Minggu, 07 Juni 2009

Melben Cup 4: WarmUp Gempaq, Lutut Lawan Ketaq

Salam,
Ni adalah susulan kepada Melben cup 3

Disclaimer: Semua gambar2 yg ader potensi untuk mengaibkan tuannya telah di ambil verbal consent masing2. Tak caya tanye sendiri. Gambar2 lucah ini tidak sesuai untuk di tonton oleh jejaka2 sensitif atau perempuan2 skema yg emo. Anda telah di warned! ...walaupun aku tau kau akan tenggok gak.....kantoi!!
All gambar credit to: elfer, syitah, pak lan dan zaid. TQ guys!!

1. First day Melben cup...(Woi tak abis2 cerita lagi ke?...Diam la kau Melben Lovers!)

2. Tibalah saat yg di nantikan, pertemuan balas dendam antara Carlton Blues vs Adeled. Personally, aku rase memang kami akan kene belasah ari tuh. Tapi belum lawan belum tau. Aku pasrah jer lah.

3. Setiap team yg gempak, seperti Barca, AC, Inter, Galatasaray, Real, Kashima Antlers, Kelantan dan Swinging Bowl FC, mempunyai persediaan yg mantap sebelum menghadapi apa2 perlawanan. Marilah kita saksikan apakah methodologi yg diguna-pakai oleh Swinging Bowl FC yg membuahkan kemenangan tidak sengaja di Melben Cup arituh.

4. Penyususan barisan pemain-pemain dan strategi yang teliti.

Teliti kepala hangguk kau. Aku tenggok board tu sekali ni jer pakai. Pastuh board ni di gunakan oleh penyokong2 untuk caber daripada matahari dan sebagai senjata stand-by! Muahahahhaha..siol boleh ngaku plak.

5. Kehadiran pom pom girls dan bodigard boys.

Pasal girls supporter, aku no comment. Kang ader keluar komment2 emo kate aku sexist lah, tidak sensitif la, mcam2. Silap aribulan ader yg kater aku racist sebab semua pom2 girl melayu!! So, aku diam sudah! Penyokong2 lelaki walaubagaimanapon dipertanggungjawapkan untuk menggoda pom2 girls pihak lawan sehingga mereka mengabaikan tanggungjwap untuk mengsorak team mereka. Sebab itulah penyokong2 lelaki kami, asyik2 lesap dari touchline sebab pakat2 dok melepak belakang khemah budak2 melben.....dok mengusha.....jgn usha saja je bro!!

6. Warm-up secukupnya

Ibarat kerete proton saga keluaran edisi pertama 1985, maka aku kena awal2 gi warmup dulu. Engine lambat panas. Dah seasen. Sendi2 dah berkarat. Kenelah bagik minyak pelincir dulu. Tenggok muka aku dah start garang Game face mat salleh kater. Ni muka "apa hal?". Muka yg sama gak kat kedai, "Hah! Nak komplen apa?". Padahal aku baru bangun dari 10 minit nap kat blakang keta sebab malam semalam aku tido 3 jam je kot. Dahlah pulun V sampai brape can ntah, aku pon dah lost kaun.

7.Practise buat muke innocent, muka tak reti main bola, muka kesian.

Inilah muka pok check masa gembira, marah, menangis, rindu, tertawa hiba, tension, frust dan berak. Senyum sentiasa. Murah rezeki kau, iA. Ini macam, lawan tenggok pon tak sampai ati nak tekel. Ref pon tak bagi kad. Padahal, ni lah senjata midfield kami yg utama. Kalau aku budak melben, turun2 je pok chek dari kerete kat parking lot, aku dah tekel terus kat pangkal tengkuk budak ni!!

8. Mental and psycological preparation

Cekal kan hati dan pasang kan positif thought di minda. Ingat mak, pak, awek, abang , adik, sepupu, awek hot sebelah rumah, timbalan ketua pengawas sekolah rendah anda, rozita cek wan, nenek sedara kawan fesbuk anda, kambing biri2, ayam, itik, pokok durian dan ikan puyu anda, yang masing2 menaruh harapan besar kpd anda untuk menjulang nama adeled di persada bolasepak antarabangsa!!

9. Membetulkan parking

"Wei..aku baca kat blog maldini die kata "bonjourno mamasitas". Itu maksudnyer, kita kenelah parallel parking untuk mengoptimakan pergerakan kita di padang bola. Side parking, atas parking dan upside down parking tak main la!!" Parking yg betul adalah vital kerana ia membolehkan pemain2 konsentrate sepenuhnya kepada bola di tengah padang dan bukannya kepada bebola di celah........opss brekkk!!! ..Sila isi tempat kosng sendiri (pergh cuak aku. Silap2 ni pon kene komment..)

10. Massage dan physiotheraphy.

Berguna untuk meng-loosekan otot2 yg tegang dan menguraikan urat2 yg tersimpul di sebabkan terlampau lama duduk terperuk dalam kereta masa drive dari adeled ke melben. Urutan haruslah di lakukan tidak mengira masa sebagaimana di tunjukkan oleh physio kami ini. Waktu salin baju pon tidak di persiakan olehnya. Kerakusan beliau di dalam menjalankan tugas, amatlah kami hargai. Kami sungguh beruntung, setelah kehilangan phyiso lama ihsan huhu atas faktor umurnya yg tua, kami mempunyai bekap yang.............Ehh!! Kejap Kejap!! Woi...Yang kau dok urut buntut tu bukan pemain! Itu penyokong siolll! Apa? Dok tepuk Nyamuk? Ehh ader nyamuk kat pipi kau..PANG!!

11. Begitulah persedian team kami, champ melben cup 2009. Kepada budak2 melben, jgn la tension plak yerk. Nanti kat Sidni, kami bagik chan la korang menang sebab kami takde chan langsung, kecualilah kalau aku di apgredkan jadi stiker!! ehem ehem..Faris! Nak makan free 10 tahun dak? (aku tau kau ader 6 bulan jer kat sini)

Sekian. Makasih. Wassalam.

Comments :

0 komentar to “Melben Cup 4: WarmUp Gempaq, Lutut Lawan Ketaq”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger