Kamis, 16 Juli 2009

Amar Makruf Nahi Mungkar

Salam,
1. Aku dah lama nak tulis post pasal agama, tapi ilmu cetek, iman lemah dan aku suka ikut logik akal sendiri, jadi takut aku nak tulis. Tapi dalm bab ni aku trasa macam terpanggil untuk tulih. Jadi kalau ade salah silap tu, jgn sesegan hentam aku yerk!

2. Sesape org islam yag tak tau pasal istilah "amar maaruf, nahi mungkar" ni memang la patut di sidekick tulang rusuknya. Org kan slalu pakai di khutbah2, ceramah2, bahkan Lim Guan Eng pon pakai istilah ni. Basically, yg aku paham ialah kita org islam hendaklah menyeru kearah kebaikan (dekat kepada Alllah) dan juga mencegah keburukan (jauh drp Allah seperti maksiat, kejahatan etc).

3. Dalilnya ada selonggok dalam al-Quran, contohnya disenaraikan di sini. Aku amik satu je
Al-Imran:104. Let there arise out of you a band of people inviting to all that is good, enjoining what is right, and forbidding what is wrong: They are the ones to attain felicity.
Pergh!! felicity? Slalu dengar, tapi tak pernah check diksenari plak. Kebahagian rupanya.

4. Cakap pasal amar maaruf (mengalakan kebaikan) ni, kita tak boleh mencari contoh yg lagi baik drpd Jemaah tabligh (JT). Memang ramai org yg prejudis terhadap JT ni, termasuklah aku at one stage. Tapi belum cuba belum tau. So mase aku di MRSM di zaman Samy Vellu masih berambut original dulu, aku pernah lah keluar 2 hari dengan JT. Bahkan budaya JT memang di amalkan di MRSM aku dan aku pon join sekaki tazkirah, ziarah bilik ke bilik, terorize junior etc.

5. So drpd pengalaman aku, memang JT ni ikhlas tanpa sebarang kemuskilan lagi dan selambe rock saje dalam mendakwah sesape saje yg depa jumpe. Senyuman mereka cukup mengtraumakan aku, kalau teringat terus terngiang2 di kepala hotak aku "3 hari inysaAllah", "ilmu dan amal" etc.

6. Kaedah mereka simple je. Jom join 3 hari, observe camner senior pegi approach org, ape ayat dier pakai, tengok camner dier ulang skrip yg lebih kurang sama kat semua org, adjust bila perlu, bila dah lancar, keluar cair je, macam penjual obat di tepi jalan atau agen direct selling. Bila buat banyak2 kali, lama2 sesapa pon boleh hilang malu atau gabrak, dan boleh menjadi seoarang pendakwah yang efficient dan bermuka tembok (penting ni!!). Off course, di waktu selain drpd ziarah, mereka dok iktikaf di masjid dan menambahkan amal masing2 mengikut sunnah yg di pelajari. Cukup cun dan simple.

7. Baru aritu depa buat ijtimak sedunia di malaysia dengan estimate org 200, 000 dtg. Ni kalau buat kat india atau pakistan ni, mau cecah setengah juta kot, sebab org2 sana miskin, takde duit nak gi mesia. Silap2 kena tangkap , bungkus hantar balik oleh immegresen malaya. Gambar di bawah di cilok dari sini (halal ye bro) dan kisah lebih lanjut sila ke krenmaut.
Dengarnya ader 1500 org tukang masak cakap lu. Gilos. Harap2, ginilah dapur SBowl by next year!!

8.Jadi singakatan story nyer, JT ni adalh contoh terbaik pergerakan yg mengalakkan amar maruf.

9. Tapii, alangkah baiknya sekiranya kita ummat islam mempunyai pihak yang mengpraktiskan "nahi mungkar"/ mencegah kemungkaran jugak, kerana ia adalah the other half of ayat di atas tadi. Ia adalah tuntutan fardhu kifayah ke atas kita (betul kan ni?) dan kita sewajarnya menyambut seruan tersebut.

10. But warning! Nahi mungkar is not as easy as amar maaruf. Apabila kita mengajak ke arah kebaikan, majoriti org tak kisah kat kita, Pandangan org adalah
"Mamat ni mengajak aku buat baik. Dia TAK KATA aku ni jahat pon".

Nak ikut, ikut la. Kalau nak tolak, kita buat2 dengar je, pastu bile dia chow, kau sambung la cam biasa. Lagi pon naluri manusia ni suka kepada org2 yang buat baik dan org2 cam tu akan di respek.

11. Tapi bila kita menbuat nahi mungkar, pandangan orang ialah,
"Dia kata kat aku jgn buat bende tak elok ni. Jadi dia MESTI INGAT aku jahat!"
Jadi manusia ni mempunyai nafsu/ego dan apabila ia di bakar oleh setan, maka meluap-luaplah kemarahan mereka. Itu pasal banyak manusia, cukup marah bila kita cuba untuk mencegah kejahatan. Especially org2 jahat la kan. Dah kompirm depa emo nya.

12. Kalau tak percaya, cuba kau pegi jumpa org2 yang selalu gomol GRO (pinjam istilah metro) kat rumah dia dan ajak dia pegi masjid ke contohnya. Mesti dia okay jer. Tapi cuba kau pakai kopiah atau songkok, dan BERDIRI SAMBIL TERSENYUM SAHAJA di tepi pintu masuk rumah urut,pusat kraoke ke manejadah di mana GRO bersinggahsana. Aku gerenti bukan setakat mamat tu maki hamun engkau depan2 atau belakang2, bahkan cukup satu hari, tokey rumah urut etc tu sendiri pegi tibai engkau sebab kastemer smua lari, inggatkan Majlis Agama Islam buat raid kat situ!!

13. Senang cerita, nak buat nahi mungkar ni sakit. Jangan harap boleh kumpul 200, 000 org la. Jangan harap boleh dapat permit buat ijtimak. Jgn harap datang agung, najib, muhyiddin, MB NS, atris2, VIP2 lain la. Kalau la tabligh kene prejudis by masyrakat, pengerak nahi mungkar plak akan di layan sadis macam kudis by masyarakat dan pihak polis.
Najib bagi tazkirah. Keluar 100 hari iA sempena 100 hari saya jadi PM! Kamon La !! Kamoooooon!!

14. The best solution, kalau ikut akal aku yg cetek ni, ialah kau belajar ilmu untuk menjadi seorang dai/pemdakwah yg baik, banyakkan amalan untuk mengkukuhkan iman dan kene praktis berdakwah macam join grp tabligh ni ke. Biler dah mantap, step up to the next level la.

15. Jadi korang sedarlah! Jgn jadi cam aku. Aku terus terang cakap, aku ni biasanya kalau ikut hadis glamer ni ..........
"Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya (kekuasaanynya), sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.” Riwayat Muslim

Dah konpirm golongan yg last. Jadi tolonglah korang, insaflah! Moga2 bile korang sedar dan mengamalkan ape yg aku cakap ni, pahala korang dapat gak free2 kat aku iA. Bestnyer. Tenkiu!!

Wallahualam.

Wassalam.

Comments :

0 komentar to “Amar Makruf Nahi Mungkar”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger