Salam,
1. Seperti yg di jangkakan semua org, BN menang di DUN Bagan Pinang. At last, lepas berape kali kalah lam PRK (pilihanraya kecil) ntah. Menang besar dgn majoriti bertambah plak tuh 5435 (dulu 2333)
2. So standby lah semua org dengan berita-berita yang akan datang mencurah2 dari langit seolah2 hujan di musim tengkujuh. Berita pasal kemenangan ini akan di ulas, di kupas, di tetas berbulan-bulan atau bertahun2, kecualilah kalau ade lagi wakil rakyat yg gol lepas ni (tunggulah minggu depan..)
3. Segala kekalahan demi kekalahan di PRK yg dulu, akan di ketepikan. Inilah sebenarnya keputusan yg mencerminkan pendirian rakyat sebenarnya. Yang mengyuarakan isihati orang Melayu. Yang mengambarkan pilihan rakyat Malaysia pada ketika ini. Keputusan yang dahulu tu semua sudah tak boleh di pakai. Itu cerita lama katanya. Sekarang ini, pada ketika ini, SEMUA rakyat malaysia telah menerima sebulat hati gagasan BN yg berprinsipkan 1Malaysia dan menolak pakatan pembangkang buat selama-lamanya.
4. Sekarang ni dah pukul 1115 mlm di Ozzy, atau 945 mlm di Malaysia. Di Utusan dan BH dan keluar berita pasal kemenangan BN. Kalu lah BN kalah, pukul 12 tgh malam ke atas , bila org semua dah tido, baru masuk lam berite online. Itu pon sebaris je. Kalau aku usha dlam bernama/Utusan/Berita takde keputusan by pukul 10 malam Msia time, aku dah tau pembangkang mesti menang punya.
5. Sebaliknya, media di pihak pembangkang umumnya dan pihak PAS khasnya, akan merepek2 pula pasal campurtangan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya), ketelusan undi Pos tentera di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di PD sebanyak 4571 undian, ke-berat-sebelahan pihak media perdana yg mengfitnah PAS sebauh parti politik yg ganas atau pengundi PAS semuanya dah mati di tetak oleh penyokong BN dgn pedang samurai.
6. Pihak PAS patut sedar, jika sekiranya SPR itu benar 100% telus, undi Pos itu tiada, media pulak neutral dan penyokong PAS tak mati kene tetak ngan pedang samurai sebab dapat tangkal kebal dari Tuan Guru, PAS TAKKAN MENANG JUGAK PON!!
7. Kaedah mudah untuk kira. 5435 majoriti kemenangan MINUS 4571 undi pos EQUAL TO 864 majority win by BN. Memang org Bagan Pinang tolak PAS. So toksah bising2 la pasal isu tu.
8. PAS kene terima hakikat, mereka hanyalah boleh cuba untuk berkempen. yang menentukan kemenagan ialah Allah. Mereka nak buat camner kalau Allah dah takdirkan org Bagan Serai khas atau org NSembilan amnya, semuanya buta hati tak nampak ke-korupsi-an BN.
9. Mereka tak nampak camner BN begitu ketandusan pemimpin yg berwibawa sehinggakan pemimpin yg tercemar pon mereka jadikan calon. Tengoklah calon BN di permatang pasir, di KT etc.
10. Memang benar Isa Samad telah di hukum dan dia menerima hukumanya dengan tenang hati. Tapi sudikah korang meletak anak dara/mak we/bini korang serumah dengan seorang perogol yang telah menjalani hukuman penjara dan hukuman sebat dengan hati yg tenang juga? Perogol tu pon dah di lepaskan dan selayaknya mendapat kepercayaan orang ramai.
11. Kenape nak letak anak/awek/bini dgn perogol sedangkan org lain pon ader. Eh silap...bekas perogol. Kenape lah nak letak Isa Samad juga. Kalaulah Isa Samad tu calon yg terbaik, camner lah rupenyer calon2 lain yg di reject ye tak? Tiadakah decent people in UMNO selepas pemergian Imam Hadhari mereka?
12. Tapi bak kata aku tadi, nak buat camner org NS bodoh tak reti internet....ehh ye ke aku cakap gitu.....jap aku check. Ehh bukanlah..."buta hati" lah.
Sekian, teriymakasey, wassalam.
p/s supremo bloggo go extreme no 12
Minggu, 11 Oktober 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Comments :
0 komentar to “Bagan Pinang di belah dua............”
Posting Komentar