Tampilkan postingan dengan label ole. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ole. Tampilkan semua postingan

Minggu, 24 April 2011

Menang Tapi Macam Tak Menang

Salam,

1. Ni adalh kemenangan aku yg paling down sekali dalm sejarah pembolasepakan aku. Walaupun kami, team Ole, memenangi tournament futsal UCSA (UmnoSA) Autumn Cup itu, akan tetapi di hati aku ini hanyalah .......... keheningan.

2. Ku mulai langkahku di hari tersebut dengan penuh keyakinan. Satu demi satu persediaan aku pada hari tersebut goes according to plan. Bangun awal, berak, checklist barang2 yg kene bawak, masak siap2, breakfast yang mantap, neurofen, V, berak sekali lagi, beli togeh, tampal instruction utk macha2 dan warm-up/strecthing sambil masak. Pekerja2 aku datang pulak bukan on-time, sebaliknya before-time! Tenkiu pepel!

3. On the way driving ke situ pon aku dah start dah strecthing ankle aku yg bermasalah di setiap lampu merah. So aku sesampai je, aku dah ready, with 10 minutes to spare. Sempat lagi kencing. No excuse to lose anymore.

4. Then everything happened like a blur. Everything when smoothly, aku rasa no pressure, tak letih pon dan kami menang semua game easily. In contrast to last year ISMA CUp 2010 , yang semua game kitaorang main macam nak terberak.

5. Aku expect kita orang akan jumpa team Gagak Hitam (Cho) di final sebab diaorang nampak garang dowh kali ni. Abis belasah semua org! Dah lah jersey semart abes. Akan tetapi Kickers terbukti lagi effective masa taim semi-final. Nak wat camner bro! Tu la sapa suruh cakap besar ngkorang ader keeper power (Pokka)! Sekali Pokka sakit perut plak arituh ..... Alhamdullilah! Ehh silap....Astaghfirullah. Semoga Pokka bertambah sihat dan bersedia utk main di hari2 mendatang! Keh keh keh...

6. Dan waktu final match pon aku chill je. Sebagaimana aku chill je tarik baju player Kickers sampai jatuh ke lantai masa dia one-on-one ngan keeper. Dem la! Refleks dowh. Aku tanak main kotor kay, tapi secara automatik bila dia lepas aku, aku trus tarik baju dia. Aku dah pasrah dah dioarng akan dapat penalti. Sekali referee tak bagik pulak! So aku trus rasa down! Rasa bersalah dowh! Aku rasa macam aku dah merompak "kemenangan" team Kickers.

7. Of course budak2 Sabah emo. Understandable lah kan. Aku pon akan marah. To clarify the matter, after the game, bila aku tanya ke dua2 ref kayu tersebut (muahaha), diaorang kata seriously diaorang tak nampak. Players dok block view both of them! Tangan aku pon cepat! So, walaupun satu stadium nampak, tapi bcoz diaorang tak nampak, so diaorang tak kasi penalti! Fair enough. And to their credit, diaorang stay cool and stick to their decision sternly.

8. So masa tu, aku rasa bersalah gila. Aku telah bersedia untuk menerima balasan illahi dan kalah pada hari tersebut. So dengan hati yang penuh redha, aku trus main. Lagi lah bertambah2 aku chill. Malangnya utk team Kickers, lagi aku chill, lagi effective!

9. Pastu dua gol kitaorang disallowed la pulak. The first one was beaten by the buzzer and the second one was for sliding. Hah! Balasan Allah lah nih! Aku terus pasrah menanti saat-saat kekalahan. Sekali tamat masa dengan kedudukan 0-0.

10. So Penalti! Dengan hati yang tak sabar2 untuk kalah, aku trus volunteer amik the first one. Aku pikir kalau di takdirkan aku miss penalti, biarlah aku miss the first one! Less cruel to my teamates. Akan tetapi, hati yg chillex menyebabkan kaki yg stabil. Masuk la plak! Muahhahahaa. Fuhh lega!

11. Kickers score the next one, so kedudukan menjadi 1-1. Apabila Naim Legend step-up utk turn dia amik penalti, aku dah kira konfirm dia akan score. Nama pon legend. Bola lekat kat kaki cam awek melekat kat aku. Sekali bila dia sepak penalti tuh ...... kelepek.... melekat kat perut keeper tuh. Dia ni ambik penalti ke passing ke keeper sebenarnya?

12. Semua orang dalam team aku dah macam down. Tapi aku rileks je sebab aku tau kitaorang akan kalah arini. Sekarang ni harap keeper kiatorang, Mock lah untuk save balik at least satu untuk menyelamatkan keadaan. Tapi Mock gagal, so keadaan 1-2 after 2 penalti each. Aku dah terbayang pakai medal yang tertulis "runner-up" di leherku. Okay je. At least dapat medal cetus hatiku ... cewahhh!

13. Alamak...bini aku dah bising! Kene cut short citer..

14. Tiga penalti yang seterusnya yang di ambil oleh Bebeh, Lut dan Bandu semuanya masuk. Tapi penalti Bebeh paling stail! Rilek je tolak lembek bola ke bucu. Hamjadah! Akan tetapi Kickers missed their third and last penalty. Dua2 di save oleh MOCK! Giloss! Legend abes sebab save point blank gituh. The last penalty tu memang a good penalty. High and powerful. But somehow Mock nampak dan dengan beraninya angkat tangan utk save! Legend!

15. So tetiba aku baru sedar yang kitaorang menang! What? So walaupun aku celebrate, tapi hati ni rasa berat. Aku trus mintak maap kat player Kickers. Dan masa angkat piala pon aku tak feeling pon. Sampai ke malam tu, bila budak2 cakap congrats, aku jadi mcam blur, macam malu2 nak ngaku aku menang.

16. Itulah sebabnya mengapa aku cakap ni lah kemenangan paling down dalam sejarah hidup aku.
__________________________
Imran Ramli vs Dinding

1. Satu lagi punca down kepda aku dan kesemua budak2 Adelaide skang ni ialah kecederaan yg di alami oleh Imran.

2. Tolak menolak dan provocation di dalam game plus wrong timing and wrong location menyebabkan muka Im kene renovate! Pagar dah runtuh!

3. The bad news is, dia memang dah huduh sebelum ni. So strugge lah semua orang untuk mengurangkan tahap kehodohan Im pada hari itu. Sampai ke malam comittee UMNO, aku dan especially bini aku teman dia pegi klinik gigi, to save apa yg boleh di save. Bad luck bro.

4. Akan tetapi aku merayu kepada semua orang untuk tidak put the pressure kpd si penolak. Bad luck kepada Im dan bad luck juga kepada dia. Bukan salah dia badan dia besar so sekali tolak je meomentum dia gila! Nak di jadikan citer, ader plak kerusi2 dan dinding kat situ! Aisey! Dia juga telah di provoke. Dan aku tahu, kalau boleh, dia nak reverse balik time dan tak tolak Im on that situation.

5. So everbody, please be fair minded and support him. And please support Im as well so we can get over this episode as quickly and smoothly as possible. Kepada awek2 gojes Adelaide, pegilah buat2 gedik ngan dia, biar dia trasa hensem skit! ....errrr.....tapi dosa tanggung sendiri lah kan!
_____________________
Heroes of the day.

1. Man of the Match for the final game. Mock/Zulhazri Isera. Kerana kemachoaan dia save DUA penalti. Dia pon had a good tournament, bolos dua gol je sepanjang kejohanan. Dua2 gol gilos, satu volley Syamil and second one Yob header masa bola pusing2 depan pintu gol. Tenkiu Mock sebab kasi kitaorang menang!

2. Best Player of the Tournament bagi aku ialah aku. Second place pula jatuh kepada Bebeh/Annas. Demm giler dia ni bola tak ilang dan dia assist banyak giler hari itu, untuk melindungi ketidakbolehan dia untuk meng-score gol. Tapi sebab dia tak score langsung, (bukan cam aku yg score satu....Yes!), maka dia tak dapat UMNO best player of the tournament. Padahal, tanpa assist drp Bebeh, mustahil MatYuh dapat score 5 bijik pada hari tersebut. Seperti biasa Mat Yuh missed 5 kuasa 4 opportunity yg di hidangkan kpd beliau! So tenkiu Bebeh.

3. Fair Play award pulak bagi aku wajar di berikan kepada Ihsan Huhu. Ye aku tau semua orang bosan. Balik2 mamat ni yg dapat fair play award. Padalhal perangai cam setan bertopengkan manusia. Tapi masa Im tergolek, dia lah yg first bagik first aid. Role to the left, kaki silang, support neck semua perfect. Kalau tak, mahu mati choking Im dengan darah yang banyak kat mulut tuh. So tenkiu Ihsan. Tidak lupa juga pablisiti teruna-murahan beliau yang meng-wajarkan beliau untuk dapt fair play award seperti.....

Taktik teruna-murahan ini yang di gunakan meluas sejak zaman Abraham Lincoln lagi, memang terbukti masih mampu untuk mencairkan hati-hati wanita Batak, Eskimo dan Negrito. (credit gambar Kimie -Lotte Production)
___________________
Lagilah aku down

1. Di sebabkan oleh pablisiti yang di curahkan kpd Im, maka kemenangan kami tidak mendapat sambutan meriah oleh mat2 fotographer Adelaide.

2. Diaorang ambik gambar pon macam tak ikhlas. So tak heranlah bila satu gambar pon diaorang tak aplod dalm fesbuk! Gambar kaki aku ade lah. Tapi gambar ngan piala dan medal takde pon! Sipi2 pon tak de. Dah lah taim ni lah aku hilang camera aku plak!

3. Kemudian, di subuh yg syahdu ini baru aku tersentak. Inilah rupa2nya balasan aku sebab main tak fair! Maka kami semua satu pasukan telah di hukum. Allah telah menidakan peluang kami untuk mempoyo.

4. Maka dengan hati yang terluka, terpaksalh aku mengunakan skill photoshop ku yang taraf Steven Speilberg ini untuk mengciptakan satu2nya gambar medal kami ini.

(Credit gambar -Telur Ayam)

Tenkius to all Ole's teamates, Mock, Bebeh, Naim, Mat Yuh, Bandu, Lut, Safwan.
Lagi 2 minggu, kita buat lagi di MASCA Futsal plaks. InsyaAllah

Sekian Mekasey, Wassalam.

Minggu, 03 Oktober 2010

Ramalan Ku Benar Belaka .........

Salam,

1. Tatkala burung berkicauan girang di pagi hari Ahad, 3 october 2010, hanya satu ayat berulang2 di benak ku.

"Romen seperti biasa...Romen seperti biasa...Romen seperti biasa"


2. Aku gemuruh umpama di malam pertama. Kerana tournament futsal ISMA 2010 akan di adakan di hari itu, dan aku tetiba terasa cuak ....skit2. Padahal aku ni dah season. Lama sangat tak de tournament agaknya.

3. Aku trasa extra pressure sebab teammate aku giler babi terer dan muda. Takut aku yg slack nanti. Diaorg majority first year 20 yo. Aku..ehemss..tambah lagi 16. Sudah mencecah usia kritikal utk kawin dua.

4. Ahh! Lantakla! Macam la ni first time beromen.
Lets peler...eh silap...play!
___________________________________
Musuh2 tekun mendengar taklimat oleh organizer..."...no sliding tekel yer..!"

Org lain warm-up kaki, PokChek "Raja Ole", warmup biceps. Patutla tak perform. Ada sesetengah pihak mengatakan PokChek "berat batu" di hari itu, sebab tu hampeh. Aku setuju. Tengok la besar mana batu dia!!

Pihak ISMA tidak melakukan ujian air kencing. So aku pon bantaila pkai steroid. Menyebabkan muscle aku bertambah besar dan telur aku bertambah kecil. So menjadikan aku lebih tangkas dan ringan bebanan. Bukan nya mcam PokChek!

Kedekut punya ISMA. Ref cabuk mane lah kau amik ni! Slipar jepun tu yg mahal tu. Encik Ise The Legeng!

Semua org ada rutin sendiri before game. Rutin aku ialah seluar aku lipat kat pinggang sampai tak leh naik langsung. Mencengkam zakar dan buntut. Pastu baju tuck-in DEPAN je, blakang tak. Walaupun rupa aku macam apek nak gi pasar, lantakla. Asalkan aku selesa bila main sudeh!
Ohh.....pastu aku akan stretch ankle aku banyak2. My weakest joint. Dah byk kali injured.

Satu lagi prasan dak muka aku dah start puffy! It will get worse. Aku tak tau knaper, tapi bila taim bola jer, muka aku akan jadi sembab! Gagal control hensem. Dah lah rambut serabai! Ada kene menena ngan adrenaline gak kot. But I don't give a shit. Ni kontest bolasepak, bukannya "Pencarian Lelaki Terkacak Pancaindera/Pantene 2010".

Rutin org lain mungkin berbeza. Ada yg bukak pastu ikat balik tali kasut 2-3 kali.
"Oii. Yus. Cepat laa..."


Dan paling biasa. Lipat track-bottom sebelah je. Kaki yg power! Ramai gila yg buat cenggini. Model=Fiker. Fiker left-footed ke?

Team -talk by manager team postgrad, SunnyGopal.
" Kita ada 244 taktik pada hari ini. Taktik pertama yg bergelar Halilintar Membelah Kebaya, ialah, kau pasing kau, pastu kat kau pastu bagi Amri, pastu Am shot dan Gol. Taktik kedua dan seterusnya pula, gini dan gini dan gini dan passing kat Amri dan Am shot dan Gol..Sesiapa selain drpd Amri yg score, aku akan remove from frens aku kat Fesbuk! Ada Paham!"
Team Postgrade ni menang Fair Play award sebab berpakaian paling sopan. Whatdeheck!

Penjaga top scorer. Nama aku mesti ada dalam tuh. Silap aku tak rasuah brader ni. Tapi org ISMA makan nasi je. Diaorg tak makan rasuah kot.

Pastu, tengah aku dok godek2 meja urusetia tuh, tetiba aku ternampak kertas ni. Aikk...kertas apa ni? Kertas voting drpd pihak2 kapten utk "best player" doh. Award yg aku sponsor hadiah dia tuh arituh...Mari kita zoom....

Fulamek! Nama aku tu bro! Ni mesti masa sekend game lawan team Cho/Sotong ni. TQ bro! Aku trus carik pen itam nak tambah nama aku banyak2. Tapi ntah mana ISMA sorok. Sial laaa!

The Drama. Nama team aku ialah OLE. Setelah main 2 game, kami dapat 2 seri je. Alamak Alabapak! So kitaorg kene menang the last game dlm group untuk masuk semi. Kalau tak menang, bungkussss..So....

Alhamdulillah takde hal. Masuk Semi. Yeaaa...Jom makan mee utk energy. Sapa masak mee ni hah? Sodap!

Di semifinal, kitaorg seri 2-2 ngan team PokChek/"4th year and Counting". So, Penalti shot-out. Best of three. Aku amik first one. Siol..tengah giler, nasib baik gol gak. Pastu Naim dan Lut pon gol gak. Team PokChek miss satu. Cayalah Mok! So...masuk Final! Yeaaa..

Fokus sebelum start final match. Switch On! Switch On! Re-match ngan team Sotong yg kami seri 1-1 di peringkat grouping.
"....jaga ikhwan...jaga ikhwan...jaga ikhwan...".
Macam lah yg lain tu ayam. Tidak! Kami tak fikir begitu. Fid lebih sesuai di gelar zirapah dan Cho wajar di gelar badak sebenarnya!

Gol demi gol di score. Ni celebrate gol Lut kot.

Final score...
Naim. Top Scorer Futsal ISMA 2010. Dan best player "unoffically" bagi aku.

Best player dapat kepada player Team Zippy, Yusuf a.k.a Harith Iskandar! Please come to SBowl to claim your $30 voucher dude.

Naib Johan, Team Sotong. Dari kiri, Isa, Cho, Imran, Fid, Anip, Ikwan, Irwan, Caer. Well-done boys. Next time buat lagi.......jadi naib johan lagi... muahahhahha.

Satu je aku nak cakap. Baju itam payah nak nampak bila main indoor. Gelap. Carilah baju terang sikit. Pink ke contohnya. Dahlah Ikhwan tu besar sikit je dari tiang gol. Pastu kau suruh dia pkai baju itam plak. Kalau Ikhwan tu putih melepak, aku paham la jugak kan. Tapi, ini ....... putih sikit je dari Rajnikanth! muahahhahaha.

Jeng..jeng jeng. Dan akhirnya! Sepatutnya aku yg tua ni yg menyampaikan hadiah. Bukannya menerima hadiah.

Apakah perasaan aku?
Pertama-tamanya...lega. Fuhh..sebab menang dan aku tak stuff-up (melainkan di ole PokChek! Bangsat! Menate Hobbit nih!).
Keduanya, aku tetiba trasa malu siol. Seriously. Aku trasa macam tak patut menang. Aku lepak je parking depan gol, engkorang yg lain2 lah yg buat kerje banyak. Lagipon aku dah tua, takan la aku ni lagi hebat dari engkorang budak2 dari team lain.

Tapi perasaan merendah diri ini datang sekejap je. Pastu the reality sets in. Aku memang hebat aku rasa! Tak boleh di sangsikan lagi. You cannot argue against the fact.

So, The Winner of Futsal ISMA 2010 is, team OLE.
From left, Sop, Lut, Bandu, Anas, Uncle, Naim, Yus.
Aik...baru perasan. Mana keeper? Mok! Memang takde dlm gambar versi ngan medal lah. Sila rujuk gambar di atas untuk menatap wajah hensem nya.
_______________________________________

Bola itu bulat. Apa2 pon boleh terjadi. Drpd nyaris nak out, tetiba jadi champ.
Ini hari kami. Besok mungkin hari kami gak. Lusa pon sama.
Ketidakhadiran defending champion, team Kickers, menyebabkan aku terasa macam ada taik sembelit membloking duburku. Nak keluar tidak, nak masuk balik pon tidak.
Kemenangan kami tidak sempurna. Aku belum puas....

Sekian. mekasey, wassalam.
_________________________________

CREDIT: "Ramalanku Benar Belaka" ialah nama team Lipas, Jetmir, Miu, Hasnol, Pan, Lokom dan awang2 import mereka.
Wa cilok nama sempoi lu okay!
Nama yg tercetus ketika jejaka2 jiwang itu melayan rock kapak dari kumpulan Umbrella...
Jom layan sepam.


..pergh......meleleh beb!

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger