Kamis, 11 Maret 2010

Bukannya Aku Tidak Ingin Untuk Senyum Kembali Kepadamu Sayang..........

Salam,

1. Last sabtu, masa aku main game bola frenly lawan Team Polonia Croydon Kings (bunyi gempak,tapi sebenarnya ayam je), salah sorang dari bangsat tuh telah dgn selambe-rocknya me-landing siku dia kat muka aku.
Tidakkah org2 Poland ni sedar bahawa muka ku ini mempunyai nilai aesthetic dan nilai komersial yg amat tinggi.

2. Tak pepasal gigi aku chip skit dan bibir aku luka seblah dalam. Tapi sebenarnya, kes kene siku kat muka taim game ni biaselah. Aku tau ramai player2 yg jeles kat aku sebab dahlah skill bola aku ala2 Messi, ensem plak tuh dari Christiano!

3. So cam biasa, aku telan je darah yg kuar dari luka tuh dan bile byk sangat, aku ludah je lah. Aku maleh kalau reff nampak, dah sah aku kene kuar jap. Manelah tau kot2 dalam darah aku ada penyakit Hepatitis B ke, HIV ke, PMS ke, Senggugut ke. Kang bejangkit kat player lain plak kang tak ke naya!

4. Mula2 aku ingat luka kat dalam bibir aku tuh 1-2 ari setel dah lah. Sekali, makin lama makin sakit.....or lagi tepat, lagi pedih. Sekarang dah masuk ari ke 6 dah nih!
Bila aku belek2, depan cermin, Yes, muka aku masih ensem. Level kekacakan masih optimum. Tapi bila aku belek bawah bibir mulus ku, ........tuu dia.

Choop...choop! Nape aku nampak ulcer aku nih macam bentuk .... !! Luka pon luka ensem! Gilo !!

5. Aku dah kene Oral Ulcer. Tidak!.Oral Ulcer TIDAK ada kene mengene ngan Oral Sex FYI.

6. Oral Ulcer ataupun Mouth Ulcer ni terjadi bila lapisan mucus membrane (kulit) dalam mulut terkopek keluar. Jadi abis nampak isi dalam. Biasanya it heals by itself lepas 1-2 ari. But becoz dlm mulut ada segala mak nenek bacteria cam staph, strep, lacto, corynebacterium dan sahabat2 anaerobic mereka, maka the ulcer could be infected. So lama la baru it heals. Inilah yg terjadi kat aku.

7. Tapi aku saspek, Oral Ulcer aku ni bukan di sebabkan oleh infection. Ni mungkin aku dah kene santau angin dari The Legend of Ringgo aku rasa nih!
Mengapa agaknya, aku enggak tau Dong!
Muahahhahahhaha...


8. Anyway. Sekarang ni aku pakai ubat pekebende nih, calit selapis kat atas ulcer tuh. Tapi lu cakap senang la! Aku nak bubuh tuh, mak oii aii! Kuar gak air mata buaya aku kekadang tuh!

9. Ulcer tu cinonet jer. Tapi pedihnya.....perghh! Sebab lokasi dia agak strategic iaitu berada di tengah2 bibir atas, so ape2 action yg mengcontract muscle keliling mulut, rasa cam kene cocok2 ngan besi panas wa cakap lu. Kalau aku makan bende2 spicy pon pedih gak. Aku nak rasa kuah kari/kurma aku cukup garam ke tidak pon macam nak bersabung nyawa! (.....ni dah over exagerate nama nyer)

10. Baru sekarang aku sedar betapa besarnya nikmat Allah just untuk bukak mulut je. Sebab bibir aku rasa macam nak roboh bila aku mengunyah, bercakap, minum pakai straw, nyanyi lagu Faizal Tahir kuat2, gelak dan senyum. Rasa cam kene tumbuk siol.

11. Paling aku tensen, nak korek idung pon tak stim! Cuba kau korek idung ngan mulut tertutup vs mulut terbukak? Mana lagi kaw? Baru kau tau seksaan batin aku sekarang nih!

12. So kepada mangkuk2 di Adeled nih, tolonglah jgn buat lawak gaban depan aku. Sakit mulut aku ni woi!

13. Dan kepada gadis2 jelita yg seringkali dan saban hari melontar senyuman-senyuman manis padaku pada minggu ni, tolonglah jgn ambik hati kalau aku tidak senyum kembali padamu.
Bukannya aku bolayan.
Bukannya aku nak control macho.
Sebaliknya aku ............keuzuran!

Teruskanlah lontaran bait-bait senyuman mu itu kepadaku......
kerana ketahuilah......
Aku kan senyum kembali kepadamu
.........di hatiku
....dan di dalam mimpi-mimpi mu!!!
(semacam je bunyi nih!)

Sekian, mekacey, wassalam.

Comments :

0 komentar to “Bukannya Aku Tidak Ingin Untuk Senyum Kembali Kepadamu Sayang..........”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger