Minggu, 28 Juni 2009

Pekan Pasumno

Salam,

Sebuah kisah sungguh abstract sampai aku pon terbengong2 menganalisa apakah point yg aku nak sampaikan di sini. Kalau kau ade exam lagi, Tolong jgn baca. Nanti jadi biol!

1. Tersebutlah Al-kisah. Toyyibbb.! Pekan Pasumno merupakan sebuah pekan yg bermasalah. Dari luarnya ia nampak harmoni, akan tetapi dari dalam hapak bau belachann. Pekan Pasumno tersebut mempunyai sebuah pusat karoeke disco-dangdut baik punya dengan GRO2nya yg meleleh wa cakap lu. Ramai org berkunjung ke situ di sabanhari untuk mencuci mata2 mereka akan tetapi turut sama mengotori hati2 mereka.

2. Akan tetapi Pekan Pasumno juga mempunyai sebuah masjid yang kerap di kuinjungi oleh insan2 yg mencari rahmat Nya. So geng2 karoke tak geng ngan geng2 masjid.....obviously. Puas geng2 masjid buat demo lah, petision lah untuk menutup pusat karaoke tersebut tapi depa tak makan saman punya. Lagipon pengunjung2 disco-dut tersebut ramai dan terdiri dari org2 berpengaruh pula. Camner nak lawan.

3. Tapi yang peliknya, geng2 karaoke disco-dut ni, jahat2 pon, nak plak agama time2 tertentu. Dah boleh bajet dah biler time kawin, cerai berai, harta pusaka, maulud, menguruskan jenazah, tahlil, semayang jumaat, berkhatan kompirm geng2 masjid gak depa dok carik. Tak lupa gak sesekali biler org khabar ade jumpa hantu kat pekan tuh, tetiba ramai jer pegi semayang malam tuh.

3.Tapi biler time ceramah sorilah bro.....goyang gerudi inul lagi power!!
"Lagipon baik untuk kesihatan ustad"
kata mereka.
"Kita kenalah eksersize supaya sihat. Islam kan galakkan ummatnya kuat dan sehat? Ni dok sembahyang tongang tonggek, bukanya berpeluh pon!"
mereka kata.
"Pakai tudung pon menyusahkan untuk eksersize. Menjadi rintangan angin dan menghalang sejatan peluh dari tubuh kita secara natural. Habis bau kepam bini aku"
rintihan Pak Lah.

4. So, nak dijadikan cerita hollywood, suatu hari pekan Pasumno di gemparkan oleh berita serangan dari kaum Viking yg akan datang dari benua scandal-navia yang bernama Sweden yang ingin menjajah dan membuka cawangan IKEA di pekan tersebut. Maka tensionlah org2 pekan tersebut. Mereka tau nak gocoh dengan org viking ni bukan main2. Depa gergasi2 semuanya. Tak caya tenggoklah berata bapak tinggi depa susun barang2 kat gudang IKEA tuh. Tu dia hengkau melanggit. Mesti badan sekor2 besau mcam The Rock.

5. Tetiba ada sorang pakcik tua mencelah,
" Kita boleh menang tapi kita mesti bersatu. Bersatu teguh, bercerai talak tiga, kene ada cina buta kalau tetiba gila talak."
Mereng dan nyanyuk rupenyer pakcik tuh. Tapi kerana pakcik tu dulu doktor glamer pekan Pasumno dulunya, maka cakap dia di guna pakai lagi oleh pembodek2nya sampai sekarang.

6. Bincang punya bincang, akhirnya geng masjid dan geng karoeke setuju untuk bersatu. Oleh itu mereka akan hanya mempunyai satu HQ sahaja sebagai lambang perpaduan dan menjadi tempat untuk penduduk2 Pasumno berkumpul. Oleh kerana geng2 karaoke lagi ramai, bila undian di jalankan, maka pusat disco-dut tersebut terpilih sebagai HQ dan masjid pon diruntuhkan atas nama perpaduan bangsa.

7. Mulai dari saat itu, disco-dut tersebut di kongsi oleh geng masjid dan geng disco-dut denagn dual kapasiti sebagai masjid slash pusat karaoke disco-dut. Jadi pusat karaoke tersebut sewaktu dekat2 time solat, depa pasang lagu nasyid Akil Hayy atau ayat al-quran bacaan Mawas, juara akademi fucktasia ke 17865 dan di ikuti dengan azan kuat2 pakai speaker bapak pusat karoke tersebut. Canteek! Pass abih je azan, table dan kerusi di klearkan untuk letak sejadah. GRO2 bergetah masing2 pergi bilik belakang, gi amik air semayang dan telekung lah kot untuk sesapa yg tak datang haid arituh.

7. Bila abis jer time semayang, ahli2 kariah masjid, tok siak, bilal dan imam bersama2 dengan pihak pengurusan disko-dut dan GRO2 bergetah mereka, bersama2 mengembeling tenaga untuk melipat sejadah dan menyusun kembali kerusi meja tersebut. Maka operational baliklah disko-dut tersebut dengan irama uztazah inul daratista, camelia malik, evie tamala, dewi yull dan ustaz rhoma irama. Goyang dong...ayuh Goyang!! ahh ahh ahhhh

8. Maka denagn semangat penuh toleransi dan ikatan silaturrahim yang utuh, maka penduduk kampung tersebut berkumpul di tepi rumah Pidah Janda di suatu pagi untuk2 bersiap2 ber-battle menentang geng2 Viking IKEA tadi. Maka, PM of Pasumno, merangkap boss Disco-dut, yang mewakili pihak majority, telah memberikan satu ucapan yg penuh semangt sambil menjulang2 anak lesung batu di tangan kanannya.

"Dengan terangkatnya anak lesung batu ini dari ibunya,
maka semangat yg mengalir dari senjata keramat kaum kita ini,
yg menghasilkan bergelen2 sambal belacam dan sambal tempoyak untuk kita selama ini,
maka pantang anak pekan ini untuk metakkan anak lesung ini kembali.

Lesung ini lesung pusaka.
Anugerah datuk nenek moyang Bangsa kita.
Lesung ini lesung dahaga.
Dahagakan sambalnya.
Sambal yg berdarah.
Darah bangsa kita yg gugur kah?
Atau darah bangsa musuh kita yg terkubur kebumi tersembah!!!"

HUAARGHHHHHHH jerit semanggat si kaki2 bodek.
"Apala kau carut ni beruk??" jerit Pidah Janda dari dapur rumahnya. " Meh sinni lesung aku tu balik"

9. Maka berkobar2 lah semanggat penduduk kampung masa bergocoh ngan si viking pada hari bersejarah tersebut. Wbgaimanapun, pertempuran hari pertama itu berkesudahan dengan seri sebab masing2 kena balik awal kerana malam tu ader ManU lawan Arsenal la. Sekembali di pekan, maka bermulalah semula perkongsian tempat semayang dan tempat bergoyang itu semula.

10. Saban hari , kehidupan berlalu dan pertempuran dengan pihak IKEA terus berlangsung. Akan tetapi pihak Pasumno semakin hari semakin lemah. Lebih ramai org yg injured dan lebih suka lepak di disko-dut dari mati berperang. Tokey diosko-dut aka PM yg kepoh2 ari tu pon dah tak turun sebab
" Sapa mau jaga wa punya bisness bro. Gua tak harap budak2 ni kutip duit. Kena sapu duit gua nanti".
Jadi pasukan tentera Pasumno, semakin hari semakin letih. Maka pada mulanya mereka bersama2 mengemas pusat disko-dut itu untuk semayang, lama2 mereka hanya larat untuk semayang celah2 meja dan kerusi saja.

11. Pada suatu hari, geng GRO2 gedik tak sabar2 tunggu org abis semayang. So mereka pasang je lagu masa org dok semayang.
"Mereka tu kan semayang khusyuk" kata GRO2 tersebut.
Lepas abis semayang je, tok imam pon sound la baik2 gadis2 genit tersebut,
"tak baik dik buat lagu ni. Tok comel."
GRO 2 tersebut hanya gelak2 gedik gitu jer sambil di perhatikan oleh bos mereka yg tersenyum sinis dari jauh. Keesokan harinya depa buat lagi dan lagi, lama2 tok imam pon dah tak larat nak sound sebab terlalu letih berperang tadi. Maka sembahyang lah geng2 masjid di kalangan jantan2 jalang dan gro2 galak tersebut.

12. 3 bulan berlalu. Kariah masjid hanya tinggal berdua tok imam dan tok siak saje. Ketika itu manager besar IKEA Ingvar Kamprad datang lah ke pekan dengan kereta SAAB dier untuk mendesak manager disko-dut tersebut untuk menyerahkan pekan Pasumno itu kepadanya.
" tenggok, gua pon minat muzik ape?" kata Ingvar Kamprad
" hek elleh, kau kan tukang kayu...buat congkak tau la..." kata manager disko-dut
" Kau tak tau ke kami org2 Sweden ni gile hebat lam muzik. Takkan kau tak pernak dengar ABBA, Ace of Base, Dr Alban, Alcazar, Bjorn, Robyn, Bass hunter, Roxette dan The Cardigans!! Tak caya check wikipedia kat sini. Ni gua bagik lu ipod siap ngan mp3 musik dari sweden." Ingvar dok pujuk.
" Ohh satu lagi, lu u tau itu group KRU. Depa pon ada artis rakaman di bawah studio mereka dari Sweden, Ladylike. Cun wa cakap lu" kata Ingvar sambil angkat ibu jari tanda best.

13. Maka cairlah si boss disko-dut. Hilanglah sisa2 semangat perjuagannya. Segera di suruh di tangkap tok imam dan tok siak, iaitu saki baki terakhir geng masjid dulu, dan mereka di kenekan perintah berkurung di rumah Pak ISA kat penghujung kampung tersebut. Dan pekan Pasumno pon menjadi tanah jajahan IKEA . Yeaaaaaaa..

14. So apakah moral of the stori aku yg merepek2 ini.

Salam, mekasih, wassalam.

Comments :

0 komentar to “Pekan Pasumno”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger