Tampilkan postingan dengan label dara. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dara. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Mei 2010

Apsal Semua Orang Lari Bila Aku Nak Cium Pipi Diorang Niiiii..

.....ni adalh sambungan kepada Siri Kuk Janggut: part One:The Janggut Experimen

Salam,

1. Aku adalah penyondol pipi tegar!

2. Yes aku cakap pipi, bukan tetek.
Yes aku cakap sondol bukan cium.

3. Apa beza sondol ngan cium?
Bagik aku, cium ni kau pakai bibir je.
Tapi sondol ni bukan setakat bibir je. Hidung, dagu, kening, mata, dagu, gusi, anak tekak... kira mana2 komponen kat muka, semua kita sembam kat target macam pipi atau tetek sebagai contohnya.

4. Sondol ni best giler. Bagik aku cium tu kira mcam superficial je. Tapi menyondol ni, lagi feeling. Maner ader orang menyondol cukup syarat jer. Setiap org yg menyondol, mesti akan menyondol dgn sepenuh perasaan.
Sebab penyondolan berlaku bukan sebab sayang semata2, mcam cium-cium tuh (bosan~)
Penyodolan di lakukan atas sebab GERAMMM!

5. Macam biler kau tengok baby cute chubby giler, adakah kau rasa nak cium2 pipi dier saje? Bullshit!
TIDAK! Kau akan rasa GERAM giler nak menyondol-yondol pipi dia selama-lamanya betul dak?

6. Sejak kecik lagi aku dah mula rakus menyondol. Mangsa aku taim tuh ialah adik bongsu aku. Mak aku sampai sound aku sebab dia kata adik aku (baby lagik) sampai macam tak boleh bernafas bila pipi dia kene sondolan aku. Sungguh sadis.

7. Bile dah kawin, apalaga, wife abuse lah kan. Bini aku pon komplen pipi dia mcam nak roboh taim tuh. Nasib baik belum sempat runtuh, kuar anak first aku, Muhammad The SteamCutter. Pergh! Baru syok aku bermaharajalela. Anak aku baby lagik, so dia tak leh komplen. Pasrah je pipi dia kene sondol ngan aku.

8. Penyondolisasian mutlak ke atas Muhammd berlaku selama 5 tahun. Pastuh kuar Husna The LesboHair. Dialah mangsa terbaru keserakahan aku skang nih. Tapi wa cakap lu, Muhammad dah besar gajah 8 yo skng ni pon , masih mintak aku cium dia taim tuck-in tido malam2! Dia rindu aku sondol mcam dulu2 kot. Wheiuuwww! Gay lah lu bro!

9. Tapi skang, sejak aku dah jadi taliban, sekor pon tak merelakan pipi mereka di sondol oleh ku. Aku tau misai dan jangut ni agak tajam 2-3 hari lepas shave, tapi skang ni dah lebih seminggu dah woi! Kamon la people! Sapot la sikit papa nak jadi wakil rakyat PAS nih!

Oooo..Adik Una blocking yer! Adik jual mahal cam Mama yer. Takpe la. Terpaksa Papa cium Abg Muhammad gituh!

Come here. Gimme some love boy!

10. Uwaaaa...sedih aku di pinggirkan sebegini. Bini aku pon boikot aku.
"Hishh tajam la....Pi main jauh2!".

Aku cakap kat bini aku,
"Hek Eleh! Aku tengok Siti selambe je kene cium ngan Datuk K. Takdehal pon. Ni, misai aku baru 0.5 cm kau dah jual mahal."

My Hewooo...I wannabe U Datuk K!

Tetiba aku terfikir....


11. Siti mungkin tak kisah kene sondol ngan Datuk K sebab Datuk K mmg bermisai hero tamil sejak azali lagi. So dia tak tau yg cium/sondol pipi ni sebenarnya boleh je tak sakit/geli pon klau hasben dia shave!

12. Tapi bini aku dah biasa aku shave, so dia rasa macam Osama yg dok menyondol pipi dier, bukan laki dier yg hensem ,kacak, macho, taff dan hensem tuh.

13. Jadi, kesimpulan yg telah aku capai, yg terbit dari hati yg tulus ikhlas, untuk aku menten istiqamah dalam menjaga sunnah janggut ini, aku rasa aku perlu mencari bini muda yg dara. Janda tak jalan. Sebab anak2 dara ni, pipi mereka (harap2nya) belum di sondol oleh sesape lagik mcam Siti la

14. Jadi bile aku sondol pipi diaorang nanti, komfirm diaorang tak kan protes nyer! Kalau bini-bini muda aku tanya kenape geli sanggat biler kene cium. Pepandailah aku kelengtong,
"Eh! Memang gitu ler rasa kene cium. Percayalah cakapku. Aku kan dah berbini!"

15. Pergh! Alangkah syok nyer kalau boleh kawin ngan anak dara ni! Bukan setakat cium/sondol jer aku boleh kelengtong, pasal bende2 lain pon aku boleh masuk selori.

"Hah! Lepas makan ni, orang2 yg dah kawin semua urut belakang laki dier selama sejam setengah! Kau jgn lupa belikan minyak mastika tu yer".

"Orang2 laki yg dah kawin tak leh basuh jamban ataupun bilik air. Nanti mati pucuk. Kau pernah tengok bapak kau basuh jamban/bilik air? Kan aku dah kata..."

"Ye Sayang, sebelum buat seks memang kene striptease dulu selama 3 jam. Baru ada mood. Eh! Kau boleh buat goyang gerudi Inul tak? Tak tau? Kau pegi tgk kat utube duluh! Hishh! Mak kau tak ajar ke bende2 ginih.."


16. Percayalah cakap aku. Aku kan dah berbiniiii....

Sekian, mekasey, Wassalam.

Rabu, 01 Juli 2009

Hilanglah kemerdekaan ku.

Salam.
post ini di tulis malam semalam. Tapi sebab aku dah post satu dah semalam, jadi aku hold yg ni untuk malam ni. Jadi bile aku cakap besok tu, sudah menjadi hari ni.

1. Besok, iA akan hilanglah kemerdekaan ku. Telah 6 bulan aku duduk dalam status pseudo-bujang kat adeled ni sebab anak bini aku lepak malaysia. Bsok depa balik dan aku dah tengah pening2 kepala ni.

2. Banyak gile kerje aku kene buat malam ni. Pinggan mangkuk bertingkat2 tak basuh kat sinki, sampah melimpah ruah dari tongnya, baju yg dah di basuh tak belipat, baju kotor merata ceruk. Tapi selaku seorang suami dan bapak yang cerdik pandai, aku telah memjumpai jalan yang paling genius untuk mengatasi masah ini. Kan bini aku balik besok. Jadi aku akan suruh bini aku lah kemas semua2 tu. Itu pasal lah sekarang ni aku dok tulis blog post yang kedua malam ni! Muahhahahahha. Sungguh bijaksana aku ni.

3. Bila bini dok jauh2 ni, ramai org jeles kat aku pulak. Kata tak aci la, boleh pasang satu lagi la, macam2 lagi. In fact, selang 2-3 ari lepas anak bini aku balik malaysia dulu, aku kene gi jumpe physiotheraphy sebab aku sakit belakang. Aku bagitau lah macha2 aku, aku nak pegi urut belakang. Sekali ade sorang kawan bini aku datang ke kedai dan tanya mane aku,
"dia perghi mengurut" kata pekerje aku
"Aaiya!!. Belum sampai satu minggu sudah pigi rumah urut ka? Bagus..Bagus..!!"
Siol je apek tu. I wish apek..I wish!! Muahahhahaha.

4. So, besok aku akan reunion dengan anak2 aku balik. Yeaaa...Kadang2 bila dok jauh2 ni, aku terasa mcam lebih teruk dari dok dalam penjara. At least dalm penjara boleh jumpa anak bini seminggu sekali (betul kan? aku blasah je ni). Ni aku kene tunggu 3 bulan baru boleh bersemuka. Mesti korang budak2 celik IT akan kata, ehh YM or skype kan ada? Memangla. Aku tau la camner nak pakai. Tapi masalahnya bini aku tu yang bebal IT. So itu pasal la takleh tengok muka anak2 aku. Nak buat camner? Ada hikmahnya di situ. Buatnya one day aku terkantoi dok webcam ngan awek2 nanti, boleh aku goreng bini aku kate itu gambar awek kat screen tu movie je tu!

5. Bila pikir2 balik, for the last 6 months, aku tak lah rindu sanggat bini aku atau anak lelaki aku. Aku dan bini aku dah selalu dok jauh2 sejak dari zaman uni, ke zaman kerja, ke zaman sekarang. Dah tak heran. Anak lelaki aku tu pulak, dah besar dah, 7 yo. Dia tak kan lupa nyer kat aku. Dia sayang giler kat aku sebab aku lah yg banyak gila jaga dia kecik2 dulu.

6. Yang paling aku rindu sebenarnya, anak dara aku. Masa dier keluar2 dulu memang aku ada frust cikiit sebab dia pompuan. Mindset aku kata, habisla susah hidup aku nak jaga dier jgn jadi bohsia, andartu etc. Lagi satu sebab dier ada abang, so aku sanggat2 takut dier jadi pengkid atau tomboy!! Matila aku! Itu pasal bila aku balik malaysia 3 bulan lepas, aku cepat2 pegi beli doll. Hampes, dia tak main pon doll tu. Die main kereta abang dia jer. Sudah! Tapi bila aku amat-amati, dia still tetap girl dari segi perwatakan, body language, konsentrasi, pikap dan language developement. Dia kalau jatuh pon, jatuh ayu....alahai. So lantak kau la. Kau nak main keta pon main la.

7. Walaupun first word dia "papa", tapi aku tak kerek pon pasal aku tau papa adalh perkatan yg pertama yang boleh di sebut oleh almost all budak2 , kalau kompare to mama, ibu, ummi etc. Sebab senang nak sebut je tuh. Dia cepat pikap, cakap banyak, suka nyanyi dalam bilik air dan paling penting bagi aku "makan belasah apa saja". Dia tak kisah pedas pon. Jadi, kalaulah ade rezeki aku dan anak2, kedai aku di takdirkan bertahan lama sampai aku tua, maka anak dara aku ni lah harapan aku untuk take-over nanti. Anak lelaki aku tu tak makan pedas/spicy langsung. Camner nak masak makanan melayu kalau kau pon tak makan pedas? Tak pernah tau apa rasa sejati masak lemak cili api, masak merah etc. Aku bukan nak suruh depa jadi cook, tapi they should know enough to monitor the taste lah kan.

8. Terluka juga hati aku, bila di kenang masa yang aku miss untuk bersama2 ngan anak dara aku ni. Aku pikir2, dia dah 1 tahun 9 bulan dah. Hanya 9 bulan je time dia dengan aku, lagi 12 bulan dia dok malaysia. Jadi dia tak kenal pon aku ni sapa sebenarya. Itu pasal masa aku balik 3 bulan lepas, aku pegi la amik dia dari rumah org yg jaga dia. Sekali dia buat muka camni.

Sedih aku tau. Aku rasa mesti dia pikir, ' ehh ni bfren mama mane satu ni? Tak pernah nampak pon" tak pon" Abis la aku, pakcik pevert ni dah kidnap aku nak gi jual kat siam. Besok kompirm masuk metro ni". Puas aku pujuk dia dan tanya dia, macam lah dia boleh cakap balik.

9. Sekali lepas sejam baru aku perasan, ada bau la. Dier berak rupanaya. Itu pasal muka tension. Dia tak selesa nappies dier penuh ngan taik. Mesti dia dok pikir." Pakcik ni idung mampus ke. takan takleh bau taik aku ni". Alamak sayang. Sorri lah papa. Lama tak praktis jadi papa la katakan.. Lainkali bagitau lah guna bahasa isyarat ke, morse kod ke, SMS ker, fesbuk /YM status ke. Kan senang!!

Sekian, trima kacih, wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger