Tampilkan postingan dengan label adeled. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label adeled. Tampilkan semua postingan

Minggu, 24 April 2011

Menang Tapi Macam Tak Menang

Salam,

1. Ni adalh kemenangan aku yg paling down sekali dalm sejarah pembolasepakan aku. Walaupun kami, team Ole, memenangi tournament futsal UCSA (UmnoSA) Autumn Cup itu, akan tetapi di hati aku ini hanyalah .......... keheningan.

2. Ku mulai langkahku di hari tersebut dengan penuh keyakinan. Satu demi satu persediaan aku pada hari tersebut goes according to plan. Bangun awal, berak, checklist barang2 yg kene bawak, masak siap2, breakfast yang mantap, neurofen, V, berak sekali lagi, beli togeh, tampal instruction utk macha2 dan warm-up/strecthing sambil masak. Pekerja2 aku datang pulak bukan on-time, sebaliknya before-time! Tenkiu pepel!

3. On the way driving ke situ pon aku dah start dah strecthing ankle aku yg bermasalah di setiap lampu merah. So aku sesampai je, aku dah ready, with 10 minutes to spare. Sempat lagi kencing. No excuse to lose anymore.

4. Then everything happened like a blur. Everything when smoothly, aku rasa no pressure, tak letih pon dan kami menang semua game easily. In contrast to last year ISMA CUp 2010 , yang semua game kitaorang main macam nak terberak.

5. Aku expect kita orang akan jumpa team Gagak Hitam (Cho) di final sebab diaorang nampak garang dowh kali ni. Abis belasah semua org! Dah lah jersey semart abes. Akan tetapi Kickers terbukti lagi effective masa taim semi-final. Nak wat camner bro! Tu la sapa suruh cakap besar ngkorang ader keeper power (Pokka)! Sekali Pokka sakit perut plak arituh ..... Alhamdullilah! Ehh silap....Astaghfirullah. Semoga Pokka bertambah sihat dan bersedia utk main di hari2 mendatang! Keh keh keh...

6. Dan waktu final match pon aku chill je. Sebagaimana aku chill je tarik baju player Kickers sampai jatuh ke lantai masa dia one-on-one ngan keeper. Dem la! Refleks dowh. Aku tanak main kotor kay, tapi secara automatik bila dia lepas aku, aku trus tarik baju dia. Aku dah pasrah dah dioarng akan dapat penalti. Sekali referee tak bagik pulak! So aku trus rasa down! Rasa bersalah dowh! Aku rasa macam aku dah merompak "kemenangan" team Kickers.

7. Of course budak2 Sabah emo. Understandable lah kan. Aku pon akan marah. To clarify the matter, after the game, bila aku tanya ke dua2 ref kayu tersebut (muahaha), diaorang kata seriously diaorang tak nampak. Players dok block view both of them! Tangan aku pon cepat! So, walaupun satu stadium nampak, tapi bcoz diaorang tak nampak, so diaorang tak kasi penalti! Fair enough. And to their credit, diaorang stay cool and stick to their decision sternly.

8. So masa tu, aku rasa bersalah gila. Aku telah bersedia untuk menerima balasan illahi dan kalah pada hari tersebut. So dengan hati yang penuh redha, aku trus main. Lagi lah bertambah2 aku chill. Malangnya utk team Kickers, lagi aku chill, lagi effective!

9. Pastu dua gol kitaorang disallowed la pulak. The first one was beaten by the buzzer and the second one was for sliding. Hah! Balasan Allah lah nih! Aku terus pasrah menanti saat-saat kekalahan. Sekali tamat masa dengan kedudukan 0-0.

10. So Penalti! Dengan hati yang tak sabar2 untuk kalah, aku trus volunteer amik the first one. Aku pikir kalau di takdirkan aku miss penalti, biarlah aku miss the first one! Less cruel to my teamates. Akan tetapi, hati yg chillex menyebabkan kaki yg stabil. Masuk la plak! Muahhahahaa. Fuhh lega!

11. Kickers score the next one, so kedudukan menjadi 1-1. Apabila Naim Legend step-up utk turn dia amik penalti, aku dah kira konfirm dia akan score. Nama pon legend. Bola lekat kat kaki cam awek melekat kat aku. Sekali bila dia sepak penalti tuh ...... kelepek.... melekat kat perut keeper tuh. Dia ni ambik penalti ke passing ke keeper sebenarnya?

12. Semua orang dalam team aku dah macam down. Tapi aku rileks je sebab aku tau kitaorang akan kalah arini. Sekarang ni harap keeper kiatorang, Mock lah untuk save balik at least satu untuk menyelamatkan keadaan. Tapi Mock gagal, so keadaan 1-2 after 2 penalti each. Aku dah terbayang pakai medal yang tertulis "runner-up" di leherku. Okay je. At least dapat medal cetus hatiku ... cewahhh!

13. Alamak...bini aku dah bising! Kene cut short citer..

14. Tiga penalti yang seterusnya yang di ambil oleh Bebeh, Lut dan Bandu semuanya masuk. Tapi penalti Bebeh paling stail! Rilek je tolak lembek bola ke bucu. Hamjadah! Akan tetapi Kickers missed their third and last penalty. Dua2 di save oleh MOCK! Giloss! Legend abes sebab save point blank gituh. The last penalty tu memang a good penalty. High and powerful. But somehow Mock nampak dan dengan beraninya angkat tangan utk save! Legend!

15. So tetiba aku baru sedar yang kitaorang menang! What? So walaupun aku celebrate, tapi hati ni rasa berat. Aku trus mintak maap kat player Kickers. Dan masa angkat piala pon aku tak feeling pon. Sampai ke malam tu, bila budak2 cakap congrats, aku jadi mcam blur, macam malu2 nak ngaku aku menang.

16. Itulah sebabnya mengapa aku cakap ni lah kemenangan paling down dalam sejarah hidup aku.
__________________________
Imran Ramli vs Dinding

1. Satu lagi punca down kepda aku dan kesemua budak2 Adelaide skang ni ialah kecederaan yg di alami oleh Imran.

2. Tolak menolak dan provocation di dalam game plus wrong timing and wrong location menyebabkan muka Im kene renovate! Pagar dah runtuh!

3. The bad news is, dia memang dah huduh sebelum ni. So strugge lah semua orang untuk mengurangkan tahap kehodohan Im pada hari itu. Sampai ke malam comittee UMNO, aku dan especially bini aku teman dia pegi klinik gigi, to save apa yg boleh di save. Bad luck bro.

4. Akan tetapi aku merayu kepada semua orang untuk tidak put the pressure kpd si penolak. Bad luck kepada Im dan bad luck juga kepada dia. Bukan salah dia badan dia besar so sekali tolak je meomentum dia gila! Nak di jadikan citer, ader plak kerusi2 dan dinding kat situ! Aisey! Dia juga telah di provoke. Dan aku tahu, kalau boleh, dia nak reverse balik time dan tak tolak Im on that situation.

5. So everbody, please be fair minded and support him. And please support Im as well so we can get over this episode as quickly and smoothly as possible. Kepada awek2 gojes Adelaide, pegilah buat2 gedik ngan dia, biar dia trasa hensem skit! ....errrr.....tapi dosa tanggung sendiri lah kan!
_____________________
Heroes of the day.

1. Man of the Match for the final game. Mock/Zulhazri Isera. Kerana kemachoaan dia save DUA penalti. Dia pon had a good tournament, bolos dua gol je sepanjang kejohanan. Dua2 gol gilos, satu volley Syamil and second one Yob header masa bola pusing2 depan pintu gol. Tenkiu Mock sebab kasi kitaorang menang!

2. Best Player of the Tournament bagi aku ialah aku. Second place pula jatuh kepada Bebeh/Annas. Demm giler dia ni bola tak ilang dan dia assist banyak giler hari itu, untuk melindungi ketidakbolehan dia untuk meng-score gol. Tapi sebab dia tak score langsung, (bukan cam aku yg score satu....Yes!), maka dia tak dapat UMNO best player of the tournament. Padahal, tanpa assist drp Bebeh, mustahil MatYuh dapat score 5 bijik pada hari tersebut. Seperti biasa Mat Yuh missed 5 kuasa 4 opportunity yg di hidangkan kpd beliau! So tenkiu Bebeh.

3. Fair Play award pulak bagi aku wajar di berikan kepada Ihsan Huhu. Ye aku tau semua orang bosan. Balik2 mamat ni yg dapat fair play award. Padalhal perangai cam setan bertopengkan manusia. Tapi masa Im tergolek, dia lah yg first bagik first aid. Role to the left, kaki silang, support neck semua perfect. Kalau tak, mahu mati choking Im dengan darah yang banyak kat mulut tuh. So tenkiu Ihsan. Tidak lupa juga pablisiti teruna-murahan beliau yang meng-wajarkan beliau untuk dapt fair play award seperti.....

Taktik teruna-murahan ini yang di gunakan meluas sejak zaman Abraham Lincoln lagi, memang terbukti masih mampu untuk mencairkan hati-hati wanita Batak, Eskimo dan Negrito. (credit gambar Kimie -Lotte Production)
___________________
Lagilah aku down

1. Di sebabkan oleh pablisiti yang di curahkan kpd Im, maka kemenangan kami tidak mendapat sambutan meriah oleh mat2 fotographer Adelaide.

2. Diaorang ambik gambar pon macam tak ikhlas. So tak heranlah bila satu gambar pon diaorang tak aplod dalm fesbuk! Gambar kaki aku ade lah. Tapi gambar ngan piala dan medal takde pon! Sipi2 pon tak de. Dah lah taim ni lah aku hilang camera aku plak!

3. Kemudian, di subuh yg syahdu ini baru aku tersentak. Inilah rupa2nya balasan aku sebab main tak fair! Maka kami semua satu pasukan telah di hukum. Allah telah menidakan peluang kami untuk mempoyo.

4. Maka dengan hati yang terluka, terpaksalh aku mengunakan skill photoshop ku yang taraf Steven Speilberg ini untuk mengciptakan satu2nya gambar medal kami ini.

(Credit gambar -Telur Ayam)

Tenkius to all Ole's teamates, Mock, Bebeh, Naim, Mat Yuh, Bandu, Lut, Safwan.
Lagi 2 minggu, kita buat lagi di MASCA Futsal plaks. InsyaAllah

Sekian Mekasey, Wassalam.

Sabtu, 19 Februari 2011

Rampasan Kuasa !!!

Entry ini adalh untuk budak2 bola Adeled

Salam bros....

Aku nak britau engkorang semua, tahun ni Aku volunteer untuk jadi Kapten!

Selambe rock je melantik diri sendiri. Muahhahahhaha!
Sesape yg tak puas hati, boleh slow talk ngan aku.

KENAPA AKU NAK JADI KAPTEN

1. Aku hebat kot! Kamon la. Lagi mau tanya! Nasib baik ada pangkat kapten jer. Kalau ada pangkat General, dah lama dah aku jadi General Azam!

2. Aku nampak, team bola kita masih pening2 lagi sejak Melben Cup last year. Semua org macam down,giler. NCG pon kita tak main. Jadi kita memerlukan seorang pemimpin yg berkarisma dan berwibawa utk membawa kita keluar dari lembah kehinaan. Aku la tu!

3. Bila takde sorang yg dominan, team jadi pening. Semua org nak bagi opinion. Player keluar masuk ikut suka hati jer, semua taktik dan strategi boleh buat lap buntut lagi baik. Organize lah sikit. Jgn main mcam keling.

4. Satu lagi, aku ni dah err.....season. Umur pon dah 27 tahun (uhuk... uhuk!). Jadi kemungkinan besar inilah last kopek aku untuk main gila2 ngan lelaki2 muda di atas padang. Lepas ni aku mungkin hanya mampu untuk "bermaen gila2 ngan wanita2 muda di atas katil" sahaja.

TEMPOH AKU HANYALAH 6 BULAN SAHAJA.

1. Melben Cup dan NCG sahaja. 6 bulan pon tak sampai!

2. Sebab apa kejap sangat? Kerana aku dah bertahun2 jadi kapten masa zaman aku muda remaja dulu (iaitu last week). Cukupla. Takkan aku nak jadi kapten forever kan? Mampos la gitu. Aku tolong kasi korang stabil skit tahun ni, pastu, aku lepaskan balik kat korang.

3. Korang pulak kene jadi kapten. Baru korang belajar. Baru korang improve.

WARNING!!

1. Aku memang main emo. Kalau aku terjerit2 marah korang, sorri ler bro.

2. Bola first, kawan second. No favours. Kita train letih2, pastu naik kereta jauh2 ke Melben dan spend duit untuk ke Melben Cup dan NCG. Jadi kalau kau expect aku nak select team sebab member2 ke, player last year ke or budak2 final year ke, boleh pegi mampos. Tapi kalau kau ada adik cun berbodi melekuk-lekuk, itu boleh di pertimbangkan.

3. Aku carrying an injury skang ni. Lutut spoil. So ada kemungkinan aku takleh main. Jadi kalau main pastu kalah, itu di sebabkan ketiadaan aku selaku star, bukannya kerana kelemahan skill pengurusan aku!

TEAM AKU

Aku takkan boleh buat kerje ni sengsorang. So aku akan berkerja dengan dengan orang2 yg sekepala ngan aku.

1. Afiq Asjay = Manager
- Ala2 Tan Sri Anuar Musa.
- Dia akan menguruskan pendaftaran, pengangkutan, penginapan, pemakanan, perubatan, pemakaian (jersey la), pengadisan team dan juga peng-tactical-lan.
- Dia akan check dan make sure time table bila main, so kalau ada Abang Hot tu pergi K-Mart lagi taim game dah start, itu semua salah Afiq Asjay semata2.
- Salah seorang daripada ahli Panel Selection Player.

2. Ise' = Coach dan Assitant Manager
- Ala2 Beckham.
- Dia akan tolong aku, especially utk menguruskan taktikal aspect dan substitution masa game. Pening la aku, kalau nak organize semua ni masa game dari tengah2 padang.
- Di harapkan jubor Ise bertambah baik so dia boleh main tahun ni. Tapi kerana taraf sakit jubor dia agak kronik, aku rasa next year kot baru dia boleh main balik.
- Salah seorang daripada ahli Panel Selection Player.

