Tampilkan postingan dengan label muslim. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label muslim. Tampilkan semua postingan

Minggu, 29 November 2009

PART 2: Penentuan Tarikh Raya/Posa: Antara Akal Dan Sunnah

Nak usha kuih bulan ...senang

nak usha anak bulan.....juling bijik mata pon belum tentu nampak.
Salam,
First part di SINI.

1. Aku sebenarnya dah lama dah dok pikir pasal Muslim Date-Line tuh. Aku juga memanglah sedar bahawasanya sunnah untuk menentukan posa dan raya ialah dengan tengok anak bulan/hilal di tempat masing2. (sila rujuk bahagian komen di first part untuk baca hadith tersebut. Tq Alip Al-Turkistani)

2. Tapi aku telah justify dgn logik akal aku, bahawasanya Rasullulah suruh buat gitu sebab itulah kaedah yg terbaik pada waktu tersebut.. Rasullulah suruh buat gitu sebab dia tahu bila Islam berkembang geographically, maka susahlah untuk mengkomunicate anatara satu region with another.

3. Zaman tu bukanya ada TV, Radio, Internet, mobile phone untuk menyebarkan tarikh posa/raya di Mekah untuk ikutan semua ummat Islam. Nak antar utusan bekuda dari Mekah ke Algeria atau Pakistan bukannya dekat doh! So paling senang ialah masing2 tengok anak bulan di region mereke sendirti.

4. So secara logiknya sekarang bila kita dah maju, sepatutnya kita boleh koordinate waktu raya /posa kita supaya sama satu dunia. Aku harap korang sedar, bahawasanya anak bulan ni bukan kene tengok 2 kali setahun je. Kene tengok tiap2 bulan untuk menetukan bila start bulan Islam.

5. Jadi bila negara masing2 start bulan Islam pada hari yg lain, adalah agak kelakar bila katakan Malaysia pada hari ni ialah 11 Zulhijjah tapi Filipina katakanlah 10 Zulhijjah, walaupun Filip dok sebelah timur kita! Bagaimanakah pulak nak set tarikh meeting internationally kalau tarikh masing2 ialah lain. Jadi penyudahnya bulan Islam menjadi tidak praktikal dan hanyalah relevan untuk tau bila posa, raya, puasa sunat, hari haram posa dan lain2 hal keagamaan semata2.

6. Tapi Chop! Ini semua adalh drp "logik" akal aku semata2. So, firstly logik akal ini boleh di pengaruhi oleh syaitan, dan setan mungkin telah mempergunakan aku untuk meng-was2 kan korang semua dgn buat bidaah Muslim Date-Line. Secondly, logik akal ini di batasi oleh ilmu yg ada pada aku sahaja. Banyak pasal falak ni aku masih jahil. Nak stadi malas. So mungkin aku telah ter-error di situ.

7. Thirdly and most importantly, akal kita terbatas kepda bende2 yg zahir semata2. Sesungguhnya Allah jua yg tahu tentang hal2 yg ghaib, kompleks atau abstract yg takan tergapai oleh akal mana2 manusia atau supercomputer pon. So, kalau sunnah kata tengok anak bulan, mungkin ada hikmah di sebaliknya yg kita tak terpikir atau perasan. So follow je lah sunnah.

8. Antara hikmah pengunaan lunar calendar di dlam Islam yag berlaku jelas di mata kepala aku sendiri ialah KEADILAN daripada Allah kepda ummat Islam sedunia. Apabila Allah menjadikan bumi, dia telah jadikan bumi ini berputar sengget/tilt pada 23.44 degree angle daripada orbitnya mengelilingi matahari. So wujudlah 4 musim setahun di majoriti negara2 on earth.(negara2 northern hemisphere plus southern mestilah lagi banyak dari negara2 khatulistiwa kan).

9. Jadi kalau Allah perintahkan semua org posa bulan Disember, tak ke menyampah kita org2 Ozzy, New Zealand etc yg kene posa time summer yg panjang dan panas nak mampos. Org2 kat Ukay atu US mestilah happy manjang sebab posa time winter dan kene tunggu beberapa jam je sebelum bukak posa. Dah lah tu, malam lailatul qadr diaorang panjang nak mampus. Semayang sambil melecet2 dahi pon belum masuk2 subuh lagik.

10. Tapi Allah perintahkan kita ikut lunar calender, yg shorter drpd solar calander. So aku yg dah lama dok bermastautin di bumi Adelded ni telah merasakan posa/raya yg pada masa aku mula2 sampai dulu di bulan march, pelan2 berganjak ke feb(panas), jan (mendidih), dec (mengelegak), nov , oct dan sekarang bulan september.

11. Aku inggat lagik masa tahun 2000 aku gi semayang terawih kat Adeled mosque yg start pukul 1030 dan habis 1130 malam. Lepas abis terawih, kitaorag singgah jap kat Victoria square untuk terlompat mcam beruk kene cucuh buntut meng-celebrate millenium new year pukul 12mlm tu. Pastu balik rumah dan sahur pukul 3 pagi. Makan bukak posa tadi pon belum abis tercerna jadi taik, dah kene sumbat masuk sahur la plak.

12. Alamak dah merepek bernostalgia la plak pakcik ni! Jadi kesimpulannya, aku masih lagi berfikir. Tapi at the moment aku memanglah leaning towards follow je lah sunnah dan tenggok la anak bulan tu. Hmm..tapikan, kalau la aku kata aku prefer tenggok anak bulan, kenapa lah pulak aku dan majoriti org2 Ozzy celebrate Raya Korban pada hari Jumaat dan bukannya Hari Sabtu sedangkan anak bulan 1 Zulhijjah tak nampak 10 days ago? Jeng...jeng jeng.. Dlam hal ni aku bertaqlid buta kpd suara kesepakatan.
Hipokirt sungguh aku!!

Sekian, McKasey, Wassalam.

Sabtu, 28 November 2009

Penentuan Tarikh Raya/Posa. Simpanlah Motor Besar Mu Wahai Raja2

Salam,

Let's shift our paradigm.

1. Masalah menentukan tarikh raya/posa bukanlah satu masalh besar di M'sia. Kau follow je cakap Penyimpan Motor Besar Raja2 sudah.

2. Tapi bila kita dok obersea, baru kita sedar yg org2 Islam dlm dunia ni, nak raya serentak pon susah. Contohnya tarikh raya aji taun ni di ozzy. Ada raya semalam dan ada raya arini.

3. Aku pernah tulis pasal bende2 gini dulu. Dan aku dah janjikan untuk bagik penyelesaiannya masa tu.

So let me open your mind., while I am opening your shirt.

4. Di manakah centre of our muslims world?
Mestilah di middle-east or more specifically Mekah.

5. Siapa tahu hari bermula di mana di atas muka bumi ni?
Untuk org2 nerd macam aku, kami tahu hari bermula di "International Date Time" yang meng-keros lautan Pacific.

6. So negara2 yg di timur drpd line tuh macam Ozzy dan M'sia ni akan always siang dulu dari Mekah. So kami kene lah tengok anak bulan dulu dari Mekah, therefore posa dan raya dulu. Di sinilah muncul kepeningannya. Masalah ni kurang prominent di negara di sebelah barat drpd Saudi, kerana "majoriti" drp mereka, just follow Saudi, seperti Europe dan US.(ref)

7. Bagi aku masalh ni simple sahaja. In an ideal world, dunia kita ini sepatutnya di perintah oleh Kerajaan Islam yg berpusat di Mekah. So Kerajaan Islam inilah yg mengistiharkan bilakah tarikh raya dan kita semua folow je lah.

8. TAPI, jeng..jeng..jeng..Kita hendaklah mengubah persepsi minda kita yg hari bermula dari International Date Line tersebut. Hari, bagi dunia Islam, hendaklah di fatwakan semula. Hari, bagi dunia Islam sebaik2nya di mulakan dari Semenanjung Arab, dan pusing se-raound bermula dari situ.

9. Aku tau mesti ramai yg kata.."Ehhhhh!! Mana boleh gitu?". "Salah tu". Well, tunjukkan aku mane dalam Al-Quran atau Hadith yg kata "hari mestilah bermula di longitude 180 degrees, iaitu International Date Line". Mana ada doh!!

10. Apekah sejarah menatang line ni koran gtau dak? In 1880, British kira mcam US sekarang lah. Kuasa paling kerek dalam dunia. So dia kata,
TIME MESTILAH BERMULA DARI UKAY.
So ahli2 geography yg poyo di Royal Observatory telah buat line yg mengcross bumi dari kutub utara ke selatan yg melalui "centre of the world" iaitu LONDON. Line ini di berikan jodol..."0 degree longitude"


11. More specifically, mereka telah dengan cilakaknya adjust line tuh untuk lalu betul2 atas bumbung makmal goegraphy mereka di Royal Observatory tersebut yg terletak di salah satu suburb di bandar London, iaitu Greenwich. Lalu time-line tersebut di panggil Greenwich Mean Time (GMT).(ref)

12. So apabila mereka mengextend kan line GMT tu to the opposite side of the globe (at 180 degree longitude), sekali ngam2 plak lalu atas lautan Pacific di atas pulau2 kecik yg tak significant seperti Tonga, Kirribati dan New Zealand.....muahahhahha. Chanteekk! Maka line tersebut di istiharkan sebagai International Date Line (ref). So apabila pukul 0.00am di situ, di London pukul 12.00 tghari.

13. Pastu org2 UK paksa semua org pakai time dia. Tapi sebab depa paling kerek time tuh, maka semua org pakai cakap dia lah. Org2 French cuba nak lawan dgn buat Parisian Line ke pekejadah, tapi takde org layan (untuk budak2 nerd...inggat tak "Rose Line" dlm DaVinci Code. Itulah Parisian line yg nak challange GMT). Tapi sekarang bila org dah tak pakai cakap org UK, diaorang telah ubah nama line GMT tu kepada, UTC ( Coordinated Universal Time).

14. So anak2 muridku sekelian, hari tidaklah bermula di Int Date Line or kat England. Itu semua bullshit mat salleh. Kita org2 Islam patut bersepakat keluarkan fatwa yg istiharkan our own date line untuk memudahkan penetapan tarikh raya atau posa.

15. Untuk pengetahuan korang dan untuk menunjukan ke-terreran aku, org Yahudi pon ade Date-Line mereka sendiri (ref). Setelah mrk kaji depanyer kitab2, date-line mereka adalh 6 jam ke timur dari Jerusalem. Line tu kros, thru Filipina. So hari raya mereka bermual dari line tu lah.

16. So Muslim Date Line? Mengapakah tidak?

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger