Tampilkan postingan dengan label viagra. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label viagra. Tampilkan semua postingan

Kamis, 02 Juni 2011

Blogger Ini Mati Pucuk Buat Sementara Waktu. Satu Pengakuan Ikhlas dan Berani.


Salam,

1. Mati pucuk ini ada 2 jenis.

PERTAMA: Mati pucuk kerana zakar itu telah terjejas fungsinya anatomically. Punca2 besarnya adalh
a. penyakit2 yg block saluran darah (kencing manis, darah tinggi, etc),
b. penyakit2 yg block signal drp otak (lumpuh).
c. medication nye side effect

KEDUA: Ialah apabila zakar tu okay, tapi gangguan mental/psychological menyebabkan zakar tu tak mau "berkerjasama" apabila di perlukan.

2. So bagaimanakah kau nak bezakan anatara jenis pertama or kedua?

3. Mudah sahaja. Sekiranya kau mati pucuk, tapi pagi2 zakar kau dah bangun sembahyang subuh sebelum engkau, itu maksudnya zakar kau boleh berfungsi okay je. Takdehal dari segi anatomy. So, mati pucuk engkau itu adalh disebabkan masalah mental.

4. Tapi kalau pepagi, kau yang bangun subuh, tapi bilal masjid, Abang Zakar-ria tak bangun2, itu tandanya masalah besar lah tuh. Ini tandanya zakar kau yang sakit tenat. Bukannya otak.

5. Tapi janganlah bersedih. Janganlah terburu2 beli tiketAirAsia ke Phuket utk memotong zakar anda dan menukarkan nama anda drp Mohd Asharf Hafiz kepada Aleesha Farhana.

6. Penyakit ini boleh di ubati. Viagra! Setel mental dan physical!


7. Jadi, aku sekarang ni dah dekat seminggu tak boleh perform. Prestasi terganggu. Baru nak naik syeh, trus kendur. Tak boleh update blog. Haram skit!

8. Aku memang pagi2 banyak gila idea mencurah2 dari langit. Tapi mana aku sempat nak tulis pepagi. Dan bila aku nak tulis memalam, cisss! Idea tak datang2! Mati kepucukan. Dem laa!

9. So aku tahu di sebabkan aku pagi2 orait, maka dari segi kebolehan, memang aku ada. Jadi masalahnya sekarang ini adalh mental!

10. Kalaulah ade pill yg aku boleh telan.

Sekian, mekaseh, wassalam.

Rabu, 11 Maret 2009

Empatloji kopi kuat: Woi! Hari2mau cerite sama ka!

Salam,

1. Aku dah bagitau dah dulu dan dulu dan dulu dalam trilogi aku. Korang tak nak caya. Ni bace kat BH pasal "kemaruk ubat kuat" yg cerite lebih kurang cam aku cerite, antara lain, tentang ketidak-effektif-fan kopi tongkat ali.

2. Di dalam artikel "Berhati2 guna ubat kuat" pulak, pihak farmasi kementerian kesihatan keluarkan warning tentang kopi yg campur sildenafil (viagra), tadalafil (cialis) dan vardenafil (levitra). Kopi ni di banned kerana depa campur ubat kedalam kopi. Jadi tu dah jatuh undang2 macam jual "ubat/medicine". Tapi kalau campur tongkat ali, tu hanya di kira sebagai "herbal", jadi kementerian buat donno je.

3. Bahaya apabila ubat/medicine di campur ke dalam kopi ialah tidak semue org boleh amik ubat ni kerana ade "side effek" dan ader "contraindication" biler amik ubat ni. Ape ke menatang bezanyer antara dua tu korang tanya?

4. "Side effeck" ni biler org mkn ubat tu, ader kesan2 yang tak best telah di alami oleh sesetengah orang. Contohnya ade orang sakit kepala, muntah2, cirit birit, gatal2, pompuan tumbuh misai, laki naik tetek, mati dll. So ini TAK DAPAT DI AGAK sape akan kene dan effek pesen aper akan kene terhadap seseorang individu.

5. "Contraindication" pulak adalah orang 2 yang "pantang" /tak leh amik ubat tu. Contohnya saper ader sakit jantung , pantang/jangan amik viagra, saper ade G6PD is contraindicated untuk amik aspirin, saper pregnant is contraindicated/tak leh untuk Xray and so on.

6. Cara mudah nak ingatnyer, biler ngorat awek cun yang anda usha kat kedai swinging bowl,

Effect: anda berjaya tekan ayat dan sekarang dah berbahagia ke anak cucu.

Side effect: awek tu buat bodoh, awek tu hadiah pelempang free, awek tu awek usrah yang bagi tazkirah tentang akhlak buruk anda selama dua jam setengah, awek tu sebenarnya bapuk, awek tu minta belanja makan murtabak mahal aku yg ayam $7.50 atau lamb $6.50, ie semuanya kau tak leh nak bajet.

Contraindication: Anda jangan mengada2 ngorat awek tersebut sekiranya muka anda tak hensem (tapi kalau pandai tekan ayat jalan je), anda tiada pulus sebab duit biasiswa ari tu dah abis sedekah kat tabung amal kawin empat SB, badan anda kuat bau kari sebab dok masak seharian sampai awek tu perli "awak ni pakai perfume made in india ke?", anda telah beristeri empat, awek tu bini orang, awek tu bini tokey SB yang ader kat belakang tu dok potong ayam ngan pisau besar bapak.

7. Mak ooi panjang nyer aku melalut. Kembali kepada cerita asal. Kopi yg di campur ngan viagra dan adik beradiknya tersebut di banned kerana silap aribulan orang boleh mati kalau minum kopi tersebut kalau contraindicated.

8. Nama2 tak lehbelah kopi yang di banned tersebut adalah Coffee Hari2-mau Power X2, B-Fit Coffee, Spring Cafe, Ali Baba Coffee 10 in 1, Kopi Kucing Galak, Kopi Pahlawan, Kopi Tenaga Tok Lebai Plus, Mentalk Candy Ginseng & Coffee, Kopi Bagus AAA dan Evo Green Mix For Healthy & Vitality.

9. Jadi sekiranya anda memiliki kopi2 tersebut, anda di kehendaki menyerahkan kopi itu kat aku untuk di musnahkan ASAP!! Dia ada cara special untuk di musnahkan yang korang budak2 kocik tak tau.

sekian mekasih Wassalam

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger