Tampilkan postingan dengan label macho. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label macho. Tampilkan semua postingan

Kamis, 15 Desember 2011

Kenapa Muka Hensem Tu Tak Penting Utk Mengorat Awek Sebenarnya....

Salam,
...salah satu entry di dlm siri Panduan Cinta XXX

Daripada entry "Ciri2 Lelaki Idaman Wanita: No Bullshit Version", ada sorang mamat ni komen,

" Anonymous said... bro, ada awek pernah reply kat aku camni:

"MOTHERFUCKER LEAVE ME ALONE LA BODOH. TAK FAHAM BAHASA KE? KAU HODOH. AKU SUKA LELAKI HANDSOME SAHAJA. YES, I AM THAT SHALLOW."

apa pandangan ko terhadap awek camni? :("

Ololololo....keciannyer dierr.. Sabar bro. Hakikat sebenarnya ginih...

___________________________
Betul Ke Awek Pilih Lelaki Hensem Jer

1. Ingat tak apa yang aku tulis dlm entry tu. Bawah "Important Lesson"....

"PERTAMA: Apa yang perempuan "cakap" dan apa yang dia "buat" di dalam mencari jodoh adalah two different matter. So listen, but jgn ambik pot sangat"

2. Sebenarnya kalau kau tengok keliling kita, kau akan perasan sangat2 yang kebanyakan awek2 yg hot akan last2 end-up dengan lelaki yang langsung tak hensem.

3. Kau tengok lah artis2. Kalau tak caya lagi, kau tengoklah amoi2. Banyak awek2 cina ni rupa macam model tanak kalah, tapi balak dia, masyaAllah! Ngan babi pon boleh kalah!

4. Jadi, benar semua awek memang akan cakap diaorang "SUKA" lelaki hensem. Tapi kenapa last2 diaorang "PILIH" lelaki yang tak hensem jugak.?
_______________
Pengalaman Pahit Aku

1. Aku adalah seorang lelaki yang hensem. Jadi awek2 minat kat aku ni adlah perkara biasa je, macam ManU menang EPL.

2. Tapi aku notice, sejak dari sekolah menengah lagi, di kalangan awek2 yang suka aku ni (termasuklah bini aku), aku boleh sense yang ada hari diorang suka giler sampai nak terjun atas aku dan meraba2. Tapi ada hari yg diorang tak ambik pot pon walaupun aku dok sapu2 minyak kat bicep-bicep ku depan mata diaorang. Why?

3. Dan memang ada awek yang betul2 tak cair ngan aku. Muka aku langsung tak berharga dimata mereka umpama duit rupiah. Weird.

4. Jadi ini adlah satu keganjilan bagi aku. Kenapakah awek2 ini semua tidak beristiqamah di dalm meminati aku di setiap hari sekiranya kenyataan "Perempuan Hanya Minat Lelaki Hensem?" itu benar?

5. Jadi emosi aku tergangu. Mengapakah fenomena ini terjadi? Adakah aku benar2 hensem ataupun aku perasan sahaja? Adakah aku salah seorang drpd lelaki yang rupa cam babi tapi berawek hot membara cam Neelofa?

6. Maka bermulah satu research yg sewajarnya melayakan aku mendapat PhD.
____________
Kehandsome-man Lelaki Di Mata Wanita Bergantung Kepada Kitaran Haid Mereka

1. In 2006, Daniel Kruger drp University Of Michigan telah mengpublish satu landmark article yang sampai sekarang orang dok refer.
"Male facial masculinity infulences atrribitions of personality adn reproductive strategy"
Personal Relationships, 13 (2006), 451–463.


2. Apakah itu handsome? Simple. Handsome adalah lelaki yang awek minat. His research found out that women perceived handsomeness differently during their menstrual cycle.

3. Daniel telah ambil muka lelaki pastu manipulate digitally untuk menjadikan muka tu lebih masculine dan juga lebih jambu. Pastu dia tunjuk kat awek2, pastu suruh pilih mana satu yang lebih "menarik" di mata mereka.

Pilih! Pilih! Pilih! Murah! Murah! Beli satu dapat lima!

3. He found that masa diaorang subur (follicular stage/ovulation), awek2 akan kata wajah macho itu lah yg paling hensem. Tapi di waktu2 diaorang tak subur, awek2 akan pilih wajah yang lebih jambu.feminin.

4. So the theory is, masa diorang subur, awek2 sungguh berselera untuk di ratahi oleh lelaki yg lebih berwajah macho kerana ia somehow signalling lelaki tersebut tinggi testoteronenya, maka lebih jantan. Jadi awek2 akan dapat sperm jantan dan mendapat anak2 jantan/perempuan yg perkasa juga.

5. Akan tetapi apabila awek2 yang sama ini juga, di stage tak subur, diaorang akan prefer lelaki yang jambu pula. Kerana evolusi telah mengajar wanita2 ini bahawa lelaki yang macho adalh haprak di dalm menolong mereka menjaga anak, kemas rumah, dsb. Jadi selepas menerima "spem jantan" drp lelaki yg macho, awek2 kini mencari lelaki yg lebih feminin untuk menolong mereka menjaga anak, rumah, awek itu dsb, untuk long-term relationship.

6. Jadi, wanita hanyalah minat untuk romen lelaki2 macho seperti aku, tetapi tak minat untuk kahwin pon. Orang2 macho seperti aku di layan seperti lembu susu. Di perah spermnya, kemudian di buang sepah2 gitu. Errrr...... I have no problem. Perahlah aku selalu.
_____________________
Implikasi dan Applikasi

1. Oleh itu menjawap soalan Anonymous yg di label MOTHERFUCKER di atas tadi. Bro! Mula2 kau kene tanya awek tu dia berdarah sebulan berapa hari? Taim dia bersih boleh sembahyang plak berapa hari? Pastu kau tilik muka engkau. Adakah muka engkau macho ke jambu?

Link
Dulu masa aku belajr dulu, aku puas dok pikir "Buat menatang apa lah aku belajar bendalah ni. Bukannya aku nak pakai pad". Sekarang baru aku tahu betapa berharganya ilmu ini.

2. Pastu Bro, kau kene pandai2 bajet lah. On average awek ovulasi/bertelur 14 hari selepas first day of period, in a 28 day cycle. Jadi sekiranya kau macho macam aku, taim dalam 7 hari slepas dia start haid sampailah hari ke 14 adalh taim paling ngam untuk kau ayat dia. Masuk hari ke 15, kau kene stop! No! No! No!

3. Tapi sekiranya kau berwajah jambu, kau line clear panjang skit. Dari hari 15 sampai 28 dan kemudian 1 sampai 7.

4. Itulah puncanya kenapa orang2 yang macho seperti aku susah nak tekel awek. Kami dapat seminggu je. Tapi orang2 yg muka jambu dapat 3 minggu. Babi la mat2 jambu ni!

5. So jadi bro, kau buat2lah tanya awek tu, "Ehh, U boleh sembahyang tak arini? I ada Al-Quran nak bagik U ni?". Kalau dia kata tekleh, kau tanyalah secara selamba, "berapa hari dah?". Pastu kau bilanglah dia sedang hari keberapa tu. Pastu bila sampai taim, kau cakap lah I love you. Konfem melekat bro. Wa gerenti.

6. WARNING: Awas! Sesetengah awek mempunyai PMS (pre-menstrual syndrome). Jiwa mereka kacau beberapa hari sebelum datang haid. Haaaa!! Untuk awek2 yang mempunyai PMS, kau janganlah mengatal kacau masa tu. Kalau kau kacau, alamat di panggil MOTHERFUCKER lah engkau.

7. Pada pendapat aku, itulah yang terjadi kat engkau wahai anonymous yang malang. Kau jolok betina yang tengah tak stabil. Padan muka engkau!

8. Jadi selamat mencuba kepada semua dan marilah kita bersama2 merahsiakan ilmu ini rpd mana2 awek sebab kalau diorang tahu, pasni dioarang tanak beritahu kita dah taim period diaorang! Kang kita juga yg susah.

Sekian, mekasey, wassalam.
P/s: intro lemah. Sori! Nanti aku edit supaya kemas skit!

Selasa, 05 April 2011

Lawatan Pengetua MRSM Jasin ke Swinging Bowl

Salam,

...Lama gila aku delay tulis bende ni. The meeting with Datuk A Kadir Jasin happened a few days before the sex tape emerged. Unfortunately.

1. Pehhh! Kecoh jap nama aku masuk blog Datuk A Kadir Jasin. Gilos. And the words are too kind. Pengsan bapak aku kalau dia baca kot (Papa kelik sini The Scribe)

2. So hape citer nyer ni kan? Camner A Kadir Jasin boleh menabalkan aku menjadi lelaki Melayu Terakhir ni?

3. Well, that pagi, tetiba aku mendapat SMS drp Sayuti mintak buat perjumpaan ngan Datuk di kedai aku. Biasanya aku just brush-off je Datuk2 yg datang kedai ni. Tapi ni Datuk bukan sebarang Datuk. Ni Mak datuk punya Datuk! A Kadir Jasin bro..... A Kadir Jasin wa cakap lu!

4. Untuk yg bengap (majoriti ngkorang semua), tidak, dia bukan bekas pengetua MRSM Jasin. Dia juga bukan ADUN Jasin. Dan Jason Bourne tu bukan anak dia.

5. A Kadir Jasin ni adalah a living legend. Satu level ngan Mahathir, Nuar Berahim dan Daim. Legenda dia tercipta sewaktu krisis 1998 between Dr M dan Nuar. Di waktu itu dia adalh "Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd". So dia in-charge jaga semua paper di bawah NSTP group seperti NSTP, Berita Harian, Metro, Malay Mail.
Apakah tugas Editor? Kau ingat tak mamat ni dari citer Spiderman? Gitulah. Misai tu trademark wajib.

6. Cuba kau imagine jadi boss yg bertanggungjawap terhadap setiap patah perkataan yg masuk those mainstream papers masa time krisis Anuar dulu? On top of that, dia adalh kawan baik Anuar Ibrahim (meaning he was an Anuar supporter) for 15 years at that time. Imagine publishing something that will stab your friend/ex-boss in their heart? Imagine all the pressure from Dr M? Imagine the intense public hatred toward biased main-stream media reporting at that time? Thats not a job for a common man. This man definately got balls of steel.

7. But steel balls are heavy. So he quits in 2000 and become "Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd". Tak lama pass tuh dia ventured into blogs. Blog dia, The Scribe merupakan antara top blog di Malaysia yang membicarakan ttg soal politik, ekonomi, social etc. In short, heavy-stuff blog. Not softcore porn stuff macam Hanis Zalikha or Red Mummy atau hardcore porn macam Swinging Bowl.

8. So that evening he came and had a informal talk with a few of us, individu2 hensem yg prihatin dari Adelaide ini. It was at times sleepy, then insightful and at the very end, explosive! He was very very frank in almost all matters, but guarded in a few controversial ones. Hence he shrewdly said the confidentiality clause before he parted.
"Please don't quote me on anything that may cause controversy".

9. So unfortunately I can only tell you here things that are NOT controversial at all. Such as when I asked him straight to his face,
" Datuk. Is Anuar Ibrahim a homosexual?"

10.Well, iIf there is any person on this universe apart from DrM, that knows the real answer, it will be him. He was/is number one reporter in Malaysia, commanding thousands of info-hungry journalist that reported to him any newsworthy facts (or fiction). Plus he was in Anwar's inner circle. He should knew everything. He should've seen something. If Anwar never hit on him, he should've felt hurt? Apa kurangnya daku....

11. Well, Datuk just burst into laughter bila dengar soalan pandai aku. He said,
"Well Azam. Even if you sell this shop and give all that money to me, I will not give you the answer."

12. Then he pointed my mistake, that Anwar was questioned about his "bisexuality", not just homosexuality. Oppss..Maaf datuk! Otak saya otak suci murni mana biasa dengan istilah2 seks ginih.

13. Then he said, " But it is well known to everybody that Anwar surrounds himself with beautiful people".
Aku trus tanya " Beautiful people? Male or female?"
Datuk tengok muka aku macam cikgu bahasa Ingeris yg nak melempang anak murid dia, "Beautiful People! That means male and female"

14. Maka sepantas kilat lah Saudara FakirFikir mencelah.....
"Jadi Datuk, kalau gitu, orang2 hensem cam saudara Azam ni boleh lah join skali kerje ngan Anwar?"
sambil tunjuk kat aku. Cilaker.!!!!

15. Datuk gelak and said
"Boleh! Boleh! But......I think he is too....err... too macho for Anwar" sambil dia mengembangkan dada dia macam org macho.

16. Take that people! Quote this on your paper! Bukan aku yang cakap. But the no 1 journalist in Malaysia cakap! Your Headline ......

"AZAM IS TOO MACHO...."

Machoman, A Kadir Jasin dan blogger pencen yg jeles sebab aku lagi hensem .... FakirFikir

Sekian, mekasey, wassalam.

Kamis, 25 November 2010

Delusional with Grandiose Psychosis


Salam,
....sebahagian drpd siri aku hensem

1. Aku tahu aku ni hot! Aku ni bukan setakat ada Alpha Male personality je. Rupa dan badan aku pon macam Alpha male.

2. Pernah sekali 3 tahun lepas masa aku kerja kilang ayam, aku lalu depan a group of akak2 kaki ngumpat yg sedang mengusha pekerja2 laki kat situ. Aku masa tu baru lepas shift angkat ayam gergasi selama dua jam straight. Jadi abis muscle2 tengah kembang taim tuh. Dah lah tuh, baju pulak basah sebab kene air ayam.

3. Ntah camner aku lah yg jalan paling last dalam geng2 aku arituh. Aku nampak lah akak2 ngumpat tu dok mencuci mata usha kawan2 aku yg jalan jauh kat depan tuh. Sekali bila aku lalu depan diaorg, salah seorang daripada diorg tercakap kuat giler
"NOW THATS A REAL MAN!"

4. Terkejut beruk aku, Trus aku toleh kat diorang. Diorang pon dok ter-giggle2 tutup muka, try caber kemaluan besar!

5. Cam sial! Aku terasa macam di telanjangi jer. Terasa tercabul hak asasi kemanusian aku ..... tapi best pon ada gak la!

6. Mana taknya. Kawan2 satu shift ngan aku tu adalah mat2 nigger besar tinggi bapak, Ozzy, Chilean, Filipino Heavyweight boxer, Cambodian dan Melayu. Kiranya, pada hari tu aku telah menang anugerah MrUniverse lah gitu lebih kurang.

7. Pastu kira2 setahun yang lepas, aku tengah shopping barang2 kedai di Thuan Phatt/kedai Vietnam. Masa tu aku pakai baju "gay" ketat aku. (Alah! Badan lelaki bukanya aurat pon). Tengah aku dok depan fridge, nak pilih air apa aku nak beli arituh, aku dengar kuat giler dari belakang aku.....
"WOW !!! .....MIRACLE BODY!!"

8. Hadoi la! Not again! Aku pon toleh ke belakang aku perlahan2, dengan muka penuh kontrol, sambil tersenyum. Amoi Vietnam cun dalam mid 20s wa cakap lu. Tetek dia pergh.... lebih kurang 34C kot. Aku agak2 ni mesti bini orang nih! Bini orang yg errr... tak cukup makan!

9. Selaku muslim sejati, aku pon pelan2 belah dari situ dan pergi section lain. Aku terbang, bukan jalan taim tuh. Aku gelak gila babeng dalam hati aku. Apala nyer amoi. Nak puji pon agak2 la kan. Cakap la "tuff body" ke, "nice body" ke. Ni "miracle body"! Mak datuk aihh! Dah macam berbodi mukjizat lah pulak!

10. Tapi aku perasan awek tu tak pulak stalking aku pastuh. Hmm....mungkin dia termalu kot? So sebagai seorang Alpha, aku pulak stalking dia. Aku tengok dia dok depan fridge tu lagi dan dok baca ingredient satu air nih dari tadi. Apekejadah? Whuteva~!!

11. Then aku terpikir! What if ..... hmmmm. So, bila awek tu chow je dari fridge tu, aku trus pergi ke situ. Pastu aku carik air apa yang amoi tadi dok belek. Kemudian baru aku terperasan .....


12. Kelepek! Kelepek! Kelepek! Aku tepuk dahi aku!
Babi betol! Aku baru nak geybang. Cuba kau bayangkan kalau masa awek tu cakap "Body Miracle", pastu aku jawap "Yes, Tenkiu" ke or "Don't say that!" ke or "Do you want to touch it?" ke or "Your tetek is miraculous to", tak ke haru!. Bapak, berkemaluan besar satu abad lah aku pastuh!


13. Pastuh semalam, aku baru beli weight set daripada Abe Taff aka Pok Keng. Aku beli sebab terpaksa. Aku bukannya suka workout pon. Tapi sejak aku kerja ni, aku perasan bodi aku telah meng-tuff secara tidak sekata. Lengan, biceps, triceps dan deltoid aku okay, tapi pectoralis/tetek aku tidak. Jadi terpaksalah aku workout my "tetek", and that needs equipment.

14. So, bila bini aku nampak je dia trus pot pet.....
Bini: " Haihhhh~! Tak bersyukur lagi ke dengan bodi yang ada skang ni?" ...biasala tu. Ayat jeles! Takut ada awek-awek muda berkenan kat aku la tu. Too late!
Aku: " Alah! Aku nak bagik tetek aku besar je. Engkau pon kalau ada exercise untuk membesarkan tetek kau tu, mesti kau pon buat kan kan kan?"
Bini: "ALLAHUAKBARRR!"
Aku: "Wa Lillah Ilham!"

15. Itu lah namanya "Delusional with Grandiose Psychosis".
Atau dalam bahasa melayu nya........... eksyen, perasan
Or istilah rempitnya ..... POYO.

Sekian, mekasey, wassalam.

Minggu, 17 Oktober 2010

SWINGING BOWL THE SERIES; "SIRI AKU HENSEM"

Salam,
_________________________________

INTRODUCTION KEPADA SWINGING BOWL THE SERIES

1. Aku awsome. Blog aku pon awsome.

2. So untuk senang buat rujukan biler Hollywood kontek aku bila diaorg nak buat filem pasal blog aku yg awsome ini, maka aku akan himpun tulisan2 aku mengikut tema2 yg berkaitan.

3. Jadi taim tuh, aku dah tak pechah2 kepala dah. Boleh lah aku konsentrate 100% dlm casting awek2 US, cun, blonde dan tetek besar sebagai heroin citer aku. Sudah tentu akulah heronya! Awsome!

4. Off course dalam citer aku, WAJIB ader NUDITY! Brapa banyak perkataan "Zakar", "Tetek" dan "Romen" ader dalam blog aku pon aku tak terkira !!!

5. So, this is the first of my series. Just kelik on the blue title to get to the entry. Kata citer blue!

6. As aku tambah entries, aku akan apdet this POST dan tambah link baru di BAWAH sekali di dalm senarai ini.. Aku akan letak permanent link kat seblah tepi kanan tuh.

7. Akan ader entries yg akan overlap masuk 2-3 series.

8. Interesting to note, bahawa penulisan aku semakin hari semakin kencang. Entries yg awal2 tu agak longgar flow dia. Tapi yang baru2 lebih mantap dan jitu hujjahnya.

9. Sebab tu bagi aku, menulis blog ini adalah umpama beromen. Lagi lama or season, lagi mantap dan jitu permainannya.

10. Selamat membaca.

____________________________________
INTRO KEPADA "SIRI AKU HENSEM"

1. Coke merupakan satu product yg sangat awsome. Tapi tanpa iklan yg gempak, Coke mungkin takkan se-famous skang.

2. Aku pula adalah sangat hansem. Engkorang juga setuju yang aku ni sangat hensem.

3. Akan tetapi berapa banyakah manusia2 secara am-nya, dan awek2 secara khususnya dan awek2 hot/blonde/tetek besar untuk kasi lagi spesifik, .... yang belum "mengetahui" tentang ke-hensem-man aku.

4. Adakah aku sangup mereka itu terus hidup di dalm kejahilan? Kesian mereka. Betapa hambarnya hidup mereka. Di manakah hak asasi kemanusian mereka?

5. Jadi blog ini tertinta, hanyalah dengan satu tujuan. SEGALA2 yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk meng-educate anda semua tentang kehenseman aku dari pelbagai aspek. Ini adalh iklan untuk aku!

6. Dari rupa paras ku yang tampan, keperibadian ku yang macho hinggalah kepada intelektual ku yg mantap.
Tuan Doktor

7. Tapi untuk memudahkan engkorang, aku akan hanya list-kan blog2 entries yang menyentuh tentang kehenseman aku secara DIRECT sahaja.

8. Jadi, belajarlah dengan tekun.




______________________________________
SIRI AKU HENSEM
In chronological order, from top to bottom

1: Tiga Dalil Mengapa Aku Semestinya Hensem (Entry yg Legend Giler!!)
2: Orang Hensem Masuk TV Jgn Jeles
3: Lelaki Terkacak Di Dunia
4: My Life as a part-time pornstar
5: Aku Bukan Boroi. Itu Six Pack Aku ler
7: Bila Bulu2Mu Sudah Beruban (EPIC!!)
8: Mengapa Aku Tak Nak Jadi Artis
9: Wai Mai Kar is "Small, Messy and Dirty" ??? (power)
10: Wajarkah Aku Mengsidekick Tetek Makcik2 Apabila Diaorang Mengorat Aku? (Poyo siyal!)
11: Bukannya Aku Tidak Ingin Untuk Senyum Kembali Kepadamu Sayang..........
12: Tolonglah Jangan Jatuh Cinta Padaku (Macam Haram!Historical)
13: Besar Sangatkah Zakarku?
14: Tiga Gadis Tapi Aku Masih Belum Puas
15: Aku Dah Letih Mempoyo
16: Semakin Hari Semakin Muda
17: Salah Siapa?
18: Sapa lah Yang Cilok Spender2 Aku
19: The Janggut Experiment
20: Kenape Semua Org Lari Bila Aku nak Cium Pipi Diorang (Fuss)
21: Malaysian Missing In Adelaide
22: Kenapa Orang Kata Aku ni Macam Giovanni Van Bronckhorst (Muahhahaha!)
23: Apsal Aku ni Gatal Sangat
24: Pujangga Mengatakan...(Sastera tertinggi!)
25: Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah (Epic Giler!)
26: Love Me Tender...
27: I Am ALPHAA !!!!
28: Delusional With Grandiose Psychosis


Sekian, mekasey, wassalam

Kamis, 30 September 2010

Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah...

Salam,

1. Aritu ada sorang budak tu bersemangat tanya aku.
"Bro! Apa rahsia kau bole menten "gini"?"

2. Aku mula2 nak goreng la apa2. Pakai susuk ke, bela hantu raya ke, botox, jamu, urutan batin bla2. Tapi sebab dia macam semangat giler, aku jadi kesian. Aku pikir jap seminit je, aku dah tau naper aku "gini".

3. Rahsia aku ada DUA je. Pertama Genetik. Kedua Environment. Dan kedua2nya ini adalh ketentuan takdir Allah ke atas aku. Aku tak mintak. Aku tak berusaha. Tetiba Allah bagi gedebuk aku jadi "gini".

4. So nat wat camner? Korang cubalah camner pon. Korang TAKAN boleh jadi macam aku "gini". Korang TAKAN boleh menten hensem, macho, taff, superstar bola, chick magnet, membangkitkan kek dan selera wanita seperti aku walaupun aku dah baya pakcik2 engkorang.

5. I am a freak of nature. Mcam Angelina Jolie, Jared Leto etc. Kadang2 aku pon jadi malu. Sebab dah berjuta kali orang tegur aku sebab diorang masih kenal aku yg tak berubah sangat ni, tapi aku tak ingat pon sape makhluk Allah tu sebab diaorg dah tua, botak, boroi, beruban, montel dan bertetek labuh.
_____________________________________
Gambar by AliphAnwar TempePhoto Inc.

6. Mari kita cerita tentang ENVIRONMENT aku dulu.

7. Aku memang "naturally tough"! Kat bodi aku, hanya satu je muscle yang aku kene workout sikit. Zakar. Eh silap....6 pek aku. Itu pon aku buat 50 sit-up after mainbola lebih kurang 3 kali seminggu. Lain2 muscle aku datangnya secara "natural" dari kerja dan sukan aku. Aku tak pernah work-out ke pegi gym gitu. Too gay!

8. Kecik2 dulu aku naik beskal ari2 ke sekolah. Ari2 main bola. Pastu tiap minggu aku gi TaeKwonDo. Every weekend aku kene tolong bapak aku berkebun. Angkat baja, mengcangkul, tanam pokok, siram pokok etc. Dari sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah.

9. Mula2 aku maki2 gak dlm hati. Letih la. Patah tulang aku. Child abuse lah etc. Sekali bila aku akil baligh, aku baru perasan bila usha cermin. Fuck me! Aku jadi taff sial! Pastu no more komplen bila kene berkebun! Lagi rajin ada la!

10. So bla bla bla, aku menten main bola sampai skang. Pastu aku keje kat Adeled ni plak kerja2 fizikal. Cleaner la, angkat photostat machine la, kilang ayam la etc dan sekarang ni kat Swinging Bowl.

11. So tak heran la aku bole menten 6 pek sejak azali sampai skang. Cuma kebesaran 6 pek tu turun naik lah kan mengikut peredaran zaman. Macam zakar la. Ada kalanya besar. Ada kalanya sangat besar. Gitulah lebih kurang.
_________________________________

12. GENETIK pulak.

13. Although mak pak korang bagik 23 chromosomes sorang masa meiosis tuh, tapi gabungan choromosomes tu berlainan untuk setiap anak (kecuali identical twin). So itu pasal adik beradik boleh nampak lain. Ada yang lebih cun. Ada yang lebih slim. Ada yang lebih pandai. Ada yg berkopek besar. Ini semua anugerah Allah. Redha sajalah.

14. Tapi sebab mak pak aku dua2nya bergenetik awsome, kitaorang 5 orang adik beradik semuanya lebih kurang je pesen nya. Cuma ada yg lebih gergasi drp yg lain je. Damn U!

15. Tapi genetik ini bukan macam environment. Kita tak boleh ubah. Contonynya. Kalau kau bermetabolism rendah, makan biskut marie sekeping pon boleh naik sepuluh kilo. Tapi, kau tak boleh nak re-set metabolism kau tu dah. Kau hanya boleh ubah environment kau je. So jgnlah makan biskut marie banayk2 kalau kau tau kau boleh jadi debab!

16. So dalam kes aku skang ni, aku memanglah bergenetik awesome dari segi metabolism, muscle, kegeniusan, kehenseman, awet muda etc. Tapi genetik aku sebelah mak aku ada masalah sikit.

17. Geng2 sebelah mak aku mmg la kerja cepat, organize, taff , sehat dan umur panjang sampai 90han gitu kot. Akan tetapi the last 20 years of their life, hidup diorang blur. Diorang nyanyok! Dementia istilah mediknya

18. Aku sempat jumpa kedua2 moyang laki dan pompuan aku sebab umur diorang panjang. So aku dah tengok the deterioration into the darkness tu. Moyang aku dulu fit. Pergi masjid naik beskal. Kerja organize dan cepat. Sembahyang pon kilat. Kejap je abis. Kalau jadi makmum siap boleh berpeluh aku nak hambat!

19. Cakap cepat. Dzikir plak mcam ribut. Kalau "Allahuakbar" tu, kau sempat tangkap dia sebut " bar, bar bar, bar" je. Kalau "Lailahaillallah", kau dengar " loh loh loh loh loh loh". Kalu Subhanallah pon kau dengar sama je " loh loh loh loh loh loh". Kitaorag adik beradik dulu dok duat lawak gaban je pasal dzikir moyang aku tu.

20. Tapi bila sekarang ni aku pon dah perasan aku dah macam moyang aku. Aku cakap cepat. Aku semayang pon cam kilat. Bulan posa aitu aku selalu sampai masjid lambat utk berterawih sebab aku kene keje. So biasanya aku akan sampai kat Adelaide mosque ngam2 pada solat terawih terakhir .

21. So bila aku abis semayang isyak je, org lain baru nak solat witir. So aku pulun lah semayang terawih sebanyak 8 rakaat dan witir 3 rakaat sengsorang. Dan aku abis sama je taim ngan org lain!! So org lain berwitir 3 rakaat. Aku boleh semayang 11 rakaat during that time! BUT. Korang kene tau. Imam tu baca slow giler. Pastuh dia nyer doa masa witir tu, perghh...mengoncang patela! Aku baca cam biasa je taim semayang tu. Cuma tak baca surah lah kan. Gerak geri pon cam biasa. Ada tomakninah!

Pemandangan biasa di Swinging Bowl. Seorang hensem di depan fridge.
Masa kat depan dapur tadi aku ingat aku nak apa. Tapi 3 saat pastuh bila aku nak ambik barang kat dalam fridge, aku dah lupa dah ape yg aku nak ambik tadi!!


22. Anyway. Aku now, at the age of 36, dah banyak dah sign2 yg aku dah mula nyanyok! Aku tak boleh ingat nombor or date walaupun kau baru je sebut kat aku 1 saat yg lepas! Sebab tu aku selalu lupa berapa JUMLAH bini aku!

23. Ni lah juga antara titik nokhtah usaha aku untuk buat medik sebenarnya. Aku sedar aku tak boleh memorize anymore. Paling effek, bila patient bagik history, aku tak boleh re-call sepenuhnya. Banyak miss. Aku tau ni bahaya gila! Aku tau aku tak boleh jadi doktor.

24. No plate keta aku pon aku tak ingat! Pin no aku semuanya sama. Login dan password pon! But, walaupun aku tak ingat facts, tapi aku ingat the process to get the facts back! Macam aku tak ingat nama jalan, tapi aku ingat the process/the path to get there.

25. So, based on my early onset of dementia, aku project aku ada lagi lebih kurang 20 tahun je sebelum memori aku deleted completely! Crashed! Formatted! And there's nothing that I can do to stop it!
ARGHHH!! Bosan lah aku nak ingat pekebende yg aku nak ambik tadi. Baik aku buat sit-up sambil berdiri. Hiyah! SATU..Hiyah! DUA..Hiyahh! TIGA..Hiyahhh! Err..brapa tadi..DOBLAS..Hiyahhhh PATPULOH...

26. So kepada awek2 yg berminat, di jemput kawin ngan aku lagi 20 tahun. Kau boleh mintak duit ngan aku tiap seminit, sebab aku dah lupa aku dah bagik kat kau ke belum. Tapi WARNING!! Aku akan mintak beromen ngan ngkau setiap seminit jugak sebab aku dah lupa walaupun kita baru je lepas beromen buat kali ke 27 dlm masa sehari tadi.

27. So sekiranya kita panjang umur. Engkorang datang balik untuk antar anak2 engkorang datang study di Adelaide lagi 20 tahun, engkorang jgn lah kecik hati kalau bila kau jumpa aku, aku dah lupa dah sapa ngkau tu.

28. Dan sekiranya taim tu, kau terjumpa aku dok berlegar2 kehulu-kehilir Rundle Mall dengan tidak berbaju menayangkan pectoralis major yg kukuh, 6 pek yg terukir indah, muka yg menten hensem, rambut yg putih tapi masih "pacak" sambil mulut aku terkumat kamit menyebut
"....Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah..."
, kau janganlah buat2 tak kenal.
Buat2 tak paham.

29. Aku tengah lupa camer nak balik ke kedai sebenarnya. Lorong celah mana satu lah aku nak masuk.

Pimpinlah aku di masa itu ke kedai balik boleh dak....?


30. Dan siapakah Milah?
Tidak.
Kau takkan jumpa Milah di kedai aku di waktu itu.
Kau juga takan jumpa Milah di rumah aku di waktu itu.
Kau juga takan jumpa Milah di dalm bilik air sedang bermandi junub setelah beromen buat kali ke 28 pada hari tu.
Kerana Milah tu bukan orang.
Milah itu hanyalah sebutan dzikir aku.
Sebagaimana sebutan dzikir arwah moyang aku.

Alhamdullilah... Alhamdullilah.. Alhamdullilah... Alhamdullilah.. Alhamdullilah... Alhamdullilah.

Itulah Millah.

Al-fatihah utk arwah moyang, atuk, nenek kita semua.

Sekian, mekasih, wassalam.

Kamis, 04 Maret 2010

TOLONGLAH JGN JATUH CINTA PADA KU !!!

Salam,

- Sabtu nih ada program "Seminar Langkah Bermula"(SLB) utk budak2 junior yg baru turun kapal!
- So aku di offer utk letak phamplet sorang satu dalm folder budak2 junior tuh utk promote kedai aku konon!
- Tapi phamplet bosan siyal !!! So, mulalah aku merapu......

SPOILER ALERT!!!
- Kepada sesapa yg nak pergi SLB utk mengusha junior, Stop! Jgn teruskan bacaan. Kang spoil the surprise.
-Kepada budak2 junior yg tersasau masuk blog nih, tak saspen dah lah.

-Tapi semuanya ini bergantung kpd budibicara pihak penganjur. Kalau diaorg decide utk sensor "warkah" aku ni, aku nak wat canner kan?

So here it is, my uncensored draft.............

TOLONGLAH JGN JATUH CINTA PADA KU !!!

Assalamualaikum dan Salam SHAPOW !!!

1.Selamat dtg ke Adeled dan selamat tidur sewaktu mengikuti seminar langkah bermula ni. Jgn lupa baca doa tido!

2. Sebagaimana langkah2 korang bermula sebagai seorang pelajar obersea yg bakal mengharumkan nama Negara, begitulah juga langkah2 aku bermula dlm usaha aku utk mencari bini no4, no3 dan no2 dari kalangan awek2 junior.

3. Jadi, maafkan daku kerana terpaksa menaikkan harga aritu bila korang baru2 sampai. Tindakan tersebut terpaksa aku laksanakan apabila aku mendengar perkhabaran buruk dari Malaysia bahawasanya P.A.M.P (Persatuan Aktivis MakAndam Pondan) , telah menaikkan harga Beb ! Inflation la, Global economic breakdown lah konon! Blah la lu!

4. Maka, memandangkan aku dah bajet nak kawin lagi 3 by the end of this year, maka terpaksalah aku mencekik dari engkorang semua. TAHNIAH!

5. Akan tetapi, memandangkan aku ni seorang yg hensem, macho, kacak, bajet muda dan ...ermm hensem, maka aku dgn hati yg suci murni sudi memberikan diskaun.

6. Golongan2 yg berhak menerima diskaun di SB ialah awek cun, awek hawt, awek cun dan hawt, bapak awek cun/hawt (Hai Daddy!), mak awek cun/hawt (Hi Mommy!), nenek awek cun/hawt ( ...ni dah melampau nih!), dan ........student.

7. Harga yg telah di umumkan arituh oleh Penyimpan Motor Besar King of HandsomeMan of Adeled, mmg la skali pandang cam murah. Utk student, Nasi $2, telur $2, sayur $2, ayam $2.50, lamb $3, daging $3.50, sotong $3 bla bla bla. Tapi bila kau nak bayar, ..kira2...

MAHAL BAPAK HENGKAU!


8. So berhati2lah masa pilih lauk. Kalau trasa lauk sikit or kecik, sound je lah. Kalau kau bajet2 macam aku tgh “good mood”, kau sound je straight kat aku. HINT: aku mood terbaek ialah masa aku tgh pegang pisau besar Gaban dok potong ayam. Hatiku juga sentiasa girang sewaktu aku mengasah pisau. Kecengg...keceng...zraawpppp!!

9. Satu lagik, aku dengan penuh tangisan teresak2 nih uwaaaaaaaaaa...isyk..isyk.., ingin mengumumkan effektif next week, dari pukul 630pm ke 7pm (=setengah jam seblum taim tutup), aku bagik offer exclusive kat engkorang budak2 Malaysia. Kau bayar AUD30, Kau bole belasah ape2 kau nak dari lauk2 dan nasi “lebih” kat kedai aku. Drp aku baling masuk tong sampah, baik korang jadi tong sampah aku. Tapi kalau sold out, tu kira takde rezeki korang la kan.

Eh! Aku tulis 30 Dollar ke....Halamek! Tersyasul!

I mean AUD3.00 !!! TIGA DOLLAH!!!

10. Jadi, jgn segan2 la plak nanti. Bukanya aku nak amik gambar engkorang pastuh masukkan dlm fesbuk bagitau semuaorg......” Hah! Ni lah kaki makan diskaun!” . Muahahhahah!!! Hmm...good idea gak tuh! .......Lawak je bro! Tau Cuakk!

11. Tapi, frankly speaking, bagik aku kalau kau datang gak makan kat kedai aku, kau telah buat DUA kesalahan bangang !

12. Kesalahan bangang yg PERTAMA ialah, naper la kau nak makan kat kedai aku? Kau dok obersea bro/sis !!! Takkan la kau nak makan sambal belacan, gulai masak lemak or ayam masak merah gak? Pegi lah blasah pizza ke, kebab ke, sushi ke, berger ke, Nandos ke gitu. Baru jadi mcam Mat Salleh. Baru boleh carik Minah Salleh ozzy, cun, blonde, hawt...........yg boleh di dakwahkan utk masuk Islam!......sebelum di paskan kpd aku utk menjadi bini no 2, 3 or 4.

Wooo!!!..Aku tau ramai yg akan kata, Ehh naper pas kat lu plak? Wei, Ingat! Korang budak2 scholarship/sponsorship mane bole kawin! Kang marah brader MSD yg dok kat depan tuh!

13. Kesalahan bangang yg KEDUA plak ialah kesalahan kau yg memilih utk datang ke Adeled.....Opps!! Terlepas cakap! Muahahhaha!

14. Jadi engkorang budak2 yg baru sampai,

Tolonglah JANGAN DATANG MAKAN kat kedai aku! Syuhhh!

Tolonglah JANGAN BAGIK SHAPOW KAYA SANGAT!! Sebab aku jeles! Kang kalau Ringgo dan Nazerul (0423355596) kaya nanti, dia dah tak nak jadi macha aku dah! Dapatkan barangan terpakai yg berkualiti......erm “boleh pakai” dari SHAPOW ......kalau kau saje nak bagik aku sakit ati!

Tolonglah JANGAN BACA BLOG AKU, http://swingingbowlsatay.blogspot.com/ kerana idea2 songsang aku boleh merosakkan minda2 assertif di kalangan generasi yg progresif yg aku pon tak tau aku cakap ni apa motif. Ulang Tayang! JANGAN BACA!

Tolonglah JANGAN REPEAT YEAR di Adeled ni hanya semata2 kerana ingin menatap wajah hensem ku setahun extra lagi. Blajar sungguh2, dapatkan markah yg cun melecun dan carik kerje yg mantap. Baru best aku nak buat bini nanti sebab aku boleh cilok duit gaji kau skali!......and lastly.....

Tolonglah JANGAN JATUH CINTA PADA KU kerana di sebalik wajahku yg hensem, macho, kacak dan hensem ini, aku sebenarnya.... terer main bola, memandu kereta, memaku papan, melintas jalanraya dan mandi. Eh! Semua positif ni! Silap-silap! JATUHLAH CINTA PADAKU!!! Aku tak kisah sikit habuk pon. Tapi bini aku “mungkin” emo .......rasa-rasanya.........kot!

Entahlah! Tak paham aku org pompuan nih! Sebab tu agama menyarankan kawin empat. Supaya org lelaki lebih byk practice menyelami minda dan psaikologi org pompuan nih! Four is better than one!

15. Sekian kemerepekan aku di sini. Have fun di Seminar Langkah Bermula ni !!! Aku tau mmg seminar ni sungguh bermanafaat dan menyeronokkan sebab tulah waktu kau dok baca bende nih, aku dok syok tidur atas katil. Engkorang plak dok bantai tidur atas kusi je. Lozersss!!

Sekian, Mekacih, Wassalam.

Encik/Tuan/Brader/Bro/PakCik/Uncle/Sayang...........MangkukHayun.

--------------------------------------------

TheEnd

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger