Kamis, 23 Juli 2009

HARIAN METRO KANTOI



Salam,
Aduih...malehnye nak apdate

1. Kalau tak silap aku. Harian Metro (HM) ni adalh sotkabar terlaris kat malaysia. Tak pon no 2 blakang utusan. Kenapa dia laku? Senang je. Pertama kerana kecik, jadi senang nak bawak dan biler nak baca dalm LRT ke Putra ke, tak le kau terbloking padangan org sebelah yg bajet nak usha awek yg dok depan tu ataupun di tuduh meraba amoi yang dok berdiri seblah kiri kau dan mencabul makcik yg dok seblah kanan kau, sebab tangan kene bukak sedepa masa membaca.

2. Kedua, sebab headline muka depan yang sensasi seperti Zakar Penguin Penunduk Lelaki, atau Amah Indon Bercoli Menjoli Membeli Kuali atau BN Menang di Manek Urai !! Sapa yang tak gatal tangan merembat HM kat newstand kalau gitu kan.

3. Tapi headline2 tu, yang celaka-nya, banyak kali aku tengok misleading atau downright penipu gila, contohnya mcam dalam kes Norita Shamsuddin, "Norita Lemas Seks". Padahal bila aku baca sepatah demi sepatah perkataan dalam article itu dengan penuh ghairahnya (untuk mencari kesalahan la!!), kau akan jumpa pakar pathology tu kata specifically, dia TAK BOLEH kata for sure yg norita mati lemas seks. Mati lemas kene cekik YA, Tapi mati lemas seks, TIDAK PASTI.

4. Tapi sebab headline kata gitu, maka ramai manusia yg bahlul, terus assume bende tu betul. Baru 3-4 bulan lepas aku dengar satu makcik gossip kat sini yang menyebut, "alaa..budak pompuan yg mati lemas seks tu la...bla..bla..". Tak pasal2 malaikat kene "copy" report pasal mengumpat tadi, untuk di "paste" di bawak kategori "fitnah" jugak.

5. Tak pon Metro ni suka exxagerate berita seolah2 bende tu berlaku berluasa. Contohnya macam kes santau la, mat rempit lalok minum tonik setan la, death metal sembelih kambing itam atas pentas la, skinhead menge-pau budak sekolah lah, tangkal gigi rimau sebagai penunduk manusia di pakai oleh ahli politik la etc. Baru aku tau neper Najib nampak montok. Sebab di bwah baju yg dia pakai, ader vest yg di perbuat 100% drp gigi rimau rupenyer. So, bende2 ni berlaku sekali dua je kot, tapi metro tulis macam bende tu gila-babi di tahap kritikal.

6. Satu lagi, kadang2 headline Metro ni terang2 kencing kita. Contohnya mcam kes isteri2 yang mengunakan air kencing, darah haid atau taik yang dicampur kedalm makanan yg di makan oleh suami. Ni kononya ilmu hitam untuk menundukkan suami. Bila aku baca berita mcam ni, aku terus terpikir, ermmm.. camner dia boleh dapt this story ni? Sapa sourcenye? Dalam berita tu, ye-ye lah cerita name org ni la, org tu la. Secara logiknya la kan, sape ke jadahnya yang akan pergi jumpa atau BUKAK CERITA kpd wartwan metro

" Adik Reporter, akak nak stori sikit ni. Akak ni jahat. Akak tiap2 bulan perah darah haid daripada stayfree akak, masuk dalam masak lemak ketam berstrawberri yang abang akak suka. Dia makan macam tak hinggat. Kalaulah dia tau strawberri tu sebenarnya ketulan2 darah haid akak yg dah beku. Tapi dia takkan marah akak nya. Sebab dia dah kene jampinya tu. Kalau tak caya pergilah tanya Cik Rozita Chek Wan janda hot yg dok tunggu abang swinging bowl dari ostolia masuk meminang, dia duk depan rumah saya ni je dan Puan Erra Fazira yg jual nasi lemak bawah pokok manggis depan klcc tu. Depa lah yg ajar saya...."


7. Maka tersebutlah al kisah. 2 ekor jin wartawan metro terkantoi aritu (reference aku HMetro, Utusan1, Utusan2). Depa buat cerita pasal "restoran berahi", yang kononnya ade pelayan seksi yang serve kastemer VIP, di bumbung kedai tersebut. Siap bagi adress lagi kot, sebab biler polis pegi "check" (entah2 nak pegi try..muahhaha), sekali jumpa "hanya tangki air dan reban ayam sahaja" kat situ. Polis2 yg kemaruk tu apalaga. Pegi tangkap barua 2 ekor tu dan diaorang akan di dakwa di bawah "Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyiarkan berita tidak benar dan berniat jahat" Hamik hengkau.

8. Bila Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Mustapa Omar kene tanya, dia kata apa korang tau dak?
“Pihak syarikat memandang serius insiden ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya,”
Hek elleh!! Buat2 tak tau plak!
Patutla. Ni lah namenyer "bila guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari".

9. Tapi aku tak nafikan, banyak gak yg kekadang headline sensasi tu sememangnya betul. Dan kisah2 "gelap" ini harus di dedahkan sebagai peringatan kepada kita semua. So harian metro, tolonglah kurangkan ini..............
dan banyakkan ini....


So plis lepas ni.....
Stop the bullshit

Sekian, trimakasih, wassalam.

Comments :

0 komentar to “HARIAN METRO KANTOI”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger