Salam,
1. Lamer giler aku tak update sebab baru dapat konnek internet semalam sejak pindah rumah. Untuk budak2 yg sibuk bertanye, alhamdullilah rumah baru best, tidak aku belum abis kemas lagi (nak tolong ke?), belum aku belum jumpa antu lagi tapi kalau jumpa aku nak suruh dier gi ke maple street broadview untuk kacau arsyad yg bilik sebelah blakang tuh (tolonglah gigit dier!) dan tidak, aku tidak hengin untuk buat house warming.
2. Kembali kepada tajuk di atas. Ade beberapa anasir-anasir m.nasir yg cuba mempertikaikan keenseman aku sejak akhir2 ini. Jadi terpaksa lah aku mepertahankan kehenseman aku denagn hujjah2 yang jitu untuk mematahkan retorik-retorik kosong mereka selama ini
3. Aku ngaku tak ramai yg cakap aku ni ensem..hmmm tak elok nipu..sebenarnye TAK DE sekor pon yg cakap aku ni ensem termasuklah bini aku sendiri. Tapi aku yakin dan percaya bahawasanya ini semue adalah cubaan untuk menjaga keimanan aku supaya tidak di songsangkan dengan riak atau ujub, dan juga taktik bini aku untuk mengelakkan aku memperalatkan wajah sempurna aku untuk kawin lagi satu..ehh silap lagi tiga.
4. Akan tetapi, ramai yg cakap anak aku muhammad (si mamat) ensem lah, kacak la dan macam2 lagi yang naik rimas aku nak taip sebab......aku jeles. Dah lah tu, awek2 drpd kecik2 ke besar2 tua bangka dok terhegeh2 main ngan dier....cisss..Tetapi di sebalik kekeciwaan aku itu timbullah......
DALIL PERTAMA mengapa aku semestinya ensem:
Aku tentunya ensem kerana dari SEGI BIOLOGY, aku adalh penyumbang setengah daripada 46 kromosome muhammad dan aku adalah sole provider of the vital Y-chromosome yg menjadikan mamat tu lelaki. Jadi selain daripada membekalkan alat kemaluan kpd mamat, genetik aku juga tentunya menjadi faktor utama dalam meng-machokan mamat kerana kalau dapat genetik bini aku, maka tentunya mamat akan menjadi kalau "best case scenario" seorang khunsa atau kalau "worst case scenario" seorang mak nyah. So, in summary, anak hensem dan macho mestilah mendapat genetik yang ensem dan maacho dari ayahnya. ie: heridatary.
5. Tetapi aku yakin akan timbul arguments drpd budak2 yg perasan pandai di adeled ni yang ke-henseman tak tak terbukti datangnya drpd chromosome X kerana loci (lokasi) genetik keenseman most likely terletak di merata2 chromosome yang lain dan juga berlakunya mutasi shift atau drift sewaktu mitosis dan meiosis, mengakibatkan genetik heridatary ni tak 100% perfect. Untuk org2 yang bangang (anda semua)....ni maksudnye kalau betul anak kita dapt setengah gene drpd bapak dan setengah drpd mak, mengapakah rupe anak2 mereka tak 100% serupa. Sebabnya adalah kerana ade sikit kelainan di dalam setiap proses pengabungan antara 2 gene yang berbeza itu. Itu kuasa Allah untuk jadikan kita berbeza2. Jadi in summary, org leh kate kalau anak ensem, bapak tak semestinye ensem.
6. Tak pe...no hal lah...beralih kita ke ....
DALIL KEDUA mengapa aku semestinya ensem.
Aku tentunya ensem kerana dari SEGI SASTERA, banyak di kaitkan sifat anak kepada sifat bapak seperti "di mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi" atau "bapa borek anak rintik" (borek dan rintik tu pekejadah?) atau istilah "anak bapak". Kalu bahase omputih plak kite sering mendengar "like father, like son" tak pernah lak dengar "like mother like son" kan. Takkan kite tak caye omputih? So in summary, if son ensem, father ensem to also. Tenkiu.
7. Tapi aku tak lah claim 100% sifat anak aku dtg dari aku. Walaupun ramai org kate muka muhammad macam muka aku seperti cikgu2 muhammad, bini2 postgrad dan macam budak junior yg kate kat nina "ehh tokey SB tu muke dier sebijik mcm anak deir kan kan kan kan kan". Biasenyer klau org tanyer, aku akan cakap "Segala yg baik dtg drp Allah dan segala yg buruk di asbabkan oleh bini aku". Kalau dari segi sastera, walaupon tiada istilah mat salleh "like mother like son" tapi depa ade istilah "son of a bitch". Di mana BITCH tu maksudnye betina atau di kenali juga sebagai perempuan. Jadi istilah SOB ni bermaksud "celaka nyer manusia" dan ia di kaitkan sebagai "son of" emak nyer. Jadi sastera telah membuktikan segala yg jahat datng dari emak nyer and this indirectly imply that segala yg baik dtg drpd bapaknya. Yesssssssssss!
8. Tapi ade org kata satera ni merapu dan org aliran satera ni org bodoh yg tak leh masuk sains stream maser porm 4. Tak pa...hang ingat hang terrer ka! Jom kita ke....
DALIL KETIGA mengapa aku semestinya ensem.
Aku tentunya ensem kerana dari SEGI MATEMATIK punya konsep algebra yg di ajar oleh cikgu rokiah seksi berkebaya ketat dulu,
If X=Z dan X=Y
Therefore X=Y=Z.
Jadi sekiranya kita replace X= "Muka Muhammad" dan Y= "Muka AKU" dan Z=Ensem
So if, "Muka Muhammad"= Ensem , is true
and because, "Muka Muhammad"= "Muka AKU" , is also true,
therefore "Muka AKu" =Ensem
Sesungguhnya muka Aku is trully ensem mathematically.
9. I rest my case your honor!!! You guys can shadupp now! kuah kuah kuah kuah kuah kuah kuah kuah kariiiiiii..
Sekian, makasey, wassalam.
Rabu, 06 Mei 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Comments :
0 komentar to “Tiga Dalil Mengapa Aku Sudah Semestinya Ensem”
Posting Komentar