Sabtu, 18 April 2009

AMNO Melbourne Cup 2009 Jilid Kedua - Sejarahnya


Skuad Looser Melben Cup 2007: Berdiri: azman (super sub), faris (belum baligh lagi), aku (tetap macho), imm (belum mumayyiz), azmi (keeper spare), mong (manager/kaki pukul/ budak milo), fahmi (taim tu dah terrer dah), zarip (kapten emo), papa (nampak tinggi plak kau), abdullah (import saudi), ezy (bek kanan...ke kiri?ntah)
Duduk: mus (baru sampai awal tahun tu..sudah bermisai sejak darjah 3), jibo (zaman kurus), fawaz (zaman hensem), ihsan huhu (budak migraine), mukh (gay), pulong (zaman kurus gile..ehh skang pon kurus gak), chup (DM maut)


Salam,

1. Gilo! Aku dah addikted ngan facebook. Menate' sungguh. Ni kena mandi air 7 kuala sungai dan 4 mangkuk jamban baru boleh sembuh ni.

2. Wokay. Aku dah main bola di adeled ni dah bertahun2 lamanya atau lebih accurate berbelas tahun lamanya. Alhamdullilah aku dah menang atau dapat medal dlm almost all competitions, padang atau futsal, yang ada kat Adeled ni yang melibatkan pasukan amatur cam kita. Bukan sebab aku terre kay. Kalu korang dok adeled bertahun2 cam aku ni, kalau masuk tournament tu 10 kali, takkan tak menang sekali kan. Alhamdullillah aku masih main lagi sekarang...tak sedor diri lagi aku ni. Nak buat camne...Aku ni mcam Beckham la, dah veteran tapi tetap hensem dan terrer main bola........amik kau!

3. Akan tetapi, Melben cup lah yang aku rase paling special. The journey we have to make, the thrills of meeting the unknown opposition, the pressure of being the away team, the quality of the teams, kita di adeled ni tak leh challenge lah senang kata.

4. Aku tak tau berapa lama dah ade melben cup ni, tapi yang aku dengar2 tahun 2005 dah ade. Asalnya tournament ni untuk bduak2 melben je. Tapi depa buat tournament ni slalunya mase easter semester break, jadi ramai budak2 adeled melepak sana taim tu untuk jumpa awek, carik awek, melancung dan melencung.

5. Maka bermula lah sejarah penyertaan team adeled mase tu bile budak adeled bername josie "kurus" (ni jantan wei.bukan awek yerk) kenal organizer tournement tu dan berjaya cilok masuk. Maklumlah UMNO lah katakan...kenyit2 mata sikit sambil belanje makan sikit, kira settle lah muahahha. Jadi team adeled time tu aku dengar2 josie pakai tangkap muat bdk2 kita yg gi lepak sana lah dan campur kawan die kot. Aku rase jadi budak blasahan kot team tu tahun 2005 tu.

6. Next year iaitu 2006, josie yang "sudah tidak kurus", telah mengumpulkan team yang better dengan memasukkan superstar adeled iaitu Anas. Pergh siriau aku biler taip nema dier. Budak lain yang aku kenal yang pegi sekali ialah mukh, zarip, no'o gittu kot. Tapi team ni bukanlah team all-star adeled cakap lu. Masa tu aku inggat lagi, berlakunya perpecahan besar di dalam kancah arena perbolasepakkan adeled diantara team "budak yang cintakan syurga dan berusaha untuk pergi ke arahnya sekarang" dengan "budak yang cintakan syurga tetapi nak rilek2 dulu, nanti kita pergi la".

7. Politik bolasepak la senang kata. Jadi walaupun team yang pergi tu ade star, tapi banyak position2 lam team tu adalh drpd kroni2 pihak pengurusan ataupun, star2 adeled tak leh pegi sebab ade aktiviti di adeled. Resultnya, pada melben cup 2006 tu, team adeled tak lepas grp stage pon. Uwaaaa........padan muko sebab tak ajak aku.

8. Kalau tak silap aku, tak lama lepas tu berlaku pengstrukturan semula team bolasepak adeled di mana zarip (star midfielder) telah di cilok drpd team jossie/rosepark untuk diserapkan kedalam team paling dominan di adeled taim tu yang aku tak inggat pekejadah namenya. Team ni adalh team gabungan antara" budah baik" dan "budak ada niat baik" tetapi still bukan team all-star adeled sebab josie dan no'o tak join sekaki. Dan team ni angkut ape yang boleh diangkut dalam tornament bola adeled ni (lebih kurang gittu lah ceritenyer..betul ke ni?).

9. Jadi pada tahun 2007, team adeled telah mantap di bawah kepimpinan kapten zarip dengan dibantu oleh pasangan gay abadi beliau iaitu saudara mukh. Kali ni betul2 all-star adeledians teamnyer. Kami dah main sekali sebagai satu pasukan dalam beberapa tournament dan frenlies dah. Kira2 chemistry tu dah tahap gaban la taim tu.

10. Pergilah kami ke Melben cup dengan penuh konfiden pada tahun 2007 tu sebanyak 4 buah keta kot. Semua player dan manager jer. Aku pegi sendiri ngan bini no satu aku dan anak aku. Semuer org sampai sehari sebelum match jadi sempat tido semalaman lagi.

11. Besoknya main, mak oii ai, untuk org firsttime cam aku dan 90 percent drpd team tu kot, tercungap2 gak ah. Kaki aku terasa berat gile mcam ader awek dok bergayut kat situ suatu waktu dahulu . Baru aku sedar standard budak melben lagi tinggi siol. Lagi banyak star, semue org boleh main bola, depa physically lagi besar dan fit, taktically lagi prepare dan lebih berpengalaman.

warm-up warm-up.....Bola cun jibo sebelum ilang..Aritu kat melben jibo ilang bola lagi. Wei jibo. lain kali bola tu gantung kat tengkuk baru tak kene cilok.
12. Terima kasih di ucapkan kepada team Carlton blues yang hanya membelasah kami 2-0 (celaka nya bakar) mase first game walaupun depa ader beratus2 chances sebab depa totally menyontot defend kami kiri dan kanan. Pelan2 kami bangkit dalam group kami dengan seri 1-1 dengan kpg vic, menang dengan urban blood dan menatang ape team satu lagi ntah. Jadi kami dapat sekend lam grp blakang CBlues. Yeahh masuk semi buat pertama kalinya dalam sejarah dan tercapai objektif kami. Sekarang target medal.

13. Second day tournament kami main semi lawan thights FC yang badan masing2 besar gedabak mcam main ragbi dan di tunjangi oleh....anas. Kami team adeld dah ramai yang dah injured ataupon dah nak tercabut kepala lutut. Setelah bertahan macam org gila, benteng kami bolos biler pemain thightFC dapt through ball yang tak terkejar oleh kuda tua iaitu aku dan mamat tu terus pecut dan mengalahkan fahmi....trauma ku belum berlalu... Lepas tu team kami bersepai dan di kalahkan 3-o akhirnya.

14. Semue org down dan tengah sakit2 lagi tu, kami kena main untuk tempat ketiga atau empat. Tpt ketiga je ade medal, jadi kami pulun gak main dalam terseksa dan akhirnya team clazyio tu score satu di penghujung second half dan menang 1-0. Kami pon balik tangan kosong. Cisssss.

15. On hindsight, ada beberapa kesalahan kami 2007 tuh,
a) tak bawak awek2 cun untuk menyokong team kami.
b) terlebih usha awek2 cun yang TAK sokong team kami.....especially Im yang baru mumayyiz.
c) pegi gaduh ngan awek2 cun yang tak sokong team kami menyebabkan
d) balak2 awek cun gaduh ngan kami. Imm dan faris kene yellow..aku rase zarip pon same kot.
e) Jadi kami main dalam suasana stress sebab main kejap2 stop sebab nak bergocoh. Kalau gocoh sungguh best la, tapi sebab masing2 main acah2 je, tu yang tak release tension tu.
f) team 2007 aku rase lagi power tapi tak cukup preparations eg frenlies ngan team lagi hebat dari kami, fitness dan psyhcological. Tu yang cuak semacam biler lawan team power
g) ramai injured pastu sub tak power atau pon sub takde pemain pada posisi kritikal eg midfielder atau striker. Jadi biler sekor2 dah pancit, kene migraine (sapa ntah..buat rugi je bawak..muhahaha) atau terkehel, pemain yang gantikan first eleven tu , tak sepower pemain asal. Jadi game jadi down la. Mcam mane nak buat...

Sebenarnye kami budak2 adeled jeles ngan CB sebab ramai awek2 cun sokong dieorang. Tengok la. Awek sikit punya cun gini pon zarip bole buat gadoh.....
16. Aku tak tau lah korang inggat tak aku cakap mase lepas kalah placing 3,4 tuh. Aku cakap dah team kita ni sepatutnya boleh senang2 blasah team clazio, kpg vic etc dan kalau train sikit lagi, boleh fight lawan thight atau CBlus. Aku dengan emo-nyer cakap kita next year (2008) dtg balik kita boleh menang kalau kita train lebih sikit. Aku tenggok muka sekor2 taim tu macam tak caya cakap aku.

17. Pastu baru aku terpikir. Camner nak menang kalau 2008 takde zarip, muk, papa dan chup. Daripada junior yang sampai tahun 2008 tu, hanya don je yg cukup ensem untuk di serapkan masuk team kami. Kalau pegi kompirm kene blasah. Sekali tenggok tahun 2008 tu, kita tak di invite masuk cakap lu. Budak2 adeeld dok spekulate sebab team adeled sibuk dok kecoh2 dan gadoh2 maka depa tunggu kaki kepoh tu balik baru depa invite balik in 2009..Tapi depa tak bajet Imm ade lagi.!!!muahahha

18. Gitulah ceritenye. Walaupun team okay, tapi dah takde rezeki dier orang.

19. Jadi tahun 2006 carlton blues menang, 2007 tu thight fc menang dan 2008 carlton blues menang balik.

Thight FC champion 2007. Anas yg lompat kangaroo depan kanan.


Carlton Blues champion last year 2008. Mat salleh dan keeper je tukar kot drp team tahun ni. Doller yang bawah kiri. Bakar budak pendek sebelah mat salleh tu. Wing kanan kim ke pekejah name yg depan kanan tu.

TBC: Melben cup 2009 the road to victory....

Sekian. makasih, wassalam.

Comments :

0 komentar to “AMNO Melbourne Cup 2009 Jilid Kedua - Sejarahnya”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger