1. Last week budak2 hoki Msia turun adeled lawan ozzy kat cinni. Aku pon gi la tenggok the first game di stadium, bersama2 ngan anak aku dan lebih kurang setengah drp penduduk melayu adeled kot. Best giler dan sungguh berbaloi aku pegi sebab banyak giler gol. 8-1 malaysia kene tibai.
Kekalahan tidak menjadi alasan untuk TIDAK celebrate. Tapi aku sorang jer yg ikhlas celebrate sebab happy ozzy menag sebab aku kan org ozzy. Di mana bumi di pijak, di situ bumi di berak.
2. Sekend game, aku tak pegi. Walaupun aku dah bajet mesti kalahnyer, aku dah pasang niat nak pegi gak. Sekali ade jemputan makan plak. Siol!! Malaysia menang plak 1-0. First time menang lawan ozzy sejak dari zaman peralihan drp video cassette kpd VCD.Sebenarnya score malam tu adalh 100-1, ozzy menang. Tapi cube korang perati elok2 score board tu. Hanya 2 digit je yg boleh di paparkan.
3. Abis game kat adeled, budak2 hoki tu pegi la plak ke camberri untuk tornamen 4 penjuru. First game jumpa balik Ozzy. Apalaga. Team Ozzy tapau baekk punya first half dah 9-1, full game 13-3 lepas team ozzy suruh budak2 milo tu main untuk depa masa sekend half.4. Next day lawan Ozzy A. Ni kira sekend team, in case kapal terobang yg bawak player team ozzy jatuh gaung, ade gak bekap team yg terdiri drpd org2 yg kurang power la skit. Msia kene sekeh 2-0. Aiyaa...Next game lawan canada yg baru lepas seri ngan ozzy 4-0 je.
5. Jadi org2 bijak pandai di adeled ni ramai sungguh (yg di wakili oleh ayie yg bukan ayie yg lelaki tu. Ni ayie yg tak gi usrah tu la) yang mengenali kehebatan minda aku dan melutut merayu sambil menyanyi lagu P Ramlee."toloong kamii....bantuuu kamiii...anakk anakk. yatimm piatuu" untuk memujuk aku supaya memberikan kata dua tentang punca2 kekalahan demi kekalahan team hoki malaysia ini.
6. Bagi aku, punca2 kekalahan team hoki malaysia kacang je. Kau nak berapa punca? 2? 3? Nah aku bagik tujuh!
Pertama: Team hoki malaysia kalah kerana itu adalah suratan takdir. Camner nak lwan ape yg telah di tulis di luh mahfuz. Kalau dah di tulis kalah, main la hebat cam gaban atau macam sholin "hockey" pon, komprim takkan menang nyer. Tapi kalau dah di tulis menang, jadi tak kalah lah kan
Kedua: Team hoki malaysia kalah je kerana mereka tidak menang. Sekiranya mereka menang, sudah tentulah mereka tidak di katakn team yg kalah.
Ketiga: Team hoki malaysia kalah je kerana mereka gagal untuk seri. Kalaulah mereka seri sudah tentu mereka tidak kalah kan.
Keempat: Team hoki malaysia kalah je kerana team lawan score lagi banyak dari depa. Kalu la team malaysia dapat score lagi banyak dari pihak lawan, besar sungguh kebarangkalian matematiknya untuk team malaysia menang.
Kelima: Team hoki malaysia kalah je kerana team malaysia asyik bolos lebih drp pihak lawan. Aku rasa2 (tak sure 100% ni), kalaulah pihak lawan bolos lebih drpd kita, mesti kita yg menang kan? Kalau la sama2 tak bolos atau sama2 bolos bilangan gol yg sama, paling cikai seri kan? Jadi tak kalah lah kan gitu.
Keenam: Team hoki malaysia kalah je kerana silap pada namanya. Ape kata lepas ni kita panggil team ozzy tu team malaysia dan team malaysia jadi team ozzy. Aku hampir boleh gerenti bila next time lawan , "team malaysia" tu akan tapau nasi lemak baeek punya "team ozzy".
Ketujuh: Team hoki malaysia kalah je kerana team org2 lain tu lagi terrer.
Alasan bonus, iaitu yg
Kelapan: Team hoki malaysia asyik kalah je kerana team kita tak terrer.
7. Semoga pihak berkuasa dalm bidang hoki, HAM kot, (Hoki Assholeciation of Malaysia....nama macam tak halal jer. Patut la kalah!) dapat mengambil iktibar.
8. Dan korang jgn lupa. Atlit2 malaysia yg lomah longlai ni adalh yg terbaik drpd kalangan kita. Kutuk mengutuk atlit kita ni sebenarnya ialah mengutuk diri sendiri.
- Kalau bila mereka main game asyik kene belasah je, kalau kita plak yg main, dah komprim kene sodom dengn pihak lawan dan sekor akan balik nangis kat mak punya.
- Kita kata atlit malaysia malas paractise. Aku nak tanye skit. Bila last skali korang pergi bersukan?
- Kita kata atlit malaysia badan kecik, kalah physical kontak. Cuba kau gi ukur mak pak korang, agak2 ade besar the rock ke? Dah genetik kecik, nak buat camner. Satu lagi nak besar kene makan banyak kan. Nak makan banyak, duit pon kene banayak. Sapa nak bagi duit banyak2?
- Kita kata team malaysia main denagan negative mindset, cuak2 dan gabra2. Dah korang, pihak meda dan pihak seltan eh silap sultan dok kasi pressure maut punya. Korang pon akan kecut telur kalau korang mempunyai telur dan di pressure sebegitu.
- Kita kata alit2 malaysia terover bayar gaji dan bonus sampai mereka jadi mengada dan manja. Tapi takkan tak nak bayar depa ataupun bayar ciput jer. Kalau gitu baik depa balik kampung noreh je. Tak pon berhijrah ke australia dan membuka kedai makan di adeled sambil menjadi part-time model.
- Kita kata mereka ni takde jati diri dan semangat cintakan negara. Kita tu sebenarnye tak cintakan negara kita hinggakan sanggup bayar tiket ratus2 untuk menyokong ManU/chelsea/arsenal masa lawan Malaysia. Ni bagi aku seperti sokong british untuk tembak tok janggut. Patut sekor2 kena tangkap masuk ISA ataupon di lucutkan kewarganegaraan dan di humban dgn selambe rocknya di sempadan siam, indon atau mexico.
9. Jadi kpd skuad hoki atau mane2 skuad negara, keep on trying bro. Sabar je la.
Sekian, mekasih, wassalam.
Comments :
0 komentar to “hoki......”
Posting Komentar