3. Imran Ramli = Fitness Coach dan Vice Captain
- Ala2 ALAMAK!
- Semua org tau Im kuat isap rokok dan rajin layan porn. Tapi selaku ex-player hoki daerah manahentah, aku yakin dia mmg berkaliber untuk meningkatkan taraf kefitnes-san team kita ke level player All Black.
- Semua org tau Im adalh emo gila babi bila main bola. Yellow card wajib tiap tournament. Tapi dia nangis bila tengok dokumentari P Ramlee dowh. Itu bermakna hati dia lembut dan prihatin terhadap org lain sebenarnya!
- Itu sebabnya dia vocal di padang. So, kalaulah lutut aku jadi arwah ataupun aku pon turut jadi arwah sekali, Im lah yg paling layak ganti aku sebagai kapten. Bukan sebab dia terer main. Tapi sebab dia cakap banyak!
- Im BUKAN salah seorang daripada ahli Panel Selection Player.....sebab dia emo.

PLAYER SELECTION

1. Untuk memberikan ketelusan di dalm pemilihan player, tahun ni player akan di pilih oleh tiga org ahli panel iaitu, Gua, Afiq dan Ise.

2. Setiap nama akan di pertimbangkan dan di undi oleh kami bertiga. Undi adalh rahsia. Tapi boleh di beli. Sila belanja kami ke percutian di Gold Coast ataupun Haadyai selama 7 hari. Untuk aku, korang bagi fon no Rozita Che Wan sudeh.

3. Kami telah sepakat untuk memilih player yg betul2 boleh main, bukan member2 or kroni2.

4. Apakah yg di maksudkan "player yg betul2 boleh main"? Roughly, ialah player yg boleh bermain di dalam team, tidak bolot, fit, pantas, berdisplin masa game dan training, dan mempunyai ketinggian melebihi ketinggian Bandu.

TACTICAL

1. Semua orang di alu2kan untuk kasi opinion diaorang tentang strategi, pemilihan player, posisi etc.Kemudian aku akan discuss bersama Afiq dan Ise sebelum membuang cadangan anda ke dalm tong sampah.

2. Sekiranya ada conflict dari segi tactical, keputusan muktamad terletak kpd aku. Sebab alih2, kalau di takdirkan team ni hancus, aku juga yg kene kutuk kan. So because its my responsibility, I will be making the decision!

LONG TERM VISION

1. Aku mengharapkan, 6 bulan dari sekarang sewaktu kita insyaAllah peluk Melben Cup dan pakai gold medal NCG di tengkuk, aku boleh lepaskan team ni kepada Afiq or Ise selaku manager. Kapten di atas padang, korang decide lah sendiri. Last kopek kalau takde org, Im pon boleh la. Muahahhaha!

2. Aku akan step down dan jadi penasihat ala2 Dr Mahathir. Dengan kata lain, ......... aku akan kutuk korang daripada blog aku setiap hari.

"Majulah Sukan Untuk Tekel Awek"

Sekian, mekasey, wassalam.

Sabtu, 18 September 2010

Liat Jugak Nyawa Bini Aku Ni!

Salam,

1. Rabu lepas bini aku dah komplen dah dia trasa macam nak amik sick leave sebab dia trasa macam nak demam. Tapi orait je dia pagi Rabu tu aku tengok. So dia pegi kerja gak la. So aku assume biasalah ni. Syndrome org tua2 yg dah tak de kudrat.

2. Malam tu tu je, terus bini aku KO. Punya lah tak larat gamaknya sampai KO kat lantai ruang tamu, depan heater. Terpaksalah aku heret tilam pegi ke dapan gak. Takkan la aku tido sengsorang dlm bilik kan. Aku ni kan manja. Tiap malam sebelum tidur kene cium bini. Tapi dia letih arini. Tak nak kacau la.

3. Kamis pagi tu aku punyalah kalut, aku tak sempat nak antar anak aku yg kecik, Usna pegi childcare. So dia dok rumah lah ngan bini aku. Aku tau dia akan kacau bini aku nyer. Maklumlah budak2 pompuan. Mulut pot pet pot pet, ngan dinding pon diaorg boleh ajak bersembang dua tiga jam.

4. So aku kerja air Kamis tu penuh dgn kekalutan. Sebab aku bajet nak balik awal, pkul 2pm utk pikap Husna, bawak keluar, so bini aku boleh rest sikit sengsorang. Alih2 pukul 3 baru aku sempat balik.

5. Aku tengok rumah dah macam tongkang pecah di kerjakan Usna! Bini aku, masih tergolek beriktiqaf dlm selimut kat ruang tamu. Nak bercakap pon mcam orang kene stroke. So aku bawak Usna dan Muhammad pegi main2 kat playground. Sejam gitu aku hantar diorg balik dan pegi balik kerja.

6. Dalam maghrib gitu, aku dapat call. Muhammad call aku. Dia kata
"Papa! Mama sakit perut"
.
Alamak. Aku tau. Bini aku mesti tak makan apa2 sebab tak lalu, so dia dah kene gastrik. Aku pon cakap,
"Okay2! Papa balik sekarang."


7. "Sekarang" utk aku maskudnya paling koman sejam. Sebab aku bukan kerja pkai punch-card. Boleh masukkan card tu pastu chow. Aku kene kemas kedai dulu, sapu sampah, mop etc.

8. Lagipon ni "bini" je pon. Bukannya "aweks". Kalau aweks, dia call je, aku dah terus pegang kunci kereta. Dia cakap baru cakap "Hai", aku dah masuk gear tiga.

9. So lepas tutup kedai aku trus pegi farmacy dan beli ubat2 standard. Cordral Day and Night Formula (utk demam selsema) dan Buscopan (utk gastric). Tengah aku merempit balik, tetiba dapat SMS bini aku mintak aku belikan antibiotik plak!

..power..

10. Damn. Kat sini antibiotik adalah barang terkawal. Kene prescription drp doktor. Kalau kat Malaysia kau sempoi je boleh beli kat farmasi mcam kau beli pil tongkat ali dan kondom kan?

11. So nasib baiklah aku kenal adalah dalam lima enam doktor Melayu yg kerje GP kat sinih. Pilihlah yg mana satu idaman kalbu. So lepas aku amik prescription "for free" (TQ Zaki), pergilah balik aku ke farmasy utk beli ubat tu.

12. Last2 sampai gak aku kat rumah, pukul 9pm, kira2 2 jam selepas mendapat pangilan kecemasan tadi. Pergh! Kalau bini aku kene heart attack ke apa2 yg serius tadi ni, dah lama dah gol ni. Mayat dah sejuk dah! Dah keras! Kecewalah aku kerana terpaksa mencari duit utk kawin ngan bini baru. Alangkah tidak seronoknya!

13. Aku pon pot pet la kat bini aku, apsal tak makan, kan dah sakit perut, bla. bla bla. Bini aku cakap tak boleh makan sebab tekak dia sakit, bila nak telan terasa perit, makanan jam. Dia nak bercakap pon mcm susah. Sempot2 gituh. Macam bateri weak. Alangkah nikmatnya klau ari2 begini. Aman gegendang telinga aku.

14. Dia kata ni demam pelik. Satu badan abis bateri. Sendi lenguh2. Dia tau dia panas, tapi dia mengigil bwah selimut. Kepala macam nak pecah. Selsema, pastu bla bla bla bal bla...aku dah tak nak dengar! Sebab aku dah lari jauh2! Ni ntah2 SELSEMA BABI! Pelik smacam je. Tak nak aku dok dekat2.

15. Lagi 3-4 hari ni aku ada event besar. Moon Lantern Festival. Aku tak de masa utk sakit2 ni! Aku nak kene pulun buat satay, kuah kcang, rendang etc. Kalau aku sakit, sapa nak buat kerja? No work no money. No money no berbini lagi. No berbini lagi, no happy. No happy because I got lots of mani.

16. So, malam tu masa tidur, aku make sure ada "tembok besar negeri cina" antara aku dan bini aku. Tembok itu bernama Husna. Aku sanggup mengorbankan anak aku untuk kepentingan diri sendiri. Aku tak kisah. So bini aku tido bucu sana, dan aku tico bucu sini. Selimut pon lain2. Cium? Boleh belah!

17. Again, besoknya Jumaat tu, aku kerja kalut2 pastu balik amik Husna bawak jalan2 sejam gituh. Tapi aku dah pesan kat bini aku malam tu aku tak boleh balik awal. Aku kene start masak/preps untuk rumah terbuka "The Legends of Taiko Karats" besok.

Cepat2! Kita nak main bola.

18. Sekali, budak2 ni kata ada futsal pukul 1000 malam tu. Alamaks!
Moto hidupku: "Tiada yg lebih penting di dalm dunia ini, selain drpd sembahyang, melainkan berbola-sepakan."
Pukul 945 malam aku sampai rumah malam tu, aku tgk semuanya dah tergolek. Chanteek! Aku pelan2 amik kasut bola, pastu....Yaaaaahhhhuuuuuuuuuuuuu!

....Tolonglah rembat bijik mata kanan Sirul (keper hampeh)...Tolonglah!

19. Pukul 1130 baru balik rumah. Belajar bertwitter skit, bukak account fesbuk baru 2-3 account2, baca news,...pkul 2 pagi baru aku tidur. Cium? Hishh! Tanak aku! Aku tengok dia dok pakai baju yg sama sejak rabu arituh lagi! Dah sah tak mandi! Uweekssz!

20. Pukul 6 pagi aku dah kat kedai sambung projek open house Legends. Pukul 10am baru aku balik rumah balik. Nasib baik Sabtu aku tak kerja! Boleh beraya sakan!

21. Tapi, Ya Allah! Bila aku balik rumah pagi tu bini aku masih dok beriktiqaf kat spot yg sama sejak 3 hari yg lalu. Rambut dia dah terpacak2 macam kene elektrik shock. Olololololololo...kesiannya. Tapi tak mati2 pulak bini aku ni. Liat jugak nyawa dia ni! Hish! Kalau mati kan senang. Tak payah aku madukan dia. Boleh aku berbini baru tanpa sedikit rasa bersalah pon.

22. So pagi Sabtu tu aku pergi beraya kat rumah "the Legends" seperti Duda Berhias. Bini-less. Nasib baik aku bawak anak2 aku. Klau tidak, dah selamat dah aku di baham gadis2 Adeled pada hari itu.

"The Lejeng". AK, AfiqAsjay, Naim, Ise', dan Lejeng Import Que. Awek lejeng yg kanan tu Patin.

23. Balik je ke rumah tengah hari tuh, aku ajak bini aku pergi beraya kat rumah org lain plak. Jalanlah sikit kan.
Demam ni sebenarnya macam org perempuan.

Lagi di layan, lagi naik lemak. Di beri betis nak peha. Di beri peha, nak zakar. Susah lah nanti kene mandi wajib. Kang bil air naik!

24. So akhirnya bini aku keluar lah jugak beraya petang tu ke Mount Barker. Skang, arini ni, Ahad, dia dah nampak okay dah. Tapi anak aku pulak yg demam! Siapa? Husna, my "tembok besar negeri cina"! Yes! Taktik aku menjadi. Aku selamat!

25. Pergh! Mungkin aku kene pergi beraya di Open Day MASCA/UMNO ari ni bini-less dan anak-less.
Alamak!
Ya Allah! Selamatkanlah aku drpd godaan2 rakus gadis2 Adeled nanti.
Sesungguhnya insanMu ini ada many-many mani but no money untuk berbini.
... lagi !

Sekain. mekasey, wassalam.

p/s: - Skang ni mcm ada wave. Lepas sorang2 demam. Ada virus yg agak brutal kot nih. So kalau trasa kau demam "lain macam" je, jgn segan2 jumpa doktor cepat2.
- Swinging Bowl boleh cater untuk kenduri arwah.
Untuk kawan2, harga $5.oo sekepala. Kepala mayat tidak di ambil kira.

Sabtu, 04 September 2010

Kurap Adelaide....




Salam,

1. Aku malas nak tulis post pendek2. Tak sempurna argument rasanya.

2. Aku suka menulis blog, sebagaimana aku suka caraku beromen. Panjang2 dan selama-lama-lamanya. Hot, rough and sweaty (sembang kencang bajet power...Ikut aku lah ni blog aku! muahahaha)

3. Tapi bila aku baca orang2 melenting ttg organisasi K yang di ketuai oleh DrE yang membuat forum N tentang isu T yang mengkritik negara U di bandar yg bernama T, maka aku terfikir. Diaorang ni nak datang bulan ke?


4. Aku mmg nak menulis tentang K,E,N,T,U dan T dah lama dah. Mungkin inilah impetus yg aku tunggu-tunggukan. (utk yg lemah ingelisnyer..boleh check maksud impetus di cini).

5. K,E,N,T,U,T adalah isu yg sudah lama berkurap di bumi Adel...opss tersasul.....jap yer nak check...di bumi T. Jadi aku malas nak garuk kurap tersebut sebab selaku bekas pesakit kurap, aku tahu sifat dan karekter penyakit kurap ini.

6. Semakin di garu kurap tersebut, semakin syok, semakin best! Semakin keras di garuk sopt tuh, semakin lega rasanya. Akan tetapi hakikatnya, bila kurap itu di garu, ia sebenarnya akan jadi bertambah teruk dan bertambah besar.

7. Lagi celakanya, bila kurap ini di garu, fungus2 kurap ini akan melekat di celah2 kuku kita. Jadi bila kita garu di tempat lain yg tidak berpenyakit, tempat itu pulak yg akan di jangkiti. Asalnya satu, kini jadi dua, tiga dan seterusnya.

8. Lebih membabikan, kurap ini senang menjangkit kpd org lain. Asalnya sorang, kini dah bertambah menjadi dua, kemudian satu kelas, satu sekolah, satu bandar, satu negeri, satu negara dan akhirnya satu dunia.

9. Jadi sebelum aku menulis tentang K.E.N.T.U.T, aku nak pesan kat semua orang. Aku akan garu perlahan2. Sebab aku tahu,

A
- sekukuh mana pon hujah aku menyokong DrE dan organisasi K, TIDAK AKAN ADA SORANG pon di kalangan orang2 yg anti E & K akan merubah pemikirannya.

B
-
selemah2 hujah aku menentang E & K pula, akan cepat sepantas kilat menyebabkan orang menjauhkan diri drpd E & K, termasuklah org yg berada di dalm K sekarang ni.

10. Kenapa bila orang nak buat baik ramai yang menentang membantah. Tapi bila orang membuat kemungkaran, bukannya orang yg "menentang membantah" itu turut sama "menentang membantah" kemungkaran tersebut. Sebaliknya diaorang pandang kat orang yg cuba buat baik tadi dan kata " Ehh! Apsal lu tak pergi tegur?". Pulak!

11. What a joke!

12. Ataupun mungkinkah pihak yg "menentang membantah" itu hanyalah menyuarakan cadangan ataupun positive feedback. Akan tetapi mereka telah di perceived sebagai pihak2 yg menentang usrah ataupun liat utk di usrah, kerana cadangan/feedback pihak tersebut bercanggah ataupun menokok tambah kpd silibus usrah yg telah di selaraskankan oleh pimpinan atasan organisasi. Agak rigid mereka ini. Agak constipated.

13. Sila makan pelawas yer abang2 usrah. Anda boleh beli di sini.


14. On the other hand, isu KENTUT ini ialah isu yg selamat utk aku discuss secara bebas semberono. Sebab aku tahu penulisan aku TIDAK AKAN MEMECAHKAN komuniti Melayu di sini. Kerana komuniti ini mmg sudah berpecah di kalangan undergrad mahupun postgrad. Malangnya.....

15. Di harapkan, di akhir penjelasan drpd aku, semua orang akan sedar. Bahawa kedua2 pihak , KENTUT dan anti-KENTUT bersalah didalam kemelut ini. Yang betul dan benar hanyalah Aku sorang.

16. Tapi sekarang bukan masanya lagi. Aku perlu menulis utk menolong kawan yg sedang terluka....

Sekian. mekasih, wassalam.

Minggu, 11 April 2010

Ni Semua K-Mart Punya Pasal !!!

Salam,..after 24 hrs, back at the same computer in melben airport. What a stuffap day it was.

Aku tengah bayar kat kaunter K-Mart, di Melben. Tetiba......

.KRInGGGGG!!!!!
Aku: Ello
Arn (Budak Sabah): KAU DI MANAK NI BAH?
Aku: Kay-Mat la bro.
Arn: KITAK MAU START SINGKARANG SUDAH!!
Aku: Sekarang? Bukan lagik 2 game ker?
Arn : BUKAN!! ....Kitak SUDAH SILAP bacah timetable.
Aku: Alamakz! ....Okay. Aku datang sekarang.!

1. Aku dah tanya dah sebelum pegi.

Bila next game?

Semua org kata lagik 2 game. So aku pegi la KayMart!

2. Aku dah tanya dah.

"Ehh! Naper semua team group sebelah pindah pegi dok padang kita plak?"

Rupa2nya, selepas main 2 game, semua team swap padang. So semua team merasa kedua2 pitch.

3. First game ngan "Kaki Bangku". Seri 1-1. Both goals penalties. Main gabrak giler.

Sekend game ngan "Drop-Out". Seri 0-0. Takde luck.

4. Sekarang ni tinggal 2 game lagik in the group. Brisbane leading with 2 wins kalau tak silap. Lain2 semua same point sebab banyak giler seri. So, utk proceed to semi, WAJIB MENANG salah satu game dan WAJIB TAK BOLEH KALAH kedua2 match.

5. Aku sampai je ke padang, aku tengok. Aikk..maner semua org pegi? Diaorang dah pindah ke padang satu lagik rupanya. Bila sampai ke padang satu lagik tuh, game dah On. Org lain dah ganti tempat aku, as Centre Back. Kelam kabut aku carik kasut.

6. Bila dah siap. Kita score satu goal. Amri. Pastu kita kontrol game. Team Clayzio tu kene ayam jer ngan team aku. Tetiber camner ntah, selepas bola melantun2 cam ping-pong dlm kotak penalti team aku, BANG...kene volley. Diaorg score. 1-1. Pergh...takpe...takpe. Game still kita kontrol.

7. Sekend half, aku tak masuk lagi sebab aku tgk defender main baik jer. Aku maleh nak kaco chemistry defender yg dah main baik in the first half tadi. Sekali tetiba mamat no 6 team Clayzio mat nyah maner ntah dive kat penalti box kitaorg. PENALTI! Damn. Memang ader contact. Tapi very soft. Diaorg score. 1-2.

8. Alamak! Team Clayzio pon apalaga. Main defensive. Tekel pemain2 Adeled macam dok menekel gadis2 kilang baru abis shift. Arn, Fiker dan Miu, masa gelecek bola bunyi macam kompang...kelepek..kelepek..kelepek...kelepek..shin pad kene tibai ngan pemain2 Clayzio.

9. Tapi, to be fair, kalau aku in that situation, aku pon akan buat bende yg sama. Kalau leading dan masa sikit je tinggal, standard tactics is to tackle hard as hell. Kalau opponent injured lagi bagus, sebab masa akan terbuang masa player opponent to bergolek di padang.

Apa yang Penting?....KERJASAMAAA!!
Budak Adeled berkerjasama mengerjakan kaki Q, star Drop-out.

10. Standard Referee dia mcam biasa. Atas dari mangkuk jamban, bawah dari jubur. Ada 2 Ref. Ref kat padang first, kau "jamah" sikit je pemain lawan, trus kene free-kick or yellow. Tak boleh body contact keras2. Tetiba Ref di pdg kedua, nak bagik Yellow Card macam nak serahkan Dara.

11. Bila Ref tak keluarkan yellow card or bagik freekick, pemain naik tocang ler. Biler diaorg perasan tekel macam haram pon boleh lepas, jadi diaorg tekel macam setan la plak. Ref sepatutnya guna otak. Dia kene jaga the good player yg kene tibai. Bukan biar lantak player kene sodom kat tgh2 padang.

12. Kalau aku ada kat tgh2 padang tu, aku dah menyontot dah sekor dua player Clayzio tu.

teknik yg ni dalam kamasutra pon tak de.

13. Lagi 3-4 minit game tinggal, baru aku masuk. Aku main atas...ehm..ehems. Dah ketinggalan kan? So kenalah carik gol kan. Tapi masa tu aku tak tepikir. Sepatutnya aku main defense dan suruh defender aku yg lagi mantap gelecek yg naik atas, macam Naim or Anas. Tapi nak wat camner. Tgh kalut2 tu, maner bole pikir.

14. Preeeeetttt !!! Masa tamat. Uwaaaaaaaaaaaaaa....Kami kalah 1-2.

15. Last game, lawan Brisbane, seri 0-0. So kami dapat tempat sekend last dlm grp. So kami, the defending champion was eliminated. Brisbane and Clayzio proceed.

16. Adoi la. Itulah nasib bola. In general, team2 dlm grp tu sepatutnya boleh makan. Brisbane je liat sikit kot. Tapi, defendlah power camner pon, kalau tak score goal, komfirm out of the tournament.
So, main 4 games, 3 points, bolos 3 (2 penalties, 1 field goal), score 2 (1 penalti, 1 field goal). 3 yellows (Kapitan Donk, Azrul dan macam biasa ....Imran Jahat!!).
Hanya SATU gol je kami score during normal play!

17. Itu la pasal aku selalu dok "berceramah bebas" tentang kewajipan main di padang besar yg bergoal besar. So, baru reti camner nak score goal! Ni asyik dok main goal kecik kat EsQ or Robe jer. So biler main goal besar je, engkorang tak reti camner nak score.

18. Ari-ari main bola pakai gol kecik ni macam ari2 kau dok melancap. Bajet power la konon. Tapi biler ader pompuanb berbogel atas katil di depan mata engkau, kau tak reti pon camner nak beromen.
Ehh..ni nak start lagu maner nih?

Udah2 lah tu. Biarkan lelaki2 yg berzakar kecil je bermain di gol2 kecik di EsQ dan Robe tuh!

18. Petang tu jugak, di tepi padang tu kami bermuhasabah diri, di manakah kesilapan2 yg telah berlaku. Aku pon, selaku abang hensem yg dah season, dok berpot-pet la pasal point2 aku kat atas tu.

19. Sekali, sape ntah mencelah.
"Hek Elleh! Ni sebab ada org tu pegi K-Mart ler nih! Game dah start, kau dok mengatal pegi KMart per criter!"
Sialan nyer budak2!
Muahahhahhahaha...

20. So, ape kes aku pegi Kmart tadi? Aku kalut2 pekap spender secukup rasa utk ke Melben, tapi aku lupa bawak baju sejuk/sweater/jacket! On the game day/saturday temperature was 25C. Tapi aku tau besoknya, kalau masuk semifinals, temperature lagi sejuk. So aku bajet, aku nak cilok taim pegi beli baju sejuk murah di KayMat untuk pakai waktu semifinal dan final besoknya! Tapi aku tersilap bajet!
Peringkat group pon tak lopeh!

21. Tapi aku terima jelah, tohmahan2 bahawasanya aku pegi KMart la punca kekalahan game ngan Clayzio tu. Walaupun aku dah tanya berjuta2 kali, bila next game, boleh dak aku pegi KayMat skang ni....Walaupun mcam la engkorang tau, kalau aku main, entah2 aku yg bagik penalti tuh or buat kesilapan lagi besar sampai kene dua tiga bijik lagi !

22. Tapi keluh resah rintihan kalbu pemain2 bola Adelde ttg pemergian aku ke KayMat itu sebenarnya agak memBANGGAkan aku. Itulah buktinya bahawasanya aku ni SANGAT-SANGAT PENTING utk team Adeled.

23. Sungguh tak ku sangka, di sebalik gaya, mutu dan keunggulan kehenseman aku ni, rupa2nya aku ni bapak power mainbola. Hanya 40 minit ketiadaan aku, sudah bisa merubah segala-galanya.
Selama ini, aku ingatkan hanya cikaroz Adeled jer yg AMAT memerlukan daku.
Rupa2nya balakaroz Adelde pon bernaung menumpang kasih di bawah kehebatan aku main bola.

24. Terima kasih KayMat kerana telah menyedarkan mereka..........

Sekian, mekasey, wassalam

p/s
i) Clayzio menang UMNO cup! Biar benar! Mmg standard taun ni drop skit. Sekend thights, third carlton dan my favourite Brisbane fourth.
Aper citer Brisby? Apa sudah jadi?
ii) Acknowledgement kpd Aqmal Anis. Timo kacih atas kebenaran utk gunakan gamba2 UMNO Cup dari fesbuk dia. Gamba lu cun. Kepap da gud work!

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger