Alaaaa ...Bola je pon. Game pon bukan best sangat. Kelantan main huduh lagi pon. Nasib gak dapat score 2 bijik gol tuh. Sebab tu aku chill je bila Kelantan menang semalam .........................
Kami Penyokong Bolasepak Kelantan Di Adelaide, South Australia
Minit2 terakhir perlawanan dan detik kemenangan!!!
Lagu Negeri Kelate ...walaupun cuba di sabotaj oleh penyokong Selangor!
____________________________________
Terima kasih tuan rumah, Legends "Afiq, Ise, Naim, AK" Terima kasih ISMA for the projector Terima kasih kpd budak Klemzig yg meng-skype ke rumah Legends smalam Terima kasih kepada semua yang hadir semalam Terima kasih kepada penyokong Negeri Sembilan yang berani datang! Respek!- Amjar, AK dan Maer Terima kasih kepada Skuad Bolasepak Negeri Kelantan 2010. Tenkiu Indra Putra! Tenkiu HairudinOmar! Tenkiu Badrul Razi/Piya! Tenkiu Keeper Khairul Fahmi Che Mat sebab memang main best the whole season! Terima kasih kepada kesemua penyokong bolasepak negeri Kelantan tak kira di mana berada di pelusok dunia! This win is for us! Lastly, terima kasih Allah.
Wei! Jom la tengok final Piala Malaysia ramai2 malam ni Klate lawe Negheri Sembile. _____________________________________ TIME: After Isyak. Game start 845 taim Malaysia kot. So dalm pkul 11pm gitu taim kita. LOKASI: Rumah The Legends-Afiq, Ihse', Naim dan AK 201, Davenport Tce, Prospect, 5082....ehh buat apa bagik poskod! Bukannya kita nak antar surat! _____________________________________
Tenkiu di ucapkan kpd "The Legends" kerana "berani" jadi tuan rumah. Jazakallah di ucapkan kepada ISMA kerana sudi meminjamkan projector dan screen untuk kegunaan "program" kami di malam ini.
InshaAllah, Swinging Bowl akan mengsponsor air tin dan chips untuk kesemua 30, 000 org penonton di malam ini. Tak payah cakap tenkiu. Doakan semoga aku termasuk di dalam kalangan orang2 yg beriman dan kekal hensem selalu cukuplah. Amin. Err...... dan juga kawin empat. Jangan lupa.
Berehh!!
_____________________________________
Peraturan2 Yang Perlu di Patuhi malam Ini
1. NO awek/girlfriend/chikaro/gewe/kawan tapi mesra/mambang/gundik/kekasih gelap/tunang/bakal tunang/kakak ipar/kakak angkat/ kakak betul/bini/bini muda/emak/nenek/opah/moyang/makcik/mak mertua/uztazah/penolong ketua darjah/pramugari/senimawati/angakasawati/olahragawati/di ambang wati.......dibenarkan hadir. No zakar, no entry.
....Kami nak tengok bola, bukan nak tengok awek! Ehh..awek blakang Fasha tu cun gak...
2.INGAT! Ini rumah orang. Bukan rumah bapak hengkau. Oleh itu, segala kerosakan, pertumpahan air atas karpet, pengepauan ice-ream di dalm fridge, pengusha-an gambar adik or kakak (kalau aku...makcik) di laptop, peng-hacking-kan fesbuk, peluru2 yg tersasar dari mangkuk jamban, pertumpahan darah, gigi bersepai, kepala putus, kepatahan kerusi, objek2 melayang, pembakaran mercun, kebakaran tilam, penterbalikan kereta, pembakaran trak polis dan lain2 aktiviti2 yang membawa kepada kemusnahan, ..... semuanya kita boleh buat! Bukan rumah aku pon.. ...Lantakla...Yeaaaaa...
3. Semangat kesukanan wajib di amalkan sentiasa. Oleh itu, segala maki hamun, cacian, kutukan, pengejekan, tekel blakang, sepakan, sikuan, penyekehan, peng-lesingan, balingan objek dan tembakan mercun kepada penyokong2 Kelantan dan Negeri Sembilanadalah tidak di benarkan sama sekali.
4. Jagalah Kebersihan Di harapkan semua individu memastikan segala sampah sarap di buang di tempat yang sepatutnya. Untuk mengetahui di manakan tempat pembuangan sampah, sila lihat ke sudut penyokong Negeri Sembilan. Di situlah sampah masyarakat terkumpul.
Di minta buang atau lebih afdal baling sederas-derasnya ke arah itu. Ada sebabnya aku sponsor "air tin" bukanya "air kotak" di malam ini ......
Sekiranya "tong sampah' itu sudah lebam .... ehh tersasul plak..."penuh", anda boleh kitar semula sampah2 anda ke arah penyokong2 Selangor. Mesra alam, amalan kita!
5. Semangat setiakawan sesama kita. Ajaklah kawan2 kita datang beramai2 di malam ini tak kira dari negeri mana. Terutamanya kawan2 dari Negeri Sembilan sebab aku bilang2 tak cukup satu tangan pon. Amjar, Sirul Asrar, Bukhari Ramli, AK, itu jer.
Tak best lah kan kalau hanya ada EMPAT orang je untuk kita "berkongsi kegembiraan" kalau Negeri Sembilan menang ni. Takkan empat orang ni je kita nak peluk, tepuk2 bahu, tepuk rusuk, tepuk tengkuk, tepuk biji mata kanan, tepuk patela, dan tepuk tulang belikat. Tepuk sebelah tangan takan berbunyi. Tepuk empat orang pon tak cukup puas.
Penyokong Kelantan memang ramai gila malam ni, toksah citer. Kami memang suka bergurau senda dan bertepuk tampar. Jadi , jangan hampakan harapan kami.
Jadi di minta tolong ajak lah sesapa yang asal dari N9, ada darah2 N9, duduk di N9, sekolah di N9, awek orang N9 dan kalau susah2 sangat, sesapa yang pernah lalu di highway N9 pon jadi gak lah.
6. Jangan over-poyo. Ni bola je pon. Bukan hidup mati. Jadi sokonglah team masing2 dengan berpada2. Jangan taksub kenegerian yang melampau! Kita semua rakyat Malaysia kan? Kalau team Kelantan menang, kita happy! Kalau team Negeri Sembilan kalah pon kita happy! _________________________
Kita hanya merancang. Allah yg menentukan. Di harapkan malam ni streaming berjalan lancar. Kalau gambar putus2, kita layan je lah radio KelantanFC.
Jom Jom Jom!!!!!
Sekian. mekasih , wassalam
Datuk sapa yang blasah lutut Tok Guru dulu ni? Cepat ngaku!
1. Aku tau ramai orang CUAK dengan org Kelantan. Tapi aku tau org Kelantan tak kisah pon. Kami tau "bangsa kami" adalah bangsa teradvance pemikirannya di Malaysia. Sebab tu korang jeles!!
2. Pemikiran kami sungguh advance sehinga se-level mat salleh sebenarnya. Kami advance dalam pemikiran politik macam mat salleh, sebab tu negeri kami lebih lama di perintah PAS drpd BN sejak merdeka lagi. Orait je! Macam US la. Skejap Democrat, sekejap Republican. Takde hal!!
3. Pemikiran kami dalam bola pon sebegitu. Kami menyokong team bola Kelate sampai kiamat. Bila menang, Alhamdullilah. Bila kalah, seperti mat salleh, kito pakak2 GOOCOHHHHHHHHH!! 4. Aku tau sekarang ni FRU tengah gilap perisai dan helmet diaorang. Tengah practise hayun batton diaorang nak balun penyokong Kelate malam ni kalau ada rezeki. Aku tau jugak Polis sekarang tengah pack-up extra tear-gas dan gari. Susun-susun org diaorang nak kontrol traffik malam ni sekitar stadium, nak bagik line clear untuk bas team N9 keluar masuk stadium tanpa di baling dengan akok, jala-emas dan nasi kerabu. 5. Media2 pon ghairah bak kerbau di musim mengawan.....selepas tidak di-kawankan selama 39 tahun. Reporter bertulis dan siap2 pen 2-3 kotak. Yang berlaptop, tengah charge bateri bekap. Yg dari TV, tengah beli bedak extra untuk tempek kat muka reporter Tv tu. Sebab kalau berlaku apa2 malam ni......silap aribulan subuh besok baru abes.
6. Bomba pon standby sekaki, sebab manalah tau kalau ape2 ter-dibakar kalau Kelantan ter-dikalahkan malam ni. Sepital pon dah siap2 order extra cili padi, santan dan kunyit. Sebab kalau gaduh, gerenti ramai penyokong Negeri Sembilan masuk sepital. Mesti diaorang nak makan gulai masak lomak cili api sewaktu terlantar di sepital kan!!
7. Jadi kepada Polis, FRU, Media, Bomba dan Hospital workers, aku ucapkan selamat berkerja malam ni. Kepada pemain pasukan bolasepak Kelantan, selamat bekerje keras malam ni atas padang. Kepada pemain dan penyokong bolasepak N9, selamat di kerje-kan malamni. Ekau jgn ghisau. Den dah order gulai masak lomak kat septal, ekau boleh balun pueh2.
8. Kepada penyokong2 bolasepak Kelantan, aku ucapkan...... Please, Please,Please.....Kamu Jgn Nakal!!!!!
1. Tahniah di ucapkan kpd Kelantan sebab berjaya masuk final Piala Malaysia. Tahniah juga diucapkan kpd pasukan Negeri Sembilan (N9) yg bakal menjulang piala pada malam besok. Piala Naib Juara la kan...
2. At the moment, Kelantan is the sentimental favourite to win tomorrow. Majoriti org yg neutral mahukan Kelantan menang sebab N9 "bohringgggggg".
3. Tapi untuk org2 yg "reti bola", diaorang tau kelebihan ada di pasukan N9 sebenarnya. Aku pon sokong coach2, pemain2 lama yg kata team N9 adalh lebih balance di semua posisi drp Kelantan. Kelantan ada midfield power, tapi part defence contohnya, main tak cun pon.
4. Musim ni, Kelantan dah jumpa N9 3 kali seingat aku. Kalah 2 kali dan menang sekali je. Mase first time jumpe N9 kat KB, aku gi tenggok kat stadium. Ni lah game yg penonton ngamuk dan kepung bas sebab pengadil bahlul. Tapi takde bakar2. Sekend game lawan N9 yg ade trak polis kene barbeque.
5. So dari game yg aku usha sendiri, memang N9 kawal game dan defence Kelantan tak boleh langsung (no exxageration) kontrol Zaquan Adha. Defence N9 pon solid dgn Aidil Zafuan n geng. Kat midfield bersepah pemain2 yg main untuk Malaysia (yg rambut panjang tu esp). Gaya permainan pantas, with thru-ball pastuh Zaquan hambat. Mujur banyak off-side je mlm tu. Kalau dak Kelantan kene belasah
N9 loser tak cukup pemain sampai kene buat cloning nak bagik cukup pemain power..
6. N9 team org2 muda (majority 23 tahun below), so depa main dgn gaya "kerek" org muda. Depa tak kisah pon penyokong2 Kelantan satu stadium ejek, baling objek kat diaorg. Bagus. Gitulah main dgn penuh konfiden.
7. TAPI, dalam game bola ni ade 2 faktor terbesar yg menentukan sapa menang atau kalah.
Pertama: Mood. Bola ni mcm pompuan. Kau tak leh bajet ape mood team kita masa game nanti. Kalau tetiba ngam, semua org main cun-melecun, passing jadi, rembat masuk, main best giler la. Tapi kalau kene PMS, semua main macam taik. Hancus lah game tuh
Kedua: Takdir Alllah. Luck. Kadang2 kau main mood baek/ semua cun gila, tapi bila depan gol, asyik tak masuk. Keeper tahan la, kene palang la, ref sial bagik offside la. Dan kadang2 kau main teruk gile, opponent control game gila2, tapi kau dpt satu chan tetiba kau yg score dan menang.
8. Contohnya mcm Kelantan vs Perlis , both game home & away. Dua game Perlis main lagi baik dari Kelantan. Tapi Kelantan yg menang. Alhamdullilah.
Male ni ado Indra. Mapuh la mu N9!!
9. So malam ni, kita tengok apa jadi. Kelantan go into the game tonight with 2 advantages. Pertama: Mereka dah main dalam Final FA cup tahun ni. So team Kelantan dah tau apa perasaan main final dan kalah. So mentally diaorang lagi prepared drp team N9. Kedua: Penyokong2 yg Mental!!(mari kelih) 10.Tiket bas ke KL dari KB dah abis. Tiket train pon dah abis. Terpaksa KAFA book/mintak KTM tambah extra gerabak untuk bawak penyokong ke KL. Ni belum kira org yg bawak keta gi KL. Org2 SETAN( dok SElangor tapi asal kelanTAN) pon belum masuk lagi. Pendek kata, kalau gaduh, penyokong n9 jadi gulai masak lemak la. Kene Hobin, Kene TelanJang.
Jumlah keahlian.....duoboleh oghang. Takdo sapo poi..
11. Nasihat aku kpd penyokong N9(ada website gak rupenya. Langsung tek hapenning) , tak payah la pegi stadium malam ni. Baik korang pegi negeri Kelantan sekarang jugak. Sebab sekarang ni kat Kelate, aku bajet, tak de sekor pon org laki tinggal. Jadi kalau sesape nak ngorat "mek kelate", line clear.
dengar lama2 best puloks!!!!Comenyo gewe2 demo!!
12. So all the best kpd both team malam ni. Kalau Kelantan menang, Alhamdullilah. Kalau N9 menang, ......kalau N9 menang? KALAU N9 MENANG??....... Tak sanggup aku pikir akibatnya.........