Tampilkan postingan dengan label merdeka. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label merdeka. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Agustus 2010

1 September 1994


Okay jgn gelak! Aku tau korang dok gelakkan aku. Siol! Anak aku, Husna kata "Thats abang!".
Muka passport aku taim dtg sini muda remaja sebab ni gambar masa form 3. Passport lama. Sejak dok sini aku dah bersalin 3 passport. Cuma bini je tak bersalin2 ataupun ditambah2kan.


Salam,

1. Skang ni lepas sahur, pukul 7 pagi 1st September 2010.

2. Genap 16 tahun yg lepas, flight aku sedang decending slowly utk mendarat di Adelaide International Airport. Airport lama. Kecik je. Besar skit dari reban ayam.

3. Sambil aku dok isap Dunhill (dulu boleh smoking atas flight), hanya satu je yg aku dok pikir. "Weyh...Camner nak smayang subuh ni? Subuh masuk dan abis pkul brapa kat Adeled? Kiblat atas kapal terbang ni arah mana?".
Semakin aku tengok kat luar langit semakin cerah, semakin aku panik. Babi lah JPA (Skang ni SPA. Same shit, different name.)! Apsal bagi taklimat pasal ni?

4. Aku solat menghormati waktu je lah taim tu. Tapi aku tau ramai budak batch aku kantoi subuh taim tuh. Insan cemerlang sungguh.

5. Reverse back 7 hours before that. Takde sekor daripada kitaorg 6 org budak laki batch aku volunteer utk bacakan doa selamat sebelum berlepas ke sini. Kami tak prepared. Nak baca doa apa? Pakcik JPA tu selambe tak nak bacakan.

6. Slepas dekat 5 minit terhegeh2 depan mak bapak yg menghantar, aku pon volunteer lah. Aku bantai baca doa naik kenderaan. Hamik kau. Setel. Ayah aku geleng2 kepala je.
"Doa ngok-sey mugapo mu bacho tu Azam? ", dia perli. Apa2 la!

7. The funny thing was, masa kat rumah sebelum bertolak tu, aku tengok abang aku dok sibuk2 tanya ayah aku dan siap tulis lagi doa selamat untuk dia bacakan sebelum dia fly pegi UK kalau tak silap aku seminggu selepas tu. I wish I was paying attention at that time. Muahahhaha.

8. Reverse back 24 hours before aku fly, on the eve of 31st August 1994, aku melepak di Dataran Merdeka dgn ada sorang awek dok bergayut kat pinggang aku. Bukan awek aku, awek member la. Muahahhaha.

"Subang" itu bukannya sesuatu yg di gantung ditelinga awek2 ataupun brader2 jambu.

9. Orang ramai lah bro. Beribu-ribu-ribu. Nak jalan pon struggle.Utk tak nak bagi separated dan memudahkan perjalanan, kitaorg buat keretapi. So aku kan taff. Jadi aku di tugaskan oleh member2 aku utk jadi kepala kretapi utk mencilok dan mencari kot celah mana kitorang nak balik nih. Sebab member aku tak nak org lain pegang pinggang awek dia, so dia kenelah dok blakang awek dia. Itu pasal awek dia dok belakang aku! Cemerlang. Sungguh cemerlang.

10. Bodoh betul kawan aku tu. Sapa suruh bawak awek pegi tempat crowded. Noob betul. Berapa ramai awek or pada tahun 1994 tu nama glamer dia bohsia, yang kene kenduri raba kat Dataran Merdeka. Lepas sekor, sekor. Mcam kene rogol siol. Pikirlah. Bila sorang je start meraba, sekejap je beratus2 tangan join sekaki. Takde sekor pn boleh tolong awek tuh. Nangis lah dia sorang2. Apakan daya. Tangan ku tak sampai untuk menolong ataupun meraba.

11. Subuh baru aku sampai ke rumah member. Tidur 2 jam, pastu baru balik rumah pak sedara aku yg mak pak aku tumpang di KL ni. Mandi2, pegi Subang Airport (KLIA tak pecah tanah lagi pon!). Baca doa. Cemerlang!

12. Bila kapal terbang touch down je kat Adelaide, aku lega. Alhamdullilah doa aku termakbul. Kata baca doa naik kenderaan tadi kan. Cemerlang!
...di manakah anda pada tahun 1994? Gila ahh aku otai Adeled ......

13. 1 September 1994. Maka bermulalah perjalanan hidup aku di Adelaide ini. Adakalanya aku berjalan, ada kalanya aku berlari, adakalanya aku merangkak, adakalanya aku teraba2, ada kalanya aku mati.

14. Yang pastinya aku masih berjalan. Sampai bila perjalanan hidup aku ini di sini, hanya Allah yg tahu. Mungkin perjalanan aku bernoktah di sini sahaja. Diharapkan sebelum titik noktah itu dipenakan, ada beberapa koma yang mendahulinya.

15. Dan di antara koma-koma tersebut,tercatit, "murah hatinya", "simple dunianya", "kaya akhiratnya", "kaya anaknya", "bininya kaya", "kaya bini". Nokthah. The End.
Cemerlang!

Sekian, mekasey, wassalam.

Senin, 31 Agustus 2009

Merdeka Taik Kucing Hapa !!!!


Salam,

1. MERDEEKK......Ehh dah lepas ke? Alahai.

2. Angkat tangan sapa sini dah bohsan dengar crita pasal merdeka, apa itu merdeka, kenapakah kita merdeka, apakah erti kermerdekaan dll persoalan merepek lagi.

3. Aku bohsan gak. Bahkan aku bohsan dengan merdeka tu sendiri. Best sanggat ke merdeka ni? Tak trasa pon? Pernahkah korang terpikir, mungkin kita lagi baik kalau kita masih di jajah. Mungkin Tunku, Dr Burhanudin, etc semuanya telah memperbodohkan kita semua.

4. Dok bawah british lah best. Dia orang bangsa maju. Bila diaorang marah, kita dengar. Tenggok bila Kartika nak kene sebat. Diaorang berdehem skit je , kita dah kalut2 delay hukuman dah. (lama2 kansel lah hukuman ni. Tenggoklah nanti!)

5. Dok bawah bristish lah syok. Kita jadi warga british lah bro. Boleh gi UK macam pi Taiping. Tak payah passport atau visa. Nak dok England sampai mampos pon boleh.

6. Yang paling best nak tau apa? Boleh kawin minah salleh tanpa pening2 pikir pasal ilang kewarganegaraan lah atau camner nak explain kat mak pak kenape engkau kawin minah salleh. Sekiranya kita masih di jajah, kawin ngan hot blonde dari Liverpool sama jer macam kawin ngan hot amoi dari Ipoh. Asalkan convert, dah settle!!

7. Jadi one day, rakyat malaysia di bawah jajahan British empire, majoritinya akan jadi pan asia gitu sebab mix-marriage. So yg pompuannya akan jadi cun, tinggi, putih, mata biru dan tetek 34C keatas. Manakala yg lelakinya akan jadi ensem, tinggi, slim, tanned, rambut pacak2, ada tahi lalat seblah kiri, pernah kene bursitis, bini pernah misscariage gittu (ada kene mengena dgn yg masih hidup dan blum mati lagi)

8. Untuk pemain bola handalan macam aku nih pula, kalau aku main ngan Kelantan FC, silap aribulan boleh masuk English FA. Main liga bawah2 lah dulu kan. Bila dah makin power, naik divisyen atas sikit la. Lama2 Kelantan FC masuk English Premier League. Cewahhh!! Masa tu jgn la korang terhegeh2 mintak autograph atau nak "add aku as fren" kat fesbuk. Kalu nak, mintak sekarang sebab taim aku femes nanti aku bo-layan.

9. Bola UK lah best. Tenggok lah org2 sekarang. Lagi ramai pakai baju Man U dari pakai baju melayu aku rasa. Yang pakai jersey England pon berlonggok. Sapa pakai jersey Melaka, Negeri Sembilan, Sabah? Aku tak pernah tenggok pon?

10. Kita semua patut sedar. Kita dah bukan macam org2 Melayu zaman Hang Tuah dah. Org Cina dan org India dah bukan mcam Yap Ah Loi yg keja lombong timah atau Sammy Vellu yg kerje estete dah. Sepatutnya, sebagai penduduk sebuah negara yg merdeka, rakyatnya mestilah menjadi semakin kuat ciri2 nationalistik dan kebudayaan timurnya. Tapi kita ni semakin maju, semakin kita bertambah cintakan kebudayaan western plak, mcam British tu. Tak caya ke?

11 Pakaian kita dah macam mat salleh. Masa kerje kita selesa berCoat, tie dan seluar slack. Biaq pi Malaysia tu panas berdengung, bukannya sejuk cam London. Masa melepak, kita tak pakai kain pelikat, kurta atau cheong sam bile pegi pasar beli ikan. Kita pakai jeans dan tshirt. Baju melayu plak dah jadi macam kain kapan. Dipakai hanya untuk special occasion. Bezanya kain kapan nyer occasion hanya berlaku sekali jer seumur hidup. Kalu dak, sudah tentu pemakaian kain kapan akan lebih berluasa di dalam kehidupan kita.

12. Dari segi perangai plak, rata2 org malaysia plak dah tak tahu malu. Ringan2 depan2 khalayak ramai, beromen, dapat anak haram, minum arak, pakai seksi etc. Sapa tak pernah dengar org beromen sambil berembun di celah2 belukar taman tasik titiwangsa atau di balik2 pasu bunga dataran merdeka? Dah macam mat salleh dah kita ni. Kita ada banyak undang2 yg cuba mencegah bende2 ginni. Tapi semuanya hampes bila tidak di gunakan sepenuhnya. Tapi kalau undang2 jalan pon, mangkuk2 ni dapat hukuman ringgan je. Besok buat balik. Tak de hal. So baik buang je undang2 tuh. Baik kita ikut undang2 british lah gitu yg menghalalkan terus bende2 gini.

13. Dari segi makanan, kita makan Mek D, kfc etc. Dari segi entertainment, sales lagu dan filem mat salleh, always higher than local. Dalam TV pon, citer melayu ader subtitle mat salleh. Lagu Negaraku, cilok "mamula moon". Bendera malaysia, pon cilok mat salleh punye, dari sebuah negara yang kecik and insignificant bergelar U. S bloody A. . Cukuplah contoh2 tu...

14. Jadi buat apa kita merdeka sekiranya kemerdekaan tu tak mambawa perubahan positive pon kpd kita. Kemajuan yg kita kecapi sekarang, secara logiknya, bukannya hasil kebijaksanaan pemerintahan BN. It is just a normal process that we called progress. Tak kisah sape berkuasa, it will happen naturally. I bet you, if we are under British, we will be at thousand times better now.

15. Pikirlah! Dulu sebelum kita merdeka, org2 melayu mungkin own dalam 10% drpd Malaya/Tanah Melayu. The rest is British. Sekarang ni, org melayu hanya menguasai 10% je drpd asset-asset di bandar2 (source=ilang) dan 18.9% drp equity negara (static for the last 19 years). Lagi 90% dan 80% respectively, kaum lain dah rembat.

16. Renunglah!! Sebelum merdeka, kita di "divide and conquer" oleh British. Kini selepas merdeka, kita masih lagi divided among ourselves. Dan bukan sahaja tanah kita, malah budaya, minda dan paling sensitif agama kita, slowly but surely di conquer oleh bangsa asing.

17. Jadi buat apa kita menipu diri sendiri. Jom lah kita dok bawah British balik. Kau nak merdeka buat hapa kalau merdeka tu macam lahanat. Merdeka?? Merdeka taik kucing engkau!!


Hapa? Tak nak merdeka?? Aku penerajang batang tengkuk engkau kang!! Anjing Britishhh...!!!!

sekian, makasey, wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger