Tampilkan postingan dengan label mimpi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mimpi. Tampilkan semua postingan

Kamis, 11 Maret 2010

Bukannya Aku Tidak Ingin Untuk Senyum Kembali Kepadamu Sayang..........

Salam,

1. Last sabtu, masa aku main game bola frenly lawan Team Polonia Croydon Kings (bunyi gempak,tapi sebenarnya ayam je), salah sorang dari bangsat tuh telah dgn selambe-rocknya me-landing siku dia kat muka aku.
Tidakkah org2 Poland ni sedar bahawa muka ku ini mempunyai nilai aesthetic dan nilai komersial yg amat tinggi.

2. Tak pepasal gigi aku chip skit dan bibir aku luka seblah dalam. Tapi sebenarnya, kes kene siku kat muka taim game ni biaselah. Aku tau ramai player2 yg jeles kat aku sebab dahlah skill bola aku ala2 Messi, ensem plak tuh dari Christiano!

3. So cam biasa, aku telan je darah yg kuar dari luka tuh dan bile byk sangat, aku ludah je lah. Aku maleh kalau reff nampak, dah sah aku kene kuar jap. Manelah tau kot2 dalam darah aku ada penyakit Hepatitis B ke, HIV ke, PMS ke, Senggugut ke. Kang bejangkit kat player lain plak kang tak ke naya!

4. Mula2 aku ingat luka kat dalam bibir aku tuh 1-2 ari setel dah lah. Sekali, makin lama makin sakit.....or lagi tepat, lagi pedih. Sekarang dah masuk ari ke 6 dah nih!
Bila aku belek2, depan cermin, Yes, muka aku masih ensem. Level kekacakan masih optimum. Tapi bila aku belek bawah bibir mulus ku, ........tuu dia.

Choop...choop! Nape aku nampak ulcer aku nih macam bentuk .... !! Luka pon luka ensem! Gilo !!

5. Aku dah kene Oral Ulcer. Tidak!.Oral Ulcer TIDAK ada kene mengene ngan Oral Sex FYI.

6. Oral Ulcer ataupun Mouth Ulcer ni terjadi bila lapisan mucus membrane (kulit) dalam mulut terkopek keluar. Jadi abis nampak isi dalam. Biasanya it heals by itself lepas 1-2 ari. But becoz dlm mulut ada segala mak nenek bacteria cam staph, strep, lacto, corynebacterium dan sahabat2 anaerobic mereka, maka the ulcer could be infected. So lama la baru it heals. Inilah yg terjadi kat aku.

7. Tapi aku saspek, Oral Ulcer aku ni bukan di sebabkan oleh infection. Ni mungkin aku dah kene santau angin dari The Legend of Ringgo aku rasa nih!
Mengapa agaknya, aku enggak tau Dong!
Muahahhahahhaha...


8. Anyway. Sekarang ni aku pakai ubat pekebende nih, calit selapis kat atas ulcer tuh. Tapi lu cakap senang la! Aku nak bubuh tuh, mak oii aii! Kuar gak air mata buaya aku kekadang tuh!

9. Ulcer tu cinonet jer. Tapi pedihnya.....perghh! Sebab lokasi dia agak strategic iaitu berada di tengah2 bibir atas, so ape2 action yg mengcontract muscle keliling mulut, rasa cam kene cocok2 ngan besi panas wa cakap lu. Kalau aku makan bende2 spicy pon pedih gak. Aku nak rasa kuah kari/kurma aku cukup garam ke tidak pon macam nak bersabung nyawa! (.....ni dah over exagerate nama nyer)

10. Baru sekarang aku sedar betapa besarnya nikmat Allah just untuk bukak mulut je. Sebab bibir aku rasa macam nak roboh bila aku mengunyah, bercakap, minum pakai straw, nyanyi lagu Faizal Tahir kuat2, gelak dan senyum. Rasa cam kene tumbuk siol.

11. Paling aku tensen, nak korek idung pon tak stim! Cuba kau korek idung ngan mulut tertutup vs mulut terbukak? Mana lagi kaw? Baru kau tau seksaan batin aku sekarang nih!

12. So kepada mangkuk2 di Adeled nih, tolonglah jgn buat lawak gaban depan aku. Sakit mulut aku ni woi!

13. Dan kepada gadis2 jelita yg seringkali dan saban hari melontar senyuman-senyuman manis padaku pada minggu ni, tolonglah jgn ambik hati kalau aku tidak senyum kembali padamu.
Bukannya aku bolayan.
Bukannya aku nak control macho.
Sebaliknya aku ............keuzuran!

Teruskanlah lontaran bait-bait senyuman mu itu kepadaku......
kerana ketahuilah......
Aku kan senyum kembali kepadamu
.........di hatiku
....dan di dalam mimpi-mimpi mu!!!
(semacam je bunyi nih!)

Sekian, mekacey, wassalam.

Selasa, 19 Mei 2009

Adat org meniaga 3; Anak yg Terbiar part 2

Salam,
Berikut adalh continuation from Adat org meniaga 3; Anak yg Terbiar part 1

7. Sekali alih2 bini aku tak tanyer pon. Haish.. anti -climax betol. Maklumlah org pompuan, depa segan2 skit dlm hal2-ehwal ni.. Kalau lah aku, aku dah torture muhammad sehinga ke titisan darah terakhir untuk more info.
" muhamad ader rase mane2 organ yg keras dak maser tuh?"
" muhammad ader tak macam dah terkencing2 gitu bile bangun pagi tuh"
" seluar ade basah dak?"
" Dalam mimpi tu ..papa nak tanyer skit...Muhammad dan H maser tu pakai baju kaler aper?...Ke muhammad dan H tak pakai ape2?......"


8. Sebenarnyer Muhammad dan aku adalah sangat2 rapat sejak dier kecik dan we share secrets together..muahaha. Ade bende mak dier tak tau kah kah kah. Tapi biler bab cintan ni, kat mak dier gak dier ngadu sebab aku terlalu bizi berbisnes, so muhammad tak de maser nak slow talk ngan aku. Jadi anak terbiar ni gi kat mak la plak. Kecik gak cikit2 ati aku..muahhahah.

9. Disebabkan aku dah tau stori ni, aku pon apalaga, asyik dok sakat dier je la. Dier tak tau aku dah tau! Muahahha. Jadi aku sajer jer dok tanyer pasal dream la, girlfren la. "MuhD tak dream ape2 ker sejak dua menjak nih?" "Ehh org tepi jalan ni ader gilfren la, MuhD ader gilfren dak?" Jadi one day MuhD pon mcam nak citer kat aku, tapi alih-alih dia berhenti sampai kat dier rase shy nak bitau aku jer. Dia tak stori pon pasal hug n kisses tuh. Cissss...Anak durhaka!! So sampai sekarang ni aku masih tak tau samada MuhD berada di dalam keadaan hadas besar atau tidak!!

10. Jadi sebab tu la aku tulis lam blog ni. Padan muke kau muhammad! Biar satu dunia tau! Inggat!! Mama yg promise tak nak britau sesaper. I didn't. Muahahhaha anak Loserrr. Tapikan , korang jgn la bagitau muhammad lak yg korang tau cerite ni.. kang dier naik hangin!! Dier tuh sensitip kalau kau tanyer lebey2 pasal GF nih. Kalu korang sebut bende ni depan dier, korang tanggung la akibatnyer!

11. Cik H yg MuhD berkenan tu aku dah kenal sejak kecik lagi. Memang cun melecun lah. Cuma satu jer masalah. Dier berumur dekat2 dua tahun lagi tua dari MD. Tapi itu bukan masalah besar. Sebaliknya, itu adalh satu kelebihan yg besar. Perempuan kan cepat tua. Jadi nanti boleh buat modal nak kawin dua nanti. Dialog mereke berdua pada tahun 2034 nanti
"engkau tu dah tua, dah tak larat layan nafsu serakah aku. So nasiib kau lah aku nak kawin 2 ni. Nasib baik aku tak kawin 4 macam papa aku tu! Dier masih kencanggg......bermain bola""
Kali pertama dating! H bersama "adik" Muhammad! (2002). HAHAHAHA
12. Sejak drpd hari tu gak, aku selaku bapa mithali, suka mengorek rahsia sedalam mane kah cinta mereka berdua. Satu ari, ader budak postgrad buat makan2. Jadi H pon datang gak la. Abis je majlis, aku pon mule lah bertanduk. Aku sesaje jer sakat muhammad, nak test sepower manerkah cinta dier kat H..
Aku: H ade ke tadi MhD? Papa tak prasan pulak...
MhD: Ader papa.
Aku: H pakai baju kaler ape tadi muhamad. (aku nak tau dier dok usha H ke idak)
MhD: pakai tudung biru dan baju kurung yellow.(kantoi)
Aku: Did u play with her today?
MhD: (blushing) Not papa. She played with other girls. But she smiles at me 7 times today!
Aku: 7 TIMES!!.. How do you know its 7 TIMES muhammad. It could be 13 times?
MhD; Because I count. I can count la papa.....
PELEPEK..PELEPEK PELEPEK!!... aku tepuk dahi aku petang tuh. Ni sudah kira penyakit angau kronik nih! Ni dah nak kene masuk jawi ni. Nasib baik MhD dah aku sunatkan maser baby lagi. Ape nak jadi!! What can I dooo??

13. Kawan2 girls miss H pon macam dah tau2 jer. Budak2 pompuan umur2 gitu dah advance level dah. Dah pHD dah bab jiwang ni. Bini aku cakap, dier nampak sendiri, biler muhamad datang dekat H di satu majlis yg lain ni.....
member H#1: ni muhammd datang ni H...ehem ..ehemm..
member H#2: Yes, Muhamamd is here H..ehemm...ehemm
Nyamuk Aedess!!! Yang berdehem tu yg tak boleh belah tu!

14. Tapi biler aku dok interrogate muhamamd secara mendalam sikit, sebenarnye, die tak tau apa yang di alami atau di rasai oleh dia tu adalah "cinta". Bagik dier itu hanyalah mcam minat gitu jer. Macam dier minat power rangers warne merah drpd yg kaler lain. Die macam konfuse. Aku raser dia still too small to understand, perasaan pelik yg dia rasai tu. He is too young to comprehend that the feeling is love I guess. Kamon la...baru 6 tahun mase tu..

15. Ape2 hal pon biler aku tau anak aku ader pasang sorang lagik kat malaysia, aku pon jadi jeles lah. Aku pon tak de pasang sorang kat sini........yet. Korang tau aper Hellija Kembung tanyer kat alin (bini dr zaki) maser dier dok research pasal aku sebelum interbiu arituh?
Alin: die ni dah kawin, anak dua, tapi famili semua dok kat malaysia. Dia dok sini sorang2.
HM: Bagusla. Dia ader awek kat sini!!
Alin: (cepat2 bekap bini aku) Tapi bini die sangat2 cun. Dia tak perlu girlfren2 ni........

Trima kasih alin sebab bekap bini aku.......aduhh. Juga ucapan jutaan Trima kasih di tujukan kpd HM sebab berjaya mengenalpasti potensi aku untuk berawek di sini. Sesungguhnyer org2 glamer cam kau jer yg boleh menilai intan drpd permata.

16. So pada januari aritu, bini aku kene balik keje kat malaysia selame 6 bulan. So muhd kenelah balik ke malaysia ngan mak die sebab aku seriously tak de mase nak jage dier kat sini sebab keje kan. So muhd pon sibukla dok lukis tu la, ini la untuk bagik present kat H. Sekali dier ternampak cap malaysian kitchen aku yg cun dapat dari mamat tourism mesia ritu. Dier pon mintak la.." I wanna give it to H, She will like this". Hangkat la kalau kau nak hangkat topi tu muhd. Aikk...rase macam bersubahat plak!!

17. So pada ari last muhd bersekolah di adelaide, aku pergi la pikap dier. Maser aku jalan ke keta ngan muhd aku pon tanyer lah dier....
PE(papa ensem): Have u say goodbye to H?
MD: Yes.
PE: Have U gave her the cap?
MD: Yap. She likes it soo much papa. She is so happy.
PE: What did she said?
MD:
She hug me and said thank u muhammad and good bye.
PE: She HUG YOU?
MD: Yes papa....like this...(buat gaya hug budak2)
MD: ..................okay......(Baeeekkk.)

Sungguh tak ku sangka, Mimpi dier menjadi kenyataan! Cissss..Cume tak dapat kiss jer dari H. Kalau dapat memang la!
YESSS!! (Waduh waduh waduh..Sunggoh galak kamu yer!)

Sewaktu aku dan muhammad mengorak langkah ke arah kerete cabuk ku pada petang hari itu, sempat aku melabuhkan mata ku ke arah papan tanda sekolah anak ku itu.....
" Islamic College of South Australia"
Di pesantren keagaaaman ini anakku telah beroleh dakapan mesra daripada kekasih hatinya...........GILER HEBAT!

"Ya Allah...selamatkan anakku daripada fitnah wanita! Amin"

Sekian, mekasih, wassalam.

p/s" KEPADA BUDAK2 POSTGRAD: Aku tau korang bacer blog aku. Aku jugak tau korang kenal saper H. Tapi mintak tolong jgn gi kecoh2 kat mak pak H plak. Kalau tak mati anak aku kene parang ngan mak pak dier!!

Minggu, 17 Mei 2009

Adat orang meniaga ke 3: Anak yang terbiar. Part 1

Salam,
Ini adalah susulan kpd adat org meniaga ke 2: bini yg di tinggalkan

.,,,.fiona gadiskuuuu..fiona.cintaku..adalh milik mu..mekar untuk selama-mananyaaaaa..fionaaa..tutt.....
Aku: hello....pehal tepon2 nih..aku dok tunggu SMS Helija Misbong nih. Sebok lah lu.
BT (Bini Tua): Ampunkan dinda kekanda. Adinda membawa khabar gumbira ni kekanda.
Aku
: Pedia? Berite kau dah boleh side parking dah?
BT: Belum lagi kekande. Tapi ingin di khabarkan kpd kekanda, anakanda muhammad dapat no 3 la, BI die je 80%, lain2 high nineties dan sains dan agama islam dapat 100% lagi ..kelas gitu.
Aku: Besa lah tuh org pandai2 cam aku dapt anak pandai...tak pelik...Cuma aku lagi pandai sebab aku dapat no 1. Cakap kat muhammad....dier loser.
BT: Dier siap kerek lagi kat atuk dier. Dier cakap "tenggok ni atuk. Muhammad pegi sekolah lambat tiap2 ari pon muhammad boleh dapt no 3. Giler hebat muhammad."
Aku
: Woooo....Bab-bab riak tuh mesti datang dari genetik kau. Aku seorang yang merendah diri dan berpijak di bumi nyata.
BT:Maafkan adinda kerana genetik adinda telah mencemarkan anakanda kita.
AKu: Beta no hal.
BT: Satu lagi kekanda....Ade sorang budak perempuan dok slalu kawan ngan muhammad sekarang nih.
Aku: Besa lah tuh kawan2. Berkawan biar seribu, bercinta biar satu, berkawin biar empat.
BT: Kawan mende kekande. Dok makan sekali, kongsi2 air, berlari-larian di tengahari kat pdang sekolah berdua jer. Budak pompuan tu, dok ikut jer muhammad gi maner2.
Aku: Ehh buat2 lupe plak. Besa lah tuh biler bapak "chick magnet", anak pon "chick magnet" gak. Suratan takdir. Takkan kita nak melawan.
BT: Maafkan sifat pelupa adinda kekanda. Jadi nak buat camner ttg anakanda kite nih?
Aku: Budak tu cun dak?
BT: Entahlah...cun gak la untuk budak2.
Aku: Takpe..lagi 10 tahun maser dier 17 tahun aku masuk minang jadi bini aku no 4. Settel problem. Ok Babai..!


1. Adoiiiihhh....aku dah tua. Di dlam kehidupan kite, ader berape milestones yang important that charted our life. Bermula drpd kelahiran, kepada fist steps, first words, starting school, etc. Dan apa yang di alami Muhammad pada hari tersebut adalh jeng...jeng...jeng..."dunia percintaan"...How sweet...if i can smack his face..kApoWWW!. Kecik2 dah jiwang karat. Ngikut sape nih?? Ni mesti sebab mak kau tengok Kuch Kuch Hotak Hei 3 juta kali mase pregnant kau ni.

2. Muhammad baru 6 tahun, oktober ni baru 7 y.o. Tapi dah pandai yerk...Ciss. Ni melawan tokey ni. Tapi aku tak pelik sanggat sebenornyer sebab memang ader org kate budak2 sekarang ni cepat sikit pandai bab cintan ni. Kau tenggok la brape banyak katun pasal cintan yg ader, cindrellela, snow white, cars, shark tale, shrek, wall-E etc. Camner budak2 ni tak terpengaruh.

3. Generasi aku zaman kecik2 (drpd 0-17 yo) tenggok cerite cumi dan ciki, ultraman, gaban, kesatria baja hitam. Maner la ader jiwang lam citer tuh. Seingat aku, maser aku sekolah rendah, nafsu aku terhadap budak perempuan ni ibarat nafsu aku terhadap lubang jamban. Perempuan di pandang dgn perasaan jijik...huarghh muntah aku....boleh belah. Dah lah aku 5 adik bradik semuer boys. Kami memang misogynistic (anti-perempuan) gile babeng. Biler masuk sekolah menengah pulak aku jadi "benci, tapi suka" pada pompuan. Dan biler dah tua ni suke sangat2 kat pompuan sampai org2 lain pulak yg benci dan nyampah." haish ..org tua miang ni...bawak ngucap skett!".

4. Tapi budak pompuan cik mek molek kelate tu bukanlah "first love" muhammad. Cinta pertama muhammad sebenarnyer berputik di bumi adeled ni. Jeng ..jeng ..jeng.. Mari kita ngumpat muhammad. Sesaper nak buat milo ker horlick ker gi buat cepat!

5. Muhammad (MhD) sebenornyer dah lame "minat" kat sorang budak pompuan sekolah die nih. Budak tu memang lah tersangat cun sampai aku yang yg tua ni pon dah bajet2 nak masuk booking gak. Skali MhD cilok line aku. MhD memang slalu lukis bende2 dan bagik gift kat budak pompuan tuh. Mhd sampai gune namer pompuan tuh untuk masuk competition kalering lagik. Bajet kalau dia menang, pompuan tu yang dpt hadiah lah konon. Gile pandai kau ngorat betine yerk....Bagus...Anak Bapak!!

6. Walaupun aku tau, aku buat donno je lah sebab aku bizi ngan bisnes. Sampailah ke suatu hari yang paling mengemparkan di dalm sejarah idup aku selama 35 tahun ni..Pada hari tu bini aku report kat aku, muhammad aritu sambil tersengih-sengih dan tersipu-sipu malu, slow talk ngan bini aku...

MhD: mama mama , muhammad ader something I wanna tell you but i am very shy..hihihihihi
Mama: what is it muhammad? U can tell me..
MhD: last night mama, i have a dream with H (awek dier la)

TEEEEEEEEEEEETTTTTT......jantung aku berhenti berdenyut, paru2 ku berhenti bernafas dan aku yg tengah drive terus buat U-turn menghala ke hospital
Mama: dream macam maner muhammad?...
MhD; muhammad shy la mama...I don't want to tell U....hihihihihi.
Mama; ala..muhammad can tell mama la.....
MhD: But U have to promise not to tell anyone..
Mama: Okay I promise...come on tell me..
MD: I dream that...... I ..hihiihihhi..hug and kiss H....hihihihihi


GEDEBUK.
.aku jatuh pengsan beberape saat sambil kene sawan babi kat situ jugak. Bile aku dah recover..aku tanyer....." ADER KELUAR APE2 KE?"
Bini aku: Haishh merepek la kekanda ni.
Aku: Merepek krepek Ah Pek hang!..Ye lah ..aku kena lah tau. Kalau yer , dah kene ajar mandi junub nii!!

To be continued. Crita panjang sangat sampai kene potong dua....

Sekian, Makasey, wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger