Selasa, 12 Oktober 2010
Browse » Home »
adik ,
bini ,
bola ,
cinta ,
elvis ,
love ,
mamak ,
medal ,
muda ,
papa ,
pok k ,
poligami ,
raya ,
tenser
» Love me Tender......
Love me Tender......
Salam,
1. AT LAST, .....3 hari lepas aku fon Malaysia untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!
2. Err..... technically, bini aku yg ambik fon aku dan tekan button dial. Dan errrrr ........ technically, aku tak mintak maap pon. Just tanya khabar je. Muahahhaahaha. Kira aci la tu.
3 Dah sah aku kene perli.
Mama Aku:" Ni Slamat Hari Raya apa ni?"
Gua: " Raya Posa Nam la mama!"
Mama: " Posa Nam apa? . Dah 10 October dah ni!"
Gua: " Ala Mama. Kami kat sini pakai takwim Aboriginal. Lambat skit!"
Mama: "Awok Nih! ....Soo.....jadi ke tak jadi ni?"
Gua: " Jadi apa? Ohhhhhhhh....yg tu ker......................."
4. Setakat itu je lah kitaorg borak pasal aku. Lepas tu kitaorang discuss pasal "Ohhhhhh". Bila mama aku passing fon tu kat papa aku pon, dia mana tanya psal aku pon. Dia straight tanya pasal "Ohhhhhh". Cakap sampai kesudah pasal "Ohhhhhhh"!
5. Dem! Kan aku dah cakap dulu (sini), diorg apekisah aku call ke tidak. Takdehalnyer lah!
6. So apakah "Ohhhhhhh" yg sangat penting, lagi penting dari aku tuh?
7. Well. Parents aku suruh aku offer tender kat Ostolia nih. Tender kepada gadis2 untuk jadi ADIK IPAR aku!
8. Adik bongsu aku (26, engineer). Bosan lah lu bro. Pegi la tekel awek sendiri !
8. At this moment, ini BUKAN open tender. Skang ni adalh stage tender tertutup. Direct nego(tiation) dulu kpd insan2 terpilih.
9. Itulah yang aku dan famili dok discuss panjang gila di dalam phone call yang terpanjang yg aku buat tahun ni kot. 5 minit siol! Selama 5 minit yg penuh pressure itu, bapak aku interrogate aku pasal calon2 tersebut. Aku pulak yg berpeluh! Dia bekas polis bro. Sapa tak cuak!
11. Selepas tu dia bagik green light to proceed.
"Hokay. Awok bagik phone nombor dia, pastu dioarg pandai2 lah tuh. 1 campur 1 jadi dua. Kita bagik sampai December. Awok bagik progress update along the way okay. Roger and Out!". Kelik! ...Tuuuut...Hangup.
12. Amboi! Ni bukannya operasi polis. Ni operasi hati. Mane boleh set time frame cepat gituh.
12. Anyway. Kalau jadi, Alhamdullilah. Setel. Kalau tak jadi, ...jeng...jeng...jeng...terpaksalah aku buat OPEN tender. Tender terbuka. Free for all to apply.
13. Aku tau dan aku sedar, ramai giler awek2 Ostolia ni yg berebut2 nak jadi adik ipar aku sebenarnya, kerana mereka melihat aku ini hensem dan macho, maka sudah tentunya adik aku juga sebegitu rupa.
14. Maka aku pasti, ramai gadis2 yang hancur luluh hati mereka kerana tidak termasuk didalam golongan insan2 yg terpilih di dalam proses direct nego sekarang ini.
14. Tetapi janganlah anda bersedih. Ada hikmahnya di situ. Ia mengajar erti "redha" kepada anda sebenarnya. Redha kepada ketentuan Allah bahawa anda2 bukan merupakan "wife material".
Itu sebabnya kene rejek siang2!
15. Walaubagaimanapun, aku mempunyai beberapa tender lain yang ALWAYS TERBUKA. Antaranya ialah tender basuh kereta aku (klik sini), tender supplier karipap untuk kedai, tender mengilap medal2 bola aku .......
....dan tender paling hot, iaitu tender-tender untuk menjadi bini nombor dua, tiga dan empat aku.
16. Jangan salah faham. Walaupun anda bukan "wife material" ataupun "adik ipar material", itu tidak bermaksud anda bukan "madu material".
17. Permohonan terbuka sekarang. Sebarang sogokan dalam bentuk keropok, baulu, cheese cake, chocolate chip cookies, cupcakes, sticky date pudding dan bubble tea, TIDAK AKAN menjamin kejayaan anda untuk memperolehi tender-tender tersebut.
Oleh itu, sogoklah berkali-kali.
Usaha tangga kejayaan!
Sekian, mekasey, wassalam.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Comments :
0 komentar to “Love me Tender......”
Posting Komentar