Senin, 12 Oktober 2009

Nak berzina takpa, asalkan jgn berpoligami sudah.

Salam,

Siri menyelak rahsia wanita kembali. Muahahhahaahha.....terasa mcam thrill sebelum hukuman bunuh plak! Jap aku nak ngucap dulu........ Okay dah.......silakan......
This blog entry was inspired by an article in Sydney Morning Herald

1. Kau tanye la mana2 pompuan dalam dunia ni tak kira sesapa pon, takde sorang pon yg sukakan poligami. Biase lah tuh. Sape lah yg nak berkongsi kan.

2. Akan tetapi, taraf kemeluatan mereka terhadap poligami itu adalh berbeza-beza sebenarnya. Jadi aku selaku pro dalam hal ehwal kewanitaan ni, telah membahagikan mereka kepada 3 kelompok dengan sewenang-wenangnya....

Group pertama: Yang mengakui bahawa poligami itu dibolehkan dalm Islam, dan kalau laki dia mintak kawin lagi satu, dia akan redha kerana yg terbaik hanyalah ganjaran dari Allah,

Group Kedua: Golongan yg belum buat keputusan lagi samada akan bagik suami berpilogami atau tidak, sekiranya ditanya. Golongan ni adalah golongan "wait n see". Bile situasi berlaku di depan mata, barulah mereka akan decide taim tu. Aku rasa majoriti pompuan yg rational (wujud ke) akan kat group ni kot.

Group Ketiga: Ialah grp wanita yg langsung tak boleh, yang pantang tuk nenek moyang, langkah mayat aku dulu punya level, sebelum mengizinkan suami dia kawin lagi satu. Grp ni kalau sebut pasal poligami, cakap pasal org lain kawin dua, hatta lalu depan rumah org kawin dua pon, dia akan terus merepek membebel-bebel macam org kene hysteria. Macam la dia yg di madukan plak. Lebih2 sungguh.

3. Grp yg ketiga ni lah yg bahaya sebenarnya. Mereka tak boleh di bawak berbincang langsung. Malangnya fikiran mereka telah tertutup.

4. Mereka ni lazimnya dah hapal standard skrip mereka macam hapal surah al-fatihah atau skrip drama nurkasih. Biler org cakap pasal poligami jer...ayat standard mereka ialah:

"Oooo...bila nak kawin lagi satu, abang nak ikut nabi, sunnah lain tak pulak...."
" Semayang posa tak tentu...ader hati nak kawin dua?"
"Kalau adinda boleh kawin sampai empat jugak, kekanda nak bagik ke?"
"U pikir la sendiri. U nak ke kongsi I dengan org laki lain?"
"Awak ni mampu ke?"


Ayat2 standard ni lah jugak yg di pakai oleh org2 kapir yg pseudo-antipoligami (sebab sebenarnya mereka ni racist dan anti-Islam) di dalm forum2 dan diskusi2 internet. tak caya , silalah baca bahagaian comment dari article SMHerald kat atas tadi as an example .

5. Dan paling tak best. Paling extreme. Tapi paling common ialah.......

" I tak kira. I nak u ceraikan I jugak. Pegila berbini baru "

dan ayat ini akan di ikuti dengan bertahun2 court case bergadoh pasal rumah, hak penjagaan anak, nafkah etc...In short, messy, brutal, traumatic events for the widow and her children.

6. Contoh golongan ketiga ni sebenarnya banyak di keliling kita..Tenggoklah high profile cases, kau akan jumpa manusia2 yg lagi sanggup bercerai drp berpilogami. Tengok lah Datuk K dan bini tuanya. Bercerai kerana Siti, Tengoklah Akhil Hayy. Dan countless datuk2 yg kawin ngan artis grade B, C, dan DD.

7. Yang peliknya, golongan ketiga ni hate poligami so much yg depa lupa batas haram halal dalm Islam. Diaorang sanggup memaafkan suami mereka berzina drp berpoligami. Mereka sanggup merelakannya dengan menutup sebelah mata bile suami mereka melanggan GRO, meromen pelacur atau menjadi sugar daddy. Yang mereka mahukan ialah title isteri tetap berada pada mereka sahaja. Dan asalkan duit masuk, depa happy. Apa suami nak buat lantaklah.

8. Contohnya, inggat tak kes bunuh Norita Shamsudin, di condo SriHartamas? Ingatkah korang Hanif Basree yg di tuduh bunuh Norita, mengaku selambedog yg dia beromen ngan norita berkali-kali di sepanjang perhubungan mereka. Apa bini dia kata? "Tak pe I maaafkan dia". Inggat kes Altyantunya? Ape bini Razak Baginda cakap? "I maafkan. I forgave him and I will be behind him 100%. Macamana dgn kes2 suami org dan warga emas yang di tangkap "khalwat" kononnya walaupun sebenarnya mereka tu berzina? Apa bini mereka kata. Pecayalah cakap aku. Majoriti respond mereka akan sama je macam bini Hanif Basree dan Razak Baginda.

9. Cube kalau Hanif Basree atau Razak Baginda tanye bini2 tersayang mereka itu ,
"Honey...I am sleeping with another woman at the moment. I feel berdosalah now. Do u mind if I married her becau.......ADOIII!! Apsal U tikam I"
.
Kau nak mampos ?? Letih lah engkau bersilat dengan isteri malam tuh. Nak tido pon takkan aman sebab silap aribulan kene bunuh mase tido. Worst case, peler kau akan kene tebang malam tuh. Pesanan buat para suami. Lepas mintak kawin 2 jgn tido kat rumah. Tido lam dlm keta ke kat hotel ke mana yg patut....mauhahahha

10. So golongan yg ketiga ni, haruslah insaf. Janganlah mengharamkan yg halal sehingga suami membuat yg haram kerana jln yg halal baginya sudah di tutup olehmu. Sekiranya suami anda benar2 layak untuk berpoligami, relakanlah. Sekiranya anda tetap merasakan anda teraniaya, rujuklah mahkamah syariah. Kalau mahkamah syariah buat bodo, pegi la jumpe sesapa yg patut...aku maleh nak sebut nama......

Sekian, mekasey, wassalam.
p/s supremo bloggo go extreme no 13

Minggu, 11 Oktober 2009

Bagan Pinang di belah dua............

makbul doanya....Alhamdullilah..
Salam,

1. Seperti yg di jangkakan semua org, BN menang di DUN Bagan Pinang. At last, lepas berape kali kalah lam PRK (pilihanraya kecil) ntah. Menang besar dgn majoriti bertambah plak tuh 5435 (dulu 2333)

2. So standby lah semua org dengan berita-berita yang akan datang mencurah2 dari langit seolah2 hujan di musim tengkujuh. Berita pasal kemenangan ini akan di ulas, di kupas, di tetas berbulan-bulan atau bertahun2, kecualilah kalau ade lagi wakil rakyat yg gol lepas ni (tunggulah minggu depan..)

3. Segala kekalahan demi kekalahan di PRK yg dulu, akan di ketepikan. Inilah sebenarnya keputusan yg mencerminkan pendirian rakyat sebenarnya. Yang mengyuarakan isihati orang Melayu. Yang mengambarkan pilihan rakyat Malaysia pada ketika ini. Keputusan yang dahulu tu semua sudah tak boleh di pakai. Itu cerita lama katanya. Sekarang ini, pada ketika ini, SEMUA rakyat malaysia telah menerima sebulat hati gagasan BN yg berprinsipkan 1Malaysia dan menolak pakatan pembangkang buat selama-lamanya.

4. Sekarang ni dah pukul 1115 mlm di Ozzy, atau 945 mlm di Malaysia. Di Utusan dan BH dan keluar berita pasal kemenangan BN. Kalu lah BN kalah, pukul 12 tgh malam ke atas , bila org semua dah tido, baru masuk lam berite online. Itu pon sebaris je. Kalau aku usha dlam bernama/Utusan/Berita takde keputusan by pukul 10 malam Msia time, aku dah tau pembangkang mesti menang punya.

5. Sebaliknya, media di pihak pembangkang umumnya dan pihak PAS khasnya, akan merepek2 pula pasal campurtangan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya), ketelusan undi Pos tentera di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di PD sebanyak 4571 undian, ke-berat-sebelahan pihak media perdana yg mengfitnah PAS sebauh parti politik yg ganas atau pengundi PAS semuanya dah mati di tetak oleh penyokong BN dgn pedang samurai.

6. Pihak PAS patut sedar, jika sekiranya SPR itu benar 100% telus, undi Pos itu tiada, media pulak neutral dan penyokong PAS tak mati kene tetak ngan pedang samurai sebab dapat tangkal kebal dari Tuan Guru, PAS TAKKAN MENANG JUGAK PON!!

7. Kaedah mudah untuk kira. 5435 majoriti kemenangan MINUS 4571 undi pos EQUAL TO 864 majority win by BN. Memang org Bagan Pinang tolak PAS. So toksah bising2 la pasal isu tu.

8. PAS kene terima hakikat, mereka hanyalah boleh cuba untuk berkempen. yang menentukan kemenagan ialah Allah. Mereka nak buat camner kalau Allah dah takdirkan org Bagan Serai khas atau org NSembilan amnya, semuanya buta hati tak nampak ke-korupsi-an BN.

9. Mereka tak nampak camner BN begitu ketandusan pemimpin yg berwibawa sehinggakan pemimpin yg tercemar pon mereka jadikan calon. Tengoklah calon BN di permatang pasir, di KT etc.

Eden ucapkan trimaa kasseyyyyyy kpd oghang bagan pinang!!

10. Memang benar Isa Samad telah di hukum dan dia menerima hukumanya dengan tenang hati. Tapi sudikah korang meletak anak dara/mak we/bini korang serumah dengan seorang perogol yang telah menjalani hukuman penjara dan hukuman sebat dengan hati yg tenang juga? Perogol tu pon dah di lepaskan dan selayaknya mendapat kepercayaan orang ramai.

11. Kenape nak letak anak/awek/bini dgn perogol sedangkan org lain pon ader. Eh silap...bekas perogol. Kenape lah nak letak Isa Samad juga. Kalaulah Isa Samad tu calon yg terbaik, camner lah rupenyer calon2 lain yg di reject ye tak? Tiadakah decent people in UMNO selepas pemergian Imam Hadhari mereka?

12. Tapi bak kata aku tadi, nak buat camner org NS bodoh tak reti internet....ehh ye ke aku cakap gitu.....jap aku check. Ehh bukanlah..."buta hati" lah.

Sekian, teriymakasey, wassalam.

p/s supremo bloggo go extreme no 12

Sabtu, 10 Oktober 2009

Thank U My Sifusssssses!!

Salam,

ni adalh entry under Supremo Bloggo Go Extremo Challenge 30 post in 30 days. Dah brapa aku tulis pon aku dah luper...sat nak check...ke 10 rupenye...Lagi 20 to go. Macam takde harapan je.

1. Kemarin 10 oktober adalh besday pertama blog aku ! Yeaaaaa,...... Tak sangka dah setahun aku dok merepek. Ntah ade brape banyak post dah aku buat entah. Giler loser aku macam tak de kerje lain.

2. Masa aku mula2 start dulu, aku blur sikit. Aku tak tau amende pasal blogging nih. So banyak problem la sikit. Daripda masalah material yg sikit, kepda masalah2 teknikal sperti camner nak post utube link, layout etc, kepada legal repercussion drp keceluparan jari jemari ku.

3. Kira-kiranya, my first year blogging ni macam my first year kawin. Dalam masa setahun tuh, banyak giler yg kene belajar dan practicekan untuk memperfectkan stail sehingga aku berada di posisi yg selesa sekarang ni..

4. Jadi sebagai budak baru belajar, aku memerlukan Sifu. Jadi aku pon surveylah blog2 yg ade, dan yg mane yg kaw2 tuh, aku jadikan diaorang sebagai my sifu samada diaorang sedar ataupon tidak. So kepada diaorang ni, ada bende yg aku tanyer terus atau SMS, dan ada yg aku just usha drp blog depa hari2. Mane yg elok, aku cilok, maner yg tak sesuai ngan aku, aku tolak ketepi lah tanpa britau depa sebab biaq pi blog depa pelingkup aku apa kisah sebenarnya!!

4. So to my Masters. Tenkiu.

A. Master Ihsan Huhu from Makan Tido Berak (http://makantido.blogspot.com/)
- the first blog yg aku kenali. Muk dan Zarip britau aku. So biler aku usha, baru aku paham apa itu blog.

- my first impression, laaa...aku boleh buat lagi gempaq! Muahhahaha. Terus semangat nak buat gak.

- from Sifu Ihsan aku belajar camner kita tulis ape yg kita suka lantak org lain, grammar dan ejaan boleh pegi mampos, bahase inggelis boleh di eja kot melayu, gayabahasa yg selambedoggy-style, camner nak softcore carut yg aku dah adept tapi aku dah push the limit to mediumcore dah, kene rajin jawap komen org, kene rajin mengomen kat blog org, kene tulis kat layout blog links org yg link kat kita dan lain2 link yg berlink kepada link yg asalnya link kpd link yg sejati.

-widget yg aku cilok......shoutbox

-Gracias amigo....sebab ajar aku camner nak embed U-Tube dlam blog. Jenuh gak nak explain tru the fon.

B. Master Fakir Fikir from FakirFikir (http://fakirfikir.blogspot.com/)
- blogger tegar yg tulis blog kat internet sejak dari zaman monitor kaler ijau lagik kot.

- Masa mula2 aku start baca blog dia, mak datuk smoothnya penulisan dia. Cam pongkok baby lepas boh bedak johnson n johnson. Sesunggunya aku masih jahil ketika itu. Itu baru post biase je rupenya. Biler dia start tulis dgn penuh feeling macam ceriter pasal kawan dia Din atau pasal aniversary dia arituh,....CiSS!!......tak de harapan langsung aku aku nak challenge. Sungguh hebat sampai aku tak sanggup nak baca setiap patah perkataan sebab silap aribulan boleh nangis aku. Tak macho la bro.....Cilakak la lu!

- dari Sifu FakirFikir aku belajr tok sah berangan nak lawan sifu. So dari segi bahasa aku memang dah pegi to the other extreme...the bangang side. Tapi aku cuba untuk buat ayat2 yg smooth macam fakir fikir dan seterusnya menghasilkan jln ceriter yg jelas, yg tak terlalu celaru atau terlalu berat untuk minda2 rapuh pelajar warisan bangsa kita di Adeled ni.

- Paling berharga ialah the talk we had about ISA, OSA, Akta Cetakan dlll. Baru aku tau aper yg boleh dan ape yg tak boleh di siarkan. So baru trase best biler aku go over the law/buat salah. Ala macam budak2 rambut panjang mase sekolah kan trase hebat. Biler rambut panjang lepas sekolah, sekor pon tak heran, so ilang thrillnyer dah.

- Tak lupa gak tiap kali aku chat ngan engkau. Banyak giler ilmu baru mencurah2 aku download dari otak engkau yg terober pikiaq tuh.

-Widget yg aku rembat....musik box. Tapi kejap je aku letak sebab aku takut jadi lembap biler org nak bukak page aku. Fakirfikir tak banyak widget. Layout simple. Senang.

C: Master Abg Ben from Krenmaut (http://krenmaut.blogspot.com/)
- Sekor lagi dinosour dalm bloggosphere. Meter counter dia dah habis pusing seround dah kot dan sekarang baru start balik. Gilos. Ape tangkal ke petua dia pakai ntah. Kalau org cakap dia pakai spender yg sama setiap kali tulis blog sebagai pelaris pon aku caya sebenarnya

- First taim aku baca blog dia, hulamek! Hape ke jadah lah kau dok cakap pakai jargon2 metal tuh. Bile bace album rebiu abg ben, kau bole nampak jelas mendalam sungguh ilmu metal nya.

- Dari Sifu Ben, aku belajar yg walaupun basically theme blog dia adalah metal, tapi tak kesah lah kalau dia nak merayap ke topik lain macam tablighnya, anak2 etc. Satu lagi ben telah tunjuk betapa dia sanggup mengorbankan apa saja termasuklah isi perutnya untuk meng-rebiu air pelik2 yg dia dok balun. Komitment atau istiqamah abg ben menghapdet blog dia dalam bizi-bizi buat PhD memangla aku respek.

-widget yg aku copy paste dari abg ben? Giler!! Semua kot. Dari jam, counters, feedjit sampailah yg terbaru...Linkwithin ala yg bawah tu tulis "anda mungkin meminati" tu la. Muahahaha... jgn marah ye bro. Lu pening2 kepala carik yg best, gua rembat senang2 je.

So, Sekian,
Teriymakasey kpd pembaca2 blog aku...semoga tak jadi Gilo
Teriymakasey to my Sifussses!!!


ihsan huhu.....biol macam biasa! aku hensem macam biasa gak!

Dari kanan macam baca Al-Quran......gua, Abg Ben berpasukan hijau, dan FakirFikir berjaket ensem...(jari nyebok tuh..Sidi..nate mung!!)

Wassalam.

Jumat, 09 Oktober 2009

Awek nasyid berkopiah layan fengtau....sampai jeles sekor beruk.

Salam,

1. Aku ni jenis dengar semua jenis music............kecuali nasyid (dari zaman raihan ke atas) dan boy band yg sungguh terasa GAY biler aku layan. Tapi, aku tak leh dengar satu genre music jer forever sebab aku cepat rasa bosan. So aku ni ader musim. Tahun ni je aku dah ada musim rokapak, pastuh grange, pastu rap, pastu rock matsalleh, pastu pop mat salleh, pastu faizal tahir/aizat, nostalgia 90s matsalleh, dan now.....TEKNO!!!! FENGGGTAAUUUUUU.........

2. Apa itu tekno/trance/house? Apa itu fengtau? Baca sendiri kat wiki. Ada sejuta sub-genre. Yg aku tau bunyi dia DUBB DUBB DUBB DUBB DUBBB!!.....dan masa kau dengar, kau trase macam nak terlompat2 macam Ringgo (bukan name beruk) atau Jinggo (yang ni beruk zoo adeled) kene cucuh curut berapi kat buntut, itulah tekno. Jom layan lagu ni. Pak haji pon layan tekno!!


Sessi qiamulail Haji Gigi

3. Mana lah mamat ni rembat kopiah aji tu? Mesti mak dia inggat dia nak pegi surau mase keluar rumah tadi. Nasib baik dia tak reti putar serban. Kalu dak, next gig kene suicide bomber konsert dia...

4. Baru ari tu aku dengar sorang pakcik ni merepek pasal naper semayang kene pakai kopiah. Dia naik hangin bile semayang kat sini/Ozzy, tok imam ari tuh tak pakai kopiah. Bagik dia tak pakai kopiah semayang tu nyaris2 kira tak sah lah gitu. Dia lupa, abu jahal, abu lahab dan entah2 org yahudi kat madinah tu dulu pon pakai serban dan jubah dan cakap arab lagi. Lain kali aku jumpa pakcik merapu tu aku nak tunjuk dia video Gigi D'Agostino tu. Mesti dia happy Gigi pakai kopiah.


Bila Gigi bagik tazkirah, semua org terlompat2. Sebab tu Gigi tak bagik khutbah jumaat...

5. Kalu makpak Gigi tu melayu, mesti dia inggat anak dia buat group nasyid sebab keluar malam2 pegi studio pakai kopiah. Kan budak nasyid pakai macam2 kat kepala, dari kopiah, ke serban, songkok, kopiah turki, kopiah uzbek, berret, tak pakai apa2 pon ader. Ntah ape ke jadah. Tgk kopiah yg budak2 raihan dok pakai. Tak pepasal sekarang org panggil kopiah raihan.


boys in a band
6. Dengan ini aku istiharkan kopiah Gigi sebagai Kopiah Clubbing!! Jom pakai ramai2 pastu gi Clubbing!. Mesti club tu kosong dlm masa 0.5 saat sebab org ingat ader raid!

7. Itu yg aku dah lama dah buat konklusion. Untuk buat grp nasyid kau kene memenuhi 2 kriteria je. Satu kene pakai kopiah yg org lain tak pakai lagi dan kedua boleh posing dengan muka yg beriman.

8. Wokay, STOP pasal grp nasyid. Kang aku jadi emo dan tulis sampai 12 jilid menghentam grp nasyid. Cukuplah korang baca sendiri kupasan tentang nasyid yg aku terjumpe lam internet. Sila lah usha kat saiful islam atau kat kelapa muda. Ni kupasan negatif. Kan aku ni bias. Nak baca yg positif carik sendiri.

9. Satu je aku point aku nak cakap gak. Untuk group2 nasyid, AWEK DIA....... fulamak weii!!. Awek2 yg fan genre nasyid semuanya boleh pakai. Awek yg boleh buat bini. Fans genre yg sekeras2nya mcm abg ben death metal sampailah ke selembut2nya boy band , semua nya pandang boleh, nak buat bini mintak di jauhkan!

9. Sebab tu ramai giler grp nasyid lelaki. Saham naik doh! Jadi dgn ini saya ingin mengesa kpd sesape yg pandai nyanyi tapi tak de awek macam Ringgo (beruk tadi.....) contohnya untuk buat grp nasyid. Walaupun mukamu huduh, akan ada awek yg akan berkenan juga insyAllah kerana awek2 nasyid tak usha muka. Mereka hanya mengusha iman di hatimu................dan bukannya Your Ding Ding Dong!!!!!



Sekian, makasey, wassalam

p/s lawak siot ending aku....biarlah aku puji diri sendiri...muahahhahahah

Selasa, 06 Oktober 2009

Membebel



aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Salam.

1. Alamak. Siol. Abis terdelete post aku.

2. Aku sebenarnya tengah tulis post pasal bende lain tadi sampai point no 7. Sekali aku tertido. Celik2 ader hurup "aaaaa" yg kat atas tu jer!! Aku tertido ngan jari kelingking aku atas hurup "A". Gilo.

3. Sekarang.....Mane pegi post aku tadi entah. Letih aku dok susun2 ayat cun tadik. Dah lah topik best. Aku kene tulis balik dari asal lah gitu. Mampos! Sekarang dah pukul 1.30 am, malam besok lah aku buat balik.

4. Camner boleh ilang hah? Bukannyer aku terdelete atau terhighlight pastuh tulis hurp "a" pon on top. Ni mesti autosave buat dajjal nih.

5. Letih sangat kot aku nih. Bini aku pernah cerite, one day masa dok baring2 sebelum tido, dia dok cerite punyalah syiok kat aku, cerite apekejadah ntah . Basically dia dok tanya boleh tak besok nak buat bende-ni, pegi ke situ sini etc , kat aku.

6. Besoknya dia tengok aku pelik semacam dan terus bebel " ...ehh naper tak siap, kater nak pegi?" Aku jadi pelik. Nak pegi maner plak? Dia kata "Hai! Kan dah ceriter semalam". Dan dia kata aku dah siap kata, "HoKay!", "No Problem!"

7. Aik? Celah maner? Biler plak aku cakap gitu. Tak de langsung lam memori atau memoir aku pon. Muahahahhahaa.......aku dah tahu kenape.

8. Ni lah side effect kene bebel banyak sanggat. Telinga aku sekarang ni dah ader suis On-Off. Kalu org pompuan cakap lebih dari 5 patah perkataan atau cakap bende yg aku tak suka dengar, telinga aku akan Auto-Off. Mulut aku pulak akan Auto-On......"Ahak, Hokay, No problem"......Ahak, Hokay, No Problem......sampai la bini aku abis cakap.

9. Contohnya:
-kenape kekanda tidak menulis blog mengunakan bahasa baku bla bla bla.....Ahak, Hokay, No Problem.
- Tolong buang sampah boleh.........Ahak, Hokay, No Problem.
- Jom makan......JOMMM
- Anak berak, sape nak salin pampers.......Ahak, Hokay, No Problem.

10. Adakah aku akan buat bende yg aku cakap Ahak, Hokay, No Problem tu? What do U think?

11. Jadi nampaknya aku terbawak2 cakap gitu mase aku tido gak. Bengong betul. Dah jadi auto-pilot plak. Tapi bende ni bahaya sebab buatnye bende penting bini aku dok bebel mase aku dok syok bermimpi yg syok, tak ke dangerous.


12. So selaku seorang yg genius dan ensem, aku telah pesan kat bini aku, lain kali, mase dok stori bende2 penting, cube lah tanyer soalan2 rambang sikit kat aku, untuk test consciousness aku. Soalan tu jawapan dia TAK BOLEH yes/no atau Ahak, Hokay, No Problem.

13. Contohnya:
- Berapakah huruf "w" di dalam perkataan "intercourse".....So kita nak beli rumah yg ader doblas bilik ke lima puloh enam garage?
- Berapakah, 345 kuasa 45 kali punca kuasa dua 144 kali 0 campur 23 juta? ......Jadi boleh tak kita pegi venice dan swizerland bawak bini baru abang a.ka.a madu I yg terchinta tu...?
-Siapakah agak2nya akan jadi Perdana Menteri "Wanita " Malaysia yg kedua selepas Nurul Izzah yg cun nak mampos tuh? Erra fazira ader chan ke bang?........So abang nak posisi mana......perabut2 ni kena susun elok2 kang jadi feng suwey!
- Kekanda dok tolong usha awek-awek farmasi tahun maner tuh untuk kawan2 kekanda?.........Ke kekanda dok usha untuk diri sendiri......(ehh!! takkan la kekanda usha awek lain pastu tulis dalam blog.Itu memebuka pekung di dada namanya!...Walaupun ia adalah caber line yg terbaekk!!)

14. Walaubagaimanapon ader gak soalan2 yg jawapannya Yes/No yg boleh di terima kerana soalan itu dah cukup power untuk menge-charge balik hotak aku yg switch off tadi. Contohnya:
- abang nak saya senyap ke?
- kalau abang nak kawin satu lagi saya bagik nak tak?

Sekian, mekasih, wassalam

22 post to go in Bloggo Extremo Challange

Senin, 05 Oktober 2009

Satay Nipple perasa Fuzzy Wuzzy


Salam,

1 .Alhamdullilah. Minggu yg cukup bizi untuk aku telah berlalu. Weekend arituh, aku niaga kat Moon Lantern Fetival aka Pesta Tanglung. Jgn tekejut. Kat adeled, ostolia pon ada.

aku amik gambar tanglung ijau jer.........TAKBIRRR!!

2. Mula2 agak saspen gak aku sebab takde Arshad. Dia balik negeri beraya. Sebagaimana Formula-1 dan MotoGP memerlukan gadis litar untuk menarik penonton, begitulah juga fungsi arshad bagik aku. Dia ni kira macam pelaris lah untuk aku!!

3. Arshad ibarat ajinomoto kepada masakan. Ibarat sport-rim kepada tayar. Kalau takde, masakan tu tetap boleh di makan, tayar tu pasti berpusing. Tapi kurang oomph dan stailo la skit!

4. Itu pasal bila aku meniaga on that day, waktu siang hari slow sikit. Tapi bila dah masuk malam, baru pikap. Sebab masa siang ari, org boleh nampak arshad tak de. Bila dah malam ....... no one can tell !!

5. Lagipon, aku selaku seorang genius yg kacak, dah siang2 mintak Ringgo keje malam tu sebab ketinggian dan kulit dah lebih kurang sama. So malam tu Ringgo jadi body double a.k.a stunt-man untuk arshad la.

6. Hari tu cun, tak hujan, just nice. Cuma ada slight breeze of chilly air, yang menyebabkan nipple aku mengeras atau meng-chokeng dlm bahasa ibunda aku (kelate).


dari kiri: my second sister, nyah breast implant A-cup, "Arshad"

7. Nampaknya, nipple aku je yg mengalami erection tapi nipple Ringgo dan Arif tidak teruja sikit pon. Sudah pasti ini disebabkan oleh dada aku yang lebih tough bermuscle daripada kanak2 tersebut. Nipple budak2 pompuan dah sah2 tak nampak sebab dia orang pakai bra. Mungkin, in the future I might consider wearing a bra as well.

TQ everibodi. The team from left: arip, wani, hazerq, yani, "arshad". Team cocok satay (not in pic): ayie. Pemain gantian/subs: nizam.

8. Cakap pasal nipple ni, teringat aku 2 minggu lepas Ringgo gelakkan aku pasal tak tau main game Fuzzy Wuzzy. Ni adalh word game yg budak2 zaman celik IT sekarang suka main in a group. Game ni pelik sebab the actual rules tidak di beritahu. In fact the game is to guess the rules of the game.

9. Sorang akan bagik satu sentence yg mesti follows a particular pattern iaitu "fuzzy wuzzy likes/suka....X(isi tempat kosng), but fuzzy wuzzy don't like/tak suka.....Y(isi tpt kosong)". Kemudian org yg tau the rules akan bagitau samada ayat tu betul atau tidak...according to the secret rule.

10. Contoh2 yg correct ialah,
"Fuzzy wuzzy likes klcc, tapi tak suka klia"
"Fuzzy wuzzy likes door, tapi tak suka pintu"
"Fuzzy wuzzy likes samy vellu, tapi tak suka karpal singh"

So sekarang korang kene guess apa pattern pada ayat2 tuh. Tapi kalau korang nampak patternnya, jgn bagitau kuat2 apa pattern tuh. Koarang kene bagik contoh dalm ayat jugak untuk britau/hint org lain yg kau pon dah dapat pikap apa rules-nya.

11. Mula2, aku memang tak leh pikap apa pattern-nya. Tapi aku boleh di maafkan sebab aku ni dah tua dan otak pon dah season sikit. Tapi kerana kegeniusan aku sungguh melimpah ruah, maka aku telah mengoogle apa kejadah rulesnya game ni. So now I know........

12. So kepada budak2 yg tau the rules,

"Fuzzy wuzzy likes nipple tapi tak suka puting tetek!"

Betul ke tidak?

Sekian, terima kasih, wassalam

p/s kepada ringgo dan ciswani, ...fuzzy wuzzy likes inggat tapi don't like ingat.......

Minggu, 04 Oktober 2009

6. PART 3 :The Solution forTabung Bantuan Perubatan Kementerian Kesihatan

Salam,
emo emo emo emo emo emo emo.......
part 1
part 2
and now part 3

1. There are generally 3 ways to go if u want to solve this problem.

2. Cara pertama ialah kita berdoa kpd Allah supaya kita tidak di uji degn musibah yg tak mampu kita tanggung. Kita juga berdoa supaya org yg di timpa ujian masalh kesihatan sebegini di permudahkan urusan mereka. Kita juga patut bersyukur dgn apa yg Allah telah berikan kpd kita, dari segi kesihatan , tubuh badan yg tiada cacat compare to people yg tak bernasib baik etc.

3. Cara kedua ialah kita mesti cuba untuk mengubah the system. System pemberian bantuan kewangan kpd org yg memepunyai masalh kesihatan hendaklah di ubah dari segi fundamentalnya. Instead of meletakkan the effort kpd mak pak budak or pesakit itu sendiri, kementerian kesihatan lah yg sepatutnya memainkan peranan utama. Pihak KK tidak boleh menjadi pihak pasif. Merekalah yg patut aktif dalam memburu pesakit2 yg layak dan memproses pemohoinan mereka. Pesakit2 tidak sepatutnya di beban degn proses pemohonan. Dahlah sakit, kene tambah sakit mintak pulus pulak.

4. Pihak yg mememegang tampuk kuasa sekarang, adalh amat reluctant untuk merubah the sistem. The system suits them because depa tak banyak keja. Kalau KK nak memainkan peranan yg aktif, depa yg kene berkejar kehulu kehilir. Sorrilah depa nak buat gitu.

5. Politician only gonna concern about this matter if dia org yg kene. Bila one of them affected baru depa terkocoh2 nak buat kerja. Contohnya, bila Hendon bini Pak Lah kene breast cancer, baru nak buat tabung breast cancer etc. Contoh lain ialah bila anak Mustapha Mohamad dan Anuar Musa (both menteri kabinet masa tu) dtg belajar kat Australia under government scholarship, baru nak naik scholar.....naik 100% plak tuh. Apa/adakah budak2 yg datang hanya setahun awal drpd anak2 menteri tu dulu duit scholar mereka dah cukup dah. Tetiba pulak dalm masa 1 tahun, the cost of living kat ostolia naik drastically sampai 100% !!

6. So, to change the system, we will need to hurt the politician where its hurt. Shove the problem up their ass by voting against them in the next PRU. Hopefully, the next leadership will do better........muahhahahhahahahhaha.....dream onnnn!

7. The problem with a political change is the danger of replacing an asshole with an anus, replacing shit with crap, replacing org bangsat with org celaka. Lagi pon to topple the government is not easy. A lot of people benefit from the current government and they will fight every inch along the way to preserve the system. Jgn lupa golongan yg langsung tak peduli pasal politik, yang hidup dalm alam fantasi kepompong minda mereka sendiri. Juga golongan old school yg afraid to change seperti org Johor muahahhahah..kene sebijik!

ape ke jadah relation between the stori and the picture aku pon tak tau....

8. So cara yg ketiga dan yg terbaik on my opinion, yg boleh kita ambil untuk menolong org2 yg memerlukan bantuan kewangan dalam masalah kesihatan ialah we go private. Buat badan NGOs macam Red cross, Mercy, Médecins Sans Frontières gitu. Kita kutip funding from private/individual sources. Kita pilih org2 yg benar2 nak buat kerja dan gajikan mereka if needed so.

9. Okay. Thats it. The End. Lepas beban emo aku pasal isu tabung kesihatan ni. Aku tau tulisan aku mungkin memboringkan sesetengah pihak dan tulisan aku ni takkan merubah anything kot. But U know where I live/niaga. You can come to my house or kedai and kiss my bum anytime. Muahahhahahaahaa.......

mmuaaahhh..I lap U!!

link org lain yg emo gak pasal tabung kesihatan ni, sila klik ke so, duo tigo.

24 post to go

Sekian, mekasih, wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger