Tampilkan postingan dengan label satay. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label satay. Tampilkan semua postingan

Minggu, 12 September 2010

Pekerja-Pekerja Aku Yang Cun


Salam,

1. .............1145pm. Aku masih tengah high. Adrenaline membuak2. Baru lepas niaga kat Malaysian Carnival.

2. Aku tak lah rasa letih sangat. Biasa lah ni.

3. Bagi aku letih ni ada 2 kategori. Letih badan dan letih otak.

4. Letih otak lagi sakit bagi aku. Kalau otak letih, satu badan letih. Kalau otak tak letih, agak mustahil utk aku letih badan. Sebab bila otak lapang, buat kerje pon trasa ringan.

5. Sebab tu aku suka buat kerja sengsorang sebenarnya. Biar semua aku buat. Pakai satu kepala. Kepala aku saje. Betul ke salah ke, aku yg tanggung. Asalkan aku tak pening kepala bila banyak2 kepala ni!

6. Antara bende yang paling aku benci ialah bila "orang lain membuang masa aku."
Biarla kalau aku buang masa aku dgn kerje2 yg tak pekdah. Asalkan jgn org lain! Mcm, bila org bayar kat cashier pakai credit card ke, org lambat tukar gear kat traffic light ke, org yg terkedek2 masa buat konvoi kereta ke mana2 or org byk songel masa nak membeli kat kedai ke!

7. Itu pasal aku benci nak serve org kat kedai. Aku geram je nak lempang2 sekor2 yg terhegeh2 mengorder. So drpd aku buat dajal, baik aku suruh org lain serve!

8. Tapi sebab aku suka buat kerje sorang2 ni lah yg menyebabkan aku selalu injured. Overdose kerje sampai lengan dan tangan nak tercabut!

Lengan aku yang dah bengkak! Gambar bersama fakirfikir yg nampak muda sebab misai dan janggut dah gondol! (Nahh bro! Kau mintak sangat aku post!)

9. Itu pasal character/skill yg aku paling perati, tekankan dan hargai di kalangan pekerje2 SBowl ialah speed. Pantas, pantas, pantas.........

10. Cara aku kerje ialah, aku lead the way, and diaorang kene catch-up. Aku tak kisah je pon klau diorang takleh catch-up sebab mmg mustahil diorang nak melawan aku. Aku kerje tiap2 ari dari pagi ke ptg dah dekat 3 tahun. Diaorang just kerje 1-2 kali seminggu sebanyak 2-5 jam. Mmg tak dapek challange aku la kan!

11. Semua orang yg start kerje kat SB akan gabrak dan rasa macam nak mampos kot mula2 tuh. Tapi lama2 aku perati, sekor2 jadi cool dan methodical dlm kerja2 diaorang, walaupun under constant pressure. Stamina kerja diaorang pon meningkat. Funnily, most of them aku tengok macam jadi addicted nak berkerja!

13. Macam masa event tadi, jelas nampak lain staf2 aku compare to pekerja2 gerai lain. Kitaorang sikit je, tapi non-stop, fit and fast. Orang lain mcam nak tercabut kepala lutut je aku tgk bila dah petang2 tuh.

14. I am sure that everybody yg bukak gerai tadi, masih dok mencuci sampai pukul 10 malam ni or later. Takpon, paling common, balik tidor dulu, basuh besok pagi! Tapi, kitaorang pukul 6pm dah setel semua kat kedai. Besok boleh niaga back to normal.

15. So, itulah characteristic pekerja2 yg aku pilih utk kerja ngan aku. Pekerja2 yg tidak akan meletihkan "otak" aku. Kuat, kelakar, multitasker, PR power, bijak, sengal or chun, hanyalah bonus.

16. Alhamdullilah, so far, I am proud of each and every single one of them.

17. ........Except for Chika!! Aduhai! Nasib baik la kau kelakar! Woii.....kerja tu laju2 la skit!

Kau tengok la muka ni. Sampai ati ke kau nak buang keje?

Sekian, mekasey kpd sapa yg sapot aku tadi dan wassalam.

Sabtu, 15 Mei 2010

Katok si Katok Lompat di Tasting Oz

Salam,

-Kira2 2 minggu lepas aku masuk Tasting Australia Food & Wine Festival ataupun namer poyo-nya BankSA Feast for the Senses. Inilah cerita tentang apa yg berlaku.

- PERHATIAN: Note To Self tu adalh utk aku sorang je. Personal reminder. Engkorang TAK BOLEH baca. Private. Kalau dak mestilah aku dah tulis "Note to Everbodi"kan? Kamon ye people. Sapa baca aku pukul sampai lumat.

1. Perghh! Ramai giler yg tanye pasal event Tasting Australia nih. Amacam? Berjaya katok mat salleh dak? Bila nak apdet?
Tak abis2 seminggu dua nih. Jenuh aku nak menjawapnya. Apa2hal pon, terimaksih lah sebab concern. Yes, semuanya good. Alhamdullilah.

(Note to Self: Ramai giler stalker aku rupanyer. Bahaya nih. Kena jaga2 ngan apa yg aku tulis kat dlm blog. Kambing betul la diaorg nih. Nyusahkan aku jer. Perghh! Nasib baik aku cakp diorg kambing dlm note to self. Kalu dioarg baca ni, tak pepasal aku kene tibai.)

2. Hari pertama, Sabtu 1/5/10 was gilo. Kelam kabut nak masak lagik, nak punggah barang lagik, nak pasang api BBQ lagi, etc. Dah lah tuh sesampai je kat site, tetiba notice letrik tak pasang lagik. Adoi! Kelam kabut aku mintak electrician sambungkan. Tup tap tup tap, aku rasa last2 kami start jual pukul 12 gituh kot. Sepatutnya pukul 11 start. Rugi beb!

(Note to Self: Lain kali wahai bahlul....
1) Lu tulis siap2 dan print kat komputer checklist pekejadah yg perlu buat dan yg perlu di bawak ke site! Next event nanti2 pon boleh pakai lagi.
2) Ni lu mau pkai otak seasen lu nak pikir semuanye pagi tu, apekes?
3)Lain kali datang ke site sehari awal. Survey sikit. Niaga ni kan mcam ngorat awek. Mula2 kene check line clear ke idak. Kalau idak, silap aribulan, lebam bijik mata.

4) Satu lagik, sape suruh tido pkul 3 pagi apdet blog malam tuh? Kau tu dah tua. Kalau tak cukup tidur nanti besok pagi muka sembab nampak kedut-kedut. Pergh! Seterika muka pon tak ilang kedut tuh!
)

3. Sales hari pertama agak kurang memberangsangkan. Modal pon tak balik. Satay je yg jalan. Nasi langsung haprak. Ader la 3-4 org yg beli nasi kot. Bila time tutup kedai petang tuh, kitaorang bagik kat orang free2 je ataupun buang je satu periuk besar nasi, satu periuk besar kari ayam dan 2-3 tupperware ayam masak merah.

(Note to Self: Aku misjudged. The crowd was almost totally mat salleh.
1. Nasi2 ni org Asian jer yg beli. Tapi ader 2-3 kerat jer Asian yg datang, so ape nak buat. Aku silap bajet.
2. Lagipon, hari tu panas. Mat salleh slow sikit ngan spicy food biler panas2 ginih.
3. Satu lagi mungkin tak berkat arituh sebab aku terusha cleavage awek minah salleh pagi tuh. "Ter" je pon! Dah free show! Aku terpaku. Tak sempat nak tutup mata dowh!
)


4. Sales lepas lunch hours/after 2 pm, mandom giler. Diaorang usha2 pastu chow. Apakah puncanya? Sebab satay pada first day nih, mcam hampeh. Overcooked sampai daging ayam/daging tu kecut. Kecut bermaksud air dia dah kering. So lepas masak tuh, kejap je dia dah jadi keras sebab dah tak berair. So satay biler taim petang tuh nampak tak sempoi dan rasa pon mcam kayu. Malu aku!

(Note to Self: Satay ni bukan macam zakar. Lepas pancut air mani, zakar akan "kecut tapi lembik". Satay lepas takde air akan "kecut tapi keras" .Oleh sebab itu, jangan premature ejaculation)
APA!!! Kau kata satay aku keras cam kayu? Pernah rasa satay penumbuk dak? Sedaaaap ....walaupun keras cam kayu. (Perhatian: Bukan tujuan aku utk letak gambar ni semata2 nak menunjukan masel aku. Jadi jangan klick pada gambar ni sebab kang kalau keluar gambar yg lagi besar, aku mungkin riak.)

Pekerja bosan biler takde kastemer. Gaji tetap jalan per hour! Siol!

5. Sales pada hari kedua, Ahad 2/5/2010, baru lah kaw! Alhamdullilah. Faktor2 yg mengimprovekan sales pada hari kedua ni ialah
Pertama- Takdir Ilahi
Kedua- Tidak mengusha cleav...opss ... err tak der apa2. Abaikan.
Ketiga- Proses pembakaran satay yg lebih teliti. Bagik masak ngam2 je. Kasi basah2 gituh. So satay gojes babeng sampai ke petang.
Keempat- Crowd lagi ramai. Lagi ramai budak2. Budak2 kecik suka satay.
Kelima- Gerai kelihatan lebih gojes selepas di mekap oleh Yanie. Aku memang tak de sentuhan wanita ni. Menyentuh wanita pon aku tak buat....dengan sengaja. Haraamm!

Keenam- Kegeniusan Topek dan Bukh meng-sajes-kan package. Satay satu $2.50, tiga $7.00. Nasi $8.50 plus air tin $10.00.
So ramai mintak satay tiga trus instead of satu. Nasi pon licin sampai kene masak 2 kali lagi. Lauk selamat.

(Note to Self: Kenape lah aku letak harga satay satu AUD 2.50/RM7.50? Waiii? Kesiyannn kastemer aku. Kejam betul aku nih! Cerewet nak simpan baki duit limaposen tau dak? Kalau kitaorg bagik limaposen sebijik takpegak. Tapi kalau 20sen, 20sen,10 sen. Kan berat poket.
Lain kali aku charge secucuk AUD 5.00. Duit kertas ringan sikit kan. Kene jaga hati kastemer tu bro. Kastemer is always right!
)
Orang lain pon katok tak hinggat! Kedai mamak!

Kedai mat salleh katok lagi sakan.
6. Alhamdulillah kpd Yang memberikan rezeki.

-Ribuan terima kasih kpd mat salleh yg sudi di katok. Sorri people. Nak idup!
-Tima kasih kepada mat salleh kedai seblah yg bagik cekodok Greek sampai muntah2 makan. Gilos. Jual cekodok pon boleh dapat ribu2!

-Timo kasih kpd Awang dan bini pertamanya buat masa ini Aishah sebab jaga Husna MaiLesboGirl dan Muhammad Da Steam Cutter.

-Tenkius kepada abang2 dan makcik2 pasar malam yg berusaha sama dlm mengatok mat salleh ini dan juga usaha gigih mereka untuk menghabiskan satay2 yg kene RejekShop.
Crew Saturday
, Topek, Arshad, Bukh, Arip, Yanie, Waida, Chika. Crew Sunday Asilah. Cucuk Crew semua tadi plus Penk, Fatin, Nani dan Amid.

Tenkiu all.
Kru Ahad, May 2010

-Lastly, terimalah kasihku wahai isteriku kerana sudi menjadi hamba seks..opocot..tesilap..dan juga hamba sahaya di kedai, yg berkerja tanpa sebarang bayaran. Skill engkau dalam memantau proses pembakaran satay dan memantau kesejahteraan pekerja2 aku amat aku hargai. Memang sejahtera pekerja2 aku ari tuh. Sebab tu lah kaulah yg paling aku sayangi.

(Note to Self: "...paling sayangi.... sehinggalah aku berbini baru apabila aku kaya tahun depan lepas jual satay secucuk 5 dollah or 15 linggit! Muahahhaha pakcik kayoooo! Boleh upgred bini!!
Inggat bro! Taun depan jgn bagik bini datang dah. Disturbing the leave la. Abis minah salleh cun lari! Demmit! Cannot find food(carik makan) la ginih
)

Sekian, mekasey, wassalam.

Jumat, 30 April 2010

Jom Katok Mat Salleh !!!

Salam,

1. Besok dan lusa aku masuk Tasting Australia pekejadah. Food festival la beb. Lebih kurang cam pasar malam...cuma di buat waktu siang....dan banyak awek mat salleh....dan diaorang mabuk2!!

2. Last time aku join this event was 3 years ago in 2007. That was my first time masuk food festival. Before aku bukak kedai. Aku dah sain kontract kedai dah taim tuh. Cuma tak boleh niaga lagi sebab kene renovate dulu. Jadi bosan2 takde kerje aku join ler festival tuh.

3. Sekali silap bajet. Sometimes masa bulan Januari 2007, aku beromen ngan isteri aku. Tup tap tup tap, bini aku pregnant. Due date sometimes bulan October. Event tuh plak, masa tahun 2007 tu, 13-14 October. Aku dah saspen. Kalau bini aku terberanak taim event tu camner?

4. Sekali, Alhamdullilah, bini aku meletup 11 October 2007. Dapat lah Husna yg aku citer sebelum nih. Keluar2 je minah tuh, akau cakap goodbye kat bini aku, trus balik buat satay sakan. Bini aku terbiar sengsorang ngan baby kat sepital. Aku gi melawat kejap2 jer selama 3 hari dia dok situh. Padan muka bini aku. Sapa suruh ajak aku beromen sanggat taim tuh. Aku kan subur.

5. Sambutan masa tuh, giler bab sampai the event turn out very bad for me. First time lah katakan. Tak prepared. Kejap je satay aku abis. Macam nak terberak aku nak buat yg baru. Sampai terbelah2 tangan aku. Lunch time, sold out. Second day, sepatutnya event abis pukul 9. Pukul 7 aku dah tutup kedai. Gilos.

Sign yg kitaorang letak taim lunch tuh sebab dah licin. Kena tunggu aku bawak stock baru dari rumah. Aku rasa ni gambar ihsan huhu amik. Wa cilok bro!

Tengok jari aku.....Kelam kabut buat satay nyer pasal

6. Terimakasih di ucapkan kpd pekerja2 berdedikasi aku taim tuh. Muk, Zarip, Usu, Azman yg dok membakar. Saipol dan Farouk yg dok layan kastemer. Legend lah lu semua!
Aku taim tuh dok kat rumah, dok pulun buat satay. Bila siap, aku gi antar. Diaorang ni lah yg dok meniaga.

7. Baru aku teringgat. Hari tuh HARI RAYA POSA!!!!
Budak2 ni, korban kan raya diaorang untuk tolong aku meniaga satay!
Sape ntah bapak dia siap call dari Malaysai lagi tanya , pegi beraya kat maner?
"Tak pegi mana2 pon. Tengah niaga satay" dia kata.
Ciss......Nasib baik aku taff!
Kalau dak aku dah nangis dah nih!

Pekerje aku semua nyer lelaki. Yg pompuan tuh datang melawat jer. Baru lepas sambut raya kat Uni. Itu pasal melaram semacam.

7. So besok aku meniaga nih, harga dia mahal banyak! Sebab nak masuk event nih kene bayar fees yg agak brutal. Tak tau aku kenaper mahal sanggat event nih.
So aku nak tak nak kenelah up the price.
Bukan aku sengaja nak katok!
Aku terpaksa katok.
Akan ku katok dlm keterpaksaan.

8. So, engkorang budak2 Melayu, JANGAN LA DATANG BELI YERK!! Aku serious nih! Jangan datang!!. Kang korang nangis, aku pulak yg sedih dan terasa bersalah. Aku ni berjiwa sensitip U tau!
uwaaaaa~~
Korang datng amik bau sudah!
Balik Malaysia nanti, baru pulun satay puas2.

9. Aku dah nak pengsan.
Doakan aku berjaya katok mat salleh besok, tanpa di katoki oleh mat salleh2 tersebut.
AMINNN!

Sekian, mekasih, wassalam.

Senin, 05 Oktober 2009

Satay Nipple perasa Fuzzy Wuzzy


Salam,

1 .Alhamdullilah. Minggu yg cukup bizi untuk aku telah berlalu. Weekend arituh, aku niaga kat Moon Lantern Fetival aka Pesta Tanglung. Jgn tekejut. Kat adeled, ostolia pon ada.

aku amik gambar tanglung ijau jer.........TAKBIRRR!!

2. Mula2 agak saspen gak aku sebab takde Arshad. Dia balik negeri beraya. Sebagaimana Formula-1 dan MotoGP memerlukan gadis litar untuk menarik penonton, begitulah juga fungsi arshad bagik aku. Dia ni kira macam pelaris lah untuk aku!!

3. Arshad ibarat ajinomoto kepada masakan. Ibarat sport-rim kepada tayar. Kalau takde, masakan tu tetap boleh di makan, tayar tu pasti berpusing. Tapi kurang oomph dan stailo la skit!

4. Itu pasal bila aku meniaga on that day, waktu siang hari slow sikit. Tapi bila dah masuk malam, baru pikap. Sebab masa siang ari, org boleh nampak arshad tak de. Bila dah malam ....... no one can tell !!

5. Lagipon, aku selaku seorang genius yg kacak, dah siang2 mintak Ringgo keje malam tu sebab ketinggian dan kulit dah lebih kurang sama. So malam tu Ringgo jadi body double a.k.a stunt-man untuk arshad la.

6. Hari tu cun, tak hujan, just nice. Cuma ada slight breeze of chilly air, yang menyebabkan nipple aku mengeras atau meng-chokeng dlm bahasa ibunda aku (kelate).


dari kiri: my second sister, nyah breast implant A-cup, "Arshad"

7. Nampaknya, nipple aku je yg mengalami erection tapi nipple Ringgo dan Arif tidak teruja sikit pon. Sudah pasti ini disebabkan oleh dada aku yang lebih tough bermuscle daripada kanak2 tersebut. Nipple budak2 pompuan dah sah2 tak nampak sebab dia orang pakai bra. Mungkin, in the future I might consider wearing a bra as well.

TQ everibodi. The team from left: arip, wani, hazerq, yani, "arshad". Team cocok satay (not in pic): ayie. Pemain gantian/subs: nizam.

8. Cakap pasal nipple ni, teringat aku 2 minggu lepas Ringgo gelakkan aku pasal tak tau main game Fuzzy Wuzzy. Ni adalh word game yg budak2 zaman celik IT sekarang suka main in a group. Game ni pelik sebab the actual rules tidak di beritahu. In fact the game is to guess the rules of the game.

9. Sorang akan bagik satu sentence yg mesti follows a particular pattern iaitu "fuzzy wuzzy likes/suka....X(isi tempat kosng), but fuzzy wuzzy don't like/tak suka.....Y(isi tpt kosong)". Kemudian org yg tau the rules akan bagitau samada ayat tu betul atau tidak...according to the secret rule.

10. Contoh2 yg correct ialah,
"Fuzzy wuzzy likes klcc, tapi tak suka klia"
"Fuzzy wuzzy likes door, tapi tak suka pintu"
"Fuzzy wuzzy likes samy vellu, tapi tak suka karpal singh"

So sekarang korang kene guess apa pattern pada ayat2 tuh. Tapi kalau korang nampak patternnya, jgn bagitau kuat2 apa pattern tuh. Koarang kene bagik contoh dalm ayat jugak untuk britau/hint org lain yg kau pon dah dapat pikap apa rules-nya.

11. Mula2, aku memang tak leh pikap apa pattern-nya. Tapi aku boleh di maafkan sebab aku ni dah tua dan otak pon dah season sikit. Tapi kerana kegeniusan aku sungguh melimpah ruah, maka aku telah mengoogle apa kejadah rulesnya game ni. So now I know........

12. So kepada budak2 yg tau the rules,

"Fuzzy wuzzy likes nipple tapi tak suka puting tetek!"

Betul ke tidak?

Sekian, terima kasih, wassalam

p/s kepada ringgo dan ciswani, ...fuzzy wuzzy likes inggat tapi don't like ingat.......

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger