Salam,
...sambung balik kutuk birokrasi kerajaan...muahahha
1. Bini aku ilang wallet dia kat sini. So balik Msia arituh,
burn seminggu dok buat balik segala mak nenek card dia yg ilang.
2. The
actual process buat kad2 tuh
sejam je kot. Tapi, macam biasa, nak tunggu giliran kita tu, mau
berpuluh2 jam gak tuh.
3.
Merana buntut gua dok nempek kat kusi berejam-jam. Masuk ari kedua, gua dah givap. Aku suruh bini aku gi sendiri atau kalau timbul rasa bersalah di hati aku, aku pegi hantar dia je dan bila dah setel, dia
roger aku dan aku pegi
retrieve!! What an efficient man I am!! Bangga siol!
4. Tapi, bila aku usha orang2 Msia, aku nampak diaorang mcm dah agak
terbiasa kene tunggu sampai naik kematu buntut gitu. Ermm..sebab tu kot
buntut awek2 Msia agak
kecik dan ke-leperan skit kot. Sesape yg memang berbuntut besar plak,
padding tu lebih banyak ketepi dari yg ke belakang. Sebab masa kecik2
kat sekolah kene duduk je kat bangku pagi sampai ptg bcoz kalau bangun cikgu jadi emo. Bila
dah besar2 plak, kena duduk kat kerusi menunggu berejam2 di sepital dan jabatan2 kerajaan.
5. Cuba
"scan" buntut2
minah salleh sebagai
"comparison ilmiah" (..caber line skit!!). Buntut2 minah salleh, jelas
lagi banyak padding ke belakang dari ketepi. In short, buntut mereka lagi
tonggek! Jadi aku sebagai
pakar buntut ingin mengemukakan satu
hipothesis yg mantap, bahawasanya ...
"Ketonggekan buntut adalah berkadar songsang dengan waktu buntut dok terperap di atas kerusi di ruang-ruang menunggu".6. Okay...berenti sat goreng kerepek. Kembali ke objektif asal!
7. So, nway. Satu ari tuh bini aku pegi
JPN Kangaq, nak buat
myKad baru. Kitaorang sampai baru 15 minit bukak ke gitu JPN aritu. Bila amik no, dia turn ke 15. Chanteek!......aku ingatkan! Sekali, tunggu2 dekat
2 jam, baru jalan 5 orang! Dari pukul 830 ke 1030!!
WTF sungguh! Kaunter yg layan myKad
sebijik jer dari 10 kalau tak silap aku.
8. Bini aku dah
hangin! Biaselah org pompuan kan
emo, psycho dan gilo. Aku tak kisah. Asalkan dia jgn hangin kat aku sudes! Bila aku usha jam dah 1030, aku bagitau bini aku.
"Lepas ni sejam no takkan gerak nyer. Sebab minah kaunter tu akan pegi makaannnnn!! So jom balik! Besok dtg balik.
"9. Tapi bini aku dah nak
melotup. Dia kata dia nak tunggu gak. Dia nak
sembur minah kaunter tuh kang bila turn dia. Hmm!...Nasib baik aku ni
sudah bersedia untuk kahwin 4, 3 atau 2. Jadi apabila dua wanita mau berperang, aku tau, kita
dok diam2 sudeh. Mcam Amerika nak perang ngan Russia. Kita jadi
UN je cukup. Kita takkan boleh halang kuasa2 besar nih.
10. So aku pon challo ronda2 cari calon bini muda kat Kangaq sementara tunggu bini aku roger aku. Masa aku menapak kelaur dari JPN tu aku tenggok muka sekor2 kat situ
bermuram durja. Mesti buat myKad gak nih. Ada sorang
pakcik ni tenggah peluk dan usap2 anak dia yg umur 5-6 tahun gitu kot. Dia kata kat anak dia
"..Takpe...takpe"...ehh tipu . Kata kat Kangaq. Ulang tayang.
"Tak Pa! Tak Pa! Kitaq takq makanq pon tak paq. Biaq kitaq matiq kat siniq ponq tak paq. Kitaq bukannyaq kenaq makanq!"......Gilos banyaq qiuq
(Q).
11. Pakcik tu perli tu. Dia dan anak dia tu entah2 bangun pagi
tak sempat breakfast trus pegi JPN. Inggat kan kejap. Sekali..... So anak dia tenggah kebulur lah tuh. Tapi nak belah pegi carik makanan sikit takut
termiss no plak. Haru lah kalau kene amik no baru! Kesian kat dia.
12. So, lepas
2 jam pusing2 kangaq tapi tak jumpa pon awek2 cun, maka aku pon pegi la balik ke pangkuan bini aku.
Ngam2 dia tenggah sembur minah kat kaunter tuh. Aku tak sampai ati nak dengar. So aku merewang2 kat area situh je. Masa tu pkul 1230. Selepas 4 jam waiting!
Bini aku tengah emo kat kaunter 5. Hanya kaunter tu je yg layan myKad arituh. Kaunter yg lain2 hanyalah untuk bertelur.
13. Masalahnya kat sini sebenarnya senang je.
Put yourself kat minah kaunter tu nye shoes.
Boss dia kata bukak satu kaunter. Dia kene layan
satu perlis nyer applicants. So ape dia boleh buat? Layan semua orang cepat2? Mau mampos 2-3 hari pastuh. Sebab tiap ari berpuluh2 ataupun beratus2 applicants dia kene layan. Kau buat cepat cam gaban dalam masa 0.001 saat tiap org pon, takkan sudah kerje kau.
Gaji bulan2 bayar sama je. So, dia buat muka tebal dan layan orang ikut pace lemah longlai cukupla.
14. So the
MaderFakers kat sini ialah
"Bos dia" dan
Boss kpd "Bos dia" dan
Bos kepada bos "Bos dia" dan
Bos kepada bos bos "Bos dia" Sehinggalah kepada
super bos dan akhirnya kepada
ultra-boss Maderfakers iaitu
Datin Seri Ajib ataupun PM pada masa tuh.
15. Merekalah sebenarnya yg bertanggungjawap.
Mereka tak pernah kene tunggu que sebab depa VIP.
Tak caya cakap aku? Plis usha buntut Ajib ataupun Rosmah! Lebar ke tepi macam org2 biasa ataupun tonggek ke blakang?....
Hipothesis gua gempaq wa cakap lu! Plis give me PhD!!
16. Kembali kpd kisah aku dok merewang2 kat JPN tu masa bini aku dok
apload kemarahan dia kat kerani kaunter tuh.. Bila gua scanned satu tempat menunggu tuh, takde awek cun pon utk meng-usha, maka aku pon buat lah bende bermanafaat skit. Aku pegi baca pekejadah2 yg dok lekat kat dinding. Sekali gua terjumpa menatang nih!
17. Apalaga! Aku pon selaku seorang warganegara yg prihatin, isilah
borang cadangan yg ada kat situ dengan tekunnya
Gua kasi klosap skit!
Untuk korang yg mata rabun, meh sini pakcik tolong bacakan.
Comments/Suggestions on how we can make our services better.
1. MAKAN PREE. CEKODOK KE APA YG PATUT
2. TAK PON BOH ASTRO-BOLA. BARU LAYAN !
3. PEKERJA YG MUDA DAN CUN. JADI TAK BORING TATAP COUNTER MASA MENUNGGU.
4. WOII!! KENAPE BAHAGIAN KOMEN NI KALER BIRU. BILA AKU TULIS TAK NAMPAK JELAS PON! INI ADALH KONSPIRASI.18. Itu la pasal. Bahagian 1 sampai 5, space dia
putih plak. Masuk no 6,
kaler Barisan Nasional. Nampak sangat depa dah
bajet nak buang tong sampah borang nih.
19. Satu lagi perasan dak borang ni dalam
English!! Takde borang base Melayu pon kat situ. Jadi manelah pakcik makcik kampung tau apekejadah dia spiking tuh.
20. Hampeh!!!!
Sekian, mekasey, wassalam.