Minggu, 28 Maret 2010

Kenape Sambal Telur Aku Berharga AUD2.00 Sebijik.....

Salam,
.....aku ingat nak tulis bende ni lain kali, tapi sebab ramai sangat yg dah bising2.....Hamik hengkau!

A. Bila aku naik harga arituh, maka kedengaran lah suara2 sumbang mahram dari segala pelusuk dunia (Melayu, Cina, India, Mat Salleh, Arab, Avatar) yg komplen.

"Apsal harga naik bro? Mahal sanggat ni!"


Ader gak yg tak bising, tapi dok ngumpat2 sesame diaorg kat blakang, post gambar or komen2 dalam Fesbuk kutuk2 kedai aku etc. (camner aku tau? Aku kan stalker tegar)

B. Aku tak de hal. Kau ade rights utk komplen. Kau ader rights utk demand explanation. Lagipon aku berpegang teguh to the business ethos/maxim

"Customer Is Always Right...........Until I Showed Them How Bloody Bangang They Are".

C. Jadi jom aku go thru ngan engkorang, behind the scene, pembikinan satu dish je.....Sambal Telur. Why? Bcoz ramai pikir ,

"HekElleh! Telur 30 sen sebijik je, Swingin' Bol jual $2. Bapak Hengkau! Dia makan duit haram, nabi pon marah giler sebab keuntungan melampau sebanyak $1.70.


D. Okay. Mula2 untuk buat sambal telur, kita kene ada telur. Walaupun aku ada dua bijik telur dlm spender aku, tapi telur aku tuh berbulu, hitam dan petang2 aku rasa masam sebab berpeluh sakan dlm tuh. Lagipon aku tak leh pkai sebab telur tu kepunyaan bini aku dan bakal di kongsi juga dgn bini-bini-bini aku yg lain.

E. Jadi aku kene beli telur tu kat kedai groceries. Aku biasanya rempit ke kedai dgn kreta PASrari aku sebab boleh angkut byk brg trus. Tgk cam sempoi je kan. Vroom pegi, Vroom balik. Tapi the kost yg terlibat ialah...

1. Harga kereta
- Kreta kene beli. Bukan datang dari hadiah kemenangan Pencarian Lelaki Kacak Bergaya Pancaindera/Vigo 2010.
2. Road tax- takkan tak bayar, kene saman lagi haru
3. Petrol
4. Harga baju, seluar dan kasut- Takkan la aku nak pegi kedai bogel plak kan. Sila Ambil perhatian. Harga spender aku tak masukkan sebab spender bukanlah satu keperluan utk pegi shopping..........kecuali lah kalau awek cashier tu berbodi SHAPOW!
5. Telur- Biasanya aku beli 2 kotak trus (300 bijik) utk pkai seminggu lebih kurang..
F. Dah sampai kedai, telur2 tu tak semua aku pkai terus. Kene simpan dulu, so kene kira cost
6. Sewa kedai- sebab ruang simpanan telur tuh, walaupun kecik, tapi still makan space kedai.

G. Jom skang kita masak. FIRST STAGE. Pagi2, sampai2 je kat kedai, aku terus rebus satu periuk telur tuh. So the costs are

7. Air

8. Periuk

9. Dapur

10. Gas

11. Lighter -nak bagik nyala dapur.
12. Ventilation exhaust
13. Aircond - Klau dak kedai panas lah beb sebab haba dari dapur.
14. Electric- Utk lampu. Takkan aku nak masak cam ninja dalam gelap plakkan.

H. Lepas sejam, bila telur dah masak aku akan cool kan dgn air sejuk . Pastuh aku suruh pekerje shift pagi kupas semua telur tuh seperiuk. So the cost, (cost air aku tak kira)

15. gaji macha2 aku- yg di bayar AUD13.50/hr.- Gaji macha di Malaysia RM10/DAAAAAY!! Fackkk La! Bapak jauh beza tuh.
Kalau macha2 aku yg berbulu dada (Ashad, Usin, Buk-status bulu dada belum di konfirmkan), diaorg kupas satu periuk dalam 10 minit. Tapi pekerje2 aku yg berbuah dada, kupas satu periuk 2-3 jam. Manja sangat pegang telur-teluran tuh!
16. Pembuangan sampah- Takkan aku nak buang kulit telur kat Rundel kot? Kos garbage disposal for the shops, peniaga2 kene bayar sendiri. Kos engkorang di rumah2 dan siap2 masuk dlm rent dah.

I. Lepas kupas, SEKEND STAGE, aku goreng telur2 tuh, nak bagik kulit dia garing. So costnyer
17. Kuali.
18. Minyak Masak.

19. Senduk Masak-
nak kacau, kutip telur yg dah masak.
20. Containers- nak letak telur yg dah masak.
21. Paper Towel- nak serap minyak.

J. Pastu aku start THIRD STAGE. Masak the sambal. So aku tumis Bawang, biler dah garing aku masukkan Chilli paste. So the cost is

22. Bawang
- Ni aku tak masukkan kost pegi beli, simpan dan kos gaji macha utk kupas. 3 kos tu, aku kira halal la sebab aku ensem. Aku gunakan dlm 5-6 bawang besar gitu kot skali pkai utk buat sambal.
23. Pisau- utk kupas dan hiris bawang
24. Chopping board- nak hiris atas aper lagik?
25. Container- utk letak bawang2 yg telah di hiris.
26. Chili Kering.
27. Electric and Water- for Hot water buat rendam chilli kering, biar bagik lembut sebelum....
28. Blender- blend chili utk dapek kan chilli paste.
29. Minyak Masak- tumis.
30. Dapur, Gas, Kuali, Ventilation, etc

K. Biler bawang dah garing, aku boh my secret ingredients yg selambe aku bocorkan kat sinih.
31. oyster sauce
32. garam

33. tomato sauce-
klau perlu kalu tak cukup masam.
34. chili powder-klau perlu biler kaler tak merah sgt.

SAMBAL SIAP. Simpan dlm container (kost tak claim)

L. Now the FOURTH STAGE. Nak campurkan sambal ngan egg. Utk bagik cantik, aku hiris bawang, tumis jap, pastuh boh sambal, boh telur.

35. Minyak

36. Bawang

37. Apron- Kang baju kene sambal, susah. Lagipon nak kurangkan bau kat baju. Nanti Gadis2 jelita kata buchuk la abang ensem arinih! Nanak peluk muaah muaah dah!
38. Misc: Dapur, Gas, Senduk, Container etc.

SAMBAL TELUR SIAPP!!!. Simpan sikit dalam container. The rest...

M. FIFTH STAGE. Display. Boh kat food warmer atau istilah gempak dia BaineMarie. So kena bayar for
39. Food warmer
40. Elektrik dan Air
- nak keep the temperature kat food warmer panas from morning till tutup pkul 7pm.
41. Serving Senduk- Nak cedok telur tuh.
42. Chalk Marker- Nak tulis namer lauk tu ler.

N. SIXTH STAGE. Kemas2.

43. Dishwashing Liquid

44. Sponge and Metal Scourer (berus besi).

45. Air

46. Kain lap

47. Dishwasher
- air dan electricity lagik

O. SEVENTH OR FINAL STAGE kat rumah. Basuh apron yg kene sambal dan baju2 aku yg dah bau "Swinging Bowl"

48. Sabun basuh Dynamo

49. Washing Machine

50. Pengepit baju.


P.
Itulah kisahnya camner senangnyer nak buat Sambal Telur. Ia hanyalah melibatkan 50 kos.

Q. Opsss..chop-chop! Kos hidang aku tak kira lagi.
51. Pinggan
52. Sudu garpu
53. Meja
54. Kerusi
55. Tisu/Serviette
56. Cash Register

R. Nak lagi? Cost cukai pintu, GST, Tax, Accountant fees, Fire extinguisher/blanket maintainance, Food Safety Inspection, Grease Cleaning, Parking Tickets, Bank Fees.

S. Jadi kalau kau campur kos telur 30 sen tu, dan kos2 kat atas ni, kau agak2 brapa la keuntungan aku bila aku jual AUD2.00 sebijik?

T. Adakah kau at this point DAH TERASA macam budak bangang je biler kau komplen kenaper harga sambal telur AUD2.00 sebijik?

U. Not yet? Masih tak puas hati lagi. Okay. No problem.

Aku challange semua penduduk atas dunia ni, professional chef sampailah ke budak2 tadika, untuk masak sambal telur cam aku, SEBIJIK SAHAJA, dengan COST AUD2.00 sahaja.
SEBIJIK je aku mintak.


Cost 2 dollar tu aku akan bagik. Meh mintak ngan aku. Sila provide resit for proof. Semua barang kau kene beli. Tak boleh pakai telur ayam dari reban tuk nenek engkau or bawang tanam blakang rumah.

Is it possible? Of course. Aku boleh buat.
The first one yg dapat, aku bagik AUD100 cash.

Selamat mencuba.

Sekian, mekasey, wassalam.

Comments :

0 komentar to “Kenape Sambal Telur Aku Berharga AUD2.00 Sebijik.....”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger