Tampilkan postingan dengan label golf. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label golf. Tampilkan semua postingan

Selasa, 01 November 2011

Bowling vs Golf : Mana Lagi Mantap?

Salam,

Ramai orang kata game Golf ni bodoh. Game orang tua2 yang boring dan langsung tidak sehat. Ada orang kata lebih baik main bowling. Baru kontemporari ranggi!

Benarkah dakwaan tersebut? Ataupun adakah ianya hanyalah metos2 fatamorgana yg kelihatan indah dari jauh, akan tetapi hanyalah debu-debuan pasir persis air yang...okay.....udah2 lah merepek.

Cakap banyak tanak hoccay! Mari kita bogelkan Bowling dan Golf bersama2. Kita saksikan mana satu yg lebih mantappp!
______________________________

Bapak mana flag nyer? Petua utk pukul jauh. Di penghujung swing, kemutkan buntut anda seperti saya.

Bowling: Satu permainan di mana pemain men"golek"kan bola sebesar kepala Rosmah Mansur ke arah pin yang sebesar betis Najib Razak yang terletak kira2 doblas langkah dari anda.
Golf: Satu pemainan di mana pemain memukul bola sebesar testis Azam, ke arah lubang sebesar betis Neelofa yang terletak sejauh 3 hingga 4 kali padang bola

Bowling: Ohh...betis Najib Razak/pin tu ada SEPULUH
Golf: Betis Neelofa satu jer.

Bowling: Sepuluh betis Najib Razak itu di susun dekat2. Kalau terer, sekali baling semua jatuh. Kalau kau bodoh haprak pon, konfem 6-7 akan jatuhnya lah.
Golf: Lubang tu kau tak nampak pon. Kau nampak bendera je........kecik je jauh nun di ufuk!

Bowling: Masa game, kau boleh baling "dua bola, dua kali" ke arah pin2 tersebut untuk kasi setel.
Golf: Testis Azam hanyalah satu. Takde second shot! Testis sebijik tu lah yg kau balun 4-15 kali di setiap hole sampai kene betis Neelofa (Ehh...batal wuduk ni!). Mau bapak lobam testis den.

Bowling: Semua org boleh golek bola kot.
Golf: Tak semua orang boleh swing kasi club tu kene bola. Tak caya, gi lah try.

Bowling:
Laluan bola ke arah pin itu adalh lurus bendol depan2 bijik mata kau. The lane is licin, berkilat2, terang benderang, rata, flat-chested dan siap kene wax!
Golf: Laluan bola ke arah lubang itu adalah bengkang bengkok, bonjol2, turun naik bukit, penuh cleavage, penuh semak belukar dan hutan belantara.

Bowling: Hazard yang ada, hanyalah longkang yang selari di kiri dan kanan lane. Wowww!
Golf: Hazard yang ada "hanyalah" sungai, kolam, tasik ataupun lautan, yang betul2 dok tengah2 laluan kau ke arah lubang. Oh, jangan lupa bunker untuk kau berkelah di situ sebanyak dua-tiga belas kali stroke. Babi btol! Belum kira beruk2 yg curik bola, buaya kat dalam pool, ular kat dalam semak samun.

Bowling: Lepas kau baling bola, kau tak payah bergerak kutip bola tu pon. Kau duduk je situ. Bola akan datang balik sendiri ke tempat engkau dengan convayer belt tu. Wow. Magika!
Golf: Selepas kau pukul, kau kene menapak/merempit pegi "cari" bola tu. Kalau kau bernasib baik kau jumpa lah bola tu. Kalau tak, maka bermulalah sessi menebas rumput dan semak belukar sambil berzikir carutan2 semesta alam.

Yeaa...bola dah sampai. Banyak plak tu!

Bowling: Kau hanya perlu langkah lima tapak ke lane. Pastu lima tapak pulak untuk balik ke tempat duduk.
Golf: Kalau kau menapak, kau kene jalan on average 5-7 km in 18-hole course. Kalau kau mem-buggy, still kau kene menapak pusing2 fairway or green, masa nak pukul bola.

Bowling: Kau boleh pegi main pakai kain pelikat ke, jubah tabligh ke, berkemban basah ke, takde hal. Hanya satu je. Kene pakai kasut Bowling. Itu pon sewa je pon. Bukannya kene beli!
Golf: Nak kene penampo? Kasut Golf tu baru intro. Kene pakai baju berkolar, seluar slack petak2 striking, topi. Hish. Macam model GQ magazine plak lah kan.

Bowling: Kau bayar $15 utk main sejam lebih for 3 frame
Golf: Kau bayar $19 utk main 5 jam for 18-holes. LIMA JAMM!!!

Bowling: Kalau main 3 frame, maximum 60 kali baling (10x2x3 frame).
Golf: 18 holes par 72. Bermaksud, kalau kau handicap kosong mcam Tiger Woods, on average kau kene pukul 72 kali baru setel semua lubang. Kalau kau bengap cam aku, 120-150 kali pukul! Puasssss.....

Bowling: Maksiat bro. Ngaku jelah! Taim ni lah chan untuk kau usha buntut awek lane sebelah masa dia dok tertonggeng2 baling bola. Sungguh mengujakan untuk pemuja2 bumper. Bertobat lah engkorang!
Golf: Kau hanyalah boleh usha buntut tonggek kawan sejenis engkau masa dia dok memasang kekuda untuk tee off. Harmless gay fantasy won't hurt anyone....

Wow...cukup centre ya.....Ehh...bola dia pegi centre la...Hish ngkorang ni otak kuning!
____________________
____________________
Kesimpulan:
Bowling: Kasi pondan je lah main.
Golf: Do you got balls? We only need one.

Sekian, mekasey, wassalam.
A manly sport where u can dressed like a pimp but no one will care (Robbin William)

Senin, 31 Oktober 2011

Bini Baru Aku: Siti Nur Golf

Salam,

1. Sekarang wa sudah ada bini baru bro. Wa sudah main golf sekarang ni broo. Bini lama wa, Sharipah Bolasepak, wa sudah sebulan tak jengok la bro. Gantung tak bertali bro. Gersang la tu bro! Apa nak buat bro. Apa2 yang baru, memanglah lagi errr ...... lazat kan bro? Mana puas kan broo!

2. Ni semua adalah angkara pengaruh buruk kawan aku yg datang lepak sini sebulan aritu. Dia kaki golf. So mula2 aku teman2 je dia main. Sekali, aku pulak naik syok. Dem! Mujur dia bukan kaki kuda gila. Kalau tak, dah sah tiap2 minggu aku mengkuda. Yeeehaaa!!

3. Wa tau! Wa tau! Ngkorang mesti cakap, "Apekes main Golf! Tak kontemporari ranggi la gitu bro!".

4. Wa pon pikir camtu mula2 tu bro. Apeke bodoh punya game. Pukul bola pastu hambat pelan2 or naik buggy (apecer?). Pastu pukul lagi. Peluh kat ketiak nak kuar pon segan. Peluh pon cakap, "Perlu ke aku keluar ni. Mcam tak releven jer?"

5. Tapi lu apa tau? Tak kenal maka tak cinta. Layan siol. Kalau kau nak berpeluh, kau jalanlah 18 hole tu. Turun naik bukit mau tercabut patella. Good praktis untuk sesapa yg belum ada aweks/binis, sebagai persedian untuk teman diaorang pergi shopping! Ya Ampun!!!

6. Kalau kau malas, kau naiklah buggy tu. Rempit boleh, drift boleh, drag pon boleh. Lenjanlah puas2, bukanya ada polis nak saman. Asal jgn buat Demolition Derby main langgar2 sudep.

7. Tapi satu je yg wa frust ngan golf ni. Wa datang padang hensem2, tapi aweks-aweks mana? Tarak nampak sekor buta pon! Semua pakcik2 boroi or macik2 tetek labuh. WTF! Terbazir begitu sahaja kehenseman aku. Ibarat mencurah kehenseman di daun keladi. Sedeh wa gini!

8. Oleh sebab itu, wa terpaksa post gambar2 wa banyak2 kat sini, supaya kehenseman wa dapat di manafaatkan bersama. Tak elok membazir ni. Takkan korang tak pernah dengar

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."


First time ever main golf! Cuak dowh! Muka dah start serius, ..... tapi maintain hensem as ever...

First ball trus masuk longkang kat belakang tu. Babi btol. Ni adalah second ball aku! Pastu tak hilang2 sampai hole 12 gitu!

Dari kiri ke kanan Dr Sawo ( Setahun main. Belajar dari pro). Syamil (Main Sejak form 1. Belajar dari pro). Aput (Main sejak form 1 (skang from 3). Belajar dari pro) Aku (Second time ever main. Sudah bajet pro)

Main 18-hole full course kowt! Konfem ambik buggy. Sebenarnya aku orait je nak jalan. Tapi kawan aku Dr Sawo dah uzur. Dia senior aku doblas tahun gitu kot...uhuk..uhuk..

Aku posing gini sebab nak buat profile pic fesbuk sebenarnya. Tapi kawan aku sebok bising kata gila hengkau. Golf ni ada ethics! Jgn buat bende2 tak sopan! What? Golf pon ada tatasusila ke?

Ada dowh! Berapa ratus pages buku neh! Tulisan kecik2 plak tu. Macam2. Kau kene cakap pelan2, masa orang pukul kau kene senyap, nak kentut kene kasi salam, etc.

Selepas kene tapau baeek punya, kita prektis la skit kan! Last aku g driving range, berbelas2 tahun lepas!

3rd time. Mt Lofty Golf Course. At first tee. Tu dia mencanak naik bukit! Pokok2 kiri kanan tu ibarat memanggil2, "Abang hensem! Abang dah tengok Karak belom?". Shittun!

Oleh itu, marilah kita mengingatiNya sentiasa. Golf hanyalah dunaiwi. Enjoy tu enjoy gak. Tapi solat tetap solat.

4th time: Look at that fairway! Sempit siol. Macam anak ..err... ikan bilis! Camne nak masuk bebola aku gini? Boleh telus ke? Swing aku besar kot!

Take 3! Percubaan posing kali ketiga wa cakap lu. Punyalah poyo! Haha! Tapi aku rasa aku nampak tua dowh dlm gambar ni! Nampak tak kedut aku? Dem! Tak jadi buat profile pic!

Haa...yang ni profile pic aku skang ni. Jgn usha lama2, kang berkenan susah woo! Moto wa, "Biar gaya cam Tiger Wood, walaupun main cam Bollywood!"

Sekian, mekasey, wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger