Salam.
1. Korang yg studi kat adelaide ni kan semua budak pandai2 kan (kecuali budak2 private la kan....syhhhh jgn bagitau depa. Nanti depa tak makan kedai aku. Astro! Jgn jadi barua plak!). Tapi aku tau korang sekor2 jeles kat Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal kan. Nok wak laghu mano? Ore-ore kelate ni meme lamo doh sohho biso telajok.
2. Utk budak2 yg blurr lagi (budak private lah tu!) student sekolah agama ni telah dapat 45 juta A maser SPM aritu. Gilo hebat. Tapi aku tak heran sebab tahun depan ader budak dapt 46 juta A dan tahun depan satu lagi 47 juta A dan lagi seribu tahun, slip SPM minah student terbaik mase tu (lelaki maser tu dah pupus. Laki yg ader sekarang ni pon dah bengap, seribu tahun lagi memang hancus studi-mak oii panjangnyer bracket. Sile bacer balik ayat ni, tapi skip part bracket ni, jadi tak ilang flow ayat ........................Woii bahlul! Kan aku cakap pegi bacer balik kat start ayat ni. Yang kau pegi bacer aku gak apahal. Memang kompim kau ni lagi bodoh dari Nur Madihah!....Ke kau ni budak private! muahhahaha) aaaa aku pon tak ingat camner tadi, ohh..slip SPM seribu tahun lagi mesti berjilid2 macam ihya ullumiddin (ke ullumuddin? nampak terus jahil aku ni!...mesti aku ni budak private gak!)
3. Cerite Nur madihah ni sedih gak dan korang tentu dah bace dah kan. Jadi sekarang ni banyak parasit2 dah dok kerumun nur madihah ni untuk tumpang glamer. Masing2 sibuk bawak check besar nak bagi kat budak ni, bagi rumah lah, bagi biasiswa la, terbangkan ke mane jadah aritu utuk jumpa menteri dll kisah terlampau lagi.
4. Persoalan pertama aku, kalau benar nak buat baik/tolong budak ni, kenaper tak buat diam2/low profile je lah. Kalau nak bagi duit, bagi jelah, siap! Tapi ni mesti nak panggil reporter la, TV la . Ader satu gambar tu, seorang ketua pemuda kawasan tu la bagik sumbangan peribadi (private lah tu) RM1000 je tapi gambar bole masuk paper. Pemimpin kawasan yg prihatin konon. WOI bladigol! Silap2 kau bayar lebih drpd RM1000 kat reporter tu untuk masukkan gambar kau dalam paper tu. Budak2 private pun akan kata " Elleh! Bapak I bagi RM1000 sebulan untuk buat bayar makan kat SB tu jer. Kalau dapat RM 2000, I dah makan tempat lain dah!"
5. Persoalan kedua: tidakkah mereka2 in terpikir apakah punca kegigihanyang membawa kpd kejayaan budak tu? Untuk menolong budak2 private, biar aku jawap soalan ni. Motivasi budak ni adalh untuk menolong keluarganya yg susah. Lebih2 lagi sebagai anak sulong kepada adik beradik yg ramai. Niat budak ni tulus ikhlas. Usaha budak ni membawa kpd tawakkal sepeunhnya kpd Allah. Bapak tak de duit nak beli buku, die tak cakap banyak, hapal je. Duit tak de nak makan, die posa senin khamis sejak umur 12 tahun lagi. Time frame budak ni untuk berjaya adalah ASAP sebab bapak die nelayan yg boleh mati anytime. rumah die pon nak runtuh esok lusa. Sape nak jaga mak dan adik beradik dier. Mak dier hanya kerja tukang sapu jer. Budak2 private mesti kate "Alah! Kalau I dok rumah camtu pon I mesti score SPM gak. Ape kelas!"
6. Persoalan ketiga: Bile dah tau punca success budak ni, tidak kah org2 malaysia ni terpikir apakah impak terhadap awek ni biler di banjiri duit, hadiah, award, rumah, biasiswa dll? Tetiba hidup famili dier senang sikit biler dier score SPM. Adakah situasi sekarang boleh menyebabkan dia kurang motivasi dah utk belajar kerana telah tercapai satu objektif untuk memudahkan hidup famili dia? Macam harimau sarkas yg terrer lompat celah hullahoop yg ader pisau keliling dier, yang di cucuh api plak tu. Motivasi rimau tu yg positif adalah tuan dier suka dan dapat makan mlm tu. Negatif motivation rimua tu pulak kalau tak buat kene sebat ngan cemeti kat buntut dan kene posa mlm tu. Budak2 private mesti kate " Elleh! Kalau I kene sebat ngan cemeti tu pon I boleh lompat masuk hullahoop tu senang2 je. I lompat sambil pakai lipstick lagi U"
7. Persoalam ke-empat: Selepas segala tumpuan dan sanjungan ni berlalu (minggu depan over dah kot), saperkah nak support famili dier now? Camner nak bayar bil air, letrik rumah baru? Saper nak bayar duit petrol motor bapak dier yg kene travel sebab rumah dier jauh sikit dari laut? (aku blasah je ni!) Smbangan kewangan tu adalah sementara. Kalu boleh, bagilah perkerjaan yg lebih baik untuk mak pak budak tu. Budak private mesti protes " Ehh jangan! Nanti saper nak tangkap ikan untuk buat fillet-o-fish kat mac-d untuk I? I tak nak makan big-mac. Nanti gemuk I plak?"
8. Ni belum cerite pasal MARA/petronas/BNM nak pressure awek sekolah agama ni pegi UK, jgn gi negara arab. Konon 2 lagi best belaja fizik. Fizik? Ape kau nak buat ni woi. Nak jadi cikgu sekolah ke? Nak jadi saintis ke? Saintis dah lah tak glamer, duit pon sikit dik woi. Entahlah. Aku pon ader kawan aku yg genius yg dah buat medik dah, tapi tak minat dan terus tukar buat fizik. Engkau buatlah ape yg kau suka madihah woi. Negeri arab pon terrer fizik aper. Tu yg buat suicide bom tu bukan pakai fizik ke?
9. Satu lagi, engkorang dan juga madihah belum mencapai ape2 pon. SPM adalah SPM lah. Nak dapat kerje apa ngan sijil SPM kalau dapat 45 juta A pon?. Madihah dan juga korang budak2 adelaide, kene masuk uni dulu dan graduate. Pastu kene compete untuk perkerjaan plak. Then baru start life korang as a financially independent person.
10. Ironically, di alam pekerjaan, kepandaian bukanlah penentu kejayaan. Tanyer budak2 private berape banyak A bapak depa dpat lam SPM. Bapak depa masuk uni ke tidak? Agak2 berapa banayak A dr M/che det maser SPM/O-level dier? Jadi aku nak kater, banyak faktor2 lain yg membawa kpd succces atau kurang succes di alam pekerjaan nanti. Bukan result semata2.
11. Woooo... Hold-on! Jgn buang buku dan ponteng kelas sebab aku cakap camtu. Result is not everything BUT it matters. Result yg bagus memberikan korang head-start compare tu budak2 yg tak score. Scorer senang dpat kerja, banyak lagi choice dan gaji pon lagi best. The hard work or your intelligence that gave you the good results in the uni, hopefully akan membawa kepada budaya kerja yg mantap dan buah pemikiran yg bernas yg meng-impress-kan boss.
12. Kepada yg tidak score atau kene repeat, itu semuanya tak kisah. Asalkan korang grad. Pastu korang kerje lah kuat2 dan iA slowly but surely you will catch up to the leading pack. No body will tell you after 2 years working "Ha..ni sebab kau fail thermodynamic maser third year dulu lah yg menyebabkan thermos ni bocor dan dynamo beskal aku ni menghasilkan DC not AC!"(blasah jgn tak blasah). Once you grad, you are deem qualified by the uni. No different if it takes U 2 years or 20 years.
13. Satu lagi kalau nak berjaya maser kerje ni, korang kenalah tambah skill korang. Korang kenelah develop skill2 lain seperti communicating, public speaking, computering, bodeking, mengumpating, rasuahing, kabelling, politiking, golfing, swinging bowling dll ing. Semoga berjaya.
sekian,mekasih, wassalam
Senin, 16 Maret 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Comments :
0 komentar to “Orang kelate memang pandai-pandai. Jgn jeles.”
Posting Komentar