 goal tuh? First goal si iblis tuh dan sekend goal iblis pendek ni score pakai header, dia beat aku! Dia katting depan aku, aku ter-mandom plak. Babi la luh!

7. Pastu kitaorg equalize ngan penalti, 2-2. Selang 5 minit gituh, kitaorg score sebijik lagi, so leading 3-2. Then all hell broke loose.

8. Masa tengah celebrate our third goal tuh, tetiba winger tua aku terdengar centre-back aku britau coach aku utk sub-kan winger tua tuh. Bagik mantap defend. Pakcik tu trus hangin
"You want me out hah? Then I am getting the fuck out from here now". Terus belah.
Pastuh anak winger tua tu, our only striker pon jadi emo gak.
"Srew this guys. I am out to!". Campak jersey dia atas padang dan belah gitu jer.

9. Aku tau orang2 Italian ni agak emo skit. So, aku selaku kapten, cakap la elok2 kat member2 aku tuh in Italian sikit2.
"Bongiorno! Kamong la. Tok molek balloh ginih cappucino. Buke setakak tok ghuru, Allah lagikan marroh latte. Tok comey ore dok kellih tuh mocha. Muh nok pizzah machachiatto? Perisa lagu mano mu nok AC Milano?".

10. Hampeh btul. Dua ekor tu chow, tapi sub ader sekor je! Jadi tak pepasal kitaorg main ngan 10 org. 5 minit pastuh, midfielder aku plak yg kene usung keluar sebab injured. So kitaorg main the last 20 minit ngan sembilan org vs seblas. Perghhhhh!

11. Sekali, kitaorg score sebijik lagi, score jadi 4-2. Muahahaha. Pastuh diorg dapat penalti la plak. Diaorg score. Jadi 4-3. Uwaaaa...

12. Selepas berdefending cam mabuk, preeettt. Menang! Bapak sewel game ni.
Yeaaa...first time menang lwan Rostrevor. Main 9 org plka tuh! Giler hebat!

13. Man o t Match dapt kat org lain. Aku dapat satu lebam kat keting kanan aku dan sengal2 lutut kiri aku. Sakit. Tapi best. Puas ati.

14. Aku tau engkorang bosan giler bca citer bola aku. Tapi bila aku nak citer kat bini aku, dia buat muka uninterested plak. Jadi aku luahkan ke-gedikan hatiku padamu sekelian di blog ini kerana tak syok lah poyo sorang2 nih.
Poyo berjemaah jauh lagi afdal!

Sekian mekasih wassalam.

Jumat, 30 April 2010

Jom Katok Mat Salleh !!!

Salam,

1. Besok dan lusa aku masuk Tasting Australia pekejadah. Food festival la beb. Lebih kurang cam pasar malam...cuma di buat waktu siang....dan banyak awek mat salleh....dan diaorang mabuk2!!

2. Last time aku join this event was 3 years ago in 2007. That was my first time masuk food festival. Before aku bukak kedai. Aku dah sain kontract kedai dah taim tuh. Cuma tak boleh niaga lagi sebab kene renovate dulu. Jadi bosan2 takde kerje aku join ler festival tuh.

3. Sekali silap bajet. Sometimes masa bulan Januari 2007, aku beromen ngan isteri aku. Tup tap tup tap, bini aku pregnant. Due date sometimes bulan October. Event tuh plak, masa tahun 2007 tu, 13-14 October. Aku dah saspen. Kalau bini aku terberanak taim event tu camner?

4. Sekali, Alhamdullilah, bini aku meletup 11 October 2007. Dapat lah Husna yg aku citer sebelum nih. Keluar2 je minah tuh, akau cakap goodbye kat bini aku, trus balik buat satay sakan. Bini aku terbiar sengsorang ngan baby kat sepital. Aku gi melawat kejap2 jer selama 3 hari dia dok situh. Padan muka bini aku. Sapa suruh ajak aku beromen sanggat taim tuh. Aku kan subur.

5. Sambutan masa tuh, giler bab sampai the event turn out very bad for me. First time lah katakan. Tak prepared. Kejap je satay aku abis. Macam nak terberak aku nak buat yg baru. Sampai terbelah2 tangan aku. Lunch time, sold out. Second day, sepatutnya event abis pukul 9. Pukul 7 aku dah tutup kedai. Gilos.

Sign yg kitaorang letak taim lunch tuh sebab dah licin. Kena tunggu aku bawak stock baru dari rumah. Aku rasa ni gambar ihsan huhu amik. Wa cilok bro!

Tengok jari aku.....Kelam kabut buat satay nyer pasal

6. Terimakasih di ucapkan kpd pekerja2 berdedikasi aku taim tuh. Muk, Zarip, Usu, Azman yg dok membakar. Saipol dan Farouk yg dok layan kastemer. Legend lah lu semua!
Aku taim tuh dok kat rumah, dok pulun buat satay. Bila siap, aku gi antar. Diaorang ni lah yg dok meniaga.

7. Baru aku teringgat. Hari tuh HARI RAYA POSA!!!!
Budak2 ni, korban kan raya diaorang untuk tolong aku meniaga satay!
Sape ntah bapak dia siap call dari Malaysai lagi tanya , pegi beraya kat maner?
"Tak pegi mana2 pon. Tengah niaga satay" dia kata.
Ciss......Nasib baik aku taff!
Kalau dak aku dah nangis dah nih!

Pekerje aku semua nyer lelaki. Yg pompuan tuh datang melawat jer. Baru lepas sambut raya kat Uni. Itu pasal melaram semacam.

7. So besok aku meniaga nih, harga dia mahal banyak! Sebab nak masuk event nih kene bayar fees yg agak brutal. Tak tau aku kenaper mahal sanggat event nih.
So aku nak tak nak kenelah up the price.
Bukan aku sengaja nak katok!
Aku terpaksa katok.
Akan ku katok dlm keterpaksaan.

8. So, engkorang budak2 Melayu, JANGAN LA DATANG BELI YERK!! Aku serious nih! Jangan datang!!. Kang korang nangis, aku pulak yg sedih dan terasa bersalah. Aku ni berjiwa sensitip U tau!
uwaaaaa~~
Korang datng amik bau sudah!
Balik Malaysia nanti, baru pulun satay puas2.

9. Aku dah nak pengsan.
Doakan aku berjaya katok mat salleh besok, tanpa di katoki oleh mat salleh2 tersebut.
AMINNN!

Sekian, mekasih, wassalam.

Rabu, 31 Maret 2010

Bukan Hanya Zakarku Sahaja Yang Sentiasa Keras.... Sebuah Kisah Cinta.


Salam,

1. Diaorang menangis time tu. Kira-kira 3 months ago. Tapi kenape aku dok gelakkan diaorang?
"Cepat-cepat, dok skali, Papa nak amik gambar. Boleh masuk Blog ni. Muahahhahaha!" kata aku.

2. I made the goodbye short and snappy that day. I did't want them to go to the airport. No need to prolonged the pain, so I thought. Get over with the goodbye soon rather than later. Depan rumah sudah. Then its done. Like pulling on the handyplast. Zraapp! Finish.

3. My pain healed the second I saw the Air Asia's stewardess hot asses. Damn! Kalau terhempas kapal terbang aritu masuk neraka aku! But why were they still crying when aku called them from Adelaide?

4. Muhammad tiap malam tidur ngan baju aku. Husna dengan kain pelikat aku. Dan bini aku dengan suara aku. Tapi aku tidur dengan blog aku, dengan awek2 fesbuk aku (bajet). Lena je.

5. Mereka tiap hari menghitung hari untuk balik ke Adeled. Aku langsung tak nak kira dan tak nak ingat berapa hari lagi tinggal, sisa2 masa untuk aku hidup bebas menduda.

6. Bebas pegi main bola bila aku nak main. Bebas makan junk food kat rumah tanpa kene pau ngan anak2. Bebas bangun tido weekend pukul 3 petang. Bebas mandi sejam. Bebas menjerit2 nyanyi pukul 2-3 pagi sengsorang kat ghumah. Bebas stalking awek febuk tanpa asyik2 paling belakang checking line klear ke tidak.

7. Kali ni, bini aku kene ngorat sekali je. Dia dah tua kot. Dulu hot sekarang suam2 kuku. But damn she still look gojes kat pic tu walaupun baru bangun tido dengan tak mandi dan pakai tudung Indon plak tuh! Kau tak mekap pon masa nak hantar aku. Sampai hati kau beb!

8. Bila bini aku kene ngorat tu, dia trus call aku tanya aku ader ngorat sesapa dak? Sebab naluri wanita bini aku kata, ni mesti aku dok ngorat sesape ni, sebab tu aku kene balas bini sendiri di mengorati.

9. Damned baby! Aku baru nak berkecimpung di arena "mengadis" kau selambe je potong stim aku! Mana aci!
Kau "telah" di ngorati. Aku "baru nak start" mengorat!
Kau telah "past tense", tapi aku "future active participle menatang jadah ape ntah tense".

10. Aku tahu bini aku masih kurus sebab bizi kerje dan letih menjadi ibu tunggal. Aku pulak turun 4 kilo semenjak they were gone. Damn. Baru aku sedar bini aku sengaja nak bagik aku boroi. Kejam taktikmu itu. Cubaan mu untuk sabotaj usahaku mencari bini2 muda gagal babe. Kerana kalau perutku boroi pon, ketahuilah, mukaku kan tetap hensem.

11. Skang ni aku dah slim babe. Aku pakai kemeja putih budak sekolah menengah tu pon, ramai awek dah berair ..........opsss silap.... cair. Kalau aku bogel? Perghh..down kelentit...downnnnn!

12. Bini aku hampir tiap ari tanya aku,
"Kau tak rindu ke kat kitaorang kat sini?"
Ntah. Aku bizi sangat sampai takde masa nak rindu. Bizi keje, bola, blogging, mengusha awek, membenarkan awek usha aku dan stalking. Mana nak ingat anak bini.

13. Aku tahu bini aku sebenarnya tunggu je aku tanya dia balik soalan yg sama. Tapi aku buat2 bodoh je. Sebab kang dah sah akan banjir. Banjir tak syok! Aku tak reti berenang. Tak pepasal aku kene tiup pelampung nanti. Malas aku!

14. Aku tahu bini aku rindu giler kat aku. Aku paham. Sapa tak rindukan hasben hensem dan sexy mcam aku nih. Damn. Kalau aku jadi dia pon, aku akan rindu giler kat Aku.

15. Korang perasan dak, kalau kau follow blog post aku for the last 3 months, aku semakin kerap menggunakan perkataan tetek, zakar, romen dll. Aku terfikir. Mungkin otak aku tak inggat kat bini aku. Mungkin hati aku tak rindu padanya. Tapi ada satu organ aku yg rindukan dirimu ....Ohh Biniku! Organ yg berkepala tapi tidak berotak. Bertelur tapi tidak menetas. Berbulu tapi bukan Arshad! (...jgn gelak sampai jatuh kerusi ye...)

16. Antara bende yg best bila dok jauh2 ni, bila gaduh, tak leh lama2. Sebab pkai fon beb. Masa pon takde nak mengayat pujuk memujuk. Kitaorang bukan budak2 Uni dah. Korang banyak masa utk merajuk atau buat2 merajuk.

17. Perang saudara laki bini tu biasalah. I've never took a vacation from being an asshole. Once tengah bini aku emo, dia cakap satu ayat yg sampai sekarang ni terkesan kat aku....
"Kalaulah orang tahu betapa kerasnya hati kau!"

18. Damn! Selama ni rupa2nya bukan hanya zakarku sahaja yg sentiasa keras.

19. Sekeras-keras zakarku dan sekeras2 hatiku, tersentuh gak aku bila tenggok gambar anak bini aku dok nangis tuh sebenarnya.

Beginilah kot gamaknya rupa diaorang time aku naik kereta nak pegi akad nikah ngan bini muda aku one day nanti.
Mungkin beginilah juga rupa mereka bila bukan setakat zakar dan hatiku, bahkan tubuhku juga menjadi keras, terbujur dalam keranda yg diusung ke kubur.

Harapnya goodbye di waktu tersebut short and snappy gak. Zraaap!
Harapnya the pain heal faster that time.

See U in 3 days.....insyaAllah.



Sekian, mekasih, wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger