Rabu, 01 September 2010

Kelih

Salam,

Adelaide tenang di permukaan
Bergelora di dasarnya
Bernafas dulu
Kito kelih perati duluh guano male nih

wassalam.

Selasa, 31 Agustus 2010

1 September 1994


Okay jgn gelak! Aku tau korang dok gelakkan aku. Siol! Anak aku, Husna kata "Thats abang!".
Muka passport aku taim dtg sini muda remaja sebab ni gambar masa form 3. Passport lama. Sejak dok sini aku dah bersalin 3 passport. Cuma bini je tak bersalin2 ataupun ditambah2kan.


Salam,

1. Skang ni lepas sahur, pukul 7 pagi 1st September 2010.

2. Genap 16 tahun yg lepas, flight aku sedang decending slowly utk mendarat di Adelaide International Airport. Airport lama. Kecik je. Besar skit dari reban ayam.

3. Sambil aku dok isap Dunhill (dulu boleh smoking atas flight), hanya satu je yg aku dok pikir. "Weyh...Camner nak smayang subuh ni? Subuh masuk dan abis pkul brapa kat Adeled? Kiblat atas kapal terbang ni arah mana?".
Semakin aku tengok kat luar langit semakin cerah, semakin aku panik. Babi lah JPA (Skang ni SPA. Same shit, different name.)! Apsal bagi taklimat pasal ni?

4. Aku solat menghormati waktu je lah taim tu. Tapi aku tau ramai budak batch aku kantoi subuh taim tuh. Insan cemerlang sungguh.

5. Reverse back 7 hours before that. Takde sekor daripada kitaorg 6 org budak laki batch aku volunteer utk bacakan doa selamat sebelum berlepas ke sini. Kami tak prepared. Nak baca doa apa? Pakcik JPA tu selambe tak nak bacakan.

6. Slepas dekat 5 minit terhegeh2 depan mak bapak yg menghantar, aku pon volunteer lah. Aku bantai baca doa naik kenderaan. Hamik kau. Setel. Ayah aku geleng2 kepala je.
"Doa ngok-sey mugapo mu bacho tu Azam? ", dia perli. Apa2 la!

7. The funny thing was, masa kat rumah sebelum bertolak tu, aku tengok abang aku dok sibuk2 tanya ayah aku dan siap tulis lagi doa selamat untuk dia bacakan sebelum dia fly pegi UK kalau tak silap aku seminggu selepas tu. I wish I was paying attention at that time. Muahahhaha.

8. Reverse back 24 hours before aku fly, on the eve of 31st August 1994, aku melepak di Dataran Merdeka dgn ada sorang awek dok bergayut kat pinggang aku. Bukan awek aku, awek member la. Muahahhaha.

"Subang" itu bukannya sesuatu yg di gantung ditelinga awek2 ataupun brader2 jambu.

9. Orang ramai lah bro. Beribu-ribu-ribu. Nak jalan pon struggle.Utk tak nak bagi separated dan memudahkan perjalanan, kitaorg buat keretapi. So aku kan taff. Jadi aku di tugaskan oleh member2 aku utk jadi kepala kretapi utk mencilok dan mencari kot celah mana kitorang nak balik nih. Sebab member aku tak nak org lain pegang pinggang awek dia, so dia kenelah dok blakang awek dia. Itu pasal awek dia dok belakang aku! Cemerlang. Sungguh cemerlang.

10. Bodoh betul kawan aku tu. Sapa suruh bawak awek pegi tempat crowded. Noob betul. Berapa ramai awek or pada tahun 1994 tu nama glamer dia bohsia, yang kene kenduri raba kat Dataran Merdeka. Lepas sekor, sekor. Mcam kene rogol siol. Pikirlah. Bila sorang je start meraba, sekejap je beratus2 tangan join sekaki. Takde sekor pn boleh tolong awek tuh. Nangis lah dia sorang2. Apakan daya. Tangan ku tak sampai untuk menolong ataupun meraba.

11. Subuh baru aku sampai ke rumah member. Tidur 2 jam, pastu baru balik rumah pak sedara aku yg mak pak aku tumpang di KL ni. Mandi2, pegi Subang Airport (KLIA tak pecah tanah lagi pon!). Baca doa. Cemerlang!

12. Bila kapal terbang touch down je kat Adelaide, aku lega. Alhamdullilah doa aku termakbul. Kata baca doa naik kenderaan tadi kan. Cemerlang!
...di manakah anda pada tahun 1994? Gila ahh aku otai Adeled ......

13. 1 September 1994. Maka bermulalah perjalanan hidup aku di Adelaide ini. Adakalanya aku berjalan, ada kalanya aku berlari, adakalanya aku merangkak, adakalanya aku teraba2, ada kalanya aku mati.

14. Yang pastinya aku masih berjalan. Sampai bila perjalanan hidup aku ini di sini, hanya Allah yg tahu. Mungkin perjalanan aku bernoktah di sini sahaja. Diharapkan sebelum titik noktah itu dipenakan, ada beberapa koma yang mendahulinya.

15. Dan di antara koma-koma tersebut,tercatit, "murah hatinya", "simple dunianya", "kaya akhiratnya", "kaya anaknya", "bininya kaya", "kaya bini". Nokthah. The End.
Cemerlang!

Sekian, mekasey, wassalam.

Kamis, 26 Agustus 2010

Siapalah Wanita Tanpa Pakaiannya......

Salam,
...siri menyelak rahsia wanita kembali lagi. Siri yg di kutuk oleh Malaysian, Singaporean dan Mat Salleh sampai majuk boikot kedai aku. Like I give a shit. Truth is a bitter pill to swallow.

1. Kekadang bila aku tengok awek2 dressing, aku slalu terpikir. Harbour Town tu blakang rumah diaorg ke? Ni anak tokey tudung Jln Masjid India ke? Baju kat rumah diorang lagi banyak dari stock baju Kamdar ke?

2. Kekadang tu aku terpikir ade ke ayatAl-Quran ataupun Hadis yg mewajibkankan org pompuan ni shopping tiap minggu sebagaimana org2 laki wajib smayang Jumaat tiap minggu.

3. Sudah berapa ramai kaum lelaki yg kecundang, mereng dan pokai oleh kerana tebiat awek2 dan bini2 mereka yg kaki shopping. Berapa ramaikah org2 laki yg bicep dia besar sebelah je sebab asyk kene jadi kuli batak angkat shopping bag utk cikaro2 ini.

4. Pastu bila kita tengah letih2 nak berehat bila balik shopping dan nak letak ais kat bicep yg membengkak tu, tetiba ade orang buat "fashion show" dan kita di paksa jadi judge plak.
" Cantik dak baju I ni?"
"I nampak slim dak?",

"Matching tak ngan handbag I ni?",

"Baju ni jarang sangat sampai nampak bra I ke?
"

5. Orang2 lelaki yg bijak akan cepat2 kata
" Pergh, meleleh beb! Tangkap lentok wa cakap lu. Cun giler! Bangga I dapat awek/bini cun mcm U. Ya Allah. Ya Salam!".

6. Jgn memandai bagi jawapan selain drp yang ni. Bahkan jangan terhegeh2 hesitate bagi jawapan walaupun lambat 0.0001 saat sahaja. Kerana jawapan yg silap, maka jawapnya kau kene pegi shopping sekali lagi hari tu jugak ataupun paling lambat besoknya. Pastu the cycle of hell akan berulang kembali...dan lagi ...dan lagi....dan lagi.

7. Seorang ahli falsampah terkemuka, Bukhari Ramli, pernah berpesan kepadaku,
"...kekadang kita ni selalu over-estimate dressing kita"
Maksudnya untuk korang2 yg tidak terpelajar, manusia ni selalu bila dressing rasa macam dialah paling best, paling cun seantaro dunia. Terutamanya baju baru. Macam lah orang lain tengok skali boleh tau kau pakai baju baru! Macm lah bau kedai tu kuat sangat!

8. Tidaklah orang2 perempuan ni sedar bahawa Allah telah menciptakan mereka ini PERFECT DAH. Tak perlu penokok-tambahan. Sebagaimana Allah telah menjadikan orang2 perempuan ni keluar dari perut ibu2 mereka dalm keadaan bogel tanpa seurat benang, sebegitulah keadaan kaum perempuan yang di ...errr.... ingin2kan oleh orang lelaki.

9. Ketahuilah. Orang pompuan adalh pemandangan yg terindah di seantaro UNIVERSE. Tak caya?
-Cuba korang bayangkan matahari terbit di ufuk timur di Maui,, subuh di Piramid Giza, tengahari di rice terrace di Philiphine Cordilleras, petang di Grand Canyon, dan sunset di Zadar.



- Pastu cuba kau bayangkan terbang di celah2 Saturn ring, singgah di The Triangulum Emission Garren Nebula, dan letupan Supernova SN1994D.

10. Bayangkan. Picturekan. Jadikan ia wallpaper minda anda. Sudah?
Pastu kau letak satu gambar bogel awek kat sudut bucu pemandangan tersebut je.

11. Now you tell me. Mata kau kat tengok mana? Sunset? Nebula? Kalau awek tu muka pecah, badan hancus pon, kau pandang tak puas. Betul dak?

12. Manusia sampai sanggup bayar untuk tengok orang perempuan bogel di strippers club. Siap ada macam2 nude magazine lagi. Kat internet, kau cakap lah ANGLE mana kau nak tengok org pompuan bogel ni, semua ada. Orang pompuan berak dan kencing pon ada org layan! Pergh! Manusia ini sungguh melampau.

13. So my point is, pakaian itu is a neccesity. But don't make it an obsession.

14. Pahamilah. Hargailah. Kami org2 laki ni tahan je bila korang pegi shopping. Tapi itu adalh kerana kami sayang. Harapnya2 budi kami yang baik ini di balas Bodi secukupnya.....

Sekian, mekasey, wasssalam.

p/s. Ini baru intro bai.....

Minggu, 22 Agustus 2010

I Am a Non-Practicing Lesbian and I Am Proud Of It

Salam
______________________________________
Election Ozzy

1. Aku tak tengok TV news dan aku tak follow the debate or issues during this election. Apa yg aku rumuskan di sini ialah drpd sikit2 yg sempat aku dengar dlm news di radio on the way pegi keje. So jgn caya sanggat. Aku ni bukannya betul sangat! Muahhahaha..

2. Ozzy election is ALWAYS boring as hell. This election was the lord of boring-ness. Its "shit vs shit"

3. Apa2hal pon, PADAN MUKA JULIA GILLARD ! The back stabbing bitch deserves this. She is already etched in history as the first female PM of this country. But now she is almost certain to be the the shortest PM that ever served (klau tak silap wa)

4. Kesian kat Kevin Rudd. Orang tengah sibok2 memerintah negara, sekali penolong ketua darjah ni merampas tahta plak! Kalaulah Julia chillex skit. Tunggu turn elok2. Aku rasa the voters will not perceive her as ....as apa yer...apanama...ooo....back-stabbing bitch!

5. Lagi satu Julia Gillard silap besar bila dia ingat Kevin Rudd hanyalah mat nerd yg skema. Sekali Kevin Rudd main kotor gak dgn meng-"leak" that makcik ni ada vote against "paid parental leave", baru termenopause kejap Puan Julia.

6. Faktor lain yg menyumbang kpd ke-kantoian ALP (Australia Labor Party) kali ni ialah ke-hampesan kerajaan negeri Victoria dan Queensland yg di perintah oleh Labor. Orang2 nyampah ngan Labor di peringkat state dan ini mungkin menyebabkan mereka tak undi Labor di peringkat "national".

7. Unfortunately, Menteri Besar (Premier) negeri2 ini ialah orang2 pompuan gak! Kristina Kneally di NSW dan Anna Bligh di Queensland. Entah camaner, pilihanraya kali ni memang lah malang utk kaum hawa.
Bilgh, Queensland

Kristina...perghh! Aku posa....aku posa.....aku posa....aku posa....aku posa....aku posa....aku posa....aku posa...aku posa...aku posa...aku posa.....aku posa....aku posa....aku posa....aku posa....aku posa....aku posa...aku posa...aku posa

8. However, siang masih pagi, malam masih muda dan aku masih ada opening utk tiga bini muda. Julia Gillard masih ada chan utk menten sebagai PM. Manatau klau tetiba semua independent setuju utk buat coalition ngan dia kan.

9. Tony Abbot pon aku rimas gak. Macam ada yg tak kene. Lagipon, Liberal Party ni biasanya racist. Diaorg adalah drp anak org2 kaya or elit. Nama party "Liberal" tapi sebenarnya mereka ni langsung tak liberal. Mereka conservative. Masih sujud kat Queen of England. White agenda! Ingat dak, John Howard tak penah sound Pauline Hanson yg racist tuh! Fak Liberal!

10. So, like I said, this election was or is between shit and shit. "Morning Shit" versus "Afternoon Shit". Which one that stinks less?
__________________________________

First Muslim MP elected!

1. This election also delivers the youngest MP(kiri), the first Aboriginal MP (tengah) dan the first Muslim MP (kanan skali). Yeaaaaaaa!!!!! Alhamdullilah! ......but......

2. Ed Husic, "...the son of Bosnian parents who migrated to the country in the 1960s, describes himself as a non-practicing Muslim" (news.com.au)

3. Well, last I checked, the definition of Muslim ialah "orang yang tunduk dan patuh kepada Allah, tanpa sebarang bantahan". Err...I don't know about you, but bila Allah suruh "practice"/amal Islam dan kau tak nak practise, bukankah itu satu bentuk "bantahan"?

4. Bukankah Iman itu bermaksud, percaya dalam hati, tuturkan dgn perkataan dan AMALkan dgn perbuatan?

5. Jadi wujudkah ataupun logik-kah the term "non-practising Muslim"?

6. Semoga Ed Husic tobat cepat2. Kalau tak, masuklah kau ke dalam "Non-Practising Heaven" bersama2 kuncu2 non-practicing Muslim engkau seperti Iblis dan Setan! Meraka telah "melihat"(metaphorically) Allah dan pernah berada di syurga. Tapi mereka enggan tunduk dan patuh kpd arahan Allah.

7. Mujurlah aku ni hanyalah "Non-practising Lesbian". Samalah cam Julia Gillard, Anna Bligh dan Kristina Kneally. We believe lesbianism could be fun but we didn't practice it.

Sekian, mekasey, Wassalam.

Tomato Sources:
1. SMH
2. The Australian, Rudd
3. The Asutralian, Kneally
4. News.com.au

Kamis, 19 Agustus 2010

Apa Pesen Punya Org Islam Gini

Salam,

1. Anak aku pergi sekolah Islamic Collage SA. Kira macam sekolah agama lah ni sikit2. Arini anak aku, Muhammad britau aku kawan dia kene "kick from from the school".

2. Ceritanya, budak tu, A gaduh ngan sorang lagi budak classmate dia, H. So budak A tu tak puas hati, so dia amik pisau dari rumah dia dan bawak ke sekolah tadi. Pastu dia tunjukkan pisau tu kat H pastu dia kata
"I wanna kill you , H!".
H pon cuak lah dan trus britau cikgu. Tup tap tup tap...kene buang!

3. Budak yg bawak pisau tu aku kenal. Mat nigger. Kelakar. Abang dia pon sekolah situ. Jenis layan rap muzik dan bajet nigger US lah nih pdahal baru keluar dari nyumpit kuda belang dibelukar Afrika.

4. Anak aku, A dan H semuanya sebaya. 8 tahun.
_________________________________________
Gangsta

1. Ape nak jadi ni? Ni bukan kes pelik sebenarnya di kalangan komuniti Isam di Oz. Banyak orang2 Islam, especially second generation ke bawah, jadi manusia yg bengong. Jadi penyangak, gangster yg memalukan nama Islam di bumi Ozzy ni.

2. Tak boleh di nafikan, wujudnya racism di sini. Kat Uni mungkin korang tak rasa or perasan sangat. Tapi kalau kau sekolah harian/public school, the racism is very real. Jadi mungkin sebab kene pressure ni lah org2 Islam jadi geng sesama mereka. Jadi bersatu.

3. Masalahnya, budak2 ni bukan bersatu utk menjaga keselamatan diri sendiri. Tapi bersatu untuk pergi bantai budak2 Ozzy yg racist tadi! Lebih2 pulak!

4. Aku rasa msalah ni lebih obvious klau dok East coast (sydney, melben) sebab komuniti diorg lagi besar. Diorg bukan setakat katok. Diorang siap buat kenduri akekah cikaro2 minah salleh sesama kawan2 diaorg yg Islam. Jadi kes besar 4-5 tahun yg lepas. Budak2 sekolah ni aku cakap kau yg macam sial ni. Underage.

5. Bila budak2 sekolah ni besar, diorang pon jadi setan besar pulak. Jadi kaki pukul, perompak, pengedar dadah, bunuh org dll. Bila dah bosan bantai mat salleh, diorg bantai sesama diaorg pulak. Sungguh bijak!

6. Beberapa ari lepas, ada sorang Lebanese ni, 65 yo, Macchour Chaouk kene tembak mati kat rumah dia (1, 2). Atuk ni bukan main2. Dia otai besar Melben. Dia dan anak beranak dia semua keluar masuk jail macam org keluar masuk pasar.
Pakcik janggut tu yg meninggal. Bersama ngan isteri. Al-Fatihah untuk dia. Ntah2 dia dah tobat kan..

7. Dan dia adalah org besar Hells Angels. Siap geng Hells Angels pegi masjid masa semayang mayat tuh! Jangan terkejut. Bersepah2 orang Islam ada dalam bikie gang mcm Rebels dan Gypsy Jokers. Kalau tak silap aku, Boss Hells Angels Adeled ni org Islam.
sekend from kiri ialah anak dia.

...di luar masjid..

8. Bunyi2 bila kau dengar orang2 masuk bikie gang ni macam best kan. Naik motor besar, mencapap kat Hindley, tekel awek. Tapi kat blakang2, bikie geng ni bangsat. Mengedar dadah, merompak, war against other gangs, murder, prostituition, protection money etc.

9. Jadi macam mana kau orang Islam boleh jadi mcam babi ni. Orang Islam tak buat keje gini. Sebab diaorg ni buat taik la abis kita orang2 Islam yg tak bersalah di Ostolia ni kene skali. Paper Ozzy dlm bab ni cepat je tangkap dan citer lebih2 macamlah kita semua ni jahat. Tension wa.
_________________________________
Bajet Bikie

1. Di Malaysia plak, Mat Rempit la yg bajet diorg ni mcam bikie gang. Cuma tak cukup pulus nak beli Harley! Belagak gangster, duit nak beli nasi pon takde. Duit cukup2 buat isi minyak dan beli rokok je sudeh.

2. Walaupun diorg ni gangster cikai taik idung masin, tapi kita tak boleh deny yg diaorang palit taik idung mereka tu kpd kita semua. Macam sial.
________________________________

So apa point aku citer panjang lebar ni?

Entah? Aku nak tidor........

Sekian. mekasey, wassalam.

Minggu, 15 Agustus 2010

Konpius

Salam,

Bukannya aku tak nak menulis di bulan ramadhan. Tapi aku konpius.
Hati aku nak tulis pasal bende lain, tapi otak aku dok pikir pasal benda lain.
Bila aku ada time nak menulis, otak aku dah letih berpikir. So aku tutup blog dan baca news sampai muntah. Pastu tido.
Mungkin benar puasa boleh mengekang hawa nafsu.
Mungkin juga otak aku yg dah tua.

Wassalam.

Senin, 09 Agustus 2010

Pengistiharan Protocol Buka Posa Di Swinging Bowl 2010


Salam,

Dengan ini, gua selaku Penyimpan Motor Besar Raja-Raja Adeled mengumumkan

A) Swinging Bowl akan di buka seperti biasa di Bulan Posa ini, iaitu dari pkul 11am-7pm dari Senin ke Kamis. Pada ari Jumaat pula aku buka dari 11am ke pkul berapa2 aku suka, tapi lepas bukak posa lah kan.

B) Untuk sesapa yg tak posa, adalah amat di alu2kan utk lunch di kedai. Kami akan buat donno je. Tapi offer ini adalah hanya utk cikaro sahaja. Sekiranya ada balakaro yg datang lunch, gambar anda akan di ambil dan di post di fesbuk dan aku akan tag semua org!

C) Tiada lagi 3 Dollah meal during bulan posa. Jgn mengada2 mintak plak. Kang kalau aku sepak kau, abes slim posa aku plak nanti! Kurang pahala tak pepasal. Aku nak masuk syurga! Aku nak romen bidadari-bidadari. Tolong jgn sabotaj plan aku! AMINNN!

D) Akan tetapi Special untuk Bulan Posa ni, korang perlu bayar 5 Dolllah SAHAJA untuk bukak posa di Swinging Bowl dan korang boleh makan (insyaAllah!)......
i- Nasi boleh tambah sampai Kembung
ii- Up to 3 lauk, tapi Satu drp lauk tersebut mestilah Veges!
iii- Air Sirap free boleh minum sampai terkencing. Cincau pon free kalau ada. Bandung pon ada tapi kenelah bayar skit cost dia. Sirap pakai air paip je. Tapi bandung pkai susu lah bro.
iv- Kurma boleh layan sampai lawas.

E) Sekiranya lauk or nasi ada lebih, korang boleh tambah berguni2 lauk pon takdehal. Nak tapau utk sahur seminggu pon boleh, aku tak kisah.

F) AKAN TETAPI, kalau lauk macam nazak je taim dekat2 bukak posa tuh, Aku RESERVE MY RIGHT utk catu lauk satu or dua sorang yer. Sebab kesian kat org blakang. Harga pon aku akan turun accordingly ke 3 or 4 dolllah.

G) Penting ni! Anda di Galakkan BOOKING awal2 sekiranya nak bukak posa di kedai. Ini akan memudahkan aku utk bajet brapa banyak lauk dan nasi nak masak utk korang berbukak. Jadi tak lah tetiba korang datang tetiba lauk/nasi takde kan. Kesian aku tengok nanti. Aku ni kan berjiwa sensitip.

H) Maka, silalah booking paling lambat pukul 2 pm pada hari tersebut. Group booking lagi chantek. Nak booking seminggu or sebulan terus lagi lah hensem macam aku. Sila SMS booking detail anda pada nombor2 Brader2 SB di bawah.

Abang Taff- 0402342684
Abang Hawt- 0402 342 684

Abang Manja -04- 02342684

aBangLa - 04023426 ext 84


I) Aku akan cuba sedaya upaya masel2 aku yg perkasa ini utk meng-smooth-kan the proses. Akan tetapi kesulitan mmg akan berlaku dari masa ke semasa. Jadi untuk sebarang kesulitan-kesulitan dan senjata-senjata sulit yg mungkin akan terdedah, aku memohon maaf siang2.

Tolonglah maafkan aku yer. Aku tanak berdosa. Org berdosa masuk neraka. Aku nak masuk syurga. Aku nak romen bidadari-bidadari.
___________________________

Selamat Menyambut Ramadhan Everybody !
Pertingkatkan amalan masing2. Kurangkan buat kerje tak pekdah ..... mcm baca blog aku contohnya.! Jgn masuk sini dah bulan Posa nih!
Syuuhh....pegi bca Al-Quran lagi baik!

Korang tanak masuk syurga ke? Kang klau masuk syurga, korang boleh ...... err .... nevermind.

Sekian. Mekasih. Wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger