Tampilkan postingan dengan label gocoh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gocoh. Tampilkan semua postingan

Jumat, 29 Oktober 2010

Jom Pergi Stadium Malam Ni !


Salam,

Wei! Jom la tengok final Piala Malaysia ramai2 malam ni
Klate lawe Negheri Sembile.

_____________________________________
TIME: After Isyak. Game start 845 taim Malaysia kot. So dalm pkul 11pm gitu taim kita.
LOKASI: Rumah The Legends-Afiq, Ihse', Naim dan AK
201, Davenport Tce, Prospect, 5082....ehh buat apa bagik poskod! Bukannya kita nak antar surat!
_____________________________________

Tenkiu di ucapkan kpd "The Legends" kerana "berani" jadi tuan rumah.
Jazakallah di ucapkan kepada ISMA kerana sudi meminjamkan projector dan screen untuk kegunaan "program" kami di malam ini.

InshaAllah, Swinging Bowl akan mengsponsor air tin dan chips untuk kesemua 30, 000 org penonton di malam ini. Tak payah cakap tenkiu. Doakan semoga aku termasuk di dalam kalangan orang2 yg beriman dan kekal hensem selalu cukuplah. Amin. Err...... dan juga kawin empat. Jangan lupa.

Berehh!!
_____________________________________

Peraturan2 Yang Perlu di Patuhi malam Ini

1. NO awek/girlfriend/chikaro/gewe/kawan tapi mesra/mambang/gundik/kekasih gelap/tunang/bakal tunang/kakak ipar/kakak angkat/ kakak betul/bini/bini muda/emak/nenek/opah/moyang/makcik/mak mertua/uztazah/penolong ketua darjah/pramugari/senimawati/angakasawati/olahragawati/di ambang wati.......dibenarkan hadir.
No zakar, no entry.
....Kami nak tengok bola, bukan nak tengok awek! Ehh..awek blakang Fasha tu cun gak...

2. INGAT! Ini rumah orang. Bukan rumah bapak hengkau.
Oleh itu, segala kerosakan, pertumpahan air atas karpet, pengepauan ice-ream di dalm fridge, pengusha-an gambar adik or kakak (kalau aku...makcik) di laptop, peng-hacking-kan fesbuk, peluru2 yg tersasar dari mangkuk jamban, pertumpahan darah, gigi bersepai, kepala putus, kepatahan kerusi, objek2 melayang, pembakaran mercun, kebakaran tilam, penterbalikan kereta, pembakaran trak polis dan lain2 aktiviti2 yang membawa kepada kemusnahan, ..... semuanya kita boleh buat!
Bukan rumah aku pon.. ...Lantakla...Yeaaaaa...

3. Semangat kesukanan wajib di amalkan sentiasa.
Oleh itu, segala maki hamun, cacian, kutukan, pengejekan, tekel blakang, sepakan, sikuan, penyekehan, peng-lesingan, balingan objek dan tembakan mercun kepada penyokong2 Kelantan dan Negeri Sembilan adalah tidak di benarkan sama sekali.

4. Jagalah Kebersihan
Di harapkan semua individu memastikan segala sampah sarap di buang di tempat yang sepatutnya. Untuk mengetahui di manakan tempat pembuangan sampah, sila lihat ke sudut penyokong Negeri Sembilan. Di situlah sampah masyarakat terkumpul.

Di minta buang atau lebih afdal baling sederas-derasnya ke arah itu. Ada sebabnya aku sponsor "air tin" bukanya "air kotak" di malam ini ......

Sekiranya "tong sampah' itu sudah lebam .... ehh tersasul plak..."penuh", anda boleh kitar semula sampah2 anda ke arah penyokong2 Selangor.

Mesra alam, amalan kita!

5. Semangat setiakawan sesama kita.
Ajaklah kawan2 kita datang beramai2 di malam ini tak kira dari negeri mana.
Terutamanya kawan2 dari Negeri Sembilan sebab aku bilang2 tak cukup satu tangan pon. Amjar, Sirul Asrar, Bukhari Ramli, AK, itu jer.

Tak best lah kan kalau hanya ada EMPAT orang je untuk kita "berkongsi kegembiraan" kalau Negeri Sembilan menang ni.
Takkan empat orang ni je kita nak peluk, tepuk2 bahu, tepuk rusuk, tepuk tengkuk, tepuk biji mata kanan, tepuk patela, dan tepuk tulang belikat. Tepuk sebelah tangan takan berbunyi. Tepuk empat orang pon tak cukup puas.

Penyokong Kelantan memang ramai gila malam ni, toksah citer. Kami memang suka bergurau senda dan bertepuk tampar.
Jadi , jangan hampakan harapan kami.

Jadi di minta tolong ajak lah sesapa yang asal dari N9, ada darah2 N9, duduk di N9, sekolah di N9, awek orang N9 dan kalau susah2 sangat, sesapa yang pernah lalu di highway N9 pon jadi gak lah.

6. Jangan over-poyo.
Ni bola je pon. Bukan hidup mati. Jadi sokonglah team masing2 dengan berpada2. Jangan taksub kenegerian yang melampau! Kita semua rakyat Malaysia kan?
Kalau team Kelantan menang, kita happy!
Kalau team Negeri Sembilan kalah pon kita happy!

_________________________

Kita hanya merancang. Allah yg menentukan.
Di harapkan malam ni streaming berjalan lancar. Kalau gambar putus2, kita layan je lah radio KelantanFC.

Jom Jom Jom!!!!!

Sekian. mekasih , wassalam


Datuk sapa yang blasah lutut Tok Guru dulu ni? Cepat ngaku!

Senin, 02 Agustus 2010

Gocoh Nite

Stadium bukak sebelah je, so ring dekat ngan penonton. Nampak clear gile.

Salam,

1. Ari tu aku pegi Gocoh Nite or namer glamer dia "Duelmaster Fight Night #59". Tiket $45 dollar general admission. Parking $10. Tapi, bro, hasilnya..Perghhhhhhhhhhhh!

2. The fights pun, Peerggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

3. Awek2 mat salleh yg pegi stadium malam tu pon. Peeerrrrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

4. Hot Chicks yg pegang no round ke berapa dan yg dok berkepit masa bagi hadiah/"ring girls"....PEEEEERRRRRRRGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!

5. It was pure testosterone rising, heat rising, adrenalin rising, hair rising and penis rising night for boys.
Siap ada keluar asap dan muzik2 inspirational lagi. Kalau aku fight one day, aku nak pakai lagu Fiona 4U2C! Chop! Sapa cilok idea aku, aku santau hang!

99.99% org yg datang, samada balak or awek, pakai baju Hitam dan ada tulisan2 ngeri mcm "Vengeance" etc. Trasa mcm pegi konsert Metal la plak. Tgk la merchandise yg dia jual. Perghhh! Aku tak pkai baju2 cenggini! Kerana aku seorang lelaki yg berhati lembut! Fusss..

6. Tapi takde salahnya kalau kau pegi bawak gadis ke event ini ..... ...sekiranya kau bahlul, terencat akal dan suka memotong stim rakan2 anda yg pegi skali. Bosanlah kalau kene control macho dan kene buat2 tak heran bila ada awek2 minat salleh gebu dok tergedik2 atas ring/pentas.

7. Lagipun kalau bawak awek, nak amik gambar hot chicks tu pon kang cuak2 sebab kang diaorag kata kita pervert. Walaupun benar kita ni pervert, tapi cukup2la sesama kita je yg tau kan? Kalau awek tau, tak best lah kan. Kurang selesa! Err....Allah tau gak kan! muahahahhaha.

8. Aku pegi ni sebab aku mmg minat dan sebab ada kastemer aku akan fight malam tuh. Nama dia Vince Palumbo. Dia run martial art school kat Grange Rd. Dia slalu bawak anak2 buah dia dtg makan kedai. Dan diaorang ni semua, badan sekor2 kalau badak sumbu tengok mesti nak ajak mengawan sebab dia ingat ni mesti satu spesis ni.

9. Mula2 aku ingat Vince ni macam Pakcik2 biasa je. Sebab dia mmg baik and friendly. Tapi biler aku tgk org2 masa Gocoh Nite ni "respek giler" kat dia so aku pon gugel ler. Result dia ...Mak Datuk!

10. Bole baca sini. Dia master in mcam2 martial arts. Dia 6th Dan/Degree Karate, 9th Dan/Degree Pares Eskrima bla2 panjang gila. Kawan dia kata Vince ni 20 times World Champ in StickFighting. Tapi bila aku bilang2 kat resume ada lah dalm berbelas2 gitu jer. GITU JER! Kawan dia yg banyak cakap tu plak, John Moore plak, 5 times WorldChamp! Badan dia macam truck. Haram!
Vince masa muda2 waktu menang IKBBF World Boxing Title.

11. So, balik ke Gocoh Nite. Malam tuh ada berbelas2 fights Tomoi, Kickboxing, Shootboxing, MMA, Boxing dan sudah tentunya StickFighting. Setiap fight ada 3 rounds. Malam tu aku tengok 5 KO dan 1 TKO. Salah satu dari KO tu, mamat tu kene sepak kat kepala. Terus tumbang mcam kene tembak dan pastu bernafas mcm lembu kene sembelih. Dekat 2-3 minit gak dia tidur. Kesian~.
Apa la Mat Salleh ni jampi ni. Mustajab ke jampi dlm bahase omputih? Dia tak tau ker Dewa Dewi Tomoi paham bahase Siam je! Kena dubbing dulu nih, baru doa terangkat!

PINK! ..SKIRT! Ape kau ingat ni Mesyuarat Agung Puteri Umno ker? Nak main netball ker? Padan muka kau lepas ni kene blasah!

12. Basically ni adalh fight between different team/trainer/dojo/martial art schools kat Adeled, antaranya Vince's school. Penyokong masing2 dok ngan "puak"/geng masing2. Malangnya malam tu, Vince team kene belasah. 2 fighters dia kene KO kot.
...team sunrise, young lions, warlocks whyalla, vince etc.

Vince yg badan besar rumah yg dok kat blue corner tuh. Dok bagik instruction kat anak murid dia. Malangnya anak murid dia .... ayam! KO first round !

13. Tapi to be honest, the standard of the fight was not that excellent. They were powerful fighters. But not skillful. Asyik bertumbuk je. Sepakan Fail! Defend Fail! TAPI itu yg best sebab tu lah yg jadi banyak KO! Asyik nak tumbuk dan terajang opponent je, kepala sendiri exposed! Kene sebijik, trus tidur!
Yo Bro! Tak boleh tido sini bro. Lu ingat ni hotel ka?

12. Malangnya ....... baru dok sejam lebih...bateri kamera aku abis! Uwaaa~! Ni jelah gambar2 "senonoh" yg aku sempat ambik.

13. Video2 yg aku upload kat Utube.


Sapa akan KO pas ni?


Awek gocoh pon best!



Ni lah rupanya stick fighting. Tapi ni peringkat Noobs. Klau otai lain skit

Vince (pendek) lawan John (pokok balak bergerak). Demo pro-stickfighting. Kayu tu betulnyer. No body guard. Seluar ada padding tebal. Kepala ada helmet. Lepas abis fight, orang2 putih ni dua2 jadi orang MERAH! Lobam2! Saiko betoi! (Gambar dr handphone. So Low Quality!)

Sekian. mekasih, wassalam.

Sabtu, 07 November 2009

What Appen Las Nite masa Kelantan vs N9 final game


Salam,

1. Susah gile aku nak tulis this post. Tapi bukan sebab aku bersedih sebab Kelantan kalah. Aku peduli hapa. Aku dah tua. Dah brapa banyak Piala Malaysia dah aku dah follow. Aku tau tahun depan ada lagi, tahun depan2 dan seterusnya sampai kiamat , insyaAllah selagi Piala Malyasia masih ada lagi, Kelantan akan terus mencuba. Lawe' tetap Lawe"'. Dan kalau di takdirkan kiamat dtg sebelum Kelantan menang Piala Malaysia pon, aku takkan terkilan. Takde effek sikit habuk pon di padang mahsyar nanti.
Yeaaaa...mercun. Macam raya plak. Tenggok! Mana ada kami penyokong Kelantan bersedih. Kami happi lagi bermain mercun ibarat kanak2 girang.

2. Tapi aku susah nak tulis post ni sebab pertamanya, boringla bila Negeri Sembilan menang. Org N9 pon tak celebrate. Tgk berapa banyak dtg stadium? 3/4 stadium penyokong Kelantan. 1/4 je penyokong N9 padahal negeri mereka dekat secoit tu je. Nampak terus org N9 takde jati diri dan semangat menyokong pasukan bolasepak mereka sendiri........(muahhahaha abis org nogori boikot kedai aku pasni)
Mano nyo penyokong N9?...Patut sonyap jo jang. Takdo morcun ko? Ko takut konno ponorajang dari penyokong kelantan gilo

3. Keduanya, sebab aku telah menghabiskan satu hari, hari sabtu semalam tulis 3 post pre-match build-up, bini aku dah bising. So ari ni kene tunggu malam cengini baru aku boleh tulis. Itulah namanya "politik rumahtangga". Kenalah jaga hati bini. Tapi bila aku ada dah ada 2 bini nanti, bising je sikit, aku trus pegi rumah bini muda. Kalu dia pon bising2 gak........ermm.......terpaksalah aku dengar sebab sapelah dalam dunia ni yg tak sayang bini muda kan!!!

4. Dah lah merapu. So, at the moment, aku still tak boleh komen lebih2 pasal game semalam sebab aku sendiri pon tak tenggok. Muahahhahahhaha.....

5. Semalam , bila aku bukak streaming TV1, tetiba tak boleh konek. Silap aku ialah, aku tunggu last minute baru aku bukak. Line dah jammed. Kelam kabut aku search google for alternative. Aku jumpa dua link, tapi dua2 suara je ada, tapi frame rate is 1 frame for 3 minutes gitu. Bullshitt! Ade gambar sesape dok freeze/keras gitu, pastuh Hasbullah dok merepek kat belakang selama 3 minute baru dapat frezze-frame gambar baru. Tetiba dengar N9 score gol. Teh Buh-Tol laa!!

3. Pastu time tu la firefox aku nak mengatal mintak restart untuk update software. Pak-istan betul!. Terpaksa aku tutup semua firefox dan restart. Bila restart, aku bukak balik steraming, dah tak dapek pulak. Aku pon refresh dan refresh, bukan satu, tapi 3 window streaming drpd 3 site yg lain2.

4. Tapi tak dapt pon, sampailah aku tertido melopong depan komputer. Ada dekat sejam gak aku pengsan. Bila aku terjaga, aku refresh balik window2 tertsebut. Lepas 5 minute gitu baru dapat "suara" balik....gambar tetap hampeh tarak. Hasbullah umumkan masa lagi 10 minute tinggal dan Kelantan ketinggalan 3-0. Hmm..its over, aku tau.

5. Aku check fesbuk, game belum over dah dah ader 2-3 msg org N9 order gulai masak lomak dari aku. Cilanat! Muahhahaha.......victory is sweet my fren, but REVENGE is SWEETER than sambal nasi kerabu from KayBee Padang Bas market.

6. Pastu aku dengar Indra score sebijik untuk Kelantan, nampak gambar freeze-frame seat stadium terbakar, pastu game over. Aku pon tutup window streaming yg bladigol tu, pastu layan fesbuk jap.

7. 15 minit lepas game over, terlintas dlm hati aku nak try balik bukak balik streaming tu. Sekali, tu dia...terang benderang, takde sangkut2 langsung tenggok N9 angkat Piala Malaysia. What deHek. Boleh plak. Kenaper gitu yerk?
mamat midfield no 17 tu konpirm power. Aku dah usha live. Boleh main Malaysia .

8. Ni lah tak bestnye tgk streaming. Bila ramai org tengok online, maka slowlah dia nyer connection. Sometimes so slow, macam ape jadi kat aku semalam. Itu pasal banyak gak site yg aku rasa put-a-cap/limit org bioleh tgk online kat site dia. Lebih dari limit, dia bolayan. Itu pasal refresh pon tak jalan.

9. Lagipon semalam ialah peak time org ber-internet. Malam weekend lah katakan. Cube tgk brapa ramai online fesbuk time weekend compare to weekdays. Time weekend ni la ramai social internet user nak surf online. So connection on weekend will always be slower than weekdays.

10. So in summary apa yg berlaku semalam ialah, ramai gila org dari Adeled dan satu dunia bukak RTM TV1 streaming online kerana semua org ingin menyaksikan Kelantan menang Piala Malysia buat pertama kali nya dlm sejarah 80 tahun lebih. Sebab tu aku tak boleh konek selama sejam tu. Sekali bila Negeri Sembilan leading 3-0 di akhir perlawanan, lantas mereka pakat2 stop tengok. Sebab tu la aku pon bolehlah mencilok masuk di mint2 yg terakhir tu.

11. Bila wisel penamat di bunyikan, maka semua org stop tgk, sebab ape kes nak tgk N9 angkat Piala Malaysia. Bohsan giler. Tidak newsworthy. Tiada nilai2 sentimental. Itu pasallah aku boleh tgk adegan menjolok mata tersebut dgn terang benderangnya. Ade lah kot 2-3 peminat N9 yg tau apo ko bondo internet tu, dok streaming gak.

12. Gitulah ceritenye. Aku tak bole komen pasal gameplay sebab aku tak tgk. Nantilah aku stadi utube footage, baru aku tulis

Sekian, terrymakacey, wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger