Sabtu, 17 April 2010

Aku Dah Letih Mempoyo.....

Salam,

1. Minggu ni rekod! Selama Empat hari berturut2, empat org yg berlainan, yang tak pernah baca blog aku, kata aku ni nampak masih muda, masih steady, nampak cam sebaya je ngan budak2 dlam gambar team bola yg tergantung kat dinding kedai tu. Ari jumaat aritu jer, aku maleh nak cukur janggut, baru takde org kata aku muda. Uwaaaa..!!

2. Mula2 tu, aku gelak jer. Poyo seharian. Tapi bila dah masuk ari ke tiga tu, ia dah jadi agak disturbing. Pergh! Bahaya nih. Boleh menimbulkan perassan riak dan ujub di hatiku.

3. Hensem ataupun muda, yg aku selalu dok bising2 kat blog ni, adalah anugerah Allah yg aku amat syukuri. Tapi anugerah ini, bukan ibarat anugerah Mr Universe ataupun Pencarian Kacak Bergaya Pancaindera/Vigor 2010 (usha1, usha2), yg kalau sekali dapat, title tu lekat selama2nya.


4. Sebaliknya, kehenseman, kekacakan, ke-taff-fan dan kemudaan pada diri aku ini.....opss..lupa plak satu lagi, kemachoan....,ini semua adalah ibarat anugerah Datuk ataupun Tan Sri. Bila2 masa je boleh kene tarik balik by Allah. Anytime je kuah kari boleh tumpah atas muka hensem aku ni, baju terbakar masa masak abis melecur muka aku jadi senget, kurap tumbuh atas batang idung ke, panau kat pipi ke, etc. Anytime je juga, aku boleh kene penyakit kronik macam kanser ke gitu dan terus accelerate my aging proces.

5. Jadi aku selaku seorang insan yg merendah diri, ingin keluar dari lembah kepoyoaanku.

6. Aku sedar kehenseman dan kemudaan aku ni merupakan satu "amanah". Ia di anugerahkan kepada aku untuk aku gunakan sebaiknya dan dlm masa yg sama tidak harus di persalahgunakan. Allah mengamanahkan aku untuk menjadi salah satu bukti kebesaran penciptaanNya yg indah. Jadi jangan la plak aku gunakan anugerah ini untuk simpan berlonggok2 awek-awek yg "indah-indah" plak. Aduss....terasa aku!

7. Allah juga barangkali mengamanahkan kemudaan kepada aku, supaya aku terus kuat bertenaga menunaikan fardhu kifayahnya di bumi Adeled ni, iaitu bukak kedai makan halal. Manyak sakit woo!! Tapi jangan la plak aku salah gunakan kemudaan aku ini dengan memperisterikan salah satu drpd berpuluh2 awek yg minat kat aku disini kerana diaorang ingat aku ni masih muda. Sepatutnya, selaku penjaga amanah, aku harus memperisterikan salah EMPAT drpd awek2 tersebut! Aminnnn!


8. Kehenseman dan kemudaan ini juga merupakan satu "ujian" bagiku. Bila hensem sepertiku, ramai awek2 yg datang bergolek2 di depan kakiku. Itu merupakan ujian yg berat dan kadang2 tu aku jadi macam ilang akal untuk melawannya. Maklumlah, syahwat ku mega, iman ku micro.

9. Ujian untuk umur yg muda ataupun physical yg bajet muda sepertiku ini pula adalah straight forward.
Sabda Rasullulah (usha sini) diriwayatkan oleh
Al-Hakim dan Al-Baihaqi daripada ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma
Maksudnya: “Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, masa engkau hidup sebelum mati, masa engkau sihat sebelum sakit, masa engkau lapang sebelum sibuk, masa engkau muda belia sebelum tua dan masa engkau kaya sebelum miskin.


Jadi masa yg di pinjamkan Allah kepada aku ini, aku kene mengmanafaatkan sepenuhnya untuk ke syurga. Aku kene cuba berusaha keras ke arahnya. Kaya di dunia, bila mati hampeh. Kaya di akhirat, kekalnya everlasting. Cikaroz di dunia bukannya boleh bawak beromen. Cikaroz di mahligai2 syurga, perghh......satu istana tu beb! Apa stail lu mau? Brapa org skali lu larat layan?

10. Imam Ghazali pernah bernah berteka-teki ngan anak2 murid dia.(usha source)

Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

MATI
Apakah yg paling jauh dari kita di dunia ini?
MASA YG BERLALU
Apakah yg paling besar di dunia ini?
HAWA NAFSU
Apakah yg paling berat di dunia ini?
MENJAGA AMANAH
Apakah yg paling ringan di dunia ini?
MENINGGALKAN SOLAT
Apakah yg paling tajam di dunia ni?
LIDAH MANUSIA

11. Jadi untuk menjaga amanah kehenseman dan kemudaan ini adalah BERAT kerana nafsu ku adalah BESAR. Apabila manusia2 memuji2 aku, ia makan dalam kerana ia adalah TAJAM. Hinggakan aku lupakan kematian yg semakin DEKAT dan masa terbazir yg telah pergi JAUH.

12. So, udah2 lah kata aku ni muda ataupun hensem. Saja je engkorang nak bagik aku poyo, riak dan ujub. Iblis! Aku sepak kang! Macam la aku tak tau aku ni memang hensem dan nampak muda.
Tapi kalau dah terlampau gatal mulut tu boleh je cakap. Tapi bukan kat aku ler. Cakap ler kat kawan2 engkorang yg muda2, chomey2, gojes2, hawt2 tuh. Aku halalkan engkorang ngumpat aku dalam bab itu.
Takdehal!

Sekian, mekasey, wassalam.

Comments :

0 komentar to “Aku Dah Letih Mempoyo.....”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger