Tampilkan postingan dengan label agama. islam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label agama. islam. Tampilkan semua postingan

Rabu, 29 Juni 2011

Salahkan Kalau Aku Layan Lagu Jiwang?


Salam,

1. Fakta: Aku memang benar2 macho dan taff seperti yang selalu di perkatakan rakyat jelata. Baru dua hari lepas Lisa Surihani cakap kat fesbuk, dan aku copy paste directly di sini "Abang Mangkuk mmg nampak macho. ...". Fulamek!! Terbang sebentar!

2. Jadi aku tahu apabila awek2 usha aku, mereka akan membayangkan aku ini ganas dalam kesemua perkara.
Cakap pantang nak menengking, pandang org slack, bantai kaki orang masa main bola, pantang jumpa awek semua nak di tapau, makan dengan kaki, basuh berak dengan berus jamban, kentut bunyi bom dan mengoyakan selapu2t dara setiap kali terbersin.

3. Jadi apabila mereka dengar playlist yang aku pasang kat kedai, semua balak2, awek2 dan lelaki yg macam awek, jadi pelik!! Ni silap stesen radio ke nih? Diaorang dok bajet Sepultura, Megadeath, Iron Maiden dan Langsuyr. Sekali keluar Exist, Ukays, Spring dan Aris Ariwatan. Whatdeheck!

4. Pastu bising2 tak puas hati. "Knape layan lagu ni?", "Apsal jiwang sangat ni?" , "Kau downlod semua soundtrack Nora Elena ke?" dan lain2 ayat2 yang saje nak mintak kene sepuk!

5. Kamon la people! Exist kot! Sape yang tak layan. At least aku tak layan Ramlah Ram, Zaiton Sameon, Jay Jay ataupun Francesca Peters!
___________________________
Kenapa Aku Suka Lagu Jiwang.

1 . Teori aku simple je. Kita akan suka genre sesuatu lagu tu sebab kita layan lagu tu masa mula2 kita "appreciate music". Most likely time tu ialah masa kita tengah nak baligh. Kerana di ketika itulah hormon bergelora dan kita mula mengenal apakah itu cinta, tetek dan pubic hair.

2. So ketika kita bercelaru itu, manusia always revert kepada lagu untuk menenangkan perasaan or melayan perasaan. Kembali ke "default setting" or "Reset to zero" or "Go to happy zone". So apabila mereka dah besar, mereka akan forever associate lagu itu kepada perasaan tersebut.

3. Jadi, sekiranya masa kau teenagers tu, lagu yang kau layan sewaktu jiwa kacau itu adalh Francesca Peters, Ramlah Ram dan Hail Amir, kau akan jadi seperti Mohd Fitri Zuberi. Kalau kau layan Search, Wings, May, Bon Jovi dan KRU, kau jadi macam aku. Dan kalau kau layan Cromok, Iron Maiden, Kreator dan band patah tengkuk yg lain, kau jadi macam Dr Ben dan Muhammad Lutfie.

4. Samalah juga untuk orang2 yang kecik2 layan Hindustan macam bapak aku, or orang2 Kelantan yang layan lagu2 dikir barat. They will for the rest of their life finds comfort bila dengar lagu2 hindustan or dikir barat.
_________________
Hakikatnya

1. Jadi, janganlah risau wahai aweks2 sekelian. Aku masih tetap macho dan taff walaupun aku jiwangs.

2. Akan tetapi ingatlah!!! Yang terbaik ialah remaja2 yang layan Al-Quran time tu. So apabila mereka bercelaru hidupnya di the future, the first thing yg dia akan capai untuk menenangkan perasaannya adalah Al-Quran

3. Ya, aku macho, taff, lucah dan Islamic. Patut aweks-aweks tak menahan ..... maafkan daku!

Sekian, mekasey, wassalam.

Sabtu, 04 Desember 2010

Kita Semua Adalah Orang-Orang Yang Berniat Baik.

Salam,
...sebahagian daripada Siri Usrah/Agama...

1. Sebagaimana aku benar2 yakin bahawa aku ni kacak, begitulah juga aku benar2 yakin bahawa kebanyakan manusia di atas muka bumi ini adalh orang yang baik-baik. Buktinya yg paling simple, lebih ramai org dok luar jel drp yg dok kat dalam kan?

2. Begitulah kita di Adelaide ini. Aku benar2 yakin bahwa Dr Zaki Ibrahim dan ISMA(Australia) adalh benar2 berniat baik dan ikhlas di dalm usaha dakwah mereka. Mereka cintakan Islam. Mereka cintakan Malaysia. Dan mereka nampak masalah ummah di dunia umumnya dan di Malaysia spesifiknya, dan mereka enggan berpeluk tubuh.

3. Apakah yang Dr Zaki boleh dapat drpd pergerakan ISMA (Australia)? Glamer? Duit? Kereta? Kolam renang? Bini muda? Rambut? Undi politik? Dia boleh sahaja untuk dok diam2 macam doktor2 lain yang bermastautin di sini. Tetapi dia telah sengaja memilih jalan yang beronak duri kerana dia merasakan itu adalah benar.

4. On the other hand, geng2 Dr Kamarul Ariffin dan MyPSA (SA) juga bagi aku benar2 berniat baik dan ikhlas dalam menjalankan aktiviti pertubuhan mereka. Segala aktiviti2 mereka, pertolongan yg di berikan kepada student post-grad baru, nasihat2 yang seringkali di berikan kepada student bodies di sini dan lain2 amal jariah mereka, semuanya itu di buat tanpa mengharapkan sebarang balasan pon.

5. Perselisihan dengan ISMA pon bagi aku berlaku dengan niat yang baik daripada pihak MyPSA. Geng2 Dr Kamarul benar2 yakin bahawa Dr Zaki dan lain2 individu di dalm ISMA (Australia), tidak layak untuk menyampaikan message Islam kerana mereka tiada sebarang tauliah agama. The fact yang message yg di bawakan oleh Dr Zaki dan ISMApula adalh agak panas untuk di dengari oleh penyokong2 kerajaan, menghangatkan lagi perhubungan mereka.

6. Let me set the record straight here. Dr Zaki bukan ahli PAS. Bukan penyokong PAS. Maybe ada sikit2 dia setuju ngan PAS. Tapi lebih banyak yang dia bangkang PAS daripada sokong, seperti dari aspect polisi, political strategy, pentarbiyahan etc. Jadi jangan salah anggap Dr Zaki ataupun ISMA sebagai proxy-PAS di sini. TIDAK! Jauh sama sekali, ibarat kehenseman aku dari A.R Tompel.

7. Begitulah juga dengan geng2 Bukhari Ramli, "Godfather" MASCA dan UMNO South Australia. Golongan ini benar2 berniat baik dan ikhlas di dalam mempersoalkan tindak-tanduk ISMA seperti aktiviti2 ISMA yang di jalankan yg tidak mesra student (for selected few je), clash dengan aktiviti2 MASCA/UMNO, duit MISSA yg di passing ke ISMA dan yang paling kontroversi iaitu penyingkiran ramai individu2 daripada ISMA tanpa sebarang sebab di berikan secara jelas.

8. Kebanyakan daripada individu2 yg di sisihkan oleh ISMA (SA) itu masih sayangkan dakwah. Masih dahagakan tarbiyyah. Mereka tidak quit. Mereka di pencenkan. Dan tiada sebarang dakwah alternatif di berikan ataupun jalan taubat utk kembali ke pangkuan ISMA di tunjukan kepada mereka. Mana mereka tak bengang? So, kritikan2 mereka terhadap ISMA selepas itu, adalh wajar dan aku percaya di lakukan dengan niat yg ikhlas dan baik.

9. Kelompok yang ke-empat pula di Adelaide ini adalah Aliph Al-Turkistani. Beliau ada ilmu, suka berhujjah dan orang lama di dlam dakwah JI/JIM/Al Qaeda kot. Jadi aku benar2 yakin beliau berniat baik dan ikhlas bila seringkali menegur pihak ISMA secara berdepan mahupun di alam internet. Teguran beliau admittedly agak panas kerana beliau sindir straight to the point dan sarat dengan hujjah2 agama. Beliau mungkin adakalanya nampak agak kasar, tapi nak wat camner. Dia bukan melayu lembik. Dia kan org Turkistan ....... celup!

10. Golongan yang kelima dan juga golongan yang majoriti pula ialah geng2 neutral. Mereka ni pon berniat baik gak. Mereka benar2 jujur dan ikhlas apabila dont give a shit about all this mess. Sapa jemput makan, diorang pergi. Kau nak cakap ke berceramah ke, lantakla.

11. Begitulah juga dengan aku. Aku tulis siri Usrah ni pon dengan niat yg baik dan ikhlas. Aku mahukan peace antara pihak2 yg bertelagah ini. Awek usrah ke tak usrah ke, dua2 aku bedal.
_________________________
Kisah Barsisa

1. Pada zaman Bani Israel, ada seorang yang bernama Barsisa. Dia adalh seorang yg menumpukan sepenuh masanya beribadat. Dia adalh Mat-Church (Mat Surau-dia beragama Nabi Isa a.s). Suatu hari datang 3 orang brothers kpd Barsisa minta tolong kepadanya utk jaga adik perempuan mereka kerana diaorang nak pergi bermusafir. Mereka percayakan Barsisa kerana dia terkenal sebagai seorang yang sangat alim.

2. Mula2 Barsisa menolak mentah2 kerana dia tahu bahaya wanita ni. Lagipon dia pon belum kawin lagi. Lantas syaitan membisikkan kepadanya, kalau awek tu di amanahkan kepada orang lain yg tidak bertanggungjawap dan berlaku sesuatu, kamulah yg bertanggungjawap nanti. Kau letak je dia kat rumah, pastu kau lepak kat church pon kan, so kau tak payah jumpa/bersemuka dgn awek tu pon. Pehh!

3. Jadi Barsisa pon termakan dengan bisikan syaitan tersebut lalu bersetuju utk menjaga cikaro tersebut dengan niat yg baik dan tulus ikhlas.

4. So tiap ari Barsisa letak makanan kat depan church, so awek tu boleh datang ambik sendiri. Pastu datang syaitan lagi dan berbisik kepadanya tentang bahayanya awek tu kene jalan dari rumah ke church ari2. Kalau jadi apa2 on the way camner? So Barsia pon termakan. Dia letak makanan depan pintu rumah pulak.

5. Syaitan dtg lagi dan berkata, bahaya tiap2 hari awek tu kene bukak pintu rumah, kalau org jahat nampak dia camner? So Barsisa letak dalm rumah pulak. Pastu syaitan pujuk Barsisa untuk bercakap ngan awek tu pulak. Tanya kabar, tanya ada apa2 masalah ke, siling bocor ke, jamban block ke, Stayfree cukup ke gitu.

6. Dari mula2 bercakap di balik tabir je, kepada berbual bersemuka, kepada masuk ke bilik dan last2 mereka beromen. Sekali awek tu pregnant. Lantas syaitan berbisik kpd Barsisa supaya bunuh perempuan itu dan baby dia sebab kalau orang tahu, abislah status Barsisa. So dia pon bunuh awek tu dan baby dia dan tanam dalam rumah dia sebab takut orang luar nampak.

7. One day, abang2 awek tu datang nak collect adik diaorang. Barsisa cakap kat diorang bahawa awek tu jatuh sakit dan sudah mati. Dia pon tunjuk kubur olok2 awek tu yang dia dah buat siap2 kat diaorang. Abang2 budak prempuan tu pon redhalah dgn pemergian adik mereka.

8. Sekali malam tu, syaitan muncul dalam mimpi2 diaorang dan citer kisah sebenar dan tunjukkan kubur sebenar adik mereka. Besoknya diaorang pegi gali kubur olok2 tu dan off-course tak jumpa apa2. Pastu diaorg pegi rumah Barsisa dan korek exactly kat spot syaitan tunjuk kat diaorg, so jumpalah mayat adik mereka dan babynya.

9. Maka Barsisa pon di tangkap dan di jatuhkan hukuman bunuh oleh pihak berkuasa. Sewaktu Barsisa hendak di hukum, munculah Syaitan dan ngaku kat Barsisa bahawa dialah yang berbisik kepadanya selama ini. Lantas syaitan pon offer untuk menyelamatkan Barsisa dengan syarat Barsisa harus sujud kepadanya. Barsisa yang desperate trus sujud kepada syaitan. Lantas syaitan berkata
"Sesungguhnya aku berlepas dari kamu, Sesungguhnya aku takutkan Allah, Tuhan sekelian Allah"
(Al-Hashr 59:16)
dan di kala itu Barsisa di bunuh.
________________________
Pengajaran

1. Barsisa, yang pada mulanya seorang yang baik dan beramal soleh, akhirnya mati dalam keadan kafir. Segalanya bermula dari niat dia yang baik dan ikhlas.

2. Dr Zaki/ISMA, Dr Kamarul/MyPSA/postgrad students, Bukhari Ramli/MASCA/UMNO/Usrah-rejects, Aliph al-Turkistani, geng2 neutral dan Aku, Azam Mangkuk wal-Hensemi, semuanya berniat baik dan ikhlas di dalam hal ini.

3. Akan tetapi, siapakah yang pada kesudahanya akan berada di jalan yang benar dan siapakah, nauzubillah, akan mendapati diri mereka di landasan yang salah kelak?

Sekian, mekasey, Wassalam

References
1. Kisah Barsisa, satu, dua
2. Surah Al-Hashr 59:16
3. Bro Hani, khutbah jumaat Uni Adelaide 3 Dec 2010

Selasa, 29 Juni 2010

Kalau................

Salam,

Kalaulah aku tahu.
Kalaulah aku tak buat sebegitu

Kalaulah aku cakap sorry

Kalaulah aku berlari kesitu

Kalaulah aku tidak membisu....

Kalaulah engkau tidak pergi

Kalaulah kehangatanmu masih trasa di sisi

Kalaulah aku tahu

Kalaulah engkau tahu

Kalaulah mereka tahu

Kalaulah Gol Lampard dikira masuk

Kalaulah duit aku masyuk

Kalaulah aku hensem hinggakan Rozita Che Wan mabuk

Kalaulah Inglish aku berabuk

Kalaulah dalam takraw aku bukan lubuk

Kalaulah zakar aku lagi panjang dari botol coke

Kalaulah aku tidak mangkuk
..........

1. "Kalau" adalh perkataan yg hampeh. Kau boleh justify everything gunakan perktaan kalau. Eg: "Kalau aku stadi, boleh je lepas", "Kalau aku loaded aku pon boleh angkut awek tu". Bosan!

2. Satu lagi, bila kita gunakan perktaan "kalau" ni, seolah2 kita assume kita tau apa yg Allah "akan" takdir kan untuk kita "kalau" kita buat/dapat bende tu. Banyak chantek! Padahal hanya Allah sahaja yg tau baik or buruk akibatnya "kalau" kita buat/dapat sesuatu itu.

3. Contohnya kalau zakar aku lagi besar dari botol coke (yg 2 Liter la kan, :-)), mungkin tiap kali hot chicks tegur aku, "Hai Abg Mangkuk!", aku akan trus pitam. Sebab darah banyak bertakung dlm botol coke, so tak cukup darah untuk supply Oksigen ke otak. Hypoxia, or low oksigen level in brain can cause faintness.

4. Tak pe pasal hot chick2 semua akan bergossipan,
"Apala Abg Mangkuk ni. Pantang tegur sikit, trus pitam. Langsung tak macho!".
So, walaupun besar dari botol coke pon, hot chick2 semua pandang kau slack! So, awek2 yg kau boleh layan, tanpa jatuh pengsan, hanyalah awek2 yg TAK Hawt. Awek2 yg hanya suam2 kuku je. Hampeh!

5. Satu lagi contoh, aku selalu terfikir, "kalau" aku datang haid dan takyah semayang cam org pompuan kan best! Aku bajet aku buat macam2. Tapi bila aku cuba listkan apakah "bende2 yg aku nak buat kalau aku tak perlu semayang", aku hanya dapat SATU je siot. Aku nak pakai temporary tatto cam Maori kat muka dan lengan! Baru muka nampak ganazz!

6. Tapi SATU bende bodoh tu je la! Bende2 lain yg aku boleh fikirkan, aku boleh buat sekarang pon, tak pelu tinggalkan semayang pon. Cuba korang bagik idea kat aku skit.

7. "Kalau" kau buat DOSA pon, kau tak perlu tinggalkan semayang. Clubbing? Bole je pause pegi semayang. Zina? Boleh je mandi wajib dan semayang. Semayang itu ringan. Kita je yg berat dosa.

8. So kita sepatutnya berusaha sebaik mungkin dan apa2 pon yg terjadi, kita mesti bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan. Allah yg cipta kita, So dia tahulah apakah yg kaw dan apa yg hampeh utk kita.

9. Di dalam Al -Quran ada byk cerite pasal orang2 dan kaum2 yg suka "berkalau2" ni.
a. Macam Firaun bila tengah lemas merayu kpd Allah, " Aku percaya dah, "Kalau" kau selamatkan aku, aku akan jadi org2 ygberiman".
b. Macam golongan2 kafir bila di azab, semua akan minta kat Allah, tolonglah hantar balik ke dunia, Kalau balik ke dunia diaorg berjanji akan beriman
c. Macam orang2 kafir akan kata di Surah An Naba':40
".........pada hari manusia melihat apa yg telah diperbuat oleh kedua tanganya, dan org kafir berkata "Alangkah baiknya kalau dahulu aku jadi tanah je".


10. Allah tak citer sekali. Allah citer berulang-ulang-ulang kali citer2 begini dlm Al-Quran. Kerana Allah tau hati kita pekak. Hati kita buta. Cakap sejuta kali pon bukan kita nak dengar. Kalau dengar pon. sekejap pastu dah lupa. Akhirat nanti, nasibla kau dan aku! Cuaks!

11. So marilah kita mengambil iktibar. Terutamanya kpd penyokong2 England. "Kalaulah" aku dengar korang cakap pasal gol bodoh Lampard tu lagi sekali.............!!

Sekian. mekasih, wassalam

Sabtu, 17 April 2010

Aku Dah Letih Mempoyo.....

Salam,

1. Minggu ni rekod! Selama Empat hari berturut2, empat org yg berlainan, yang tak pernah baca blog aku, kata aku ni nampak masih muda, masih steady, nampak cam sebaya je ngan budak2 dlam gambar team bola yg tergantung kat dinding kedai tu. Ari jumaat aritu jer, aku maleh nak cukur janggut, baru takde org kata aku muda. Uwaaaa..!!

2. Mula2 tu, aku gelak jer. Poyo seharian. Tapi bila dah masuk ari ke tiga tu, ia dah jadi agak disturbing. Pergh! Bahaya nih. Boleh menimbulkan perassan riak dan ujub di hatiku.

3. Hensem ataupun muda, yg aku selalu dok bising2 kat blog ni, adalah anugerah Allah yg aku amat syukuri. Tapi anugerah ini, bukan ibarat anugerah Mr Universe ataupun Pencarian Kacak Bergaya Pancaindera/Vigor 2010 (usha1, usha2), yg kalau sekali dapat, title tu lekat selama2nya.


4. Sebaliknya, kehenseman, kekacakan, ke-taff-fan dan kemudaan pada diri aku ini.....opss..lupa plak satu lagi, kemachoan....,ini semua adalah ibarat anugerah Datuk ataupun Tan Sri. Bila2 masa je boleh kene tarik balik by Allah. Anytime je kuah kari boleh tumpah atas muka hensem aku ni, baju terbakar masa masak abis melecur muka aku jadi senget, kurap tumbuh atas batang idung ke, panau kat pipi ke, etc. Anytime je juga, aku boleh kene penyakit kronik macam kanser ke gitu dan terus accelerate my aging proces.

5. Jadi aku selaku seorang insan yg merendah diri, ingin keluar dari lembah kepoyoaanku.

6. Aku sedar kehenseman dan kemudaan aku ni merupakan satu "amanah". Ia di anugerahkan kepada aku untuk aku gunakan sebaiknya dan dlm masa yg sama tidak harus di persalahgunakan. Allah mengamanahkan aku untuk menjadi salah satu bukti kebesaran penciptaanNya yg indah. Jadi jangan la plak aku gunakan anugerah ini untuk simpan berlonggok2 awek-awek yg "indah-indah" plak. Aduss....terasa aku!

7. Allah juga barangkali mengamanahkan kemudaan kepada aku, supaya aku terus kuat bertenaga menunaikan fardhu kifayahnya di bumi Adeled ni, iaitu bukak kedai makan halal. Manyak sakit woo!! Tapi jangan la plak aku salah gunakan kemudaan aku ini dengan memperisterikan salah satu drpd berpuluh2 awek yg minat kat aku disini kerana diaorang ingat aku ni masih muda. Sepatutnya, selaku penjaga amanah, aku harus memperisterikan salah EMPAT drpd awek2 tersebut! Aminnnn!


8. Kehenseman dan kemudaan ini juga merupakan satu "ujian" bagiku. Bila hensem sepertiku, ramai awek2 yg datang bergolek2 di depan kakiku. Itu merupakan ujian yg berat dan kadang2 tu aku jadi macam ilang akal untuk melawannya. Maklumlah, syahwat ku mega, iman ku micro.

9. Ujian untuk umur yg muda ataupun physical yg bajet muda sepertiku ini pula adalah straight forward.
Sabda Rasullulah (usha sini) diriwayatkan oleh
Al-Hakim dan Al-Baihaqi daripada ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma
Maksudnya: “Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, masa engkau hidup sebelum mati, masa engkau sihat sebelum sakit, masa engkau lapang sebelum sibuk, masa engkau muda belia sebelum tua dan masa engkau kaya sebelum miskin.


Jadi masa yg di pinjamkan Allah kepada aku ini, aku kene mengmanafaatkan sepenuhnya untuk ke syurga. Aku kene cuba berusaha keras ke arahnya. Kaya di dunia, bila mati hampeh. Kaya di akhirat, kekalnya everlasting. Cikaroz di dunia bukannya boleh bawak beromen. Cikaroz di mahligai2 syurga, perghh......satu istana tu beb! Apa stail lu mau? Brapa org skali lu larat layan?

10. Imam Ghazali pernah bernah berteka-teki ngan anak2 murid dia.(usha source)

Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

MATI
Apakah yg paling jauh dari kita di dunia ini?
MASA YG BERLALU
Apakah yg paling besar di dunia ini?
HAWA NAFSU
Apakah yg paling berat di dunia ini?
MENJAGA AMANAH
Apakah yg paling ringan di dunia ini?
MENINGGALKAN SOLAT
Apakah yg paling tajam di dunia ni?
LIDAH MANUSIA

11. Jadi untuk menjaga amanah kehenseman dan kemudaan ini adalah BERAT kerana nafsu ku adalah BESAR. Apabila manusia2 memuji2 aku, ia makan dalam kerana ia adalah TAJAM. Hinggakan aku lupakan kematian yg semakin DEKAT dan masa terbazir yg telah pergi JAUH.

12. So, udah2 lah kata aku ni muda ataupun hensem. Saja je engkorang nak bagik aku poyo, riak dan ujub. Iblis! Aku sepak kang! Macam la aku tak tau aku ni memang hensem dan nampak muda.
Tapi kalau dah terlampau gatal mulut tu boleh je cakap. Tapi bukan kat aku ler. Cakap ler kat kawan2 engkorang yg muda2, chomey2, gojes2, hawt2 tuh. Aku halalkan engkorang ngumpat aku dalam bab itu.
Takdehal!

Sekian, mekasey, wassalam.

Selasa, 16 Februari 2010

"Wanita-Wanita Yg Sempoi di Buat Bini": Satu Tazkirah Dari Sheikh S.E.X.Y.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kita mulakan dengan surah al-Fatihah.

1. Yg berbahagia tuan pengerusi majlis, www.blogspot.com. Yg di hormati Internet Service Provider ana, PrimusTelecom. Yg di kasihi, zaujah ana .......dan juga awek2 hawt seantaro dunia. Yang di alu-alukan, stalker2 ana...teruskan usaha murni antum. Dan akhirnya tuan2 dan puan2 para pembaca sekelian.

2. Pertama-tamanya ana ingin.........ehem, menghalau semua awek2 dari tazkirah ana ini, kerana tazkirah ini di tujukan kepada kaum lelaki sahaja, sempena siri "My Valentine Suck A**".(link)
Walaubagaimanapun, sekiranya anda hawt, boleh lah duk jauh2 tepi2 kat blakang seblah jamban tu.

3. Untuk yg belum mengenali ana, Ana ialah Sheikh EnsemX al-SwingBowlY ataupun nama komersial I, ...ehh tershasul, nama komersial ana ialah "Sheikh S.E.X.Y". Anta semua jemput beli kaset ana di sini (kelik) ataupun di sini (kelik lagi).

4. Kembali kpd topik kita hari ini, sekiranya korang pegi search internet gunakan keywords isteri/ ideal/ impian/sifat2/etc, korang akan jumpa beribu2 website yg akan bagik list 10 sifat2 isteri idaman lelaki dan sebagainya. Berlonggok2 website tu plak, main copy paste je karangan org lain.

5. Percayalah cakap ana, itu semua UNTA-SHIT !!!

6. Wesbite yg religious plak, akan bagik huraian yg sarat ngan kupasan2 yg berbelit2 sampai kau pon jadi sembelit. Perlukah quote hadith ataupun ayat Al-Quran berlonggok2 kalau message jadi blur? Ke Ustad2 nak poyo ngan ilmu antum?
Kepada ustad2, jgn lah berbelit2. Stakat belit2 serban udah ler. Jgn belit2 hujjah.

7. Jadi siapakah wanita yg kaw utk di per-bini-kan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

8. Sempoi je. Macam straight forward kan. Tapi dari segi practicality nyer camner? Susah siol......

Pertama: Kerana Hartanya.
- Camner anta nak nilai? Antum tgk bapak dia ke? Ke anta usha taraf "ke-loaded-dan" awek tu pon dah cukup?
- Gelang emas kat lengan sampai takat mana baru bole kira loaded? Takat lengan? Takat siku? Ataupun takat ketiak?

- Takkan la sebelum anta masuk minang, anta sanggup tanya awek anta,
"Sebelum I antar rombongan, U boley tunjuk penyata account selama 6 bulan dak? Kalu ada geran kereta, tanah ataupun pajak gadai pon boleh kepilkan bersama"
- Tak pon
"Kalau I kawin ngan U, kete apa bapak U boleh bagik kat I!!"

"Di perlukan seorang awek. Pandai masak, mengemas, menjahit, suka kucing, boleh tanggung saya, ada kereta mewah dan superbike. Sila Email ataupun MMS, gambar kereta mewah, superbike dan kucing anda SEGERA!".......Legend siol!

Kedua: Kerana Keturunannya.
- Ni ana rasa pasal salah silah keluarga. Ni bukan sebab kita kene kawin ngan keturunan raja ataupun keturunan Sharifah/Sayid .Tidak! Tak perlu!..... (tapi kalau Sharifah Sofea dh hot kat ana, ana sapu saja! Alhamdulillah!)

- Sebaliknya, ianya adalh untuk memastikan awek tu bukan anak sakti yg di jumpai di rumpunan "buluh betung" mcam hikayat melayu purba. Nama modern-nya ialah anak luar nikah.

- Kita juga kenelah memastikan awek yg anda minati itu, bukan nya dari keturunan iblis, syaitan, jin aprit, hantu raya, mambang tanah ataupun avatar.

- So korang jgn la pegi tanya soalan merepek kat awek2, kononya kerana nak follow hadith ni.....
"U ni cun la. U ada keturunan Pan Asia ke? I kene check ni. Sebab ada hadith ni kata kene check untuk cari calon bini!"

Ketiga: Kerana Kecantikannya.
- Bunyi mcam senang gila babi. Awek cun kita angkut. Awek hudus, kita tendang. Jadi tak adil lah gitukan.

- Tapi hikmah Allah jadikan pandangan mata orang ni berbeza2.
Contohnya, satu Adeled kata Silah gorjes babeng, tapi ana ada jumpa gak sekor yg kata dia tak hengin pon. Cacat? Tidak! (komen selonggok lah pasnih)

- Ataupun bagi aku Rozita Chek Wan tu "hot mengelegak". Tapi korang budak2 kecik student kat Adeled ni gelak kat aku. Kalau sesape engkorang yg minat RCW (pukul mau!), mesti trasa macam ada fetish "seks makcik2/MILF" la plak. Syuhhhh! Pi main jauh2.

- erm.......so point ana ialah awek hudus takkan ketingalan pon insyaAllah. Seriusly, ana rasa tak de bezanya pon kalau buat seks dalam gelap ngan RCW vs Natasha Hudson. ........Untuk memastikannya, nanti ana try kalau ada jodoh ana iA! Ana kan Sheikh SEXY!

- Jadi kpd korang budak laki, jgnlah sakitkan hati awek anta yg ingin anta dump dgn bagik ayat berikut,
"Sorrylah yer! I kene dump U sebab best, bole dapat pahala sunat. Hadith kata pilihlah calon isteri ikut 4 sebab. Salah satunya kerana kecantikannya. Tapi skang U ni dah tak cantik pon I tenggok. So I nak ikut sunnah. See U later beb!"

Keempat: Kerana Agamanya.
- Sudah. Camner ni?
- Adakah kita kene kawin ngan org2 lulusan al azhar je ke? Abis budak2 convent kene reject la gituh!

- Lagipon camner kita nak check agama/keimanan awek tuh?
Nak kene tanya soalan agama ke?
" Eh! Tanye skit bley? Cuba U namakan kitab2 yg telah di tulis oleh Sheikh Daud al Fatani ,mengikut turutan abjad jawi".
Ataupun soalan Gaban,
"Hassan Al-Banna ialah bekas vokalis Bass kumpulan nasyid mana? InTeam, NowSeeHeart, U.N.I.C ataupun X.P.D.C?"
Hah cuak!!!

9. Kan tricky kan? Sebab utama anta akan rasa hadith ni triki ialah kerana anta jahil! Anta pikirkan ke-empat2 kriteria itu sebagai satu checklist. Kena tick satu2. Baru la hawek tu lulus. Sedangkan in reality, banyak overlap yg berlaku. Belum faham lagi? ......

10. Ginila. Bagi ana, ana simplified the list kpd 3 persoalan yg WAJIB di lepasi utuk jadi calon isteri yg gempaq habes.

Nambe wan: "Awek ni semayang ke tidak?"
- Sape yg jenis semayang ni lain dari yg tak semayang.
- Dia akan selalu ingat waktu semayang, pikir kat mana nak amik wuduk dan semayang, dia kan tutup aurat etc. So, iA dia akan beringat drpd buat dosa.
- Lagi satu bab solat ni, biasanya di ajar sejak kecik oleh mak pak. So org yg solat, iA maka pak dia beres.
- Lagi satu, org yg pesen semayang ni, biasanya diaorang tak mekap tebal. So wajah dia adalh ORI !! Ni takdelah arini kau kawin gan Ekin (bkn nama sebenar) tapi bile kau bangun pagi besok tgk2 rupanya RCW (apgred ni bagik aku!)
- Tengok! Kan satu soalan dah kaber 3 aspects trus: agama, keturunan dan ke-cun-nan.

Nambe Tu: "Adakah awek ni akan dengar cakap aku bila jadi bini nanti?"
- Dalam satu kapal kena ada satu kapten je. Ni kalau ada 2 kapten, abis terbelah dua kapal bila satu nak ke kanan dan satu lagi nak ke kiri.
- Bila kapten buat keputusan, semua kene follow. Baru operasi smooth.
- Tapi pendapat bini , kita kenalah dengar gak.........."dengar" je la, sebelum kita reject selambe rocknya jika pendapat tu klaka. Pendapat bijak dari bini pon kita kena reject........sebelum kita implement pendapat tu dan buat2 macam itu pendapat kita gak sebenarnya. Kaber line!
- Tengok! Kan soalan ni dah kaber............ehhh? Aik? Tak caber maner2 aspek pon? lantak la engkorang. Ni blog aku. Ikut suka ati aku la nak boh gak !! Muahahhahaha!!!

dan lastly dan paling kritikal, Nambe Tree: " Awek ni bila aku tengok dia, adakah aku "berselera" ?"
- Apa kau ingat lepas kawin nati, laki bini dok peluk2 depan tibi je ke? Romen la bro!
- Kalau tak berselera, masalah lah! Masalah besar!!
- Tapi again, inilah hikmah Allah. Bagi org laki ni "Selera" ni , spectrum/range dia besar!
Ade yg suka Gunung Kinabalu, tapi ada yg sukakan Dataran Merdeka.
Ada yg suka hutan khatulistiwa, tapi ada gak yg suka Gurun, Kedah.
Ada yg suka kamera wide angle, tapi ada yg suka macro.
Ada suka bonet, ada suka bumper, ada suka tayar, ada suka ekzos, ada suka steering, ada suka dashboard, ada suka seat belt dan paling jiwang karat, suka KARBURATOR! Gile tak leh blah kan mat karburator tuh!
Kah kah kah!....Ehh apsal aku gelak sengsorang ni?
-Dah sah-sah, soalan ni ni kaber bab "kecantikan" kan.


Lagu org berselera! Ni bukan lagu Jiwang sama skali. Ni lagu pasal Romen 100%. Rangkap "If U want Love. We make it" jika di terjemahkan, BUKAN "Sekiranya anda mahukan cinta, marilah kita ciptakan". Kpd yg lomah spiking, maksudnya "Hang nak beromen? JOM !!!! "

10. Jadi, wahai anak2 murid ana sekalian, ayuh amalkan ilmu di dalam tazkirah ana ini. Semoga anta semua akan sesat bila mengpraktikkan ajaran songsang ana ini.

11. Di harap, usaha kita untuk menghidupkan sunnah ini akan memberikan kekuatan untuk kita mengpraktiskan sunnah2 yg lain............seperti kawin empat, hanya sekadar contoh!

12. Jadi kesimpulannya, carilah calon2 isterimu dgn hatimu, akalmu dan imanmu, kerana itulah kaedah yg terbaik.
Jadikanlah agama sebagai kriteria yg paling utama di dalam pemilihan.
Akan tetapi, sekiranya anta seorang yg lemah imannya dan kuat syahwatnya seperti ana, "keterangsangan fizikal" pon boleh lah jugak di gunakan sebagai langkah pertama di dalam proses pemilihan bini.

Maka kita sudahi tazkirah RINGKAS pada malam ini dgn tasbih kifarah dan surah al-Asr.

Wabillahitaufik walhidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kamis, 14 Januari 2010

Meng-Islam kan keta aku !!!

Salam,

1. Arituh isteri pertama aku mintak beli keta satu untuk dia. So tak payah lah berebut2 keta ngan aku kalau dia nak merewang sakan. So aku belilah Mers sebijik kat dia......dengan menggunakan duit dia. (Duit aku tak leh sentuh! Simpan buat belanja kawan empat, tiga atau paling koman dua nanti iA)
Limited edition Mers. Memang keluar-keluar kilang dah camni. Abuk tu standard pakej. Rim caber blakang di buang untuk kasi kurang weight. Senang aku nak drift!!

2. Last2, aku plak yg pkai Mers tu dan dia cilok keta Porch aku. Aku chill je. Sebab aku kene practice bertolak ansur dari sekarang dah sebab bila dah berbini 4 nanti, aku dah prepared mentally, physically and sexually.

3. Tapi keta aku ni ada satu masalah BESAR! Ni keta org kapir. Tu dia stiker salib bersepah2.

St Kilda my ass!!

4. Ni silap2 kalau ninggal eksiden, masuk keranda pakai kot nanti. Walaupun aku tau aku ni ensem ber-kot, tapi malaikat Mungkar Nakir mungkin kurang sporting dalam hal itu.

5. Lagipon, kalau kat Msia org Islam marah org lain pakai nama Allah, kat sini plak mungkin mat salleh marah org Islam boh salib kat keta! Silap aribulan keta aku plak yg kene bakar ke, baling cat merah ke ape jadah.

6. Ini tak boleh jadi. Sudah menjadi tanggung-jawap aku untuk meng-Islamik-kan keta Ozzy nih.

7. Mula2 kita kikis baek stiker2 puaka nih...
Susah giler nak cabut. Ni tampal pkai holy water ke jadah.

8. Bila dah tanggal stiker, Alamak! Ala-Mamak! Baru kantoi bawah stiker tu, tu dia, cat tanggal lah, calar balar lah.

9. Jadi terpaksalah aku boh stiker lain, untuk meng-kaber line kecacatan keta aku tu. Dengan hati yg penuh berat di dalm keterpaksaan, maka aku boh lah stiker yg "kebetulan" terbeli kat Msia arituh.

Jgn jeles! Stiker bulan aku nyer. Stiker palestine courtesy of tokan stiker, Ammar.

10. Mungkin sudah di takdirkan kot! Ehh! Ape kejadah aku cakap nih. Dah sah2 ni telah di takdirkan. Takkan bende ni berlaku tanpa takdir. Seperti wujudnya Pak Pandir dan Mahadir atau cecair berlendir.

11. Ehh ada stiker lebih plak! Boh kat cermin cun gak.
Cun plak seat caber kereta Muallaf aku nih!!

12. Tapi, Plis! Plis! Plis! Kamu jangan.......cuba melabel aku sebagai pengikut fanatik sebuah parti politik "yang cuba membawa wadah perjuangan Islan di bawah gandingan mantap ulama dan profesional" tersebut. Kerana pada masa ini, aku hampir boleh 100% gerenti, bahwa pada pilihanraya akan datang, aku TAKKAN BAGI UNDI AKU kepada parti yg cuba untuk "menghentikan kemungkaran kerajaan sekarang" tersebut. Tidak mungkin terjadi. Kerana .....aku belum daftar mengundi lagi. Kalau aku dah daftar nanti, itu lain stori lah kan!

12. Hmmmm! Sebuah misteri di sini. Naper tadak stiker AMNOR jual kat tepi2 jalan atau kat pasar2 malam yerk? Kata AMNOR ni "Juara Rakyat"! Tak de org nak ke?

TAKBIRRR!!!!!!!

Sekian, mekasey, wassalam.

Selasa, 03 November 2009

Apabila Ustad-Ustad Berkung-Fu..........Dr Asri vs Old-Skool

Salam,

1. Sekali pandang isu Dr Asri macam kelakar la gak. Tangkap pastu tak nak buat pendakwaan kat mahkamah la plak (ref 1, 2). JAIS macam merajuk la plak sebab majoriti sokong Dr Asri. Daripada Najib kpd media, kpd politician tak mengira parti mana, kepada SIS hinggalah kepada org ramai.
Ala cayang..cayang buschuk JAIS cayang.....jgn gitu. Nah amik cekelat ni !!


2. Bagik aku, ape yg beraku di sini ialah bruised ego golongan ulamak/mufti old skool kat Malaysia. Mereka sungguh terasa apabila Dr Asri mengkritik atau mempersoalkan banyak amalan2 kebiasaan org melayu islam kita yg tiada nas dari al Quran atau Hadith

3. Amalan2 ni selama ini, mufti2/ulamak2 old skool tak pernah kata salah pon. Macam tahlil, baca Yasin malam jumaat, berzanji, marhaban etc. Bid'ah Hasanah mereka kata. Sekali datang Dr Asri, habis terkantoi kealpaan mufti2 old skool yg tak check balik source mereka.

4. Apa2 hal pon, perlu di tekan kan di sini, untuk sesapa yg belum paham. Ada 2 perkara yg perlu jelas untuk korang semua.

Pertama: Apa yg Dr Asri tegur tersebut (amalan2 bidaah), bukannya bende baru yg beliau jumpa/figure-out by himself. Bende tu dah lama ulamak2 lain yg kurang glamer, macam Nik Aziz contohnya dah cakap. Cama tak sampai kepada semua sebab media tak kecoh. Tapi bila Asri cakap sikit, abis satu malaya medai jadi heboh. Mulalah org2 yg jeles tuduh Asri gila glamer, lantang bersuara etc.

Kedua:
Perselisihan ini, bukannya melibatkan "akidah" pon. Ia adalh khilaf dalam bab fekah saja. So takde yg jadi kapir dan tiada yg membawa ajaran sesat. So korang jgn la kalut2 sangat. Nak ikut asri boleh, tak nak pon boleh.........Tapi ikut Asri best lagi la..mauuahaha aku bias

5. So apa yg terjadi sekarang ni ialah mufti2/ulamak2/ustad2 old skool suka gila kat boria, dondang sayang, dikir barat, ulik mayang, cak lempong dan Elvis Presley. Tapi golongan mufti2/ulamak2/ustad2 new generation pulak, syiok kat hiphop, death metal, fengtau dan Faizal Tahir (kecuali Dr Asri....ehemss).
kayap pon nak tayang ke bro...

6. So masing2 kata musik diaorang lagi hebat. Lagi gempaq. Lagi sesuai untuk di layani oleh masyarakat Muslim malaysia. Yg tua/berfikiran tua kata tak payah introduce musik baru. Tapi yag muda kata ..
Hek. elleh!..Meleleh taik telinga gua dengar musik lu pakcik. Gua mau revolusi. Lu bawak lu punya piring itam lagu Elvis, sama itu gramophone masuk kubur la.....
Tu telur ke vagina? Aikk! Jadi di manakah.....? Adus...ilang ilmu aku...

7. Biar benar korang ulamak2 dok gaduh2 sape betul, sape salah, sape hebat. Korang semua betul kot. Masing2 ade citarasa yg bersesuaian dgn jiwa masing2. Asalkan asas akidahnya berada pada teras yg betul, lantak la! Baca yasin, bertahlil etc tu kan fekah. Fekah, iatu cara untuk beribadat atau lebih philosophy sikit, ialah cara untuk meluahkan perasaaan cinta kita kepada Allah dgn beribadat sebagaiman yg di tuntut oleh Allah dan di tunjuk-ajarkan oleh Rasullulah s.a.w.

8. Tapi aku tau golongan old skool masih tetap tak puas hati ngan Dr Asri. Bersepah dlm internet dan utube depa dok kutuk Dr Asri. So untuk settel kan benda ni once and for all, senang je bagik aku.

9. Katakan ada 2 ekor budak sekolah dok gaduh sapa lagik terer geography, canner nak setelkan? Sudah tentu la kita buat exam kan. Sapa markah paling top, dia lah lagik hebat. So apa yg budak tu kata pasal hal2 geography ni, mestila lagi besar possibilitynya betul compare to budak yg dapat markah lagi rendah tadi kan?

10. So apalaga!! Aku suggestkan, Najib tangkap semua mufti2/ulamak2/ustad2 kat malaysia, pastu paksa diaorang amik exam agama la kan. Test ilmu al-Quran,hadith, usuluddin dan lain2 bab agama yg aku nak sebut pon tak tau. Sapa top scorer, dialah hero. End of the stori.

11. So ulamak2 semua? Ada beran? Golongan2 old skool mesti dok bertanya sekarang ni?
"Beran" ? Apekah gerangannya "beran" itu?
Aku baling dgn USB aku kat serban kau tu kang....
"USB"? Sejak bila USA ade negara kedua bergelar USB? USC ade tak? USWahid?

Dahlah aku merapu.....
Sekian, teriymakasey, wasalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger