Kamis, 04 Februari 2010

Adakah Balak Boleh di Tebang?

Salam,

1. Pembalakan adalah salah satu sumber utama ekonomi negara. Bagi negeri2 seperti Sabah ataupun Pahang contohnya, sektor pembalakan merupakan penyumbang yg besar kepada khazanah negeri tersebut.

2. Secara mudahnya, jawapan kepada persoalan,
"Adakah balak boleh di tebang?"
ialah
"tebang!!....jangan tak tebang!!"
Akan tetapi, beberapa kriteria perlulah di penuhi sebelum pembalakan tersebut boleh di laksanakan.

3. Pertama-tamanya, ingin aku tekankan, lakukan lah pembalakan yg sah di sisi undang2 negara. Pembalakan haram merupakan satu perbuatan yg keji di sisi undang2 dan paling penting di sisi Allah.

4. Oleh itu, sebelum pembalakan di mulakan, penebang balak mestilah memastikan "legal satus" balak tersebut. Ini bermaksud sekiranya balak tersebut berada di kawasan yg telah di gazettekan oleh kerajaan untuk pembalakan, maka pembalakan yg sah boleh di laksanakan.
kesan pembalakan haram di brazil
5. Akan tetapi, sekiranya balak tersebut berada di kawasan yang di lindungi seperti hutan simpan, kawasan tadahan hujan atau di dalam taman negara, maka balak tersebut HARAM di sentuh. So pi main jauh2. Pi carik kawasan lain la!

6. Untuk mengenalpasti balak yg manakah yg boleh di tebang, caranya mudah sahaja. Pegi la tanya sendiri tuan tanah tersebut (privately own ataupun kerajaan negeri own) tentang status sebenar balak yang terpacak di situ. Kalau malu, kau tanyelah orang2 sebelah tuan tanah tersebut atau di pejabat tanah.

7. Selepas settle bab undang2. Amatlah kritikal untuk syarikat pembalakan tersebut untuk mengenalpasti "hati" tuan tanah tersebut. Adakah mereka merelakan ataupun tak sabar2 mahukan pembalakan berlaku. Ataupun, adakah mereka inginkan masa untuk membuat keputusan? Adakah mereka ingin mempertimbangkan baik buruk balak lama vs anak balak baru yg akan di tanam di kawasan tersebut? Penting di sini, untuk aku tekankan. Sekiranya tuan tanah tidak redha , pembalakan hendaklah di batalkan untuk kesejahteraan semua pihak.

8. Selepas telah terbukti balak tersebut boleh di tebang dengan izin pemiliknya, syarikat pembalakan tersebut pula haruslah menilai sendiri the feasibility of the process. Adakah pembalakan itu akan mendatangkan musibah kpd diri sendiri, alam sekitar atau orang2 awam? Seperti risiko kemalangan di hempap pokok. Ataupun mampukan mereka finance the logging process. Pembalakan juga boleh merosakkan ekologi dan membunuh haiwan2 liar yang bergantung kepadanya. Risiko banjir kilat juga meningkat selepas pembalakan. Kualiti air di kawasan tadahan hujan juga akan merundum.

9. Langkah seterusnya pula, penebang balak juga mestilah menilai kekuatan balak tesebut vs kemampuan diri sendiri. Berapa lamakah balak tersebut bertahta di tanah itu? Berapa pemeluk-kah besar batang balak tersebut? Setinggi manakah balak tersebut berdiri? Sedalam manakan akar tunjang balak tersebut tertanam di tanah yang di rebut-rebutkan tersebut? Sekiranya syarikat pembalakan berpendapat bahwa mereka berkebolehan untuk menebang balak tersebut, maka teruskanlah.

10. Di dalam Logging Code of Practice itu juga, pembalak hendaklah diwajibkan untuk berupaya untuk menanam semula anak2 pokok balak yg akan menjadi kayu balak yg lagi berharga/sempurna dari balak yg asal. Barulah pembalakan itu berbaloi.

11. Akhirnya, selepas proses pembalakan tersebut telah selesai, janganlah di persia2kan balak yg telah tumbang tersebut. Kerana itu adalah satu penghinaan kpd mereka. Janganlah balak tersebut kau biarkan reput di tanah ataupun kau gunakan untuk membina kandang babi ataupun selaku dinding jamban. Jadikan lah dari balak yg terkorban tadi satu ukiran indah masterpiece. Tak pun gunakanlah balak tersebut utuk membina sebuah masjid. Semoga balak tersebut go in peace.
12. Kini anda telah menanam anak pokok balak anda di kawasan yang di idam2kan. Akan tetapi ingatlah! Selaku sebuah anak pokok, akar tunjangmu belum ampuh untuk menerima dugaan. Jadi, sekarang its your turn to be cuak!!!

13. Jadi pesananku kepada ke semua pokok2 balak di hutan belantara......

Pertamanya:. Cepat2 la tukar satus anda drpd kawasan konsesi/gazet pambalakan yg halal di "balaki", kepada status hutan simpan atau lagi best status Taman Negara yg dilindungi.
Keduanya: Andaikata anda belum belum mampu, bersabarlah dan terus berusaha.
Kerana akhirnya anda akan sampai kesitu .......inshyaAllah


....awek sampai dua tu siyall!!

sekian, mekasey, wassalam.

-ini adalh sebahagian drp post untuk siri My Valentine Suck Ass yg cuba menjawap Soalan2 tentang cinta yang ingin korang tanya, tapi segan la plak!"

Comments :

0 komentar to “Adakah Balak Boleh di Tebang?”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger