Kamis, 14 Januari 2010

Meng-Islam kan keta aku !!!

Salam,

1. Arituh isteri pertama aku mintak beli keta satu untuk dia. So tak payah lah berebut2 keta ngan aku kalau dia nak merewang sakan. So aku belilah Mers sebijik kat dia......dengan menggunakan duit dia. (Duit aku tak leh sentuh! Simpan buat belanja kawan empat, tiga atau paling koman dua nanti iA)
Limited edition Mers. Memang keluar-keluar kilang dah camni. Abuk tu standard pakej. Rim caber blakang di buang untuk kasi kurang weight. Senang aku nak drift!!

2. Last2, aku plak yg pkai Mers tu dan dia cilok keta Porch aku. Aku chill je. Sebab aku kene practice bertolak ansur dari sekarang dah sebab bila dah berbini 4 nanti, aku dah prepared mentally, physically and sexually.

3. Tapi keta aku ni ada satu masalah BESAR! Ni keta org kapir. Tu dia stiker salib bersepah2.

St Kilda my ass!!

4. Ni silap2 kalau ninggal eksiden, masuk keranda pakai kot nanti. Walaupun aku tau aku ni ensem ber-kot, tapi malaikat Mungkar Nakir mungkin kurang sporting dalam hal itu.

5. Lagipon, kalau kat Msia org Islam marah org lain pakai nama Allah, kat sini plak mungkin mat salleh marah org Islam boh salib kat keta! Silap aribulan keta aku plak yg kene bakar ke, baling cat merah ke ape jadah.

6. Ini tak boleh jadi. Sudah menjadi tanggung-jawap aku untuk meng-Islamik-kan keta Ozzy nih.

7. Mula2 kita kikis baek stiker2 puaka nih...
Susah giler nak cabut. Ni tampal pkai holy water ke jadah.

8. Bila dah tanggal stiker, Alamak! Ala-Mamak! Baru kantoi bawah stiker tu, tu dia, cat tanggal lah, calar balar lah.

9. Jadi terpaksalah aku boh stiker lain, untuk meng-kaber line kecacatan keta aku tu. Dengan hati yg penuh berat di dalm keterpaksaan, maka aku boh lah stiker yg "kebetulan" terbeli kat Msia arituh.

Jgn jeles! Stiker bulan aku nyer. Stiker palestine courtesy of tokan stiker, Ammar.

10. Mungkin sudah di takdirkan kot! Ehh! Ape kejadah aku cakap nih. Dah sah2 ni telah di takdirkan. Takkan bende ni berlaku tanpa takdir. Seperti wujudnya Pak Pandir dan Mahadir atau cecair berlendir.

11. Ehh ada stiker lebih plak! Boh kat cermin cun gak.
Cun plak seat caber kereta Muallaf aku nih!!

12. Tapi, Plis! Plis! Plis! Kamu jangan.......cuba melabel aku sebagai pengikut fanatik sebuah parti politik "yang cuba membawa wadah perjuangan Islan di bawah gandingan mantap ulama dan profesional" tersebut. Kerana pada masa ini, aku hampir boleh 100% gerenti, bahwa pada pilihanraya akan datang, aku TAKKAN BAGI UNDI AKU kepada parti yg cuba untuk "menghentikan kemungkaran kerajaan sekarang" tersebut. Tidak mungkin terjadi. Kerana .....aku belum daftar mengundi lagi. Kalau aku dah daftar nanti, itu lain stori lah kan!

12. Hmmmm! Sebuah misteri di sini. Naper tadak stiker AMNOR jual kat tepi2 jalan atau kat pasar2 malam yerk? Kata AMNOR ni "Juara Rakyat"! Tak de org nak ke?

TAKBIRRR!!!!!!!

Sekian, mekasey, wassalam.

Comments :

0 komentar to “Meng-Islam kan keta aku !!!”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger