Senin, 19 Oktober 2009

Kara-Okay ke Kara-TakOkay?

ni bukan budak adeled, walaupun aku dah gatal tangan nak letak gambar budak 2 adeled sebenarnya......ni budak mane ntah aku tibai dari internet....
Salam,

1. Bila aku cakap aku ni dah lama gile babi dok kat Adeled ni, ramai budak2 gelak2 je kat aku. "Perasan ozzy" diaorang kata. Aku sedar aku ni dah tua sebenarnya. Tak nak sorok2 dah. Panggil aku pakcik je lah lepas ni.

2. Bile pakcik datang sini dulu, Sunway lagoon ke ape makdatuk Sunway yg ader tu, belum wujud lagi tau. KYS tu pon pakcik tak tau amende. Pakcik inggatkan shortfom untuk "Kiss Your S". Rupa2nya sekolah budak2 Gay. Patutla. Padan dengan namanyer. Air apa yg keroh gamaknya di Air Keroh tu Ringgo (bukan name sebenar pelajar poyo tajaan Petronas di Adeld ni)?

3. Apalaga? Raihan belum ada lagi, CT Nurhaliza belum glamer lagi, M Nasir baru nak naik, skill belakon Awei masih macam taik dan Normala Shamsuddin telah memulakan fetish aku terhadap janda2 hot yg membawa kepada fanaticism aku terhadap Rozita Chek Wan sekarang ni !!

4. Karoke, karoeke, karaokay, karaoke.....cilanat punye istilah, nak eja pon susah....aku panggil karock sudah. Karock ni pon di zaman pakcik muda2 dulu, hanya sekor dua je manusia bebal yg ade set karock kat rumah.

siap tanggal seluar lagi, standby kalau kene gi tandas lepas nyanyi lagu peneran/pelawas berak

5. Tapi sekarang karock dah jadi mcam biase. Korang pon dok gi karock selambe je macam pegi pasar malam je gitu. Kat Malaysia, org dok berkarock bersama keluarga lagi. Sudah menjadi salah satu aktiviti popular untuk keluarga bergembira dan beristirehat selepas penat bekerje.

6. Pakcik dulu, kami sekeluarga beristirehat dan bergembira dengan mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sambil memamah kacang rebus duduk bersila di depan kedai buku Jaafar Rawas di KayBee. Mungkin kerana barokah itulah, ia menghasilkan individu seimbang seperti pakcik ni! (sape tadi ntah yg gilekan Rozita tadi ntah?)

7. So kepada korang budak2 karock, aku nak bertanya?

"Wahai manusia? Apakah hukumnya berkarock ni? Sudahkah korang menge-check fatwanya? Sebab aku malas nak check sendiri. Dan karock ni macam best. Kalau halal, jom minggu depan pakcik bolanjo!!"

8. Pakcik selalu terfikir. Takde ke karock yg pasang surah2 yg indah drpd Al-Quran-ul Karim, yg ader tulisan arabnya dan ader "titik gedik" yg bergerak dari hurup ke hurup, ikut panjang pendeknya (mad...org ngaji panggil) macam dalam lagu tu la.

9. Pakcik juga selalu terfikir, mengapakah Allah menjadikan pakcik ni genius.

sekian, terimakasih, wassalam.

Comments :

0 komentar to “Kara-Okay ke Kara-TakOkay?”

Posting Komentar

About Me

Blog Archive

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger