Tampilkan postingan dengan label raya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label raya. Tampilkan semua postingan

Selasa, 08 November 2011

Selamat Hari Raya

Salam,

Selamat Hari Raya Pepel.

Satu hari yang penuh dengan kesedihan bagi aku kerana mengenangkan nasib umat Islam yang tidak berkeupayaan untuk beraya dengan sempurna pada tahun ini dan kerana meniaga kat Eid Festival tak laku dan paling penting, buat pertama kalinya setelah sebulan lebih, aku tak boleh bermain Golf pada hari Sabtu dan Ahad.
Down......

Semoga everybody yang berkeupayaan dapat mengerjakan ibadat korban dan mengagihkan daging2 tersebut kepada orang yang paling layak , macam org2 miskin kat obersea. Kita kat Adelaide ni pon boleh je dapat, tapi kalau dah sampai korban dekat2 tiga puluh ekor tu, itu sudah kurang best.

Tolong jangan kasi daging kat aku. Aku vegetarian. Aku hanya makan pancake dan chocolate donut kat Villis je ari2 skang ni.

Maaf Zahir Batin.

Sekian, mekasey, wassalam.

Minggu, 25 September 2011

Bapa Tunggal Di Aidilfitri.....

Salam,

1. Jadi bapa tunggal sebentar aku tadi. Bini aku tanak gi open house Raya UMNO/MASCA. Dia letih, nak rest dok rumah je Ahad tu. Al-maklumlah, dia sudah berumur. Tapi aku dan Muhammad lapar gila dah kot sebab kitaorang swim dari pagi tadi. So aku nak tanak pergi lah jugak ngan Muhammad dan Husna jer.

2. Takkan aku nak gi sengsorang kan. Aku ni hensem giler kot. Nanti tak pepasal aku kene tekel rebah ngan aweks2 seantaro Adelaide, susahlah aku nak makan nasi nanti kat situ. Jadi anak2 aku ni kira macam body guard aku lah.

3. Tapi selaku seorang yang hensem juga, fitnah itu menjadi lumrah alam. Adela org2 yg pandang pelik dan mengata aku sengaja tanak bawak bini lah, mengadislah etc. Lantak kau lah. Aku datang, aku makan dan aku belah kan? Pasrah je lah!

4. Mana ade aku gi dok sebelah awek ataupun awek2 dok atas riba aku kan?

Errr.. sebelah ade awek, atas riba pon ade awek...Ehh!..Ni photoshop nih! Macam video Anwar Ibrahim tu. Chopp! Tengok tu, aku pandang tempat lain!(credit gambar: Mad Ridhwan)
_________
Museum

1. Sebab petang masih panjang, aku bawak lah bebudak ni gi SA Museum. Aku mmg Mat Museum. Kecik2 dulu aku selalu naik beskal hujung minggu pergi ke semua museum di bandar KB dgn geng2 nerd aku.

2. Besar2 ni pula, aku memang rajin pergi ke Museum....untuk dating.....dulu-dulu....kot! Ehm...ehem. Sejuk dan gelap...opss! Hahahaha.

3. Mula2 aku gi Modern Arts Museum (kot), ade Saatchi Gallery exhibition, kene bayar $20, tapi aku redah je. Tak sampai 10 minit kene halau! Kah kah kah! Mampos kau lah. Tah natang ape contemporary arty smarty bull-shit entah.

4. Pastu apalaga, aku gi tempat favourite Muhammad. Stuffed animal section kat Adelaide Museum. Mula2 aku ingat nak lepak jap, pastu belah sebab Husna tengah tidor. Sekali dia terjaga. Maka tour pon bermula........

Letih beraya. Bila dia terjaga, dia macam terkejut. Ni kat mana nih. Dia tanya "How do we get here papa?". Aku cakap " We took a ride on a magic carpet and jump with a parachute onto a black ass rhino that carry us here.". Husna, "Okay!"

Pastu Muhamamd terjerit2 kat aku " Papa, I found an animal that look just like you". Aku ingatkan ni konfem mesti lion sebab hensem cam aku. Sekali ..... "Indian Porcupine". Ciss kek!

I named this species, Spectacularis Testicularis!


Pastu kita orang lepak lama kat "Biodiversity" section. Ni section baru renovate nih. Last taim aku gi takde lagi.

Banyak bende2 fun untuk budak2 explore....tapi pehhh ....kalau bakar ikan tu pastu cicah budu best tuh.

Nerd heaven. Dan Muhammad adalah nerd. Anak sapa ntah!

Ade banyak "laci2" yang kau boleh tarik keluar untuk tengok specimen2 macam2. Kalaulah kau boleh simpan awek2 gini kan best. Bila nak usha, bawak keluar. Bila dia memekak nak gi shopping, simpan balik dlm laci.

Fluorescence scorpion under UV light. Tak pe Muhammad. Lama2 biceps jadi besar mcam Papa!

The extinct Tasmanian Tiger. Tiger hotak kau! Nampak cam anjing jer.

"Why its not moving? Why? Why Papa!!"

Husna jerit..." Papa! I cannot reach it! Its blocked by the glass!" Haii...gadis dan batu2 permata. Deadly combo.

Okay Abis. Jom balik! Papa nak usha gambar aweks2 beraya tadi kat fesbuk nih!


On the way balik, Muhammad plak yang pengsan!

Aku, " Do you have fun? How much do you love Papa?". Husna, "This much!". Pehh...cair aku.

Sekian, Mekasey, Wassalam.

Minggu, 14 November 2010

Korban

Salam,

1. Besok, Selasa adalah Hari Raya Korban. Aku tau Msia raya rabu. Why? Lantak mereka lah! We are Ozzies!! Cewaahhh!

2. So besok/selasa kedai bukak seperti biasa. Aku kapitalist. Buta perayaan.

3. MyPSA insyaAllah akan korban sakan tahun nih. 18 ekor kambing dan sekor lembu dengar2nya.

4. So, oleh kerana aku ni hensem, baik hati, macho dan hensem, maka aku nak tolong MyPSA distributekan daging2 tersebut.

5. Korban akan di buat di abattoir, dan di deliverkan kepada MyPSA pagi Jumaat. Jadi MyPSA akan distributekan daging2 tersebut pada petang Jumaat di rumah Dr Kamarul di
39, Duthie St, Ferryden Park.

6. Jadi, untuk memudahkan proses, di minta kepada sesapa yg nak daging korban ni, beritahu AKU. Beritahu kau nak ambik untuk berapa orang dan kalau tak de transport, bagi alamat kat aku.

7. Boleh tinggalkan that info kat komen kat bawah tu or lagi senang hantar message kat fesbuk aku, under nama,........err...alamak, tak nak bagitau! Kang ada awek2 stalking fesbuk aku pulak. Susah! Aku kan ramai peminat! Demm!

8. Letak kat komen kat bawah sudeh.

9. Okay, Selamat Hari Raya Aidil Adha everybody.

Sekian, mekasey, wassalam.

Selasa, 12 Oktober 2010

Love me Tender......


Salam,

1. AT LAST, .....3 hari lepas aku fon Malaysia untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!

2. Err..... technically, bini aku yg ambik fon aku dan tekan button dial. Dan errrrr ........ technically, aku tak mintak maap pon. Just tanya khabar je. Muahahhaahaha. Kira aci la tu.

3 Dah sah aku kene perli.
Mama Aku:" Ni Slamat Hari Raya apa ni?"
Gua: " Raya Posa Nam la mama!"
Mama: " Posa Nam apa? . Dah 10 October dah ni!"
Gua: " Ala Mama. Kami kat sini pakai takwim Aboriginal. Lambat skit!"
Mama: "Awok Nih! ....Soo.....jadi ke tak jadi ni?"
Gua: " Jadi apa? Ohhhhhhhh....yg tu ker......................."

4. Setakat itu je lah kitaorg borak pasal aku. Lepas tu kitaorang discuss pasal "Ohhhhhh". Bila mama aku passing fon tu kat papa aku pon, dia mana tanya psal aku pon. Dia straight tanya pasal "Ohhhhhh". Cakap sampai kesudah pasal "Ohhhhhhh"!

5. Dem! Kan aku dah cakap dulu (sini), diorg apekisah aku call ke tidak. Takdehalnyer lah!

6. So apakah "Ohhhhhhh" yg sangat penting, lagi penting dari aku tuh?

7. Well. Parents aku suruh aku offer tender kat Ostolia nih. Tender kepada gadis2 untuk jadi ADIK IPAR aku!

8. Adik bongsu aku (26, engineer). Bosan lah lu bro. Pegi la tekel awek sendiri !

8. At this moment, ini BUKAN open tender. Skang ni adalh stage tender tertutup. Direct nego(tiation) dulu kpd insan2 terpilih.

9. Itulah yang aku dan famili dok discuss panjang gila di dalam phone call yang terpanjang yg aku buat tahun ni kot. 5 minit siol! Selama 5 minit yg penuh pressure itu, bapak aku interrogate aku pasal calon2 tersebut. Aku pulak yg berpeluh! Dia bekas polis bro. Sapa tak cuak!

11. Selepas tu dia bagik green light to proceed.
"Hokay. Awok bagik phone nombor dia, pastu dioarg pandai2 lah tuh. 1 campur 1 jadi dua. Kita bagik sampai December. Awok bagik progress update along the way okay. Roger and Out!". Kelik! ...Tuuuut...Hangup.

12. Amboi! Ni bukannya operasi polis. Ni operasi hati. Mane boleh set time frame cepat gituh.

12. Anyway. Kalau jadi, Alhamdullilah. Setel. Kalau tak jadi, ...jeng...jeng...jeng...terpaksalah aku buat OPEN tender. Tender terbuka. Free for all to apply.

13. Aku tau dan aku sedar, ramai giler awek2 Ostolia ni yg berebut2 nak jadi adik ipar aku sebenarnya, kerana mereka melihat aku ini hensem dan macho, maka sudah tentunya adik aku juga sebegitu rupa.

Lelaki ke dua termacho di Jeli selepas Fahmi "Cho-mel" Hassan.

14. Maka aku pasti, ramai gadis2 yang hancur luluh hati mereka kerana tidak termasuk didalam golongan insan2 yg terpilih di dalam proses direct nego sekarang ini.

14. Tetapi janganlah anda bersedih. Ada hikmahnya di situ. Ia mengajar erti "redha" kepada anda sebenarnya. Redha kepada ketentuan Allah bahawa anda2 bukan merupakan "wife material".
Itu sebabnya kene rejek siang2!

15. Walaubagaimanapun, aku mempunyai beberapa tender lain yang ALWAYS TERBUKA. Antaranya ialah tender basuh kereta aku (klik sini), tender supplier karipap untuk kedai, tender mengilap medal2 bola aku .......
1997 Gold bola MSA (Malaysian Student Ass.) Brapa umur ngkorang?

....dan tender paling hot, iaitu tender-tender untuk menjadi bini nombor dua, tiga dan empat aku.

16. Jangan salah faham. Walaupun anda bukan "wife material" ataupun "adik ipar material", itu tidak bermaksud anda bukan "madu material".

17. Permohonan terbuka sekarang. Sebarang sogokan dalam bentuk keropok, baulu, cheese cake, chocolate chip cookies, cupcakes, sticky date pudding dan bubble tea, TIDAK AKAN menjamin kejayaan anda untuk memperolehi tender-tender tersebut.

Oleh itu, sogoklah berkali-kali.
Usaha tangga kejayaan!


Sekian, mekasey, wassalam.

Sabtu, 02 Oktober 2010

Suatu Hari Nanti Aku Akan Menangis....

Salam,
...satu entry yg agak depressing...

1. Skang ni dah 3 minggu lebih dah lepas raya. Tapi aku belum call Malaysia lagi!!

2. Chill la. Raya kan sebulan.

3. Aku mmg cengini. Manusia yg bangsat.

4. Agak2 engkorang, berapa kali setahun aku berusaha angkat fon dan call Malaysia "sendiri"? ZERO. Biasanya bini aku yg call mak aku pastu passing kat aku.
Takpon mak aku yg call aku! Muahahhaha. Last aku cakap ngan mak aku, mungkin May this year kot.

5. Bila last aku cakap ngan "ayah" aku dlm phone? Entah. Aku dah lupa. Maybe early last year kot.
Bila last aku cakap ngan adik beradik aku dalam phone?
Err.....Never. Email? Never. SMS? Never. Kad Raya? Never ever. Skype? Hotak engkau!

6. Aku hanya cakap ngan diorg masa jumpa bila balik Msia je. Last aku balik Msia August last year. Balik sehari setengah.

7. Mak mertua? Errr...bila di paksa bini, adalah setahun 2 kali kot.

8. Mak Pak aku pon dah paham perangai aku. Call bila ada hal penting or problem je. Bila nak britau diorang dah dapat cucu sorang lagi. Takpon, paling biasa, bila nak mintak pulus! Tapi skang ni aku dah stabil skit, tak perlu dah lah mayday Bank Negara.

9. So will aku call Mak Pak aku utk ucapkan Selamat Hari Raya dan mintak maaf? Err....Yes,... but belum sampai seru lagi ni.
Bini aku pon dah cakap 2 kali ngan mak aku slepas raya. Mak aku kim salam kat aku dua kali dah ni!
Will I call adik beradik aku? Nope. Jgn harap. Buat hapa.

10. Aku tau ramai drp ngkorang tgh geleng2 kepala skang ni. Bini aku dah geleng2 kepala dah sebelas tahun dah! Aku tak heran pon. Gelenglah kau sampai kiamat.
________________________________
So What The Fuck Is Wrong With Me

1. NOTHING!
2. So, what the fuck is wrong with you (engkorang) then?
___________________________________
My Normal Family.

1. Korang jgn silap paham pulak. Di antara kiatorag adik beradik dan ayah aku, takde gaduh sikit habuk pon. We all love each other and willing to do anything for each other. I will fly home in a second, if they need me.

2. Tapi mmg kitaorang ni di besarkan as gini. As lelaki kot. Kitaorang agak keras. Gaduh mulut, maki, ejek dan bertumbuk bersepak tiap2 hari sampai lebam, berdarah, berjahit. Mana main jiwang2. Effeknya, bila dah besar ni, kitaorg tak gaduh dah. Dah puas dah gaduh masa kecik2 dulu.

3. Segalanya di internalized. We never expressed any feelings. Bila sekor2 masuk asrama, we don't cry. We never celebrate birthday. We don't mind. Kalau sesape done well in studies/apa2, kitaorang just tepuk2 bahu dan angguk2 paham sesama sendiri je gitu.

4. Bermaaf-maafan di hari raya, is in silence. Mintak maaf dlm hati. Salam tangan je dah kira setel. Sempoi.

5. And we are all very good with goodbye. Drpd zaman asrama, hinggalah sekarang. Bila mak pak aku hantar aku pergi airport, lepas check-in je, diorang terus chow. Tak dok lama2. Tunggu lama2, will not change the outcome pon kan?

6. We don't linger. We don't dwell.
___________________________________
Tips on Goodbye.

1. Goodbye is easy. To me, "Goodbye means death". You are dead. Nice to know you. Goodluck in your journey. I will remember you. But I will not be sad. All the cries in this world will not change the inevitable. That you are gone.

2. Aku dah dok sini 16 tahun. Kau tau dak berapa ramai org aku dah antar balik kat airport? All my best friends. Team mates.
2006 Last time hantar org kat AIRPORT LAMA adeled. Tgk Muhammad besar mana...

2007 skang ni tinggal 2 org je kat sini...

Ringgo, manusia yg paling tak leh belah pon sudah belah!

Mus pon belah......bersama harapan utk kami menang Melben Cup lagi!

Andy Lau said peace!..Abes la amoi Ipoh pasnih.

3. Goodbye paling pahit in my life is bila aku kene tinggalkan Muhammad (my son) di Malaysia bila dia umur 5 tahun gitu. First time in his life that I will not be around.

4. I know it will be easy for me. But not to him. So, aku tinggalkan baju aku yg dah pakai untuk dia peluk cium kalau rindu. It works. Smell can cure rindu.

5. Bila aku jumpa dia balik about 4 months later, everything has changed. I guess I was scarred internally. I cannot be as close to him as before. He realized that. He said to his mum.
" Papa used to be the best dad in the world. But he isnt anymore..."


6. My wife was so sad. But me? Shit. I told him
" Muhammad. You are a big boy now. Grow-up!"
_________________________________
One day I will cry.....

1. Aku pernah terbaca status jiwang di fesbuk.
" If you love someone, tell them before its too late"

2. No doubt, its a copy paste. But its very meaningful nevertheless.

3. So I know and I admit, that one Raya morning, I will be crying on the corner of the cemetery, when I go to visit my parent's graves.

4. Thinking, why o why, didn't I come back more often or settle back in Malaysia.

5. Because........damn! What a loser I am.

6. If only i knew........................ ................... ....................................... ............................................... .............. ...................... .......... .............................. .......... .................. ..................... ........................... that there's a lot of gorgeous chick on that raya morning visiting the cemetery.

7. But then, I will be too old to tekel them la.

8. Uwaaaaaa...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....What a wasted opportunity. How I have wasted my youth overseas. Minah Salleh bosan la. Haweks Students, limited options. For years I have seen male students battling only for scraps.

9. Luckily I will be nyanyok at that time and forgot my own age.

"Kamon adik manis. Kamon gojes cikaros. Come and follow Uncle...opss.... Abang balik to Australia. Sapa pernah naik Lamborghini Gallardo Spyder angkat tangan?"

Sekian, mekasey, wassalam.

Jumat, 24 September 2010

Pecah Rumah !!!

Salam,

Jemputan open house Koboi style...!!
Last minute....taktik kotor aku utk mengurangkan org datang.!! Ya. Aku mmg genius.

Jom datang beraya rumah aku besok di

3/8, Durham Tce
Ferryden Park


Awek di jemput datang dari pukul 10 am-3pm
Balak di jemput datang dari pukul 12:00-12:03 pm

Sapa dtg lambat akan di bolayan sebab aku nak main bola petang tu. Dipersilakan belah.

Semua orang di seluruh dunia ini dari Adeled hinggalah ke ..errrr.. Adeled balik setelah pusing satu dunia.... di jemput hadir.
Tak kira samada aku kenal ataupun tidak.
Kerana aku tau aku ni celebrity so semua org kenal aku, tapi aku tak kenal engkorang kecuali awek2 yg gojes dan balak2 yg terer main bola macam Muhammad Helmi Miu

Sekian, mekasey, wassalam.

Sabtu, 18 September 2010

Liat Jugak Nyawa Bini Aku Ni!

Salam,

1. Rabu lepas bini aku dah komplen dah dia trasa macam nak amik sick leave sebab dia trasa macam nak demam. Tapi orait je dia pagi Rabu tu aku tengok. So dia pegi kerja gak la. So aku assume biasalah ni. Syndrome org tua2 yg dah tak de kudrat.

2. Malam tu tu je, terus bini aku KO. Punya lah tak larat gamaknya sampai KO kat lantai ruang tamu, depan heater. Terpaksalah aku heret tilam pegi ke dapan gak. Takkan la aku tido sengsorang dlm bilik kan. Aku ni kan manja. Tiap malam sebelum tidur kene cium bini. Tapi dia letih arini. Tak nak kacau la.

3. Kamis pagi tu aku punyalah kalut, aku tak sempat nak antar anak aku yg kecik, Usna pegi childcare. So dia dok rumah lah ngan bini aku. Aku tau dia akan kacau bini aku nyer. Maklumlah budak2 pompuan. Mulut pot pet pot pet, ngan dinding pon diaorg boleh ajak bersembang dua tiga jam.

4. So aku kerja air Kamis tu penuh dgn kekalutan. Sebab aku bajet nak balik awal, pkul 2pm utk pikap Husna, bawak keluar, so bini aku boleh rest sikit sengsorang. Alih2 pukul 3 baru aku sempat balik.

5. Aku tengok rumah dah macam tongkang pecah di kerjakan Usna! Bini aku, masih tergolek beriktiqaf dlm selimut kat ruang tamu. Nak bercakap pon mcam orang kene stroke. So aku bawak Usna dan Muhammad pegi main2 kat playground. Sejam gitu aku hantar diorg balik dan pegi balik kerja.

6. Dalam maghrib gitu, aku dapat call. Muhammad call aku. Dia kata
"Papa! Mama sakit perut"
.
Alamak. Aku tau. Bini aku mesti tak makan apa2 sebab tak lalu, so dia dah kene gastrik. Aku pon cakap,
"Okay2! Papa balik sekarang."


7. "Sekarang" utk aku maskudnya paling koman sejam. Sebab aku bukan kerja pkai punch-card. Boleh masukkan card tu pastu chow. Aku kene kemas kedai dulu, sapu sampah, mop etc.

8. Lagipon ni "bini" je pon. Bukannya "aweks". Kalau aweks, dia call je, aku dah terus pegang kunci kereta. Dia cakap baru cakap "Hai", aku dah masuk gear tiga.

9. So lepas tutup kedai aku trus pegi farmacy dan beli ubat2 standard. Cordral Day and Night Formula (utk demam selsema) dan Buscopan (utk gastric). Tengah aku merempit balik, tetiba dapat SMS bini aku mintak aku belikan antibiotik plak!

..power..

10. Damn. Kat sini antibiotik adalah barang terkawal. Kene prescription drp doktor. Kalau kat Malaysia kau sempoi je boleh beli kat farmasi mcam kau beli pil tongkat ali dan kondom kan?

11. So nasib baiklah aku kenal adalah dalam lima enam doktor Melayu yg kerje GP kat sinih. Pilihlah yg mana satu idaman kalbu. So lepas aku amik prescription "for free" (TQ Zaki), pergilah balik aku ke farmasy utk beli ubat tu.

12. Last2 sampai gak aku kat rumah, pukul 9pm, kira2 2 jam selepas mendapat pangilan kecemasan tadi. Pergh! Kalau bini aku kene heart attack ke apa2 yg serius tadi ni, dah lama dah gol ni. Mayat dah sejuk dah! Dah keras! Kecewalah aku kerana terpaksa mencari duit utk kawin ngan bini baru. Alangkah tidak seronoknya!

13. Aku pon pot pet la kat bini aku, apsal tak makan, kan dah sakit perut, bla. bla bla. Bini aku cakap tak boleh makan sebab tekak dia sakit, bila nak telan terasa perit, makanan jam. Dia nak bercakap pon mcm susah. Sempot2 gituh. Macam bateri weak. Alangkah nikmatnya klau ari2 begini. Aman gegendang telinga aku.

14. Dia kata ni demam pelik. Satu badan abis bateri. Sendi lenguh2. Dia tau dia panas, tapi dia mengigil bwah selimut. Kepala macam nak pecah. Selsema, pastu bla bla bla bal bla...aku dah tak nak dengar! Sebab aku dah lari jauh2! Ni ntah2 SELSEMA BABI! Pelik smacam je. Tak nak aku dok dekat2.

15. Lagi 3-4 hari ni aku ada event besar. Moon Lantern Festival. Aku tak de masa utk sakit2 ni! Aku nak kene pulun buat satay, kuah kcang, rendang etc. Kalau aku sakit, sapa nak buat kerja? No work no money. No money no berbini lagi. No berbini lagi, no happy. No happy because I got lots of mani.

16. So, malam tu masa tidur, aku make sure ada "tembok besar negeri cina" antara aku dan bini aku. Tembok itu bernama Husna. Aku sanggup mengorbankan anak aku untuk kepentingan diri sendiri. Aku tak kisah. So bini aku tido bucu sana, dan aku tico bucu sini. Selimut pon lain2. Cium? Boleh belah!

17. Again, besoknya Jumaat tu, aku kerja kalut2 pastu balik amik Husna bawak jalan2 sejam gituh. Tapi aku dah pesan kat bini aku malam tu aku tak boleh balik awal. Aku kene start masak/preps untuk rumah terbuka "The Legends of Taiko Karats" besok.

Cepat2! Kita nak main bola.

18. Sekali, budak2 ni kata ada futsal pukul 1000 malam tu. Alamaks!
Moto hidupku: "Tiada yg lebih penting di dalm dunia ini, selain drpd sembahyang, melainkan berbola-sepakan."
Pukul 945 malam aku sampai rumah malam tu, aku tgk semuanya dah tergolek. Chanteek! Aku pelan2 amik kasut bola, pastu....Yaaaaahhhhuuuuuuuuuuuuu!

....Tolonglah rembat bijik mata kanan Sirul (keper hampeh)...Tolonglah!

19. Pukul 1130 baru balik rumah. Belajar bertwitter skit, bukak account fesbuk baru 2-3 account2, baca news,...pkul 2 pagi baru aku tidur. Cium? Hishh! Tanak aku! Aku tengok dia dok pakai baju yg sama sejak rabu arituh lagi! Dah sah tak mandi! Uweekssz!

20. Pukul 6 pagi aku dah kat kedai sambung projek open house Legends. Pukul 10am baru aku balik rumah balik. Nasib baik Sabtu aku tak kerja! Boleh beraya sakan!

21. Tapi, Ya Allah! Bila aku balik rumah pagi tu bini aku masih dok beriktiqaf kat spot yg sama sejak 3 hari yg lalu. Rambut dia dah terpacak2 macam kene elektrik shock. Olololololololo...kesiannya. Tapi tak mati2 pulak bini aku ni. Liat jugak nyawa dia ni! Hish! Kalau mati kan senang. Tak payah aku madukan dia. Boleh aku berbini baru tanpa sedikit rasa bersalah pon.

22. So pagi Sabtu tu aku pergi beraya kat rumah "the Legends" seperti Duda Berhias. Bini-less. Nasib baik aku bawak anak2 aku. Klau tidak, dah selamat dah aku di baham gadis2 Adeled pada hari itu.

"The Lejeng". AK, AfiqAsjay, Naim, Ise', dan Lejeng Import Que. Awek lejeng yg kanan tu Patin.

23. Balik je ke rumah tengah hari tuh, aku ajak bini aku pergi beraya kat rumah org lain plak. Jalanlah sikit kan.
Demam ni sebenarnya macam org perempuan.

Lagi di layan, lagi naik lemak. Di beri betis nak peha. Di beri peha, nak zakar. Susah lah nanti kene mandi wajib. Kang bil air naik!

24. So akhirnya bini aku keluar lah jugak beraya petang tu ke Mount Barker. Skang, arini ni, Ahad, dia dah nampak okay dah. Tapi anak aku pulak yg demam! Siapa? Husna, my "tembok besar negeri cina"! Yes! Taktik aku menjadi. Aku selamat!

25. Pergh! Mungkin aku kene pergi beraya di Open Day MASCA/UMNO ari ni bini-less dan anak-less.
Alamak!
Ya Allah! Selamatkanlah aku drpd godaan2 rakus gadis2 Adeled nanti.
Sesungguhnya insanMu ini ada many-many mani but no money untuk berbini.
... lagi !

Sekain. mekasey, wassalam.

p/s: - Skang ni mcm ada wave. Lepas sorang2 demam. Ada virus yg agak brutal kot nih. So kalau trasa kau demam "lain macam" je, jgn segan2 jumpa doktor cepat2.
- Swinging Bowl boleh cater untuk kenduri arwah.
Untuk kawan2, harga $5.oo sekepala. Kepala mayat tidak di ambil kira.

Jumat, 10 September 2010

Selamat Hari Kaya Raya.........

Salam,

....Smakin aku letih smakin tak leh tido.

Bila aku sampai rumah pukul 11pm tadi, semua org dah tido. Sorri berlori diucapkan kpd isteri pertama dan anak2 kerana aku tak beraya dgn dioarg langsung pada hari ini.

Mengapakah aku kejam sebegitu....?
___________________________________________

1. Selaku kapitalis tegar, ari ini bersamaan 1 Syawal tahun ke err....brapa hijrah ntah, aku tak tutup kedai. Business as usual.

2. Hari bermula pada pukul 610am. Aku bangun melompat. Lambat! 630am aku dah beriktiqaf di kedai, aku mengdalca utk 2 open houses. 8am, aku dah balik rumah. 815am pegi Al-Khalil.

..gambar kitar semula.. catering dalca dulu2

3. Bergambar bersama rakan2 sebaya.. Chronik Bloggerz yg dulunya bertiga, skang tinggal 2. Ni gambar kat kubur Al-Khalil. Aku mungkin parking kat sini juga satu hari nanti. Tapi klau parking kat Pelestin ke Afganistan ke, lagi best kot.
...kantoi...mata tgh ushar aweks yg melawat kubur.

4. Abis semayang aku pegi hantar dalca, pastu trus merempit kekedai. Sampai pukul 10am. Maka bermulalah iktiqaf aku yg kedua.

5. Terlambat lagi! Pulun masak ala-kadar sebab bajet org tak ramai. Sekali tuu dia ramainyer orang! Keching Keching! Duit masyuk!

6. Trimakacih di ucapkan kpd losers2 yg takde kerja lain di pagi raya tadi, so sanggup kerje!

Yang ni mcam takde perasaan. Robot besut!

Ala anak emak cayang buschuk makan pon kene berdiri sebab tak sempat.....

...ololololololo....mcam laki mati bini

7. Trimakasih juga di ucapkan kpd semua pekerja2 yg datang beraya kedai tadi. Semua macha-machi aku datang kot kecuali Arifah yg pergi membalak.

Chika dok mengayat pakcik parking inspector. Naseb baek ayat dia power, pakcik tu tak jadi saman.
Takpon mat salleh tu ingat ni budak cacat, so kasi chan la sebab dia handicap!

Bajet ayu la lu! Pandang sini la bila orang amik gambar!...

8. Dan tq gak kpd orang2 lain yg datang beraya di kedai tadi. Sapa yg datang lambat tadi dan tak dapek meraso, den mohon hampun maaf...seblum den maki hamun..
"Woi! Bukankah aku dah tulis kat febuk, sebelum datang SMS aku dulu, so aku boleh prepare. Ni main terjah je, susah lah aku nak bajet kan. Sorri la yer sapa yg tak makan tadi".

9. Pukul 4pm, sales objective for the day was achieved. Awal gila. Lauk nazak. Solution=TUTUP.

10. Aku dah trasa macam nak tergolek dog dah taim tuh. Aku trus pegi bank dan on the way balik aku singgah CIBO beli ice coffee. Tak jalan. So lepas smayang asar je pkul 4:50pm, aku trus pengsan dekat sejam.

11. Celik2 je sambung projek ngan Bukh. Projek yg aku dok kalut2 ni sampai lupa anak bini danraya ni ialah Malaysian Carnival this Sunday, 2 hari lagi. Aku tengah pulun buat satay la skang ni. Bukh potong ayam dan daging, aku marinate pastu aku pasing kat armada cikaro-cikaroses aku utk di cocok.

12. PETUA MEMASAK: Aphal pulak ni kan? Bila bahan2 marinate satay ni di gaul skali, ada exothermic chemical reaction yg menyebabkan keluar gas kaw2 sampai pedih berair2 mata.
Kalau buat 3-4 kilo takpe la. Tapi kalau buat samapi berpuluh2 kilo cam aku, boleh pengsan woooo!
The magical solution is cover your idung, NOT the eyes. Sebab punca pedih mata itu ialah pedih idung sebenarnya!

The same with bila hiris bawang. Kalau kau tahan nafas or cover idung, gerenti tak pedih mata. Kalau kau tahan nafas lagi lama-lama lagi bagus. Boleh mati trus. Org mati tak pedih mata bila hiris bawang.


13. Berdentam berdentum sampai pukul 1030pm baru belah dari kedai. Iktiqaf selesai akhirnya. Pastuh aku dan Bukh pegi deliver satay2 utk di cocok kpd haweks. Pkul 11pm baru sampai rumah.

14. Tetiba kat rumah aku trasa lapar. Mana taknya. Satu ari ni, aku makan "proper" skali je. Satay goreng kat kedai pukul 3pm tadi. No breakfast, no supper. Sebab ari ni ni bini aku beraya sakan, kat rumah take makanan. So terpaksalah aku bermaggian tomyam.

My energy sources taim keje. Air mineral utk menghilangkan dahaga. V utk mencelikan mata. Snikers utk bagi glucose boost. Red Rock Deli Chilli utk kasi pedas lidah. Baldi untuk kencing. No taim to waste. Time is money. Money gets you honey. Honey will get your mani. ...Pergh! Rapping tu! .....aku dah sewel.

15. Pukul 12am aku dok depan computer. Pastu entah pukul brapa aku pengsan dekat sejam sambil duduk depan screen. Pukul 4:00am aku mandi, sebab satu badan bau satay. Pastu smayang Isyak! Muahahhaha.

16. Sakang ni tengah tunggu masuk Subuh.

..nak kasi celik aku layan lagu ni. Dino iki ku'e toko guyu..muahhaha layann~

17. Well, thats my life for the last 24 hours lebih kurang. Terlepas raya. Not the first time! Ntah sebab apa ntah, banyak kali kalau aku join food carnival, timing dia mesti tak cun. 3 tahun lepas, Food & wine carnival, memang betul2 di Hari Raya. Pastu carnival apa ntah, kene taim sehari selepas bini aku beranak. Terpaksa aku tinggal bini aku dan baby kat sepital sengsorang.

Aku memang kejam!


18. Besok...eh silap dah pukul 5:17am skang, aku kene bangun awal nak pergi beraya. Pastu petang main bola. Malam ni, sambung balik beriktiqaf.

19. Di harapkan hari Ahad ni chun utk semua yg terlibat. InsyaAllah.

20. Skang pukul 545am. Post this entry.

5:51 am...aku laparrrrrrrrrrrr!!!!

Sekian, mekasey, wassalam.

Minggu, 29 November 2009

PART 2: Penentuan Tarikh Raya/Posa: Antara Akal Dan Sunnah

Nak usha kuih bulan ...senang

nak usha anak bulan.....juling bijik mata pon belum tentu nampak.
Salam,
First part di SINI.

1. Aku sebenarnya dah lama dah dok pikir pasal Muslim Date-Line tuh. Aku juga memanglah sedar bahawasanya sunnah untuk menentukan posa dan raya ialah dengan tengok anak bulan/hilal di tempat masing2. (sila rujuk bahagian komen di first part untuk baca hadith tersebut. Tq Alip Al-Turkistani)

2. Tapi aku telah justify dgn logik akal aku, bahawasanya Rasullulah suruh buat gitu sebab itulah kaedah yg terbaik pada waktu tersebut.. Rasullulah suruh buat gitu sebab dia tahu bila Islam berkembang geographically, maka susahlah untuk mengkomunicate anatara satu region with another.

3. Zaman tu bukanya ada TV, Radio, Internet, mobile phone untuk menyebarkan tarikh posa/raya di Mekah untuk ikutan semua ummat Islam. Nak antar utusan bekuda dari Mekah ke Algeria atau Pakistan bukannya dekat doh! So paling senang ialah masing2 tengok anak bulan di region mereke sendirti.

4. So secara logiknya sekarang bila kita dah maju, sepatutnya kita boleh koordinate waktu raya /posa kita supaya sama satu dunia. Aku harap korang sedar, bahawasanya anak bulan ni bukan kene tengok 2 kali setahun je. Kene tengok tiap2 bulan untuk menetukan bila start bulan Islam.

5. Jadi bila negara masing2 start bulan Islam pada hari yg lain, adalah agak kelakar bila katakan Malaysia pada hari ni ialah 11 Zulhijjah tapi Filipina katakanlah 10 Zulhijjah, walaupun Filip dok sebelah timur kita! Bagaimanakah pulak nak set tarikh meeting internationally kalau tarikh masing2 ialah lain. Jadi penyudahnya bulan Islam menjadi tidak praktikal dan hanyalah relevan untuk tau bila posa, raya, puasa sunat, hari haram posa dan lain2 hal keagamaan semata2.

6. Tapi Chop! Ini semua adalh drp "logik" akal aku semata2. So, firstly logik akal ini boleh di pengaruhi oleh syaitan, dan setan mungkin telah mempergunakan aku untuk meng-was2 kan korang semua dgn buat bidaah Muslim Date-Line. Secondly, logik akal ini di batasi oleh ilmu yg ada pada aku sahaja. Banyak pasal falak ni aku masih jahil. Nak stadi malas. So mungkin aku telah ter-error di situ.

7. Thirdly and most importantly, akal kita terbatas kepda bende2 yg zahir semata2. Sesungguhnya Allah jua yg tahu tentang hal2 yg ghaib, kompleks atau abstract yg takan tergapai oleh akal mana2 manusia atau supercomputer pon. So, kalau sunnah kata tengok anak bulan, mungkin ada hikmah di sebaliknya yg kita tak terpikir atau perasan. So follow je lah sunnah.

8. Antara hikmah pengunaan lunar calendar di dlam Islam yag berlaku jelas di mata kepala aku sendiri ialah KEADILAN daripada Allah kepda ummat Islam sedunia. Apabila Allah menjadikan bumi, dia telah jadikan bumi ini berputar sengget/tilt pada 23.44 degree angle daripada orbitnya mengelilingi matahari. So wujudlah 4 musim setahun di majoriti negara2 on earth.(negara2 northern hemisphere plus southern mestilah lagi banyak dari negara2 khatulistiwa kan).

9. Jadi kalau Allah perintahkan semua org posa bulan Disember, tak ke menyampah kita org2 Ozzy, New Zealand etc yg kene posa time summer yg panjang dan panas nak mampos. Org2 kat Ukay atu US mestilah happy manjang sebab posa time winter dan kene tunggu beberapa jam je sebelum bukak posa. Dah lah tu, malam lailatul qadr diaorang panjang nak mampus. Semayang sambil melecet2 dahi pon belum masuk2 subuh lagik.

10. Tapi Allah perintahkan kita ikut lunar calender, yg shorter drpd solar calander. So aku yg dah lama dok bermastautin di bumi Adelded ni telah merasakan posa/raya yg pada masa aku mula2 sampai dulu di bulan march, pelan2 berganjak ke feb(panas), jan (mendidih), dec (mengelegak), nov , oct dan sekarang bulan september.

11. Aku inggat lagik masa tahun 2000 aku gi semayang terawih kat Adeled mosque yg start pukul 1030 dan habis 1130 malam. Lepas abis terawih, kitaorag singgah jap kat Victoria square untuk terlompat mcam beruk kene cucuh buntut meng-celebrate millenium new year pukul 12mlm tu. Pastu balik rumah dan sahur pukul 3 pagi. Makan bukak posa tadi pon belum abis tercerna jadi taik, dah kene sumbat masuk sahur la plak.

12. Alamak dah merepek bernostalgia la plak pakcik ni! Jadi kesimpulannya, aku masih lagi berfikir. Tapi at the moment aku memanglah leaning towards follow je lah sunnah dan tenggok la anak bulan tu. Hmm..tapikan, kalau la aku kata aku prefer tenggok anak bulan, kenapa lah pulak aku dan majoriti org2 Ozzy celebrate Raya Korban pada hari Jumaat dan bukannya Hari Sabtu sedangkan anak bulan 1 Zulhijjah tak nampak 10 days ago? Jeng...jeng jeng.. Dlam hal ni aku bertaqlid buta kpd suara kesepakatan.
Hipokirt sungguh aku!!

Sekian, McKasey, Wassalam.

Sabtu, 28 November 2009

Penentuan Tarikh Raya/Posa. Simpanlah Motor Besar Mu Wahai Raja2

Salam,

Let's shift our paradigm.

1. Masalah menentukan tarikh raya/posa bukanlah satu masalh besar di M'sia. Kau follow je cakap Penyimpan Motor Besar Raja2 sudah.

2. Tapi bila kita dok obersea, baru kita sedar yg org2 Islam dlm dunia ni, nak raya serentak pon susah. Contohnya tarikh raya aji taun ni di ozzy. Ada raya semalam dan ada raya arini.

3. Aku pernah tulis pasal bende2 gini dulu. Dan aku dah janjikan untuk bagik penyelesaiannya masa tu.

So let me open your mind., while I am opening your shirt.

4. Di manakah centre of our muslims world?
Mestilah di middle-east or more specifically Mekah.

5. Siapa tahu hari bermula di mana di atas muka bumi ni?
Untuk org2 nerd macam aku, kami tahu hari bermula di "International Date Time" yang meng-keros lautan Pacific.

6. So negara2 yg di timur drpd line tuh macam Ozzy dan M'sia ni akan always siang dulu dari Mekah. So kami kene lah tengok anak bulan dulu dari Mekah, therefore posa dan raya dulu. Di sinilah muncul kepeningannya. Masalah ni kurang prominent di negara di sebelah barat drpd Saudi, kerana "majoriti" drp mereka, just follow Saudi, seperti Europe dan US.(ref)

7. Bagi aku masalh ni simple sahaja. In an ideal world, dunia kita ini sepatutnya di perintah oleh Kerajaan Islam yg berpusat di Mekah. So Kerajaan Islam inilah yg mengistiharkan bilakah tarikh raya dan kita semua folow je lah.

8. TAPI, jeng..jeng..jeng..Kita hendaklah mengubah persepsi minda kita yg hari bermula dari International Date Line tersebut. Hari, bagi dunia Islam, hendaklah di fatwakan semula. Hari, bagi dunia Islam sebaik2nya di mulakan dari Semenanjung Arab, dan pusing se-raound bermula dari situ.

9. Aku tau mesti ramai yg kata.."Ehhhhh!! Mana boleh gitu?". "Salah tu". Well, tunjukkan aku mane dalam Al-Quran atau Hadith yg kata "hari mestilah bermula di longitude 180 degrees, iaitu International Date Line". Mana ada doh!!

10. Apekah sejarah menatang line ni koran gtau dak? In 1880, British kira mcam US sekarang lah. Kuasa paling kerek dalam dunia. So dia kata,
TIME MESTILAH BERMULA DARI UKAY.
So ahli2 geography yg poyo di Royal Observatory telah buat line yg mengcross bumi dari kutub utara ke selatan yg melalui "centre of the world" iaitu LONDON. Line ini di berikan jodol..."0 degree longitude"


11. More specifically, mereka telah dengan cilakaknya adjust line tuh untuk lalu betul2 atas bumbung makmal goegraphy mereka di Royal Observatory tersebut yg terletak di salah satu suburb di bandar London, iaitu Greenwich. Lalu time-line tersebut di panggil Greenwich Mean Time (GMT).(ref)

12. So apabila mereka mengextend kan line GMT tu to the opposite side of the globe (at 180 degree longitude), sekali ngam2 plak lalu atas lautan Pacific di atas pulau2 kecik yg tak significant seperti Tonga, Kirribati dan New Zealand.....muahahhahha. Chanteekk! Maka line tersebut di istiharkan sebagai International Date Line (ref). So apabila pukul 0.00am di situ, di London pukul 12.00 tghari.

13. Pastu org2 UK paksa semua org pakai time dia. Tapi sebab depa paling kerek time tuh, maka semua org pakai cakap dia lah. Org2 French cuba nak lawan dgn buat Parisian Line ke pekejadah, tapi takde org layan (untuk budak2 nerd...inggat tak "Rose Line" dlm DaVinci Code. Itulah Parisian line yg nak challange GMT). Tapi sekarang bila org dah tak pakai cakap org UK, diaorang telah ubah nama line GMT tu kepada, UTC ( Coordinated Universal Time).

14. So anak2 muridku sekelian, hari tidaklah bermula di Int Date Line or kat England. Itu semua bullshit mat salleh. Kita org2 Islam patut bersepakat keluarkan fatwa yg istiharkan our own date line untuk memudahkan penetapan tarikh raya atau posa.

15. Untuk pengetahuan korang dan untuk menunjukan ke-terreran aku, org Yahudi pon ade Date-Line mereka sendiri (ref). Setelah mrk kaji depanyer kitab2, date-line mereka adalh 6 jam ke timur dari Jerusalem. Line tu kros, thru Filipina. So hari raya mereka bermual dari line tu lah.

16. So Muslim Date Line? Mengapakah tidak?

Rabu, 25 November 2009

Korban

Salam,
Selamat Ari Rayo!!

Berikut adalah korban, kurban dan qorban semenjak-duamenjak ni. Seminggu lebih aku burn-out, maleh nak update. Sekarang aku qadha balik cerita2 lama!

1. Pengorbananku

Kedai akan di bukak cam biase di hari raya, Friday ni kerana aku adalh seorang kapitalist extremist. Sajian istimewa yg percuma akan di sediakan di kedai ku, iaitu sajian wajahku yg tampan untuk di nikmati bersama. Enjoy!!

2. Asri mengorbankan NaJAIS


JAIS sudah tercirit sekali waktu tangkap Asri (Dr. Md Asri Zainul Abidin ex-mufti Perlis) aritu. Patut dok diam2la. Tapi telah mencirit kali kedua bila akhirnya membuat keputusan untuk mendakwa Asri last week. Tapi geng2 old-skool ni sudah nyanyuk dan tak sedar taik cirit dok meleleh di dubur mereka.

Kerana Asri sudah menang. Tahniah brader!!! Alhamdullilah! Sebab kalau lah Asri menang di court, itu adalah keputusan yg sewajarnya kerana dia di dakwa atas tuduhan yg merepek.

Dan kalau Asri kalah di court, SEMUA ORANG akan kata, mahkamah syariah korupt dan tidak telus. Sama mcam mahkamah civil yg ikut telunjuk BN.

Kes Asri akan jadi macam kes Anwar. Win-Win scenario untuk Asri

Ironically, JAIS kata ajaran Asri akan memecah-belahkan org islam di Malaysia. Tapi penangkapan Asri lah yg membesarkan lagi jurang perpisahan (polarization mat salleh macam aku ni kata) antara kaum payu-teruna (muda) dan kaum payu-lanjut mengelebeh (tua).

Tobatlah NaJais kerana ingin mencegah "kemungkaran", fitnah yg lagi besar telah timbul (perpecahan)

TBC.......................

Salam, Sekian, Mekasey

Sabtu, 19 September 2009

Raya.....

Salam,

Maafkan daku

Eid Mubarak !!!

Wassalam

Minggu, 07 Desember 2008

Kerja kosong. Khatib di perlukan.

1. Happy rayer qorban everybodi. Yes the shop will be closed. Aku pon nak beraye.

2. Sori lah aku lame tak update sebab aku malas dan ader byk kerje lain. Comp aku pon dok crash memenjang, sampai tertido2 aku dok meng-reinstalled aper2 yg patut. Satu je nak cakap. VISTA is SHitA.

3. Kepada sesiaper yg dah grad taun ni, tahniah dan boleh blah. Kepada sesiaper yg kene extend lagi I said thank you and I welcome U.

4. Pegumuman pertama. Maner2 mak, pak, tuk, nek, opah, tok wan, abg, kakak yg cun, pak sedara, mak sedara yg cun yg belum kawin, janda, cucu-cicit, sepupu-sepapat, tunang, girlfren, uncle, auntie, tok penghulu kampung, jaga sekolah yg datang untuk celebrate graduation atau sajer jer buang tebiat datang melawat Adelaide ni, aku bagi diskaun 20 percent cam student gak la. Jadi jgn takut2 dtg kedai ye.

3. Pegumuman kedua. Kiteorang dok carik volunteer utk jadi khatib semayang jumaat kat Uni sepanjang cuti ni. Jadi sesiape yg sudi silelah bitau pihak yg berkuasa (ehh sape ye? aku pon tak tau nak bagitau saper). Syarat2 utk jadi khatib Uni adelaide ni memanglah mudah. Pemohon/pengvolunteer mestilah:
a. tau camne nak semayang
b. datang semayang jumaat
c. tau prayer room Uni adeladie kat maner
d. lelaki sejati. Pengkid akan di sula.
e. mempunyai kaki yg perkasa utk menapak naik tangga. Saper naik lift akan di persoalkan kelakiannya. Lift hanya untuk awek atau org2 yg nak usha awek. Mane leh khatib mengusha anak dara org. Tu petander lomah iman tu.
f. Iman yg tidak lemah.
g. tidak bengap kerana kena follow sedikit rukun yg simple.
h. tidak bisu. Kerana kalau pakai sign language tak cukup 40 org leh faham aper kau dok communicate. Lagi satu boleh ke guner sign language seblah tangan je sebab tangn yg lagi satu kene pegang script khutbah kan?
i. tidak buta. Kerane kene bacer script khutbah sikit. Klau anda seorang yg cacat penglihatan, anda masih boleh menjadi khatib tapi hapal je lah rukun2 lam bahaser arab tuh. Khutbah sendiri goreng lah kan. Tapikan sedikit kemusykilan. Kalau anda seorang yg cacat penglihatan. camner anda boleh bacer blog ni?
i. boleh mambace script bahase arab yg disediakan. Tak paham pon tak pe.
j. boleh mambace bahaser inggeris. Org lain kenalah paham ape kau doh berkhutbah. Tak perlu lah perfect pronunciation macam Harjit Sigh Hullon. Cukuplah kalau boleh kurangkan sedikit slang kemalaysia-an, kekelantan-nan, keutara-an dan keultra-man-an.
k. Sebaik-baiknyer seseorang yg biler bercakap air liur tak bersembur sampai 10 saf.

4. Kan senang tu. Tak perlu kene pergi sekolah arab ker, lulusan al- azhar ke, sehensem aku ker untuk layak jadi khatib. Almost every bodi can do it. Except me, sebab aku ni kurang konfiden, kurang iman, dan kurang siuman.

TQ, Slamat rayer, Maap zahir batin, Wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger