Senin, 30 Maret 2009

Balik negeri.....

Salam,

1. Sori lambat nak letak post baru sebab aku dua tiga ari ni berhempas pulas di malaysia dok bayar bill yg tertunggak. Sekarang dah settel. Tapi sekarang aku dok berkerja keras bayar bill 3 bulan yg ke depan ni plak.

2. Jadi aku sekarang ni ader kat malaya selama seminggu. Ade org kate jgn bagitau org aku tak de sebab nanti awek2 dan budak2 gay adelaide tak dtg kedai sebab muka hensem aku tak de.

3. Tapi mak aku dah pesan , menipu tu tak elok. Kita hendaklah bercakap benar sentiasa. Jadi aku pon letak lah sign kat atas tu di kedai aku dengan message yang tulus suci penuh dengan kebenaran semata2.

4. Aku balik malaya ni korang jgnla mengfitnah aku, kata aku balik ni macam mat bangla atau indon balik negeri dengan bawak duit berguni2 bagik anak bini. Kalau lah duit aku berguni2, lebih baik aku guna duit tu carik bini muda kan? Tapi memandangkan pulus aku negatif, maka option untuk balik malaya kepada bini tua adalah lebih economical. Itu pasal aku balik.

5. Walaupun duit aku kritikal dan timing plak tak cun sebab sekarang ni time bizzy, tapi aku sedar yang aku WAJIB balik bila aku raser macam nak terkam je sekor2 anak dara org yg dtg kat kedai aku tu.

6. Tapi bila balik ni, aku rasa rugi kalau aku balik hanya dengan satu matlamat shj. Selaku seorang yg efficent, aku telah membuat objektif2 sampingan untuk memanafaatkan sepenuhnya kepulangan aku ke tanah air ni.

i. menghadiri perhimpunan agung AMNO untuk usha awek puteri amno atau janda wanita amno yg hot!

ii. mengundi KJ selaku ketua pemuda.- tak sempat, tapi kalau sempat pon aku dah tak layak jadi ahli pemuda dah....aku dah veteran mcm datuk K. Tibalah masanyer untuk aku kawin artis gak.

iii. mengusha bini2 cun melecun datuk2 dan tan sri2 AMNO sebagai sumber inspirasi untuk berjaya di dalam perniagaan.

iv. mendaftar mengundi untuk kawasan batang ai, serawak. Sebab kat bukit gantang ngan bukit selambau dah konpirm BN hancus. Walaupun aku tak sempat mengundi, tapi aku sudi name aku di pengundi-hantukan untuk kebaikan kerajaan kita tercinta iaitu barisan national. Daulat najib!

v. menggocoh penyokong bolasepak negeri sembilan yang gila sasau datang ke KB untuk sapport team loser bola mereke malam 31 march ni. Aku dah detect sekor dah arini kat KB ni. Aku nampak bro Gayour di pesta buku kelantan tadi. Malam esok ekau datang ko stadium tu kalau ekau boghani. Baghu ekau tau apokobondo maknonyo "hoben jang hoben " tu.

vi. meeting ngan abang razak baginda kejap

vii. memberi peluang kepada cek mek kelate untuk ngorat aku. Mana aci hanya mat salleh dan awek2 melayu kat ozzy jer yg bole ngorat aku. Aku kenalah berlaku adil dan saksama kan?

viii. mengorat awek air asia. Aku ader 4 peluang untuk ngorat. Fight perth-kl, kl-kb dan returns. Takkan ikan tak makan umpan kot? "If u come to my shop, I give U 30% diskaun tau. Pramugari MAS I bagik 20% je tau!. Ehh terjatuh plak duit I ni , maklumlah duit bersepah2. Tolong ambikkan bole? I sakit belakang sikit lah ari ni"

7. Alamak, SA water dah panggil. Aku kene chow bayar bill. Bukak plak office mlm2 gini. Jgn jeles..


Sekian, makasey, wassalam.

Senin, 23 Maret 2009

Datukship part 3: Shah Rukh Khan vs Arsyad.

Salam,
Aku penat, tapi aku pulun gak sejam setengah buat post penting ni!

1. Mane aci shah rukh khan (SRK) dapat datuk! Ehh ni kes lama dah beb. Aku tak kira. AKu nak kecoh gak. Aku tau che det sokong SRK dapat datuk, tapi lu che det dah nyanyuk. Aku tau chedet tu minat industan. Tok sah nak nipu aku che det!

2. Khalil yaakub (yg di pertua melaka) pon minat industan. Tu yg dier bagik title datuk kat SRK tu. Jadi deir bajet biler SRK datang melaka, mesti kene lepak 2-3 hari paling koman. Jadi boleh lah khalil beramah mesra pekena teh tarik barang segelas dua dengan bintang bollywood hebat tu.

3. Sebenarnya, apekah jasa SRK yg melayakkan beliau mendapat tittle datuk? Wah jasa beliau sungguh besar sekali. Inggat tak cerite One 2 Ka 4? Inggat pon korang. Kan ada satu scene (nyanyi la kot..) yg maser dok nyanyi-nyani tu, kejap SRK dok india, kejap dok las vegas, kejap dok malaysia dalam satu lagu tu. Yang tang dok malaysia tu, datuk SRK telah mencemar duli berronggeng di A Famosa Resort kat Alor Gajah.

4. Maka seluruh benua india dan pakistan dan bangladesh berkata WoW! Resort tu macam tak cukup org jer dok sapu sampah, papan tanda tu macam berabuk2 sikit, kapet tu macam nak kene ganti baru jer, tandas tu macam banyak je lalat berterbangan, rumput tu dah serabai macam bulu dada SRK biler dah seminggu tak di di syampoo dan di conditioner.

5. Jadi bermulalah sejarah di negeri di mana sejarah bermula, walaupun sebenarnya patut di panggil negeri di mana british nak sejarah malaya bermula, kerana british nak menunjukkan sejarah melaka yg di katakan terhebat dan tersohor seantaro dunia hanya boleh bertahan 111 tahun jer (1400-1511) sebelum kita di rogol bergilir2 oleh portugis, belanda, british, jepun dan british balik selama 446 tahun (1511-1957) dengan sewenang-wenangnya dan pemerkosaan itu di bantu oleh sultan melayu dan org melayu sendiri hingga lah kita di sedekahkan kemerdekaan oleh british dimana kalau tidak di sedekahkan, aku yakin kita masih menjunjung daulat queen elizabeth dan nyanyi lagu "God save the queen" kerana kita ni bacul sebab telah di takluk physical dan minda oleh pemerkosa kita yang mengunakan Melaka sebagai simbolik kemuncak kekuatan org melayu tu pon tak boleh lawan depa, inikan pula bile kita ni lemah lagi tak de chan jadi tok sah lah melawan senang kata dan mereka mengperingatkan kita dengan licik sekali apabila belanda sajer je tak peruntuh A Famosa dan british plak sajer jer tak peruntuh Red building (menantang aper panggil entah kt melaka tu) dan bangunan2 tu masih kekal sampai sekarang cun-melecun sebagai tanda kita telah di rogol dan bukan dara lagi buat selama-lamanya, hinggalah aku jadi TPM yg tau pakai C4 dan BOOM semua tuh dan aku akan kutip batu2 afamosa dan red building buat isi akuarium kat rumah aku dan buat guna beristinjak biler rumah aku tak de air..

6. Ape aku nak kata tadi ...lupo lak. Ohh..maka bermulalah penghijrahan beramai tenaga pekerja dari benua india (india, paki, bangla, nepal), ke negeri melaka, dan melaka menjadi kosmopolitan yg pesat membangun.

7. Aku geleng kepala jer biler tengok SRK di anugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yg membawa gelaran datuk tu. Patut bagi gelaran Tokoh Maal Hijrah dah lah disebabkan SRK mengalakkan penghijrahan rakan sebenua nya ke melaka, betul dak?

8. Ape sebenornye kriteria untuk dapat datuk datin ni yer? Datuk seri, tansri , tun etc? Ade exam ke gamaknyer? Setengah, eh silap... 99.9% drpd yg dapat gelaran ni kite tak kenal pon sape kejadah. Kadang2 aku raser depa dah tak de org nak bagik dah, tapi nak kene bagik gak kat ramai2 org baru grand majlis tu, walaupun kebanyakannya tak layak. Kalau ikut kelayakan, aku rase majlis tu 5 minit pon dah siap. Sultan tu nak pakai baju yg berjuta2 pin tu pon lagi lamer. Sultan nak buang seluar untuk gi berak pon lagi lamer.

9. Jadi di sebabkan tak de idea, maka sebarang cadangan mengarut akan di terima dan rasuah untuk mendapat gelaran2 berkenaan adalah amat di galakkan. Ehh, bukan rasuah! Yuran permohonan la...

10.Here's a thought, naper Jackie Chan tak dapat datuk? Jackie dah buat pilem berpuluh kali kat malaysia per. Dok tunjuk KLCC, pasar seni, KTM dll entah tempat maner ntah atuk dah lupo. Dan scene tu bukan maser jackie dok joget2 ke nyanyi2 ker khayal ker. Scene tu bukan pendek cinonet. Semeur scene hebat2 siap kungfu sakan meletup2 lagi. Jackie is without doubt a bigger star than SRK becoz dier dikenali di seluruh dunia, from hongkongwood to bollywood to hollywood. SRK hanya glamer di benua india, kelantan dan estate Sg Siput jer. Ape kelass!

11. Kalau SRK yg dok joget 3 saat kat A Famosa melaka tu pon boleh dapat Datuk, camner ngan bintang Swinging Bowllywood ini.
Siapakah yg dapat melupakan filem breakthrough beliau "Kuch Kuch Hotak Engkau Heeh"



Tak cukup satu pilem, dier belakon 2 sekaligus.


Nasib baik arshad dtg adelaide untuk bekerje di kedai aku sambil belajar sambil-sambilan di uni adelaide. Kalau dak, mahu penuh 1/3 utube ngan pilem beliau.

12. Ini macam, sudah promote port adelaide la, entertainment centre la, airport, botanic garden, mount lofty, university of adelaide lagi, ini kalau tak dapat gelaran datuk drpd kerajaan negeri South Australia ni, aku tak tau nak kate ape dah. Ehh..maner ader datuk kat sini , Sir ada la kan......Sir Arsyad.

13. Aku tau ade org mase arsyad ngaji kat sunway dok ucapkan "good morning sir" kat arsyad sebelum ni, tapi tu sebab depa dok inggat arsyad tu lecturer kerana kematangan penampilan beliau. Tapi kali ni aku nak kempen biar arsyad betul2 dapt gelaran Sir, baru korang jeles. SRK dok joget satu tempat dah dapat datuk. Aryad dok promote satu adelaide lagi. SRK glamer, arsyad pon glamer, SRK ader bulu dada, Arsyad pon ade bulu dada, SRK hensem, Arsyad pon hensem, SKR peramah dan pemurah dengan senyuman, Arsyad pon peramah dan murah dengan senyuman. Apalaga.......I rest my case.

14. Tuan direktor ringgo boleh lah di berikan AMN di sebabkan kecun-nan video beliau taraf slumdog millionaire. Untuk pengetahuan sesiapa yg suka sibuk nak ambil tahu, english ringo sekrang tak perlukan subtittle lagi. English ringgo berabuk berasap2 sampai terbunyi-bunyi smoke detector kedai aku biler dier goreng pelanggan aku (Ringgo keja ngan aku skang). Kalau english ringgo tak power, jenuh aku nak tulis subtittle kat bawah muka ringgo tiap kali dier goreng customer aku. Untuk pak pacak topek dan faku, bagi anugerah PCK dah lah (Pacak Cukup Korum).

15. Apa apa hal, jangan luper superstar kita Sir Arsyad. Saper panggil dier macha lepas ni akan kene daulat queen elizabeth dan daulat aku...

Sekian, makasih, wassalam.

ps: ejaan sebenar arsyad adalah arshad. Sorri sir...

Rabu, 18 Maret 2009

Datukship part 2: Anjing pengampu yg perlu di samak.

Salam,

1. Atas feedback ciswani, I have to add. Kadang2 datuk/org besar ni tak ek pon. Tapi budak2 bawahan yg lebih2 mengampu. Jadi layanan yg terlebih ke atas datuk2/org2 besar ni, tak boleh di persalahkan 100% kpd datuk tu. Barua2 bawahan tu lah yg patut di lesing!

2. Sepatutnya org2 atasan kita respek tapi kita tak perlu follow membabi buta, mengampu atau takut tak tentu pasal. Org2 atasan patut di kritik jika salah dan accountable jika berlaku kesalahan. To be the boss is not a priveledge. It is a responsibility. Ehh macam cerite spideman plak "with great power comes great responsibility". Maner2 pon boleh angkat.

3. Kita ni terlampau takut , menjaga hari dan mengampu org2 atasan menyebabkan kita menjadi kaum yg lemah. Kaum yg senang untuk di takluk. British datang letak sekor je resident british yg kerje dier adalh untuk cubit buntut sultan2 melayu yg gebu itu kalau tak dengar cakap depa. Jadi biler beruk atasan di kontrol oleh british, make beruk2 bawahan ngikut je lah.

4. Maka beruk2 melayu pon mula lah start mengampu british plak. Tu yg keluar istilah "anjing penjajah" tu. Anjing2 melayu ni lah yg menentang kemerdekaan, yg mengeluarkan kata2 beracun "melayu nak buat jarum sepatah pon tak boleh, macam mana nak merdeka?". Buat aper buat jarum? Aku raser UK pon tak bengong buat jarum sendiri. Depa pon import dari cina lagi murah. Kat maiden tu selonggok ade. Nasib baik anjing2 ni dah lame mampos dan parti politik mereka dah tinggal live-live fishy jer kat malaysia sekarang.

5. Ooopss patah balik ke bab mengampu sebelum aku bagi lecture pasal sejarah malaysia plak. Jadi, memang kene ampu ni best, tapi tak elok lah kan sebab akan berlaku huruhara di dalm pengurusan sesebuah organisasi. Biler sekor beruk start mengampu, ia kan menyebab kan beruk yg lain pulak mengampu lebih sikit dan beruk2 yg setererusnya akan bertambah lebih2 lagi sampai jadi terlampau2 level bodek tu. Beruk2 ni jugak akan saling mengumpat dan mengfitnah beruk2 yg lain tetang kebodekan beruk yg lain. Jadi the working environment akan jadi tegang dan this will markedly reduced the efficiency of the organization. Therefore the boss must curb this bodek phenomenon early.

6. Tulis blog saje tak berguna kan? Jadi sebagai contoh teladan, mulai ari ni aku tak nak org panggil aku boss lagi. Berkuatkuasa malam ni, aku hanya akan menjawap panggilan korang jika sekiranya anda seorang awek ozzy cun blonde atau anda memanggil saya dengan namer manje I "abg ensem". (kalau fakta tak di kira mengampu!) (tua kutuk tak sedo diri ....)

Sekian, mekasih wassalam.

Senin, 16 Maret 2009

Orang kelate memang pandai-pandai. Jgn jeles.

Salam.

1. Korang yg studi kat adelaide ni kan semua budak pandai2 kan (kecuali budak2 private la kan....syhhhh jgn bagitau depa. Nanti depa tak makan kedai aku. Astro! Jgn jadi barua plak!). Tapi aku tau korang sekor2 jeles kat Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal kan. Nok wak laghu mano? Ore-ore kelate ni meme lamo doh sohho biso telajok.

2. Utk budak2 yg blurr lagi (budak private lah tu!) student sekolah agama ni telah dapat 45 juta A maser SPM aritu. Gilo hebat. Tapi aku tak heran sebab tahun depan ader budak dapt 46 juta A dan tahun depan satu lagi 47 juta A dan lagi seribu tahun, slip SPM minah student terbaik mase tu (lelaki maser tu dah pupus. Laki yg ader sekarang ni pon dah bengap, seribu tahun lagi memang hancus studi-mak oii panjangnyer bracket. Sile bacer balik ayat ni, tapi skip part bracket ni, jadi tak ilang flow ayat ........................Woii bahlul! Kan aku cakap pegi bacer balik kat start ayat ni. Yang kau pegi bacer aku gak apahal. Memang kompim kau ni lagi bodoh dari Nur Madihah!....Ke kau ni budak private! muahhahaha) aaaa aku pon tak ingat camner tadi, ohh..slip SPM seribu tahun lagi mesti berjilid2 macam ihya ullumiddin (ke ullumuddin? nampak terus jahil aku ni!...mesti aku ni budak private gak!)

3. Cerite Nur madihah ni sedih gak dan korang tentu dah bace dah kan. Jadi sekarang ni banyak parasit2 dah dok kerumun nur madihah ni untuk tumpang glamer. Masing2 sibuk bawak check besar nak bagi kat budak ni, bagi rumah lah, bagi biasiswa la, terbangkan ke mane jadah aritu utuk jumpa menteri dll kisah terlampau lagi.

4. Persoalan pertama aku, kalau benar nak buat baik/tolong budak ni, kenaper tak buat diam2/low profile je lah. Kalau nak bagi duit, bagi jelah, siap! Tapi ni mesti nak panggil reporter la, TV la . Ader satu gambar tu, seorang ketua pemuda kawasan tu la bagik sumbangan peribadi (private lah tu) RM1000 je tapi gambar bole masuk paper. Pemimpin kawasan yg prihatin konon. WOI bladigol! Silap2 kau bayar lebih drpd RM1000 kat reporter tu untuk masukkan gambar kau dalam paper tu. Budak2 private pun akan kata " Elleh! Bapak I bagi RM1000 sebulan untuk buat bayar makan kat SB tu jer. Kalau dapat RM 2000, I dah makan tempat lain dah!"

5. Persoalan kedua: tidakkah mereka2 in terpikir apakah punca kegigihanyang membawa kpd kejayaan budak tu? Untuk menolong budak2 private, biar aku jawap soalan ni. Motivasi budak ni adalh untuk menolong keluarganya yg susah. Lebih2 lagi sebagai anak sulong kepada adik beradik yg ramai. Niat budak ni tulus ikhlas. Usaha budak ni membawa kpd tawakkal sepeunhnya kpd Allah. Bapak tak de duit nak beli buku, die tak cakap banyak, hapal je. Duit tak de nak makan, die posa senin khamis sejak umur 12 tahun lagi. Time frame budak ni untuk berjaya adalah ASAP sebab bapak die nelayan yg boleh mati anytime. rumah die pon nak runtuh esok lusa. Sape nak jaga mak dan adik beradik dier. Mak dier hanya kerja tukang sapu jer. Budak2 private mesti kate "Alah! Kalau I dok rumah camtu pon I mesti score SPM gak. Ape kelas!"

6. Persoalan ketiga: Bile dah tau punca success budak ni, tidak kah org2 malaysia ni terpikir apakah impak terhadap awek ni biler di banjiri duit, hadiah, award, rumah, biasiswa dll? Tetiba hidup famili dier senang sikit biler dier score SPM. Adakah situasi sekarang boleh menyebabkan dia kurang motivasi dah utk belajar kerana telah tercapai satu objektif untuk memudahkan hidup famili dia? Macam harimau sarkas yg terrer lompat celah hullahoop yg ader pisau keliling dier, yang di cucuh api plak tu. Motivasi rimau tu yg positif adalah tuan dier suka dan dapat makan mlm tu. Negatif motivation rimua tu pulak kalau tak buat kene sebat ngan cemeti kat buntut dan kene posa mlm tu. Budak2 private mesti kate " Elleh! Kalau I kene sebat ngan cemeti tu pon I boleh lompat masuk hullahoop tu senang2 je. I lompat sambil pakai lipstick lagi U"

7. Persoalam ke-empat: Selepas segala tumpuan dan sanjungan ni berlalu (minggu depan over dah kot), saperkah nak support famili dier now? Camner nak bayar bil air, letrik rumah baru? Saper nak bayar duit petrol motor bapak dier yg kene travel sebab rumah dier jauh sikit dari laut? (aku blasah je ni!) Smbangan kewangan tu adalah sementara. Kalu boleh, bagilah perkerjaan yg lebih baik untuk mak pak budak tu. Budak private mesti protes " Ehh jangan! Nanti saper nak tangkap ikan untuk buat fillet-o-fish kat mac-d untuk I? I tak nak makan big-mac. Nanti gemuk I plak?"

8. Ni belum cerite pasal MARA/petronas/BNM nak pressure awek sekolah agama ni pegi UK, jgn gi negara arab. Konon 2 lagi best belaja fizik. Fizik? Ape kau nak buat ni woi. Nak jadi cikgu sekolah ke? Nak jadi saintis ke? Saintis dah lah tak glamer, duit pon sikit dik woi. Entahlah. Aku pon ader kawan aku yg genius yg dah buat medik dah, tapi tak minat dan terus tukar buat fizik. Engkau buatlah ape yg kau suka madihah woi. Negeri arab pon terrer fizik aper. Tu yg buat suicide bom tu bukan pakai fizik ke?

9. Satu lagi, engkorang dan juga madihah belum mencapai ape2 pon. SPM adalah SPM lah. Nak dapat kerje apa ngan sijil SPM kalau dapat 45 juta A pon?. Madihah dan juga korang budak2 adelaide, kene masuk uni dulu dan graduate. Pastu kene compete untuk perkerjaan plak. Then baru start life korang as a financially independent person.

10. Ironically, di alam pekerjaan, kepandaian bukanlah penentu kejayaan. Tanyer budak2 private berape banyak A bapak depa dpat lam SPM. Bapak depa masuk uni ke tidak? Agak2 berapa banayak A dr M/che det maser SPM/O-level dier? Jadi aku nak kater, banyak faktor2 lain yg membawa kpd succces atau kurang succes di alam pekerjaan nanti. Bukan result semata2.

11. Woooo... Hold-on! Jgn buang buku dan ponteng kelas sebab aku cakap camtu. Result is not everything BUT it matters. Result yg bagus memberikan korang head-start compare tu budak2 yg tak score. Scorer senang dpat kerja, banyak lagi choice dan gaji pon lagi best. The hard work or your intelligence that gave you the good results in the uni, hopefully akan membawa kepada budaya kerja yg mantap dan buah pemikiran yg bernas yg meng-impress-kan boss.

12. Kepada yg tidak score atau kene repeat, itu semuanya tak kisah. Asalkan korang grad. Pastu korang kerje lah kuat2 dan iA slowly but surely you will catch up to the leading pack. No body will tell you after 2 years working "Ha..ni sebab kau fail thermodynamic maser third year dulu lah yg menyebabkan thermos ni bocor dan dynamo beskal aku ni menghasilkan DC not AC!"(blasah jgn tak blasah). Once you grad, you are deem qualified by the uni. No different if it takes U 2 years or 20 years.

13. Satu lagi kalau nak berjaya maser kerje ni, korang kenalah tambah skill korang. Korang kenelah develop skill2 lain seperti communicating, public speaking, computering, bodeking, mengumpating, rasuahing, kabelling, politiking, golfing, swinging bowling dll ing. Semoga berjaya.

sekian,mekasih, wassalam

Minggu, 15 Maret 2009

Datukship part 1: Atuk hang la!

Salam,

1. Pertama2nya, sampai arini ader lagi org dok tanyer "camner hal kat malaysia dah settle dah ke?". Hal pekejadah? Hal bini aku kene ngorat tu ler.. Ramai sungguh org2 bace blog aku yg suspen biler bacer post tu. Sekali lagi dan buat kali yg terakhir aku ingin inggatkan, Bahawasanya alhamdullidalh Allah telah menjadikan aku ni hensem. Jadi aku tak risau bini aku lari. Nak ngorat ker, sihir ke, bomoh siam ke, minyak dagu ke silakanlah. Kalau dier lari sekali pon, aku boleh cari lain insyaAllah. Sekian Mekasih Wassalam. Tutup kes.

2. Cerita baru. Aritu maser program SLB/orientasi budak baru (konsert ben & alim), ader la dua tiga ekor VIP/dif-dif kehormat datang ke adelaide ni (woi..saper tau dif tu amende?). Nasib baik tak datang kedai aku. Aku ni bukan aper. Aku ni bohsan sikit nak melayan kerenah org2 penting atau perasan penting ni.

3. Sudah menjadi adat kebiasaan org melayu dan juga jgn lupa, sunnah Rasullulah untuk menyambut atau melayan tetamu dengan sebaiknya. Tetamu ada hak untuk duduk di rumah kita selama 3 hari tanpa dipersoalkan langsung oleh kita. Tetapi tetamu juga hendaknya menghormati tuan rumah dan menjaga adab mereka sendiri.

4. Tapi aku ni ader penyakit hati kot. Aku cukup menyampah nak layan org2 "besar" ni. Aku tau ader org yg suka berkawan ngan org2 besar ni, "Pasang cable" org kata. Tapi aku bukan camtu. Aku seboleh-bolehnya tak nak terhegeh2 jumpa petronas, MARA atau JPA officer mintak kontrak makan atau jumpa maner2 "org besar" untuk mintak project. Aritu ader sorang timbalan MB telah datng makan kedai aku. Ade konco2 dia suggest aku amik gambar ngan datuk tu dan letak kat kedai. Terima kasihlah. Aku tak jumpa dan salam datuk tu pon dan dier belah gitu jer. Babai....kurang ajar sungguh aku ni!

5.Mungkin ego aku kuat kot. Tapi hakikatnya pertolongan mereka ni menyebabkan kita terikat dgn org tersebut secara tidak langsung. Jadi one day, kite kenalah balas balik. Tu yang aku maleh. Jadi sebab tu bagi aku org2 besar, datuk2, tengku2, tan sri2 dll ni, boleh belah lah! Aku tak nak jadi "hamba" kepada sesiapa pon dlm dunia ni, kecuali hamba kepada Allah, hamba kepada ibu bapa aku dan hamba seks kepada bini2 aku.

6. Tu lah yg aku bukak kedai niaga sendiri. Konon 2 jadi boslah. Tapi hakikatnya, kita always terikat kepada org lain. Aku terikat kepada tuan kedai aku, pembekal2 supply aku dan terikat dengan korang customer aku. Korang2 ni sebenarnya boss aku tau dak! Inggat dak "customers is always right"? Nanti aku stori panjang tentang falsampah tu.

7. Sebenarnya, aku pon pernah jumpa sorang Datuk TKSU sebuah kementerian di malaysia maser nak bukak kedai ni. Mase tu rennovation dah nak siap dan kedai lagi sebulan nak bukak. Kontraktor dah mintak duit, tapi aku dah pokai, duit negative beribu2 lam bank dan aku dah abis pinjam duit merata. Aku desperate. Sekali datuk ni somehow tau aku nak bukak kedai, so die hallo bini aku dan suggest buat meeting ngan dier (ntah2 datuk ni yug dok ngorat bini aku!! ciss).

8. Aku pon fly balik malaysia dan buat presentation kat ministry tu. Tup tap tup tap, the deal is off with the ministry because I decided not to go through bcoz banyak hassle yg merbahaya. To be honest, that datuk is a good person. He seems to be sincere nak tolong aku. Mungkin sebab die berkenan ngan bini aku tapi back-off biler tengok aku ni kacak. Mungkin sebab aku ni melayu. Dan yg pastinyer sebab aku ore kelate! Jupo guu...nate' mu. Racist sunggoh ore kelate ni!

9. Banyak datuk2 yg baik ni. Tapi banyak lagi datuk2 yg "baeekk" nyer. Aku dah banyak tenggok datuk2 senator, ahli parlimen, pengarah agensi kerajaan dan dekan-dekan fakulti yang merendah diri dan peramah di kedai aku. Tapi aku ader juga jumpa datuk2 yg ek'. Kadang2 tu mereke sebenarnya bukan ek' , tapi prosedur "made in malaysia" lah yg membuatkan mereka terpaksa ek'. Apa ke jadah kau nak cakap ni bro?

10. Maksud aku , memang menjadi kebudayaan di malaysia, org2 bawahan kene entertain org2 atasan. Jadi contohnya biler datuk2 vice chancellor Universiti Nurhaliza (UN) datang, maka abangkakak dan makcikpakcik postgrad drpd UN terpakselah terhegeh2 melayan VC mereke. Mintak aku bukak kedai awal lah, hidang makanan la, masak special lah dll. Bile time bayar pulak, semua konco2 nya dok berebut-rebut nak bayar. Boss mereka dok cungkil gigi dan usha dari jauh jer. Woi datuk bangsat! Aku tau kau dapat elaun perjalanan, makanan dan keraian (entertaint)beribu-ribu ringgit. Budak2 bawahan kau tak dapat pon. Jadi kau lah patut belanje semua org! (excuse my french..I use it to demonstrate my strong feelings against this stupid practise)

11. Aku pasti, bende yg same berlaku di malaysia dari serendah2 tahap, kepadalah pucuk pimpinan teratas negara. The boss never pick-up the bills. So the rich is getting richer and funnily the poor have to feed the rich. Minda kita ni sebenarnya telah di kongkong. Kita org malaysia terlalu takut dan taat kepada org atasan. Org atasan kita patuhi tanpa bantahan drpd boss kita, kepada boss kepda boss, kepada ADUN, kepada MB kepada PM dan kepada Sultan.

12.Kita org melayu ini adalah keturunan melayu Hang Tuah. "Apa titah, patik junjung" prinsipnya. Org cam aku ni plak di kira "melayu biadap" oleh sultan selangor dan raja nazrin. Kalaulah betul hang tuah kate "ta' melayu hilang di dunia", aku nak kata, " woi tuah, kalau melayu yg tinggal di dunia ni melayu cam kau, aku nak join aska portugis dan tembak sekor2 biar mampos."

13. Sepatutnya aper2 yg di titahkan oleh boss, kita pikir jap, logiknya, halal-haramnya, impaknya, keberkesananya etc, then kita protes jika salah atau taat jika benar. Ni biler Sultan Melaka kata "wahai org melaka, ayuh maju menyerang kapal si benggali putih ini. Jgn risau. Kita ade ilmu kebal!". Malangnya org melaka tak de ilmu kebal. Mereka ade ilmu bebal je! Maka mereka meyerang kapal portugis heads-on dengan selambe rock. The rest is history.

14. Bagus gak org cam tu kojol. Kalau tak depa ni akan beranak pinak dan menghasilkan anak cucu cicit yang lagi bebal. Malangnya, org cam kita ni pulak di lahirkan drpd keturunan penakut yg dok nyorok kat atas pokok kelapa dan dalam reban ayam maser org lain gi perang. Tu yg menghasilkan kau dan aku yg penakut hampeh ni. Takut kat bini, takut kat boss, takut kat hantu, takutkan polis, takutkan datuk2, takutkan sultan etc. Satu jer org2 kita ni tak takut. Kita tak takutkan Allah. Tak takutkan balasan di akhirat nanti. Tu yg kebatilan, maksiat , pecah amanah, penyalahgunaan kuasa, blog2 durjana mengumpat org dalam bahase french dll besepah2 tu......

TBC...

Sekain. Mekasih .Wassalam

Sabtu, 14 Maret 2009

main kotor

Salam,

1. Tadi ade frenly lawan korea. First half kita leading 1-0, second half jadi 2-0 dan "third half" jadi 2-1. Aku yg menghadiahkan penalti kepada pihak lawan. Ciss.

2. Aku dok jaga budak no 9 tu yg badan tough cam badak. Dia body aku dan aku trus tolak die mase bola cross. Sekali biler dier tak dapat bola, dier sempat perasan yg dier dlm kawasan penalti dan tetiba 1 saat selepas tu, dier pon jatuh dengan ayu nya! Auwwww dia jerit dlm bahase korea.

3. Pretttttt! Penalti. Aku pon apalaga, emo la! Aku tau aku ni salah, tapi mana rock kalau aku just kata "Sorry mate, silelah tuan hamba ambil penalti ni". Aku terus menceceh2 verbal abuse team korea tuh ngan referee kita Bro Sani. Sorry bro. Dah lah volunteer jadi ref kan! Kat team korea tu aku bagik F word, "loser korean", "are you a girl, are u wearing a bra?".

4. Lepas depa score penalti, bila main balik aku tibai no 9 tu dua kali. Sekali depa dapat free-kick dan second time no 9 tu aku titik kat ankle dan dia terus surrender dan keluar. First time tu sengaja, second time tu tidak sengaja. Muahahha.. ye lah tu! Babai no 9. Tata..

5. Pertama2 nya, aku ngaku yg aku ni memang main emotional. Aku main bola aku suka main marah2. Aku kalau main ngan team bolasepak "persatuan ibu2 tunggal pengkalan chepa" pon aku akan main emo. 'Woi balik jaga anak la woi" ,"Mak cik pasti ke"gersangan" gol ari ni", "Kak ni mak si Kiah bohsia tu kan? Saya baru tengok dia dlam utube semalam", "Woi tengok ni! Darah haid puan dah jatuh atas kasut bola predator X12 aku ni. Ganti balik!"

6. Biler aku main marah2, aku boleh rase adrenalin aku membuak2 naik. Aku rase bdan lagi ringan, lari lagi pantas, konsentrasi maksima dan everything jadi slow motion gila babi. Aku rase ader banyak maser untuk berfikir dan membuat tindakan. Jadi syokk main. Korang perasan tak kalau main sambil gabra semua nampak laju gilos. Bola laju, musuh laju. Main ngan adrenaline is the opposite la.

7. Tapi ade masernyer, bukan adrenalin yg membuak2. Tetapi darah panas yg di didihkan syaitan yg merasuk aku. Tu yg aku maki hamun lawan aku selambe, aku tak kire besar ke, kecik ke, tau tae kwondo ke, arab, africa, mat salleh, indon, thailand, hong kong semua kene sembur. Member pon silap2 kene. Pastu biler main, aku dah bajet nak tibai mamat tu.

8. Kadang2 mamat tu tak buat salah kat aku pon. Tapi dier tibai kawan/team mate aku ker, dah cukup buat aku naik angin. Macam kes petang tadi. Budak2 team korea ni besar2. Depa main body, selambe rock jer penyek budak2 kita yg tak cukup zat. Tu la! Lain kali makan kedai aku, aku bole bagi extra lauk bagi power sikit. Budak korea main baik, tapi sebab dier main body sampai terpelanting2 sani, mus, miu dan lain2 tulang bergerak. Tu yang aku hot tu.

9. Senang cerita, aku ni kalau main bola aku tak leh ader org main lagi terrer dari aku. Aku tak kira, aku mesti halang org tu drpd score (sebab aku deffender). Messi ker, zlatan ke, ronaldo ke, maradona ker, pele ker, Mus petronas ke, aku mesti cari jalan camner nak kawal diaorang. By hook or by crook. Kalau diaorang terlepas, backup plan aku aderlah bantai kaki ler (kecuali mus lah kan sebab mus hensem makan kedai aku! muahahha). Kalau main tu sebagai wakil malaysia melawan team negara lain, lagi lah aku lebih2. Aku rase kene buktikan yg org malaysia ni bukan calang2.

10. Jadi dalam berbelas taun aku main bola ni, aku tak tahu dah berape org melayu, cina. india, mat salleh, aprika, arab dah aku retirekan drp bolasepak sebab ankel atau knee. Banyak gile dosa aku. Yang tambah rase bersalah tu, biler sekor2 budak2 yang aku pernah titik maser tournament datang makan kedai aku. Adus malunye...Rasa kocik jer hati den ni tau dak!

11. Kira-kira 4-5 tahun lepas, Allah nak tunjukkan kat aku, biler aku sendiri kene blasah. Aku maser tu main league ngan mat salleh jadi wing atau striker untuk team tu. Bukan sebab aku terrer yer, tapi sebab team tu bangang la aku main atas tu. FYI aku score hanya sebijik for the whole season ie: 20 matches gitu. Cam sial. So , kali ni deffender mat salleh sapu ankle aku baek punyer sampai raser nak terputus aku rase. Yg barua nyer tu, maser aku dok terguling2 sakit referee kata aku main2 dan tak dapat free-kick pon. Cilakak yg tibai aku dapat congrats drpd teamate dier lagi! Kalau lah aku dpt masuk balik......

12. Pencen bola aku selama setahun gitu. Pelan2 aku rehab sendiri. Aku tak jumpa tukang urut ker atau bomo sebab aku tak nak di cabuli ! Sampai sekarang tak elok 100% pon dan aku tau takkan elok balik pon. Risau gak biler bukak kedai sebab kene diri lama2. Jadi bila aku main, aku pakai guard la. Adakah aku sudah tobat? Ya, aku tobat tak main striker dah. Aku main deffender balik dan still inflict the pain every now and then.

13. Fenomena macam kene rasuk ni terjadi kat aku kalau aku main bola atau bawak kerete jer. Aku sedar itu adalah kelemahan aku. Aku takabur, ujub dan riak. Dan kelemahan ni bukan setakat boleh menyebabkan kekalahan team sendiri bile team musuh dapat penalti, tapi ia juga menyebabkan aku boleh hilang pertimbangan dan dapat dosa free. Aku tau aku kene jawap di akhirat kenaper aku menyebabkan kecacatan org lain hanya semata2 kerana bola. Kenape aku menunjukkan akhlak yg buruk selaku seorang yg mengaku muslim? Uwaaaaa...

14. Tapi sekarang ni aku perasan maser aku dok masak kat kedai tu, adrenaline aku menbuak2 gak! Gila dak? Aku rase macam mase main bola tu ler, everything jadi slow motion dan aku boleh pikir dan decide and act accordingly. Tu yg kalau org tegur aku tak dengar sebab konsentrasi maksima, aku lapar tapi boleh tangguh makan sampai pukul 3-4 ptg dan kalau org komplen aku macam nak meletup. Astaghfirullah.

15. Kepada member2 yg main bola tadi sorry lah yer sebab aku emo tadi. Kepada budak2 baru bandu dan meiu aku mintak maap sebab tunjukkan contoh yg tak baik selaku org tua. Sorry reff sani. Kepada defender pidut dan bear pon sorry lah atas kebenggongan aku tadi. Kepada korang yg bace post ni , sorry lah terpanjang plak. Ehh aku tarik balik. Woi, saper suruh bace? Pegi bace al-Quran lagi baik. Aku tibai kaki kau nak.......

sekian, mekaseh, wassalam.

p/s: Aku main bola dengan hensemnyer berseluar jeans. Aku baru abis kerje dan terlupa lak nak bawak kasut dan seluar. Kasut pon pinjam sani nyer. Ingat nak main bola pakai spender jer, tapi bile pikir budak2 team aku ni ntah-ntah budak STAR, SDAR, MC atau Maahad Muhammadi (Lelaki), terus kansel. Jeans pon jeans la!

Rabu, 11 Maret 2009

Empatloji kopi kuat: Woi! Hari2mau cerite sama ka!

Salam,

1. Aku dah bagitau dah dulu dan dulu dan dulu dalam trilogi aku. Korang tak nak caya. Ni bace kat BH pasal "kemaruk ubat kuat" yg cerite lebih kurang cam aku cerite, antara lain, tentang ketidak-effektif-fan kopi tongkat ali.

2. Di dalam artikel "Berhati2 guna ubat kuat" pulak, pihak farmasi kementerian kesihatan keluarkan warning tentang kopi yg campur sildenafil (viagra), tadalafil (cialis) dan vardenafil (levitra). Kopi ni di banned kerana depa campur ubat kedalam kopi. Jadi tu dah jatuh undang2 macam jual "ubat/medicine". Tapi kalau campur tongkat ali, tu hanya di kira sebagai "herbal", jadi kementerian buat donno je.

3. Bahaya apabila ubat/medicine di campur ke dalam kopi ialah tidak semue org boleh amik ubat ni kerana ade "side effek" dan ader "contraindication" biler amik ubat ni. Ape ke menatang bezanyer antara dua tu korang tanya?

4. "Side effeck" ni biler org mkn ubat tu, ader kesan2 yang tak best telah di alami oleh sesetengah orang. Contohnya ade orang sakit kepala, muntah2, cirit birit, gatal2, pompuan tumbuh misai, laki naik tetek, mati dll. So ini TAK DAPAT DI AGAK sape akan kene dan effek pesen aper akan kene terhadap seseorang individu.

5. "Contraindication" pulak adalah orang 2 yang "pantang" /tak leh amik ubat tu. Contohnya saper ader sakit jantung , pantang/jangan amik viagra, saper ade G6PD is contraindicated untuk amik aspirin, saper pregnant is contraindicated/tak leh untuk Xray and so on.

6. Cara mudah nak ingatnyer, biler ngorat awek cun yang anda usha kat kedai swinging bowl,

Effect: anda berjaya tekan ayat dan sekarang dah berbahagia ke anak cucu.

Side effect: awek tu buat bodoh, awek tu hadiah pelempang free, awek tu awek usrah yang bagi tazkirah tentang akhlak buruk anda selama dua jam setengah, awek tu sebenarnya bapuk, awek tu minta belanja makan murtabak mahal aku yg ayam $7.50 atau lamb $6.50, ie semuanya kau tak leh nak bajet.

Contraindication: Anda jangan mengada2 ngorat awek tersebut sekiranya muka anda tak hensem (tapi kalau pandai tekan ayat jalan je), anda tiada pulus sebab duit biasiswa ari tu dah abis sedekah kat tabung amal kawin empat SB, badan anda kuat bau kari sebab dok masak seharian sampai awek tu perli "awak ni pakai perfume made in india ke?", anda telah beristeri empat, awek tu bini orang, awek tu bini tokey SB yang ader kat belakang tu dok potong ayam ngan pisau besar bapak.

7. Mak ooi panjang nyer aku melalut. Kembali kepada cerita asal. Kopi yg di campur ngan viagra dan adik beradiknya tersebut di banned kerana silap aribulan orang boleh mati kalau minum kopi tersebut kalau contraindicated.

8. Nama2 tak lehbelah kopi yang di banned tersebut adalah Coffee Hari2-mau Power X2, B-Fit Coffee, Spring Cafe, Ali Baba Coffee 10 in 1, Kopi Kucing Galak, Kopi Pahlawan, Kopi Tenaga Tok Lebai Plus, Mentalk Candy Ginseng & Coffee, Kopi Bagus AAA dan Evo Green Mix For Healthy & Vitality.

9. Jadi sekiranya anda memiliki kopi2 tersebut, anda di kehendaki menyerahkan kopi itu kat aku untuk di musnahkan ASAP!! Dia ada cara special untuk di musnahkan yang korang budak2 kocik tak tau.

sekian mekasih Wassalam

Sabtu, 07 Maret 2009

Aksi terlampau artis malaysia di australia !!!

Salam,
1. Hari ini adalah hari bersejarah di adelaide. Pertamanya, aku score gol maser frenly tadi lepas masuk 5 minit pada separuh masa kedua. Malangnya aku injured 10 saat kemudian. Kalau tidak, 1 gol 5 minit, jadi 45 minit main aku akan score 9 gol. Naya pihak lawan tu! Aku sakit lagi ni. Kesian kat aku takde bini muda nak urut aku malam ni.

2. Keduanya, hari ni adalh hari di mana 2 artis malaysia telah mencemar duli, untuk membuat persembahan di adelaide ni. Org2 lama adelaide telah menganjurkan program untuk menyambut pelajar baru di hostel makyah adelaide yg bertempat di suburb "taman abang roslan" atau "you panggil tempat I ni rosepark je lah".

3. Kedua2 artis tersebut bukan calang2 artis. Mereka adalah succesful artists drpd 2 genre yg totally opposite. Artis pertama adalah artis genre mainstream drpd kumpulan nasyid yg di kenali ramai terutamanya oleh awek2 usrah yg pakai tudung labuh dan abg2 usrah yg berjanggut hensem. Artis kedua pula drpd genre sidestream, adalah pendokong group deathmetal yg TIDAK dikenali oleh maner2 awek pon samada yg pakai tudung atupun tidak (kecuali bininya), tetapi di tabik spring oleh mat-mat metal tegar seantaro malaya.

4. Aku layan dua2. Ketika aku dok merakam album nasyid dalam shower rumah aku dan membuat konsert deathmetal maser aku teran taik nak berak, kedua2 artis ini telah merakamkan album di studio dan membuat konsert di bersepah2 tempat. Jadi bukan calang2 artis lah ni.

5. Biasenyer klau ade event camni, kita amik budak maner2 ntah pastu suruh buat show nasyid la, nanyi2 lagu indon la, tah ape2 lagi. Ni real artis beb! Show free plak tu. Malangnya aku tak leh gi sebab kene bukak kedai. Big mistake. Ade la sekor dua dtg tadi. Syukur. mekacih ye.

6. Sebenornya, aku nak tengok camne aksi mereka kerana sorang nasyid dan sorang metal. Gilo ko. Ni sudah aksi terlampau taraf aksi terlampau seorang pramugara, aksi terlampau seorang ahli politik muar dan bukit lanjan ni. Ini sungguh terlampau macam kari perasa kurma, macam korek idung pakai gigi, macam kentut dijadikan perfume, mcam paris hilton pakai purdah, macam KJ masuk PAS, macam bini hanya sorang dan macam main bola 5 minit dah score 1 gol....gilo terlampau hebat!

7. Diperkenalkan artis pertama, bro Alim Masnan drp group Brothers

Aper terlopong tu. Tutup mulut masing2. Gilo power. Alim yg kedua dari kiri yg dok korek taik telinga tu la. Woi bro lain kali korek kat rumah la!

8. Dan artis kedua pemain gitar kencang drpd group Langsuyr, Abg Ben.

Woi tutup mulut tu! Gua tau lu org terpegun. Bro Ben gitaris paling kanan yg paling dekat ngan kamera tu la.

9. Kedua2 abang hensem ini status mereka adalh seperti aku, BELUM BERKAHWIN dua, tiga atau empat lagi. Jadi kalau berkenan bolehlah hallo-hallo aku yer.

10.Dan Terimalah, eksclusive di SB, hasil colloboration mereka ini.

Lol. Apekejadah bro. Gua inggat abg ben yg dah pakai kopiah dan hensem berbaju melayu tu nak bernasyid tadi! Ni sudah silap klip la.

11. Yang ni la sebenarnya

Alamak ni drpd folder favorite aku. Camner terpost ni? Kantoi. Pergh ..memori 1989 maser aku stay-up stadi mase SRP dulu.

12. Berita palsu rupanyer. Video hangit tersebut belum release lagi la. Dierorg tengah edit ngan digitally mastered kot. Nanti aku post lain kot.

13. Di dalam kolobrasi mereka pada hari ini, basically mereke mempersembahkan nasyid. Alim nanyi lagu brothers dan abg ben main gitar. Jadi, langkah seterusnya yg aku nanti-nantikan adalah abg ben still main gitar tapi alim kena nyanyi lagu langsuyr pulak. Huyooo...tu baru terlampau.

VENUE: manalaga. Di kedai yg tokeynyer "Suka Berbini-bini","U panggil kedai I SB dah lah"
TIME: lupa bawak jam
DATE: TBA.

12. Amacam ben ngan alim? Bisa?

Sekian, mekasih, wassalam.

Rabu, 04 Maret 2009

Wei...lu mane datang?

Salam,
1. Ramai gak org cuak bacer last post aku. Depa takut kalau2 bini aku kena ngorat tak pasal2 nanti aku clash ngan dier. Ade siap kate aku kena balik Msia sekarang gak!
2. Tapi advantage bila di jadikan Allah hensem,macho dan poyo mcam aku ni, hal2 camni aku tak ambik pot pon! Alhamdullilah. Saper lah yg lagi hensem dan macho drpd aku kat kelate tu?
3. If worst case senario happen, itu sudah kasi clear line untuk masuk "yg baru". Patah tumbuh, silih berganti. Rezeki datang bergolek kata org. Tak payah mintak sain bini tua untuk makan mangga muda. Tak payah pecah kepala nak susun timetable yg seolah2 kita masih sayang kat kereta lama padahal kita seboleh2nya nak bawak keta baru je!
4. Wokay tukar topic sebelum aku naik syeh!.
5. Au ader feedjit live kat bawah blog ni yg bagitau aku dari maner korang2 ni semue datang
6. Banyak org dtg drpd blog2 yg link ngan aku mcam nurulainibakar.blogspot.com, krenmaut.blogspot.com , fakirfikir.blogspot.com, aizusbc.blogspot.com, dll lagi
Mekasih lah yer.
7. Tapi byk gak yg dtg tak sengaja maser cari ntah bende2 merapu ape ntah kat google atau yahoo.
8. Paling common biler org search "che det blog" mesti gi ke "swinging bowl: Alahai che det..!! !Hang ingat hang terrar" . Muahahha. Aku try gak search ni dulu, tapi aku raser blog aku mungkin dalam page ke 7-8 gitu kot. Yang bikin aku pelik tu, kalau org search che det blog, kan number one link tu dah www.chedet.com? Klik la yg tu bodoh! Yang kau pegi sampai page 7-8 tu apa ke hal nyer? Lalok ka!
9. Lain2 search yg bawak org dtg sini, yg aku tengok malam ni dan yg aku ingat setakat ni adalah "tutup kantin mrsm muar", "kek halal di adelaide", "bohsia" ,"sebab dayus", "bini kawan", "kelate biso", "seks power", "cerita janda" dan "doa pengasih", Ntah ape2 ntah korang ni.

Wokay, tido taim.
Sekian, Mekasey dan Wassalam.

Senin, 02 Maret 2009

Adat org meniaga ke-2: Bini yg di tinggalkan,

Salam,

....fiona...tercipta lah irama.. cinta ini....tuttt
Suami Ensem: A.kum adinda, apahal tepon, rindukan kekanda lah tu?
Bini Pertama: W.salam kekanda. Sudah garahu cendana pula kekanda ni. Mane boleh kalau satu hari tak rindukan kekanda yg ensem lagi macho tu.
SE: Terima kasih2. Adinda tak yah lah ayat kekanda sebab adinda tu dah tua kerepot. Nak terkeluar taik telinga kekanda mendengarnye.
BP: Ampunkan adinda kekanda.
SE: Beta ampunkan.
BP: Kekanda, ade orang dok mengorat adidnda lah kekanda!
SE: Ye lah tuh! Org buta kot? Tak pon org indon yg gersang?
BP: Betul la. Ade orang dok message adinda sampai 3-4 kali, dok tanya boleh dak berkenalan. Semalam pon ade miss call dari no yg sama 3 kali lagi. Tapi dier call sekali dering jer. Pastu letak.
SE: Ehh camne lelaki durjana itu boleh dapat no adinda?
BP: Entahlah kekanda. Tapi no adinda ni no public sebab adinda kan lecturer. Jadi satu university tau kalau tanyer maner2 staff.
SE: Ntah2 student adinda kot dok kacau adinda kot. Tu yg call sekali dering tu. Bajet org call balik sebab tak cukup kredit.
BP: Entahlah.
SE: Dia orang tau yg adinda ni dah tua kerepot kan?
BP: Ya kekanda.
SE: Dia orang tau yg adinda ni dah ade anak dua kan?
BP: Ya kekanda
SE: Dia orang tau yg adinda nyer laki sangat ensem lagi macho kan.
BP: Ya kekanda.
SE: Tak pe. Nanti kekanda talipon Razak Baginda mintak nasihat ye. Jgn ghisau.
BP: Baiklah kekanda. Roger and out
.

1. Celaka nyer manusia. Bini aku nak di ngoratnyer. In sudah serius. Ini lah nasibnya bila bisnes sampai bini terbiar.

2. Untuk sesapa yg blur, bini aku dan anak2 aku dok malaysia sekarang ni sebab bini aku kena serve her contract with USM. Jadi aku sololah sekrang ni..ehem ..ehem. Tapi bulan July ni iA famili aku dtg balik sini.

3. Manusia yg pesen ngorat bini org ni memanglah manusia saja cari nahas. Nahas pertama adalah drpd Allah sebab hukumnya haram ngorat bini org. Tunang org pon kita kena elakkan. Tetapi kalau ngorat laki orang, tu aku rasa no problemo sebab laki boleh kawin 4. Yahuuu!

4. Nahas kedua yg di tempah oleh setan2 camni adalah nahas dunia. Nahas bila aku jumpa malaun tu. Nak carik org bodoh tu bukannya susah. No talipon dah terang2 tertulis dalam miss call atau SMS tu. Bila dah dapat no talipon, aku adalh cara2 aku nak locate mamat tu. Pastu BOOMM!!

5. Manusia yg ngorat bini org ni dah selalu kita dengar atau baca lam paper. Aku pon ader kenal dua tiga ekor setan camni. Sekor tu, dok ozzy lagi, dok ngorat bini kawan aku yg dok solo kat sini buat pHD. Memanglah bini kawan aku tu cun tak kalah ngan rozita che wan, tapi itu bunga larangan beb. Aku dok usha dari jauh jer setan tu dok pasang perangkap. Kononnya, cam bini aku jugak la, bila org pompuan dok jauh dari suami ni, senang nak di uja. Nasib baik tak jadi.

6. Tapi bini kawan aku yg cun melecun tu sekarang dah jadi janda due to unrelated problem. Jadi aku dalam process untuk mintak bini aku, bagi aku amik janda tu jadi bini no 2. Aku tak boleh. Aku kesian. Aku kesian tenggok ibu-ibu tunggal ni! Lebih2 lagi ibu tunggal yg HOT!!

7. Aku suspect, drpd kekerapan SMS dan call yg bini aku terima, aku rasa ade org dah tulis namer bini aku kat pintu jamban mane2 ntah ni. Untuk pengetahuan kaum2 hawa pembaca blog ni, org lelaki ni cacat otak sikit. Kami suka tulis bende pelik2 kat pintu jamban sambil dok meneran taik. Pintu jamban tu seolah2 menjadi tempat berkarya atau membuat lawak badul. Memang banyak ilham datang ke kapala mase berak ni. Mungkin bile teran taik tu, banyak darah naik ke kepala kot!

8. Jadi, adalah mangkuk mane tulis namer dan no tepon bini aku kat pintu jamban tu. Jadi biler ader org dok melabur, sambil2 dok menunggu ketibaan baginda yg kedua ketiga dan sterusnya, apa salahnya dia SMS guna tgn kanan dia yg free tu.

9. Jadi dengan ini, aku melutut dan merayu, kepada semua awek2 di sini, untuk tulis nama dan no tepon aku di pintu2 jamban seluruh adelaide ni. Mane aci bini aku jer kene mengorat. Aku pon nak di mengorati !!.

10. Kepada GheySA dan member2 nyer, korang toksah lah buat2 rajin tulis name aku dan no tepon kat jamban lelaki plak yer. Kalau aku dapat pangillan drpd abang roslan ..."tapi panggil I Rose dah lah yer!!" , next time korang gi jamban...BOOMM!!.

sekian.mekasih.wassalam

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger