Melben Cup bersama chips yang team carlton blues tertinggal dari tahun lepas. Tak lemau pon aku makan aritu.
Salam,1. Cerite kami menang bola tak abis2 lagi di kecoh-kecohkan satu dunia oleh geng2 bola yang poyo. Tak sampai beberapa minit kami menang, org2 adeled dah tau dan beberapa jam pastu org2 malaysia cam papa , zarip dan muk ,otai bola adeled, plak yg terkeluar taik telinga bile dengar kami menang dan terkeluar taik cirit biler tau kami menang dengan carlton blues.....dua kali.
2. Cerite2 bola ni macam org dok masak gak la. Lagi lama dok masak, lagi lah gatal tangan nak boh garam lagi la, boh kicap sikit lagi la, ajinomoto sesudu dua, lama2 gulai kari jadi rasa masak tempoyak plak.
3. Jadi untuk menjaga integriti cerite kejayaan team bolasepak adeled aritu, maka aku akan postkan official "true story" step-by-step, blow-by-blow tentang bagaimana aku terpaksa melacurkan muka aku yang ensem ni, untuk menginspire team adeled bermain hensem sehingga membuahkan kejayaan.
4. Aku tau, mesti ramai yg bohsan nak baca cerite bola, tak pon dok kutuk aku"mentang2 menang, dok cerite sal bola sampai setahun tak abih-abih". Tapi nak buat camner, dah blog ni blog aku...Kalau tak suka jgnla baca kan.
5. Mula2 ade disclaimer skit la. Cerite aku adalh drpd memori seorang tua yang lemah ingatan dam lemah iman yang teroverdose heading bola. Jadi kalau ade silap tu kasi komen la kay.
6. Keduanya, kalau aku terlebih2 puji sesiapa atau tertinggal sesiapa dalam cerite aku, aku mintak maap yer. Takde superstar langsung dalam team kami (kecuali mus dan fahmi ) dan kehadiran aku dalam team ni pon adalah kerana budak2 ni dok bajet leh dapat diskaun lebih biler makan kedai aku (hapuskanlah mimpi2 indah mu...).
7. Terima kasih lah sebab masukkan aku dalam team, kerana setidak2-tidaknya peng-joinan aku kedalam team telah menambahkan purata ketingian player drp 1.60 kepada 1.6001 (ade faris dan bandu camne nak tolong), mempertingkatkan purata berat player drp 57 kg kepda 65 kg (hasil makan kari tiap2 ari), mengper-ujakan skala kehenseman team adeled drpd tahap "kritikal" kepada tahap "wow" dan menaikkan purata umur drpd 21 tahun 3 bulan kepda 28 tahun 7 bulan suku disebabkan player2 lain MyKad start ngan no 8 atau 9, tapi akunye start ngan no 7....no kedua tu plak lebih dekat ke no 0 darpd no 9....adehhhh pedih hatiku!
To be continued......dengan sejarah melben cup
Sekian, trimakaey, wassalam.
Comments :
0 komentar to “AMNO Melbourne cup 2009 Jilid Pertama- Intro”
Posting Komentar