Tampilkan postingan dengan label hensem. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hensem. Tampilkan semua postingan

Senin, 31 Oktober 2011

Bini Baru Aku: Siti Nur Golf

Salam,

1. Sekarang wa sudah ada bini baru bro. Wa sudah main golf sekarang ni broo. Bini lama wa, Sharipah Bolasepak, wa sudah sebulan tak jengok la bro. Gantung tak bertali bro. Gersang la tu bro! Apa nak buat bro. Apa2 yang baru, memanglah lagi errr ...... lazat kan bro? Mana puas kan broo!

2. Ni semua adalah angkara pengaruh buruk kawan aku yg datang lepak sini sebulan aritu. Dia kaki golf. So mula2 aku teman2 je dia main. Sekali, aku pulak naik syok. Dem! Mujur dia bukan kaki kuda gila. Kalau tak, dah sah tiap2 minggu aku mengkuda. Yeeehaaa!!

3. Wa tau! Wa tau! Ngkorang mesti cakap, "Apekes main Golf! Tak kontemporari ranggi la gitu bro!".

4. Wa pon pikir camtu mula2 tu bro. Apeke bodoh punya game. Pukul bola pastu hambat pelan2 or naik buggy (apecer?). Pastu pukul lagi. Peluh kat ketiak nak kuar pon segan. Peluh pon cakap, "Perlu ke aku keluar ni. Mcam tak releven jer?"

5. Tapi lu apa tau? Tak kenal maka tak cinta. Layan siol. Kalau kau nak berpeluh, kau jalanlah 18 hole tu. Turun naik bukit mau tercabut patella. Good praktis untuk sesapa yg belum ada aweks/binis, sebagai persedian untuk teman diaorang pergi shopping! Ya Ampun!!!

6. Kalau kau malas, kau naiklah buggy tu. Rempit boleh, drift boleh, drag pon boleh. Lenjanlah puas2, bukanya ada polis nak saman. Asal jgn buat Demolition Derby main langgar2 sudep.

7. Tapi satu je yg wa frust ngan golf ni. Wa datang padang hensem2, tapi aweks-aweks mana? Tarak nampak sekor buta pon! Semua pakcik2 boroi or macik2 tetek labuh. WTF! Terbazir begitu sahaja kehenseman aku. Ibarat mencurah kehenseman di daun keladi. Sedeh wa gini!

8. Oleh sebab itu, wa terpaksa post gambar2 wa banyak2 kat sini, supaya kehenseman wa dapat di manafaatkan bersama. Tak elok membazir ni. Takkan korang tak pernah dengar

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."


First time ever main golf! Cuak dowh! Muka dah start serius, ..... tapi maintain hensem as ever...

First ball trus masuk longkang kat belakang tu. Babi btol. Ni adalah second ball aku! Pastu tak hilang2 sampai hole 12 gitu!

Dari kiri ke kanan Dr Sawo ( Setahun main. Belajar dari pro). Syamil (Main Sejak form 1. Belajar dari pro). Aput (Main sejak form 1 (skang from 3). Belajar dari pro) Aku (Second time ever main. Sudah bajet pro)

Main 18-hole full course kowt! Konfem ambik buggy. Sebenarnya aku orait je nak jalan. Tapi kawan aku Dr Sawo dah uzur. Dia senior aku doblas tahun gitu kot...uhuk..uhuk..

Aku posing gini sebab nak buat profile pic fesbuk sebenarnya. Tapi kawan aku sebok bising kata gila hengkau. Golf ni ada ethics! Jgn buat bende2 tak sopan! What? Golf pon ada tatasusila ke?

Ada dowh! Berapa ratus pages buku neh! Tulisan kecik2 plak tu. Macam2. Kau kene cakap pelan2, masa orang pukul kau kene senyap, nak kentut kene kasi salam, etc.

Selepas kene tapau baeek punya, kita prektis la skit kan! Last aku g driving range, berbelas2 tahun lepas!

3rd time. Mt Lofty Golf Course. At first tee. Tu dia mencanak naik bukit! Pokok2 kiri kanan tu ibarat memanggil2, "Abang hensem! Abang dah tengok Karak belom?". Shittun!

Oleh itu, marilah kita mengingatiNya sentiasa. Golf hanyalah dunaiwi. Enjoy tu enjoy gak. Tapi solat tetap solat.

4th time: Look at that fairway! Sempit siol. Macam anak ..err... ikan bilis! Camne nak masuk bebola aku gini? Boleh telus ke? Swing aku besar kot!

Take 3! Percubaan posing kali ketiga wa cakap lu. Punyalah poyo! Haha! Tapi aku rasa aku nampak tua dowh dlm gambar ni! Nampak tak kedut aku? Dem! Tak jadi buat profile pic!

Haa...yang ni profile pic aku skang ni. Jgn usha lama2, kang berkenan susah woo! Moto wa, "Biar gaya cam Tiger Wood, walaupun main cam Bollywood!"

Sekian, mekasey, wassalam.

Selasa, 05 April 2011

Lawatan Pengetua MRSM Jasin ke Swinging Bowl

Salam,

...Lama gila aku delay tulis bende ni. The meeting with Datuk A Kadir Jasin happened a few days before the sex tape emerged. Unfortunately.

1. Pehhh! Kecoh jap nama aku masuk blog Datuk A Kadir Jasin. Gilos. And the words are too kind. Pengsan bapak aku kalau dia baca kot (Papa kelik sini The Scribe)

2. So hape citer nyer ni kan? Camner A Kadir Jasin boleh menabalkan aku menjadi lelaki Melayu Terakhir ni?

3. Well, that pagi, tetiba aku mendapat SMS drp Sayuti mintak buat perjumpaan ngan Datuk di kedai aku. Biasanya aku just brush-off je Datuk2 yg datang kedai ni. Tapi ni Datuk bukan sebarang Datuk. Ni Mak datuk punya Datuk! A Kadir Jasin bro..... A Kadir Jasin wa cakap lu!

4. Untuk yg bengap (majoriti ngkorang semua), tidak, dia bukan bekas pengetua MRSM Jasin. Dia juga bukan ADUN Jasin. Dan Jason Bourne tu bukan anak dia.

5. A Kadir Jasin ni adalah a living legend. Satu level ngan Mahathir, Nuar Berahim dan Daim. Legenda dia tercipta sewaktu krisis 1998 between Dr M dan Nuar. Di waktu itu dia adalh "Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd". So dia in-charge jaga semua paper di bawah NSTP group seperti NSTP, Berita Harian, Metro, Malay Mail.
Apakah tugas Editor? Kau ingat tak mamat ni dari citer Spiderman? Gitulah. Misai tu trademark wajib.

6. Cuba kau imagine jadi boss yg bertanggungjawap terhadap setiap patah perkataan yg masuk those mainstream papers masa time krisis Anuar dulu? On top of that, dia adalh kawan baik Anuar Ibrahim (meaning he was an Anuar supporter) for 15 years at that time. Imagine publishing something that will stab your friend/ex-boss in their heart? Imagine all the pressure from Dr M? Imagine the intense public hatred toward biased main-stream media reporting at that time? Thats not a job for a common man. This man definately got balls of steel.

7. But steel balls are heavy. So he quits in 2000 and become "Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd". Tak lama pass tuh dia ventured into blogs. Blog dia, The Scribe merupakan antara top blog di Malaysia yang membicarakan ttg soal politik, ekonomi, social etc. In short, heavy-stuff blog. Not softcore porn stuff macam Hanis Zalikha or Red Mummy atau hardcore porn macam Swinging Bowl.

8. So that evening he came and had a informal talk with a few of us, individu2 hensem yg prihatin dari Adelaide ini. It was at times sleepy, then insightful and at the very end, explosive! He was very very frank in almost all matters, but guarded in a few controversial ones. Hence he shrewdly said the confidentiality clause before he parted.
"Please don't quote me on anything that may cause controversy".

9. So unfortunately I can only tell you here things that are NOT controversial at all. Such as when I asked him straight to his face,
" Datuk. Is Anuar Ibrahim a homosexual?"

10.Well, iIf there is any person on this universe apart from DrM, that knows the real answer, it will be him. He was/is number one reporter in Malaysia, commanding thousands of info-hungry journalist that reported to him any newsworthy facts (or fiction). Plus he was in Anwar's inner circle. He should knew everything. He should've seen something. If Anwar never hit on him, he should've felt hurt? Apa kurangnya daku....

11. Well, Datuk just burst into laughter bila dengar soalan pandai aku. He said,
"Well Azam. Even if you sell this shop and give all that money to me, I will not give you the answer."

12. Then he pointed my mistake, that Anwar was questioned about his "bisexuality", not just homosexuality. Oppss..Maaf datuk! Otak saya otak suci murni mana biasa dengan istilah2 seks ginih.

13. Then he said, " But it is well known to everybody that Anwar surrounds himself with beautiful people".
Aku trus tanya " Beautiful people? Male or female?"
Datuk tengok muka aku macam cikgu bahasa Ingeris yg nak melempang anak murid dia, "Beautiful People! That means male and female"

14. Maka sepantas kilat lah Saudara FakirFikir mencelah.....
"Jadi Datuk, kalau gitu, orang2 hensem cam saudara Azam ni boleh lah join skali kerje ngan Anwar?"
sambil tunjuk kat aku. Cilaker.!!!!

15. Datuk gelak and said
"Boleh! Boleh! But......I think he is too....err... too macho for Anwar" sambil dia mengembangkan dada dia macam org macho.

16. Take that people! Quote this on your paper! Bukan aku yang cakap. But the no 1 journalist in Malaysia cakap! Your Headline ......

"AZAM IS TOO MACHO...."

Machoman, A Kadir Jasin dan blogger pencen yg jeles sebab aku lagi hensem .... FakirFikir

Sekian, mekasey, wassalam.

Kamis, 06 Januari 2011

Kenapa Balak or Suami Awek2 Yang Pakai Spek, Gerenti Tak Hensem.........

Salam,
....sebahagian drp Siri Kenapa?

Adakah anda awek speky?
Sedarlah! Balak ataupun suami anda tidak hensem sebenarnya.

Olololololo......jangan nangis plak. Meh cini abang peluk meh!
Jadi bagaimanakah aku boleh mencapai satu kesimpulan yang sungguh celupar nak cirit ini.
Mari. Akan ku lucahkan pemikiran mu.
_________________________

1. Seperti yang telah di dedahkan pada cleavage buah2 dada akhbar dan blog terkemuka seantaro dunia, aku kan skang ni tengah belajar berenang, ( source satu , dua , tiga), sambil membuat kajian saintifik dan akademik terhadap anatomy manusia di swimming pool.

2. Kesan sampingan yang aku alami sewaktu aku membuat kajian itu ialah mata aku jadi kabur. Banyak sangat nyelam sambil "cuci mata" , maka aku kene apa doktor panggil "chemical conjunctivitis" . Ustad2 pula panggil penyakit ini, "balasan Allah di dunia".

3. Puncanya ialah kesan chlorine pada bijik mata menyebabkan mata aku jadi merah dan bengkak. Tak teruk mana pon. Cikit je. Awek2 aku semua jgn risau yer kat Abang! Tapi pandangan aku menjadi kabur la dalam beberapa jam gak tiap kali lepas swimming. Aiseyman. Baru aku tau apakah perasaan orang apabila rabun.

4. Bila aku keluar je dari pool, aku rasa macam dunia ni penuh kabus. Sampaikan bila aku bawak krete, aku asyik dok clean windscreen je, sebab aku inggatkan banyak sangat debu melepek kat cermin. Bila tengok pandangan aku tak improve pon, aku cuci cermin spek itam aku pulak. Sampaikan aku tanya bini aku lagi, arini berkabus ke ni? Boleh jadi saiko camnih siyal !

5. Tapi susah nak drive, baca signboard jalan, baca jauh2, tengok TV etc semuanya itu aku tak kisah pon sebenarnya. Yang aku kisah hanyalah satu. Bila aku usha awek, semuanya aku nampak cun!!! Tapi apabila aku pegi dekat2 untuk mengayat (bajet!), pergh ...... terus aku menekan brek kecemasan dan konar lipat kembali ke tempat asal.
Nampak cam Wow!
Sekali.......Pehhhh! Kene samak mata aku pakai tujuh baldi air basuhan Bra pasnih!

6. Apsal jadi cengitu ehh? Teori aku, apabila pandangan kita kabur, otak kita akan membantu untuk proses image itu kasi clear skit. So, sebab tu la, kalau orang rabun tak pakai spek pon, diaorang boleh drive gak sebab otak diaorang akan boleh agak2 jarak kereta2 lain atas jalan tuh.

7. Tapi, when it comes to awek, otak kita akan memandai je proses image awek yang kabur itu kepda image awek yang "kita harap-harapkan". Jadi, akhirnya semua awek yang kau tengok dengan pandangan kabur itu , akan kelihatan seolah2 macam gadis idaman anda. Hidung penyek, nampak cam mancung. Kulit berjerawat, nampak cam licin. Flat-chest nampak cam treasure chest.

8. Bende yang sama juga kita alami sewaktu kita tengok awan ataupun bintang, pastu kita dok imagine nampak bende2 yang kita familiar/suka. Untuk aweks2, mungkin dia nampak awan2 yang berbentuk love, cincin kat Kedai Emas Wan Yusuf, bicep Jacob Twilight, zakar Datuk K dan sebagainya. Untuk orang2 lelaki pula, mungkin kami akan nampak pada awan-awanan itu, nama Allah dan Nabi Muhammad S.A.W, ayat kursi, zikir munajat dan lain2 tanda kebesaran Allah di alam semesta ini.
Kes ni same je cam kes Croc ada nama Allah aritu. Hotak hengkau! Korang ni isap ganja ke hidu gam nih. Kuat berangan. Tolong kurangkan melancap ye!

9. Kes ini adalh sungguh chronik sebenarnya. Kerana aku tahu ramai gila orang2 yg sepatutnya pakai spek, tapi buat2 macho or control ayu tak nak pakai spek bila keluar jalan2. Diaorang pakai taim stadi jer. Bajet. Jadi aku pasti, sudah tentunya banyak kes di mana balak "ngorat dan dapat awek" ataupun awek "menerima peng-ngoratan", akan tetapi apabila diaorang tengok kapel diaorang pakai spek next time, .....Ya Rabbi!! Ni orang ke mangkuk jamban?

10. Aku pasti, sekiranya kes ni berlaku kepada balak, kami akan selambe je cerai talak tiga terus awek itu on the spot. Reason. Masih belum bersedia (maksud sebenarnya, Kau Huduh!).

11. Akan tetapi, sekiranya kes ini berlaku kepada awek, jeng ....jeng ....jeng, aku gerenti awek tu takkan mintak clash nyer! In fact, balak muka jamban pecah itu, akan tetap nampak hensem nak arwah di mata awek speky itu. Kenape? Itu adalh subjek next post aku insyaAllah.

12. Jadi sekiranya lepas ni kau jumpa awek2 or bini2 orang yg speky, marilah kita gelakkan mereka beramai2. Diaorang tak sedar pon, balak or laki diaorang tu, tak hensem pon. Padan muka. Muahahahahhaha (gelak syaiton!)

13. Akan tetapi, ini adlah berita baik untuk korang semua balak2 muka pecah seantaro dunia. Ini bermaksud, korang ada chan untuk ngorat awek2 gojes bai! Semuanya timing dan planning bro. Mula2 kau curi spek dia. Pastu apalaga, .."aku terima peng-ngoratanya".

14. Jangan risau kalau kau buruk camne pon. Janji ayat masyuk! Kerana bagi awek2 rabun ini, Armpit pon boleh nampak cam Brad Pitt.


Sekian, mekasey, wassalam.
_________________________

p/s: credit ayat armpit- brad pitt to KJ on his twitter.

"Only from a far"....macam haram jadah. Muahahhahhha

Sabtu, 18 Desember 2010

Kena "Tulah" Kot ? Hahahahhahahaha...

Sekiranya korang datang sini sebab dok carik "video itu", Sori Bro. Dah remove. Baca previous post aku (kelik sini)
______________________________

Salam,

1. Dekat seminggu aku dok pelik, apasal lah tetiba aku nampak tua gila. Apsal kulit aku macam dah season. Rambut aku pulak jadi keras dan kering semacam. Degil nak mampos. Pacak tak leh, parking tepi dia takleh. Rambut aku jadi sebijik macam masa aku isap rokok dulu.

2. Pergh....nasib baik ni taim cuti skolah. Kurang influx awek2 gojes datang kedai sebab semua dah balik malaya or diorg dah tak lepak uni dah. Kalau dak, jatuh indeks komposite aku ke paras terendah pada dekad ini.

3. Jadi aku pon pasrah. Mungkin kini sudah tibalah masanya. Akhirnya, age has catch-up with me. Aku kan 36. Takkan nak nampak hensem selama2nya kan? Mana logik. Mana ada manusia sebegitu. Bukan semua org di lahirkan mempunyai genetik mantap seperti Rozita Che Wan.....hmmm....mantappps!

4. Sampailah hari Selasa 2-3 hari lepas. Aku tengah kerja taim tu. Dah lah aku memang down sebab muka nampak tua, kulit muka aku pulak terasa sakit giler babi ahri tu. Rasa macam muka aku nak pecah! Pergh...ni baru betul org kata "muka pecah".

5. Trasa panas dan perit. Dan bila aku usha kat cermin, merah2. Demmm. So aku cepat2 buat trouble shooting. What the heck has happened? Aku went through apakah yang telah berlaku kat aku for the last 2 weeks.

6. Aku stress ke? Ada contact ngan bende2 yg aku allergik ke? Aku silap makan ke? Aku kene santau ke? Dan tetiba aku terpikir.........mungkinkah? Hmmm....betul gak kan....
____________________
The Culprit

1. The only new thing yg aku buat for the last 2 weeks adalah aku pegi swiming pool. So terlintas di otak lucah tapi genius aku, mungkinkah perubahan kpd kehenseman paras rupa aku ini adalah angkara swimming pool or more specifically chlorine dalm swimming pool tu?

2. Apalaga, aku pon trus google. "Aging and chlorine". Jeng! Jeng! Jeng!....Eureka! Tu dia hengkau! Berribu2 hits dok cite rpasal kebangsatan chlorine.

3. So, basically, chlorine dicampurkan ke dalam air swimming pool sebab ia boleh membunuh kuman. Ia bukanlah the safest chemical, but because it is the cheapest, maka org guna menatang ni.

4. Chlorine adalah an anti-oxidant yg target organic material. So sebab kulit kita ni pon organic material, maka apabila exposed to chlorine maka kulit kita pon kene bantai sama! So bila kita swimming, kulit kita akan jadi rosak, kering dan kurang elasticity, hence nampak tua.

5. Sebab tu lah lepas swimming kita baik mandi/shower. Walaupun secara logiknya masa shower tu kita pakai air berchlorine gak kan, tapi air paip nyer chlorine tu jauh lebih rendah drp concentration kat dalam swimming pool. So bila showering, chlorine drpd swimming pool tu hopefully washed away.

6. Pastu lepas shower tu diorg suruh cepat2 letak MOISTURIZER kat badan dan rambut, so kulit dan rambut kita tak kering.

_______________________
Sekarang baru aku paham

1. PERTAMANYA, baru aku paham di mana kesilapan aku sebenarnya. Aku terlalu rakus nak belajar berenang. Aku pegi swimming pool 2 kali seminggu, Sabtu dan Ahad. Sabtu, swimming lesson, sejam je. Tapi setiap Ahad, akau akan pegi pool 3 kali. Mula2 aku pegi dari 10am-1130pm sorang2. Pastu aku balik ambik anak2 mandi dari 12pm-3pm,. Pastu aku pegi balik sorang2 dari 530-730pm. gile dak? Aku tidak letih sangat pon. Aku kan bernafsu dan berstamina kuda.

2. So, sebab aku malas, aku tak shower lepas setiap sesion. Buat hape? Kan pass tu aku akan pergi balik. Bila balik malam tu pon aku tak shower. Tidur dengan rambut yg keras dan badan bau clorine. Patut la kulit aku jadi tua.

3. KEDUANYA baru aku paham naper awek-awek athlete swimmers semuanya flat-chest or tetek sejemput jer. Chorine lah angkaranya. Chlorine telah mengeringkan dan mengecutkan payudara2 mereka. Cuba kau tengok orang2 yg berenang di laut. Tetek diorg mantap jer sebab di laut takde chlorine. Takcaya tengoklah Baywatch. Hmmmm..... beralun-alun getarannya.

Mak datin! Mana dia?? Aerodynamic sangat nih!

Usaha tangga kejayaan! Yang berat sama di pikul!

4. KETIGANYA, baru aku paham camner balak2 swimmers boleh pakai spender kecik/Speedos. Zakar dan telur dioarng telah kering dan kecut angkara chlorine rupanya2. Jadi peler diaorang tak ler trasa sempit bila di jerut speedos tersebut. Kalau takcaya, cuba usha swimmers nyer peler next time kau tengok acara swimming hokay!

Parking atas nampak brader! Singapore water polo team swimming trunk scandal. Bulan sabit kat zakar! Abis kecoh satu negara (kelik sini)

________________________
Soalan cepumas

1. So, aku pon apalaga. Trus kelam kabut cari moisturizer taim tu gak! Lepas boh dekat 2-3 kilo kat muka dan rambut aku, sedikit demi sedikit kehenseman aku kembali. Fuhhh.... Lega aku. Alhamdullilah.

2. Jadi soalan cepumas sekarang BUKANNYA ......
"Wajarkah aku trus swimming or risk muka nampak tua?"

Ataupun
"Wajarkah aku pergi swimming di laut dan bukannya di swimming pool sebab kat laut awek lagi mantap?"


3. Sebaliknya, soalan yang bermain2 di kepala hotak aku sekarang ini HANYALAH SATU,
"Nak kene boh moisturizer kat Abang Zakaria gak ker?"

Sekian, mekasey, wassalam

References
1. Apakah itu "tulah"?
2. How chlorine affects aging?
3. Does chlorine cause your skin to age faster?

Kamis, 25 November 2010

Delusional with Grandiose Psychosis


Salam,
....sebahagian drpd siri aku hensem

1. Aku tahu aku ni hot! Aku ni bukan setakat ada Alpha Male personality je. Rupa dan badan aku pon macam Alpha male.

2. Pernah sekali 3 tahun lepas masa aku kerja kilang ayam, aku lalu depan a group of akak2 kaki ngumpat yg sedang mengusha pekerja2 laki kat situ. Aku masa tu baru lepas shift angkat ayam gergasi selama dua jam straight. Jadi abis muscle2 tengah kembang taim tuh. Dah lah tuh, baju pulak basah sebab kene air ayam.

3. Ntah camner aku lah yg jalan paling last dalam geng2 aku arituh. Aku nampak lah akak2 ngumpat tu dok mencuci mata usha kawan2 aku yg jalan jauh kat depan tuh. Sekali bila aku lalu depan diaorg, salah seorang daripada diorg tercakap kuat giler
"NOW THATS A REAL MAN!"

4. Terkejut beruk aku, Trus aku toleh kat diorang. Diorang pon dok ter-giggle2 tutup muka, try caber kemaluan besar!

5. Cam sial! Aku terasa macam di telanjangi jer. Terasa tercabul hak asasi kemanusian aku ..... tapi best pon ada gak la!

6. Mana taknya. Kawan2 satu shift ngan aku tu adalah mat2 nigger besar tinggi bapak, Ozzy, Chilean, Filipino Heavyweight boxer, Cambodian dan Melayu. Kiranya, pada hari tu aku telah menang anugerah MrUniverse lah gitu lebih kurang.

7. Pastu kira2 setahun yang lepas, aku tengah shopping barang2 kedai di Thuan Phatt/kedai Vietnam. Masa tu aku pakai baju "gay" ketat aku. (Alah! Badan lelaki bukanya aurat pon). Tengah aku dok depan fridge, nak pilih air apa aku nak beli arituh, aku dengar kuat giler dari belakang aku.....
"WOW !!! .....MIRACLE BODY!!"

8. Hadoi la! Not again! Aku pon toleh ke belakang aku perlahan2, dengan muka penuh kontrol, sambil tersenyum. Amoi Vietnam cun dalam mid 20s wa cakap lu. Tetek dia pergh.... lebih kurang 34C kot. Aku agak2 ni mesti bini orang nih! Bini orang yg errr... tak cukup makan!

9. Selaku muslim sejati, aku pon pelan2 belah dari situ dan pergi section lain. Aku terbang, bukan jalan taim tuh. Aku gelak gila babeng dalam hati aku. Apala nyer amoi. Nak puji pon agak2 la kan. Cakap la "tuff body" ke, "nice body" ke. Ni "miracle body"! Mak datuk aihh! Dah macam berbodi mukjizat lah pulak!

10. Tapi aku perasan awek tu tak pulak stalking aku pastuh. Hmm....mungkin dia termalu kot? So sebagai seorang Alpha, aku pulak stalking dia. Aku tengok dia dok depan fridge tu lagi dan dok baca ingredient satu air nih dari tadi. Apekejadah? Whuteva~!!

11. Then aku terpikir! What if ..... hmmmm. So, bila awek tu chow je dari fridge tu, aku trus pergi ke situ. Pastu aku carik air apa yang amoi tadi dok belek. Kemudian baru aku terperasan .....


12. Kelepek! Kelepek! Kelepek! Aku tepuk dahi aku!
Babi betol! Aku baru nak geybang. Cuba kau bayangkan kalau masa awek tu cakap "Body Miracle", pastu aku jawap "Yes, Tenkiu" ke or "Don't say that!" ke or "Do you want to touch it?" ke or "Your tetek is miraculous to", tak ke haru!. Bapak, berkemaluan besar satu abad lah aku pastuh!


13. Pastuh semalam, aku baru beli weight set daripada Abe Taff aka Pok Keng. Aku beli sebab terpaksa. Aku bukannya suka workout pon. Tapi sejak aku kerja ni, aku perasan bodi aku telah meng-tuff secara tidak sekata. Lengan, biceps, triceps dan deltoid aku okay, tapi pectoralis/tetek aku tidak. Jadi terpaksalah aku workout my "tetek", and that needs equipment.

14. So, bila bini aku nampak je dia trus pot pet.....
Bini: " Haihhhh~! Tak bersyukur lagi ke dengan bodi yang ada skang ni?" ...biasala tu. Ayat jeles! Takut ada awek-awek muda berkenan kat aku la tu. Too late!
Aku: " Alah! Aku nak bagik tetek aku besar je. Engkau pon kalau ada exercise untuk membesarkan tetek kau tu, mesti kau pon buat kan kan kan?"
Bini: "ALLAHUAKBARRR!"
Aku: "Wa Lillah Ilham!"

15. Itu lah namanya "Delusional with Grandiose Psychosis".
Atau dalam bahasa melayu nya........... eksyen, perasan
Or istilah rempitnya ..... POYO.

Sekian, mekasey, wassalam.

Selasa, 23 November 2010

I am ALPHA !!!!


Salam,
..sebahagian drpd siri Aku Hensem

1. Selama ni aku tak tahu kenapa aku ni agak dominant. Aku suka to be in control. Dan orang2 pulak suka bagik aku kontrol diaorg eg ketua tingkatan, dorm, batch, kapten bola etc. Tak pernah org cuba carik pasal ngan aku walaupun aku ni celaka yg selalu carik pasal. Ramai org cuak ngan aku. Budak junior datang sini awal tahun arituh, ada yg cium tangan aku masa first time jumpa! Dan lain2 bende2 kerek yg lain!

2. Sehinggalah aku terjumpa artikel ini. "Become the Alpha Male" dari dumpyourwifenow.com (aku termasuk sebab nama website dia kelakar siol! Betul dak? Bukannya aku nak dump bini aku .....yet!). This short article bukannya bagik kaedah untuk jadi Alpha male pon. Instead dia bagik checklist perangai2 Alpha male. (wikipedia)

3. Bila aku baca jer, tetiba aku ternganga! Pastu aku terus keluar dari bilik aku dan heret bini aku ke depan computer suruh dia baca pulak. Sambil dia baca, dia cakap "Betul.....betul....memang...tepat......betul.....sebijik....". Pastu dia terdiam bila baca part last2 dalm checklist tu!

4. Tetiba baru aku sedar, selama ini aku adalah...... an Alpha Male!
......HUARGHAHAHAHAHHAHAHHAAHAHHAHHAHAHAHAHHA
Bangga siol!


....look at your man...then look at me....then look at your man...back at me!
________________________________
THE ALPHA MALE CHECKLIST

1. Short on time
"The Alpha man has places to go, people to see" "He does not have the time to wait on a woman more than 15 minutes when she’s late"
-Bende aku paling benci adalah menunggu! Aku benci tunggu bas. Aku rasa nak bunuh orang kalau ada org bayar kat cash register pakai credit card.....biasanya perempuan! Aku benci bila bini aku (semua bini2 org sama je), cakap dah nak balik dah dari rumah org, tapi setengah jam after that bila aku dah dok dalam kreta, dia masih dok kat dapur org tu dok tapau makanan.
- Dan aku sangat jarang2 serve kat kedai aku sebab aku tak tahan bila ada customer dok terkedek2 pilih apa nak beli! Cepatlah bongok! Aku takde masa nak layan cekadak engkorang! Aku banyak kerje! Aku rasa nak lompat je kaunter tu dan sumbat sambal belacan masuk lubang idung diaorg. So drp aku emo, baik aku tak yah serve gituh!

2. Self-interested, first and foremost.
"This is not to be confused with selfish, or self-centered. It only means that the Alpha Man’s life and his fun come first. If he doesn’t act to ensure his own satisfaction in life, he’ll die a miserable martyr."
- Bagi aku tiada yg lagi penting dalam dunia ini selain daripada solat melainkan MAIN bola. Aku tak tengok bola. Seriously. Sapa main utk Chelsea or Man U pon boleh mampos. I am a player. I enjoy playing football as I enjoy sex!
- So kalau ada org buat jemputan makan, program, usrah, picnic, etc time aku nak main bola, itu semua boleh pegi mampos!

3. Creates his own reality
"An Alpha Man realizes that he cannot be dependent on anyone to make his life fun, so he must do it himself. He creates a “bubble” of happiness, fun, and good spirits around himself, so that when he encounters a new person he’s confident that he will be interesting just by the aura of power he exudes."
-Enough said!

4. Uses his wits first, then his brawn
"A true Alpha knows that today’s man doesn’t have to fight and hunt for his survival the way our ancestors once did. We now ........ does not need to physically overpower his enemies. He knows that using his smarts and his instincts are most important"
- Before carik pasal, aku akan calculate the risk dan be sure yg aku boleh menang. So the other side will mengalah or kalah.
-So far, kalau aku bergaduh, tak pernah lagi escalate kepada bertumbuk. Org tak carik pasal ngan aku yet. Maybe one day it will happen.
-Kekadang, aku ayat jer diaorang. Last2 tak jadi gaduh pon.

5. Does not need other’s approval
"What other people think .... is secondary. He does not need anyone else to give a stamp of approval for the way he chooses to live his life."
- My favourite saying. "I don't give a shit!"
- Aku ni degil!

6. Is gentle and empathic
"And he knows when to rein in his emotions to serve the greater good. He knows that you don’t have to be a hard-a*s all the time, and those men that throw their weight around are usually the least confident. (There’s a saying – The empty barrel makes the most noise.)"
- Aku memang gentle kepada awek2 hot. Hanya kpd bini aku sahaja aku agak rakus.

7. Is definite about what he wants
"The Alpha knows what he wants from life, and he is actively pursuing it. He sets specific goals and plans for their achievement. He knows how to make decisions quickly."
- Aku nak bayar semua hutang2 aku cepat2. Aku nak bukak satu lagi SB. Then rock-on!
- Kalau fail jugak dan semua famili aku gone, aku nak pergi Palestine dan mati syahid.

8. Understands the role of risk in life:
"He is aware that the unhappiest life is the one that ends in regret – of the things not done. “The dreams of youth are the regrets of maturity.” He knows that life is a great adventure – or nothing"
- Kalau kau tak buat, kau takkan tahu the outcome kan? So redah je lah! Bak kata mak aku, "Pergi terus ke depan, jangan toleh2 belakang dah!"

9. Does not bet more than he can afford to lose
- Be brave , but be safe.

10. Forgives himself for his failures
- If only korang tahu berapa banyak failures aku dlm dunia ni, boleh pengsan kot. But life goes on kan?

11. Grows every day
"...the only way to stay at the head of the evolutionary pack is to learn and grow to his limits. .... He reads books and literature every single day."
- Never stop learning bros. Baca something tiap2 ari. Newspaper ke, wikipedia ke, magazines, etc. Always bertanya. Always berfikir. Always critical.

12. Knows that Women are a Secondary Goal, never a Primary Goal:
"Women and sex are an important part of the evolutionary drive, but they are not a focus for the Alpha Man’s life. Women will be the side benefit of a life that is fully lived, and confidently navigated."

- Ini adalh sangat2 penting. Ramai korang budak2 salah konsep. Dok pikir everything is for awek. Pegi gym, beli baju, beli perfume, main gitar, tulis blog, EVERYTHING is for aweks. Fuck them fellas!
-Belief me guys. Kau setel study pastu kerja, awek2 akan datang kemudian. The older you get, the easier kau boleh dapat awek/bini. Tak kira kau hensem ke, gemuk ke, botak ke.
- Awek/Bini hanyalah side-effect je bros. Tok sah kalut2. Peler kita boleh pakai sampai ke kubur. Kita lambat tua. Kita tak de menopause!

13. Has a well-developed sense of humor:
"The Alpha Man knows that nothing in life is that serious, and he knows how to laugh at himself, as well as the rest of the world. He makes others laugh and feel good about themselves."

- Err....tumpang tanya. Korang pernah baca blog aku dak?

14. Is mature and confident enough to put his ego aside
"The Alpha knows that his ego is just a figment of his imagination. When he makes it a priority to protect his “image,” he will inevitably fall prey to the disillusioning affect of pride. "

- Muahahhahahah. Untuk sesapa yg lampi, this whole blog is just my alter-ego. My inflated-self. My virtual-poyo dimension. The universe where akulah yg terhebat! Dan aku ulang2 my mantra of hensem-nest, my bola skills, my sexual prowess, my genius critical mind etc.


- Dan if you repeat bullshits enough times, eventually people will take that as facts Eg: 1Malaysia, Islam Hadhari, Anwar Ibrahim, Autsralian values, American democracy, moderate Islam, etc. All bullshits!

- But you all bought that right? Sebagaimana korang bought the bullshit about kehenseman aku. Bila tengok aku je, korang tertelan air liur dan dok tahan nafas, sebab menahan nafsu serakah drpd terkam aku dan cemolot kat situ gak.

-Aku tahu. Aku sedar. Aku kan Alpha.....

Salam, mekasey, wassalam.


...I don't know, You tell me!


..papapa......papa.........pawerrrr!!

Minggu, 17 Oktober 2010

SWINGING BOWL THE SERIES; "SIRI AKU HENSEM"

Salam,
_________________________________

INTRODUCTION KEPADA SWINGING BOWL THE SERIES

1. Aku awsome. Blog aku pon awsome.

2. So untuk senang buat rujukan biler Hollywood kontek aku bila diaorg nak buat filem pasal blog aku yg awsome ini, maka aku akan himpun tulisan2 aku mengikut tema2 yg berkaitan.

3. Jadi taim tuh, aku dah tak pechah2 kepala dah. Boleh lah aku konsentrate 100% dlm casting awek2 US, cun, blonde dan tetek besar sebagai heroin citer aku. Sudah tentu akulah heronya! Awsome!

4. Off course dalam citer aku, WAJIB ader NUDITY! Brapa banyak perkataan "Zakar", "Tetek" dan "Romen" ader dalam blog aku pon aku tak terkira !!!

5. So, this is the first of my series. Just kelik on the blue title to get to the entry. Kata citer blue!

6. As aku tambah entries, aku akan apdet this POST dan tambah link baru di BAWAH sekali di dalm senarai ini.. Aku akan letak permanent link kat seblah tepi kanan tuh.

7. Akan ader entries yg akan overlap masuk 2-3 series.

8. Interesting to note, bahawa penulisan aku semakin hari semakin kencang. Entries yg awal2 tu agak longgar flow dia. Tapi yang baru2 lebih mantap dan jitu hujjahnya.

9. Sebab tu bagi aku, menulis blog ini adalah umpama beromen. Lagi lama or season, lagi mantap dan jitu permainannya.

10. Selamat membaca.

____________________________________
INTRO KEPADA "SIRI AKU HENSEM"

1. Coke merupakan satu product yg sangat awsome. Tapi tanpa iklan yg gempak, Coke mungkin takkan se-famous skang.

2. Aku pula adalah sangat hansem. Engkorang juga setuju yang aku ni sangat hensem.

3. Akan tetapi berapa banyakah manusia2 secara am-nya, dan awek2 secara khususnya dan awek2 hot/blonde/tetek besar untuk kasi lagi spesifik, .... yang belum "mengetahui" tentang ke-hensem-man aku.

4. Adakah aku sangup mereka itu terus hidup di dalm kejahilan? Kesian mereka. Betapa hambarnya hidup mereka. Di manakah hak asasi kemanusian mereka?

5. Jadi blog ini tertinta, hanyalah dengan satu tujuan. SEGALA2 yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk meng-educate anda semua tentang kehenseman aku dari pelbagai aspek. Ini adalh iklan untuk aku!

6. Dari rupa paras ku yang tampan, keperibadian ku yang macho hinggalah kepada intelektual ku yg mantap.
Tuan Doktor

7. Tapi untuk memudahkan engkorang, aku akan hanya list-kan blog2 entries yang menyentuh tentang kehenseman aku secara DIRECT sahaja.

8. Jadi, belajarlah dengan tekun.




______________________________________
SIRI AKU HENSEM
In chronological order, from top to bottom

1: Tiga Dalil Mengapa Aku Semestinya Hensem (Entry yg Legend Giler!!)
2: Orang Hensem Masuk TV Jgn Jeles
3: Lelaki Terkacak Di Dunia
4: My Life as a part-time pornstar
5: Aku Bukan Boroi. Itu Six Pack Aku ler
7: Bila Bulu2Mu Sudah Beruban (EPIC!!)
8: Mengapa Aku Tak Nak Jadi Artis
9: Wai Mai Kar is "Small, Messy and Dirty" ??? (power)
10: Wajarkah Aku Mengsidekick Tetek Makcik2 Apabila Diaorang Mengorat Aku? (Poyo siyal!)
11: Bukannya Aku Tidak Ingin Untuk Senyum Kembali Kepadamu Sayang..........
12: Tolonglah Jangan Jatuh Cinta Padaku (Macam Haram!Historical)
13: Besar Sangatkah Zakarku?
14: Tiga Gadis Tapi Aku Masih Belum Puas
15: Aku Dah Letih Mempoyo
16: Semakin Hari Semakin Muda
17: Salah Siapa?
18: Sapa lah Yang Cilok Spender2 Aku
19: The Janggut Experiment
20: Kenape Semua Org Lari Bila Aku nak Cium Pipi Diorang (Fuss)
21: Malaysian Missing In Adelaide
22: Kenapa Orang Kata Aku ni Macam Giovanni Van Bronckhorst (Muahhahaha!)
23: Apsal Aku ni Gatal Sangat
24: Pujangga Mengatakan...(Sastera tertinggi!)
25: Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah (Epic Giler!)
26: Love Me Tender...
27: I Am ALPHAA !!!!
28: Delusional With Grandiose Psychosis


Sekian, mekasey, wassalam

Kamis, 30 September 2010

Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah...

Salam,

1. Aritu ada sorang budak tu bersemangat tanya aku.
"Bro! Apa rahsia kau bole menten "gini"?"

2. Aku mula2 nak goreng la apa2. Pakai susuk ke, bela hantu raya ke, botox, jamu, urutan batin bla2. Tapi sebab dia macam semangat giler, aku jadi kesian. Aku pikir jap seminit je, aku dah tau naper aku "gini".

3. Rahsia aku ada DUA je. Pertama Genetik. Kedua Environment. Dan kedua2nya ini adalh ketentuan takdir Allah ke atas aku. Aku tak mintak. Aku tak berusaha. Tetiba Allah bagi gedebuk aku jadi "gini".

4. So nat wat camner? Korang cubalah camner pon. Korang TAKAN boleh jadi macam aku "gini". Korang TAKAN boleh menten hensem, macho, taff, superstar bola, chick magnet, membangkitkan kek dan selera wanita seperti aku walaupun aku dah baya pakcik2 engkorang.

5. I am a freak of nature. Mcam Angelina Jolie, Jared Leto etc. Kadang2 aku pon jadi malu. Sebab dah berjuta kali orang tegur aku sebab diorang masih kenal aku yg tak berubah sangat ni, tapi aku tak ingat pon sape makhluk Allah tu sebab diaorg dah tua, botak, boroi, beruban, montel dan bertetek labuh.
_____________________________________
Gambar by AliphAnwar TempePhoto Inc.

6. Mari kita cerita tentang ENVIRONMENT aku dulu.

7. Aku memang "naturally tough"! Kat bodi aku, hanya satu je muscle yang aku kene workout sikit. Zakar. Eh silap....6 pek aku. Itu pon aku buat 50 sit-up after mainbola lebih kurang 3 kali seminggu. Lain2 muscle aku datangnya secara "natural" dari kerja dan sukan aku. Aku tak pernah work-out ke pegi gym gitu. Too gay!

8. Kecik2 dulu aku naik beskal ari2 ke sekolah. Ari2 main bola. Pastu tiap minggu aku gi TaeKwonDo. Every weekend aku kene tolong bapak aku berkebun. Angkat baja, mengcangkul, tanam pokok, siram pokok etc. Dari sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah.

9. Mula2 aku maki2 gak dlm hati. Letih la. Patah tulang aku. Child abuse lah etc. Sekali bila aku akil baligh, aku baru perasan bila usha cermin. Fuck me! Aku jadi taff sial! Pastu no more komplen bila kene berkebun! Lagi rajin ada la!

10. So bla bla bla, aku menten main bola sampai skang. Pastu aku keje kat Adeled ni plak kerja2 fizikal. Cleaner la, angkat photostat machine la, kilang ayam la etc dan sekarang ni kat Swinging Bowl.

11. So tak heran la aku bole menten 6 pek sejak azali sampai skang. Cuma kebesaran 6 pek tu turun naik lah kan mengikut peredaran zaman. Macam zakar la. Ada kalanya besar. Ada kalanya sangat besar. Gitulah lebih kurang.
_________________________________

12. GENETIK pulak.

13. Although mak pak korang bagik 23 chromosomes sorang masa meiosis tuh, tapi gabungan choromosomes tu berlainan untuk setiap anak (kecuali identical twin). So itu pasal adik beradik boleh nampak lain. Ada yang lebih cun. Ada yang lebih slim. Ada yang lebih pandai. Ada yg berkopek besar. Ini semua anugerah Allah. Redha sajalah.

14. Tapi sebab mak pak aku dua2nya bergenetik awsome, kitaorang 5 orang adik beradik semuanya lebih kurang je pesen nya. Cuma ada yg lebih gergasi drp yg lain je. Damn U!

15. Tapi genetik ini bukan macam environment. Kita tak boleh ubah. Contonynya. Kalau kau bermetabolism rendah, makan biskut marie sekeping pon boleh naik sepuluh kilo. Tapi, kau tak boleh nak re-set metabolism kau tu dah. Kau hanya boleh ubah environment kau je. So jgnlah makan biskut marie banayk2 kalau kau tau kau boleh jadi debab!

16. So dalam kes aku skang ni, aku memanglah bergenetik awesome dari segi metabolism, muscle, kegeniusan, kehenseman, awet muda etc. Tapi genetik aku sebelah mak aku ada masalah sikit.

17. Geng2 sebelah mak aku mmg la kerja cepat, organize, taff , sehat dan umur panjang sampai 90han gitu kot. Akan tetapi the last 20 years of their life, hidup diorang blur. Diorang nyanyok! Dementia istilah mediknya

18. Aku sempat jumpa kedua2 moyang laki dan pompuan aku sebab umur diorang panjang. So aku dah tengok the deterioration into the darkness tu. Moyang aku dulu fit. Pergi masjid naik beskal. Kerja organize dan cepat. Sembahyang pon kilat. Kejap je abis. Kalau jadi makmum siap boleh berpeluh aku nak hambat!

19. Cakap cepat. Dzikir plak mcam ribut. Kalau "Allahuakbar" tu, kau sempat tangkap dia sebut " bar, bar bar, bar" je. Kalau "Lailahaillallah", kau dengar " loh loh loh loh loh loh". Kalu Subhanallah pon kau dengar sama je " loh loh loh loh loh loh". Kitaorag adik beradik dulu dok duat lawak gaban je pasal dzikir moyang aku tu.

20. Tapi bila sekarang ni aku pon dah perasan aku dah macam moyang aku. Aku cakap cepat. Aku semayang pon cam kilat. Bulan posa aitu aku selalu sampai masjid lambat utk berterawih sebab aku kene keje. So biasanya aku akan sampai kat Adelaide mosque ngam2 pada solat terawih terakhir .

21. So bila aku abis semayang isyak je, org lain baru nak solat witir. So aku pulun lah semayang terawih sebanyak 8 rakaat dan witir 3 rakaat sengsorang. Dan aku abis sama je taim ngan org lain!! So org lain berwitir 3 rakaat. Aku boleh semayang 11 rakaat during that time! BUT. Korang kene tau. Imam tu baca slow giler. Pastuh dia nyer doa masa witir tu, perghh...mengoncang patela! Aku baca cam biasa je taim semayang tu. Cuma tak baca surah lah kan. Gerak geri pon cam biasa. Ada tomakninah!

Pemandangan biasa di Swinging Bowl. Seorang hensem di depan fridge.
Masa kat depan dapur tadi aku ingat aku nak apa. Tapi 3 saat pastuh bila aku nak ambik barang kat dalam fridge, aku dah lupa dah ape yg aku nak ambik tadi!!


22. Anyway. Aku now, at the age of 36, dah banyak dah sign2 yg aku dah mula nyanyok! Aku tak boleh ingat nombor or date walaupun kau baru je sebut kat aku 1 saat yg lepas! Sebab tu aku selalu lupa berapa JUMLAH bini aku!

23. Ni lah juga antara titik nokhtah usaha aku untuk buat medik sebenarnya. Aku sedar aku tak boleh memorize anymore. Paling effek, bila patient bagik history, aku tak boleh re-call sepenuhnya. Banyak miss. Aku tau ni bahaya gila! Aku tau aku tak boleh jadi doktor.

24. No plate keta aku pon aku tak ingat! Pin no aku semuanya sama. Login dan password pon! But, walaupun aku tak ingat facts, tapi aku ingat the process to get the facts back! Macam aku tak ingat nama jalan, tapi aku ingat the process/the path to get there.

25. So, based on my early onset of dementia, aku project aku ada lagi lebih kurang 20 tahun je sebelum memori aku deleted completely! Crashed! Formatted! And there's nothing that I can do to stop it!
ARGHHH!! Bosan lah aku nak ingat pekebende yg aku nak ambik tadi. Baik aku buat sit-up sambil berdiri. Hiyah! SATU..Hiyah! DUA..Hiyahh! TIGA..Hiyahhh! Err..brapa tadi..DOBLAS..Hiyahhhh PATPULOH...

26. So kepada awek2 yg berminat, di jemput kawin ngan aku lagi 20 tahun. Kau boleh mintak duit ngan aku tiap seminit, sebab aku dah lupa aku dah bagik kat kau ke belum. Tapi WARNING!! Aku akan mintak beromen ngan ngkau setiap seminit jugak sebab aku dah lupa walaupun kita baru je lepas beromen buat kali ke 27 dlm masa sehari tadi.

27. So sekiranya kita panjang umur. Engkorang datang balik untuk antar anak2 engkorang datang study di Adelaide lagi 20 tahun, engkorang jgn lah kecik hati kalau bila kau jumpa aku, aku dah lupa dah sapa ngkau tu.

28. Dan sekiranya taim tu, kau terjumpa aku dok berlegar2 kehulu-kehilir Rundle Mall dengan tidak berbaju menayangkan pectoralis major yg kukuh, 6 pek yg terukir indah, muka yg menten hensem, rambut yg putih tapi masih "pacak" sambil mulut aku terkumat kamit menyebut
"....Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah..."
, kau janganlah buat2 tak kenal.
Buat2 tak paham.

29. Aku tengah lupa camer nak balik ke kedai sebenarnya. Lorong celah mana satu lah aku nak masuk.

Pimpinlah aku di masa itu ke kedai balik boleh dak....?


30. Dan siapakah Milah?
Tidak.
Kau takkan jumpa Milah di kedai aku di waktu itu.
Kau juga takan jumpa Milah di rumah aku di waktu itu.
Kau juga takan jumpa Milah di dalm bilik air sedang bermandi junub setelah beromen buat kali ke 28 pada hari tu.
Kerana Milah tu bukan orang.
Milah itu hanyalah sebutan dzikir aku.
Sebagaimana sebutan dzikir arwah moyang aku.

Alhamdullilah... Alhamdullilah.. Alhamdullilah... Alhamdullilah.. Alhamdullilah... Alhamdullilah.

Itulah Millah.

Al-fatihah utk arwah moyang, atuk, nenek kita semua.

Sekian, mekasih, wassalam.

Minggu, 11 Juli 2010

Kenapa Orang Kata Aku Ni Macam Giovanni Van Bronckhorst

Salam,

1. Sejak World Cup ni dok main, dah brapa org dah kata Giovanni Van Bronckhorst tu macam aku. Aku tak pelik pon. Aku dah lama dengar dah. Dalam 3-4 tahun yg lepas, kapten bola team Adeled yg main "sebijik" macam Gerard (which means loser) dah lama dah cakap kat aku.

2. Maka di sini aku mengaku, bahawa aku dan Giovanni Van Bronckhorst ni sebenarnya adik beradik. Nama sebenar aku ialah .....

Giomangkuki Van Tarago.


3. Apsal muka kami cam Asian gitu? Sebab kami adalh Mat Indon sebenarnya. Bapak kami ialah org Dutch yg beromen ngan org Indon. Mak kami ialah org Maluku. Jadi kami ni kira macam Pan-Asian gitu. Macam Serani. Sebab tu kami ni hensem.

4. Walaupun Mat2 Malaya suka panggil kami Indon, tapi istilah sebenar utk org2 yg mixed Dutch-Indonesia ni ialah "Indo". Hurup "N" tu takde. Antara org2 Indo yg glamer ialah Eddie Van Halen dan Robbie Van Persie (wikipedia)

5. Aku, Van Tarago dan Van Bronckhorst juga adalh daripada keturunan Nabi. Kami keturunan Nabi Adam a.s.

6. Aku 36 y.o adalh abang kpd Van Brockhorst, 35. Sebab tu aku lagi hebat, lagi hensem dan lagi stailo drpd Van Bronckhorst.
7. Sejak dari zaman sperm lagi, aku dah belasah Van Bronckhorst tuh. Ayam je budak tu. Pantang ada bola depan mata je, mmg aku dapat dulu nyer.

8. Bila Van Bronckhorst berjaya menyarung jersi Barcelona utk main bola utk mereka, aku tak heran pon. Aku, Van Tarago pon berjaya manyarung jersi Barcelona utk memain bola.

9. Van Bronckhorst ialah Kapten Holland skang ni. Aku ni, dah jadi Kapten lama gila dah. Dah pencen meng-kapten dah pon. Bila exactly aku pencen, pon aku dah lupa. Punya lah lama!
10. Dan kitaorg tak kisah pon bila main lawan orang2 muda. Bukannya kami nak kerek, tapi takdehal nyer lah. Walaupun kekadang lawan aku tu 19 tahun, kurus, tinggi, bajet power dan bakal kapten tahun depan. 17 thun beza tu bro. 11. Lepas final World Cup malam ni, Giovanni Van Bronckhorst akan gantung boot. Dia akan bersara drpd main bola. Dia dah letih main ngan orang2 muda. Dah tak larat. Takde kudrat. Nafsu nak main dah ilang. Good Bye Little Bro. U R a Legend.

12. Tapi Aku, Giomangkuki Van Tarago masih perkasa. Masih bertenaga. Masih Hensem. Kudratnya, kudrat kerbau jantan on anabolic steroid. Masih mampu main bola ngan orang2 muda. Dan masih bernafsu maen ngan orang2 muda.
Don't say good bye to me.
I "was" not a legend.
I am a legend.
I am legending.....tengah meng-legend la aku nak kata ni !!!
________________________________________

Final World Cup 2010.

1. Semua org yg berfikiran waras dan arif ttg bola akan kata Spain adalh favorite. Holland takde chan. Spain jauh lagi layak utk bergelar World Champion, based on their "on paper" capabilities dan juga their current form. Diorang pon Champ Europe skang ni.

2. Paul pon kata Holland akan kene tibai malam ni. Pergh! Cuak abis satu Belanda. Dah lah semalam sotong tu telah sekali lagi berjaya predict betul utk match German vs Uruguay. Dia predict German menang!

3. Tapi engkorang kene ingat. Paul adalh sotong German. Sebelum2 ni dia HANYA predict game antara German ngan team2 lain. Dia TAK PERNAH predict game yg TAK MELIBATKAN team German. So, aku tau Paul mesti kecut telur gak tengok game malam ni. Sebab sebenarnya dia pon tak tau sapa akan menang. Dia main belasah je tu!

4. Tak caya tgk apa dah jadi bila dia predict game Kelantan Selangor malam semalam!
Siallah paul. Kau kata Kelantan menang. Tengok2 SERI jer! CIs!

5. Sotong pon boleh kecut telur ke? Adakah sotong mempunyai telur? Di manakah telur dan zakar sotong? Sila search wikipedia sendiri.

6. So, maka dengan ini, sayugia aku mengmaklumkan. Memandangkan aku ni tidak berfikiran waras dan tidak arif ttg bola, aku akan menyokong Holland pada malam ni!

7. Bosan la sokong Spain. Spain akan control ball gila2. Posession mesti 60% keatas. Bola akan melekat rapat kat kaki pemain2 Spain sebagaimana rapatnya kondom dgn kulit zakar yg tegang. So Holland kene keep cool dan fokus.
8. Tapi engkorang kene ingat. Zakar tidak akan tegang buat selama2nya. Dia akan kendur dari semasa ke semasa. Di ketika itulah Holland patut merampas kondom .... eh silap, merampas bola dan counter attack.

9. 2 gol je sudeh. Sebab Spain tak reti score gol. Diorg menang 4 drpd 6 games diaorg dgn score "1-0" je!

10. Kamon Oranje. Beat the Banana.
Sekian. Mekasey. Wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger