Tampilkan postingan dengan label muda. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label muda. Tampilkan semua postingan

Jumat, 23 September 2011

Kenapa Aku Tak Suka Bawang Putih.


Salam,

1. Adehh. Pening kepala aku dengan bau rambut Husna ni selepas dia balik dari di jaga di rumah orang ni. Potong steam betul aku nak peluk dia. Taleh tahan. Trus aku lari. Nak tidur pon tak jadi.

2. Orang2 melayu kan suka tumis menumis. Beb! Kalau kat Malaysia rumah "open". Udara boleh kuar masuk. Tapi kat ozzy ni, rumah closed/insulated. So haba terperangkap kat dalam. Malangnya bau2 pon trapped jugak. So lama2 lekat bau kat karpet, baju, rambut etc. Tak syok ler.

3. Deria bau aku tajam gila hokay. Aku kan masak ari2 for the shop. So hidung aku walaupun dah immune kpd bau2 tumis, tapi bau2 yang "aneh" aku akan cepat giler pikap. Bau2 yang aku selalu dok look for ialah bau hangit, bau gas, bau lauk basi gitu.

4. Tapi bau yang paling aku tak tahan adalah bau garlic=bawang putih.

5. Aku tak tau kenapa, tapi aku benci giler dowh. Kalau aku terbau garlic, the memory yang tetiba terpancar di minda aku ialah, waktu salam dan cium tangan mak aku selepas solat jemaah bersama di rumah. Hahhahaha..

6. Mak aku kaki garlic okay. Aku rasa favourite ingredient dia adalah garlic. So obviously tangan kuat giler bau garlic kalau dia baru lepas masak sebelum solat tu. Memang aku benci bau tu, tapi sebab ni mak sendiri okay. Nak tak nak, kau kene cium tangan dia hokay. No excuse. So maybe keterpaksaan itu akhirnya menyebabkan aku jadi saiko bila bau garlic.

7. As a cook, aku memang tak pakai garlic. Surprise !! Cuba try carik garlic kat kedai aku. Ada dlm botol kecik satu jer, in case emergency nak pakai. Semata2 kerana aku tanak tangan aku bau garlic. Yes it is possible to cook wthout garlic. But aku tau aku missing the "extra kick" dlm masakan to. But, I hate it soo much that I don't care.

8. But, korang kene remember, ada banyak masakan2 yang perlu ade garlic, baru ada feel. Macam Char Kuey Tiaw or Sup gitu. Kalau takde, okeh je, tapi rasa dia agak peliklah.

9. Tapikan aku rasa-rasa, takkan semata2 kerana itu je, aku jadi tak tahan ngan garlic. Aku rasa mesti ada sesuatu pada diri aku yg menyebabkan garlic tu macam kryptonite kepada aku.

10. Jadi apabila di suatu hari aku dok belek2 muka aku cepan cermin ni (belek ari2 sebenarnya), terlintas di fikiran aku.
a. Aku kan nampak muda. Lambat aging.
b. Masih power walaupun dah tua.
c. Tak tidur malam, pukul 3-4 pagi baru lelap tak kira camner letih
d. Mencekik darah kastemer aku hari2.
e. Suka di kelilingi orang2 muda dan awek2 hot yg seksi.

11. Dan aku tak suka garlic!! Baru aku sedar. Aku sebenarya adalah ........................... Drakula!


Sekian, Mekasey, Wassalam.

Kamis, 24 Februari 2011

Bila Orang2 Tua Nak Memperbodohkan Orang2 Muda

The Star
Salam
...ini asalnya adalah komen aku terhadap post kawan aku fakirfikir: "Idealisme anak muda" (baca sini). Tapi macam best, so aku post sini instead.

Aku juga pernah muda. Tapi walaupun umur aku kini sudah layak utk kawin muda, tapi aku tak pernah lupa yg idealisme lah yg menjadi motivasi kpd kita.

Tanpa idealisme, realistik or fantasi, kita akan menjadi manusia yg hambar. Robot2 yg hanya mendengar cakap "orang2 tua" yg hanya ingin melacurkan "org2 muda" untuk memenuhi poket ataupun kuasa org2 tua yg egonya lagi besar dari zakarnya.

Biarlah orang2 muda berpolitik. Biarlah mereka mempunyai idealisme yg merapu. Biarlah mereka membuat kesalahan. Biarlah diorang sedar bahawa idealisme itu sebenarnya hampeh. Biarlah mereka menyesal. Supaya mereka belajar.

Politik je pon. Bukannya isap dadah, porno, seks bebas, rempit ataupun clubbing. Biarlah mereka experimenting.

Kalau kita sayang anak sampai tak nak bagi anak kita luka, camner kita nak ajar dia berjalan, panjat pokok, naik basikal dan sebagainya kan?

Salute di berikan kpd geng2 Pro-Mahasiswa (anti establishment, pembangkang) yg menang di UIA, UM dan UKM. Berani habis.(sources star 1, star 2)

Kepada pro-Aspirasi/Pengerak Mahasisiwa (pro-establishment, BNasional), yang menang di kesemua Uni2 yg lain di Malaysia, berfikirlah sejenak.
Adakah kemenangan engkorang di sebabkan oleh ketokohan engkorang semata2 ataupun kerana duit2 "dari sumber misteri" bawah meja, SMS ugutan ataupun anjing2 kakitangan Universiti yg campur tangan. (sources Star malaysiakini )

Woff Woff motherfucker!

Kamonla UM dengan "e-voting"nye. E-vote is not confidential. If U e-vote the opposition, you will get seriously e-FUCK by the university. Cuak la siol. Kakitangan UM yg ingatkan budak2 senang2 boleh di kencing, patut di drop-kick on the nuts! (Source Star)

Kamonla UPM. Kau disqualified 10 pro-Mahasiswa winners on the ground that they "campaigned as a group". Are u shitting me? Pro-aspirasi(BN) tu bukan group plak? Kamon la UPM. Stop melancap. Mata boleh rabun bro. (source Star)

Of course, the budak2 pro-Mahasiswa over2 plak dalam protes mereka. Nak wat camner . Darah muda. Anuar Berahim dan kawan2 pon pernah ngamuk2 kat masjid negara masa dia student leader di zaman dahulu kala kan?

Careful though bros. Tak berbaloi kalau di buang Uni just becos of this "minorly significant" Unis election. Grad dulu, pastu join the real politic bro.

Kepada orang2 tua/dewasa,
You have long lost your idealism.
The fire inside of you dah padam lama dah.
Kau telah surrender!
Kau kalah!
Kau telah terperangkap di dalam sistem yg kau ada kepentingan (jawatan=kuasa +duit).
Kau ingat kau boleh memadamkan api semangat orang2 muda dengan kuasa, ugutan, undang2, policy, procedure, duit etc.
Kau ingatkan kau adalah fire extinguisher.
Padahal kau telah menyemarakan api tersebut dengan tindakan demi tindakan yg bodoh.
Orang2 muda membuat kesilapan kerana kurang kematangan mereka.
Engkau? Whats your excuse?
Sia2 je tua.

Sekian, mekasey, wassalam.
0310

Selasa, 12 Oktober 2010

Love me Tender......


Salam,

1. AT LAST, .....3 hari lepas aku fon Malaysia untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!

2. Err..... technically, bini aku yg ambik fon aku dan tekan button dial. Dan errrrr ........ technically, aku tak mintak maap pon. Just tanya khabar je. Muahahhaahaha. Kira aci la tu.

3 Dah sah aku kene perli.
Mama Aku:" Ni Slamat Hari Raya apa ni?"
Gua: " Raya Posa Nam la mama!"
Mama: " Posa Nam apa? . Dah 10 October dah ni!"
Gua: " Ala Mama. Kami kat sini pakai takwim Aboriginal. Lambat skit!"
Mama: "Awok Nih! ....Soo.....jadi ke tak jadi ni?"
Gua: " Jadi apa? Ohhhhhhhh....yg tu ker......................."

4. Setakat itu je lah kitaorg borak pasal aku. Lepas tu kitaorang discuss pasal "Ohhhhhh". Bila mama aku passing fon tu kat papa aku pon, dia mana tanya psal aku pon. Dia straight tanya pasal "Ohhhhhh". Cakap sampai kesudah pasal "Ohhhhhhh"!

5. Dem! Kan aku dah cakap dulu (sini), diorg apekisah aku call ke tidak. Takdehalnyer lah!

6. So apakah "Ohhhhhhh" yg sangat penting, lagi penting dari aku tuh?

7. Well. Parents aku suruh aku offer tender kat Ostolia nih. Tender kepada gadis2 untuk jadi ADIK IPAR aku!

8. Adik bongsu aku (26, engineer). Bosan lah lu bro. Pegi la tekel awek sendiri !

8. At this moment, ini BUKAN open tender. Skang ni adalh stage tender tertutup. Direct nego(tiation) dulu kpd insan2 terpilih.

9. Itulah yang aku dan famili dok discuss panjang gila di dalam phone call yang terpanjang yg aku buat tahun ni kot. 5 minit siol! Selama 5 minit yg penuh pressure itu, bapak aku interrogate aku pasal calon2 tersebut. Aku pulak yg berpeluh! Dia bekas polis bro. Sapa tak cuak!

11. Selepas tu dia bagik green light to proceed.
"Hokay. Awok bagik phone nombor dia, pastu dioarg pandai2 lah tuh. 1 campur 1 jadi dua. Kita bagik sampai December. Awok bagik progress update along the way okay. Roger and Out!". Kelik! ...Tuuuut...Hangup.

12. Amboi! Ni bukannya operasi polis. Ni operasi hati. Mane boleh set time frame cepat gituh.

12. Anyway. Kalau jadi, Alhamdullilah. Setel. Kalau tak jadi, ...jeng...jeng...jeng...terpaksalah aku buat OPEN tender. Tender terbuka. Free for all to apply.

13. Aku tau dan aku sedar, ramai giler awek2 Ostolia ni yg berebut2 nak jadi adik ipar aku sebenarnya, kerana mereka melihat aku ini hensem dan macho, maka sudah tentunya adik aku juga sebegitu rupa.

Lelaki ke dua termacho di Jeli selepas Fahmi "Cho-mel" Hassan.

14. Maka aku pasti, ramai gadis2 yang hancur luluh hati mereka kerana tidak termasuk didalam golongan insan2 yg terpilih di dalam proses direct nego sekarang ini.

14. Tetapi janganlah anda bersedih. Ada hikmahnya di situ. Ia mengajar erti "redha" kepada anda sebenarnya. Redha kepada ketentuan Allah bahawa anda2 bukan merupakan "wife material".
Itu sebabnya kene rejek siang2!

15. Walaubagaimanapun, aku mempunyai beberapa tender lain yang ALWAYS TERBUKA. Antaranya ialah tender basuh kereta aku (klik sini), tender supplier karipap untuk kedai, tender mengilap medal2 bola aku .......
1997 Gold bola MSA (Malaysian Student Ass.) Brapa umur ngkorang?

....dan tender paling hot, iaitu tender-tender untuk menjadi bini nombor dua, tiga dan empat aku.

16. Jangan salah faham. Walaupun anda bukan "wife material" ataupun "adik ipar material", itu tidak bermaksud anda bukan "madu material".

17. Permohonan terbuka sekarang. Sebarang sogokan dalam bentuk keropok, baulu, cheese cake, chocolate chip cookies, cupcakes, sticky date pudding dan bubble tea, TIDAK AKAN menjamin kejayaan anda untuk memperolehi tender-tender tersebut.

Oleh itu, sogoklah berkali-kali.
Usaha tangga kejayaan!


Sekian, mekasey, wassalam.

Sabtu, 17 April 2010

Aku Dah Letih Mempoyo.....

Salam,

1. Minggu ni rekod! Selama Empat hari berturut2, empat org yg berlainan, yang tak pernah baca blog aku, kata aku ni nampak masih muda, masih steady, nampak cam sebaya je ngan budak2 dlam gambar team bola yg tergantung kat dinding kedai tu. Ari jumaat aritu jer, aku maleh nak cukur janggut, baru takde org kata aku muda. Uwaaaa..!!

2. Mula2 tu, aku gelak jer. Poyo seharian. Tapi bila dah masuk ari ke tiga tu, ia dah jadi agak disturbing. Pergh! Bahaya nih. Boleh menimbulkan perassan riak dan ujub di hatiku.

3. Hensem ataupun muda, yg aku selalu dok bising2 kat blog ni, adalah anugerah Allah yg aku amat syukuri. Tapi anugerah ini, bukan ibarat anugerah Mr Universe ataupun Pencarian Kacak Bergaya Pancaindera/Vigor 2010 (usha1, usha2), yg kalau sekali dapat, title tu lekat selama2nya.


4. Sebaliknya, kehenseman, kekacakan, ke-taff-fan dan kemudaan pada diri aku ini.....opss..lupa plak satu lagi, kemachoan....,ini semua adalah ibarat anugerah Datuk ataupun Tan Sri. Bila2 masa je boleh kene tarik balik by Allah. Anytime je kuah kari boleh tumpah atas muka hensem aku ni, baju terbakar masa masak abis melecur muka aku jadi senget, kurap tumbuh atas batang idung ke, panau kat pipi ke, etc. Anytime je juga, aku boleh kene penyakit kronik macam kanser ke gitu dan terus accelerate my aging proces.

5. Jadi aku selaku seorang insan yg merendah diri, ingin keluar dari lembah kepoyoaanku.

6. Aku sedar kehenseman dan kemudaan aku ni merupakan satu "amanah". Ia di anugerahkan kepada aku untuk aku gunakan sebaiknya dan dlm masa yg sama tidak harus di persalahgunakan. Allah mengamanahkan aku untuk menjadi salah satu bukti kebesaran penciptaanNya yg indah. Jadi jangan la plak aku gunakan anugerah ini untuk simpan berlonggok2 awek-awek yg "indah-indah" plak. Aduss....terasa aku!

7. Allah juga barangkali mengamanahkan kemudaan kepada aku, supaya aku terus kuat bertenaga menunaikan fardhu kifayahnya di bumi Adeled ni, iaitu bukak kedai makan halal. Manyak sakit woo!! Tapi jangan la plak aku salah gunakan kemudaan aku ini dengan memperisterikan salah satu drpd berpuluh2 awek yg minat kat aku disini kerana diaorang ingat aku ni masih muda. Sepatutnya, selaku penjaga amanah, aku harus memperisterikan salah EMPAT drpd awek2 tersebut! Aminnnn!


8. Kehenseman dan kemudaan ini juga merupakan satu "ujian" bagiku. Bila hensem sepertiku, ramai awek2 yg datang bergolek2 di depan kakiku. Itu merupakan ujian yg berat dan kadang2 tu aku jadi macam ilang akal untuk melawannya. Maklumlah, syahwat ku mega, iman ku micro.

9. Ujian untuk umur yg muda ataupun physical yg bajet muda sepertiku ini pula adalah straight forward.
Sabda Rasullulah (usha sini) diriwayatkan oleh
Al-Hakim dan Al-Baihaqi daripada ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma
Maksudnya: “Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, masa engkau hidup sebelum mati, masa engkau sihat sebelum sakit, masa engkau lapang sebelum sibuk, masa engkau muda belia sebelum tua dan masa engkau kaya sebelum miskin.


Jadi masa yg di pinjamkan Allah kepada aku ini, aku kene mengmanafaatkan sepenuhnya untuk ke syurga. Aku kene cuba berusaha keras ke arahnya. Kaya di dunia, bila mati hampeh. Kaya di akhirat, kekalnya everlasting. Cikaroz di dunia bukannya boleh bawak beromen. Cikaroz di mahligai2 syurga, perghh......satu istana tu beb! Apa stail lu mau? Brapa org skali lu larat layan?

10. Imam Ghazali pernah bernah berteka-teki ngan anak2 murid dia.(usha source)

Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

MATI
Apakah yg paling jauh dari kita di dunia ini?
MASA YG BERLALU
Apakah yg paling besar di dunia ini?
HAWA NAFSU
Apakah yg paling berat di dunia ini?
MENJAGA AMANAH
Apakah yg paling ringan di dunia ini?
MENINGGALKAN SOLAT
Apakah yg paling tajam di dunia ni?
LIDAH MANUSIA

11. Jadi untuk menjaga amanah kehenseman dan kemudaan ini adalah BERAT kerana nafsu ku adalah BESAR. Apabila manusia2 memuji2 aku, ia makan dalam kerana ia adalah TAJAM. Hinggakan aku lupakan kematian yg semakin DEKAT dan masa terbazir yg telah pergi JAUH.

12. So, udah2 lah kata aku ni muda ataupun hensem. Saja je engkorang nak bagik aku poyo, riak dan ujub. Iblis! Aku sepak kang! Macam la aku tak tau aku ni memang hensem dan nampak muda.
Tapi kalau dah terlampau gatal mulut tu boleh je cakap. Tapi bukan kat aku ler. Cakap ler kat kawan2 engkorang yg muda2, chomey2, gojes2, hawt2 tuh. Aku halalkan engkorang ngumpat aku dalam bab itu.
Takdehal!

Sekian, mekasey, wassalam.

Senin, 12 April 2010

Semakin Hari Semakin Muda

Salam,
"Jika ia fakta, ia bukan Poyo!" mangkuk 2010

1. Aku memang dah sedar aku ni dah tua. Aku tak pernah malu ngaku aku ni dah tua. Tiap2 ari bila aku tgk muka aku kat cermin, aku mesti kata pada diriku..
"Hmm...dah tua aku ni. Alhamdullilah aku insaf. Dan Alhamdullilah ........ masih ensem lagi aku rupa2nya."

2. Sebab tu aku tak pernah tanya bini aku,
"Yang! Aku ni dah tua ke?". Sebab aku memang dah tau yg aku ni dah tua.
Sebaliknya aku tanya bini aku
"Yang! Aku ni hensem lagi dak?".

3. Latest jawapan, Setelah pikir 2-3 saat.
"Hmm...sedap gak la mata memandang!"
Maksudnya tu , aku ni hensem le. Dia dok pikir 2-3 saat tu, utk carik ayat caber skit la. Kalau dia trus kata "HENSEM GILERRRR!". Dah tentu besok gak aku gi ngorat awek2 gojes yg berkeliaran di alam sekitar aku.

4. Tapi dalam aku pasrah menerima hakikat bahawasanya aku ni dah tua, banyak sungguh dugaan yg melanda. Silih berganti, saban hari, ade saje org yg cuba meruntuhkan keimanan aku terhadap status ke-tua-an aku.

5. Aku dah tak larat bilang dah, berapa kali org kata aku ni muda.
Ada org kata aku ni 25, ada kata 26.
Ada makcik panggil aku budak2.." Ala..makcik dtg ke adeled ni nak tgk camner budak2 meniaga.." . Makcik tu baru 40!

6. Dialog paling standard yg aku dah dengar berpuluh2 kali dah kat kedai ialah
Kastemer: Sapa bos ni dik?
Macha/Minachi: Tu la Bos saya.....Yg hensem, kacak, macho dan tuff dan hensem tu.....
Kastemer: Ehh ! MUDA nyeeeeeerrrr....

7. Arini pon dialog yg sama berlaku antara kastemer Makcik dengan pekerje gojes tapi bajet hawt aku. Kastemer tu siap tambah lagik.
Kastemer Makcik: Dia dah kawin ke belum?
Perghhh!
Kan aku dah kata! Makcik-makcik memang tak boleh menahan gelojak gelora nafsu bila tengok aku. Bila la anak2 makcik plak yg teruja nafsunya entah.

8. Lepas tu, pekerje tinggi bajet model aku plak kata kat aku
"Ramai kawan2 saya tak caya langsung bila saya cakap Abang Mangkuk ni dah tua".
Perghh!
Memang benarlah tanggapan aku selama ini. Bahawa namaku bermain2 di bibir2 mulus gadis2 muda remaja seantaro Adeled. Ngumpat pon ngumpat la....

9. Tapi aku sikit pon tak heran bila gadis2 dan makcik2 ni semuanya nampak aku ni muda. Sebab aku paham sangat orang pompuan ni.
Orang pompuan ni mudah je!
Bila dia minat kat seseorang tu, apa2 cacat-cela yg ada pada laki tu, dia langsung tak nampak.
Pandangan mereka seolah2 tertutup, terhijab or terpesong.

10. Tak caya? Cuba tgk berapa banyak gadis2 gojes dan hawt yg kawin/kapel ngan laki biasa, botak, gemuk, pendek, etc, yang tak kaya pon.
Bila orang pompuan dah minat tu, laki yg gemuk dia kata cuddly, yang tembam dia kata cute, yang botak dia kata macho, yang hitam dia kata manis, yang kuat jeles dia kata "bcoz he loves meh", yang jahat dia kata hawt, yang berbulu dia kata subur, yang kuat meraba dia kata mesra.

11. Jadi kepada adik2, kakak2, makcik2 dan nenek2 yang kata aku ni nampak muda, aku tau engkorang ni sebenarnya "MINAT" kat aku.
Sebab tu engkorang tak nampak pon aku ni dah tua!

12. Tapi engkorang tentunya tak minat kat aku sebab aku ni "muda". Sebab berapa banyak org muda kat atas dunia ni, engkorang tak plak cakap kat org2 muda ni, "Ehh! Kau nampak muda la"
Jadi minat engkorang kepadaku sudah semestinya kerana aku ni hensem.

Jadi terima kasih lah kerana mengatakan aku ni hensem secara tak langsungnya bila kau kata aku ni muda.

Tak pe beb! Wa paham!

Sekian, mekaseh, wassalam

Selasa, 02 Maret 2010

Intro to Meng-stalking Haweks Dalam Fesbuk.

.....STALK ME !!! STALK ME PLISSS !!!!!

Salam,
....sebahagian drpd "my Valentine suck Ass" series......for MALE readers ONLY. 1 intro, 2 balak, 3 kurap , 4 bini, 5. cun, 6 hasben, 7 stalker intro,8 kolek info. 9, gugel

1. Fesbuk ni memang la tak leh blah. Mmg la stalker heaven! Too easy. Too efficient. Too anonymous. Everybody "can be" and definately "will be" a stalker.

2. Mungkin ramai stalker2 tegar akan kata Fesbuk ni ibarat perompak bank di bagi kunci masuk peti besi. Salah tu bro! Sebaliknya, Fesbuk ni ibarat perompak bank gi "bukak bank" dan kita ramai2 dgn penuh sukarela gi boh duit kat bank tuh.

3. Nak buat camner, setiap manusia adalah capap. Jadi kita pon selambe-rocknya pakat ramai2 boh gambar la, kasi info lah dan siap britau satu dunia, tiap-tiap ari kau dok buat apa. Bangang dak korang? Errrk..aku pon skalilah satu kapal gak la!!

4. Majoriti budak2 muda cam "aku" dan korang, main fesbuk sebab nak carik awek/balak. Tu yg boh gamba2 gojes or bajet gojes beralbum2 tuh. Yg tak cun plak, boh gamba katun la, gamba photoshop la. Tak kisah la.

5. Tapi yg tak leh blahnya, bila dah "in relationship", dia bubuh gambar dok berdating la plak! Nak kasi tau semesta alam ke
"Woii!! Tengok Gua Woi! Gua ada hawek!".
Lu apahal? Kasi tutup account fesbuk trus la! Objektif dah achieved!
Apa lu mau usha awek lain lagika? Mau pasang dua tiga ka?

6. Gua bukan apa bro. Lu kene lah jaga hati org2 yg takde awek bro. Tgk cam aku. Aku ada bini, tapi haweks, tarak. Kecik ati aku bro bila usha gamba lu.

7. Geng2 otai (bukan aku) bila berfesbuk, semua letak private. Habuk gambar or info tak kasi. Kene add as fren baru leh nampak. Sebab apa? Sebab masing2 dah macam pakcik makcik, perut laki bini dah "permanently mengandung"dan kepala dah boleh tulis hurf besar H, kasi helikopter landing. Otai2 main fesbuk biasanya utk networking, geng balik ngan memember lamer dan usha aweks. Bukan aweks "matang". Tapi aweks muda. Yes. Cam engkorang!

8. Untuk geng2 yg level pakcik tapi prasan muda cam aku nih, fesbuk ni lah yg mengembalikan aku ke pangkal jalan. Korang budak2 muda, buat lah muka cam beruk pon, still menten comel. Tapi kalau org2 .....ehem......season mcm aku nih, kalau buat muka beruk, bila amik gambar konpirm nampak cam babi utan. Tergugat keimanan aku terhadap dilusi kehenseman aku sebentar.

9. Tapi korang budak2 dok posing pelik2 kat fesbuk ni, nantilah kau!. One day nanti, bila kau nak jadi "someone", mampos korang nak caber photo2 skandal korang. Kau mungkin boleh delete dari album korang, tapi u will never know apa yg org lain simpan! That day will come beb !!!

10. Aku pon banyak gamba skandal, tapi semua photo, bukannya digital. Ade lagi aku simpan dlm beg kat ghumah aku. Bila aku tgk, aku pon ngucap! Muahahhaha. One day nanti aku bakar semua tuh!

11. Jadi one day, insyhaAllah bila aku jadi "someone", jadi Tan Sri dan nak kawin ngan artis umur 21 tahun yg body berbanjaran Titekwangsa cam Rozita Che Wan, aku boleh selambe je umum kat press dan malam tu aku boleh projek bini muda aku dgn pacuan yg tenang. Sebab aku tahu, gamba2 aku selamat di dalam beg itam aku yg berkod 527 tu.

12. Anyway, ni sepatutnya jadi intro kdp guide how to stalk using fesbuk. Skali merepek meraban plak aku nih. Dah sah tua. Otak dah sasau. Takpelah. Aku memang dah lama sedar bahwa aku ni seorang lelaki tua yg hensem dan macho gila babi.

13. Untuk project latihan amali stalking ni, aku masih tercari2 siapakah target yg kaw2. Ada apa2 cadangan? Jom target haweks la plak. Siraj fahmi dah setel. Sila kemukakan nama2 awek hawt di hati anda. Hah!!...habes cuak semua haweks...Cepat..."remove from fren" kan aku!!

Salam, mekasey, wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger