"Jika ia fakta, ia bukan Poyo!" mangkuk 2010
1. Aku memang dah sedar aku ni dah tua. Aku tak pernah malu ngaku aku ni dah tua. Tiap2 ari bila aku tgk muka aku kat cermin, aku mesti kata pada diriku..
"Hmm...dah tua aku ni. Alhamdullilah aku insaf. Dan Alhamdullilah ........ masih ensem lagi aku rupa2nya."
2. Sebab tu aku tak pernah tanya bini aku,
"Yang! Aku ni dah tua ke?". Sebab aku memang dah tau yg aku ni dah tua.
Sebaliknya aku tanya bini aku
"Yang! Aku ni hensem lagi dak?".
3. Latest jawapan, Setelah pikir 2-3 saat.
"Hmm...sedap gak la mata memandang!"
Maksudnya tu , aku ni hensem le. Dia dok pikir 2-3 saat tu, utk carik ayat caber skit la. Kalau dia trus kata "HENSEM GILERRRR!". Dah tentu besok gak aku gi ngorat awek2 gojes yg berkeliaran di alam sekitar aku.
4. Tapi dalam aku pasrah menerima hakikat bahawasanya aku ni dah tua, banyak sungguh dugaan yg melanda. Silih berganti, saban hari, ade saje org yg cuba meruntuhkan keimanan aku terhadap status ke-tua-an aku.
5. Aku dah tak larat bilang dah, berapa kali org kata aku ni muda.
Ada org kata aku ni 25, ada kata 26.
Ada makcik panggil aku budak2.." Ala..makcik dtg ke adeled ni nak tgk camner budak2 meniaga.." . Makcik tu baru 40!
6. Dialog paling standard yg aku dah dengar berpuluh2 kali dah kat kedai ialah
Kastemer: Sapa bos ni dik?
Macha/Minachi: Tu la Bos saya.....Yg hensem, kacak, macho dan tuff dan hensem tu.....
Kastemer: Ehh ! MUDA nyeeeeeerrrr....
7. Arini pon dialog yg sama berlaku antara kastemer Makcik dengan pekerje gojes tapi bajet hawt aku. Kastemer tu siap tambah lagik.
Kastemer Makcik: Dia dah kawin ke belum?
Perghhh!
Kan aku dah kata! Makcik-makcik memang tak boleh menahan gelojak gelora nafsu bila tengok aku. Bila la anak2 makcik plak yg teruja nafsunya entah.
8. Lepas tu, pekerje tinggi bajet model aku plak kata kat aku
"Ramai kawan2 saya tak caya langsung bila saya cakap Abang Mangkuk ni dah tua".
Perghh!
Memang benarlah tanggapan aku selama ini. Bahawa namaku bermain2 di bibir2 mulus gadis2 muda remaja seantaro Adeled. Ngumpat pon ngumpat la....
9. Tapi aku sikit pon tak heran bila gadis2 dan makcik2 ni semuanya nampak aku ni muda. Sebab aku paham sangat orang pompuan ni.
Orang pompuan ni mudah je!
Bila dia minat kat seseorang tu, apa2 cacat-cela yg ada pada laki tu, dia langsung tak nampak.
Pandangan mereka seolah2 tertutup, terhijab or terpesong.
10. Tak caya? Cuba tgk berapa banyak gadis2 gojes dan hawt yg kawin/kapel ngan laki biasa, botak, gemuk, pendek, etc, yang tak kaya pon.
Bila orang pompuan dah minat tu, laki yg gemuk dia kata cuddly, yang tembam dia kata cute, yang botak dia kata macho, yang hitam dia kata manis, yang kuat jeles dia kata "bcoz he loves meh", yang jahat dia kata hawt, yang berbulu dia kata subur, yang kuat meraba dia kata mesra.
11. Jadi kepada adik2, kakak2, makcik2 dan nenek2 yang kata aku ni nampak muda, aku tau engkorang ni sebenarnya "MINAT" kat aku.
Sebab tu engkorang tak nampak pon aku ni dah tua!
12. Tapi engkorang tentunya tak minat kat aku sebab aku ni "muda". Sebab berapa banyak org muda kat atas dunia ni, engkorang tak plak cakap kat org2 muda ni, "Ehh! Kau nampak muda la"
Jadi minat engkorang kepadaku sudah semestinya kerana aku ni hensem.
Jadi terima kasih lah kerana mengatakan aku ni hensem secara tak langsungnya bila kau kata aku ni muda.
Tak pe beb! Wa paham!
Sekian, mekaseh, wassalam
Comments :
0 komentar to “Semakin Hari Semakin Muda”
Posting Komentar