Tampilkan postingan dengan label kuat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kuat. Tampilkan semua postingan

Rabu, 11 Maret 2009

Empatloji kopi kuat: Woi! Hari2mau cerite sama ka!

Salam,

1. Aku dah bagitau dah dulu dan dulu dan dulu dalam trilogi aku. Korang tak nak caya. Ni bace kat BH pasal "kemaruk ubat kuat" yg cerite lebih kurang cam aku cerite, antara lain, tentang ketidak-effektif-fan kopi tongkat ali.

2. Di dalam artikel "Berhati2 guna ubat kuat" pulak, pihak farmasi kementerian kesihatan keluarkan warning tentang kopi yg campur sildenafil (viagra), tadalafil (cialis) dan vardenafil (levitra). Kopi ni di banned kerana depa campur ubat kedalam kopi. Jadi tu dah jatuh undang2 macam jual "ubat/medicine". Tapi kalau campur tongkat ali, tu hanya di kira sebagai "herbal", jadi kementerian buat donno je.

3. Bahaya apabila ubat/medicine di campur ke dalam kopi ialah tidak semue org boleh amik ubat ni kerana ade "side effek" dan ader "contraindication" biler amik ubat ni. Ape ke menatang bezanyer antara dua tu korang tanya?

4. "Side effeck" ni biler org mkn ubat tu, ader kesan2 yang tak best telah di alami oleh sesetengah orang. Contohnya ade orang sakit kepala, muntah2, cirit birit, gatal2, pompuan tumbuh misai, laki naik tetek, mati dll. So ini TAK DAPAT DI AGAK sape akan kene dan effek pesen aper akan kene terhadap seseorang individu.

5. "Contraindication" pulak adalah orang 2 yang "pantang" /tak leh amik ubat tu. Contohnya saper ader sakit jantung , pantang/jangan amik viagra, saper ade G6PD is contraindicated untuk amik aspirin, saper pregnant is contraindicated/tak leh untuk Xray and so on.

6. Cara mudah nak ingatnyer, biler ngorat awek cun yang anda usha kat kedai swinging bowl,

Effect: anda berjaya tekan ayat dan sekarang dah berbahagia ke anak cucu.

Side effect: awek tu buat bodoh, awek tu hadiah pelempang free, awek tu awek usrah yang bagi tazkirah tentang akhlak buruk anda selama dua jam setengah, awek tu sebenarnya bapuk, awek tu minta belanja makan murtabak mahal aku yg ayam $7.50 atau lamb $6.50, ie semuanya kau tak leh nak bajet.

Contraindication: Anda jangan mengada2 ngorat awek tersebut sekiranya muka anda tak hensem (tapi kalau pandai tekan ayat jalan je), anda tiada pulus sebab duit biasiswa ari tu dah abis sedekah kat tabung amal kawin empat SB, badan anda kuat bau kari sebab dok masak seharian sampai awek tu perli "awak ni pakai perfume made in india ke?", anda telah beristeri empat, awek tu bini orang, awek tu bini tokey SB yang ader kat belakang tu dok potong ayam ngan pisau besar bapak.

7. Mak ooi panjang nyer aku melalut. Kembali kepada cerita asal. Kopi yg di campur ngan viagra dan adik beradiknya tersebut di banned kerana silap aribulan orang boleh mati kalau minum kopi tersebut kalau contraindicated.

8. Nama2 tak lehbelah kopi yang di banned tersebut adalah Coffee Hari2-mau Power X2, B-Fit Coffee, Spring Cafe, Ali Baba Coffee 10 in 1, Kopi Kucing Galak, Kopi Pahlawan, Kopi Tenaga Tok Lebai Plus, Mentalk Candy Ginseng & Coffee, Kopi Bagus AAA dan Evo Green Mix For Healthy & Vitality.

9. Jadi sekiranya anda memiliki kopi2 tersebut, anda di kehendaki menyerahkan kopi itu kat aku untuk di musnahkan ASAP!! Dia ada cara special untuk di musnahkan yang korang budak2 kocik tak tau.

sekian mekasih Wassalam

Jumat, 30 Januari 2009

Kopi Kuat 2: Sape minum dier mengaku mati pucuk!!

Salam.
sambungan kopi kuat.
This post is rated OP. Ia hanya utk orang pandai atau org yg persan pandai sahaja.

1. Aku biler tengok org minum kopi-kuat , aku mesti geram nak bertanyer.:

- sejak biler encik ni mati pucuk sampai kene makan tongkat ali nih..eh kesiannyer. Nah amik buah limau ni.
- En zakaria demam ke ari nih?
- Muda2 pon barang dah kondem ker?
- woo bestnyer lu ...malam ni "on" ke?
- abang nak bersilat malam ni dah dapat permit polis ker?
- abang tak nak tapau kopi kacip fatimah skali ker...?
- Ehh bang..minum kopi "power" pagi2 ni nak "kais pagi makan pagi" ker? Tak kerje ke arini?

Jadi, tak malu ke korang dok minum kopi-kuat ni. Seolah2 korang declare kepada khalayak ramai yang kau ni mempuanyai masalah batin ATAU kau ni nak balik rumah buat project!

2. Peminum2 kopi-kuat tegar akan berkata, kopi ni bukan untuk tenaga batin jer. Malah ia baik untuk kesihatan. Cuber lu check forum kopi radix ni. Cuba bacer bahagian komen pembace tuh. Mangkuk sungguh. Sebok bertanyer al-nujum tetang masalah kesihatan drp masalah batin kepada masalah zahir.

3. Pak belalang nak jual obat. Memang dia cakap semuer boleh. AKu tension jadi aku pon post komen ni
  1. 1. Adakah kopi radix ni dapat menyembuhkan masalah gejala mat rempit di negara kita?
    2. Bolehkah kopi radix ni membantu rakyat palestin dalam perjuangan mereka menentang israel?

Ciss aku lupa nak bubuh satu lagi. Bolehkan org lain menjadi sehensem saye biler minum kopi radix ni?
(Note- kalau aku mati tetiba, itu bukan sebab aku di santau oleh HPA Industries Sdn Bhd pembuat kopi radix yg terer bab herba ni. Mati ku hanyalah suratan takdir. Plis don't avenge my deathhh !! And you can mengorat my wife..kesian dier menjanda nanti!!)
(Second note- kalau nak santau ker antar hantu/jin/setan ker..naper tak hantar ke israel ker, ke goerge bush ker. Ke adakah mungkin ia sebenarnya TAK JALAN!!)

4. Jadi persoalan aku, ADAKAH PERLU KITA MENGAMBIL KOPI-KUAT ATAU PRODUK2 TENAGA BATIN SEUMPAMANYA?

5. Bagi aku, kalau kau ader masalah batin yg di sahkan oleh doktor...why not. BUT kalau kau sehat wal-lepat-liat kenape kau nak ambik jugak? Contohnya: kau biasa makan panadol bila pening kepala. Tapi bila kau tak pening kepala, adakah kau makan panadol jugak?....sajer suka2 makan panadol, mane lah tau kan ..kot2 datang pulak pening kepala ni. Giloo ko!!

6. Product2 seks ni bukan main2 cam panadol. Impaknya MERBAHAYA! Sebabnya ramai org gunakan pruduk-seks ni sebagai amalan harian sebab termakan dengan label "menjaga kesihatan". Buatnyer product tu betul2 effective...tak ke ramai org lelaki yg berjalan denagn keris yg terhunus....sedang mencari sarungnya. Kalau sarung tu sarung yg halal tak pe. Tapi kalau sarung yg haram camner?

7. Biler asyik dok pikir seks jer dalam otak dan asyik mengujakan diri sendiri dengan makan ubat-kuat.....maker timbulah banyak masalah. Pembuat product2 herba seksual ni dah tak peduli effect camtuh. Depa dah berijtihad korang pakai product tuh utuk jln yg halal. Tetapi secara tidak langsung, mereka sebenarnyer menyumbang kepada gejala haruan makan anak/sumbang mahram, zina, khalwat, pemerkosaaan, bohsia pre-paid, vcd porno dsb.

8. Dalam website kopi radix yg lain ni, tengok responses pertama drpd farahin(yg obviously salah seorang jurujual radix) dan jawapannya di responses ke dua. Adekah patut seorang emak dan tok bomoh rekemen bagik kopi-kuat ni kepada remaja? Langsung tak bertanggung jawap! Ni "salah satu" punca kes yg aku baca masa aku balik malaysia aritu yg seorang budak perempuan berumur SATU TAHUN di perkosa oleh suami dan anak lelaki remaja penjaganyer (child care). Mak budak tu bukak nappies tengok penuh ngan darah. Ni namernyer Bangang tahap babi kuraplah kalau kau nak bagi anak kau makan kopi-kuat!! Budak2 muda mana perlukan ubat kuat. Awek tiup jer dah cukup!!

9. Kita kenalah pandai dalam menbuat pilihan. Jangan jadi terlalu taksub dengan ubat-ubatan melayu yg tidak di kaji secara scientific tentang effect dan side effect nya. Jgn termakan dengan ayat2 salesman yg memjual nama2 saintis jalanan maner, doktor murahan mane dan kajian2 universiti yg tidak pula diberikan tajuknya, tahun bila dipublish, journal mana etc. Kalau betul ia menyembuhkan kanser, naper ari2 masih ramai org kat malaysia mati kanser lagi? Engkorang ni bukannyer BODOH. Korang tengah dok study OBERSEA lagi. Jgn merendahkan minda anda ke level pakcik makcik tak sekolah tuh. Kritikal sikit!

10. Kalau ader org still kater ni ubat jaga kesihatan, silelah tulis komen, nanti aku bagik hujjah2 aku. Kalau ader org bagik AYAT STANDARD..."nanti bile dah tua baru tau ape kesanya". Aku nak mintak pakcik/makcik tu bagitau aku aper kesanya SEKARANG, aku nak buat list tulis satu2 dan kalau tak jadi nanti biler aku dah tua, aku nak report kat ALLAH. Biler dah tua tuh, enjine dah semput, sendi2 dah jam..tak kira lah kalau kau ambik ubat herba maser muda ke tidak. Sakit2 maser tua tu PASTI. Mati tu KONFIRM. Jgn nak jadikan alasan nak jual ubat.

11. Sebelum aku chow, kopi radix aku jadikan contoh bukan sebab aku tak suka kompeni tuh. Tapi sebab depa kempen sakan lam internet, tu yg senang search tu. Kopi2 lain pon 3 kali 4 gak. Kompeni HPA tu aku tengok lam website memang bagus. Satu kompeni muslim yg patut di contohi. Semoga Berjaya.

to be continued..

Sekian. Terima Kasih. Wassalam

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger