Salam,
1. Lebih kurang 2 minggu lepas, masa aku dok keje kat kedai tu, tetiba bahu aku rasa mcam tak best. Tapi aku buat donno je dan truskan keje. Tapi makin lama makin teruk sampai aku terpaksa stop, take 5, sak kok dulu. After rilek lam 5 minit sambil layan lagu jiwang dari blackberry hensem sapantah bawah kaunter tu, dia ok balik. Tapi bila buat keja dia datang la balik.
2. Nyakit bahu aku ni pelik sikit. Biler aku buat keja, mula2 ok. Pastuh muscle perkasa di bahu aku akan mula trasa sengal2 skit. Pastu dier jadi lenguh2 dan last sekali terus jammed. Trasa macam krem gitu. Sakit dia pon macam krem selepas pamping 100 kali gitu. Trasa lenguh satu lengan, nak angkat lengan tu pon tak larat.
3. Kalau korang yg kene kan, kompirm nangis la senang cerita. Tapi di sebabkan aku ni ensem, macho dan ensem, jadi kalau kau tengok aku, nampak cam hensem seperti biasa jer.
Lakonan semula oleh brader The Rock. Bahu kanan gua sakit nak mampus sampai tersenget2 kening aku dok tahan sakit.
4. Yang peliknya, masa aku dok angkat bende2 berat mcam guni beras, anak aku dan duit kutipan harian, tak trasa sakit pon. Tapi bile aku dok buat bende2 lekeh, mcam hiris bawang, siang sotong, tumis bawang dan paling tak boleh belah, dok kira duit kertas malam2, masa tu la bahu kanan aku mcam nak tercabut. Elleh, brape berat la duit kertas tu kan. Tapi bila aku dok kira 10100,ayoyo, 10200, omak kau, , 10300, wargh, 10400, ades, 10500, uwaaaaaa..ni tak boleh jadi ni.
5. Jadi besoknya aku pon menapak jumpe Dr Bad.
"Bang! Naper bahu kanan saya ni biler saya buat kerje2 cikai, macam numis, sain autograph dan angkat tangan ginni.......
trasa sakitnya macam kene "double leg takedown spinebuster" lah bro...."
6. Dr Bad senyum saja..." Ni kau dah kene bursitis la bro". Bursitis? Pekebende tu, korang musti tanyer? Pitis korang tau la! Nasib baik di sebalik kehenseman aku dan muscle lengan yg perkasa ni, ader otak yg emsem dan gagah jua hendaknya. Jadi meh sini aku nok royak gapo dio bursitis nih.
7. Bursitis is an inflammation of the bursa. Bursa? Bursa Saham Kuala Lumpur ke? Bursa ni lebih kurang macam belon berisi cecair lah. Keja dia absorb impact dan kurangkan friction bila otot2/muscle kita bergerak di atas tulang2 di sendi kita Dalm bodi kita ader banayk bursa pada sendi2 kita, tapi bursa yang buat dajal kat aku adalh subacromial bursa on my right shoulder.
8. So, Dr Bad pon suruh aku gi buat ultrasound nak kompirmkan betul ke tidak bursa aku inflammed/bengkak. 2-3 hari pastu aku pon pegi la. Setelah di arahkan untuk mengsepara bogelkan diri aku oleh awek vietnam radiologist tuh (bukak baju la) dan duduk atas kerusi, dier pon scan la aku dari belakang.
B tu bursa lah tu, bukan Bulu ketiak. Sepatutnyer struktur dia kembung la sikit mcam belon kot. Tapi akunyer kempes sudah. Itu jer yg aku reti.
9. Tapi awek vietnam tu scan aku punye la lama. Dah la suruh gerak tangan aku atas, bawah, ketepi dan paling tak best bile tangan aku kene pusing keblakang. Dah lah sambil tu dier dok tonyoh-tonyoh probe u/scan tu kat bahu aku sekuat-kuat hati dia ngam2 kat tempat aku sakit tu. Nak terberak aku rasa. Ni sudah guantanamo bay nyer level ni.
10.Nasib baik masa tu dier dok 5-6 kali gesel2 dier nyer spotlight kat blakang aku yg telanjang tu. Trus lupa pasal sakit tu. Hmm..perlu ke dok rapat2 sampai camtu cik vietnam oiiii. Tapi aku nak buat camner. Pasrah je la (ehems...). Tak terbatal air semayang aku pon sebab masih berlapik.
11. Tapi minah tu aku rasa tak sedar pon apa yg telah berlaku sebab dier asyik dok mengeluh jer taim tu. Ape kes la minah ni? Pastu dier pon pegi panggil doktor. Doktor cina lelaki tu plak tengok scan aku dan dia pulak yg mengeluh. Pulak! Pastu doktor tu kata...................
TBContinued
Sekian trima kasih wassalam.
Sabtu, 18 Juli 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Comments :
0 komentar to “Bahu aku kopak sudah!!”
Posting Komentar