Rabu, 21 Juli 2010

Malaysian Missing In Adelaide

ADELAIDE Times, 22 July- A Malaysian man was reported missing by his wife yesterday. The man, 36, is a well known soccer legend in Asia. He was last seen leaving for work yesterday morning by his wife. She is still baffled by his disappearance. South Australia police refused to give any comment on this matter.

The man was described as tall, dark and handsome with no distinguishing features apart from being strikingly good-looking. His wife has provided his most recent pictures below. Anyone with any information, please contact BankSA Crime Stoppers at 1800 333 000.


Wassalam

Minggu, 11 Juli 2010

Kenapa Orang Kata Aku Ni Macam Giovanni Van Bronckhorst

Salam,

1. Sejak World Cup ni dok main, dah brapa org dah kata Giovanni Van Bronckhorst tu macam aku. Aku tak pelik pon. Aku dah lama dengar dah. Dalam 3-4 tahun yg lepas, kapten bola team Adeled yg main "sebijik" macam Gerard (which means loser) dah lama dah cakap kat aku.

2. Maka di sini aku mengaku, bahawa aku dan Giovanni Van Bronckhorst ni sebenarnya adik beradik. Nama sebenar aku ialah .....

Giomangkuki Van Tarago.


3. Apsal muka kami cam Asian gitu? Sebab kami adalh Mat Indon sebenarnya. Bapak kami ialah org Dutch yg beromen ngan org Indon. Mak kami ialah org Maluku. Jadi kami ni kira macam Pan-Asian gitu. Macam Serani. Sebab tu kami ni hensem.

4. Walaupun Mat2 Malaya suka panggil kami Indon, tapi istilah sebenar utk org2 yg mixed Dutch-Indonesia ni ialah "Indo". Hurup "N" tu takde. Antara org2 Indo yg glamer ialah Eddie Van Halen dan Robbie Van Persie (wikipedia)

5. Aku, Van Tarago dan Van Bronckhorst juga adalh daripada keturunan Nabi. Kami keturunan Nabi Adam a.s.

6. Aku 36 y.o adalh abang kpd Van Brockhorst, 35. Sebab tu aku lagi hebat, lagi hensem dan lagi stailo drpd Van Bronckhorst.
7. Sejak dari zaman sperm lagi, aku dah belasah Van Bronckhorst tuh. Ayam je budak tu. Pantang ada bola depan mata je, mmg aku dapat dulu nyer.

8. Bila Van Bronckhorst berjaya menyarung jersi Barcelona utk main bola utk mereka, aku tak heran pon. Aku, Van Tarago pon berjaya manyarung jersi Barcelona utk memain bola.

9. Van Bronckhorst ialah Kapten Holland skang ni. Aku ni, dah jadi Kapten lama gila dah. Dah pencen meng-kapten dah pon. Bila exactly aku pencen, pon aku dah lupa. Punya lah lama!
10. Dan kitaorg tak kisah pon bila main lawan orang2 muda. Bukannya kami nak kerek, tapi takdehal nyer lah. Walaupun kekadang lawan aku tu 19 tahun, kurus, tinggi, bajet power dan bakal kapten tahun depan. 17 thun beza tu bro. 11. Lepas final World Cup malam ni, Giovanni Van Bronckhorst akan gantung boot. Dia akan bersara drpd main bola. Dia dah letih main ngan orang2 muda. Dah tak larat. Takde kudrat. Nafsu nak main dah ilang. Good Bye Little Bro. U R a Legend.

12. Tapi Aku, Giomangkuki Van Tarago masih perkasa. Masih bertenaga. Masih Hensem. Kudratnya, kudrat kerbau jantan on anabolic steroid. Masih mampu main bola ngan orang2 muda. Dan masih bernafsu maen ngan orang2 muda.
Don't say good bye to me.
I "was" not a legend.
I am a legend.
I am legending.....tengah meng-legend la aku nak kata ni !!!
________________________________________

Final World Cup 2010.

1. Semua org yg berfikiran waras dan arif ttg bola akan kata Spain adalh favorite. Holland takde chan. Spain jauh lagi layak utk bergelar World Champion, based on their "on paper" capabilities dan juga their current form. Diorang pon Champ Europe skang ni.

2. Paul pon kata Holland akan kene tibai malam ni. Pergh! Cuak abis satu Belanda. Dah lah semalam sotong tu telah sekali lagi berjaya predict betul utk match German vs Uruguay. Dia predict German menang!

3. Tapi engkorang kene ingat. Paul adalh sotong German. Sebelum2 ni dia HANYA predict game antara German ngan team2 lain. Dia TAK PERNAH predict game yg TAK MELIBATKAN team German. So, aku tau Paul mesti kecut telur gak tengok game malam ni. Sebab sebenarnya dia pon tak tau sapa akan menang. Dia main belasah je tu!

4. Tak caya tgk apa dah jadi bila dia predict game Kelantan Selangor malam semalam!
Siallah paul. Kau kata Kelantan menang. Tengok2 SERI jer! CIs!

5. Sotong pon boleh kecut telur ke? Adakah sotong mempunyai telur? Di manakah telur dan zakar sotong? Sila search wikipedia sendiri.

6. So, maka dengan ini, sayugia aku mengmaklumkan. Memandangkan aku ni tidak berfikiran waras dan tidak arif ttg bola, aku akan menyokong Holland pada malam ni!

7. Bosan la sokong Spain. Spain akan control ball gila2. Posession mesti 60% keatas. Bola akan melekat rapat kat kaki pemain2 Spain sebagaimana rapatnya kondom dgn kulit zakar yg tegang. So Holland kene keep cool dan fokus.
8. Tapi engkorang kene ingat. Zakar tidak akan tegang buat selama2nya. Dia akan kendur dari semasa ke semasa. Di ketika itulah Holland patut merampas kondom .... eh silap, merampas bola dan counter attack.

9. 2 gol je sudeh. Sebab Spain tak reti score gol. Diorg menang 4 drpd 6 games diaorg dgn score "1-0" je!

10. Kamon Oranje. Beat the Banana.
Sekian. Mekasey. Wassalam.

Kamis, 08 Juli 2010

Apsal Lah Aku Gatal Sangat Ni!

Salam,

1. Pekebende la kulit kapla aku ni. Dah bertahun2 dah aku gatal kat spot yg sama. Spot ni adalh spot aku buat pony tail masa rambut aku mengerbang panjang ikal mayang dulu dulu dulu dulu dulu...duluu. So aku bajet sebab rambut aku panjang, maka spot tu tak sempat kering betul2. Itu pasal gatal sebab ada wap2 air yg terperangkap (bodohnye teori).

Uwaa..mane pegi pony tail gua?

2. Tapi pastuh, walaupun rambut aku dah berapa puluh kali aku cantas botak macam mamat baru keluar pusat serenti, gatal dia masih tak ilang2. Selama ni aku buat donno je sebab tak teruk sangat. Tapi sebab skang ni kegatalan tersebut semakin bermaharajalela, maka terpaksalah aku ambik tindakan yg drastik.

3. Sumpah, mula2 aku tak tau pekebende la penyebab gatal2 kat blakang kapla aku ni. Teori wap air tu takleh pakai. So, aku inggatkan ada panau ke kurap ke kayap gitu. Tapi oleh kerana kegatalan tersebut sudah masuh ke tahap kronik, maka "terpaksa"lah aku mengadu kasih kat aweks-aweks (dah lah plural, ada kata ganda lagi. Ni maksudnya, "lagi ramai drpd ramai yg biasa2". Pergh!).

4. Diorang cakap ni biasalah ni. Ni adalah angkara kelemumur je. Itu je? Ciss! Tapi camner nak bagik ilang?

5. Last time aku kene kelemumur ialah masa aku Form 3, kira2 dua belas..eh silap "puluh" tahun yg lepas. Masa tu aku pakai syampoo Zaitun anti-kelemumur. Setel. Tapi mana la aku nak cekau kat Adeled skang nih? Lagipun produk Zaitun ada lagi ke kat Malaysia? Tak nampak pon.

6. Tapi takdehal. Fesbuk kan ada. Bila aku letak je dalam status, semua orang sajes (suggest) pakai Head & Shoulders. Aku pon sebat lah satu. Aku pakai seminggu 3-4 kali, siap tonyoh2 baeek punya kat spot tuh. Hasilnya selepas sebulan. Hampehhhhhh! Geram gua.

7. Pastuh aku ternampak iklan Garnier yg kata syampoo dia "anti-dandruff dan reduce hair fall". Pergh! Macam cun. Trus aku pegi supermarket cari Garnier plak. Sekali dah abis la plak. Yg ada hanya conditioner Garnier yg anti-dandruff je. Syampo tarak.

8. Aku pon angkut je lah conditioner tu walaupun aku tak tau apekejadah fungsi "conditioner" ni sebenarnya. Belasah je lah.

9. Maka kedengaranlah suara2 sumbang kat rumah aku yg berbisik ke angin lalu,
"Aik! Apsal Papa engkau makin AYU ni. Bertambah hair produk plak!"
.
Nasib baek aku ni termasuk ke dalam golongan orang2 yg bersabar.

10. So far baru seminggu aku pakai. Takde pekebende perubahan pon. Itu pasal skang ni plak, aku dok usha2 petua orang tua2 melayu untuk ilangkan kelemumur ni.

11. Mula2 aku ingatkan susah sanggat. Macam ambil darah ayam kampung hitam dan campurkan dengan darah nifas perempuan mati beranak anak sulung di malam tujuh likur, sapukan dengan mengadap kiblat sambil berselawat dan membaca rukun negara dalam bahasa Siam.

12. Rupanya2 mudah sahaja. Daripada, Laman Petua Nenek,
Mula2,
a) "Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus.".Banyaknya! Nak menumis ke hapa ni?
b) "Kemudian sapukan di sekitar payu dara". Okay. Whatever.
c) "Jangan terkena pada putingnya". Baik. Takdehal.
c) "Biarkan selama 15 minit". Cukup ke marinate nih?
e) "Bilas dengan air bersih seperti biasa". Sabun takleh pakai ke. Abis payuteruna I berbau bawang nanti!

13. Ehh silap baca. Itu petua "laen" rupanya. Banyak sanggat petua yg "best2" sampai "tak nampak" petua yg di cari. Okay. Mak nenek kata aku kene pakai limau nipis, serai dan santan atas kapla. Pergh! Terbaek. Akan aku try kalau Garnier ni pon hampeh nanti.
Dari blog mahakaseh. Mak aihh! Banyak ni jer limau nipis kau pakai? Apsal tak pakai satu pokok?

14. Aku harap2, salah satu drpd petua2 ataupun shampoo/conditioner ni akan jalan. Sebab kalau tak jalan gak, hanya satu je kesimpulan yg boleh di buat tentang kegatalan kulit kepala aku ni.

15. Itu petandanya ini sebenarnya bukan kelemumur. Kegatalan yg aku rasa ni bukan "gatal". Sebaliknya, ia adalh "miang" sebenarnya. Miang orang tua yg nak berbini empat.

16. Ubatnya? Ubatnya mudah je. Ubatnya juga best!!!

Sekian. Mekasey. Wasalam.

Kamis, 01 Juli 2010

Toksahlah Jeles Kat Orang2 Yang Kapel Ngan Mat Salleh!

Salam,

1. Bini aku balik2 dari Harbour Town tadi, trus bising2 kat aku. Dia tgh emo. Dia tgh tension. Dia trus tanya aku,
"Apsal takde mat salleh nak kat aku hah? Sepanjang dok Ozzy ni, takde sekor pon Mat Salleh minat kat akuu....Uwaaaa~!!! "

2. Aiikk! Apahal plak ni. Rupa2nya dia jumpa sorang awek melayu ni dok kapel ngan Mat Salleh. Dok meng-kebab bersama2 tadi (kebab ye..bukan club). So bini aku jeles! Dah lah tuh, diorang ni mesra semacam. Main pegang2, peluk2 dan bertepuk tampar gitu.

3. Hmm! Mula2 aku pelik gak. Aku ni kan Penyimpan Mohor Besar Raja2 Adelaide. Jarang gossip yg aku tak tau. Gossip baru nak berputik pon, gua dah dapat terhidu skandalnya! Lagi2lah plak skandal interacial gini. Tak bole nak nyoroknya dari aku!

4. So, bila aku suruh bini aku describe sikit pasal kapel tu, aku trus je kenal ! Kapel tu memang laki bini. Kawin beberapa bulan lepas. Mat Salleh tu sangat2 aku kenal. Dia supplier daging halal utk kedai aku. Baik gila mamat ni. Convert masa teenagers dengan Mak dia skali. Dia ketagih sotong kedai aku. Sebok mintak resepi. Cacat!

5. Bini dia tuh ialah cek mek Kelantan. Datang sini asalnya nak tolong jaga anak sorang student kat sini. Sambil2 tu dia kerje kat kedai daging Mat Saleh tu. Trus Mat Salleh tu berkenan. Trus kawin. Alhamdullilah! Tak banyak berdating dan merepek kuar usung kesana kemari satu dunia.

6. Iktibar untuk aku di sini ialah, pekerje boleh di tekel dan di buat bini. Kalau Mat Salleh boleh buat, aku juga Malaysia Boleh!

7. Iktibar kedua pula ialah untuk engkorang. This is a classic example of kehebatan orang Kelantan. Di Adelaide skang ni ada 3 families yg kawin mixed. Semua husben dia ialah orang Kelantan seKelantan2nya, yg cakap English pon bau budu cap ketereh, walaupun dah dok sini/kawin lebih dari 10 tahun. Dan bini mereka Ozzi yg seozzi-ozzinyer! Gempaq!

8. Di kalangan undergrad plak, amat2 jarang aku jumpa budak laki yg kapel ngan minah salleh. Tapi gewe Melayu yg kapel ngan Mat Salleh dah banyak gila. Ada yg main2 je. Dan ada 2 kapel yg sampai kawin. Tapi the last two awek yg mesra (kapel la kot), ngan Mat Salleh ialah gewe cek mek molek. Sebak tu aku royak ore' Kelate Hebak!

9. Kenapa sekarang ni takde budak LELAKI Melayu yg kapel ngan Mat Salleh bukan satu misteri untuk aku. Dulu, di zaman senior2 kita pada tahun 1980han dulu, boleh kata sempoi2 je setiap budak laki Melayu untuk angkut awek Minah Salleh. Dok serumah lagi. Dia minat kat kita sebab kulit kita. Dia kata kulit, lelaki Melayu sejati ni, cun. Sebab kita tanned! Bagi mat Salleh, putih tu huduh. Nampak kotor! Terbalik ngan kita. Nak jadi putih!

10. Tapi, as time goes, skang ni kita budak2 laki dah tak laku. Sebab ramai sangat Asian skang ni. Banyak penyangak. Dan stigma2 pon banyak skang ni macam kita ni "mengonkong" kaum wanita, zakar kecik dan lain2. Tapi aku tau deep down, masih ada lagi antara diaorang yg kita "boleh makan". Cuma ayat kene betul dan kene ubah attitude kita la kan. Pergilah try!

11. Tapi untuk AWEK2 Asian, perghh, ...mat salleh memang tak boleh tahan. Kalau awek2 bertudung pon diaorang boleh berkenan, lagikan plak awek2 Cina, India, Filipina,Sian etc. Mostly Mat Salleh suka sebab awek2 Asian generally
A) tak banyak songel dan
B) tak menyundal ngan laki lain.

12. But, aku notice that taste Mat Salleh terhadap wanita Asian ni lain skit dari kita. Cantik bagi diaorang adalah lain skit dari definasi cantik bagi kita. Aku pon still konpius ngan definasi cantik diaorang. Kekadang tu awek yg cantik bagi kita, diaorang namapak cantik gak. Macam Maya Karin contohnya. Tapi kekadang tu awek2 yg biasa je pon, tapi bagik diaorang cun giler cam Miss Universe.
cun!

...hampeh

13. Dan, awek2 yg segojes2nya, yang seayu2nya, wanita melayu terakhir, kryptonite setiap lelaki Melayu, mereka ni konfirm Mat Salleh sebelah mata pon tak pandang. Aku perasan gak amoi2 yg cun melecun bagik kita pon Mat Salleh langsung tak minat.

14. Dulu masa aku keje kilang ayam kat sini, penuh satu kilang tu awek2 Vietnam, Thailand dan Cambodia. Adalah soarang awek Thailand ni yg mak datuk gojes. Dah kawin anak 3. Tapi tiap kali dia pegi kantin kat situh, sangat2 lah obvious setiap orang2 lelaki Asian kat situh dok usha dia, dok berangan menekel dia dan dok membogelkan dia dlm kepala.

15. Tapi bila aku tanya kat kawan2 mat salleh aku kat situ, sekor pon tak hingin. Diaorang kata "Her face looks funny!", "Something wrong with her nose" etc. What? Cacatz. Perfect je aku tengok. Tapi mat salleh ni sekor2 kapel ngan awek Asian. Tapi bila aku tengok Girlfren2 diaorang, sedih siol!

16. Wahutevah! Kalau semua orang dalm dunia ni taste sama, abis sapelah yg nak kawin ngan awek2 yg tak berapa cun tu kan? Teori aku, setiap awek/balak itu cun bagi seseorang di atas dunia ni.

17. So berbalik kepada soalan bini aku apsal takde Mat Salleh minat kat dia. Jawapan dia senang je.
A) Sebab kau bukan orang Kelantan. Orang2 bukan Kelantan takde nilai komersial di kacamata Mat Salleh!
B) Mat Salleh muntah tengok muka kau. Kau bukan taste Mat Salleh!

18. Oleh itu bersyukurlah aku nak kawin ngan kau walaupun aku senang2 je boleh tekel Minah Salleh sebab aku orang Kelantan dan aku memang taste Minah Salleh, Minah Melayu, Minah Siam, Minah Kambodia, Minah Filipina, Minah Vietnam, Minah Amoi dan seorang Minah hot yg bernama Rozita Che Wan.

Sekian. mekasih wassalam.

p/s:
1. Mat Salleh minat gak kat org bukan Kelantan sebenarnya. Jgn le emo plak!

2. Aku lupa Hasan kawin Ozi gak. Dia org Johor.

Selasa, 29 Juni 2010

Kalau................

Salam,

Kalaulah aku tahu.
Kalaulah aku tak buat sebegitu

Kalaulah aku cakap sorry

Kalaulah aku berlari kesitu

Kalaulah aku tidak membisu....

Kalaulah engkau tidak pergi

Kalaulah kehangatanmu masih trasa di sisi

Kalaulah aku tahu

Kalaulah engkau tahu

Kalaulah mereka tahu

Kalaulah Gol Lampard dikira masuk

Kalaulah duit aku masyuk

Kalaulah aku hensem hinggakan Rozita Che Wan mabuk

Kalaulah Inglish aku berabuk

Kalaulah dalam takraw aku bukan lubuk

Kalaulah zakar aku lagi panjang dari botol coke

Kalaulah aku tidak mangkuk
..........

1. "Kalau" adalh perkataan yg hampeh. Kau boleh justify everything gunakan perktaan kalau. Eg: "Kalau aku stadi, boleh je lepas", "Kalau aku loaded aku pon boleh angkut awek tu". Bosan!

2. Satu lagi, bila kita gunakan perktaan "kalau" ni, seolah2 kita assume kita tau apa yg Allah "akan" takdir kan untuk kita "kalau" kita buat/dapat bende tu. Banyak chantek! Padahal hanya Allah sahaja yg tau baik or buruk akibatnya "kalau" kita buat/dapat sesuatu itu.

3. Contohnya kalau zakar aku lagi besar dari botol coke (yg 2 Liter la kan, :-)), mungkin tiap kali hot chicks tegur aku, "Hai Abg Mangkuk!", aku akan trus pitam. Sebab darah banyak bertakung dlm botol coke, so tak cukup darah untuk supply Oksigen ke otak. Hypoxia, or low oksigen level in brain can cause faintness.

4. Tak pe pasal hot chick2 semua akan bergossipan,
"Apala Abg Mangkuk ni. Pantang tegur sikit, trus pitam. Langsung tak macho!".
So, walaupun besar dari botol coke pon, hot chick2 semua pandang kau slack! So, awek2 yg kau boleh layan, tanpa jatuh pengsan, hanyalah awek2 yg TAK Hawt. Awek2 yg hanya suam2 kuku je. Hampeh!

5. Satu lagi contoh, aku selalu terfikir, "kalau" aku datang haid dan takyah semayang cam org pompuan kan best! Aku bajet aku buat macam2. Tapi bila aku cuba listkan apakah "bende2 yg aku nak buat kalau aku tak perlu semayang", aku hanya dapat SATU je siot. Aku nak pakai temporary tatto cam Maori kat muka dan lengan! Baru muka nampak ganazz!

6. Tapi SATU bende bodoh tu je la! Bende2 lain yg aku boleh fikirkan, aku boleh buat sekarang pon, tak pelu tinggalkan semayang pon. Cuba korang bagik idea kat aku skit.

7. "Kalau" kau buat DOSA pon, kau tak perlu tinggalkan semayang. Clubbing? Bole je pause pegi semayang. Zina? Boleh je mandi wajib dan semayang. Semayang itu ringan. Kita je yg berat dosa.

8. So kita sepatutnya berusaha sebaik mungkin dan apa2 pon yg terjadi, kita mesti bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan. Allah yg cipta kita, So dia tahulah apakah yg kaw dan apa yg hampeh utk kita.

9. Di dalam Al -Quran ada byk cerite pasal orang2 dan kaum2 yg suka "berkalau2" ni.
a. Macam Firaun bila tengah lemas merayu kpd Allah, " Aku percaya dah, "Kalau" kau selamatkan aku, aku akan jadi org2 ygberiman".
b. Macam golongan2 kafir bila di azab, semua akan minta kat Allah, tolonglah hantar balik ke dunia, Kalau balik ke dunia diaorg berjanji akan beriman
c. Macam orang2 kafir akan kata di Surah An Naba':40
".........pada hari manusia melihat apa yg telah diperbuat oleh kedua tanganya, dan org kafir berkata "Alangkah baiknya kalau dahulu aku jadi tanah je".


10. Allah tak citer sekali. Allah citer berulang-ulang-ulang kali citer2 begini dlm Al-Quran. Kerana Allah tau hati kita pekak. Hati kita buta. Cakap sejuta kali pon bukan kita nak dengar. Kalau dengar pon. sekejap pastu dah lupa. Akhirat nanti, nasibla kau dan aku! Cuaks!

11. So marilah kita mengambil iktibar. Terutamanya kpd penyokong2 England. "Kalaulah" aku dengar korang cakap pasal gol bodoh Lampard tu lagi sekali.............!!

Sekian. mekasih, wassalam

Minggu, 27 Juni 2010

Kenapa Aku Benci Team England dan Kenapa Orang2 Yg Sokong Team England Adalah Bongok dan Bahlul

Salam,

1. Malam ni England akan lawan Germany in sudden death second round World Cup. Walaupun England main cam haram di peringkat group, tapi sekarang semua tu means nothing. Anything could happen.

2. Walau apa pon yg terjadi, England kalah ke malam ni, England menang ke World Cup tahun ni, pendirian aku tetap sama kini dan selama2nya.
a)Aku benci team England.
b)Dan kalau aku taff dan hensem, aku rasa mcm nak sepak2 jer penyokong2 England ni.

Eh jap! Aku memang taff dan ensem pon kan!


3. Tapi sebelum engkorang trus emo dan bagi komen2 cam cibai, cuba baca dulu hujah2 aku dan pastu baru pikir secara rational sebelum kau komen.

4. England bagi aku, adalah Negara Paling Bajet Dan Kerek Dalam Dunia Bolasepak
___________________________________

Historically

1. Sebab bola ni diaorang yg "cipta", so bagik diaorang, diaoranglah paling mantap atas dunia ni.

2. Sebab tu diaorang tak nak join negara2 lain masa FIFA di tubuhkan pada tahun 1904 (source). Sebab bagik diaorang apa kelas negara2 lain nak lawan diaorg.

3. The first 90 years bila bolasepak mula2 di pertandingkan (1863), England tak pernah kalah on home game. Jadi bagik orang2 England, diaorang adalah invincible or kebal!

4. Dahlah taim tu British Empire paling power gaban. So lagilah besar kapla diaorang ni. Bajet power militarily dan juga footbally (aku tau word ni tak wujud!).

5. So, from wiki, "This proud long reign of invincibility knit to semi-mythology was legendary, embedded into socio-national consciousness and ethos as a redoubt and post to which Englishmen could view with surety and confidence in spite of all forecasts, vicissitudes and the ever-changing times" (source)

6. Maksudnya England bajet paling power main bola dari kini sampai kiamat, tak kira walau bagaimana hampeh pemain mereka , sepower mana lawan mereka , dsb. In short, riak dan ujub.

7. Sampailah diaorang kene belasah 6-3 by Hungary nicknamed The MightyMagyars, led by Puskas, in 1953 kat Wembley. (source1, source2)

8. Tapi mereka Tak Tobat-Tobat!

__________________________________

Overinflated Ego

1. England akan forever, sampailah ke tiupan sangkakala yg pertama, bajet diaorang boleh menang World Cup, European Cup, Champions League etc.
Dari Majalah "Football + souvenier edition" bulan lepas! Macam haram. Bajet no 3 tuh. Atas dari Argentina tu!
Aku bukan kaki judi. Tapi aku rasa lagi kecik no tuh, lagi tinggi chances/probability kot.

2. Setiap kali SEBELUM World Cup, mat British akan letakkan negara mereka paling koman no EMPAT favourite utk menang the World Cup. This delusion is reflected directly by the betting odds set by the bookies/Syarikat Judi.

3. Kalau England main cam taik, the odds will inevitably be worse. But the nation will still clings to the false psycotic belief of their invincibility. And as sure as my armpit hair will grow everyday, their odds will improve day by day even after their worse performance.

4. Contohnya, aritu lepas England main cam budak sekolah the first 2 game, their odds utk menang World Cup jatuh teruk giler. No 8-9 gitu . Tapi, alih2 dari sehari ke sehari dia naik sikit sikit. Pastuh bila diaorang menang 2-1 je pon ngan Slovenia, tetiba Perghhh...bajet bole menang World Cup balik dah diaorang ni!
Latest one. Dah naik balik dari no 8-9 ke gitu, jadi no 5 favorite utk menang WC! Kau tengok lah nanti. Kalau menang malam ni, KONFIRM naik no 3!

5. Memang tak leh blah!

6. Dan berkenaan game malam ni. Kalaulah kita selaku orang neutral tengok kan, of course Germany main lagi cun so far daripada England in this World Cup. So German slightly favourite lah kan. Tapi kalau kau baca press UK, buat sakit hati jer.(source)

7. Dan apa kata taik judi? Dari England slighty favourite beberapa ari lepas (England 2.65, German 2.85, source) kepada sekarang ni, kira2 1 hour before game start, England CLEAR favourite, 2.65 vs 3.25.
Hanya 1 je drpd 5 syarikat judi ni kata German Favorite!
_____________________________

Overestimating The Ability of English Player and the Strength of English Premier League

1. EPL mmg liga paling kaya. Paling happening. Paling ramai penonton. Liga yg paling ramai menyumbangkan player di World Cup tahun ni. Lebih kurang 120 org klau tak silap aku. Second Spanish League 80 org (The Advertiser)

2. Tapi berapa kali diaorang menang Champions League? UEFA Cup?

3. Dan in the big four, Man U, Chelsea, Arsenal dan Liverpool, berapa ramai player England ada in their first eleven?

4. Dan the so called "star" England players , "the best striker in the world" Rooney Al Buncit, "top midfielders in the world" Gerard, Lampard or ANYBODY dari zaman nabi Adam a.s ke zaman Rozita Che Wan sekarang ni, sape yg BETUL2 succesful bila main DI LUAR ENGLAND?

5. Dalam sejarah World Cup dari tahun 1930 sampailah ke 2010, berapa kali England menang? Sekali, 1966. Main kat mana? England! (source)

5. So English Player hanyalah HERO KAMPUNG! Bila main kat luar, terkucil!

6. Of course they are some legendary players yg aku tabik spring macam Shearer, Lineker dan...dan..dan sape lagi yer? Hampeh! Owen is just hype. McManaman, Anderton, Gascoine biasa2 je. Giggs yg aku minat, bukan English la plak. Sebab tu dia terer.

7. Beckham? The object of affection of all Asian GayBoy. Hype dia over2 sangat kat negara2 Asia mcm Malaysia. Aku ingat lagi masa dia pindah ke Real dan pkai baju no 23. Bila aku pegi supermarket di KB, diaorang jual berbaris2 baju no 23. Baju Real dari Golok pon dtg in 2 versi. Versi takde nombor dan versi nombor 23.

8. Padahal ada Zidane, ada Figo, ada Ronaldo Gemuk, ada Raul taim tuh kat Galacticos . Who the fuck in Beckham compare to Zidane? Tapi budak2 Asia/Malaysia yg homo tak peduli. Asyik dok pikir nak liwat Beckham jer.

9. Player2 yg BUKAN English pon, kalau main kat EPL, diaorang akan di label "the best in the world". Drogba, Fabregas, err...the whole Chelsea, ManU dan Arsenal side la senang citer. Kalau diaorang dah belah pon, diaorang still akan di respek by the English media. Contohnya, Christiano Ronaldo.
____________________________

Tapi Naper Kita Yg Bukan English Ni Pon Rasa England Cam Hebat?

1. Ni semua salah kedai Mamak! Bila kau tgk EPL kat kedai mamak kau pekene teh tarik betul dak? Teh ni mmg British drink, itu pasal otak kau jadi biol. Pastu kau isap rokok Dunhill betul dak? Itu pasal kau bongok.

2. Bila kita tgk bola, kita dengar komentator2 British betul dak? Of course diaorang "bias"/berat sebelah. Puji player diaorang lebih2. Lawan mereka (Negara lain or Club negara lain, or non-British player), diaorang puji amik syarat je. So kita termakan.

3. Kita tak tengok sangat liga2 lain sebab komentator2 dia tak cakap English. So kita tak paham! Sebenarnya bagi aku macam lah perlu sangat komentator tuh. Bola ni macam porno je. Cakap la bahasa apa2 pon, konfim paham nyer kalau kau tak lembap!

4. Reporter2 Malaysia Pemalas dan Bodoh! Aku cakap pemalas sebab diaorang amik shortcut baca berita UK dan buat direct translation. Pastu boh 3-4 page dlm paper Malaysia, padahal bukan diaorg yg tulis. Berita2 dari sources yg bukan English, diaorang abaikan. Manalah tak nampak cam bagus je England. Sebab mmg berita tu org England yg tulis! Bodoh! Bladigol!
Berita England, konfirm front page punya. Macamlah England tu team Malaysia!
______________________________

Aku yg Emo

1. Kalaulah England menang setiap World Cup dari 2010 sampai kiamat pon, aku tetap takkan sokong England. Kalau England lawan team Felda Ciku 7 pon, aku akan sokong team Felda Ciku 7.

2. England main ragby ke, cricket ke, hoki ke, galah panjang ke, gasing ke, ape2 je lah, aku TETAP TAKKAN SOKONG!

3. Sebab diaorang pernah menjajah kita. Itu satu penghinaan bagi aku. Silap besar lah UK/England menjajah negara aku. Setiap orang Islam yg di bunuh, gadis melayu yg di rogol, harta bumi kita yg di punggah, hutan kita yg di tebang, orang Islam yg di murtadkan ataupun lagi teruk di sesatkan, merupakan umpama tembakan AK-47 ke hatiku! (undilah saya selaku Ketua Pemuda UMNO)

4. Samalah kes ngan Portugal, Holland, Thailand dan Indonesia. Boleh belah. Negara2 yg anti-Islam pon boleh pegi mampos macam China, Israel, Cuba, dti (dan takde idea).

__________________________

Conclusion

Aku benci England. Aku benci penyokong England.
Tapi aku tidak bencikan orang2 England okay. Just the nation and their sense of nationalism that is blown out of proportion. Itu pasal timbul hooliganism tuh! Racist Assholes!

Rilek2 sudeh la bro!
Go England Go!
Go To Hell!


Sekian. Mekaseh, Wassalam

Sabtu, 26 Juni 2010

Tengok TV banyak2 bole jadi Bodoh! Tengok World Cup TakDeHal!

Salam,

Tengok TV menjadikan kita Bodoh!

1. Bapa aku selalu kata gitu. Aku sokong.
2. TV hanya bagik Input pada kita. Kita hanya receive buta2. Dok terlopong ternganga. Hanya one way flow.
3. Mungkin TV boleh membuatkan kita berfikir. Tapi kita tak boleh react to the info.
4. Oleh itu marilah kita bermain Game dan Fesbuk. Interact la puas2.
_____________________________

Malas Update.

1. Sejak ada world cup ni, bila aku balik rumah je, aku tgk highlight kat footytube. Pastu mungkin sambung tgk game pukul 11.
2. Jadi aku tak de mood nak tulis. Otak jadi bodoh. Flow of thought ilang.
3. Kalau aku nak tulis kene balik2 je ke rumah dari kerje, tak makan, tak mandi, tak romen, trus je tulis.
4. Lagipun dah seminggu dah rumah aku di landa wabak gastro. Rumah aku bau cirit birit dan muntah2. Kene gi klinik la, sepital la. Macam2.
5. Nasib baik aku taff.
_________________________________

Negara yg akan menang World Cup 2010 ialah Vuvuzela

Vuvuzela akan lawan Argentina di final, tapi Vuvuzela jauh lagi mantap la bro. Go Vuvuzela!

Siraj fahmi
pon sokong Vuvuzela



Hitler pon tension sebab German kalah Semi ngan Vuvuzela


Errr...kene tengok sampai abis video ni


Go Vuvuzelas! I lap U! Lu orang memang main bola chantek! Especialy bek kanan skali masa dalam selimut...eh silap..atas padang tuh!


__________________________________

Bende2 Yg Paling Aku Benci.

1. Aku adalh seorang yg penyayang. Jarang2 sekali aku membenci sesuatu. (bila aku baca ayat ni pon trasa macam haram!)
2. Antara bende2 yg aku benci ialah bulu ketiak pada aweks, premature ejakulasi dan main bola sambil tak fit.
3. Aku kene belasah 6-0 petang tadik. Lawan team budak2 muda mat salleh yg laju dan main keras. Kene ayam.
4. Walaupun hanya satu goal je kot yg salah aku, selaku defender, tapi the fact that aku main full 90 mins ngan tak fit, tu yg tak best tuh.
5. Tak puas. Tak enjoy. Tak inzal. Tak klimaks.

___________________________________

Cinta Untuk Nabila

Yg asal, in 1991. Awek dia Hot sial.

..Aisey! Disable embedding la plak dah. Tengok sendiri la kat http://www.youtube.com/watch?v=5MgJ7OPRQ88&feature=related

Pastu Bikin baru buat Karok. Awek flatchess tapi Hot gak siyal.


Dan kini Jadi Ustad. Takde awek kat sini. Tapi, suara dia, Pergh! Menten Mantap! Respek lu!


Sekian. Mekasey. Wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger